https://www.ismaweb.net/2019/01/21/universiti-merdeka-diharamkan-sudah-wujud-apabila-melayu-berpecah/
Minggu lalu saya dipanggil oleh Pasukan Petugas Dasar UEC
(PPDUEC), Kementerian Pendidikan Malaysia, dalam sesi sumbang saran mengenai
Unified Examination Certificate (UEC). Panel tersebut diketuai oleh anak
Profesor sejarah terkenal negara Khoo Kay Kim, iaitu Eddin Khoo Bu Eng,
ahli-ahlinya adalah Tan Yew Sing (Dong Zong) dan Mohamad Raimi Ab Rahim (ABIM).
Bertuah sekali dapat berkenalan dengan Eddin Khoo.
Seperti bapanya, beliau begitu profesional, jati diri sebagai anak Malaysia
terserlah. Berbanding dengan Tan Yew Sing, walaupun mengatakan dia bebas,
tetapi nampak begitu defensif. Yew Sing tidak banyak bertanya soalan kepada
saya, tetapi lebih kepada menjawab pendapat dan pandangan yang saya lontarkan.
Saya menjadi keliru, siapa pasukan petugas, siapa panel pakar sumbang saran?
Pun begitu, belumpun ada lagi keputusan UEC, tiba-tiba
kita dikejutkan Kementerian Kewangan
telah mengadakan majlis memberikan
bantuan kewangan kepada Sekolah Persendirian Cina (SPC) yang mengeluarkan sijil
UEC dan ‘abang’ UEC iaitu Kolej Universiti New Era. Kedua-dua institusi ini
dipunyai oleh NGO Cina yang sama iaitu Dong Zong dan Jiao Zong.
Dalam memberikan respon mengenai bantuan Kementerian
Kewangan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan, peruntukan yang
diberikan kepada kedua-dua institusi ini datang daripada Kementerian Kewangan,
bukan KPM. KPM berkata mereka tidak mempunyai peruntukan kewangan untuk kolej
swasta daripada dana yang disediakan kepadanya melalui Belanjawan 2019.
Sejak bila Kementerian Kewangan bertindak sebagai KPM,
memberikan peruntukan kepada institusi bukan dalam kawalan mereka? Sama ada
bantuan datangnya daripada Kementerian apa sekalipun, ia tetap wang kerajaan,
wang rakyat, bukan milik individu tertentu. Semua telah sedia maklum, kedua-dua
institusi mendapat bantuan yang melimpah ruah daripada syarikat dan jutawan
Cina. Kenapa kerajaan masih membantu?
KPM juga membangkitkan kerajaan yang diterajui BN juga
pernah memberi peruntukan kepada Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (Kutar)
yang bukan universiti awam, antara RM30 juta hingga RM69.25 juta dalam Bajet
2012 hingga 2018. Kenapa setiap kali perlu dibanding dengan BN. BN selalu
dijadikan kambing hitam dalam menjustifikasikan tindakan mereka. Jika BN salah,
betulkan. Takkan nak sama-sama terjun ke laut. Janganlah ikut perkara yang
salah.
Kerajaan sering berkata, negara berada dalam keadaan
kegawatan ekonomi disebabkan oleh pimpinan terdahulu. Persoalannya, bagaimanakah
Kementerian Kewangan memberikan peruntukan khas secara terus, di saat rakyat
dicanang bahawa kewangan kerajaan berada di dalam keadaan tenat kerana skandal
1MDB? Kata tak ada duit, kenapa boleh beri kepada institusi perkauman yang
tidak banyak membantu pembinaan negara bangsa?
Kolej Universiti New Era berada bawah kelolaan Dong Jiao Zong Higher Learning Center Berhad.
Dong Jiao Zong merupakan suara kepada pendidikan Cina yang mahu mempromosi dan
membangunkan sistem pendidikan aliran Cina di Malaysia. Universiti Merdeka
sebenarnya sudah lama wujud, atas nama-nama yang berlainan walaupun ia tidak dibenarkan
beroperasi.
Menurut
Lee Ban Chen (2002), apabila Sijil SPC
yang dikenali sebagai UEC telah berjaya dilaksanakan pada 1975. Pemimpin
gerakan pendidikan Cina ini, Lim Fong Seng dan pemimpin Dong Jiao Zong yang
lain dipanggil oleh Menteri Pendidikan ketika itu. Mereka diberitahu bahawa
Kabinet memutuskan untuk melarang UEC diadakan. Jika diteruskan juga mereka
akan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Namun, kumpulan ini tidak pernah berputus asa. Tidak
takut kepada ugutan ISA. Akhirnya, Jawatankuasa
Kerja UEC telah berjaya mengemaskinikan kurikulum dan penerbitan buku teks
baru, latihan semula guru dan sebagainya serta mendapat pengiktirafan luar
negara.
Pada tahun 1993, bangunan Pusat pendidikan Dong Jiao Zong telah
dibina pada 1993 di Kajang, dan permohonan penubuhan Kolej New Era juga
diluluskan dan pengambilan pelajar bermula pada tahun 1998. Inilah sebenarnya
Universiti Merdeka.
Apakah kita sudah lupa apabila pada tahun 1978,
apabila permohonan penubuhan Universiti Merdeka ditolak, Majlis Universiti
Merdeka diketuai Lim telah membawa kes penolakan penubuhan Universiti Merdeka
ke mahkamah. Namun, kes Universiti Merdeka ditolak oleh mahkamah pada Jun 1982.
Walaupun gagal, Lima tidak berputus asas. Menjelang Pilihan
Raya Umum 1986, Lim dan pemimpin 15 persatuan di bawah pimpinannya telah
mengemukakan satu dokumen bersejarah yang dikenali “Deklarasi Bersama
Persatuan-persatuan Cina Malaysia dan sokongan lebih 5,000 persatuan Cina.
Dokumen itu mengandungi pelbagai permintaan dalam bidang politik, ekonomi,
kebudayaan, pendidikan dan sosial.
Bagi memastikan suara bertambah kuat dan diterima, akhirnya
mereka telah menyertai parti ultra kiasu bagi memastikan agenda universiti
merdeka tercapai. Begitulah liciknya perancangan mereka.
Pendek kata, Universiti Merdeka sudah lama wujud
dengan nama berlainan, meskipun ketika itu parti ultra kiasu belum lagi bersama
kerajaan. Kini, setelah ultra kiasu ini menang besar dalam PRU 14, apa yang
telah dirancangkan pada masa dahulu telah membuahkan hasilnya pada masa ini
disebabkan oleh perpecahan Melayu yang begitu ketara. Inilah akibatnya apabila
Melayu terlalu banyak berpecah dan menjadi lemah. Hidup mati bergantung kepada
orang lain.
Kesimpulannya, dalam sesi sumbang saran tersebut, saya
tegaskan bahawa perpaduan kaum seharusnya bermula daripada peringkat
sekolah. Sudah tentu dalam hal ini, persekolahan di peringkat rendah atau
dasar. Malangnya kita telah dipisahkan sejak tadika lagi. Rakyat Malaysia
berbilang kaum tidka pernah bercampur sejak kecil lagi.
Sudah tentu sekolah dan institusi berasaskan kaum
tidak akan membantu malah memburukkan lagi keadaan.
Ketika dipertanyakan soalan mengenai pengiktirafan
UEC, saya dengan tegas mengatakan, tidak boleh wujud pembinaan sekolah dalam
sekolah dan pembinaan negara dalam negara. Sijil ini tidak wajar diktiraf
kerana ia bertentangan dengan asas hidup bernegara dan perlembagaan negara.
Memetik kata-kata Profesor Shad Saleem Farudi,
undang-undang hanya memberikan kebenaran belajar bahasa ibunda, bukan belajar
dalam bahasa ibunda.
Kebenaran yang diberikan sudah melebihi daripada itu,
proses pencinaannya teramat ketara dan jelas ternyata
Kegagalan Sekolah Wawasan yang mengabungkan tiga buah
sekolah menggunakan fasiliti yang sama Sekolah Kebangsaan, SJKC, SJKT, ternyata
telah gagal walaupun ideanya sangat baik untuk dilaksanakan
Orang Cina tidak memberikan respon dan sambutan,
kerana mereka tidak mahu menjadi Cina pisang. Penguasaan Cina akan menjadi
lemah jika anak-anak ini bercampur.
Jelas sekali, mereka lebih mementingkan bangsa
daripada negara. Jika begitulah keadaannya, apalah erti hidup dalam sebuah
negara yang mendaulatkan agenda bernegara.
Proses pencinaan teramat ketara dalam sekolah Cina
sehinggakan menjadikan ia lebih Cina daripada sekolah Cina di negara komunis
Cina
Jika UEC mahu diktiraf juga, maka semua proses
pembelajaran dan pengajaran mesti diselia dan dikawal sepenuhnya oleh KPM,
bukannya oleh Dong Zong dan Jiao Zong. Belum ada lagi bukti sistem pendidikan
dunia sistem dikawal selia oleh NGO. NGO bukan warga pendidik
Apabila perkara ini saya bangkitkan wakil Dong Zong
dalam PPDUEC berkata bukan soal NGO atau tidak, tetapi soal kualiti pendidikan.
Dalam maksud, adakah UEC lebih baik daripada SPM? Adakah beliau mahu mengatakan
bahawa SPM, STPM, diploma, ijazah kita hari ini tidak berkualiti. Yang
berkualiti hanya UEC dan Sijil Kolej Universiti New Era.
Ketika menutup perbincangan, saya ditanyakan apakah sebenarnya
sistem pendidikan kita telah gagal? Saya jawab, Ya. Sistem pendidikan kita
telah gagal dalam pembinaan sebuah negara bangsa. Sistem pendidikan kita
menjadi caca merba kerana ia diperjudikan. Semua tindakan berasaskan berapa
banyak undi yang boleh diperolehi dalam pilihan raya, termasuk PRK Cameron
Highland yang sedang berlangsung.
0 comments:
Post a Comment