https://www.ismaweb.net/2019/01/14/selamatkan-malaysia-sebelum-terlambat/
KEBELAKANGAN ini, sejak kerajaan
Malaysia dipimpin oleh Pakatan Harapan (PH), membabitkan kumpulan ultra kiasu,
mereka seolah-olah seperti kaduk naik junjung. Keceluparan dan kebiadaban ultra
kiasu semakin menjadi-jadi.
Apakah ultra kiasu merasakan
bahawa mereka telah berjaya duduk dalam kerajaan, melalui pegangan beberapa
jawatan strategik, maka mereka berhak melakukan apa sahaja, meskipun melanggar
perkara asas bernegara yang termaktub dalam Perlembagaan?
Ingatan saya, hentikan
keceluparan dan kebiadaban ini sebelum nasi menjadi bubur. Kesabaran umat Islam
dan orang Melayu ada had dan batasnya.
Saya ucapkan syabas kepada
pihak polis yang bertindak segera terhadap pemilik akaun Facebook – Eric Liew –
kerana secara jelas menghina Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V. Beliau
mengaitkan peletakan jawatan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong, kerana
baginda sibuk ‘berzina’. Begitu juga tindakan yang sama dikenakan ke atas dua
Melayu yang lain.
Tindakan ultra kiasu ini adalah suatu penghinaan dan fitnah jahat
yang melampau terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Sultan. Kalau di negara lain
termasuk negara jiran Thailand, orang seperti ini sudah lama dihumban dalam
penjara tidak kurang 14 tahun mengikut undang-undang di Thailand, lèse majesté
1908. Ini termasuk menghina raja dan perkara teras berkaitan bangsa dan agama
orang Siam.
Raja boleh ditegur tetapi
dengan cara berhikmah dan memahami adab budaya Melayu. Inilah masalah ultra
kiasu, apabila mereka hidup dalam sebuah negara berasaskan kepada sistem
kenegaraan Melayu tetapi tidak pernah cuba untuk memahami adab, cara hidup dan
budaya Melayu.
Akhirnya, keluar komen-komen
atau kritikan yang begitu mengguris jiwa dan perasaan. Saya tidak tujukan
kepada ultra kiasu sahaja, malahan kepada semua, termasuk orang Melayu yang
sudah tidak mengenali diri sendiri dan tercabut akar Melayunya.
Eric Liew dalam Facebook beliau
didapati menulis berkaitan bekas YDPA; “Too busy fornicating with his new
bride” dalam ruang komen berita ChannelNewsAsia.com.
Pendapat beliau mendapat
kecaman hebat daripada netizen, terutama dalam kalangan orang Melayu yang
merasakan kebelakangan ini, sebahagian ultra kiasu Cina semakin kurang ajar.
Biasalah, tidak ramai bukan
Melayu yang mengecamkan kerana perkara yang tidak menguntungkan mereka. Sama
seperti isu kematian Adib dalam rusuhan kuil, disenyapkan. Tidak seperti isu
Teoh Beng Hock. Heboh sehingga ke hari ini walaupun telah hampir 10 tahun.
Apakah isu Adib akan senyap tidak sampai satu tahun? Kita tunggu dan lihat.
Kenapa perkara sebegini boleh
berlaku? Pertamanya, disebabkan oleh kelemahan orang Melayu yang terlalu banyak
berpecah sehingga menjadikan kaduk naik junjung.
Ultra kiasu merasakan merekalah
yang kuat. Kebanyakan jawatan strategik negara telah mereka kuasai berbanding
orang Melayu yang semakin lemah. Orang Melayu pula yang berkuasa terlalu
bergantung kepada undi ultra kiasu. Sedikit demi sedikit agenda Melayu dan
negara tergadai.
Apakah ultra kiasu tidak pernah
terfikir bahawa kami umat Islam tidak pernah campur tangan dalam urusan agama
dan budaya hidup mereka. Bukan itu sahaja, ultra kiasu mendapat hak kesenangan
dan hidup senang lenang tanpa diganggu dan keselamatan mereka turut terjamin?
Jika mereka tuduh bekas YDPA
sibuk ‘berzina’, bagaimana pula dengan remaja dan muda mudi mereka berzina
setiap hari sebelum berkahwin secara sah. Saya berani mengatakan semua atau
majoriti ultra kiasu ini sudah tinggal sekali sebelum sah bergelar suami isteri.
Amat mujurlah mereka berkahwin,
jika tidak ditinggalkan begitu sahaja. Terpaksa gadis-gadis yang telah rosak
ini mencari jantan yang lain. Sudah menjadi budaya ultra kiasu melakukan
hubungan seks sebelum mendaftar perkahwinan mereka.
Kedua, semua ini berlaku kerana
mereka tidak faham, adab budaya dan cara hidup orang Melayu. Inilah hasil atau
produk sekolah vernakular, yang tidak berjaya memahamkan anak-anak Cina ini
mengenai budaya cara hidup bangsa majoriti. Apabila adab dan budaya ini tidak
difahami maka akan keluarlah kata-kata atau perkataan yang mengguris hati orang
lain.
Persoalannya, adalah hati orang
bukan Melayu (Cina ) tidak terguris? Saya berani mengatakan, bangsa majoriti
Melayu lebih memahami budaya bangsa minoriti (Cina dan India) daripada bangsa
lain memahami budaya bangsa Melayu dan Bumiputera itu sendiri?
Buktinya orang bukan Melayu
boleh hidup senang lenang tanpa diganggu-gugat tinggal di kampung Melayu.
Malah, menjadi kaya raya berniaga. Berbanding dengan Melayu yang tinggal di
kawasan bukan Melayu.
Bukti lain, orang Melayu
bertemu Cina atau India, bercakap Melayu akan menukar pelat atau accent atau
slang Melayunya kepada cara percakapan Cina atau India. Orang Melayu tanpa
segan silu akan memahami pakaian budaya Cina atau India seperti samfo, kurta,
sari dan lain-lain pakaian tradisi mereka.
Berbanding dengan orang Cina,
teramat jarang sekali untuk mereka memakai berbaju Melayu, termasuk ketika
berhari raya.
Sebab itulah, sudah sampai masa
kedudukan bahasa Melayu di sekolah vernakular (SJKC) dimartabatkan agar ultra
kiasu dapat memahami roh dan adab budaya Melayu. Bahasa Melayu hendaklah
diseragamkan. Tidak timbul soal BM di SJKC dan Sekolah Persendirian Cina mesti
dipermudahkan.
Satu lagi subjek yang mesti
diajar adalah memahami adat budaya dan cara hidup Melayu selaku penduduk asal
dan bangsa majoriti. Subjek ini amat penting, supaya apabila puak-puak ultra
kiasu ini berbahasa dan berbudaya, tidak akan keluar daripada norma-norma dan
cara hidup Melayu.
Saya amat yakin, kata-kata
lucah yang dihamburkan kepada bekas YDPA adalah disebabkan oleh kejahilan ultra
kiasu ini dalam memahami adab dan budaya Melayu. Kursus ini hendaklah
diwajibkan kerana kita tinggal di kawasan atau negara majoriti Melayu. Sama
seperti orang Cina Thailand atau Cina Indonesia yang amat memahami bangsa
majoriti di sana.
Ketiga, apabila polis bertindak
menggunakan Akta Hasutan, ultra kiasu begitu lantang mengkritik kerana ultra
kiasu tidak mahu lagi akta itu digunakan. Mereka mahu ianya dimansuhkan seperti
mana Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Nasib baiklah pimpinan kerajaan hari ini
yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, bijaksana mengambil keputusan dan
melakukan sesuatu perkara.
Saya tetap berpendirian, Akta
Hasutan ini mesti dikekalkan dalam keadaan apa jua sekalipun, demi keamanan dan
keselamatan negara, selepas ISA dimansuhkan. Kita dapat lihat betapa kurang
ajarnya ultra kiasu sejak ISA dimansuhkan. Inilah pula Akta Hasutan selepas ini.
Memang sejak dahulu lagi ultra
kiasu mahukan akta ini dihapuskan supaya mereka bebas untuk melakukan apa
sahaja, terutama dalam isu yang amat sensitif yang begitu mengguris hati orang
Melayu.
Apabila akta ini sudah tiada
lagi, mudahlah bagi mereka untuk meranapkan orang Melayu kerana mereka sudah
bebas untuk bercakap di khalayak mengenai isu sensitif. Lihatkan strategi
psywar dan psyop mereka ‘menyerang’ dan ‘menelanjangkan’ institusi Islam
seperti Tabung Haji, Amanah Iktiar Malaysia, zakat dan sebagainya. Kita tidak
nafikan ada kelemahan institusi Islam ini.
Perlu juga diingatkan, adakah
institusi ultra kiasu semuanya bersih daripada segala penyelewengan dan rasuah.
Pergilah siasat juga institusi keagamaan dan tidak kurang syarikat perniagaan
mereka seperti syarikat pelancongan.
Hari ini, ultra kiasu begitu
lantang mengkritik institusi Islam bagi melebarkan lagi pengaruh dan sayap
mereka untuk memenangi hati orang Melayu bagi menyertai parti mereka.
Apakah kita sudah lupa hari ini
agak ramai juga dalam kalangan orang Melayu menyertai parti mereka. Terbaharu,
dua orang bekas tentera, termasuk Askar Melayu Diraja. Saya mengenali rapat
bekas tentera itu. Jiwa dan hati Melayu mereka telah lama mati. Kehidupan
mereka langsung tidak mencerminkan Melayu. Apatah lagi untuk menjejak masjid
dan tikar sembahyang.
0 comments:
Post a Comment