Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Wednesday, June 05, 2013

Jangan kurang ajar dengan PAS

12:46 PM Posted by RIDHUAN TEE 15 comments

Sdr sekelian, terima kasih ingatkan saya akan artikel SH 3 Jun 2013. Keluar pada hari yang sama. 

Sinar Harian 3 Jun 2013

Mutakhir ini, PKR semakin kurang ajar dengan PAS. Sebaik sahaja PR berjaya menawan Selangor dalam PRU13, Ketua Wanitanya yang menang bertanding di kawasan saya, dengan bongkaknya berkata kerusi MB adalah hak PKR. Cerminlah diri dahulu sebelum berkata, berapa kerusi DUN yang dimenangi. 

PKR juga marah kepada PAS kerana menyebabkan mereka kehilangan kerusi DUN Kota Damansara dan Semenyih kerana PAS turut bertanding di sana. Jika tidak, PKR kononnya mendakwa, sudah tentu mereka mendapat dua tambahan kerusi menjadi 16, berbanding 14 yang diperolehi sekarang.

Ringkasnya, PR kalah di semua tujuh kerusi yang ditandingi sesama mereka melawan UMNO. PKR menyalahkan PAS kerana ‘mengacau’ kerusi mereka.

PKR tidak membuat muhasabah diri, siapakah pemilik asal kerusi DUN tersebut. Kalau boleh, semua kerusi mahu ditandingi bersama ultra kiasu, mengenepikan PAS.

Kadang kala, saya kasihan melihat PAS. PAS terlalu banyak berkorban untuk orang lain, sampai dirinya sendiri terkorban. PAS kelihatan seperti melukut di tepi gantang. Sedangkan, majoriti rakyat yang tidak sukakan UMNO bersama PAS, bukan PKR, kecuali ultra kiasu.

Itupun PAS masih dipersalahkan oleh parti baru setahun jagung ini yang menyangkakan dirinya kuat. Tunggulah pemimpin nombor satunya ‘pencen’, kita akan lihat bagaimana rakusnya perebutan kuasa nanti. 

Muhasabah untuk PAS, semua yang berlaku ada hikmahnya. Saya hormati pendirian PAS. PAS tidak mahu bersuhabat dengan sosialis sekularis. Mereka ini menjadi duri dalam daging, menentang agenda PAS menegakkan negara Islam. Mereka tidak faham, jahil Islam, dan cuba berlagak hebat. Sebab itu PKR tidak ada majlis ulamak, berbanding PAS. Jika adapun ulamak PKR, mereka berada dalam keadaan dilema untuk menjatuhkan hukum.

Saya memuji Pemuda PAS Selangor yang berani menempelak PKR, kerana kecabulan mulut pemimpin mereka menghina pemimpin PAS di khalayak ekoran ‘kehilangan' dua kerusi tersebut.

Dalam khalayak tersebut, Pemuda PKR mahu PAS mengambil tindakan tegas termasuk memecat ahlinya yang melanggar arahan pimpinan parti dengan bertanding menentang calon PKR. Persoalan saya, siapakah PKR ini? Kuat sangatkah mereka, termasuk juga ahli parlimen Shah Alam yang menentang arus Pemuda PAS.

Menurut PAS, PKR tidak seharusnya membuat kenyataan seumpama itu jika PKR tidak faham makna tahaluf siyasi. Memang PKR jahil soal selok belok Islam. Mereka sanggup melakukan matlamat menghalalkan cara dengan memberikan laluan kepada calon sosialis sekularis. Jiwa Islam mereka kosong. Apatah lagi untuk memahami tahaluf siyasi.

Sosialis sekularis sukar untuk memahami istilah ini kerana mereka tidak pernah terlibat dalam gerakan Islam. Mereka adalah bekas ahli UMNO yang kecewa dan ingin membalas dendam terhadap UMNO. Mereka biasa hidup selesa. Mereka lebih selesa bersama ultra kiasu DAP daripada PAS. PAS mesti berhati-hati agar tidak diperalatkan dan dipergunakan dalam usaha tahaluf siyasi.

Untuk makluman pembaca, tahaluf siyasi merupakan konsep atau perjanjian oleh dua pihak atau lebih untuk menjalin kerjasama menghadapi lawan, yang tidak bermatlamatkan Islam di dalam perjuangannya. Kerjasama ini boleh terjadi di dalam beberapa bidang yang dipersetujui, untuk menghadapi ‘musuh atau lawannya’. Misalnya, kerjasama PAS dengan PKR dan DAP (walaupun menentang Islam) untuk melawan UMNO. Sudah tentu ada ahli PAS yang berbelah bahagi dalam isu ini. UMNO juga orang Islam dan mahukan Islam, cuma cara berbeza.

Sebahagian ulamak seperti Sheikh Muhammad Qutb dan al-Syeikh al-Imam Abu Nasr Muhammad bin Abdullah, dengan tegas menolak langsung sebarang usaha melakukan kerjasama dengan mereka yang menentang Islam. Mereka menghukumkan kerjasama ini haram. Ada juga ulamak yang mengharuskan tahaluf siyasi seperti Dr Yusuf al-Qaradhawi, Dr Mustoffa al-Tohhan dan sebagainya.

Justeru, perlaksanaan tahaluf siyasi perlu dibuat secara berhati-hati, bukan semberono, sebab rakan dalam PR menentang agenda Islam PAS. Lagipun, PAS adalah parti jauh lebih senior daripada yang lain. Perjuangan PAS jelas. PAS pula amat matang dalam selok belok gerakan Islam dan pilihan raya. Rata-rata kerusi yang dimenangi oleh PKR hari ini adalah milik PAS dahulunya. PAS serahkan kepada ultra kiasu Melayu atas dasar tahaluf siyasi. 

PKR tidak ada apa-apa jika PAS tidak membantu dan menyokong mereka. PAS berdiri selama inipun tanpa bantuan PKR, walaupun banyak kali kalah. Justeru, janganlah PKR terlalu takbur. PAS yang mematangkan PKR.  Sebenarnya, PKR hidup atas belas ehsan PAS.

Sama juga seperti kedudukan MCA. MCA dapat bertahan sehingga ke hari ini kerana sokongan orang Melayu (UMNO). Sangat kelakar apabila ada segelintir ultra kiasu MCA berpendapat, jika MCA bertanding di Parlimen Gelang Patah dan Wangsa Maju, sebelum ‘dipinjamkan’ kepada UMNO, pasti MCA akan menang. Kebimbangan saya, MCA akan hilang wang deposit, kerana tsunami Cina memang jelas berlaku di kawasan ini, tak kiralah siapa yang bertanding.

Kesimpulannya, PAS memperjuangkan Islam. Sudah tentu lebih baik daripada PKR. Saya pasti memilih PAS jika bertembung dengan PKR. Memangkah PKR belum tentu dapat pahala kerana mereka tidak memperjuangkan Islam malah bersekongkol dengan ultra kiasu berpandu kepada sosialis sekularis.

15 comments:

Anonymous said...

"PR kalah di semua tujuh kerusi yang ditandingi sesama mereka melawan UMNO. PKR menyalahkan PAS kerana ‘mengacau’ kerusi mereka." -

Saya amat suka akan hal ini. Saya juga suka hal

".. Pemuda PAS Selangor yang berani menempelak PKR, kerana kecabulan mulut pemimpin mereka menghina pemimpin PAS di khalayak ekoran ‘kehilangan' dua kerusi tersebut."

Pada saya walau macam mana pun, PAS tentu lebih baik dari PKR. PKR parti haprak yng ha nya korek sana korek sini. Termasuk korek lubang belakang. Ma'af, bunyi kotor, tapi memang Anwar kotor pun. Begitu juga beberapa pemimpin lain mereka. Azmin di katakan ada dalam video berdua dengan sipolan dalam toilet. Nak cakap buat apa pun, kali kedua saya tak boleh bunyi kotor sangat.

Yang saya tak faham mengapa PAS setuju pulak Khalid jadi MB Selangor. Dulu minta maaf kapada gereja Methodis Damansara Utama sebelom JAIS siapkan laporan siasatan cubaan mngkafirkan 12 wanita Islam di bulan puasa. Ini lah yang di katakan gila kuasa. Asalkan dapat 3-4 Exco, senyap aje le. Teruk le maanusia.

Taib Roslan said...

Ramai yang cakap Ustaz kalau PAS bergerak secara sendirian,PAS akan menang besar PRU lepas.

Kebanyakkan pengundi Melayu juga mengakui mereka hanya terdesak untuk memilih UMNO kerana PAS dilihat dayus apabila bersama dengan PR.

So,Pendapat saya PAS memang Parti yang kuas..Mungkin disebabkan sikap tolak ansur yang keterlaluan dalam pakatan menyebabkan PAS nampak bacul.

Anonymous said...

semoga pas diberi kekuatan oleh ALLAH SWT untuk terus istiqomah atas jln yg benar & xtewas kepada cubaan yg mapu merebahkan perjuangan murni mereka. politik muafakat melayu-islam adalah jln terbaik. xperlu pas dibubar masuk umno, atau pas join BN, atau kerajaan perpaduan BN-PAS secara tergesa2, tp yg penting ada 1 suara dlm isu kepentingan Melayu, Islam, Raja Melayu dan bahasa Melayu walaupn pas sbg pembangkang. malah kewujudan PAS sbg pembangkang mnjdkn keadaan lbh kompetitif buat UMNO. yg psti tolak ultra kiasu DAP, tolak politik tanpa sempadan PKR

Anonymous said...

Sedarlah wahai ahli PAS sekalian. Ahli anda ramai drp PKR dan DAP. Struktur organisasi anda tersusun. Sepatutnya parti anda menjadi peneraju bukannya pengikut. Sepatutnya pemimpin anda menjadi MB Selangor, bukannya PKR. Anda perlu bertegas dalam hal ini. Peluang terhidang di depan mata untuk menjadi pemimpin di negeri maju spt Selangor. PKR dan DAP takutkan pemimpin anda menjadi MB. Mereka bimbang banyak rumah urut, pusat mesin judi, kilang haram dsbnya milik Ultra Kiasu akan tutup. Sedarlah ahli PAS sekalian, anda telah lepaskan peluang keemasan ini.

Anonymous said...

Apa yang boleh saya katakan adalah padan muka PAS kerana pemimpinya yang bongkak,angkuh dan sombong apabila ditawarkan bekerjasama dengan UMNO. Mungkin inilah balasan tuhan kepada parti yang peralatkan agama kerana tamakkan kuasa.Mereka tahu jika bekerjasama dengan UMNO mereka tidak dapat memerintah jadi mereka mencuba sedaya upaya bekerjasama dalam PR dengan harapan dapat merasai kuasa kerajaan pusat.Inilah yang dikatakan Orang tamak selalu rugi.PAS hanya sebagai tong sampah dalam PR.

Anonymous said...

10:11 PM,

Saya sokong sepenuhnya apa Sdr kata. Padan muka PAS kerana pemimpinya yang bongkak, angkuh dan sombong apabila ditawarkan bekerjasama dengan UMNO.

Saya percaya - bukan "mungkin" lagi - inilah balasan tuhan kepada parti yang peralatkan agama kerana tamakkan kuasa.

Sebenarnya, jika mereka bekerjasama dengan UMNO mereka dapat memerintah bersama. Di zaman Tun Razak dahulu, Presiden PAS Dato Asri Muda pada masa itu menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar, in charge FELDA dsbnya. Ramai orang PAS di masuknya ke dalam rancangan FELDA. Tak menjadi masalah, dia pegang kuasa.

Saya fikir bukan so'al tamak. So'al Nik Aziz yang sudah biul, tak ngaku dia Melayu, mengata "Ambo buke Melayu, Isle je", dan beberapa hari yang lalu berkata PAS tak akan bersama UMNO selagi dia belom mati.

Nak tanya: dari segi kepentingan Melayu, salah ke kalau dia di do'akan mati cepat? Ini perkara besar, kepentingan berjuta Melayu, bukan seorang benda Allah Nik Aziz. Abang dia ada mendo'akan supaya UMNO mati - "KO", kata dia. Di masa sembahayang hajat beramai ramai pulaknya. Bedebah depa.

Anonymous said...

saya bersetuju jika pas berjuang atas stand sendiri.. byk negatif dr positif apabila didalam PR.. rugi masa dan tenaga..pas perlu buat keputusan dr sekarang sebelum menjelang pru14

Anonymous said...

3:20 PM, June 05, 2013,

Setuju, politik muafakat melayu-islam adalah jln terbaik. Setuju juga xperlu pas dibubar masuk umno.

Tapi kalau tak join BN, mcm mna nak muafakat? Dasar UMNO kongsi kuasa sentiasa muafakat antara 14 ahli BN. Boleh join BN lah, kawan, kalau tak serasi kemudian hari, boleh keluar lagi mcm dah brlaku dulu.

Kerajaan perpaduan BN-PAS tak perlu di anggap tergesa2. Setuju yg penting ada 1 suara dlm isu kepentingan Melayu, Islam, Raja Melayu dan bahasa Melayu walaupn pas sbg pembangkang. Tapi Nik Aziz kata dia bukan Melayu, Isle je, mace mane?

Tak setuju kewujudan PAS sbg pembangkang mnjdkn keadaan lbh kompetitif buat UMNO. Mnjdikan lebih bermusuhan ade le. PAS dlm kmpulan pmbngkng nampak mcm di gunakan dek DAP saja. UMNO musuh kuat dgn DAP. Siapa yang sekongkol dgn DAP nampak bermusuh juga dgn UMNO. Amacam?

Mcm mana nak tolak ultra kiasu DAP kalau sebantal dgn DAP? Gitu juga dengan PKR. Tapi stuju, "tolak politik tanpa sempadan PKR". Mereka dah jadi pelampau. Mengarut masih tak ngaku kalah, tak terima keputusan PRU13. Tapi dah tubuh kerajaan di 3 negeri yang mereka menang. Apa daaaaaa.

Anonymous said...

Assalamualaikum Sahabat Admin,
Sy harus menyatakan PAS sudah hilang arah kepimpinan. Penyokongnya pelik dan biadap. Apabila sy melihat satu forum yang dianjurkan dimana Saudara sendiri, Ust Fathul Bari, Saudara Nasarudin (Pemuda PAS) juga ada. Sy merasa malu melihat orang melayu dan orang Islam begitu buruk perangai. Saudara dimalukan ketika itu, tetapi sy yg melihat pula yang terasa pedihnya. Saudara bukan adik saya tetapi kita Islam, semua bersaudara. Apakah PAS sudah tidak tahu mengajar penyokong berbudi bahasa. Soalan samada Saudara kenal TGNA seperti menyindir Saudara sewenang2nya. Taksubnya penyokong sebegini seperti orang jahiliah menyembah berhala dizaman dahulu. Penyokong2 beginilah yang di didik oleh TGNA. Dan mereka inilah yang tiada batas sehingga sanggup punah ranahkan islam semata2 kerana Tok Guru mereka ingin kuasa. Sy rindukan zaman PAS dibawah pentadbiran Almarhum Ust Fadhil Nor. Sy harap Tuan Guru Hj Hadi ketepikan pemimpin yang mengajar org Islam menjadi biadap. Mat Sabu dan TGNA tidak layak memimpin PAS...

Anonymous said...

Saya mengharapkan PAS berubah corak. Supaya memikirkan kepentingan Melayu. Jika mahu memajukan Islam pun, di negara ini alat bagi memajukannya ada lah Melayu.

Pada umumnya, Melayu yang beragama Islam di negara ini. Sudah tentu Melayu perihatin terhadap kepentiangan Islam. Ha nya cara memajukan Islam itu berbeza di antara PAS dan UMNO. Tapi PAS bersekongkol dengan DAP kafir harbi itu tidak mendatangkan hasil kapada kepentingan Islam dan memecahkan perpaduan Melayu. Amat merugikan.

Nyata DAP menolak Hudud sehingga mahu bermati-matian. Mereka pula masih ada tujuan mengenepikan Kedudukan Istimewa Melayu dan Bumiptera Sabah dan Sarawak yang tersergam di Perkara 153 Perlembagaan. Ada di antara mereka yang bila di sebut sahaja perkara ini, marah, iri hati, jaki, merungut, mengeluarkan kata kata menghasut. Tak faham Perlembagaan, yang faham tak mahu hormatkannya, tak mahu hidup dengan nya. Tapi mengaku rakyat, nenek moyang mereka telah merebut hak kerakyatan selepas sahaja Merdeka dahulu, tetapi tak membuktikan ta'at setia kapada Perlembagaan. Jenis ultra kiasu.

DAP memang anti-Melayu dan anti-Islam sejak parti itu mula di tubuhkan. Mahukan Kristian sebagai satu daripada agama resmi negara ini, masakan Perlembagaan nyata mengatakan "Agama negara ini ada lah Islam" ia itu, "Islam is 'the' religion of this country. Berlebih lebih lagi anti-Melayu dan anti-Islam bila mereka menyebabkan pergaduhan kaum 13 Mei 1969.

(Bersambung)

Anonymous said...

(Sambungan)

Sekarang mereka telah memutar belit mendapatkan tsunami Cina. Kepentingan Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak pun tergugat akibatnya. Sehingga biasiswa pun di beri kapada kaum yang terkaya dan mengawal ekonomi negara ini sejak berpuluh tahun yang lalu. Mereka yang ada berbagai persatuan suku kaum dan persatuan perniagaan yang membantu mereka yang berpendapatan rendah.

Universiti Tengku A Rahman (UTAR) menolak RM30 juta yang seorang jutawan Cina mahu sumbangkan untuk biasiswa dll bagi anak anak Cina 1-2 tahun yang lalu. Masakan anak anak Melayu dan Bumiputera tiada tempat lain mahu bergantung melainkan Kerajaan, bagi menampong pelajaran tinggi mereka. Dan dana biasiswa itu terhad, bukan boleh di gunakan segala wang Kerajaan bagi nya. Maka setiap biasiswa yang di beri kapada Cina, satu peluang di ambil dari hak Melayu dan Bumiputera. Melayu dan Bumiputera berhak menerimanya. Sebab mereka ada Kedudukan Istimewa yang tersergam di Perlembagaan dan di lindung oleh Akta Hasutan.

Saya harap PAS nampak di mana kepentingan Islam dan kepentingan Melayu terletak. Bukan dengan Pakatan Rakyat. Ketua PKR telah berkata mereka pentingkan ketuanan rakyat, bukan Ketuanan Melayu/ Islam. Mreka sengaja abaikan hal bahawa Ketuanan Melayu itu ada tersemat di peruntukan peruntukan Perlembagaan berkenaan kedudukan, peranan, fungsi dan tanggungjawab YDP Agong, Raja Raja Melayu, Majlis Raja Raja, dll. Perdana Menteri dan Menteri Menteri Besar tidak akan boleh berfungsi secara resmi selagi tidak di lantik oleh YDP Agong dan Raja Raja Melayu. Parlimen dan Dewan Dewan Undangan Negeri tidak boleh bersidang membuat undang undang selagi tidak di buka dengan resmi oleh YDP Agong dan Raja Raja Melayu. Mereka nyata sebagai lambang Ketuanan Melayu yang PKR abaikan bila berkata mahukan ketuanan rakyat kepala hotak mereka.

Sebagaimana juga DAP, mana PKR mahu pentingkan kemajuan Islam. Anwar pemimpinnya sendiri di gelar Al Juburi oleh Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS sendiri.

Saya harapkan dan do'akan PAS sedar bahawa kepentingan Islam terletak di tangan Melayu yang tidak Al Juburi. Dan yang tidak kafir harbi anti-Melayu dan anti-Islam seperti DAP.

Anonymous said...

Yang kurang ajar kapada PAS juga kurang ajar kapada Melayu. Mereka juga cyber troopers. Ada yang sama jenis nya denga DAP Red Bean cyber troopers dari segi cara membuat komen, kata kata yang di gunakan, termasuk yang lucu dan menyayat hati.

Berteraburan mereka di cyberspace, terutamanya di apa yang di panggil "news portal" konon nya. Saperti Malaysian Insider, Malaysia kini, Malaysia Chronicle. Menerbitkan "deceits, twists, spins and manipulation of half truths". Sentiasa "wild and unsubstantiated allegations". Ada yang menuduh liar, tidak ada bukti, justifikasi walau pun penerangan siapa kata, bila, di mana dsbnya. Pulaknya, selepas menuduh dengan senang lenang, mahukan pembaca cari bukti bagi tuduhannya. Kepala hotak mereka. Amat merosakkan akidah anak muda. Berlaku sejak pemerintahan "flip flop, auto-piloting and sleepy" Tun Dol.

Dua hari lalu Bernama melaporkan

"Communications and Multimedia Minister Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek said the ministry is studying Singapore's regulations on licensing of news portals".

Dan telah di sokong oleh The Malaysian Young Journalists Club (MYJC) - Its president, Dzulkarnain Taib said it is the best move to prevent the spread of false information that can disrupt unity in the country.

"Its time the government act firmly to stop the culture of hatred and lies spread by unethical and irresponsible news portals," he said in a statement here today.

Saya sokong apa yang di katanya lagi -

The orientation and reporting treatment of news portals often touch sensitive issues related to Malay rights, the Malay Rulers, the status of Islam as the religion of the federation and the position of the Malay language as the official language.

Dzulkarnian ada lah bekas Ketua Pengarang Suara Keadilan. Nampaknya dia sudah sedar betapa penjahanam pendirian dan gerak geri PKR. Bagus lah.

Saya amat gembira dengan pengumuman Menteri itu dan amat berharap dia mengambil keputusan bagi melaksanakan sistem Singapura itu. Jangan kisah kita react kapada apa yang Singapura acts. Amat penting news portals yang perlu di sental itu di lesenkan. Jahanam negara jika tidak.

Menteri Dalam negeri yang bahru telah memberangsangkan rakyat dengan mengata kesemua jabatan dan agensi di bawahnya boleh mengambil tindakan tanpa gangguan politik. Ketua Polis Negara yang bahru juga telah mengambil tindakan yang memberangsangkan. Menangkap, menyumbat ke lokap dan mendakwa di Mahkamah pesalah pesalah menghasut dan melanggar Peaceful Assembly Act.

Mari lah kita seru supaya Menteri Kommunikasi dan Multimedia sekarang membuat keputusan yang memberangsangkan rakyat juga.

Anonymous said...

Baik PAS atau UMNO kedua-dua ditunjangi oleh majoriti Melayu/Islam..sori to say,,baik PAS@UMNO selagi anda berpecah dari segi politik jangan harap anda akan kuat di bumi bertuah Malaysia..yang akan untung puak2 satu lagi...

Anonymous said...

Saudara

Insyallah Pas akan mendapat tempat di hati melayu seandainya dua orang ini tidak lagi memimpin Pas. Siapa mereka ??

1. Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
2. Abdul Hadi bin Awang

Hati orang melayu amat terluka terhadap Pas bila dua orang ini mewakili Pas menyokong penggunaan kalimah Allah dalam bible bahasa melayu.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian. Dua manusia yang saya sebut tadi adalah merupakan Pengkhianat Yang Paling Sadis terhadap Kemuliaan Sifat Allah SWT Sebagai Tuhan Orang Islam.

Untuk pengetahuan pembaca melayu islam. Kita tidak boleh lari daripada mengakui bahawa Nik Aziz dan Hadi Awang adalah Ulamak Islam Paling Bodoh Di Abad ini bila mereka berdua gagal menyedari atau membaca Niat Sebenar DAP melalui Lim Guan Eng mendesak penggunaan Kalimah Allah dalam bible bahasa melayu adalah Untuk Menyesatkan Melayu disamping Mendekatkan Melayu Kepada Agama Kristian.

Atas alasan itu tidak keterlaluan saya katakan NIK ABDUL AZIZ & ABDUL HADI AWANG ini adalah Agen Penyebar Agama Kristian didalam masyarakat melayu. Nokhtah.

Sampai mati saya tidak dapat terima mereka berdua ini sebagai Ulamak Islam melainkan mereka bertaubat secara terbuka.

Akibat perbuatan mereka berdua Allah telah bayar tunai kepada Pas dan Allah juga beri ganjaran tunai kepada DAP ... dalam PRU13, Pas hanya menang 21 kerusi parlimen selain gagal ke Putrajaya, sedangkan DAP menang 38 kerusi parlimen (hampir sekali ganda daripada apa yang Pas menang).

Hj Ariffin

Anonymous said...

Wahai Sdr 2:36 PM,

TK pendapat itu. Tapi kita semua tahu hal itu.

So'alnya ia lah bagaimana nak bersatu? Ada cadangan ke?

Apa saja cadangan kita nak dengar. Asalkan halal di sisi undang undang civil dan agama.