Sdr semua, hari ini, 2 artikel saya disiarkan, 1. Utusan Malaysia dan 2. kolum tetap saya Buka Minda, Sinar Harian. Baca dahulu artikel Utusan hari ini. Esok, saya akan paparkan pula artikel Sinar Harian. Terima kasih
(Utusan Malaysia 3.6.13)
Pantang saya menulis dalam akhbar Mingguan
Malaysia minggu lalu, menyentuh sedikit isu mengenai orang Cina, dunia bagai
nak kiamat. Diperbesar-besarkan oleh laman web ultra kiasu untuk dijadikan
bahan makian dan cacian. Seperti biasa, bukan hujah yang dibahas, peribadi
menjadi mangsa dan diserang. Terima kasih atas pemikiran kuno ini. Saya redha. Apa
yang penting, saya ingin rakyat marhaen sedar.
Sebelum mengulas lanjut, tahniah kepada
kerajaan Malaysia, kerana mengembalikan semula nama Kementerian Pendidikan daripada
Kementerian Pelajaran. Ada orang berkata, ada apa dengan nama. Pada saya,
memang ada pada nama. Beza antara nama orang Malaysia Cina dengan orang Cina
Malaysia. Di Indonesia, rata-rata menggunakan orang Indonesia Tionghua
berbanding orang Tionghua Indonesia. Nama
Indonesia (bangsa asal/negara) mesti berada di hadapan. Berbeza dengan
kita, bangsa mesti berada di hadapan. Siapa yang rasis? Lu fikirlah sendiri.
Sebab itu, saya tidak percaya bila ultra kiasu selalu berkata, I am Malaysian 1st.
Jika Malaysia didahulukan, bermakna
agenda nasional mesti diutamakan. Misalnya, bahasa kebangsaan, sekolah
kebangsaan, kebudayaan kebangsaan, pakaian kebangsaan, upacara rasmi kebangsaan
dan banyak lagi yang bersifat kebangsaan. Adakah semua ini dihormati dan
disambut oleh ultra kiasu dengan baik dan berlapang dada. Lihatlah sahaja
majlis angkat sumpah perlantikan exco di hadapan Sultan Selangor dan TYT Pulau
Pinang. Itulah ragam ultra kiasu.
Paling sedih, sehinggakan ke peringkat,
mereka mahukan mensyaratkan menteri (timbalan) pendidikan mesti boleh berbahasa
Cina untuk berurusan dengan Cina dan menjaga sekolah Cina. Mereka
mempertikaikan perlantikan Dato Mary Yap sebagai timbalan menteri pendidikan,
kerana tidak memenuhi syarat tersebut. Banyak cantik muka. Nasihat saya,
berhijrahlah ke tempat yang ada menteri sedemikian.
Ketika memberi respon, Yap dengan bangga berkata, beliau tidak perlu
malu kerana tidak boleh berbahasa mandarin, yang penting kena buat kerja. Ini
kenyataan seorang negarawan, bukannya seperti pertubuhan ultra kiasu tersebut.
Menurut Yap, walaupun tidak pandai
membaca dan bertutur dalam bahasa mandarin, itu bukan isu. Beliau menguasai bahasa
Melayu (BM) dan Inggeris (BI) dengan baik. "Saya juga ada pegawai untuk
bantu saya yang akan beri nasihat dan bacakan surat khabar Cina dan beritahu
apa yang dilaporkan. "Ada ramai
pemimpin di dunia yang tak fasih berbahasa Inggeris tapi disebabkan ada pasukan
yang kuat, mereka boleh bimbing negara dengan begitu berkesan,".
MP Tawau ini berpendapat, beliau
tidak mewakili kaum Cina tetapi wakil kepada rakyat Malaysia. Beliau telah berkhidmat
di bawah kementerian pendidikan hampir 36 tahun dan telah berjumpa dengan
pelbagai kaum dan guru. "Saya tak lihat diri sebagai mewakili orang Cina
tetapi sebagai orang Malaysia. Inilah 1Malaysia. Tapi bila cakap mengenai
pendidikan Cina, ia merupakan sebahagian daripada tugas saya untuk
menyelesaikannya,".
Terus terang, untuk setakat ini, saya
kagum dengan pandangan sebegini, bertepatan dengan amalan 1Malaysia. Inilah
yang membezakan antara bukan Melayu (Cina) di Semenanjung dengan Cina Sabah dan
Sarawak. Cina Sabah Sarawak lebih terbuka dan tidak ultra kiasu, semangat
1Malaysia amat tinggi, berbanding sebahagian mereka di sini.
Kita perlu
banyakkan menteri (timbalan) bukan Melayu seperti ini. Kenapa Yap agak berbeza
dengan ultra kiasu yang lain? Hujahnya mudah, mereka lebih terdedah kepada
pribumi dan bumiputera di sana. Berbanding di sini, setiap hari sosialisasi
politik mereka dalam apa jua bidang amat bersifat ultra kiasu (perkauman)
Kita tentu masih ingat, sebelum ini ultra
kiasu mensyaratkan, guru-guru bukan Cina yang mengajar BM dan BI di SJKC mesti mendapat kredit bahasa Cina dalam
SPM. Jika tidak, mereka tidak layak untuk mengajar di SJKC. Kerajaan terpaksa
akur kerana mahukan undi mereka. Sebahagian besar guru-guru BM dan BI bukan
Cina telah dikeluarkan daripada SJKC. Begitu juga dengan kerani-kerani Melayu
pun di sana perlu menguasai bahasa Cina.
Saya tidak faham, kenapa dan mengapa
kerajaan tunduk dan akur kepada desakan ini, sedangkan semua sekolah ini berada
dalam sistem pendidikan negara berpaksikan perlembagaan, menjunjung agenda
negara. Semua gaji mereka dan prasana disediakan oleh kerajaan. PRU13
membuktikan, bahawa pemberian tidak dibalas. Apakah kita akan teruskan
permainan ini?
Bandingkan, sekolah agama (kebangsaan) tidak
pula mensyaratkan guru-guru bukan Melayu yang mengajar BI mesti boleh menguasai
bahasa Arab. Jika itulah yang dilakukan, bayangkan berapa banyak bantahan akan
dikemukakan kepada kerajaan kerana tidak berlaku adil.
Melalui sistem ini, bahasa Arab masih
boleh dikuasai, walaupun tidak sepenuhnya. Melayu tidak perlu menjadi orang
Arab untuk menguasai bahasa Arab. Sebab itu, sukar untuk saya diterima idea
untuk mencinakan sekolah Cina secina-cinanya, barulah bahasa Cina boleh
dikuasai dengan baik dan menjadi Cina tulen. Itupun kerajaan membenarkan
operasinya. Inilah toleransi orang Melayu yang tidak ada pada bangsa lain. Malangya
tidak dihargai.
Ingatan saya kepada kepada UMNO BN yang
menerajui kerajaan, jangan terlalu mengemis untuk mendapat simpati mereka. Jika
madu yang diberi, tuba yang dibalas, segerakan perlaksanaan BM sebagai
pengantar. Gunakan akta pelajaran 1996 untuk kuatkuasakan BM di semua jenis
sekolah, walaupun kuasa untuk menghapus sekolah vernakular sudah tidak ada lagi,
kerana peruntukan akta tersebut telah dihapuskan dengan kewujudan akta
pelajaran 1996.
Terbaharu, berlaku ‘percanggahan’
pendapat antara Ahli Lembaga Sekolah Chong Hwa dengan Dong Zong mengenai
kedudukan Sekolah Persendirian Cina (SPC) di Kuantan. Ahli lembaga SPC Chung
Hwa hanya mahukan satu sahaja di di Kuantan. Jika Dong Zong mahukan SPC lain,
cari tempat lain, tetapi bukan di Kuantan, takut berlaku persaingan.
Dong Zong tetap berkeras mahukan sebuah
lagi SPC di Kuantan. Persoalan saya, tidak cukupkah lagi apa yang ada? Perlukan
SPC menjadi secina-cinanya? Chong Hwa mahukan pelajarnya mengambil SPM dan UEC
sebagai menyahut seruan kerajaan. Manakala Dong Zong tidak bersetuju dengan idea kerajaan (juga Chong
Hwa) untuk menggunakan silibus kebangsaan dan medium bahasa Melayu. Chong Hwa
dilarang menduduki UEC yang dikendalikan Dong Zong jika mahu mengikut syarat
kerajaan.
Dong Zong hanya mahukan UEC yang tulen.
Dong Zong tidak mahu pelajarnya cair kecinaan, jika berada di Chong Hwa yang
mahu bertolak ansur dengan kerajaan dalam menjunjung agenda kebangsaan. Saya harap Kementerian Pendidikan yang baharu
dapat melihat perkara ini dengan serius.
Apakah kita ingin terus lahirkan manusia yang menterbalikkan jalur
gemilang seperti yang dilakukan oleh bekas pelajar UEC di Taiwan. Perkara ini
tidak mustahil berlaku lagi kerana jiwa ultra kiasu mereka sudah lama bersarang
dalam sanubari melalui pendidikan yang telah diperolehi.
Lebih ultra lagi, Gabungan
Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong) sebelum ini bersungut mengenai komposisi
dalam senarai anggota kabinet yang didakwa tidak banyak membariskan wakil
daripada kaum Cina dalam untuk menyelesaikan masalah mereka.
Persoalan saya, di
manakah kita berada? Perlukah sangat menteri Cina untuk jaga orang Cina? Adakah
selama ini menteri Melayu tidak menjaga orang Cina? Siapa yang perlu menjaga
siapa? Siapa yang harus mengenang budi
dan membalas jasa siapa? Di China dan India, siapakah yang mewakili Cina (India)
Muslim di sana untuk mendengar masalah mereka? Sedarkah kita betapa
beruntungnya bukan Melayu di negara bertuah ini? Apa yang ada Melayu dan
bumiputera, tidak terdapat pada diri mereka hari ini?
Dengan sebab itu, saya amat risau idea
menjadikan BN satu parti. Kita mungkin bersangka baik. Orang lain bagaimana? Bahayanya,
apabila undian dijalankan, sudah tentu undi UMNO (Melayu) hanya ada satu,
berbanding 12 wakil parti komponen yang lain. Hanya UMNO sahaja yang akan
bercakap soal kepentingan Melayu (Islam). Itupun jika semua faham. Ada
segelintir dalam UMNO yang telah mati hati Melayunya kerana dikaburi oleh wang
yang digula-gulakan oleh ultra kiasu.
Selain itu, apa yang tergambar dalam
fikiran ultra kiasu ini? Bila idea ini dibangkitkan, ultra kiasu tanpa melihat
kedudukan mereka, mengeluarkan kenyataan, Timbalan Perdana Menteri (TPM),
paling kurang mesti ada tiga iaitu TPM mewakili Sabah Sarawak, Cina dan India.
Yang peliknya, orang Sabah dan Sarawak tidak pula kedengaran membincangkannya
dengan serius! Kenapa ultra kiasu di Semenanjung begitu obsess dengan jawatan
TPM? Kenapa tidak sebut sahaja perlu ada jawatan 3 jenis PM?
Dalam kepala otak mereka, tidak ada
perkara lain, soal bangsa, bangsa, bangsa. Bagaimana dengan orang asli dan
etnik minoriti yang lain? Berapa banyak jawatan TPM hendak diwujudkan untuk
memuaskan hati semua pihak. Pada saya, yang paling layak untuk jadi TPM adalah,
orang Melayu, orang Asli dan wakil Sabah Sarawak. Titik. Kedudukan mereka
begitu jelas. Mereka layak menjadi TPM untuk Malaysia, kerana mereka tahu dan
faham sejarah Malaysia. Mereka menyahut agenda kebangsaan dan BM mereka
tip-top. Yang lain belum tentu.
Cuba intai-intai perbahasan ultra kiasu
dalam dalam parlimen selepas ini. Kalau boleh, kita tidak mahu dengar lagi
kata-kata; “tuan speaker, dengan izin”. Hanya kerana mereka tidak terjumpa atau
terlintas perkataan BM.
Sebagai menghormati negara ini
berasaskan kepada ketuanan Melayu dan Islam, tidak salah jika jawatan PM dan TPM hanya dikhususkan untuk
orang Melayu (Islam). Jawatan lain, kongsilah dengan bangsa lain. Perkara ini
adalah biasa dan lumrah. Apakah bukan Melayu tidak belajar daripada Singapura.
Pernahkah jawatan menteri kanan (perkhidmatan awam) diserahkan kepada orang
Melayu walaupun Singapura itu negara berasaskan ketuanan Melayu (Islam).
Janganlah hipokrit.
Jika benar BN nak dijadikan satu parti.
Perlu ada formula. Apa yang penting PM dan TPM mempunyai sifat negarawan. Setakat
ini saya hanya dapat lihat sifat ini ada pada orang Melayu (Islam), orang Asli
dan bumiputera. Bukan setiap etnik
diwakili melalui perlantikan sebagai
TPM. Saya yakin selepas bosan jadi TPM, mereka menuntut untuk menjadi PM pula.
Sekarang ini memanglah mereka berkata kononnya tidak berminat.
Kesimpulannya, pada saya, tidak
perlulah mengeluarkan kenyataan atau mendabik dada apabila dilantik menjadi
menteri, seraya berkata; “saya adalah menteri kepada Malaysia, bukan hanya
kepada UMNO BN”. Sudah difahami. Semestinya apabila dilantik menjadi menteri,
kita akan kepunyaan Malaysia atau negarawan. Itupun bukan bermakna, kita perlu
cairkan diri kita untuk meraikan orang lain. Agenda Melayu (Islam) mesti
diteruskan. Jati diri mesti diperkasakan.
Melayu tidak boleh hanyut dalam arus
sekular. Hati Melayu tidak boleh mati. Ini kerana bangsa lain, tidak pernah
cairkan identiti mereka atas semangat 1Malaysia. Misalnya, aktiviti belia dan
sukan. Identiti atau jati diri apakah yang akan mengakari? Di manakah kedudukan
kebudayaan kebangsaan, cara berpakaian dan sebagainya. Tidak cukup sekadar
menyanyi lagi IM4U. Tidak ke mana, jika kita tidak bertegas dalam soal jati
diri.
Prof Madya dr Mohd Ridhuan
Tee Abdullah
Ketua Program
Progra Pengajian
Kenegaraan, Kepimpinan dan Ketamadunan
Fakulti Pengajian
Pengurusan dan Pertahanan
Universiti Pertahanan
Nasional Malaysia
28 comments:
Terima Kasih pada Ybhg Ustaz kerana sudi datang ke Seri Manjung Perak tempoh hari,sesungguh nya ceramah Ybhg Ustaz memberi impak yang besar kepada kami pengundi2 Melayu di DUN PASIR PANJANG.
Lebih elok satu salinan tulisan tuan ini dihantar terus kepada PM.
salute kepada dr riduan.....
Salam. Terima kasih Dr.Ridhuan. Tulisan Dr. amat baik kepada semua masyarakat Melayu yang belum sedar. Ahli PAS dan UMNO perlu amati dan hayati bersama untuk kebaikan ummah di Malaysia.
Syabas tuan, tulisan tuan seperti biasa menyatakan kebenaran dan menyengat, namun masih ada yang tidak dapat melihatnya dengan jujur.
Saya amat minat dengan nasihat berhijrahlah ke tempat lain yang ada apa apa yang mereka suka dan mahukan.
Professor Emeritus TS Khoo Kay Kim telah berkata kapada mereka yang berkelakuan tidak betul di Dataran Merdeka di petang Merdeka tahun lalu supaya "Berhijrah lah".
Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid telah berkata seminggu dua yang lau kapada mereka yang tak mahu terima sistem yang ada di Perlembagaan negara ini supaya berhijrah lah ke negara yang mereka suka sistemnya.
Sekarang Prof Riduhan Tee berkata "berhijrahlah ke tempat yang ada menteri sedemikian."
Saya ingin kata, sesiapa yang tak mahu hormatkan dan hidup mengikut Perlembagaan negara ini, "Berambus lah". Terutama nya selepas tsunami Cina yang lalu.
Sudah cukup Najib membengkok ke belakang hingga nak patah pinggang, melayan kehendak Don Zong dan lain lain yang binggong tak hormatkan Perlembagaan. Nyata Perkara 152 Perlembagaan berkata BM perlu di utamakan selain dari urusan resmi. Maka sekolah dan lantikan Menteri dan Timbalan Meneri ada lah urusan resmi.
Mengarut mahukan itu ini sehingga mahu mensyaratkan Timbalan Menteri mempunyai pengtahuan Mandarin. Karut, tidak lain dan tidak bukan, karut.
Najib perlu abaikan perhatian kapada mereka yang telah mentsunamikan dia. Jika tidak, UMNO dan rakyat jelata perlu tsunamikan dia pulak. Bawa ke Perhimpunan Agong UMNO di hujung tahun ini perkara menggantikan dia sebagai Presiden parti.
Mengarut dia melakukan banyak hal yang menguntungkan jenis yang mentsunamikan UMNO/BN, dan dalam peroses itu merugikan UMNO dengan banyak dan merosakkan kepentingan Melayu.
Phuuuuu ... betul2 kaw punya artikel. Tahniah dan syabash kepada Saudara Ridhuan Tee.
Cerita fasal Parti Tunggal dengan Umno ni sama macam cerita Kalimah Allah dengan DAP. Dua kali lima jer.
Dalam kisah Kalimah Allah, Lim Guan Eng baru cadang nak minta kerajaan benarkan kalimah itu digunakan dalam bibble. Dia bukan kata nak desak atau nak uut kerajaan. Tapi tak pasal2 dua ekor ulamak tersohor Pas pula sampai sanggup dihina dicaci dan dicerca malah sanggup bergaduh (berbalah) dengan lain2 ulamak hanya kerana nak sokong cadangan Lim Guan Eng. Tahap kebodohan dua ekor ulamak tersohor Pas itu, tak ada benda yang boleh nak disamakan. Nak disamakan dengan lembu, sebodoh2 lembu dia tak akan terjun meredah sungai kalau memang dia nampak ada buaya dalam sungai itu.
Parti Gerakan melalui pemimpinnya (saya tak ingat apa jawatan dia dalam parti) baru menyuarakan pendapat saja. Dia tak sungguh2 pun, dia tak mendesak pun. Tapi kenapa Najib ni gelabah tak pasal2. Arahkan semua peringkat pemimpin Umno mesyuarat dan bincang idea Gerakan itu. Najib takut dia tak dapat undi orang cina kah ? Apa Najib ingat pengundi cina masih ada hati dengan Umno lagi kah ? Saya nak bagi tahu dekat Najib, " pengundi cina dah bagi kirim salam dekat Umno ". Harap Najib faham lah. Harap Najib tak lah memiliki tahap kebodohan sebagaimana yang saya gambarkan dalam isu Kalimah Allah tu.
Kalau Najib masih tak faham juga, minta para perwakian Umno cari orang lain saja lah untuk memimpin Umno .. PRU Umno nak mai dah, ini adalah masa yang paling sesuai.
Kepada Najib, kita nak ingatkan. Awak dah bagi cukup2 kaw punya bantuan kepada orang cina, apa tuntutan orang cina yang awak tak tunaikan sebelum hari pembuangan undi PRU13. Cuma orang cina tak minta telor awak, kalau mereka minta silap2 itu pun awak sanggup bagi kepada mereka .. kerana nak kan undi mereka.
Pertanyaan Besar : Adakah Najib berani beritahu kita bahawa Umno menang PRU13 kerana telah mendapat sokongan dan undi daripada orang cina.
Peringatan Kepada Najib : Jangan lah buat orang melayu dan bumiputra meluat kepada pemimpin Umno kerana terlalu sangat nak jaga orang yang tak bagi undi pun kepada Umno pada PRU13 baru2 ini.
Sekolah Agama Rakyat, Maahad Tahfiz, Sekolah Agama Pondok .. lama sangat dah mereka memendam rasa menelan air liur melihat kerajaan mencurah berbagai bantuan kepada sekolah2 cina dan tamil. Giliran mereka Sekolah Agama Rakyat, Maahad Tahfiz, Sekolah Agama Pondok pulak la kut ...
Itu pun kalau Umno ada hati nak kekal jadi kerajaan dan PM pada PRU14 nanti.
Hj Ariffin
saya sangat setuju dengan anda 100%.
kita patut belajar sesuatu disini aitu kita juga harus jadi semelayu-melayunya tapi bukan pak turut tapi tuan kepada tanah ini sebelum kedatangan imgran dan serasis2nya untuk mempertahankan segala hak kita dari dicerobohi...kuasa dan ekonomi..
artikel prof perlu dihantar kpd YB PM DS Najib. bagi beliau sedar ttg realiti sebenar di Malaysia.
"Saya tidak faham, kenapa dan mengapa kerajaan tunduk dan akur kepada desakan ini, sedangkan semua sekolah ini berada dalam sistem pendidikan negara berpaksikan perlembagaan, menjunjung agenda negara." -
Sebab itu Najib banyak di kutuk di blog http://bigdogdotcom.wordpress.com/ sekarang, walau pun pos yang ada sekarang ia lah berkenaan Najib membongkok lagi kapada kehendak pembangkang - dia mahu tubuhkan jawatankuasa memandu Suruhanjaya Pilihan Raya pulak. Pada hal, SPR ada lah suatu badan yang bebas, bertanggung jawab kapada YDP Agong - bukan kapada Kerajaan atau sesiapa lain - mengikut Perlembagaan negara.
Ramai yang mengeluarkan pendapat UMNO perlu memikirkan cara mendapatkan Najib ubah pendirian, jika tidak, UMNO perlu ubah dia sebagai pemimpin parti di Perhimpunan Agong UMNO di hujung tahun ini. Ramai yang sudah meluat dengan pendirian dia.
RT sangat handsome, mata sepet dan badan tegap. Rambut semakin kurang macam sami buddha. Pasti banyak peminat perempuan. Tak khawin 4 amat merugikan....
Sekadar Pendapat Saja.
Najib ni mudah sangat di tipu. Tengok masa penamaan calon. Sorang pun ketua2 parti cina MCA, Gerakan dan SUPP tidak menawarkan diri bertanding, alasan konon nak bantu kempen BN. Saya pada waktu itu dah terdetik di hati kecil, " mesti ada yang tak kena ni, adakah akan berlaku satu keajaiban pada PRU13 ni ".
Akhirnya apa yang saya takuti pun berlaku. Rupa2nya mereka bertiga (Presiden parti MCA, Gerakan dan SUPP) sudah dapat mencium naluri dan tekat kaum mereka iaitu melalui slogan " Ini Kali Lah " mereka kaum cina bertekat mahu menumbangkan Umno. Nyaris2 Umno tumbang jika tidak pada saat2 akhir orang melayu tidak membuat keputusan yang bijak.
Najib ditipu oleh ketiga2 orang kuat parti cina dalam BN. Najib diyakinkan oleh mereka bertiga bahawa sokongan kaum cina kepada BN semakin bertambah baik daripada PRU12. Tapi dengan syarat Najib melayan semua permintaan dan tuntutan kaum cina. Maka Najib pun pulun lah bagi itu bagi ini kepada kaum cina. Najib tertipu lagi dengan kehadiran diluar jangka sampai mencecah 60,000 orang cina dalam satu majlis BN untuk meraikan orang2 cina di Klang (jika tak silap). Pada majlis itu rata2 hadirin mengibarkan slogan We Luv PM. Najib senyum sampai ke telinga.
Nampak tak betapa bijaknya pemimpin 3 parti cina ini mengajar kaum cina berlakon depan Najib. Dan Najib tak habis2 menyebut, " We Will Deliver " kerana yakin kaum cina dah benar2 kembali kepada BN.
Tahu2 bila keputusan PRU13 diketahui, 90% undi kaum cina pergi kepada pembangkang malah jika DAP yang bertanding hanya tinggal sekor dua orang cina sahaja yang undi BN.
Apa kah Najib rela ditipu lagi oleh kaum cina untuk kali yang seterusnya. Sedangkan kaum melayu, begitu ikhlas. Jika mereka tak suka BN, mereka tidak hadirkan diri dalam majlis BN. Hati naluri orang melayu boleh dibaca, jika mereka berada dalam majlis anjuran BN, dari air muka kita dah tahu, " mereka akan undi BN ".
Hj Ariffin
Jahat kamu 11:54 PM.
Tidur lambat kerja lain takda hanya mencaci orang. Kamu sekor saja di sini yang tinggal mengeluarkan komen yang tak semenggah, kurang ajar dan biadap.
Sayang, emak bapak kau tak beri bimbingan di masa kau kecil. Aku kesian sebab mereka agaknya bertungkus lumus nak cari nafkah menyaji hidup kau yang rupanya tak ada guna langsung sekarang.
Kalau lah kau mahu terjun ke lautan China Selatan alang kah bagus nya. Menjadi kawan atau makanan jong, ikan paus atau ikan yu putih yang bertaring 2 kaki panjang.
Amacam, sedap tak jawapan aku untuk kau? Kau hendak menyenyeh, orang lain pun boleh buat gitu juga. Ke atas kamu yang takda guna sesen pun di dunia ini.
DS Najib
Sila ambil maklum. Sebelum PRU13 para blogger pro kerajaan banyak membantu kempen untuk memenangkan Umno. Malah para pelawat blog juga sama2 memainkan peranan membela Umno. Selapas keputusan PRU13 diumumkan, mereka ini lah juga yang tak putus2 memuji anda dan mengucap tahniah kepada anda. Bilangan mereka ramai.
Saya yakin dan teramat yakin, para2 blogger dan pelawat2 blog berkenaan telah memberikan undi kepada Umno pada PRU13 yang lalu. Saya dan mereka tidak undi Umno kerana nak selamatkan BN atau kerana nak angkat anda jadi PM. Kami undi Umno kerana nak selamatkan kuasa politik melayu. Kami tak rela melayu hilang kuasa memerintah negara ini. Kami tak mahu Malaysia menjadi Singapore. Kami tak mahu DAP menguasai kerajaan secara halus. Ya, memang kami teramat yakin, andai kata PR berjaya membentuk kerajaan, pasti DAP lah yang akan menentukan halatuju kerajaan PR. Kami buka mata dan buka minda, kami kaji apa yang berlaku di Selangor dan Pulau Pinang selepas PRU12 (Perak berjaya diselamatkan oleh Umno).
Di Selangor, memang MBnya melayu, memang wakil rakyat PR melayu ada dari PKR dan ada dari Pas. Mereka itu semua betul2 jadi kupang tembaga atau tunggul. Yang control kerajaan negeri Selangor adalah DAP. Kes Datok Hassan Ali, contoh yang dirujuk.
Di Pulau Pinang, tak usah cakap lah. Wakil2 melayu dalam DUN, bukan tunggul lagi tapi tak ubah macam alas kaki saja. Melayu ditekan, melayu dihimpit .. berani kah wakil melayu dalam DUN melawan arahan Lim Guan Eng. Lim Guan Eng menjadi Maharaja Cina di Pulau Pinang
Tetapi selepas anda membentuk barisan kabinet baru, kenapa orang2 yang sama yang telah mengundi Umno pada PRU13, kini tidak lagi senang dengan anda, tapi tidak dengan Umno. Pasti ada yang tak kena dengan anda wahai DS Najib. Mahasabah lah diri anda. Zaman wakil rakyat atau YB nak berlagak sombong dah berlalu.
Wahai DS Najib
Tolong lah tolong. Jaga kemuliaan institusi raja2 melayu. KDYMM Yang Dipertuan Agong dihina, apa tindakan anda ? Institusi2 yang sedia ada di naungi oleh raja2 melayu dan Yang Dipertuan Agong, jangan sekali2 diusik. Perbuatan anda meletakkan SPR dibawah kawalan parlimen, ini tindakan menghina mertabat serta maruah Yang Dipertuan Agong, kami tidak undi Umno untuk membolehkan anda memijak2 kedaulatan raja2 melayu. Bangsa melayu dihina oleh guru bangsa cina komunis, apa tindakan anda ? Tapi bila satu orang cikgu melayu dalam perhimpunan di sekolah beliau mengajar telah mengeluarkan nasihat yang mengingatkan kaum pendatang tentang untung nasib mereka dinegara ini, beliau dituduh rasis dan tindakan serta merta diambil.
DS Najib
Anda jangan hanya berani merotan bangsa sendiri, sedangkan bangsa lain (cina dan india) nak menjentik pun anda tak berani.
DS Najib
Jangan ingat melayu2 yang telah mengundi Umno pada PRU13 tidak tergamak mengkafankan Umno pada PRU14 sekiranya, Umno gagal menjaga hal2 berkenaan melayu dan raja2 melayu. Melayu hari ini dah banyak belajar daripada pengundi cina. Kalau pengundi cina boleh berpakat secara diam2 untuk memenangkan DAP, bukan mustahil pengundi melayu boleh memenangkan Pas asalkan Pas bersedia berpisah daripada DAP.
DS Najib
Anda jangan buat keputusan sorang2. Minta pendapat serta pandangan ahli MKT Umno sebelum buat sesuatu keputusan. Ahli2 MKT Umno pula, jika cadangan Najib tidak menguntungkan melayu, jangan takut untuk mengatakan " TIDAAAKKKK ". Parti Tunggal sebagai contoh, terbela kah nasib dan masa depan bangsa melayu jika ianya dilaksanakan ???????
DS Najib
Janji kami kepada anda hanya satu. " Anda Jaga Melayu, Melayu Pasti Akan Jaga Anda ".
Hj Ariffin
Seruan kepada pemimpin Pas
Sila lah menyediakan diri anda untuk PRU14. Belajar lah menjauhkan diri daripada DAP. Pas tidak menjadi pilihan melayu pada PRU13 bukan kerana sifat semula jadi yang ada pada Pas. Tapi kerana bayang2 DAP telah menggelapkan aura sebenar yang ada pada Pas. Anda telah menolak rezeki sebenarnya pada PRU13. Insaflah. Cukup lah sekali kena bodoh, jangan benarkan DAP membodohkan anda untuk kali yang kedua.
Tak bodoh lagi anda kata. DAP dapat 38 biji epal, sedangkan anda hanya dapat 21 biji epal sahaja. Pada hal Pas yang panjat pokok petik buah, kena gigit semut, kena gigit kerengga, nasib baik tak kena sengat dengan tabuan.
Hj Ariffin
Hj Ariffin,
Sedap dengor dan setuju dengan komen Sdr di 1:28 PM.
Nanti ada lapang akan baca lagi komen komen Sdr yang lain dengan perinci dan komen jika kena tempatnya.
Malaysia wajib ada kepimpinan yg tegas tanpa tunduk kpd kehendak yg merapu-rapu. Kalau dilayan pasti akan datang bertambah-tambah lagi kemahuan dan permintaannnya.
Kalau diberi segunung intan/berlian pun belum tentu cukup bagi golongan sebegini sebab bagi mereka bukan terima kasih yg mereka ucapkan, tetapi mereka lebih memikirkan apa lagi yg boleh mereka dapat sebagai habuan dan untung.
Mengarut mahukan 3 Timbalan PM. Jenis yang tak pernah berterima kasih. Asyik mahu lebih, mahu lebih, mahu lebih. Tak pedulikan dengan mahu lebih itu menjejaskan hak dan kepentingan orang lain. Hingga menyebabkan pergaduhan kaum 13 Mei 1969. Google lah "13 May 1969: A Tragedy, by the National Operations Council, October 1969", anda akan dapat bukti terperinci jenis demikian dan DAP yang menyebabkannya.
Jenis yang tak mahu mengaku kalah. Cakap tak serupa bikin. Janji tak di tepati. Cakap mahukan demokrasi. Sudah ada pilihanraya. Menuduh macam macam. Sehingga keputusan PRU13 pun tak mahu terima. Hingga bekas Naib Presiden Inonesia umumkan Anwar meminta dia mengaturkan perjanjian dengan Najib supaya mana mana pihak yang kalah di PRU13, terima keputusannya. Tapi Al Juburi tidak. Bedebah punya jenis.
Menagku pulak mereka menang "popular vote". Kepala hotak mereka tak jalan, tak mahu terima juga bahawa Amerika pun tak ikut popular vote - Al Gore kalah walau pun dapat lebih popular vote, dan si bodoh George W Bush jadi Presiden, mengebom Iraq atas alasan WMD yang sampai sekarang tak di jumpai.
Tangkap sahaja kepala kepala mereka yang demo jalanan itu. Selagi tak ikut peraturan Peaceful Assembly Act, mereka demo jalanan. Sumbatkan ke lokap, dakwakan di Mahkamah seperti yang telah di buat. Buat lagi kapada yang lain. Anwar sendiri pun dah rasa takut. Blog The Mole kata dia berkata di suatu ucapan di demo 505, "I may be arrested".
Tangkap dia, sumbat ke lokap dan dakwa di Mahkamah. Seperti si Tian Chua jahanam dll itu. Rakyat silent majority mesti sokong pihak berkuasa membenteras perosak negara saperti itu.
dr ridhuan, mana artikel dalam sinar harian? kata nk masukkan kat blog ni hari selasa 4jun. ni dh 5jun xde pn lg? xsbr nk baca :)
Renungilah pesan orang dulu2 kepada kita:
1. Buat baik berpada-pada
2. Diberi betis hendak paha; Diberi sejengkal hendak sehasta, diberi sehasta hendak sedepa; Dibenarkan duduk di serambi, hendak bermaharajalela di tengah rumah; Makin murah, makin menawar.
3. Tiada lukah yang kenyang oleh air; Umpama keranjang bobos
4. Tidak terkajang batu di pulau
5. Musuh dalam selimut; Gunting dalam lipatan; Api dalam sekam; Duri dalam daging; musang berbulu ayam; Ular berlingkar di gulungan tikar
Maka:
6. Bersatu teguh, bercerai roboh; Kuat lilit kerana simpulnya; Seukur berbaur, bertopang bercerai; Muafakat membawa berkat; Di laut angkatan, di darat kerapatan.
Supaya jangan pula:
7. Terhantuk baru hendak tengadah; Sudah kalah baru berkubu; Terperlus maka baru hendak menutup lubang.
8. Nasi menjadi bubur; Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna!
Adik Manja
Perlukah kita korbankan dan serahkan segala-galanya demi menagih sokongan orang Cina?
Berkesankah menaik taraf Kolej Han Chiang ke Kolej Universiti dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK)(C) Heng Ee pula akan diberi sebuah cawangan baharu di Bayan Lepas?
Juga tidak lupa peruntukkan RM1 juta diberi bagi setiap institusi itu menerusi Yayasan Rakyat 1Malaysia demi...."mengiktiraf Kolej Han Chiang sebagai contoh yang baik sebuah sekolah yang melakar sejarah dalam memupuk bakat di Pulau Pinang. Juga, dengan cawangan baharu ini, lebih ramai pelajar akan mendapat peluang untuk meneruskan misi baik Heng Ee dalam mengejar kecemerlangan."
Nampaknya menaik taraf sekolah-sekolah tersebut memang benar-benar telah "melakar sejarah". Salah siapa kalau kita mudah dipermainkan, diperdayakan, kemudian puas ditertawakan?? Kan salah kita juga.
Kita sudah pun terhantuk dan terngadah, jangan kemudian kita jatuh tersungkur terus tertiarap pula.
HARAP KITA SAMA-SAMA AMBIL IKTIBAR DARI PENGALAMAN LALU. JANGAN BERULANG LAGI DALAM PRU14. BERSYUKURLAH KPD ALLAH SWT KERANA MASIH MEMBERI KITA PELUANG. MARILAH KITA BERSAMA MUHASABAH DIRI.
hj ariffin kalu anda amati apa yg dia ckp (dr redhuan tee) mmg byk yg benar.anda jgn ego sgt , pastu g cari benda lain wat hujah.secara keseluruhan apa yg dia perkatakan adalah sgt2 betul dn tepat..hj ariffin kena ingat bhwa pr tu bukan islam.tp dasar sama mcm bn jga pragmatism tp yg bhya adalah ancmaan dr dap.dap pulak sgr suka sbb ada pkr..dap x suka pas sbnrya..dia x nk islam.negar islam,dia nak dasar dia.hehe..yg bhya org melayu akan dtg lg bhya fikiran mereka.x faham islam.cuma faham logic akal ja..
kpd saudara yg tertentu...u all jgn ingat org yg undi bn tu teruk sgt ..jgn ingat yg undi umno bn tu sbb dia nk Negara ni teruk.jgn ingat dia x nk islam..salah tu.ada yg dah buat analisis tentang untung dn rugi islam..ada yg epning kepala buat perbndingan antara pr dn bn..sbb pr tu bukan lah nk buat negar islam.asal pas tubuh x lama selepas umno adalh nk Negara islam..bla bla bla.tapi dlm pr lbh bhya klu depa memrintah..klu x skrg nmpk, masa akan dtg akan nmpk..yg pasti islam x leh memrintah.malah leh jd sgt teruk sbb tekanan dr dap dn ultra kiasu mcm dr ckp.
kalu saya saya ambik keseluruhan.saya jgk amik untung dn rugi islam.dan melayu.sbb melayu tu islam.klu melayu yg pegang..alhamdulilah.terutama klu pas.tp kalu pr saya x setuju.baik bn yg di ketuai oleh umno.rasanya china pun ok lg klu bn yg pgg yg kepala dia umno.kalu p r pgg saya x yakin..5 thn, 10 thn 15 thn 20 thn..terlungkup melayu.
Lebih Melayu daripada Melayu!Bagus rencana ini!
AsSalam
Saya amat tertarik dan kagum dengan kenyataan Dr yang begitu menepati fakta dan menyedarkan serta membuka mata dan minda.
Teruskan usaha dalam membantu menyelamatkan maruah orang orang melayu. Tanah Melayu telah di tukar nama kepada Malaysia bukan bermakna kita mesti menyerahkan tanah air kita kepada bangsa yang tidak mengenang budi. Itu bermakna Negara kita memberi peluang kepada semua bangsa untuk hidup dengan aman dan damai dalam satu negara yang berdaulat. Hargailah segala usaha yang telah kita perolehi selama ini. Bukan hanya dengan kata kata semua ini telah kita kecapi.Tetapi telah banyak pengorbanan telah di berikan dan tak dapat di huraikan dalam satu mukasurat. Hargailah keamanan negara kita yang kini telah memperlihatkan perpecahan walaupun cuba di sembunyikan dan di nafikan tetapi itulah kenyataannya.
Post a Comment