Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Tuesday, May 28, 2013

Buka mata, buka minda

7:16 AM Posted by RIDHUAN TEE 34 comments


(Buka Minda, Sinar Harian 27 Mei 2013)

Pada mulanya saya tidak mahu percaya berlaku tsunami Cina dalam PRU13. Analisis demi analisis yang saya hadiri, rata-rata menyimpulkan bahawa tidak berlaku tsunami Cina, tetapi tsunami Malaysia yakni penolakan rakyat terhadap UMNO BN. Ringkasnya, undi bandar  memihak kepada PR, manakala undi kampung lebih kepada UMNO BN.

Namun, setelah saya teliti dengan mendalam, memang berlaku tsunami Cina. Faktor ini amat jelas dan tidak boleh diselindungkan lagi. Saya amat musykil, kenapa sebahagian besar pengkaji tidak mengakui fakta ini. Apa tujuan di sebalik?

Lihat sahaja trend pengundian di Pulau Pinang dan kawasan majoriti Cina, bukti-bukti menunjukkan bahawa terlalu sedikit undi Cina yang diperolehi BN.

N27 Pengkalan Kota, Pulau Pinang,  BN hanya mendapat 1803, berbanding DAP 15403, majoriti 13600. Sepanjang kajian saya, tidak pernah berlaku dalam sejarah PRU, BN hilang wang deposit. PRU13 telah menjadi saksi. Begitu juga N13 Berapit (PP), BN hanya mendapat 2230 undi, berbanding DAP 16995, dengan majoriti 14765. Saya difahamkan di DUN Sitiawan, hanya dua sahaja undi Cina diperolehi oleh BN. Adakah ini bukan tsunami Cina? Tanpa nafikan tsunami yang lain.

Jika diamati secara teliti, sebenarnya BN kalah di Semenanjung (76), Kerusi Sabah Sarawak (57) yang menjadi penyelamat. Manakala PR mendapat 80 kerusi di Semenanjung dan Sabah dan Sarawak, 9 kerusi. Bermakna, jika tidak ada tambahan kerusi Sabah Sarawak, kerajaan yang diterajui BN sudah jatuh.

Ultra kiasu berhujah, jika ada tsunami Cina, sudah tentu calon Melayu mereka sukar untuk  menang bertanding di kawasan Cina. Misalnya P48 Bukit Bendera, Pulau Pinang dan beberapa kerusi yang lain yang diberi kepada calon Melayu. Pecahan pengundi P 48 mengikut kaum ialah Melayu (13.99 %), Cina (73.74 %), India (11.22 %) dan lain-lain (1.14 %). Parlimen ini dimenangi oleh Melayu (DAP), mengalahkan calon Cina BN dengan majoriti 32,778. Kenapa calon ‘Melayu’ ultra kiasu boleh menang?

Adakah dengan mengundi calon Melayu, tidak berlaku tsunami Cina. Fikirkan sejenak siapakah calon ini? Lihat muka dan perjuangannya. Beliau mewakili ultra kiasu. Mengundi beliau, bermakna mengundi ultra kiasu. Jika sukar untuk faham analisis ini, bacalah artikel saya yang lalu.

Bezanya dalam PRU13, sebahagian besar Cina menjadi lebih ultra kiasu? Kenapa? Adakah kerana kerajaan mereka bersih? Atau kerana suka kepada tuntutan ultra kiasu untuk menjadi lebih Cina? Saya ingin mengajak dan menasihatkan orang Cina supaya rasional dalam hal ini. Tidak dinafikan ada kelemahan dalam kerajaan UMNO BN.

Suka atau tidak, kita perlu mengakui, apa yang diperolehi orang Cina hari ini disebabkan oleh kerajaan yang sedia ada dan polisi yang dilaksanakan.

Perolehan yang paling ketara adalah kek ekonomi dan pendidikan. Kekayaan ekonomi telah diperolehi lebih 70 peratus. Manakala, dalam soal pendidikan, pendidikan Cinalah yang paling mendapat perhatian kerajaan, berbanding pendidikan lain.

Kerajaan telah membantu pendidikan Cina sehingga menenggelamkan pendidikan agama. Malangnya, dalam PRU13, mungkin tidak ada seorangpun guru-guru Sekolah Jenis Kebangsaan ini mengundi UMNO BN. Sekolah Jenis Kebangsaan sebenarnya menjadi lubuk melahirkan lebih ramai ultra kiasu, jika tidak dipantau daripada sekarang.

Sebenarnya saya sudah malas menulis menulis mengenai ultra kiasu selepas PRU13 atas dasar dakwah kerana ramai kawan-kawan seperjuangan mengatakan tulisan saya merugikan dakwah.  Tetapi melihat kepada gerak geri mereka, hati saya berkata-kata, tidak boleh jadi, sebab ultra kiasu menjadi semakin bongkak dan sombong.

Terbaharu, isu pembahagian kerusi exco negeri Selangor. Formula yang ditetapkan adalah 3:3:4 (PKR:DAP:PAS). Ultra kiasu bising wakil bangsa mereka kurang. Dapat lebih senyap, dapat kurang riuh. Bukankah dalam PKR sudah ada ramai ultra kiasu. Carilah 6 orang dari kalangan ultra kiasu itu tanpa mengira bangsa. Kenapa perkataan ‘Cina’ itu mesti berada di hadapan?

Saya difahamkan di Pulau Pinang, telah berjalan perancangan ultra kiasu melatih anak-anak ultra kiasu untuk membuat roti canai dan kuih muih Melayu. Selepas ini, orang Cina tidak perlu lagi pergi ke kedai mamak atau kedai Melayu untuk menikmati makanan tersebut kerana sudah ada di kedai Cina. Secara halus, bisnes mamak dan Melayu akan tutup dan bersedialah untuk berhijrah.

Ya, saya tidak nafikan tidak semua Cina yang rasis. Tetapi,  perlu diingat, ramai Cina yang rasis dalam parti ultra kiasu. Saya tidak akan label mereka ultra kiasu atau rasis, jika mereka menerima konsep negara Islam dan undang-undang Islam. Tetapi selagi mereka menolak hujah ini, selagi itulah mereka akan saya tentang dan label tersebut tidak akan berubah.

PAS pula janganlah terlalu perasan bahawa ultra kiasu telah menyokong mereka dan menerima Islam. Undi ultra kiasu kepada PAS sebagai tanda protes kepada UMNO BN, bukan kerana telah menerima Islam. Jika berlaku pertembungan antara calon PAS vs DAP. Jangan harapkan ultra kiasu mengundi PAS. Mereka mengundi PAS hari ini kerana berlaku pertembungan dengan UMNO. Jika PAS vs PKR, pasti mereka memilih PKR. Buka mata, buka minda.

34 comments:

Anonymous said...

Walaupun sudah jelas lg bersuluh, mata ttp d paksa tutup rapi, minda ttp d block semahunya.
Itu la yg d katakan bodoh x blh d ajar, bodoh sombong!!!!

Anonymous said...

Aku nak tulis ni untuk direnung elok2 oleh hangpa orang melayu.

1. Syukur kerana Umno masih bertahan untuk membentuk kerajaan. Itu pun kerana undi melayu, kalau melayu tak undi Umno, Najib dah sah jadi Ketua Pembangkang dah.

2. Hangpa ingat tak Tony Phua cina DAP tu pernah merancang untuk mengecilkan saiz Perkhidmatan Awam jika Pakatan berjaya bentuk kerajaan. Kenapa yang dia kisah sangat dengan Perkhidmatan Awam ? Sedar tak hangpa anggota Perkhdimatan Awam 85% adalah terdiri daripada orang melayu. Tony Phua tak lah kata dia tak suka orang melayu monopoli Perkidmatan Awam sebab dia nak jaga hati orang melayu Pas dan PKR yang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam.

3. Kita tahu ramai kakitangan awam yang undi Pakatan pada PRU13 baru2 ini. Malah slogan " Ini Kali Lah " turut meniti dibibir kakitangan awam yang berpangkat dan tak berpangkat. Mereka, kakitangan awam mahukan perubahan, Umno (BN) dah tak relevan lagi kata mereka. Yang tak berpangkat saya boleh terima mereka sokong Pakatan kerana inginkan perubahan, maklumlah mereka ini kebanyakannya lulus setakat SPM dan PMR sahaja, kemampuan otak atau IQ mereka sangat diragui. Tapi apa hal dengan yang kakitangan awam bangsa melayu yang lulus Diploma dan keatas, yang PHD pun ramai, yang JUSA A, JUSA B atau JUSA C pun tak kurang, ramai2 mereka undi Pakatan kerana mahukan perubahan, kerana merasakan Umno dah tak relevan lagi.

4. Cuba bayangkan. Takdirnya Pakatan menang dan Tony Phua membuka balik fail cadangannya untuk mengecilkan saiz Perkhidmatan Awam. Sudah tentu hampir separuh kakitangan awam bangsa melayu akan diberikan pilihan " bersara awal " atas kepentingan perkhidmatan dan penjimatan kos operasi kerajaan. Dan sudah tentu yang akan diminta bersara awal adalah mereka2 yang " ada tak menambah, tiada tak luak " atau " atau yang sekadar " menjadi tunggul dalam jabatan " atau yang " mencari peluang buat duit dalam jabatan ". Yang paling ramai undi Pakatan pada PRU13 adalah orang2 semacam ini, saya sangat2 pasti.

5. Cuba bayangkan. Pakatan menjadi kerajaan. Cadangan Tony Phua sangat positif. Saiz Perkhidmatan Awam perlu diperkecilkan untuk penjimatan kos operasi. Dan mereka2 kakitangan awam yang undi Pakatan untuk melihat perubahan, ya akhirnya perubahan itu datang dan menjadi kenyataan. Dan yang perlu berubah adalah anda, anda dalam " paksa rela " terpaksa meninggalkan Perkhidmatan Awam atas niat membantu kerajaan yang anda dokong iaitu Kerajaan Pakatan Rakyat.

6. Apa perasaan anda agaknya selepas itu. Dahulu anda pegawai besar dalam Perkhidmatan Awam, tapi kini anda terpaksa buka Stall Burger, Stall Goreng Pisang, Stall Air Tebu, Stall Air Kelapa, Stal Charkoitiau dan macam2 stall lagi demi untuk meneruskan kelansungan hidup (hutang banyak, bini banyak, anak masih ramai yang belum lepas rumah).

7. Anda bernasib baik sebenarnya, kerana kami orang2 melayu kampong yang tak belajar tinggi yang tak berpeluang jadi pegawai dalam Perkhimatan Awam, telah menyelamatkan anda semua melalui undi kami kepada Umno sehingga Umno berjaya terus memimpin kerajaan.

Saudara2 ku dan kawan2 rakan ku yang menjadi kakitangan Perkhidmatan Awam, bayangkan apa akan jadi kepada nasib kamu dan anak isteri kamu takdirnya Pakatan berjaya membentuk kerajaan DAN IDEA TONY PHUA DI IMPLIMENTASIKAN.

Berterima kasihlah kepada saya dan kami yang telah memenangkan Umno. Kami lah yang menyelamatkan anda, kami percaya anda sekarang tak rasa tergugat untuk terus mencari rezeki sebagai kakitangan Perkhidmatan Awam.

Renongkan lah.....

Hj Ariffin

Anonymous said...

Assalamualaikum Dr, saya melihat isu politik tidak akan berhenti sehingga kerajaan BN tumbang. Tsnunami politik 2008 berlaku setelah DS Anwar telah bebas daripada hukuman penjara. Pada ketika itu tiada berlaku blackout seperti yang diwar warkan kini. Fitnah dan tipudaya telah mengambil tempat. Malah saya membaca satu artikel dari seorang wartawan mengatakan akhbar yang propembangkang menyiarkan berita beliau telah dipecat kerana isu yang ditulis oleh beliau. Tetapi beliau menegaskan tiada tindakan yang diambil ke atas beliau sehingga kini. Adakah akhbar yang mendokong Islam sebagai wadah perjuangan boleh menerbitkan berita fitnah? Pada masa ini penyokong pembangkang dilarang untuk membaca atau menonton television yang dikatakan menyokong kerajaan seperti Utusan Malaysia, RTM dan TV3.sehingga mereka ketinggalan maklumat yang sepatutnya mereka perolehi. Saya kesal dengan bangsa saya yang tidak memahami manifesto pembangkang yang sebenarnya merugikan Melayu itu sendiri. Tengok kembali dan renungkan kembali manifesto itu yang nyata merugikan melayu. Para ahli parlimen pembangkang ni takda kerja hendak dilakukankah atau kerja yang sepatut menjadi tanggungjawab mereka telah dilakukan oleh wakil daripada BN? Bagaimana dengan rezeki mereka ni?

Anonymous said...

Assalamualaikum Dr, saya melihat isu politik tidak akan berhenti sehingga kerajaan BN tumbang. Tsunami politik 2008 berlaku setelah DS Anwar bebas daripada hukuman penjara. Pada ketika itu tiada berlaku blackout seperti yang diwar warkan kini. Fitnah dan tipudaya telah mengambil tempat pada hari ini. Malah saya membaca satu artikel dari seorang wartawan utusan mengatakan akhbar yang propembangkang menyiarkan berita beliau telah dipecat kerana isu yang ditulis oleh beliau. Tetapi beliau menegaskan tiada tindakan yang diambil ke atas beliau sehingga kini. Adakah akhbar yang mendokong Islam sebagai wadah perjuangan boleh menerbitkan berita fitnah? Pada masa ini penyokong pembangkang tidak membaca atau menonton television yang dikatakan menyokong kerajaan seperti Utusan Malaysia, RTM dan TV3.sehingga mereka ketinggalan maklumat yang sepatutnya mereka perolehi. Saya kesal dengan bangsa saya yang tidak memahami manifesto pembangkang yang sebenarnya. satu manifesto yang merugikan Melayu itu sendiri. Tengok kembali dan renungkan kembali manifesto itu yang nyata merugikan melayu. Dari segi perniagaan yang akan terus lebih berat sebelah pada ketika ini satu kaum lebih monopoli ekonomi di Malaysia, baru nak rancang 30% untuk orang melayu dah melenting. Sekiranya melibatkan bangsa melayu boleh disentuh asalkan tidak merugikan mereka. Ini bukan lagi Hak Asasi Manusia yang diperjuangkan oleh mereka tetapi hak mereka sendiri yang minoriti menjadi majoriti. Sedarlah bangsaku. Sekiranya orang melayu yang bekerja dengan Ultra Kiasu ini mereka akan lebih mengetahui ketidakadilan mereka hadapi contohnya pemberian gaji pokok yang telah menunjukan ketidakadilan bagi jawatan yang sama tetapi berbeza amaun gajinya cuma kerna warna kulit.

chekem mirza said...

saya baca dan merenung jauh.. bila Dr. Ridhuan lebih melihat dari saya...

sally mcjepun said...

as salam...tq atas pandangan Dr..pandangan Dr tentang melayu lebih jauh ke dpn dr org melayu itu sendiri..hrp lbh ramai org melayu yg akan bc n faham pdgan DR...

Anonymous said...

sgt sedih bila semua ni berlaku. perpaduan makin sukar di realisasikan selepas pru13. sbb ht melayu yg jati telah hilang rs percaya pd pembahagian kek ekonomi utk sesama rakyat malaysia. rupanya depa xnk berkongsi tp nk mkn smua. dasar tamak depa sgt meyakitkan hati kami melayu. sy melayu bdr yg masih bersama umno walau kekdg sakit dgn tindkn parti tp hanya itu yg lebih baik dr yg lain.

PanglimaMalaya said...

Jika semua org2 Islam di Malaysia bersatu hati membela agama, bangsa dan negara. Ayuh lupakan perbezaan politik dan melihat persamaaan iaitu kita semua menyembah pd tuhan yang sama iaitu Allah S.W.T!!Ingatlah kita semua bertanggungjawab ke atas agama Islam yg suci ini!!! Jgn diruntuhkan masjid yg telah kita bina selama ini!!Kelak kita akan dipertanggungjawab di akhirat kelak!!!

Anonymous said...

Hj Ariffin,

Komen anda di pos yang lalu dan di pos di atas ini memang lain dari komen peserta peserta lain. Ingin saya menambah sedikit di sana sini. memberangsangkan dan menonjolkan perhatian.

Memang UMNO dan Melayu perlu bersyukur masih bertahan untuk membentuk kerajaan kerana undi melayu di kampong dll. Benar, chauvinis dan rasis DAP Tony Pua cadangkan mengecilkan saiz Perkhidmatan Awam yang 85% adalah terdiri daripada orang melayu. Mesti di kutuk dan di keji sehabis habis nya. Tidak rasional pemikiran nya, tidak ada kajian mendalam di buat bagi nya. Cakap memalui hidung nya.

Benar ada kakitangan awam yang mengundi Pakatan pada PRU13 baru2 ini, tapi saya ragukan ramai tidaknya dan jika termasuk yang berpangkat tinggi. Jika ada butiran peribadi mereka yang berpangkat tinggi mengeluarkan kata kata mahu ubah dsbnya, sila lah adukan kapada Jabatan Perkhidmatan Awam.

Sebab Pegawai Kerajaan tidak boleh menyebelahi mana mana pihak politik. Mereka hanya boleh menjalankan perintah dan dasar mana mana Kerajaan yang di tubuhkan berikutan Pilihanraya, tidak kira apa parti pun. Maka mengatakan mahu ubah, terutama bila mengatakan UMNO BN tidak relevan lagi, ada lah salah dan tindakan disiplin boleh di ambil ke atas mereka.

Mengundi mana mana parti ada lah hak setiap rakyat. Tapi jika Pegawai Kerajaan menyebut sesuatu yang menunjukkan menyebelahi pihak pembangkang walau apa parti pun ada lah salah.

Saya setju bukan sahaja kita semua perlu berterima kasih kepada semua Melayu yang telah memenangkan Umno dan tidak membenarkan benda Allah Tony Pua dan sekutu nya mencecah Putrajaya, tetapi juga menentukan jangan menyokong, malah membangkan dan menentang, mereka yang mahu mengikis hak dan kepentingan Melayu.

DAP telah cuba buat demkian, masih lagi tersebut di dalam "Mission Statement" mereka mahu menghapuskan Kedudukan Istimewa Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Mereka telah menyebabkan pergaduhan kaum 13 Mei 1969 dan mereka mesti di sekat memegang kuasa di Penang selepas PRU14 dan jangan di benarkan sampai ke Putrajaya sampai bila bila.

Anonymous said...

Saudara/Saudari

Bercakap berkenaan Perpaduan Melayu. Yang sebenarnya kita diperingkat bawah ini tak ada masalah nak bersatu jika para ulamak kita tak kira fahaman politik dilihat boleh bersatu sesama mereka.

Yang jadi masalah ulamak sama ulamak pun tak boleh nak bersatu. Nama saja islam, sembah tuhan yang sama, mengadap kiblat yang sama, mengucap dua kalimah syahadah yang sama tapi masing2 ego, masing2 rasa pendapat dia saja yang paling betul.

Kalau dulu kita orang melayu angkat martabat ulamak kerana ulamak adalah pewaris nabi. Tapi hari ini saya lihat taraf ulamak lebih kurang sama sahaja dengan dengan Tok Sami atau Paderi.

Malah saya lebih mengagumi peranan Tok Sami dan Paderi dalam menyatukan penganut agama mereka. Kita tak pernah mendengar adanya perbalahan atau pertelingkahan diantara Tok Sami dengan Tok Sami atau diantara Paderi dengan Paderi, mereka sepakat dalam hal2 berkaitan agama mereka.

Tapi adakah para ulamak islam kita begitu. Sangat memualkan melihat perangai para ulamak islam kita. Bertelingkah sesama sendiri tak habis2 daripada sekecil2 isu sampailah kepada isu yang bersifat global. Kerana politik ulamak islam kita berbalah sesama sendiri. Kerana fahaman puak ulamak islam kita berbalah sehingga pengikut sanggup berbunuhan sesama sendiri, puak syiah bunuh puak sunni, puak sunni pula bunuh puak syiah, puak syiah bakar masjid puak sunni, puak sunni pula bakar masjid puak syiah. Apa jenis perpaduan ini ???

Wal hal, kedua2nya sembah tuhan yang sama dan mengadap kiblat yang sama, kedua2nya mengaku islam.

Saya ingin mengajak pembaca sekalian bertanya,

1. BENAR KAH AGAMA ISLAM INI AGAMA PERPADUAN ?

2. BENAR KAH KITA SESAMA ISLAM ADALAH BERSAUDARA TANPA MENGIRA WARNA KULIT, BUDAYA DAN BAHASA ?

BENAR KAH BEGITU ? ATAU IA HANYA SEKADAR MITOS SAHAJA ?

Pernahkah kita bertanya,

1. KALAU AGAMA ISLAM ITU BETUL " PENYELAMAT " KEPADA MANUSIA KENAPA MANUSIA SELURUH DUNIA TAK BEREBUT-REBUT NAK MENJADI ISLAM ?

2. APA SUMBANGAN ISLAM KEPADA KEMAJUAN DUNIA SEPERTI MANA YANG SEDANG KITA NIKMATI SEKARANG INI ?

Pernahkah kita redho untuk mengakui bahawa,

SUMBANGAN UMAT ISLAM DALAM PEMBANGUNAN TEKNOLOGI PERSENJATAAN DUNIA AMAT BESAR SEKALI. TANPA UMAT ISLAM SEBAGAI "TESTING TARGET" TAK MUNGKIN AMERIKA DAN SEKUTUNYA DAPAT MENGHASILKAN SENJATA PEMBUNUH YANG BETUL-BETUL BERKESAN.

Dengan itu, kita minta para ulamak islam " Buka Minda dan Cermin Diri " sebelm mahu bercakap tentang kehebatan islam kepada orang yang belum menjadi islam. Mereka tidak mentertawakan anda, itu pun sudah cukup baik.

Seruan saya adalah,

SEDAR LAH WAHAI HADI AWANG, SEDAR LAH WAHAI NIK AZIZ, SEDAR LAH WAHAI ULAMAK PRO KERAJAAN ... KALIAN SEBENARNYA SEDANG DITERTAWAKAN OLEH KOMUNITI BUKAN ISLAM YANG HIDUP BERSAMA DAN DI SEKELILING KITA.

Hj Ariffin

Nadia said...

Although I am not a political analyst, please do have a look at the following web page, regarding the GE13 elections.

http://stopthelies.my/?p=3228

The Stop The Lies page is not pro-BN or pro-Opposition. But it gives insight on what goes on. The article states that PR won popular votes only among large Chinese voter populations in Penang, Perak, Selangor and Kuala Lumpur.This confirms that the PR carried the huge majority of Chinese votes. The article states "This also confirms that the PR does not represent the majority of the Malay votes. That is why they cannot win the general elections. The Pakatan does NOT have the Malay vote."

Anonymous said...

Anon 12:10 PM, May 29, 2013. Cantik amat kalau anda sudahi tulisan anda dengan meletak nama anda di akhir penulisan.

Terima kasih kerana menyokong tulisan saya. Memang niat saya nak sedarkan melayu. Melayu terutamana Penjawat Awam yang menyokong pembangkang tak sedar " ancaman ngeri " yang menunggu mereka jika PR menang.

Mereka nak UBAH kehidupan mereka sebagai Penjawat Awam yang menikmati berbagai kemudahan yang disediakan oleh kerajaan selaku majikan mereka. Mungkin mereka dah jemu dengan kemudahan2 dan kesenangan2 yang mereka nikmati sebagai seorang Penjawat Awam kut ?

Boleh jadi mereka melayu2 yang menjadi Penjawat Awam teringin dan mengidam nak rasa kemudahan dan kesenangan yang di nikmati oleh melayu2 yang meniaga Burger, Air Tebu, Air Kelapa, Charkoitiau, Goreng Pisang diatas petak2 parkir atau di tepi2 jalan. Sila kan ... sila pasti PR menang pada PRU14 nanti.

Percaya lah, Tony Phua tak akan berhenti beriri hati kepada keselesaan yang melayu nikmati dalam Perkhidmatan Awam.

Hj Ariffin


Anonymous said...

Assalamu'alaikum

Senang hati saya membaca blog Dr Ridhuan Tee dan majority komen2 dari saudara seagama dan sebangsa. Walaupun realiti yang ada di hdpn kita skrg amat menyakitkan dan menyesakkan, namun saya secara peribadi sangat bersyukur kerana kesedaran dan semangat orang2 Melayu masih wujud dan meluap2. Saya sangat berbangga dan berazam utk menjadi penolong kpd Islam dan bangsa Melayu. Kita mesti membela sepenuh hati dan niatkan kerana Allah Ta'ala.
Saya juga hairan kenapa rata2 orang Melayu yang saya kenal sama ada di tempat kerja/FB/dll sangat menyebelahi PR (didalangi DAP) yang terang2 racist dan tidak adil. Kenapa Melayu begitu mudah diperdaya. Sedangkan contoh mudah begitu banyak di depan mata, contohnya penindasan di tempat kerja oleh majikan yang racist, penindasan terhadap pelajar Melayu minoriti di IPT2 dsb. Kenapa begitu sukar org Melayu untuk menilai sesuatu yang "too obvious?" Lebih menyedihkan fenomena yg sugguh pelik ini juga menular di kalangan orang2 berpelajaran tinggi dan berkelulusan luar negara yang mendapat tajaan drp kerajaan utk melanjutkan pelajaran mereka. Sampai ke tahap bertanya "What has the government give to me?Nothing" Tahukah mereka sekiranya orang2 tamak ini yang memerintah, tidak akan ada peluang utk anak2 Melayu ini mendapat biasiswa melanjutkan pelajaran di luar negara dan tiadalah mereka mendapat jawatan yang tinggi di syarikat mereka skrg ini.

Anonymous said...

Assalamu'alaikum

Senang hati saya membaca blog Dr Ridhuan Tee dan majority komen2 dari saudara seagama dan sebangsa. Walaupun realiti yang ada di hdpn kita skrg amat menyakitkan dan menyesakkan, namun saya secara peribadi sangat bersyukur kerana kesedaran dan semangat orang2 Melayu masih wujud dan meluap2. Saya sangat berbangga dan berazam utk menjadi penolong kpd Islam dan bangsa Melayu. Kita mesti membela sepenuh hati dan niatkan kerana Allah Ta'ala.
Saya juga hairan kenapa rata2 orang Melayu yang saya kenal sama ada di tempat kerja/FB/dll sangat menyebelahi PR (didalangi DAP) yang terang2 racist dan tidak adil. Kenapa Melayu begitu mudah diperdaya. Sedangkan contoh mudah begitu banyak di depan mata, contohnya penindasan di tempat kerja oleh majikan yang racist, penindasan terhadap pelajar Melayu minoriti di IPT2 dsb. Kenapa begitu sukar org Melayu untuk menilai sesuatu yang "too obvious?" Lebih menyedihkan fenomena yg sugguh pelik ini juga menular di kalangan orang2 berpelajaran tinggi dan berkelulusan luar negara yang mendapat tajaan drp kerajaan utk melanjutkan pelajaran mereka. Sampai ke tahap bertanya "What has the government give to me?Nothing" Tahukah mereka sekiranya orang2 tamak ini yang memerintah, tidak akan ada peluang utk anak2 Melayu ini mendapat biasiswa melanjutkan pelajaran di luar negara dan tiadalah mereka mendapat jawatan yang tinggi di syarikat mereka skrg ini.

Anonymous said...

Pada saya tidak ada so'al adanya tsunami Cina. Najib sendiri yang membongkok ke depan dan ke belakang mahukan undi Cina telah berkata dia mendapat balasan nya dalam bentuk tsunami Cina. So'al nya ia lah apa yang Najib, UMNO dan kita Melayu dan Bumiputera biasa perlu buat sekarang.

Najib masih lagi membongkok. Walau pun MCA tak mahu menyertai Kerajaan, dia masih peruntukkan dua jawatan Menteri dalam kabinetnya. Perinsip kongsi kuasa, kononnya. Hidung tak mancung pipi tersorong sorong. Walau pun selepas nyata di ludah. Ini lah tabi'at Melayu sejak di awal zaman. Kaum Cina tentu berkata bahawa walau apa pun mereka buat terhadap Melayu, Melayu akan terus tersengeh sengeh mahu berbaik dengan mereka. Maka mana kah kita mahu di hormati mereka yang ultra kiasu. Bila kah kita mahu berubah.
Ini yang perlu Najib jangan buat lagi. Perhimpunan Agong UMNO (PAU) di hujung tahun perlu membincangkan perkara ini sepenuhnya.

Maka yang perlu Najib buat selepas di ludah di PRU13, antara nya ia lah:

1. Fokus kapada membantu Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak (Fixed Deposit yang berterusan) dalam segala lapangan. Letakkan DEB di bahagian hadapan agenda negara. Bantu menaikki kedudukan perniagaan Melayu dan Bumiputera. Luaskan data base mereka dalam lapangan perniagaan. Beri latihan di segala peringkat, beri peluang berniaga di semua bidang. Lakukan dengan gigih.

2. Tukarkan sasaran 30% kekayaan korporat itu kapada yang lebih tinggi. Mulakan sasaran dalam bidang ekonomi yang lain, contohnya bidang kepunyaan bangunan komersial dan perumahan. Adakan dasar bahru bagi mencapai tujuan ini dan umumkan supaya semua rakyat tahu.

Majukan tanah Kerajaan di Kg Bahru dengan tidak ada peruntukan 40% untuk Cina seperti yang di ura urakan dahulu, dan tanah yang sudah ada geran atau suratan hakmilik di punyai Melayu jangan di sentuh kepunyaannya. Boleh di majukan secara usaha sama dengan GLCs saperti Tabung Haji, sewakan bahagian yang Melayu dan Bumiputera tak berupaya beli, kerahkan GLCs atau annak anak syarikatnya pindah menyewa di situ sehingga ada Melayu dan Bumiputera yang berupaya membelinya, walau berdekad dekad pun lamanya.

(Bersambung)

Anonymous said...

(Sambungan)

3. Mulakan sistem persekolan satu aliran atau satu sekolah untuk semua. Ketepikan isu pengiktirafan kelulusan sekolah Cina UEC. Najib telah berkata dalam blog 1Malaysia nya di masa permulaan dia menjadi PM bahawa "sistem persekolahan satu aliran akan di laksanakan apabila rakyat mahukannya." Adakan referendum berkenaan perkara ini, jika perlu. Laksanakan sistem persekolahan itu. Selagi tidak, selagi itu lah rakyat Malaysia tidak hidup bersatu padu dan aman makmur selama lamanya.

Ahli ahli perwakilan di PAU di hujung tahun ini perlu kemukakan perkara itu semua. Dan lebih lagi. Jika Najib cuba adakan perjumpaan tertutup di antara ahli ahli perwakilan sebelom PAU di resmikan pembukaannya - seperti di PAU yang lalu mahu berbisik berkenaan tindakannya untuk PRU13 di masa itu - sebutkanlah dengan terang dan lantang kapadanya bahawa telah di beri kerjasama di atas bisikannya itu, tetapi keputusan PRU13 ada lah lebih teruk dari PRU12 di masa Tun Dol.

UMNO sahaja yang banyak memberi BN kerusi - sehingga 89, lebih sepuluh dari Tun Dol - tetapi hasil keseluruhannya lebih buruk dari hasil di tangan Tun Dol. Beri tahu Najib dengan lantang supaya dia perlu hentikan membongkok ke depan dan kebelakang untuk Cina, sekarang perlu membongkok ke depan dan ke belakang untuk Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.

Kita Melayu dan Bumiputera biasa yang tidak menjadi ahli UMNO hendaklah mulakan dasar "BUY MALAY AND BUMIPUTERA FIRST". Bermakna, selagi ada barangan Melayu dan Bumiputera, beli dan gunakannya. Jika mutunya sama dengan yang di jual atau di sediakan oleh Cina, tiada so'al tidak membeli Melayu dan Bumiputera punya. Jika ada sedikit rendah mutunya pun, "sacrifice lah sedikit" demi kemajuan Melayu dan Bumiputera yang ketinggalan jauh di belakang dan sekarang kuasa politiknya pun mahu di ambil dek kaum Cina. Ingat, menolong dan memajukan kaum sendiri bukan rasis. Begitu juga PERKASA bukan rasis. Hanya mahu mempertahankan hak Melayu dan Bumiputera, memajukan kepentingan Melayu dan Bumiputera.

OKje said...

Saya memang buta politik Dr...saya datang sini untuk mambaca dan membuka minda saya...
Terima kas

OKje said...

Saya memang buta politik Dr...
Terima kasih atas perkongsian ini

Anonymous said...

"BUY MALAY AND BUMIPUTERA FIRST" itu bermakna beli atau gunakan perkhidmatan mereka dahulu, bila tidak ada bahru boleh beli atau gunakan yang lain.

Dan janganlah di hadkan kapada barangan buatan mereka sahaja. Mesti termasuk perkhidmatan mereka. Bermakna, segala perniagaan yang tidak melibatkan kilang mengilang, tetapi berbentuk perkhidmatan. Seperti insuran, pengangkutan lori, pam minyak, cyber cafe, penambahan kredit talipon tangan, dsbnya.

Jika di Sabah mahu menggunakan perkhidmatan "tourist guide" mendaki Gunung Kinabalu, gunakan lah perkhidmatan syarikat Bumiputera Sabah. Jika tidak ada syarikat pelancunagn kepunyaan Bumiputera di masa mahu menggunanya, cari sahaja Bumiputera individu yang boleh memberi perkhidmatan itu.

Anonymous said...

Dr Riduan...@ Penyokong Kuat BN/UMNO.

Kajian yang anda lakukan tidak tepat...

Rakyat memerlukan perubahan yang menguntungkan semua rakyat...bukan menguntungkan satu pihak sahaja..

sebab itu tidak timbul isu Ultra Kiasu @ DAP yang anda maksud kan..
jika anda membuat kajian sepenuhnya Pemimpin Ultra Kiasu Lim Guan Eng yg dipenjara kerana membela melayu di zaman BN memrintah P.Pinang..ramai lagi Pemimpin Ultra Kiasu yg Membela melayu..anda boleh buat kajian sendiri...sebab anda seorang AP yang lebih bijak dari saya....TQ

Anonymous said...

Buat Renungan Pas dan Melayu Supaya Buka Mata dan Buka Minda

1. " PAS pula janganlah terlalu perasan bahawa ultra kiasu telah menyokong mereka dan menerima Islam. Undi ultra kiasu kepada PAS sebagai tanda protes kepada UMNO BN ".

2. " Jika berlaku pertembungan antara calon PAS vs DAP. Jangan harapkan ultra kiasu mengundi PAS ".

3. " Jika PAS vs PKR, pasti mereka memilih PKR ".

Sengaja saya petik semula ayat2 saudara RT. Ini adalah realiti dan bukan illusi. Saya setuju dengan pendapat RT.

Hanya melayu saja yang bodoh, malah dah lebih setengah abad diperbodohkan oleh pemimpin mereka sendiri sama ada Umno atau Pas, sama ada pemimpin yang bergelar ulamak atau bukan ulamak.

Baru2 ini dalam PRU13, bukan pemimpin Umno sahaja yang nak perbodohkan pengundi melayu, malah para ulamak pondok juga tumpang semangkuk perbodohkan pengundi melayu dengan kenyataan, " Harus bagi orang melayu mengundi calon BN di kalangan cina atau india. Dan Haram mengundi calon Pas walau pun ianya melayu islam ".

Lebih teruk lagi, ada sekor ulamak tersohor dalam Pas buat kenyataan, " Dapat Pahala Siapa Yang Undi DAP ". Dan kerana nak kan Pahala, saya yakin beratus ribu undi melayu pergi kepada DAP.

Wahai para ulamak Islam Bangsa Melayu, tidak nampak kah kamu betapa liciknya perancangan puak ultra kiasu sehingga kita pengundi melayu jadi serba salah, " undi melayu (Pas) jadi mudharat kerana Pas baik dengan DAP, undi BN bukan melayu juga mudharat tapi mudharatnya kecil ".

Pada saya, jika kami penganut islam peringkat bawah ini " terbodoh dengan tipu muslihat ultra kiasu " tetapi tuan2 para ulamak Islam Bangsa Melayu berkali2 lebih bodoh daripada kami kerana gagal membaca perancangan ultra kiasu dalam melemah dan memecahkan undi melayu.

Dan paling teruk lagi ada lah, anda yang bergelar ulamak tidak sedikit pun mahu berusaha bersungguh2 untuk menyatu padukan umat islam melayu.

Dan kepada para Tuan Guru, Tokguru dan Ustaz Melayu sekalian saya nak beritahu kepada anda2, tolong lah terima kenyataan bahawa, " Puak Ultra Kiasu telah berjaya melemah dan memcahkan undi kita orang melayu pada PRU13 ".

Akibatnya nyaris2 Negara Malaysia ini jatuh kepada mereka sebagai mana jatuhnya Pulau Pinang ke tangan mereka. Umno dan seluruh orang melayu, yang tak ulamak atau yang ulamak, wajib menerima ketetapan Allah bahawa " Pulau Pinang Dah Terlepas Dari Kita ".

Hanya bulan dan matahari saja yang dapat mengembalikan Pulau Pinang kepada kita. Umno boleh lupakan Penang Island, jaga lah Province Welesley (Seberang Prai) supaya tidak turut jatuh kepada Ultra Kiasu.

Pertanyaan saya, ADAKAH PARA ULAMAK MELAYU KITA INI SEBENARNYA ADALAH JELMAAN ULAR DALAM SEMAK. Maaf kalau ada yang terasa. Maaf juga kalau ada yang rasa dihina dan diperlekeh.

Hj Ariffin.

Anonymous said...

Saya suka komen Hj Ariffin. Haji bolehlah jenguk2 laman web Hijabul Crewz, tegur yang mana patut.

Anonymous said...

Sdr Hj Ariffin,

Berkenaan cadangan meletak nama di akhir penulisan tu, ramai yang tak buat begitu - termasuk saya - di atas beberapa sebab. Meletak nama sendiri memang jarang di lakukan, melainkan beberapa orang sahaja saperti Sdr, Tun Dr Mahathir, Dr Ridhuan Tee dll. TDM pun pada mulanya menggunakan nama samaran - Chedet - yang tahan hingga sekarang, hanynya dia di kenali sejak terkemuka dalam politik.

Saya juga mengaku pemalas, menekan bulatan Anonymous sebelom "Publish your comment" menjimatkan masa walau beberapa sa'at pun. Ada masanya berepa sa'at boleh mengeluarkan satu komen, umpamanya setuju atau tidak di atas apa yang orang tulis. Dan, bagi merujuk kapada penulis Anonymous, boleh hanya copy paste masa dan tarikh seperti yang Sdr buat itu.

Saya sokong banyak yang Sdr kata. Sebaliknya ada yang bahagian bahagiannya saya tidak setju. Begitu lah kita bertukar fikiran. Harap Sdr akan teruskan mengeluar pendapat di sini. Ada peminat lain bagi Sdr, seperti yang minta Sdr memberi komen di blognya itu. Kalau menziarahi blog lain pun, harap Sdr akan teruskan juga memberi pendapat di sini.

Komen saya buat kali ini: kita harus lebihkan masa mencaci, mengkondem dan menjijikkan mereka rasis DAP dan sekutunya. Kesemua pemimpin DAP bukan Tony Phua sahaja. Mereka anti-Melayu dan anti-Islam. Nyata dari kata kata dan tingkah laku Lim Kit Siang dan lain lain yang menyebabkan pergaduhan kaum 13 Mei 1969.

Mereka mengungkit Kedudukan Istimewa Melayu dan Bumiiputera Sabah dan Sarawak. Pada saya, tiada ma'af bagi mereka. Mereka telah membohong, menipu, memutar belit keadaan mendapatakn Tsunami Cina di PRU13.

Kita mesti bisingkan kapada DS Najib supaya membongkok ke depan dan ke belakang sekarang, bagi menegakkan agenda memajukan kaum Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak yang telah mengundi UMNO/BN. Jika dia tidak berbuat demikian, kita gesa supaya UMNO tukarkan dia.

Perhimpunan Agung UMNO (PAU) akan berlaku di hujung tahun ini. Kita perlu menjerit dan berteriak bagi mendapatkan Najib berbuat demikian dan bagi perwakilan PAU mengambil tindakan jika tidak.

Antara tindakan yang Najib mesti ambil:

Kembalikan DEB dengan gigih, lakukan acara melebihkan Melayu dan Bumiputera dalam perniagaan, luaskan data base Melayu dan Bumiputera dalam bidang itu, bantu mereka secra positif, lebihkan sasaran kekayaan korporat Melayu dari 30% kapada angka yang lebih mencerminkan peratus penduduk di negara ini, mulakan sasaraan dan pencapaian nya dalam bidang lain ekonomi, seperti bidang kepunyaan bangunan komersial dan perumahan.

Anonymous said...

8:36 AM, May 30, 2013 @ Penyokong Kuat PR?,

Anda tak ada kajian langsung. Pandai mengata sahaja orang punya kajian tak tepat, konon.

Langsung tak ada alasan, fakta atau justifikasi anda menggata "Rakyat memerlukan perubahan yang menguntungkan semua rakyat...bukan menguntungkan satu pihak sahaja.." Pengangkat tahi pun boleh mengata begitu. Anda angkat apa?

Begitu juga bila anda menafikan isu Ultra Kiasu @ DAP. Tidak ada apa apa hujah pun.

Anda membohong bulat bulat mengatakan "Pemimpin Ultra Kiasu Lim Guan Eng yg dipenjara kerana membela melayu" kononnya. Dia di penjara sebab melakukan sedition, bodoh. Rekod di Mahkamh berkenaan ada menunjukkan hal itu.

Dan jangan buat apa yang puak Pembangkan selalu buat - tuduh tanpa justifikasi, lepas itu suruh pembaca kaji atau cari bukti baginya. Itu amat bodoh punya kerja. Tiada siapa boleh percaya apa anda kata. Dan pembaca jadi jelek di atas tingkah laku bodoh yang anda kalian lakukan itu.

Menuduh/ mendakwa bukan bukan, kemudian mengata "..anda boleh buat kajian sendiri.." - anda kupra taruk di kaki?

Anonymous said...

Saudara Anon 12:49 AM, May 31, 2013

Terima kasih kerana memperkenalkan Blog Hijabul Crewz kepada saya. Ya, banyak yang saya boleh tulis di sana untuk menyedarkan mereka. Sepintas lalu membaca, saya nampak mereka memang " melihat dan nampak hanya apa yang ada di hadapan tabir, tetapi mereka gagal melihat apa yang tersembunyi di sebalik tabir ".

Anda boleh ikuti komen rengkas saya dalam Blog Hijabul Crewz. Just sebagai Salam Perkenalan.

Teringin sangat saya nak memanggil anda dengan Nama. Letak lah apa saja nama, " Hang Tuah ", " Hang Jebat " atau apa saja nama yang elok. OK ????

Ini lah yeng selalu ditekankan oleh Saudara Ridhuan Tee. Sebab itu lah saya tak pernah miss Blog RT ini. Sebab saya juga seperti RT selalunya akan cuba " melihat yang tersembunyi di sebalik tabir ".

Hj Ariffin


The Black Jubah said...

Assalamualaikum,
Saya setuju sangat dengan Dr. Walaupun Dr. sendiri orang Cina. Saya pula ada darah Cina dan ipar pun ada yang Cina, kiasu ini adalah penyakit orang Cina yang masih fikir mereka rakyat Cina dari Cina....mereka mahu menakluk dan memerintah, mereka tidak mahu berkongsi....

Cikgu sekolah menengah saya dulu lagi ...sudah kiasu...beri lebih perhatian dalam pembelajaran kepada kaum dia sahaja. Budak Melayu ni nak berborak ke, nak makan mereka lantak mereka lah...mereka gelak kan pernagai budak Melayu...

Yang sedih nya orang Melayu sendiri tak sedar sedar diri...

Anonymous said...

"Sebenarnya saya sudah malas menulis menulis mengenai ultra kiasu selepas PRU13 atas dasar dakwah kerana ramai kawan-kawan seperjuangan mengatakan tulisan saya merugikan dakwah"
Kah Kah Kah....Itu sebab RT perlu memujuk ultra kiasu khawin dengan orang Melayu dengan tanpa syarat. Jadi jenerasi baru tidak akan terlampau perkauman. Kah Kah Kah...

Anonymous said...

Sesat ke ape ko nih...

Anonymous said...

Pakar tilik dia nih

Anonymous said...

2:12 PM di atas ini ia lah seorang yang anarkis, tak beragama dan tak hormatkan agama orang lain. Dia skor sahaja di sini sekarang, keluar sekali sekala dengan kata kata yang menghasut/ seditious.

Dia tahu Melayu beragama Islam mesti mahu kahwin dengan orang Islam juga tapi dia coba keluarkan pendapat songsang. Dia ketawa pulak bila buat begitu.

Dia perlu di hantar ke Pakistan atau Afghanistan supaya boleh di siang hidup hidup seperti seekor ikan.

Lepas itu di hantar ke Papua New Guinea di mana masih ada puak yang makan maanusia (cannibals) di kawasan pergunungan di sana.

Anonymous said...

Pas adalah Parti Islam & Umno adalah Bukan Parti Islam. Suatu Fakta.

Saya mengakui bahawa Perjuangan Pas adalah untuk agama islam. Walau pun ada pihak yang menuduh Pas menyeleweng, menyimpang daripada perjuangan asal. Tetapi dengan jenama Islam yang diguna pakai oleh Pas (PARTI ISLAM SEMALAYSIA) semenjak berkurun lagi, maka dari segi terma undang2 dan tafsiran bahasa tak siapa boleh menafikan Pas adalah Parti Islam.

Manakala Umno (United Malay National Organization), sampai bila2 pun tidak berhak nak mengaku dia adalah Parti Islam, malah tak akan ada siapa2 pun yang berani mengiktiraf Umno adalah Parti Islam melainkan Umno menukar daripada United Malay National Organization kepada United Muslim National Organization.

Walau pun Umno buat itu buat ini untuk membangunkan Islam, hatta kalau Umno membina Kaabah di Makkah sekali pun Umno tetap bukan parti Islam selagi dia tak meletakkan perkataan " Islam " pada nama partinya. Atau kalau Umno ini terlalu kaya sehingga mampu membiayai segala aktviti dakwah dan pembangunan Islam Peringkat Global, parti Umno tetap tidak akan disebut sebagai Parti Islam.

Saya rasa mungkin itu lah yang dimaksudkan oleh Tokguru Nik Aziz bila dia kata " Umno tolak isle ". DS Najib nampaknya lembab sikit dalam bab ini, rasanya kalau DS Najib selaku Presiden Umno berani mengubah Umno daripada UNITED MALAY NATIONAL ORGANIZATION kepada UNITED MUSLIM NATIONAL ORGANIZATION maka Tokguru Nik Aziz dan Tuan Guru Hadi Awang akan terkedu untuk mengatakan " Umno Tolak Isle ".

Hj Ariffin

Anonymous said...

Bertepatan dengan tajuk "Buka Mata, Buka Minda".

Saudara Ridhuan Tee,

Izinkan saya menyumbang idea mudah2an ia memberikan kebaikan kepada kita semua.

Bukan hendak menyebelahi Umno. Tapi saya ingin mendedahkan fakta. Dalam usia yang sudah menjangkau senja, ini lah yang saya nampak kebajikan terhadap islam yang dibuat oleh sebuah pertubuhan politik yang di label sebagai "TOLAK ISLE".

Apa yang Umno tak buat untuk pembangunan dan kemajuan islam di negara ini semenjak dari mula Umno menjadi kerajaan ? Bermula dengan membina surau diikuti dengan membina masjid. Bermula dengan Sistem Pengumpulan Zakat diikuti dengan memperkenalkan Sistem Perbankan dan Pembiayaan Cara Islam. Bermula dengan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan diikuti dengan Sekolah Menengah Agama Berasrama Penuh dan disudahi dengan penubuhan Universiti Islam Antara Bangsa. Dan banyak lagi yang dibuat oleh Umno demi untuk memperkasakan islam dinegara ini meliputi juga urusan ekonomi umat islam. Saya tak mampu hendak senaraikan satu persatu disini .. terlalu banyak wahai saudara.

Walau pun begitu, masih juga Si Tua Bangka itu berulangkali membuat kenyataan, " Umno tolak isle ". Barangkali Si Tua Bangka tu, ada mata tapi buta, ada telinga tapi tuli, ada hati tapi benak .. itu lah istilah yang paling cantik yang dapat saya sebut sebagai merujuk kepada karektor Si Tua Bangka tersebut.

Hanya Setan sahaja yang tidak mahu menerima dan mengakui kebajikan dan kebaikan yang seseorang buat untuk islam. Pada hal perbuatan mengalihkan sebatang ranting kayu yang melintang di atas jalan sehingga mengganggu pengguna jalan raya pun di terima sebagai kebajikan dan ibadah oleh islam, apa lagi lah kepada pihak yang mengadakan surau, masjid, sekolah dan bermacam2 lagi untuk kemudahan manusia (islam dan bukan islam). Apakah itu bukan kebajikan atau ibadah ?

Minta maaf kerana saya agak keterlaluan. Tetapi saya tidak ada pilihan. Kekadang terlintas di hati kecil ini, adakah Si Tua Bangka itu Setan yang menjelma dalam bentuk manusia yang fizikalnya islam tetapi tingkah lakunya dan hatinya Setan.

Kita wajib menerima bahawa, "Setan boleh menyerupai malaikat, Setan boleh menyerupai orang alim, Allah membenarkan itu untuk menguji keimanan kita" TETAPI "Allah mengharamkan Malaikat menyerupai Setan atau Orang Alim menyerupai Setan".

Sifat nyata Setan adalah, "tidak mahu berdamai bila diajak, tidak mahu bersatu bila diminta, bila bercakap selalu putar belit, ulamak lain semua tak betul hanya dia saja yang betul, dan banyak lagi sifat2 Setan yang dipamerkan oleh Si Tua Bangka tu".

Hj Ariffin

Anonymous said...

Anon 6.30 Am
Kah Kah Kah jangan marah oi.......kita sama-sama manusia kalau semua manusia boleh berkhawin tak kira agama kan lebih baik. U suka makan rambutan saya suka makan durian. Jangan kerana perkhawinan terpaksa ikut makan rambutan. Kalau dunia ini tanpa paksaan agama pasti dunia ni lebih harmoni....... Kah Kah Kah

Anonymous said...

tq untuk Dr.
satu komen yang bernas..
supaya ramai orang dapat buka mata dan minda.. tidak menjurus ke arah satu parti sahaja...luaskan la fikiran mu..

untuk haji ariffin.. tak perlu la nak emosi lebih.. berterima kasih la kepada Allah.. tak semua dalam pencadang itu baik.. dan tak semua dalam pembangkang itu tidak elok.. cuma ayat tuan haji tu rase agak menghina penjawat awam yang ada kelulusan SPM dan PMR sahaja.. tak semua bodoh seperti yang tuan haji fikirkan.. TQ