(Buka Minda Sinar Harian 12
Apr 2013)
Keputusan PRU13
telahpun diketahui. Saya tidak dapat menganalisis satu persatu. Seperti yang
saya simpulkan minggu lalu, keputusannya tidak memihak kepada Islam dan umatnya.
Kita asyik meraikan orang lain. Kita asyik bergaduh, sebelum, semasa dan
selepas pilihan raya. Seolah-olah tidak ada kerja lain. Keadaan terus
merugikan. Orang lain mengaut keuntungan dari kelemahan kita.
Semua orang buat
tidak betul, kita sahaja yang betul. Lebih meloyakan apabila masing-masing
begitu ghairah untuk menang menuju Putrajaya. Akhirnya, dengan kuasa Tuhan,
Putrajaya telah pun ada penghuninya. Terimalah dengan lapang dada. Tunggu lagi
5 tahun, lagipun bukan lama. Kenapa perlu buat kecoh, demonstrasi sana sini.
Cuba ditakdirkan, PR yang menang, Apakah mereka akan melakukan perkara yang
sama?
Paling penting, apa
yang kita dapat belajar selepas PRU13? Orang yang minda kecil sahaja yang suka
menyalah orang lain. Orang berminda besar mesti mencari jawapan kenapa tsunami
itu berlaku dan memikir cara untuk mengatasinya. Apatah lagi jika bergelar
negarawan.
Pertama, UMNO BN yang
berjaya menerajui kerajaan mesti sedar diri dan buat muhasabah diri. Perlu
membuat post mortem dan over haul secara besar-besaran jika
ingin terus berkuasa. Jangan terlalu mencari kesalahan atau aib orang lain.
Tinjau-tinjau juga aib diri sendiri.
Cari calon terbaik
yang benar-benar winnable candidate
untuk bertanding dalam PRU14. Mulakan dari sekarang. Bermula dari cawangan,
bahagian, hinggalah ke pusat. Tidak ada masalah akhlak, rasuah, wanita, kroni dan
sebagainya.
Ini termasuk
perlantikan jawatan kabinet. Lantik menteri dan orang sekeliling kalangan yang
benar-benar bersih. Bukan apa, kadangkala menteri tidak sombong, yang berlagak
tak tentu pasal adalah orang-orang di sekeliling menteri. Itulah yang
merosakkan nama menteri.
Jika tidak bersih
sepenuhnya, biar nampak bersih. Maklumlah, kadang kala berlaku pertembungan
antara quwwah dan amanah. Keluarga pemimpin tersebut juga tidak terlepas.
Paling baik biarlah isterinya menutup aurat, kerana orang melihat apa yang kita
buat, bukan apa yang kita cakap. Jika tidak percayapun bertudung itu wajib,
sekurang-kurangnya berpakaian sopanlah. Lebih molek lagi, jangan terlalu
mendedah perhiasan badan.
Kedua, UMNO BN mesti
melatih ahli mengutamakan rakyat. Pemimpin mesti berterima kasih kepada rakyat,
bukan menyuruh rakyat berterima kepada pemimpin. Tagline 1Malaysia, rakyat didahuluikan, pencapaian diutamakan mesti
direalisasikan. Jika mereka terus berlagak dengan kereta mewah dan lain-lain
yang mewah, tunggulah kehancurannya.
Ketiga, Sabah dan
Sarawak mesti diutamakan. Kedua-dua negeri ini adalah penyelamat kepada UMNO
BN, lebih dari fix deposit. Jangan
ketepikan mereka sama sekali. Jika Semenanjung membangun, begitulah Sabah dan
Sarawak. Kita tidak mahu dengar masih ada yang tidak ada air dan api serta
kemudahan jalan raya. Wujudkan satu kementerian khas untuk Sabah dan Sarawak. Kecilkan
fungsi kementerian yang bertindan lapis. Selesaikan masalah tanah adat dan
lain-lain perkara berkaitan dengan bumiputera di sana.
Ramaikan ahli
kabinet dan penjawat awam berjawatan di peringkat pusat. Bumiputera Sabah dan
Sarawak bukan mahukan setiap etnik diwakili seperti apa yang berlaku di
Semenanjung, bagai nak kiamat dibuatnya jika tidak terpilih. Bumiputera Sabah
dan Sarawak hanya mahu melihat mereka ada wakil sahaja, walaupun kalangan etnik
mereka yang lain.
Keempat, UMNO BN
mesti cenderung kepada Islam, seperti yang dikehendaki oleh PAS untuk memikat
hati Melayu yang pro Islam. Jika tidak dapatpun melaksanakan undang-undang
Islam secara keseluruhan, sekurang-kurangnya ada kecenderungan ke arah itu.
Jangan ambil lewa sahaja. Sikap kurang ajar MCA dan parti komponen yang lain
(jika ada) terhadap Islam, hendaklah ditegur dan ditutup mulutnya cepat-cepat.
Mereka mesti sedar
diri dan tahu asal-usul negara ini. Bukan Melayu mesti disedarkan antara
menyindir PAS dengan agama Islam. PAS adalah parti, Islam adalah agama. Banyak
perkara yang dibawa oleh PAS berkaitan perkara asas Islam. Jangan ditolak atau dihina, hanya kerana
datang daripada PAS. Lihat apa yang betul, apa yang salah, bukan menuding jari
melihat siapa betul, siapa salah. Jangan tolak kebaikan walaupun datang
daripada musuh. Begitu juga PAS dan parti lain.
Jangan tolak UMNO
kerana namanya UMNO. Jika UMNO betul, sokong. Jika tidak, lawan. Saya tidak
kata, apa yang UMNO buat, semuanya betul. Tetapi jangan mengkafirkan UMNO,
kerana UMNO tidak mengkafirkan PAS. Lihat UMNO sebagai parti seagama. Kita
mesti pandai juga berstrategi seperti orang lain. Ditakdirkan PR berjaya
menguasai Putrajaya, saya tidak pasti kedudukan PAS dalam kerajaan ketika itu. UMNO
dan PAS belajarlah bekerjasama. PAS sudah berkata, jika UMNO mahukan Islam, PAS
akan dibubarkan.
Kelima, teruskan
program transformasi seperti GTP, NKRA, KPI dan lain-lain lagi. Jika ada yang
melibatkan projek dan tender, lakukan dengan telus. Ketepikan kroni dan rasuah.
Rujuk perlembagaan dalam soal pembahagian hak kepada bumi dan non-bumi.
Akhirnya, program ke
arah penyatuan nasional seperti yang diwar-warkan Perdana Menteri. Lakukan
sekarang. Kita tidak boleh tolak bukan Melayu kerana mereka sudah menjadi
sebahagian daripada kita. Sama ada berlaku atau tidak tsunami Cina, itu sudah tidak
penting. Kita perlu bergerak ke hadapan. Jangan lihat Cina sebagai musuh,
kecuali benar-benar mereka musuh.
34 comments:
"Tunggu lagi 5 tahun, lagipun bukan lama."
Selagi mereka ada lah jenis yang mahu gadaikan negara kapada kuasa asing, yang mahu porak perandakan keadaan negara, yang cakap tak serupa bikin dsbnya itu, tidak boleh di benarkan sampai ke Putrajaya sampai bila bila pun.
Baca lah penulisan Global Research yang menunjukkan Anwar dll menjadi alat Amerika dan Britain memajukan dasar "Containment of China" mereka, mahukan negara negara di rantau ini menjadi "pivot" bgi tujuan itu -
Malaysia: Failure of U.S. to Subvert the Elections and Install a “Proxy Regime”
US "Pivot" Toward Asia Trips in Malaysia
By Tony Cartalucci
Global Research, May 09, 2013
http://www.globalresearch.ca/malaysia-failure-of-u-s-to-subvert-the-elections-and-install-a-proxy-regime/5334439
Permulaan nya berbunyi begini:
Wall Street and London’s hegemonic ambitions in Asia, centered around installing proxy regimes across Southeast Asia and using the supranational ASEAN bloc to encircle and contain China, suffered a serious blow this week when Western-proxy and Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim’s party lost in general elections.
While Anwar Ibrahim’s opposition party, Pakatan Rakyat (PR) or “People’s Alliance,” attempted to run on an anti-corruption platform, its campaign instead resembled verbatim attempts by the West to subvert governments politically around the world, including most recently in Venezuela, and in Russia in 2012.
Just as in Russia where so-called “independent” election monitor GOLOS turned out to be fully funded by the US State Department through the National Endowment for Democracy (NED), Malaysia’s so-called election monitor, the Merdeka Center for Opinion Research, is likewise funded directly by the US through NED. Despite this, Western media outlets, in pursuit of promoting the Western-backed People’s Alliance, has repeatedly referred to Merdeka Center as “independent.”
Despite the US mobilizing the summation of its media power and pouring millions of dollars into the opposition party, including the creation and perpetuation of fake-NGOs such as Bersih and the Merdeka Center, Malaysian Prime Minister Najib Razak sailed to a comfortable victory in this year’s general elections. The cheap veneer has begun peeling away from America’s “democracy promotion” racket, leaving its proxies exposed and frantic, and America’s hegemonic ambitions across Asia in serious question.
Ya setuju semua pihak kena muhasabah. Melayu, cina, india dan lain kena muhasabah. Islam dan bukan islam kena muhasabah.
Ini negara kita. Kita bina negara ini seelok mungkin supaya kita dapat menjalani kehidupan dengan harmoni.
Persetan dan pergi jahanam dengan pemimpim2 politik yang tak habis2 mengheret rakyat demi mencapai cita2 politik mereka.
BN dah menang, BN dah boleh bentuk kerajaan. Itu lah yang diputuskan oleh rakyat. Terima saja lah.
Jangan bila menang diam, bila kalah riuh. Tak bermaruah, tak beraqal, lebih teruk daripada binatang manusia2 jenis ini. Siapa mereka ? Anda jawab sendiri la ...
Saya percaya orang melayu tak buang Pas kalau tak ada sebab. Saya juga percaya orang cina tak buang MCA dan Gerakan kalau tak ada sebab.
Saya seperti orang lain masih beranggapan Pas melayu, Umno pun melayu. Saya seperti orang lain juga masih beranggapan DAP cina, MCA dan Gerakan juga cina.
Ya Ustaz, ramai antara kita sudah lupa untuk MUHASABAH sedangkan MUHASABAH itu mengandungi banyak kebaikan yang tidak boleh kita nampak melalui mata kasar.
Tulisan ini benar2 terbuka.
Saudara,boleh kah umno dan pas bersatu ataupun bermaufakat dalam hal2 kemelayuan,keislaman dan kenegaraan?.Ssbagai cth.di kenduri-kendara muslim pas,muslim umno yg djemput,dtg meraikan tanpa prasangka.Cuba lhat pula,di kenduri- kendara muslim umno,muslim pas dtg dgn teragak-agak,lepas makan sok -sek dbelakang.Itu satu contoh dan byk lagi kalau nak di tulis.Fahaman salah yg ditanam dibenak berpuluh tahun ,rasanya sukar hendak dikikis dlm setahun dua.Selagi gambar Nk aziz di jadikan hiasaN dinding bagi muslim pas ,selagi itulah huluran persaudaran islam sukar digapai.Kita akan jadi spt Iraq ataupun Syria ,menang sorak.....,.
Satu perkara yang saya rasa menjadi barah kepada orang melayu adalah bila ada di antara mereka menjadikan agama islam sebagai alat untuk mengumpul sokongan. Agama islam telah disalah guna untuk tujuan politik.
Lalu menjadilah islam dilihat gagal menyatu padukan penganutnya, sebaliknya islam memparahkan lagi perpaduan penganut khasnya orang melayu.
Saya sangat2 optimis, jika islam tidak dibenarkan untuk politik, agama islam akan di pandang tinggi oleh penganut agama lain, malah mungkin beduyun2 mereka ingin mendekati dan menyertai islam.
Dalam konteks negara malaysia, imej islam sebagai agama perpaduan sangat2 buruk sekali. Orang bukan islam tak tergamak nak mengeluarkan kenyataan serupa ini kerana takut dikatakan memperlekehkan islam.
Tetapi wajar kita kena mengaku bahawa islam sebenarnya gagal menyatukan orang melayu yang merupakan kelompok teramai menganut agama islam di negara ini.
Pelik dan tak masuk aqal, tuhan sama, nabi sama, kiblat sama, bangsa sama, bahasa sama, budaya sama tapi orang melayu berpecah kerana darjah keislaman (the degree of islam ). Satu puak kata dia betul2 islam, puak itu juga melabelkan puak yang tak sealiran dengan mereka sebagai tak cukup islam malah sampai ke tahap mengkafirkan.
Apa semuanya ini. Di mana peranan ulamak sebagai pewaris nabi. Kalau mengaku sebagai pewaris nabi, ikut lah betul2 cara nabi, nabi berusaha keras nak menyatu padukan umat islam tanpa mengira warna kulit, budaya atau bahasa.
Saya pelik ulamak di malaysia ini, mereka sebenarnya pewaris nabi yang mana satu ?
Kalau sampai tergamak nak meludah orang yang datang nak hulur tangan untuk berdamai, ulamak jenis apa manusia yang semacam ini.Masih ulamak lagi kah orang semacam ini ?
Masyallah ... betul2 menjatuhkan maruah golongan ulamak.
11:26 AM,
Setuju. Sudah bertahun tahun di bincang, di berbagai blog, di berbagai tempat. Begitu ramai yang mengatakan selagi ada Nik Aziz, susah nak pulih perpaduan Melayu.
Kita mesti do'akan cepat pulihnya perpaduan Melayu. Tapi boleh ka kita do'akan cepat tak ada Nik Aziz? Abang dia do'akan UMNO KO.
Saya fikir kalau tujuan perpaduan Melayu tu lebih besar dari Nik Aziz, tak salah tu. Cuma do'akan dia tak ada sahaja. Macam mana tak ada nya, itu Tuhan yang menentukannya lah.
Jangan marah. Niatnya nya ia lah pemulihan perpaduan Melayu. Kebetulannya Nik Aziz jadi penghalang. Kita do'akan Allah SWT "tidak adakan" penghalang tu.
Seharusnya parti politik yang mendakwa Islamik itu berusaha menyatukan semua umat Islam tanpa prasangka dan kepentingan untuk individu tertentu.
Jika ini tidak berlaku, jelas sudah kepincangan pemahaman mereka tentang Islam itu sendiri.
~wistarkyoto~
Sementara BN pegang kuasa ni, elok juga buat pindaan dalam Akta Pertubuhan supaya sebarang parti politik tidak boleh menjadikan agama sebagai matlamat perjuangannya.
Orang melayu dah lingkup kerana agama jadi modal politik. Bayangkan apa akan jadi kepada negara kalau ada parti politik selain daripada Pas menjadikan agama sebagai matalamat perjuangannya.
Setuju kah anda sekarang ini dah ada Parti Islam Semalaysia (Pas), esok timbul pulak Parti Kristian Semalaysia, lusa tumbuh pulak Parti Hindu Semalaysia, tulat hidup pulak Parti Budhist Semalaysia. Akan aman kah negara Malaysia ini kalau dah macam tu ?
Perkataan " Islam " yang terdapat pada Pas sepatutnya mengukuhkan perpaduan umat, tetapi kerana silap bawa melayu sedang menuju binasa.
Mohon sedikit kajian dan penulisan mengenai strategi Red Bean Army yang kononnya begitu agresif. Adakah ini juga dianggap ancaman bagi umat Islam masakini?
Terima Kasih
http://www.youtube.com/watch?v=RzmyiiiQ_NE&feature=youtu.be
Alhamdulillah.. neutral. sblum pru, byk gak sy berdebat permasalahan ni. sy ungkap klu bn celaka pr lagi bapak celaka. skrg bukan masalah sapa punya celaka tp sy juga mengakui bn pun celaka juga. tapi sy dan lain2 juga perlukan sesorg utk mempertahankan kami walaupun pejuang kami celaka, no option. sama juga dgn org2 cina, rasa2 nya diaorg pon muak ngan perangai pahlawan nya tapi apa boleh buat itulah satu2 nya org yg boleh memperjuangkan kemahuan mrk, no option. sy juga pernah mengunkapkan klu ada pihak lain yg lebih adil, berkemampuan dan setia nescaya kedua2 bakal habis!full stop. Atas kehendak Allah maka keputusan skrg tlh terjadi. qada dan qadar. ini adalah ujian, ujian NYA utk melihat samada kita bersyukur dan cuba membaiki dan membuang segala kemungkaran yg tlh di perlihat kan NYA pd kita cash. Bukan kah kita patut bersyukur daripada Allah menurunkan bala. Apakah kita masih boleh diperkotak katik oleh bisikan iblis yg membakar dendam kita. Fikirlah dg tenang, Allah menganugerah kan kita kuasa maya ini sehingga perkataan kita mampu menyelinap ke setiap ceruk ruang tanpa sekatan. Gunakan sebaiknya.. waAllah Hu Alam.
ekal- https://www.facebook.com/pages/Kuasa-Pembeli-Pengguna-Melayu-Islam-KPPMi/127025924161565?hc_location=timeline
POLITIK AGAMA sudah tak boleh cari makan la......Seperti zaman sekarang banyak orang suka handphone SAMSUNG dan semakin kurang orang suka NOKIA lagi......Zaman baru ini orang muda sudah faham dimana agama ialah agama. Agama ialah kepercayaan tetapi tidak harus terlampau percaya. Reality lebih benar ! Lagi agama tak harus diperalatkan untuk politik. SAMSUNG VERY GOOD !!!!!!!!!!!!!!
Saya stuju jika parti politik x gunakan islam sbgai nama parti.sbb apa contoh sprti nik aziz yg slalu mengeluarkn fatwa yg pelik2 yg x mnampakkan seorang ulamak kerna mreka katakan dia ulamak.islam itu sndiri yg tercemar oleh prbuatan pmimpin yg mngatakan dia pmimpin islam tp perbuatan n percakapan sprti bkn seorang islm.biarla parti itu x ada nama islam ttpi perjuangannya adalah brlandaskan islam.
Pas ada brkata politik n islam x bole d pisahkan.mmg btul tp dlm kontek ini jika mggunakan politik utk agama mmg btul ttpi mcmna pula bila mggunakan agama utk kpntingan politik.sy rasa itu salah.sbb itula ada cdgn agar parti politik x mggnakn nama islam pd nm parti politik.islam akn tercemar jika pihak politik yg ada nm islam mlakukan kesalahan.sama juga apabila mggunakan masjid sbgai tmpt utk brpolitik.rasa x elok.
Prof Ridhuan,
Saya sokong permintaan pengkomen 8:45 PM, May 13, 2013 itu supaya Sdr menulis suatu rencana berkenaan cyber troopers DAP begelar Red Bean Army yang di sebut oleh bekas aktivis DAP Shen Yee Aun di video yang di sertakan itu.
Sekarang hangat perkara mereka memainkan peranan mempengaruhi pengundi Cina mengundi DAP, melalui tuduh liar, tipu helah, ugut mengugut, memusnahkan watak (Character assassination) orang orang seperti Presiden MCA Chua Soi Lek dengan video seks nya, bintang filem Michelle Yeoh yang menyokong BN, dsbnya.
Maklumat maklumat lain ada di blog pekas penggerak DAP itu yang bernama SYA blogspot.
Harap dapat pandangan Sdr dari segi bagaimana mahu membenteras, memerangi atau mengatasi cyber troopers DAP yang membuat demikian.
Ulamak selamanya dia akan jadi berkecuali bila dia tak menyertai mana2 parti politik. Fatwa dia adalah fatwa yang mengikut hukum agama .. boleh pakai.
Tetapi bila ulamak menyertai politik. Fatwa dia dah jadi fatwa sampah, tak ikut hukum lagi, hanya ikut nafsu politik ulamak itu saja .. tak boleh pakai.
Contoh berkenaan ulamak Pas.
Dulu kata ORANG ISLAM HARAM BERPAKAT DENGAN ORANG KAFIR MEMBENTUK KERAJAAN. Tapi hari ini DAH TAK HARAM lagi sebab Pas sedang berpakat dengan DAP (Kafir).
Dulu kata HARAM WANITA MASUK BERTANDING DAN BERCERAMAH DALAM PILIHANRAYA. Tapi hari ini DAH TAK HARAM lagi sebab ramai wanita masuk bertanding atas tiket Pas.
Jangan terkejut Ulamak jenis ini, satu hari nanti boleh buat Fatwa TIDAK HARAM MEMINUM ARAK ASALKAN JANGAN SAMPAI MABUK ATAS NIAT NAK MERAIKAN TETAMU ATAU MERAIKAN MAJLIS.
Dengan Ulamak jenis ini serba mungkin boleh berlaku. Insyallah kalau panjang umur, kita jangan terkejut jika ia benar2 terjadi.
Ini lah yang dikatakan Ulamak Politik.
Tahniah kepada Pas Perak. Dengan pertolongan God (Allah) di Negeri Perak Pas menang 18 DUN dan DAP 5 DUN manakala PKR juga 5 DUN.
Tahniah kepada Nizar Jamaludin.
Melayu DHPP
Artikel ni lebih padan jika menteri dan wakil rakyat yang baca
Kerana takut kalah pilianraya. Kerajaan setuju mansuhkan ISA. Kerana takut tak dapar sokongan daripada bukan melayu. Kerajaan beri bermacam bantuan yang sebelum ini tak pernah diberi kepada bukan melayu.
Maka akhirnya Umno (BN) menang PRU13. Undi siapa yang memenangkan Umno ? Kalau bukan kerana orang melayu luar bandar bersatu hati mahu Umno (melayu) terus memegang tampuk pemerintahan. Mungkin pada saat ini Datok Seri Najib sudah mengangkat sumpah sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat.
Memang tak boleh nak nafi, bukan melayu khasnya orang cina sebahagian besar tak mahu kepada Umno. Hanya kerana Umno itu melayu.
Bukan melayu khasnya orang cina sepakat tolak BN bukan kerana tak suka kepada BN. Tapi kerana mereka tak mahu Umno menerajui BN.
Sedih dan amat menyedihkan. Pemimpin melayu Pas yang bergelar ulamak, dengan mudah ditipu oleh orang cina. Sampai saat ini mereka masih mendabik dada mengatakan " orang cina undi Pas kerana orang cina boleh menerima perjuangan Pas ".
Ya saya setuju dan tak menafikan. Pada PRU13 orang cina memang terbukti menerima perjuangan Pas. Tapi perjuangan Pas yang orang cina terima bukan lah " PERJUANGAN UNTUK MEMURTABATKAN ISLAM ". Perjuangan Pas yang orang cina terima adalah " PERJUANGAN UNTUK MENJATUHKAN UMNO ".
Perkara ini lah yang LEBAI-LEBAI KAMPONG tak faham. LEBAI-LEBAI KAMPONG melihat sokongan undi oleh orang cina kepada Pas sebagai undi kepada Islam.
Bodohnya, nampak sangat bodoh. Sebab tak masuk aqal, orang bukan islam nak sokong satu tindakan yang boleh memperkasakan agama islam yang pada masa sama bakal menyisihkan agama mereka sendiri.
Satu pertanyaan kepada LEBAI-LEBAI KAMPONG. Jika ada parti politik yang perjuangannya adalah untuk memperkasakan agama krisian dinegara ini, ada kah anda LEBAI-LEBAI KAMPONG akan memberikan sokongan undi sebagai mana yang orang bukan islam berikan undi kepada Pas pada PRU13 baru2 ini ????
Jawapan anda saya boleh agak. Jika anda LEBAI-LEBAI KAMPONG tak boleh memberi undi kepada pihak yang nak memperkasakan agama kristian sedangkan orang2 bukan islam sanggup memberi undi kemenangan kepada Pas yang berjuang untuk memperkasakan agama islam. Di sini nampak sangat jelas LEBAI-LEBAI KAMPONG tidak ada semangat setia kawan yang tulin .. TAK BOLEH DIPERCAYAI.
Maksud saya, kamu LEBAI-LEBAI KAMPONG mahu orang bukan islam menyokong perjuangan Pas untuk memperkasakan islam, tapi kamu LEBAI-LEBAI KAMPONG tak bersedia untuk menyokong perjuangan bukan islam untuk memperkasakan agama kristian. Tidak ada WIN WIN SITUATION. Tidak ada GIVE AND TAKE.
Saya tulis ini kerana nak beritahu kepada LEBAI-LEBAI KAMPONG (termasuk lah yang bergelar Elite di bandar) bahawa orang cina undi Pas pada PRU13 bukan kerana mereka sokong islam, tetapi kerana mereka nampak ini lah peluang untuk menyahkan (eliminate) Umno atau melayu dari tampuk pemerintahan negara.
Saya terlalu yakin TAKDIRNYA PR MENANG PRU13, MUSTAHIL PAS DAPAT MENGUASAI KERAJAAN.
Saya terlalu yakin TAKDIRNYA PR MENANG PRU13, DAP YANG AKAN MENGUASAI KERAJAAN.
Saya terlalu yakin TAKDIRNYA PR MENANG PRU13, ANWAR ADALAH MERUPAKAN PM BANGSA MELAYU BERAGAMA ISLAM YANG TAK LEBIH SEBAGAI BONEKA SAHAJA.
Saya ingin bertanya, JIKA ANWAR JADI BONEKA, BONEKA KEPADA SIAPA ? KEPADA PAS ? ATAU KEPADA DAP ?
Hanya LEBAI-LEBAI KAMPONG saja yang tahu JAWAPAN NYA ....
Perpaduan Melayu
Saya rasa cukup lah nak ajak Pas berdamai dengan Umno. Cukup lah. Jangan buang masa. Tak akan berjaya selagi ada bulan dan matahari. Mungkin Allah dah takdirkan Umno dengan Pas tak akan bersatu, Umno dan Pas tak akan menjadi satu. Seperti mana Allah dah tetapkan Islam dan Kristian tidak akan bersatu, dan tidak akan menjadi satu, walau pun Hadi Awang dan Nik Aziz bekerja keras mati2an untuk menjadikan Islam dan Kristian adalah satu melalui perkongsian tuhan yang sama (Allah).
Tinggalkan Pas, biar lah mereka, nampaknya mereka selesa dengan DAP, jangan diganggu kerukunan hubungan persaudaraan dunia akhirat Pas-DAP.
Kalau Karpal Singh kata " Langkah Mayat " untuk Negara Islam. Saya percaya Nik Aziz dan Hadi Awang juga sanggup kata " Langkah Mayat " jika kita masih mendesak Umno dan Pas disatukan.
Saya rasa, kita ada banyak NGO Melayu/Islam. Ayuh kenapa tidak kita satu kan orang melayu melalui NGO, NGO mungkin lebih berupaya daripada parti politik. Orang cina menyertai bermacam2 parti politik tetapi mereka bersatu melalui NGO mereka. Mereka dah buktikan kepada kita dalam PRU13.
Tidak dinafikan kita perlu kepada parti politik yang memperjuangkan kepentingan melayu. NGO sepatutnya menyedarkan orang melayu, parti mana yang boleh diharapkan membela melayu. Menjadi atau tidak ahli kepada parti tidak penting, yang penting bila tiba pilihanraya undi parti yang kita yakin boleh menjaga melayu.
Pada PRU13, orang melayu luar bandar dah buktikan. Mereka tak jadi ahli mana2 parti atau mereka jadi ahli parti tertentu, tetapi bila nak undi mereka buat perkiraan untuk menyelamatkan melayu daripada hilang kuasa politik di Tanah Melayu, lantas mereka memenangkan Umno.
Sakit hati saya dengan jawapan2 daripada Nik Aziz (nak ludah muka orang Umno) dan Hadi Awang (Umno seperti orang yang sedang lemas dalam laut) bila diajukan soalan perpaduan Umno-Pas. Mereka berdua sangat sombong, sangat ego dan sangat takabbur. Saya rasa SETAN pun tak lah se sombong, se ego dan se takabbur Hadi Awang dan Nik Aziz.
Perpaduan Melayu
Saya rasa cukup lah nak ajak Pas berdamai dengan Umno. Cukup lah. Jangan buang masa. Tak akan berjaya selagi ada bulan dan matahari. Mungkin Allah dah takdirkan Umno dengan Pas tak akan bersatu, Umno dan Pas tak akan menjadi satu. Seperti mana Allah dah tetapkan Islam dan Kristian tidak akan bersatu, dan tidak akan menjadi satu, walau pun Hadi Awang dan Nik Aziz bekerja keras mati2an untuk menjadikan Islam dan Kristian adalah satu melalui perkongsian tuhan yang sama (Allah).
Tinggalkan Pas, biar lah mereka, nampaknya mereka selesa dengan DAP, jangan diganggu kerukunan hubungan persaudaraan dunia akhirat Pas-DAP.
Kalau Karpal Singh kata " Langkah Mayat " untuk Negara Islam. Saya percaya Nik Aziz dan Hadi Awang juga sanggup kata " Langkah Mayat " jika kita masih mendesak Umno dan Pas disatukan.
Saya rasa, kita ada banyak NGO Melayu/Islam. Ayuh kenapa tidak kita satu kan orang melayu melalui NGO, NGO mungkin lebih berupaya daripada parti politik. Orang cina menyertai bermacam2 parti politik tetapi mereka bersatu melalui NGO mereka. Mereka dah buktikan kepada kita dalam PRU13.
Tidak dinafikan kita perlu kepada parti politik yang memperjuangkan kepentingan melayu. NGO sepatutnya menyedarkan orang melayu, parti mana yang boleh diharapkan membela melayu. Menjadi atau tidak ahli kepada parti tidak penting, yang penting bila tiba pilihanraya undi parti yang kita yakin boleh menjaga melayu.
Pada PRU13, orang melayu luar bandar dah buktikan. Mereka tak jadi ahli mana2 parti atau mereka jadi ahli parti tertentu, tetapi bila nak undi mereka buat perkiraan untuk menyelamatkan melayu daripada hilang kuasa politik di Tanah Melayu, lantas mereka memenangkan Umno.
Sakit hati saya dengan jawapan2 daripada Nik Aziz (nak ludah muka orang Umno) dan Hadi Awang (Umno seperti orang yang sedang lemas dalam laut) bila diajukan soalan perpaduan Umno-Pas. Mereka berdua sangat sombong, sangat ego dan sangat takabbur. Saya rasa SETAN pun tak lah se sombong, se ego dan se takabbur Hadi Awang dan Nik Aziz.
Saya bersetuju dgn pendapat di atas. Betul sudah2lah mengajak Pas bersatu dgn UMNO. Mmg sangat menyedihkan membaca komen2 ulamak2 pas yg pasti umno tidak perlu sokongan pas utk menang pru 13. Saya sependapat gunaka NGO utk satukan umat Islam di Malaysia tak perlu bergantung kpd Pas.
Saya bersetuju dgn pendapat di atas. Betul sudah2lah mengajak Pas bersatu dgn UMNO. Mmg sangat menyedihkan membaca komen2 ulamak2 pas yg pasti umno tidak perlu sokongan pas utk menang pru 13. Saya sependapat gunaka NGO utk satukan umat Islam di Malaysia tak perlu bergantung kpd Pas.
PM Datok Seri Mohd Najib
Ucapan
TAHNIAH kerana UMNO berjaya mempertahankan KUASA POLITIK MELAYU di negara ini.
TANIAH kerana Datok Seri di perkenan oleh KDYMM Yang Dipertuan Agong menjadi PERDANA MENTERI.
Penilaian Pasca PRU13
Sudah terang lagi bersuloh. Hampir 90% pengundi bangsa cina menolak BN. Slogan " INI KALI LAH " yang di jaja oleh Pas dan PKR semasa kempen PRU13 sebenarnya adalah slogan ciptaan pengundi bangsa cina yang dipelopori oleh DAP. Dari segi gaya bahasa itu sendiri saya 100% yakin slogan itu datangnya dari bukan melayu, jika ianya datang dari orang melayu ia akan berbunyi " KALI INI LAH ".
Maksud slogan " INI KALI LAH " itu adalah, jika kali ini orang cina gagal UBAH (menumbangkan) Umno maka peluang itu tidak akan datang lagi untuk kali yang kedua.
Mereka pengundi cina yakin dapat UBAH Umno bila mereka nampak sokongan orang melayu kepada Pas dan PKR memuncak sebelum PRU13. (Kenalan saya seorang melayu Pengarah Pencen di sebuah jabatan kerajaan persekutuan cuba mempengaruhi UBAH, INI KALI LAH terhadap saya sehari dua sebelum hari mengundi).
Hari ini kebanyakan orang melayu luar bandar (yang saya temui, ada yang pro Umno dan ada yang pro pembangkang) mengakui terkejut dengan corak pengundian memilih bangsa yang dibuat oleh pengundi cina. Sedangkan pengundi melayu selama ini, tidak mengundi ikut bangsa sebaliknya ikut parti yang calon wakili. Komen spontan mereka adalah, " ohhh macam tu rupanya mereka balas semangat setia kawan kita orang melayu, tak apaaaa ... ".
Bukan Datok Seri dan pemimpin Umno saja yang keciwa dengan pengundi cina, malah kami yang jadi pengundi pun sampai hari ini masih panas memperkatakannya dikedai2 kopi. Kami tak sangka, " susu dan madu yang Umno beri dibalas dengan cuka dan tuba ".
Harapan
Yang menyelamatkan Umno dalam PRU13 adalah orang2 melayu luar bandar. Yang menyelamatkan Umno dalam PRU13 adalah masyarakat pondok2 pengajian islam di luar bandar.
KENANG LAH JASA MEREKA. BALAS LAH JASA MEREKA. BERI LAH MADU KEPADA MEREKA SUPAYA MEREKA AKAN TERUS NAMPAK UMNO PERIHATIN SUNGGUH2 TERHADAP BANGSA MELAYU DAN ISLAM.
Datok Seri PM. Sekolah2 PONDOK pengajian islam di luar bandar JAUH TERCICIR jika di bandingkan dengan SRJKC atau SRJKT. LIHAT LAH dan PANDANG LAH juga kepada SEKOLAH2 PONDOK.
Fakta
PRU 2008, PKR menang banyak kerusi kerana Hindraf dibelakang Anwar. Sekarang Hindraf dah ada di belakang Najib. Dulu PKR dengan Hindraf seperti isi dengan kuku, dan Anwar hidup kerana itu. Sekarang Hindraf dah tinggalkan Anwar, kita nak tengok berapa lama Anwar boleh hidup.
Adakah PRU14, Anwar dan PKR masih ada lagi ??????
Hari ini DAP pula berlindung dibelakang Anwar. Kita nak tengok apa akan jadi kepada DAP bila parti Anwar dan famili berkubur.
Slogan UBAH INI KALI LAH mendedahkan belang sebenar sebahagian besar masyarakat cina.
PANDAI BERLAKON
PANDAI BERMUKA-MUKA
LAIN DI MULUT LAIN DI HATI
BOLEH DI PERCAYAI TAPI KENA LEBIH BERHATI-HATI (JANGAN 100%).
.... Najib memulihkan kepercayaan kaum cina terhadap BN.. (anon 1233)
Cukup lah. Banyak sangat dah yang Najib buat nak jaga hati kaum cina menjelang PRU13. Pada waktu itu kaum melayu dan bumiputra melihat dengan lelehan air lior (orang lain sedap2 makan).
Setelah diberi semacam tu punya banyak rezeki, mereka kaum cina telah mengucapkan " terima kasih " kepada Najib dengan tidak memberikan undi kepada BN. Mereka membalas " budi baik " Najib dengan cara yang sangat sadis.
Nyaris2 Umno tak tersungkur kalau tidak diselamatkan oleh pengundi melayu dan bumiputra di kawasan luar bandar. Nyaris2 Najib bakal menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat kalau tidak kerana undi daripada pengikut2 tok2 guru pondok.
Cukup lah sekali kena tipu. Cukup lah sekali kena main. Jangan izinkan mereka menipu pemimpin Umno (melayu) untuk kali yang kedua.
Yang akan menentukan kelangsungan Umno menerajui politik Malaysia pada PRU14 nanti adalah kaum melayu luar bandar dan bumiputra (Semenanjung, Sarawak dan Sabah) DAN para pengikut Tok2 Guru pondok (Tok Guru yang saya maskudkan tidak sama sekali Nik Aziz).
Walau pun ketua mereka Lim Kit Siang memanggil Najib dengan gelaran SETAN, tetapi saya dan kelompok yang saya sebut tadi tetap menerima Najib. Kami tak rela negara ini jatuh ke tangan RAJA SETAN dan BAPA SETAN. Siapa mereka ????? ... bayi dalam buaian pun tahu.
Wahai Datok Seri Mohd Najib. Saya yakin kelompok2 yang saya sebut tadi sama sekali tidak akan " menipu " atau " mempermainkan " harapan Datok Seri. Jaga lah mereka, insyallah Umno akan terus jadi relevan.
Kemarin 15hb May keluar dalam BH jawapan Nik Aziz kepada soalan wartawan tentang perletakan jawatan sebagai MB Kelantan. Katanya, ” tugas MB ni tak berapa berat, yang paling berat adalah tugas sebagai Mursidul, kerana Mursidul ini tiru Nabi Muhamad dari segi tutur kata, tingkah laku dan makan minum “. Caaanteeeekkkkk ….
Saya nak tanya Mursidul ni. Adakah pernah Nabi terkeluar perkataan ” nak ludah muka kepada orang yang hulur tangan nak berdamai “, Adakah pernah Nabi terkeluar perkataan ” celako celako celako kepada orang2 yang tak mahu menerima ajaran baginda “. Adakah pernah Nabi mendoakan ” Jahanam, Pecah Perut dan KO KO KO kepada orang2 yang memusuhi baginda “.
Nampaknya sekarang Nik Aziz ni LEBIH NABI DARIPADA NABI sendiri, dan tak melucukan kalau dikatakan Nik Aziz LEBIH SETAN DARIPADA SETAN.
Ι all the time used to stuԁy pieсe of ωritіng in news ρapers but nοw аs I
am a uѕer оf net so from nоw ӏ am using
nеt for pοsts, thanκѕ to web.
My hоmepage - rimmel
Kalau melayu bersatu = melayu pandai
Kalau melayu berpecah= melayu bodoh
Therе's certainly a great deal to know about this issue. I really like all the points you have made.
Feel free to surf to my blog post ... meuble de salle de bain
http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2013/05/china-mari.html?m=1
Pada pendapat saya, org yg hendak menolak umat Islam yg menghulurkan silaturrahim ummah itu bukannya ulama' tapi hanyalah seorang ahli politik biasa saja. Kalau dia benar2 ulama' pewaris Nabi sudah tentu dia menjadi tunjang utama menegakkan sunnah Nabi iaitu PENYATUAN UMMAH.
Konon disyaratkan bagi kumpulan yg hendak menjalinkan silaturrahim, kumpulan itu hendaklah menerima Islam terlebih dahulu, tapi jelas terbukti puak yg duduk serumah sebantal dengannya sendiri pun menolak Islam, malah terang dan jelas kafirnya dan keras pandangannya terhadap Islam....jadi bagaimana? Sebenarnya apa yg dikatakan tidak sama dgn apa yg dibuat. Ia hanyalah politik yg digunakan utk melunaskan perasaan dendam dan marah....tapi bukan utk Islam.
Hanya org mukmin, ulama' tulen pewaris Nabi saja yg boleh mendahulukan Islam dan mengetepikan agenda dunia, dendam dan marah. Hidup kita bukanlah panjang sangat. Satu hari kita akan kembali kpd Allah jadi apa nawaitu, agenda kita di dunia ni....pasti akan disoal oleh Allah SWT, lebih2 lagi para pemimpin, ulama'-ulama' yg tanggungjawab dipikul amatlah berat yg mana akan dipersoal oleh Allah SWT dgn lebih terperinci.... Dulu perkara ini telah menjadi kerisauan dan ketakutan kpd para sahabat Rasulullah yg menjadi Khalifah Amirul Mukminin, yg mana mereka takut seandainya mereka tersalah atau tersilap dlm memimpin umat Muhammad SAW di belakangnya. Walau mereka menjalankan AGENDA ISLAM dan menolak agenda/kepentingan diri...namun mereka tetap merasa takut akan persoalan dari Allah SWT. Pada hari ini adakah senario begitu masih wujud?
PRU13 baru2 ini telah membuktikan sokongan yg datang adalah dari:
1. Sabah & Sarawak.
2, Org Melayu terutama dari luar bandar.
3 Org2 dari SEKOLAH-SEKOLAH PONDOK.
4. Kaum India.
Seharusnya kerajaan beri PERHATIAN kpd semua kaum, namun di samping itu SEWAJARNYAlah kerajaan beri LEBIH TUMPUAN kpd:
a) Sabah & Sarawak dlm:
Tambah lagi jalanraya, letrik & air, sekolah yg lebih baik, pendidikan, biasiswa, pusat pengajian, pasar awam, jambatan, pengangkutan awam (bas/bot yg lebih canggih & selamat), rumah rakyat dan menjana ekonomi/perusahaan/perniagaan luar bandar.
b) Org2 Melayu di luar bandar:
Dgn menambah baik lagi infrastruktur pembangunan asas di luar bandar iaitu di kampung-kampung. Menjana ekonomi perusahaan kampung, peluang perniagaan, pendidikan dll. Membuat perancangan PEKAN LUAR BANDAR (TOWN PLANNING) yg lebih moden dan canggih dgn segala bentuk kemudahan yg akan menaik taraf kehidupan org2 Melayu luar bandar yg mana org Melayu tidak perlu bergantung sangat kpd kemudahan di bandar. Ini ialah kerana biasanya di BANDAR peluang utk org2 Melayu adalah TIPIS. Bukan nak meletakkan jurang pemisah antara bandar dan luar bandar tapi kita sudah memang maklum selalunya org Melayu di kebanyakan bandar2 adalah MINORITI.
c) SEKOLAH-SEKOLAH PONDOK:
Memperkasakan sistem sekolah2 pondok. Menambah-baikkan STRUKTUR BANGUNAN sekolah pondok dan menambah PERUNTUKAN mereka sebagaimana yg telah diberikan kpd sekolah-sekolah Cina. Sekurang-kurangnya peruntukan kpd sekolah pondok tidak akan dipersiakan, malah peruntukan yg diterima akan DISYUKURI dan menjadi titik-tolak mencelikkan mata anak generasi pondok di samping mendidik dan memajukan mereka. Maka itu ianya TIDAKlah menjadi seumpama MENUANG AIR KE DAUN KELADI.
D) Kaum India:
Menambah-baik kebajikan kaum India terutama mereka di luar bandar di sektor perladangan, pendidikan, perusahaan, perniagaan dll.
Juga tidak lupa bantuan kerajaan memperkenalkan pelajaran (sampingan) bahasa dan tulisan Mandarin/Tamil di sekolah2 kebangsaan demi mengembangkan pembelajaran dan pendidikan anak2 Malaysia.
Maaf jika ada salah saya. Yg baik dpd Allah dan yg silap dpd saya. Yg baik jadi tauladan, yg jahat jadikan sempadan.
Sekian, wasalam.
Maaf saya lupa nak tambah, saya setuju dgn cadangan tokgaru (9:42 AM, May 15, 2013). Memang bagus kalau kerajaan dapat menyatukan semua NGO-NGO Melayu/Islam dalam SATU penyatuan.
Post a Comment