Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Sunday, May 26, 2013

Bila hati Melayu mati

7:21 PM Posted by RIDHUAN TEE 31 comments


Artikel ini mendapat liputan meluas web Malaysiakini. Komen-komen yang diberikan amat tidak bertamadun. Biasalah... ultra kiasu.....

(Mingguan Malaysia 26 Mei 2013)

Ketegasan Menteri Pendidikan mengenai kedudukan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), beberapa hari lalu menarik perhatian saya. Kerajaan berpendirian, jika UEC mahu diiktiraf, mereka mesti melakukan pengubahsuaian dan perubahan selaras dengan dasar pendidikan negara dan berpandukan kepada undang-undang dalam Akta Pendidikan negara. Ini keputusan yang tepat, adil dan sangat bertoleransi. Jika ada tidak bersetuju, carilah negara lain yang boleh bersetuju.

Beginilah sepatutnya cara seseorang negarawan bertindak. Tanpa rasa takut. Cukuplah kita menjadi ahli politik hebat menjelang dan ketika pilihan raya. Apabila telah menang, tibalah masanya bertindak sebagai negarawan. Melihat kepada kepentingan semua, berbanding bangsa, dengan berpaksikan kepada perlembagaan.

Isu pendidikan Cina acapkali dan telah lama dibangkitkan oleh Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia (Dong Zong) dan sekutunya yang lain seperti seperti Jiao Zong, Dong Jiao Zong, Hua Zong dan berbagai Zong lagi. Nasihat saya, tidak perlu layan permintaan mereka lagi. Sudahlah. Kita sudah beri lebih daripada mencukupi. Apa balasannya?

Tidak keterlaluan saya katakan, selagi kita tidak penuhi permintaan mereka, sehingga kucing bertandukpun mereka akan terus desak dan tuntut. Segelintir Cina tidak akan berpuas hati selagi mana kita tidak memenuhi segala tuntutan kecinaannya. Mungkin tulisan ini terlalu ekstrem, tetapi inilah hakikatnya untuk  memahami budaya politik Cina.

Kita selalu mengajak orang lain keluar daripada kepompong rasis. Persoalannya, adakah orang Melayu sahaja yang perlu keluar dari sikap rasis? Kalau Melayu tidak fikir untuk Melayu, adakah orang lain yang diharapkan berfikir untuk masa depan Melayu. Adakah kita mengharapkan orang Cina berfikir untuk Melayu? Jika ada Alhamdulillah. Ia baik untuk pembinaan negara bangsa.

Realiti yang ada, pantang ada sedikit dikaitkan dengan Melayu, akan ditentang habis. Jika diasimilasikan atau diassociatekan dengan orang putih, tidak mengapa? Dengan Melayu pantang sekali. Inilah sikap rasis ultra kiasu.

Sebab itulah, ketika majlis angkat sumpah exco, pembukaan sidang parlimen atau DUN, atau apa jua majlis rasmi yang melibatkan raja, tidak ada seorangpun yang memakai pakaian kebangsaan (baju Melayu). Rata-ratanya memakaikan blazer dan tali leher. Sehingga pakai songkokpun mereka tidak mahu.

Seolah-olah memakai pakaian kebangsaan ini satu penghinaan. Wal hal, apa salah, ‘berkorban’ seketika, bukannya tiap-tiap hari, lima tahun sekali atau mungkin setiap kali penggal persidangan parlimen atau DUN.  Hina sangatkah memakai pakaian ini? Sudah sampainya kita wajibkan pemakaian tersebut. Jangan terlalu memberi kebebasan atas nama demokrasi, kita juga yang akan rugi nanti.
Bayangkan jika pakaian etnik masing-masing dibenarkan dalam majlis-majlis sebegini, maka meriahlah, berwarna-warnilah majlis rasmi tersebut seolah-olah pesta pakaian, bukan majlis rasmi. Tidak ada seorangpun kalangan mereka yang akan memakai pakaian kebangsaan. Sedangkan pakaian kebangsaan adalah untuk semua, bukan untuk orang Melayu. Samalah juga pemahaman sekolah kebangsaan untuk semua, bukan untuk orang Melayu.

Saya yakin selepas ini, untuk meraikan orang lain atau memastikan lebih ramai bukan Melayu menyertai, sekolah kebangsaan akan menjadi lebih liberal dan terbuka. Tidak mustahil, ada identiti penting Melayu akan tercabut.

Ini tidak termasuk menunaikan janji-janji PRU13 baru-baru ini untuk menambah sekolah, memberikan tanah dan banyak lagi tawaran sebagai alasan untuk memancing undi mereka kononnya.

Apakah akan berlaku suatu hari ini, demi untuk meraikan semua, kita yang berubah menjadi mereka, bukannya mereka yang sepatutnya berubah menjadi kita. Semua dasar mesti disesuaikan untuk mereka, bukan mereka menyesuaikan dengan sesuatu dasar kebangsaan.

Kita mempunyai dasar yang baik, seperti Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan sebagainya. Bila tiba kepada perlaksanaan, selagi sesuatu bangsa itu tidak diraikan, selagi itulah dasar tersebut tidak diterima.

Ultra kiasu selalu berhujah, UEC telah diiktiraf di seluruh dunia, kenapa tidak di Malaysia? Jawapannya, kerana diiktiraf dunialah, menjadikan perangai mereka sanggup menterbalikkan jalur gemilang sebagai protes kepada kemenangan UMNO BN dalam PRU13 baru-baru ini. Kebanyakan mereka adalah lulusan UEC. Apakah jenis manusia sebegini yang ingin kita lahirkan.

Banyak negara lain yang tidak tahu berbahasa Cina, negara tersebut tetap maju dan urusan dengan negara China berjalan seperti biasa. Pendek kata, isu bahasa bukan isu hidup mati kemajuan sesebuah negara. Iran begitu aktif berhubung dengan negara China, tidak pula kedengaran, kerajaan Iran mewajibkan rakyat belajar bahasa Cina.

Sebelum PRU13, Perdana Menteri buat pertama kalinya dalam sejarah telah menjemput Dong Zong untuk berbincang tentang pengiktirafan UEC. PM menyarankan keperluan pelajar dari sekolah aliran Cina untuk mempunyai sekurang-kurangnya satu kredit kertas Bahasa Malaysia dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berserta dengan UEC, sebagai satu syarat untuk memohon memasuki IPTA. Tawaran sebeginipun sukar diterima? Apa lagi yang Cina mahu? Saya fikir persoalan ini tidak keterlaluan. Ketika kerajaan mula berlembut, adakah budi dibalas?

Permintaan PM ini terlampau kecil jika dilihat kelulusan membenarkan sekolah vernacular beroperasi secina-cinanya. Kenapa tidak dihargai toleransi ini? Mereka tetap bersangka buruk. Pada mereka, jika diberikan penekanan kepada BM, ia akan meninggalkan kesan kepada Pengajaran dan Pembelajaran bahsa Cina. Pendek kata, mereka mahu penguasaan mandarin secina-cinanya.
Kehendak mereka tidak mengapa gagal BM, asalnya lulus mata pelajaran lain yang semua diajar dalam mandarin sebagai kelayakan untuk memasuki IPTA.

Sekarang inipun, kesan daripada sekolah vernakular, berlaku polarisasi di kampus yang amat ketara. Pergilah ke IPTA. Jangan banding dengan IPTS, kerana majoriti mereka begitu ramai. Pergilah melihat Kolej New Era Kajang yang dipunyai sendiri oleh Dong Jiao Zong dan lulusan UEC mereka. Itupun kerajaan dalam kempen baru-baru ini mahu memberikan pengiktirafan sebagai Universiti penuh beberapa kolej Cina di Pulau Pinang. Dengan tawaran ini, adakah mereka simpati dengan kerajaan?

Saya mohon kepada kerajaan sebelum memberikan apa jua kelulusan kepada sekolah atau universiti perkauman ini, buatlah kajian terlebih dahulu. Beri kami geran untuk membuat kajian seperti ini. Ini tidak, sudah kajian tidak dibuat, asyik menyerang orang lain.

Misalnya, kontroversi kenyataan Datuk Mohd Noor Abdullah dan Tan Sri Abdul Rahman Arshad, menyeru kerajaan agar menghapuskan sekolah vernakular atas alasan ia menggugat perpaduan dan punca sokongan kepada pembangkang meningkat, harus dilihat secara positif. Kedua tokoh ini bersependapat sekolah vernakular menjadi punca perkauman semakin meluas di kalangan masyarakat pelbagai kaum dalam negara. Mereka turut mencadangkan kerajaan mengikut langkah negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Filipina yang menerima pakai penggunaan bahasa tunggal dalam dasar pendidikan mereka.

Sehingga kini, parti pembangkang dan ultra kiasu tidak habis-habis mengecam kenyataan yang dikatakan tidak bertanggungjawab kedua-dua tokoh tersebut dan menegaskan Perlembagaan Persekutuan melindungi sekolah vernakular dan pendidikan dalam bahasa ibunda, memetik Perkara 152 (1) (a) dan (b) dalam undang-undang tertinggi negara.

Kenapa harus mangsakan tokoh ini? Buatlah penyelidikan terlebih dahulu untuk melihat kebenarannya. Fikirkan agenda nasional, daripada agenda bangsa. Ultra kiasu menyuruh kita berhenti bercakap soal rasis. Tindak-tanduk mereka lebih rasis daripada orang rasis.

Tidakkah kita sedar kerajaan telah membantu SJKC sehingga menenggelamkan sekolah agama. Persoalannya, adakah guru-guru Sekolah Jenis Kebangsaan ini mengundi UMNO BN? SJKC sebenarnya menjadi lubuk melahirkan lebih ramai ultra kiasu, jika tidak dipantau daripada sekarang.

Ingatan saya kepada orang Melayu, jangan menjadi terlalu liberal dan bersekongkol dengan ultra kiasu. Misalnya, pendirian Ketua Pegawai Eksekutif Melayu yang telah digula-gula dengan jawatan tinggidi syarikat penerbangan murah. Beliau dengan lantang berkata "I am Malaysian. I am anti-racism. I am disgusted by Utusan's editorial stance. Nasihat saya, jaga baik-baik syarikat tambang murah ini. Tidak perlu campur perkara di luar bidang. Kalau tak tahu lebih baik diam. Fikirkan bagaimana cara untuk memanjangkan skirt dan menutup dada paramugari Melayu di syarikat penerbangan murah ini.

Baru-baru ini saya naik muak melihat layanan mereka terhadap Sir Richard Branson, pengasas/pengerusi Virgin Group), yang terpaksa berpakaian paramugari perempuan, anjuran syarikat penerbangan tersebut. Paramugari Melayu dipaksa melayan beliau termasuk mencukur bulu kakinya. Tertanya tanya saya ke mana hala tuju anak-anak Melayu yang bekerja di sini. Apakah mereka akan menjadi Melayu atau apa..? Sebahagian paramugari Melayu disuruh berlakon seperti kartun mencalup rambut dengan warna putih dan berpakaian seksi semata-mata meraikan orang putih tersebut. Nasihat saya kepada Melayu celup ini, selamatkanlah Melayu-melayu di sini daripada hancur dan hilang identiti. Majlis tersebut diakhiri dengan mandi arak. Cuba lihat you tube mereka.

Saya menyeru agar orang PAS menonton sama, kerana dalam harakah online, saya terbaca PAS begitu memuji Melayu celup ini hanya kerana bermusuh dengan Utusan dan UMNO BN. Nasihat saya kepada PAS, berhati-hati, nanti makan diri. Sokong seseorang bukan kerana marah kepada UMNO. Sokongan hendaklah berasaskan kepada apa yang benar, apa yang salah. Itu baru nama perjuangan Islam. Jika tidak, PAS ini sama sahaja dengan yang lain.

Ingatlah! tatkala orang lain semakin kuat Cina (Indianya), adakah orang Melayu perlu menjadi semakin menjadi liberal atau cair bagi menunjukkan bahawa kita tidak rasis.  Jika ini berlaku, Melayu tidak berlaku adil kepada bangsanya sendiri. Melayu telah menjadi pengkhianat kepada bangsanya sendiri. Jangan biarkan hati Melayu mati kerana terlalu meraikan orang lain.  

Prof Madya dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Ketua Program
Progra Pengajian Kenegaraan, Kepimpinan dan Ketamadunan
Fakulti Pengajian Pengurusan dan Pertahanan
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia


31 comments:

Anonymous said...

"Jika ada tidak bersetuju, carilah negara lain yang boleh bersetuju."

Saya amat bersetuju. Dengan pendapat itu.

Dulu Professor Emeritus TS Khoo Kay Kim kata, siapa yang tak sukakan negara ini (biadap di Dataran Merdeka di malam Merdeka tahun lahu), berhijrah lah.

Beberapa hari yang lalu, Menteri Dalam Negeri yang bahru, DS Ahmad Zahid, kata, siapa yang tak sukakan sistem demokrasi negara ini seperti termaktub di Perlembagaan negara kita, berhijrah lah.

Ini Prof Ridhuan kata, siapa yang tak bersetuju apa yang Menteri Pelajaran bahru kata berkenaan UEC, cari lah negara lain yang mereka boleh bersetuju.

Saya nak kata, siapa yang tak mahu hormatkan Perlembagaan negara ini, dan ikuti Perlembagaan negara ini, berambus lah.

Memang tiada negara yang sukakan sesiapa yang ada di negara itu tidak menghormati dan hidup mengikuti Perlembagaan negara itu. Jadi, pergi lah cari negara yang mereka boleh setuju dengan Perlembagaan nya. Jangan tunggu lagi.

Anonymous said...

Tahniah Prof kerana mengeluarkan pemikiran sebegini..teruskan usaha menyedarkan melayu2 yg lupa asal usul dn bila berkuasa mudah hancur iman dgn tauke2 china yg raja rasuah n penipuan..menipu adalah sebahagian dri kehidupan mereka..tiada china DAP tiada rasuah..mereka rasuah utk dptkan kuasa ultimate iaitu memerintah negara ini..menghancurkan Islam!

Innerzahn said...

Seperti biasa,,,terbaik !!! Teruskan perjuangan Dr...kami silent watcher sntiasa bersama anda !!!!

Anonymous said...

Semoga Allah memberkati Tuan, amat besar harapan umat Islam supaya pihak Tuan menjadi perantara antara Melayu-Cina..bagi membina keFAHAMAN.
.Banyak Melayu juga walau Islam gagal menikmati kebenaran.
Tun Mahathir sepanjang hayatnya cuba menjadikan Melayu tunjang ditanah air sendiri setelah trauma melihat pejajahan Barat/Jepun..namun rasuah, lupa, kemampuan dan fahaman sempit melambatkan proses ini..Saya yakin beliau boleh berjaya sendirian kerana genetic yg berbeza namun memikirkan yg lemah perlu dilindungi ikhtiar termasuk kahwin campur, NEP, kuota, masih belum menyeimbangkan kupayaan majoriti Melayu untuk bertahap global.
Negara akan aman jika ada sefahaman antara yg kuat dan lemah.

AnNisbah said...

Salamunalaika, terima kasih tuan.

Anonymous said...

Pendapat yang amat menarik. Mohon dikongsi bersama.

Anonymous said...

Menarik... Mohon kongsi

Jaafar Johari said...

Orang Melayu terutama golongan muda dan yang 'berpelajaran' telah diasak sehingga tidak mempunyai jatidiri untuk mengaku mereka orang Melayu.Ini sebab apabila disebut Melayu atau apa apa yang bersangkut dengan Melayu akan dichop sebagai rasis olih ultra kiasu. Perkara ini lebih tenat dengan pendirian and tafsir sonsang olih PAS yang mengatakan apabila bercakap tentang Melayu dikatakan Assobiyyah.Saya khuatir orang Melayu sekarang takut hendak angkat kepala kerana jika salah cakap akan dilabel rasis dan assobiyyah. Yang rugi dalam jangka panjang ialah orang Melayu dan Islam.

Anonymous said...

Cara yang baik untuk menukar identiti Cina ialah membolehkan mereka senang kahwin dengan orang Melayu seperti terjadi di Thaland, Philipine, Vietnam, Europe dll dimana mereka sudah tiada mengikut identiti mereka lagi. Melayu harus lebih liberal jika Cina tak ingin tukar agama atas sebab berkaitan makanan dan kehidupan. Lebih baik lagi jika Melayu ingin murtad jadi masalah agama tidak wujud lagi. Jika Malaysia ingin berharmoni antara kaum haruslah membenarkan perkhawinan antara kaum tanpa syarat. 1Malaysia.......

Langkelana said...

Dikhuatiri apabila UEC diikhtiraf di Malaysia, majikan-majikan berbangsa Cina akan menjadikan kelulusan UEC sebagai salah satu syarat dalam pengambilan pekerja di syarikat-syarikat mereka.
Maka, rakyat Malaysia yang hanya berkelulusan SPM dan STPM akan sukar mendapatkan pekerjaan.

Supar Yop said...

Anon 12:25 AM, May 27, 2013,
Apa awak merepek ni? Korbankan agama utk jinakan kaum cina. NO WAY..kita tidak akan bertolak ansur dalam bab aqidah

Anonymous said...

Does your website havе a contaсt pаge?
I'm having a tough time locating it but, I'd like to
shоot yοu an email. I've got some recommendations for your blog you might be interested in hearing. Either way, great site and I look forward to seeing it develop over time.

my web blog - devis peinture

Anonymous said...

Anon 27mei 12:25am...kenyataan anda menunjukkan anda tidak memahami melayu dan islam. perkahwinan campur tidak di halang islam tetapi pokok asasnya adalah islam mesti di tunjang kerana ianya adalah agama suci. bermakna pasangan yg bukan islam WAJIB menerima agama islam sebagai agama mereka bila berhasrat untuk berkahwin dengan pasangan islam. kenyataan kamu itu hanyalah bersifat provokasi yg sekali lagi cuba untuk menguji di manakah tahap kesabaran melayu islam di m'sia. jangan terlalu menguji kelak kamu semua tidak mampu menanggungnya nanti.

Nadia said...

First of all, What kind of Malaysian citizen who would actually overturn our Jalur Gemilang, our very own Malaysian flag, as a protest to the Barisan Nasional government? Even though I do not agree with all the policies of the government, I will never, ever overturn my country's flag or make fun of "Negaraku", which is our national anthem. Why? There is a big difference between disagreeing with government policies, and being disrespectful to something that symbolizes our country.

It shall be highlighted here that Jalur Gemilang is not Barisan Nasional's flag, it is the flag of our beloved country, Malaysia. When we willingly overturn Jalur Gemilang, that shows just how deep is our love for Malaysia. And yet, these students had the nerve to call themselves Malaysians? Is this the kind of attitude that they were taught by their families as well as in schools?

Let's look back at the meaning of Jalur Gemilang. The flag has 14 horizontal red and white stripes of equal width, representing the equal membership in the Federation of the 13 component states, i.e. Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor and Terengganu, and the Federal Government.

The union or canton of dark blue stands for the unity of the people of Malaysia. The union contains a crescent which is the symbol of Islam, which is the official religion of Malaysia. The 14 points of the star are emblematic of the unity of the 13 states and the Federal Government. The yellow of the crescent and the star is the royal colour of the rulers. Red represents bravery, whereas white represents kindness and purity.

Hence, when they overturn Jalur Gemilang, chances are likely that they are against the "unity of the 13 states and the Federal Government". However, when they do that, I personally feel that they are also technically against other elements that come together with the flag, such as the acknowledgement of Islam as the official religion in Malaysia, unity of the people in Malaysia, as well as purity and kindness. It is for this reason I will never, ever overturn the Jalur Gemilang even if I have opposing views with the government. I do not view Jalur Gemilang as merely a flag, but I take into heart the deep meaning that comes along with it.

I apologize for my rantings, Dr. Ridhuan Tee. However, this is one of the things that I find unacceptable.

Nadia said...

Dr. Ridhuan Tee, you are right with this statement "Jika diasimilasikan atau diassociatekan dengan orang putih, tidak mengapa? Dengan Melayu pantang sekali. Inilah sikap rasis ultra kiasu."

This statement reminded me of my university days.Back during my undergraduate degree years, I noticed that there are two factions of Chinese, the former one being the Chinese-educated Chinese (students who claimed that they graduated from Chinese schools) and the latter is English-educated Chinese (those who claimed to be so since they did not graduate from Chinese schools). There is something seriously wrong with the above sentence.

I would like to highlight here, since when being educated in Sekolah Rendah Kebangsaan and Sekolah Menengah Kebangsaan qualify the students as English-educated? The medium of instruction for all subjects in Sekolah Kebangsaan when I was in primary and secondary school (1988 - 1993, 1994 - 1998) was Bahasa Melayu, with the exception of the Bahasa Inggeris subject.

The funny thing here is that why would the Chinese who studied in Sekolah Kebangsaan claimed that they were English-educated when they learned the subjects in Bahasa Melayu? It would be a different case, of course, if they had graduated from international schools or other schools whereby the medium of instruction is in English. This was what actually happened when I mixed around and befriended Chinese from different backgrounds during my university days.

In truth, those who graduated from Sekolah Kebangsaan (myself included) were Malay-educated and not English-educated. We studied English as a second language, and not as our first language. The thing is,I have Malay friends who graduated from Chinese schools and claimed that they were Chinese-educated since the medium of instruction is Mandarin. It goes to show that some ultra-kiasu Chinese just wouldn't want anything associated with Malays, that they were more willing to admit that they were English-educated.

PanglimaMalaya said...

Saya amat bersetuju dengan pandangan Dr tentang isu UEC dan sistem pendidikan vernakular di Malaysia. Saya dah muak dengan kerenah ultra kiasu yang hanya tahu meminta tapi tidak mahu memberikan sumbangan demi negara Malaysia. Seperti pepatah Melayu" susu diberikan, tapi dibalas dengan tuba" Sudah tiba masanya untuk kerajaan Malaysia bertindak tegas dalam isu ini dan memberikan perhatian khusus untuk sistem pendidikan kebangsaan Malaysia!!!!

Anonymous said...

12:25 AM,

Kamu kata "Lebih baik lagi jika Melayu ingin murtad jadi masalah agama tidak wujud lagi."?

Kepala hotak kamu. Biadap, kurang ajar kamu. Menghasut ummat Islam. Tiada ma'af bagi kamu.

Kamu patut di tangkap, di ikat, di bawa kapada Taliban. Bahru kamu tahu apa akan mereka buat kapada kamu. Binatang kamu. Bukan maanusia berpendirian begitu.

Anonymous said...

I'd like to thank you for the efforts you have put in writing this site. I'm hoping to check out the same high-grade content from you later on as
well. In fact, your creative writing abilities has
motivated me to get my very own website now ;)

Feel free to surf to my web-site: affordable seo packages

shahrul hafiz said...

salam..
harap pembaca diluar sana dapat lapangkan masa n minda ntuk baca tulisan prof..sgt bernas n menarik..tq

Anonymous said...

Lagi satu cadangan 'tersirat' daripada Cina BN (kiasu?). Dahlah kalah teruk, ada hati nak jadikan BN parti tunggal. Secara tersirat, dia mahu UMNO dibubarkan. Makin dilayan makin menjadi-jadi. Seteruk-teruk UMNO, jika dibubarkan, apa jadi dengan Melayu dan Islam.

Hairan, orang besar UMNO yang dipilih oleh Melayu yang diharapkan untuk membawa agenda Melayu ada hati nak tubuh makmal nak kaji pasal ni. Nak jadi pengkhianat Melayu apa?

Anonymous said...

Sdri Nadia,

I'm delighted reading both your comments. I'm proud of you being a concerned citizen and willing to speak up. We need you to come out doing so more often and we need more citizens like you.

The country is in such a sordid state of affairs now that unless we speak up more often, the uncaring, irresponsible and destructive ones will make this country a worse place for future generations.

We must not have a failed state. We need more people like the new Minister of Home Affairs who gave full authority to the departments and agencies under him to take action without political interference, and the new IGP, who has started arrests on political wrong doers a few days after he took the IGP job.

And you don't have to be apologetic at all in saying whatever you want to say. Rantings or whatever, especially when they contain positive views, they are welcome all the time. We Malays have been an apologetic a lot - our budaya is one of membongkok dan menghulur tangan bila berjalan di hadapan khalayak di khenduri dsbnya, berbahasa indah masakan bangsa lain gunakan "lu gua" dengan orang kenamaan walau pun bahru kenal. Maka yang "meng-lu gua" dapat cepat rapat, kita di "taken for granted" walau pun sejak penjajah British, dan ketinggalan jauh kebelakang sekarang.

Saya mengalu-alukan Sdri selalu masuk menegeluarkan pendapat di sini. Mudah mudahan menjadi petunjuk dan inspirasi kapada sesetengah pembaca, dan menjadi penghalang kapada yang tidak beradap sopan dan mahu merosakkan masa hadapan negara kita.

Anonymous said...

Sdr shahrul hafiz,

Saya juga bangga dengan saranan Sdr supaya lebih ramai yang membaca dan mengambil inspirasi dari penulisan Prof Ridhuan Tee ini.

Dan bangga dengan hal bahawa (mengikut profile Sdr) anak jati FELDA sampai ke universiti dan, selain dari berkerja, juga cuba berniaga - suatu lapangan yang Melayu amat kurang dan perlu ceburi walau pun secara kecil kecilan untuk mendapat pengalaman, mengatahui selok beloknya, agar jangan kerugian dan boleh membesar perlahan lahan.

Kaum Cina sudah lama terkaya dan menguasai ekonomi negara, dan pendirian yang menyebabkan "tsunami Cina" itu menunjukkan mereka sekarang juga mahu menguasai politik negara, tidak mahu berkongsi kuasa seperti di syurkan oleh Tun Dr Mahathir berkali kali.

Kita perlu merasa serik, berfikiran dan berpendirian positif sebanyak banyaknya sekarang. Lakukan segala apa yang kita boleh dan mampu, seperti Sdr menjalankan perniagaan kecil kecilan itu. Syabas. Saya ucapkan selamat maju jaya supaya boleh membesar dan bergelora.

Anonymous said...

Saya juga setju dengan pendapat Sdr/Sdri di 11:37 PM.

Bila lapang nanti, saya akan menulis lagi. Salam.

Anonymous said...

Saya setuju mereka sudah melampau. menjadi ZALIM. cuma ada org kita yang tak perasan.

Anonymous said...

Syabas Ustaz Riduan Tee,blog anda memang bagus untuk di jadikan panduan pada orang Melayu.

Anonymous said...

MIC dah usulkan supaya semua parti2 berteraskan india bersatu dibawah satu lambang. MCA, Gerakan dan SUPP awal2 lagi secara tersirat sudah menunjukkan kesepakatan bila semua ketua parti (Presiden) tidak masuk bertanding dalam PRU13. Bukan itu sahaja, malah mereka MCA, Gerakan dan SUPP sepakat tidak akan menerima jawatan kabinet dan DUN jika kalah teruk dalam PRU13. Dan memang mereka kalah teruk pada PRU13. Orang cina 90% swing menyokong DAP. Orang cina juga 90% swing menyokong Pas dan PKR, bukan kerana selesa dengan Hadi Awang atau Anwar, tapi kerana mereka nampak itu saja jalan untuk menjatuhkan melayu (Umno).

Slogan " Ini Kali Lah " sangat menggerunkan kepada orang melayu yang celik dan sedar. Tapi bagi kebanyakkan melayu yang pro pembangkang khasnya Pas, mereka melihat slogan " Ini Kali Lah " bermaksud ini lah satu2nya peluang untuk menjatuhkan Umno demi untuk menaikkan Pas. Ia kah Pas yang naik ? PRU13, siapa yang naik sebenarnya ? Tak kan orang Pas nak mendakwa Pas yang naik kalau setakat dapat 21 kerusi parlimen sahaja, sedangkan DAP dapat 38 kerusi ?

Ya kita akui, kalau berdasarkan undi majoriti memang Pas menang mengalahkan PKR dan DAP. Dan sepatutnya Pas yang mengetuai Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Pulau Pinang. Bukan itu sahaja, malah sebagai Ketua Pembangkang juga Pas lebih layak daripada PKR dan DAP kerana Pas mendapat lebih banyak undi popular daripada 2 rakannya dalam Pakatan Rakyat.

Sepatutnya Pas menuntut perkara ini seperti mana Anwar menuntut dia mengetuai Kerajaan Malaysia atas alasan Pakatan lebih Popular daripada BN.

Saya tak fikir Hadi Awang, Nik Aziz dan Mustafa Ali begitu bodoh sekali. Saya ingin bertanya kepada 3 orang ini, jika anda bertiga tidak BODOH, jika anda bertiga MENYOKONG tuntutan Anwar, kenapa anda bertiga TIDAK MENUNTUT jawatan MB Selangor, jawatan KM Pulau Pinang dan jawatan Ketua Pembangkang ? Tuntut lah, nak tunggu apa lagi, sedangkan satu malaysia tahu, satu dunia iktiraf, Pas paling banyak (No 1) mendapat undi popular di kalangan rakan dalam Pakatan Rakyat.

Jika Pas ada telor untuk nak bertentang mata dengan DAP dan PKR .. TUNTUT Ini Kali Lah.

Hj Ariffin

zipo said...

kalau orang melayu memperjuangkan dan membela hak orang melayu,kita dianggap rasis..tetapi apabila bangsa lain memperkatakan tentang hak bangsa mereka, tidak pula dianggap sebagai rasis..pelik..
ada segelintir orang melayu yang bermati-matian menyokong usaha rasis bangsa lain..pelik..
ada segelintir orang melayu yang bermati-matian menghukum pembela bangsa melayu dan secara tenang melabel pembela bangsa melayu ni rasis..pelik..
mereka memperjuangkan hak sama rata antara semua bangsa di malaysia dengan alasan mereka juga adalah rakyat malaysia sama dengan bangsa melayu..tetapi adakah cukup malaysia mereka jika mereka tidak mahu mengiktiraf bahasa malaysia sebagai bahasa kebangsaan..adakah cukup malaysia mereka apabila mereka mencadangkan penukaran bendera malaysia..adakah cukup malaysia mereka apabila tidak menghormati perlembagaan persekutuan malaysia..adakah cukup malaysia mereka apabila mereka tidak menghormati institusi kesultanan kita..adakah cukup malaysia mereka apabila melakukan perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan dengan niat untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada serta mencetuskan huru-hara..
sedarlah orang melayu,kita adalah bersaudara tidak kira apa pun ideologi politik kita kerana kita tergolong dalam akidah yang sama..jika kita sebagai orang Islam tidak mahu mempertahankan hak orang Islam di Malaysia (majoritinya berbangsa Melayu),siapa lagi yang nak mempertahankan hak kita..janganlah kerana cita-cita ingin memerintah dan berkuasa,kita gadaikan maruah dan akidah kita..kuasa,pangkat,kesenangan,nama,harta,hanya bersifat duniawi..boleh jadi rahmat dan boleh juga jadi bala kepada kita..tidak salah kalau kita mempunyai sedikit sifat asabiyyah demi menjaga keharmonian agama Islam..tidak juga bermakna kita boleh menidakkan hak bangsa dan agama lain..kita contohilah cara Baginda Rasulullah sallallahu 'alaihi wassallam dalam pemerintahannya..Piagam Madinah yang dirangka pada tahun 622M merupakan salah satu contoh yang wajib kita fahami dan dalami..Madinah merupakan sebuah negara majmuk seperti negara kita Malaysia dimana Madinah bukan sahaja dihuni oleh bangsa Arab Islam,tetapi turut dihuni oleh bangsa Yahudi dan Nasrani serta kaum Arab yang lain..tetapi sejarah menunjukkan Madinah menyinar sebagai sebuah negara Islam pertama serta menjadi pusat perkembangan Islam..

Anonymous said...

Dr Riduan ... Penyokong Kuat BN/UMNO..

semua penulisan anda menyokong UMNO sahaja..anda bukan di pihak yang neutral...

semua yang dilakukan oleh Ultra Kiasu xde yang Baik ke.. semunya buruk ke....

SU Ultra Kiasu Mebela Melayu bebrpa tahun lepas Dr ada bt kajian....hahahha.. nk cari keburukan dan kelemahan mmg senang

lebih lebih lagi anda mmg membenci mereka...

Anonymous said...

Assalamualaikum dr...maaf cakap...bila nanti deme bertaubat deme akan masuk pas n tuduh umno/bn
tidak islamik...tu yg dok ader la ni dlm pas....pd deme pas dah macam uwais al qarni yg setiap doanyer dimakbulkan Allah sertamerta(maaf klo salah sila betulkan saya..)dizaman ini saya percaya dosa yg saya lakukan saya mesti bertaubat beramal bersungguh2 n tawakal kpd Allah...bukan berserah kpd parti/tok guru/yg didakwa alim ulama....choc-mint

Anonymous said...

Salam. Dr nak pengundi cina undi MCA. Itu saja. Sah2 Dr ni macai BN

Pemikir said...

Panjang akal, jangan asal sahaja ada kritikan terus kita lontar dengan gelaran macai itu dan ini.

Sekiranya itu sahaja modal untuk mematahkan hujjah tanpa ada nilaian fakta. Itu hanya menunjukkan kelemahan cara berfikir dan bertindak.