(Sinar Harian 24 Jun 2013)
Tidak ramai yang
tahu, sekarang ini berlaku perebutan tanah seluas 0.13 hektar, di Jalan Pasar,
Kuala Lumpur antara SJKC Chin Woo dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
(KPK). Tanah tersebut adalah milik KPK bagi membina Kampung Budaya, projek Kota
Warisan yang sedang rancak berjalan.
Malangnya, tanah
tersebut telah digunakan oleh SJKC Chin Woo. Atas alasan mereka telah mendapat ‘kelulusan’
daripada penjajah British sejak tahun 1938 untuk menggunakan dan membangunkan
tanah tersebut. KPK tidak ada hak ke atas tanah tersebut menurut Lembaga
Pentadbir SJKC Chin Woo.
KPK sebaliknya
berkata, tanah itu adalah miliknya berasaskan geran yang ada. KPK tidak
teragak-agak membawa perkara ini ke muka pengadilan sebagai jalan penyelesaian.
Peliknya, bagaimana SJKC
Chin Woo boleh menggunakan tanah tersebut tanpa kelulusan DBKL? Apakah mungkin mereka
menggunakan tanah tersebut sesuka hati? Atau apakah mungkin DBKL memberikan
kelulusan? Jika tidak, kenapa SJKC Chin Woo begitu berani?
Kes yang hampir sama
berlaku di Kuantan. Pada akhir tahun lalu, Gereja Katolik
mencabar percubaan Kementerian Pelajaran dan kerajaan negeri Pahang untuk
mengambil alih tanah di mana gereja St Thomas berada. Isu tanah ini timbul,
apabila kerajaan mahu mengambil alih tanah milik gereja Katolik, yang telah
dibina sekolah St Thomas di situ.
Pihak gereja
mengatakan mereka telah mendapat kelulusan sejak zaman British 1905. Kes ini mungkin sedikit berlainan, geran
tanah tersebut gereja yang empunya. Pihak gereja bermatian-matian
mempertahankan tanah tersebut dan membawa perkara ini ke muka pengadilan.
Walaupun pada saya,
sepatutnya pihak gereja menyerahkan tanah tersebut untuk pembangunan sekolah,
kerana sudah banyak gereja di sekitar Kuantan berskala besar, sedangkan tidak
ramai penganut Kristian di sana. Janganlah ultra kiasu. Saya difahamkan
kerajaan negeri mengalah kerana tanah tersebut bukan miliknya, walaupun
kerajaan negeri adalah hak jika mahukan tanah tersebut bagi tujuan pembangunan
sekolah. Lagi pula, gereja dan sekolah
St Thomas adalah dari kumpulan yang sama. Kenapa gereja tidak mahu mengalah?
Sama juga isu tanah
di Jalan Pasar, SJKC. Pihak KPK tidak seharusnya mengalah seperti tindakan
gereja tersebut. Kenapa SJKC begitu berani menceroboh tanah yang bukan
miliknya? Mereka tahu kerajaan akan mengalah. Saya tidak akan membantah jika
SJKC Chin Woo mahukan tanah tersebut jika mereka mengikut agenda kebangsaan.
Tetapi melihat
kepada nama sekolah yang tertera di bangunan SJKC ini sudah memualkan. Di bangunan
sekolah ini tertera nama besar dalam bahasa Cina dan nama bahasa Inggeris Chin Woo School. Persoalan saya, di
manakah bangunan ini berada di Malaysia atau negara China? Kenapa tidak ditulis
SJKC Chin Woo dalam bahasa Melayu. Di mana langit dijunjung?
Kadangkala saya
terfikir, kerajaan sudah membantu SJK dalam segala segi. Peruntukan yang
diberikan sama seperti aliran sekolah yang lain, kenapa agenda negara tidak
disambut? Paling kurang, daulatkan bahasa Melayu walaupun bahasa Cina digunakan
di dalam sekolah tersebut. Kenapa perlu mencinakan semua sekali sekolah seperti
ini.
Mungkin para pembaca
nampak isu ini kecil, tetapi impaknya besar. Pelajar-pelajar ini tidak berasa
mereka berada di Malaysia, sebuah negara yang berasaskan sistem kenegaraan
Melayu dan menjunjung BM sebagai bahasa kebangsaan.
Cina bentuk
bagaimana yang ingin kita lahirkan? Cina yang lebih Cina daripada Cina di
China? Sedangkan bahasa dialek Cina yang lain sudah kuasai seperti Kantonis dan
Hokkien. Adakah wajar sehingga mereka langsung tidak boleh berbahasa Melayu
hanya kerana mahukan mereka menguasai semua bahasa Cina. Cuba tanya Cina di
Thailand dan Indonesia? Apakah kita akan terus melahirkan generasi yang
menterbalikkan jalur gemilang
Di Singapura, bukan
hendak memuji, negara ini diperintah oleh Cina. Kenapa mereka sekolah mereka
tidak menjadi secina-cinanya? Kenapa di Malaysia kita mahu menjadi sedemikian
cinanya. Kenapa Cina di Singapura boleh menerima Inggeris sebagai bahasa utama?
Kenapa BM sukar diterima di sini?
Jawapannya, BM tidak
ada nilai komersial. Mereka memandangkan rendah pada BM. Menguasai BM tidak ke
mana-mana. Tidak ada nilai tambah. Hanya akan menjadi Melayu. Lebih
membimbangkan jika jadi Cina seperti saya, dituduh lebih Melayu dari Melayu.
Saya lebih rela menjadi lebih Melayu dari Melayu daripada menjadi
secina-cinanya dalam sistem kenegaraan Melayu.
Walaupun saya tidaklah sedemikian Melayunya.
Buktinya, jangan
harap Cina sama Cina bertemu mereka berbual dalam BM. Jika ada, petanda kiamat.
Kecuali orang seperti kami. Itupun sudah kekok berbahasa Melayu jika bertemu
Cina, kerana sosialisasi perkauman, kecuali bertemu Teo Kok Seong atau Khoo Kay
Kim.
Bahasa adalah alat
penyatuan. Tanpa satu bahasa sebagai bahasa negara, agak sukar untuk menyatukan
rakyat berbilang bangsa. Jika alasan ekonomi China semakin menguasai dunia,
kenapa Singapura sendiri tidak menjadi secina-cinanya, tetapi negara kecil ini
tetap maju? Mana lebih penting, bahasa atau sikap. Pandai berbagai bahasa
sekalipun, tidak ada gunanya, jika sikap tidak berubah.
Justeru, sudah
sampai masanya Akta Derhaka diwujudkan. Bukan sahaja derhaka kepada raja,
tetapi derhaka kepada agenda negara yang termaktub dalam perlembagaan.
Berbalik kepada
tanah yang digunakan SJKC China Woo, siapakah yang akan mengalah? Saya fikir
para pembaca sudah dapat meneka dalam kesamaran…
37 comments:
Kalau di Pulau Pinang, kerajaan negeri tetap akan mengambil tanah tersebut.. Dari Mac 2008 hinggalah sekarang, berapa banyak kampung Melayu telah diambil tanahnya atas nama 'pembangunan'..
Isu ini telah banyak kali telah diutarakan oleh Prof, Awang Selamat dan ramai blogger lain.. Tetapi tidak ke mana pun.. Kenapa?.. Kerana ramai anak Melayu kita sendiri pun 2x8 juga..
Pernah Prof melihat di TV, Gabenor Bank Negara bercakap dalam Bahasa Melayu walau sekali?.. Bekas Pengarah Proton Dato' Sri Syed Zainal jarang sekali berbahasa Melayu jika melancarkan apa-apa keluaran Proton..
Pak Menteri.. Korporat-korporat Melayu yang dah berjaya 'kununnya'.. Tak campur lagi dengan yang 'perasan bijak' apabila bercakap dalam Bahasa Inggeris campur Melayu seketul-dua..
Inilah masalahnya.. Selagi orang Melayu tidak hormat dan berbangga dengan bahasanya, selagi itulah bangsa Pendatang tidak akan menghormati Bahasa Melayu - Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Penyatuan..
Jadi?..
Sebenarnya dalam soal ini pemerintahlah yang bertanggung jawab. Sepatutnya jika timbul perkara-perkara yang melibatkan KEPENTINGAN NASIONAL dalam menentukan keharmonian rakyat pelbagai bangsa dan etnik ini pihak berkuasa mesti tegas hatta perlu melupakan kepentingan politik mereka kerana jika terlalu sangat berpolitik dalam perkara-perkara yang melibatkan dasar tersebut ianya pasti akan memberikan kesan buruk kepada perpaduan penduduk generasi akan datang.
Aku percaya bahawa kerajaan memang tahu dan faham situasi ini tetapi seolah-olah teragak-agak untuk bertindak jika mendapat tekanan yang kuat dan sering membuat keputusan berdasarkan atas kepentingan sendiri bukan atas kepentingan negara.
Dari satu segi aku setuju dengan cara dan tindakan pemerintah Singapura bertindak jika ianya melibatkan survival dan masadepan negara mereka. Aku kira mereka berjaya melakukannya kerana apakah mereka lebih telus dan 'bersih' tanpa ada kepentingan yang mana akan mempengaruhi setiap keputusan yang akan dibuat.
Aku yakin berasaskan kepada perlembagaan dan undang-undang negara masakini terutamanya yang melibatkan usaha dalam membentuk sebuah negara bangsa yang berjaya yang mana jika pemerintah menjalankan tanggungjawabnya dalam ertikata yang sebenarnya, pasti senario haru biru terutama dalam soal perpaduan negara tidak akan menjadi seburuk ini.
Bertegas dan bertindaklah dengan sewajarnya dan jangan sesekali berkompromi jika ianya melibatkan kepentingan negara kerana ketika ini jika soal perpaduan bangsa dalam konteks pendidikan kebangsaan dan bahasa melayu sebagai contoh, ianya kini seolah-olah seperti nasi hampir menjadi bubur.
Mereka mengaku Britisah yang beri. Kalau macam tu, mereka patut mengaku yang mereka takkan maju dan jadi kaya-raya hidup mewah di Malaysia jika tidak diberi tongkat oleh British! Sehinggakan sampai lepas merdeka samapi kini tetap dan masih perlukan tongkat.
Diawal penjajahan British, apabila British merampas lombong-lombong bijih timah dan tanah, serta kekayaan pembesar Melayu yang menentang British, mereka juga yang dapat.
Selepas tamat perang Larut, mereka juga yang untung. British juga rampas Tanah Melayu dan beri kepada Cina.
Semasa zaman darurat, daripada tidak bertanah, diberi tanah dan segala macam kemudahan dalam kambung baru.
Janganlah hipokrit tak mengaku.
Sekarang, pemimpin Melayu yang diharapkan menjadi lebih teruk daripada British!
DBKL = salah satu pusat pungutan rasuah Negara. Banyak benda pelik yang kita tak tahu.
Sekali sekala kena keluar kata kata yang kasar bagi mengetok kepala mereka yang tak masuk ajar.
Kalau KPK sudah ada geran bagi tanah itu, kepala hotak mereka nak kata gomen Bretes dah beri kebenaran.
Itu semua penganut DAP yang diam berdekatan dengan pejabat DAp di situ.
Nyahkan mereka. Gunakan kekerasan jika perlu. Jangan beri seinci pun, jika tidak mereka ambil beratus kaki. Jenis ultra kiasu jangan di beri muka. Ajar mereka supaya ikut undang undang, terutama nya Perlembagaan negara - undang undang yang tertinggi sekali di mana mana negara demokratik. Semua sekolah perlu gunakann BM sebagai bahasa pengantar dan sekolah Cina perlu di serapkan ke dalam sistem Sekolah Kebangsaan.
Depa bising tak hormatkan Perlembagaan negara ini, halau depa. Dah beberapa orang kenamaan kata begitu. Berhijrah lah. Berambus lah.
Najib yang benarkan keadaan begitu berleluasa pun semangkin ramai sedang minta Perhimpunan Agong UMNO di bulan November ini nyahkan dia. Umpamanya, di blog http://bigdogdotcom.wordpress.com/
Setahu saya, pelajar-pelajar di Singapura perlu mengambil subjek 'Mother Tongue' di mana bangsa Cina diwajibkan mempelajari Mandarin, bangsa Melayu belajar Bahasa Melayu manakala bangsa India belajar Bahasa Tamil. Saya juga difahamkan oleh seorang warganegara Singapura bahawa mereka yang berbangsa Cina juga menghadapi masalah untuk menguasai Mandarin, terutamanya golongan Cina yang lebih fasih berbahasa Inggeris. Sebahagian warganegara Singapura juga mendapati bahawa subjek 'Mother Tongue' ini perlu dimansuhkan kerana ia merupakan salah satu halangan integrasi sesama kaum di Singapura. Kenapa begitu? Sebabnya ialah Bahasa Mandarin menjadi salah satu pra-syarat untuk mendapat pekerjaan dalam beberapa sektor di Singapura. Jadi bagaimana dengan mereka (golongan bukan Cina) yang tidak dibenarkan mengambil subjek Bahasa Mandarin yang dikhususkan untuk bangsa Cina di sana?
Saya rasa telah tiba masanya untuk Kerajaan memansuhkan semua Sekolah Jenis Kebangsaan dan mewujudkan sistem satu aliran. Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dan dijadikan sebagai bahasa utama (primary language). Bahasa Inggeris dijadikan sebagai bahasa kedua kerana ia adalah bahasa antarabangsa yang akan memudahkan komunikasi dengan negara luar. Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil dan Bahasa Arab boleh diadakan sebagai bahasa ketiga pilihan (option), di mana para pelajar boleh memilih bahasa ketiga yang mereka suka tanpa mengira kaum dan agama. Piawaian yang digunakan untuk bahasa ketiga tersebut mestilah setaraf dengan piawaian Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Sememangnya pendidikan sebegini agak membebankan, tetapi bayangkan hasil graduan yang bakal diperolehi: graduan multi-lingual. Bagi umat Islam, subjek Bahasa Arab adalah satu alternatif yang baik kerana ia akan membantu kita untuk memahami Al-Quran.
Yang menyedihkan, kawan-kawan Cina saya yang merupakan graduan dari SJKC mengaku bahawa mereka tidak menguasai mana-mana bahasa pun: Bahasa Melayu sangat teruk, Bahasa Inggeris pun teruk dan Bahasa Cina ala kadar saja (lebih kepada kelancaran pertuturan saja dan tidak merangkumi pertuturan dan penulisan). Salah seorang kawan Cina saya mengadu bahawa dia tidak menguasai mana-mana bahasa termasuklah Mandarin. Dia mendapat 'D' untuk Bahasa Mandarin kerana penulisan Mandarinnya teruk. Yang lebih kelakarnya, kawan Cina saya mengaku bahawa orang Cina China pun tidak memahami bahasa Mandarin Cina Malaysia disebabkan sebutan yang tidak tepat. Dia sendiri cakap "Mandarin Malaysia tidak tulen". Sebagai contoh, perkataan "shi" (ya) berbunyi seperti "si" (empat). Jadi, saya naik letih dengan sikap golongan ultra-kiasu yang sibuk mengagungkan agenda bangsa, sedangkan golongan mereka sendiri juga rugi dari segi penguasaan bahasa. Malahan, tidak mahu berintegrasi. Seelok-eloknya, biarlah generasi-generasi yang akan datang berintegrasi dengan satu sama lain supaya mereka akan lebih memahami budaya, agama dan kepercayaan masyarakat berbilang bangsa. Dengan itu, mereka akan lebih bertolak ansur dan saling hormat-menghormati satu sama lain. Ini sajalah pendapat saya, seorang hamba Allah yang hina.
Berbalik kepada tanah yang digunakan SJKC China Woo, siapakah yang akan mengalah? Saya fikir para pembaca sudah dapat meneka dalam kesamaran… (Ridhuan Tee)
Soalan mudah jawab. Budah Tadika pun tahu jawapannya.
Saya nak cuba menjawab. Jawapan saya adalahhhhh KPK. Ahaaaa, siapa menteri KPK sekarang ya ? Saya sungguh2 tak tahu lah.
Tapi kalau Najib adalah PM yang ada maruah, ada keberanian, ada ketegasan pasti tanah itu akan dapat kembali kepada kerajaan (KPK). Tapi Najib ini seperti yang kita tahu, dia takut dengan cina, takut cina tak undi dia. Senang2 awak join DAP dan jadi Pengerusi DAP saja lah, biar Muhyidin sorang2 menerajui Umno.
Hj Ariffin.
Sudah menjadi adat bahawa kerajaan akan bertegas kepada Melayu tetapi tidak kepada bukan melayu. sebab itu mulai sekarang kita simpan bukti kerajaan hanya bertegas kepada Melayu, jika kita dihadapkan masalah yg sama sebut saja 'kerajaan hanya berani sebab saya Melayu.... kalau yg lain semua tolak ansur!'
Setuju angat supaya Kerajaan mewujudkan sistem Sekolah Satu Aliran. Tapi perkataan yang paling sesuai di gunakan ia lah sekolah jenis kebangsaan itu "di serapkan" atau "absorbed" ke dalam sistem Sekolah Kebangsaan.
Tak payah tutup pun SJK itu hanya aturkan supaya menggunakan BM sebagai bahasa pengantar dan silabus yang sama dengan SK. So'al harta pesaka kepunyaan mereka yang berkenaan boleh di runding dengan Kerajaan - di ganti rugi, di beli atau sebagainya.
Najib dah kata di blog 1Malaysia nya dulu "Sistem Sekolah Satu Aliran akan di laksanakan bila rakyat mahukan nya". Telah di cadang supaya di adakan pungutan suara atau "referendum" bagi menentukan sama ada rakyat nahukan nya sekarang atau tidak.
Sekarang selepas tsunami Cina pun, nampaknya Najib tidak pedulikan perkara itu seperti bermacam lain hal tak di pedulikan nya), jadi, dia perlu di nyahkan dari jawatan Presiden UMNO. Yang baik sekali - di masa Perhimpunan Agong UMNO di bulan November.
Isu sekolah valnukular (SJKC & SJKT) ini sepatutnya Muhyidin selaku Menteri Pendidikan bawa usul dalam parlimen supaya di kaji semula keujudannya. Tak usah lah nak harapkan Najib, dia takut dengan cina, pada hal melayu dan bumiputra yang bagi sokongan padu kepada dia dan parti Umno sehingga dia berjaya membentuk kerajaan dan dapat jadi PM.
Kita minta Muhyidin jangan mengeciwakan orang melayu dan bumiputra yang telah memenangkan Umno pada PRU13. INGAT !!! PRU14 PASTIKAN MELAYU DAN BUMIPUTRA TIDAK LARI DARIPADA UMNO.
Hj Ariffin
Hj Ariffin kata, "Tapi Najib ini seperti yang kita tahu, dia takut dengan cina, takut cina tak undi dia."
Mana dia takut dengan Cina. Dia sayangkan Cina. Melampau sangat. Sampai terbailk kiblat dia. Patut dia Presiden UMNO, lebihkan kapada UMNO dan Melayu. Pada hal diaorang dah ludahkan muka dia, kasi dia tsunami Cina.
Sekolah Cina di galakkannya. Mana tak dia galakkan - dia beri duit, beri pengakuan kpd kelulusan sekolah Cina UEC, DEB dia senyapkan, adik dia Nazir CIMB ketawakan DEB dia biarkan.
Dah tsunami Cina pun dia beri RM39 juta untuk baikki sekolah Cina di Budget 2014. Bukan kah sekolah Cina sekolah persendirian. Tak gunakan BM sebagai bahasa pengantar, tak hormatkan Bahasa Kebangsaan di Perkara 152 Perlembagaan. Pastu, macam macam lagi tindakan dia yang menafa'atkan kepentingan Cina. Bukan menjaga dan memajukan kepentingan Melayu.
Setuju, gantikan dia dengan yang mahu jaga dan majukan kepentingan UMNO dan Melayu. Buatkan begitu di PAU bulan November.
Ahli ahli Perwakilan UMNO ke PAU, tolong lah. Untuk masa depan UMNO dan Melayu. Bukan kah tujuan UMNO untuk menjaga dan memajukan kepentingan Melayu. Merana kita kalau Najib tak di gantikan.
Anon 8:21 AM, June 25, 2013
Awak minta perwakilan PAU tukar ganti Presiden Umno. Saya dengan hati yang berat TERPAKSA BERSETUJU setakat hari ini lah. Tapi kalau Najib selepas ini berubah ikut yang melayu dan bumiputra mahu, kita kata TAK PAYAH TUKAR LAH.
Ni dengar kata Najib nak buat workshop yang menjurus kepada pembentukan PARTI TUNGGAL seperti yang dicadangkan oleh Parti Gerakan. Senang cakap macam ni lah, buat lah Parti Tunggal kah atau Parti Munggal kah untuk gantikan BN, kalau ianya tak menjejaskan kepentingan Melayu, Islam dan Raja Melayu, PRU14 nanti kami tetap bersama Umno.
TEEEEEEETAPI kalau pembentukan Parti Tunggal tu nampak nak membelakangkan Melayu, Islam dan Raja Melayu .. bye bye Umno dan bye bye Najib. DAAAAAANNN kita minta sangat2 Pas bercerai lah talak 3 dengan DAP, kita gerenti tak cukup bilik dalam rumah Pas untuk menerima kedatangan tetamu baru. Siapa tetamu baru itu ? Kami2 yang selama ini duk puja2 Umno siang dan malam lah.
Kami tahu Pas tergedik2 nak bercerai dengan DAP, tapi demi untuk menjahanamkan kuasa politik bangsa melayu DAP sama sekali tidak akan melafazkan CERAI TALAK 3 kepada Pas. Kalau tak pecaya, Nik Aziz dan Hadi Awang boleh pergi " mengadap dan merafak sembah " 3 Maharaja DAP iaitu Karpal Singh, Lim Kit Siang dan Lim Guan En, tanya betul kah macam tu.
Bodoh sangat lah kalau DAP nak buang Pas daripada Pakatan Rakyat. Itu yang saya fikir kalau saya menjadi salah seorang daripada 3 Maharaja dalam DAP.
Ni kami nak ingat kan Najib, idea Parti Tunggal ni pun ada agenda tersembunyi yang bertujuan untuk mengurangkan bilangan pengundi Umno di kalangan orang melayu dan bumiputra. TERKILAT IKAN DI AIR, KAMI DAH TAHU JANTAN BETINA NYA. Minta Najib jangan nampak apa yang ada di depan tabir saja, cuba cari atau teka2 apa yang ada di belakang tabir sama. NAJIB, JANGAN MEREDHOKAN ANDA DITIPU UNTUK KALI YANG KEDUA.
Hj Ariffin
Ini namanya bukan lagi 'cacing naik ke mata'...
tetapi 'ba alif ba ya sudah naik ke kpala'..
Mau bagi muka lagi???
Ya! Kita bagi cukup-cukup lemak dulu..
Hehe..belum cukup lemak lagi nampaknya.
Sdr Hj Ariffin 12:34 PM,
Saya fikir tak mungkin Najib bertukar. Kena tukar dia apahal pun.
Sesiapa yang fikir dia akan bertukar, sila lah beri hujah. Terima kasih.
Kalau ditanya siapa akan mengalah tentang hal tanah KPK dgn SJKC Chin Woo ni rasanya kita dah boleh agak dah.......tapi apa pun kita tunggu dan lihat kesudahannya nanti. Ada juga kemungkinan ia akan DIDIAMKAN saja.......
Kenapa orang boleh pijak kepala kita? Sebab kita lembik dan PENAKUT. Mengapa orang boleh menang? Sebab kita selalu MENGALAH.
Apabila tiada KETEGASAN maka negara akan huru-hara. Apabila undang-undang tidak diTEGAKKAN mengikut SEPATUTnya maka negara boleh jadi macam negara KOBOI. Ikut mana dan je. Kalau dah undang-undang boleh diOLAH mengikut KEADAAN jadi perlu apa orang HORMAT kepada undang-undang?
Lagi satu saya juga rasa curiga dan setuju dgn Anon 11:51 AM, June 24, 2013......tapi kita tak mahu buat apa-apa spekulasi sebab masih dlm KESAMARAN......namun begitu, perkara ini perlulah diteliti dan disiasat. Ada kemungkinan WUJUD, ada kemungkinannya TIDAK.
Apa sekali pun tanah itu adalah HAK kepada yang BERHAK. Tepuk dada tanyalah selera.....
Kalau sudah "bertali boleh diheret, bertampuk boleh dijinjing".....mengapa pula dibiarkan "barang tergenggam jatuh terlepas?"
UMNO adalah hak rakyat bukan hak pemimpin UMNO. Jadi perlulah pemimpin UMNO ambil kira suara-suara rakyat.
Kalau tak ada sokongan rakyat manakan boleh UMNO tegak berdiri dengan sendiri. Yang menentukan kesinambungan UMNO pun rakyat dan yang menentukan kerajaan pun rakyat juga. Rakyatlah tulang belakangnya. Jadi tolonglah ambil perhatian kepada pendapat dan suara rakyat. Jangan sampai kertas undi PRU14 dijadikan platform untuk rakyat melepas perasaan tak puas hati dan marah macam yang jadi pada PRU 2008. Nilah yang kita tak nak tengok ni.
Apa Pendapat Anda ????
Adakah anda fikir DAP akan melepaskan Pas andai kata Pas ingin keluar daripada Pakatan Rakyat untuk berjuang sendirian.
Hj Ariffin
Apa Pendapat Anda ?
Najib nampaknya macam bersetuju untuk menggantikan Barisan Nasional dengan Parti Tunggal. Maknanya tidak ada lagi Umno, MCA, Gerakan, MIC, SUPP, PPP dan lain2nya. Adakah ini bermakna tidak ada lagi perjuangan politik berasaskan kaum dan agama .. semuanya sama rata ? Adakah ini bermakna Melayu dan Bumiputra bukan lagi menjadi kaum yang layak mendapat keistimewaan tertentu sebagai peribumi di negara ini ? Adakah ini bermakna agama islam bukan sebagai agama resmi negara lagi ? Adakah ini bermakna raja2 melayu akan hilang kedaulatannya secara perlahan2 ? Adakah ini bermakna satu usaha terancang dan terhormat untuk melenyapkan penguasaan politik kaum melayu di negara ini ?
Hj Ariffin
Siapa Betul - Syiah atau Sunni ?
Sejujurnya, saya sikit pun tak termakan dengan dakyah syiah-sunni. Kerana saya tak mahu hipokrit. Kita mengaku islam, kita jaja seantero dunia kepada penganut agama lain bahawa agama kita adalah agama perpaduan. Orang agama lain tak kata " Peeeraaahhhhhh " pun dah besar nikmatnya. Sebab mereka tahu siapa sebenarnya kita. Kalau kita tak ada rasa malu kepada penganut agama lain, kita ada rasa malu kat Allah pun dah cukup dah.
Syiah kah sunni kah. Pada saya sama saja. Pada saya dua2nya islam. Pada saya Allah adalah tuhan kedua2nya. So what is the problem ?
Kalau duk cerita syiah sunni tak habis2, saya yakin sampai kiamat umat islam tidak akan bersatu, sampai kiamat umat islam tidak akan maju, sampai kiamat umat islam akan dibuli oleh kuasa2 besar dunia yang dimonopili oleh orang yahudi dan nasrani dan hatta sampai sepuluh kali kiamat pun islam tidak akan menjadi kuasa besar dunia yang digeruni sebagai mana kita orang islam gerun kepada Amerika (negara yahudi dan nasrani)
Cerita pasal melayu. Melayu pecah kerana adanya Umno dan adanya Pas. Kalau tak ada Umno dan Pas pun saya yakin melayu tetap akan berpecah. Kalau dah tak ada apa2 modal untuk membolehkan melayu berpecah, melayu akan menggunakan isu perbezaan Syiah Sunni untuk menghalalkan mereka berpecah. Dan saya teramat dan tersangat yakin MELAYU PAYAH NAK BERSATU kerana ALLAH MEMANG JADIKAN MEREKA UNTUK TIDAK BERSATU. Adakah anda bersetuju dengan saya ? Hanya Allah saja yang tahu apa hikmahnya disebalik perpecahan bangsa melayu dan perpecahan umat islam kepada Syiah Sunni.
Tapi pada saya yang jahil islam ini, setakat hari ini HIKMAH BESAR dari Allah yang kita boleh nampak dan boleh dibanggai adalah BUKAN ISLAM MENGUASAI UMAT ISLAM, MEREKA IMAM KITA MAKMUM.
Maka untuk tujuan itu TERUS LAH BERSYIAH DAN BERSUNNI DENGAN LEBIH AGRESIF LAGI.
Hj Ariffin
Kalau ditanya apakah DAP akan melepaskan PAS....jawapnya TIDAK. Sebabnya kita sendiri dah memang maklum.
Namun begitu PAS perlu sedar dan kembali ke perjuagan ASAL yang TULEN, memeperjuangkan ISLAM dan BANGSA. PAS memang boleh berdiri atas kaki sendiri. Jika PAS kembali kepada Islam, dgn nawaitu ikhlas demi Islam dan bangsa, Allah akan memandu PAS ke arah kejayaan. Apalagi kalau PAS BERSATU dgn UMNO atas kerana ALLAH demi MENYELAMATKAN UMMAH.
Yang saya nampak PAS bukanlah dapat undi cina yang ikhlas. Jika di kawasan bertanding tu ada DAP, PAS dan BN, orang cina dgn senang hati akan pangkah DAP. Begitu juga kalau di kawasan yang bertanding tu ialah antara PAS, PKR dan BN, orang cina akan pangkah PKR. Jadi kebanyakan undi adalah kerana tidak mahu BN menang tapi bukan kerana orang cina setia kpd PAS. Realitinya rata-rata pengundi SETIA PAS ialah orang MELAYU dan Islam sendiri. Orang Melayu memang sudah maklum tentang perkara ini. Banyak analisis yang dibuat mengatakan begitu.
Dalam politik memang ada berbagai pendapat, ideologi dan bermacam-macam. Sedangkan dalam satu keluarga pun berbagai ragam yang ada. Tiada gunanya kita tak habis-habis bercakaran antara satu sama lain, sedangkan kita boleh BERSATU ATAS NAMA ALLAH swt.....Tuhan PAS dan Tuhan UMNO.
Dengan demikian, eloklah kita ambil pendekatan, muhasabah diri, renungkan firman Allah, kaji semula hadis Rasulullah saw dan BERHENTILAH BERMUSUH SESAMA ISLAM. Bukan saja Allah swt akan REDHA ke atas kita, tapi Rasulullah juga akan BERBANGGA dengan PENYATUAN UMAT baginda.
Kenapa Islam suruh ummahnya BERSATU?? HIKMAHnya akan Allah buktikan kemudian sebagai satu TANDA kebesaranNya. Tentu sekali Allah akan datangkan berbagai nikmat dan rahmat kepada kita sekalian muslim apabila kita BERSATU dibawah panji-panji Islam.
Tapi seperti hadis-hadis Rasulullah saw berkenaan dengan Muslim akhir zaman, rasanya pada hari ini Muslim yang tulen yang nawaitunya sentiasa kerana Allah boleh dikira dengan jari. Kita ni belum tentu atau tak mungkin boleh dikategorikan dalam taraf sedemikian. Wallahualam, Allah dan RasulNya saja yang tahu. Yang baik tentu dari Allah swt dan yang khilaf tentunya dari saya, MAAF dari saya. Semoga Allah menyelamatkan kita bersama, amin.
korang rasa d s najib nak layan ke suara-suara bloger2 yg tak puas hati cara pemimpinannya atau pengkritik2 mcm kita ni tak ubah mcm air di daun keladi,langsung tak berbekas dan tak di layannya.....apakah yg patut kita buat skrg?????yg terkini nampaknya d s najib mcm setuju je di wujudkan sistem 1 parti...heii najib2 dah kena nasi kangkang cina ke?
Hj Ariffin 6:00 PM,
Bukan so'al Siapa Betul antara Syiah atau Sunni. So'al undang undang Malaysia tidak membenarkan Syi'ah. Mesti patuhi undang undang itu. Siapa yang tak suka, boleh berhijrah ke Iran. Atau Iraq. Atau Pakistan di mana ada ramai puak Syi'ah, walau pun hanya lk 15% sahaja Syi'ah di dunia ini di banding dengan puak Sunni.
Tidak boleh kata Syi'ah dan Sunni sama saja. Syi'ah kurang percaya Hadith. Mereka percaya ha nya Hadith yang di akui setakat Imam mereka yang ke 12. Banyak Hadith lain (saya fikir ada lk 1 juta Hadith - Bukhari sahaja mengumpul lk 600,000 Hadith). Di Malaysia, ajaran nya: Islam itu ia lah Hadith juga. Jadi, jika Syi'ah percaya hanya sebahagan Hadith sahaja, tak betul.
Tak perlu kita berpanjang lebar fasal perbezaan Sunni dan Hadith. Perlu kita hormatkan undang undang negara ini bahawa Islam yang di benarkan di negara ini ada lah Sunni. So what is the problem ? Itu problem nya - undang undang negara, yang mesti di hormati.
So'al bersatu di antara ummat Islam di Malaysia ini bukan so'al Syi'ah - Sunni. Tapi so'al UMNO - PAS. Nak bersatu, kita kena cakap fasal itu, bukan fasal Syi'ah - Sunni.
Kalau di negara ini pun kita nak cakap dan bertelagah fasal Syi'ah-Sunni, mana tak kita "akan dibuli" oleh bukan Islam di sini. Kristian, terutamanya Evangelista DAP, pun melanda landa, hendak gunakan kalimah Allah dsbnya.
Melayu tidak boleh "menggunakan isu perbezaan Syiah-Sunni untuk menghalalkan mereka berpecah." Sebenarnya tak ada isu ini pun. Sebab yang mengaku Syi'ah - secara haram - pun hanya tak beberapa kerat Melayu. Jadi, jangan kita kemukakan so'al Syi'ah-Sunni lagi. Kita diamkan saja, biar pihak berkuasa ambil tindakan pada masa masa nya, seperti ada tangkapan yang di buat di masa lalu.
Setuju denagn kata anda, "BUKAN ISLAM MENGUASAI UMAT ISLAM". Jadi, kita laungkan supaya ummat Islam di negara ini bersatu, khasnya UMNO dan PAS.
Tidak boleh kata "TERUS LAH BERSYIAH DAN BERSUNNI DENGAN LEBIH AGRESIF LAGI." Sebab Syi'ah itu tidak di benarkan oleh undang undang negara ini.
Boleh, dan perlu kata, "WAHAI UMMAT ISLAM PAS DAN UMNO, BERSATU LAH KAMU".
Wassalamu'alaikum wbkt.
11:26 PM,
Aku rasa Najib ada baca blog blog pilihan (selected blogs) bila masa mengizinkannya.
Rencana rencana RT keluar di Utusan dan Sinar Harian di mana tak ada komen rakyat. Sekali sekala mesti dia nak tahu reaksi rakyat di blog. Dia pun sedar mustahaknya media sosial. Dia kan Ah Jib Gor di FB.
"apakah yg patut kita buat skrg?" Kita teruskan bidas dia di blog kegemaran ramai seperti ini. Kita laungkan kpd Perhmpunan Agong UMNO di bulan November supaya gantikan dia. Kau pun kata dia "dah kena nasi kangkang cina". Cina tsunami pulak tu.
Aku rasa dia tak akan bertukar. PAU perlu tukarkan dia.
UMNO di tubuhkan untuk mempertahankan dan memajukan hak dan kepentingan Melayu. Kalau dia buat untuk kaum lain - yang kecingkan dia dengan tsunami - mesti gantikan dia.
korang rasa d s najib nak layan ke suara-suara bloger2 (Anon 11:26 PM, June 25, 2013)
Tak ada masalah. Layan tak layan kita tak rugi apa2. Kita pelanggan dan mereka pekedai. Kedai yang menjual barang yang kita mahu ada banyak. Kedai Najib tak boleh bagi harga yang kita minta, kita masuk ke kedai yang sanggup jual pada harga yang kita mahu. Nothing problem lah Bro.
Hj Ariffin
Isu Syiah Sunni
Apa untungnya kepada agama islam. Siapa sebenarnya yang betul2 islam ? Siapa sebenarnya yang diterima oleh Allah ?
Di Syria umat islam berbunuhan sama sendiri kerana Syiah Sunni. Diantara mereka siapa yang mati syahid agaknya .. adakah pengikut Syiah ? adakah pengikut Sunni ?
Pada saya kedua2nya KARUT lagi MENGARUT. Kedua2nya tidak mengikut ajaran islam yang sebenar. Kedua2nya BODOH lagi DIPERBODOHKAN.
Adakah Ulamak dalam Umno dan Ulamak dalam Pas mahu kita orang melayu jadi bodoh sebodoh umat islam di Syria. Kalau di Syria mereka bunuh sama sendiri kerana Syiah Sunni, di Malaysia adakah kita akan bunuh sama sendiri kerana CUKUP ISLAM dan KURANG ISLAM. Kononnya Pas itu CUKUP ISLAM manakala UMNO itu KURANG ISLAM.
Pada saya kedua2nya SAMA KARUT lagi MENGARUT. Yang sebenarnya Ulamak daripada kedua2 pihak UMNO dan Pas cuma nak JAGA PERUT DAN PENGIKUT. Kenapa kita orang melayu MESTI TERIKUT2 ?????? Orang melayu kena buka minda, PAKAI ULAMAK HANYA PADA PERKARA HUKUM HAKAM ISLAM, TAPI BUKAN PADA PERKARA BERSANGKUT POLITIK.
Kita Melayu terus berpecah kerana ada diantara kita yang menerima nasihat Ulamak atas perkara politik, lebih dahsyat lagi ada Ulamak mentafsir hukum ikut politik parti masing2.
Hj Ariffin
8:04 PM,
So'al nya bukan "apakah DAP akan melepaskan PAS".
So'al nya ia lah "apakah PAS akan melepaskan diri dari DAP".
Dan sama ada PAS mahu berkerja sama dengan UMNO.
Nik Aziz kata tidak akan bersatu dengan UMNO selagi dia hidup. Saya fikir dah ramai yang mendo'akan dia .... tak payah sebut apa yang di do'akan lah .. tak sedap dengor.
Sekarang Nik Aziz dah tak ada kuasa lagi. Tak boleh nak beri 1 inci tanah kpd DAP Nga Ngeh ke, Kit Siang Malam ke. Tak macam dulu dia beri 10,000 ekar tanah Kelantan untuk DAP setujukan PAS Nizar jadi MB Perak Sekejap di tahun 2008.
Jadi sekarang, takda siapa hiraukan dia sangat. Di Hitam505 di Padang Merbok pun dia tak ada hantar orang Kelantan, tak macam dulu di Bersih 2.0, lepas satu bas satu bas dia hantar, tambang free, makan free, tidur hotel free, dia kasi duit kocek untuk jalan jalan di KL pulak lagi. Sebab itu hanya 9,000 orang datang ke Padang Merbok.
Husam Musa, bekas Timbalan MB di masa Nik Aziz MB, yang menghasut orang pergi ke Hitam505 itu pun kena tangkap. Dewan Ulama PAS pun tak ada galakkan orang PAS hadzir. Yang hadzir ha nya atas usaha sendiri.
Jadi, bukan sahaja melepaskan diri dari DAP, PAS juga boleh melepaskan diri mereka dari PKR. Pahal pun, mereka tak mahu Anwar jadi calon PM.
.PM DS Najib dalam mood gembira kerana BN baru memenangi PRU 13 jadi rasanya beliau belum nak layan suara bloger,Keutamaan sekarang adalah makmal parti tunggal.
Rasanya sistem SATU PARTI ni hanya akan memberi KELEBIHAN kepada bangsa lain saja tapi TIDAK kepada Melayu. Sikap terlampau LIBERAL akan MERUGIKAN kita sebabnya bangsa kita masih KETINGGALAN dan belum lagi bersaing pada tahap 'PAR' yang SAMA seperti bangsa lain terutama bangsa cina. Sekurang-kurangnya kita dapat menguasai setengah ekonomi negara, tapi hakikatnya kita masih di tahap bawah garisan "SETENGAH" (BELOW PAR) kalau dibanding dengan yang lain.
Seperkara lagi sikap TERLALU LIBERAL pun TIDAK MENJANJIKAN dan TIDAK MENJAMIN undi cina. Maksudnya, belum tentu sistem SATU PARTI akan dapat MENARIK undi cina. Orang cina TENTU akan HADIR ke majlis-majlis yang dianjurkan tapi BELUM TENTU lagi mereka akan memberi UNDI. Ini telah TERBUKTI dlm PRU13. "So, WHAT YOU SEE IS NOT WHAT YOU GET." "Walaupun ada umpan, belum tentu ada ikannya." Tapi biasalah Melayu MUDAH LUPA.
Janganlah kita ingat dgn bersikap TERLALU LIBERAL kita harap orang akan suka menerima kita dan menghargai kita. Di zaman sekarang ni sikap menghargai, berterima kasih, mengenang budi dan membalas jasa sudah hampir PUPUS sangat-sangat. Pada zaman ini yang lebih BANYAK ketara ialah sikap mengambil kesempatan, menikam belakang, mempergunakan orang, tamak haloba dan pentingkan diri.
Apabila BN sudah ditukar kepada satu parti tunggal tapi masih GAGAL meraih undi cina maka RUGInya akan berlipat kali ganda lagi, dan nasib Melayu akan lebih terhimpit. Kata nenek-moyang keturunan kita....."sudahlah yang dikejar tak dapat, yang dikendong pun berciciran.....putih dikejar, hitam pun tak dapat." Sudahnya kita yang mengigit jari.
Nampaknya maruah Melayu makin tergadai dan berjaya dipermainkan, umpama "mentimun dengan durian, menggolek dia luka, kena golek pun dia luka". Allah sajalah sebaik-baik kuasa yang memberi keselamatan kepada bangsa Melayu. Wallahualam.
Setuju benar "sistem SATU PARTI ni hanya akan memberi KELEBIHAN kepada bangsa lain saja tapi TIDAK kepada Melayu."
Benar "Sikap terlampau LIBERAL akan MERUGIKAN kita sebabnya bangsa kita masih KETINGGALAN dan belum lagi bersaing pada tahap 'PAR' yang SAMA seperti bangsa lain terutama bangsa cina." Pendek kata - padang belom sama rata, mcm mana nak bertanding dengan adil.
Setuju juga, "Sekurang-kurangnya kita dapat menguasai setengah ekonomi negara". Sasaran 30% kekayaan korporat itu tak cukup. Itu pun bahru dapat 20%. Belom sebut apa apa fasal kekayaan di bidang ekonomi lain. Seperti bidang bangunan komersial dan perumahan.
Tapi Najib dah senyapkan DEB dalam Model Ekonomi Barunya. Setuju supaya Najib di gantikan di PAU di bulan November.
Setuju juga "belum tentu sistem SATU PARTI akan dapat MENARIK undi cina". Dia orang Cina tsunami bukan peduli apa. Mana yang "convenient", yang dia orang boleh dapat faedah kebendaan / material, dia orang kejar, dia orang buat. Kan banyak ultra kiasu antara dia orang.
Yang bersikap TERLALU LIBERAL tu sebab dia orang diam di Englaaaaaaaaad sejak di bangku sekolah. Macam Najib yang senyapkan DEB di MEB dia dan adik dia Nazir CEO CIMB yang ketawakan DEB. "Menganak-haramkan DEB", dia kata - ingat tak. Mana dia orang tahu nasib Melayu dan keadaan Melayu sebenarnya. Mana dia orang ada pernah diam di kampong atau pergi melawat lama di kampong, berbual dengan Pakman, Paklong dan Maklong.
Emak bapak saudara sepupu dll mereka orang besor besor, duduk di bandor, senang lenang. Menganak haram DEB, kata si Nazir bedebah.
Setuju juga ".. sikap menghargai, berterima kasih, mengenang budi dan membalas jasa sudah hampir PUPUS sangat-sangat". Di antara Melayu seperti itu juga. Dan yang jenis Anwar, nakkan kuasa, tak mahu akui Ketuanan Melayu dan Kedudukan Istimewa Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Ketuanan rakyat, konon, katanya. Rasa nya patut kalau di kata: kepala hotak mereka.
Jadi, kita perlu nyahkan orang seperti Anwar, Najib dan Nazir. Anwar kita Melayu semua jangan siapakan dia. Najib kita mintak PAU bulan November gantikan dia. Nazir - bila pengganti Najib itu orang yang ada semangat Melayu nya, yang ikut tujuan UMNO di tubuhkan 60 tahun dulu, dia akan gantikan Nazir juga dari CIMB.
Gila punya cerita, dapat berjuta setahun sebagai gaji dan komisen/ profit share, entah apekedarah lagi, nak ketawakan DEB. Awak di CIMB pulak tu. Yang bapak dia Tun Razak dulu tubuhkan untuk menaikkan ekonomi Melayu.
Sebenarnya sistem parti tunggal untuk BN tidak perlu kerana sistem yang sedia ada masih sesuai. Parti UMNO perlu terus wujud untuk mempertahankan agama Islam, bangsa Melayu dan negara Malaysia. Parti yang bermasalah bukanlah UMNO tetapi parti komponen BN lain yang tidak mendapat sokongan khususnya daripada pengundi bukan Melayu. Biarkanlah mereka. Kita dengan cara kita. UMNO hanya perlu melakukan transformasi dalaman dengan menggubal perlembagaan parti supaya lebih menitikberatkan ke arah mendaulatkan agama Islam.
Pohon Nyior Di Tepi Laut,
Dimakan Kumbang Pucuknya Layu,
Kepada UMNO kita bertaut,
Tumbang UMNO Hilanglah Melayu.
Pohon nyiur di tepi laut,
meliut-lintuk dipukul sang bayu,
harapkan UMNO untuk bertaut,
belum tumbang sudah pun layu,
Pohon kelapa di kaki bukit
Melambai lambai di tiup angin
Beri belakang nanti sakit
Di bantai Nuor PKR yang suka main
Pohon kelapa di sebelah pohon kapas
Si anak dara berdekatan depa hendap
Jaga jaga jangan di permain dek PAS
Sebab depa sekongkol dengan DAP
10:18 AM,
Setuju bahawa sistem parti tunggal untuk BN tidak perlu kerana sistem yang sedia ada masih sesuai. Tak salah pada UMNO. Salah pada pemimpinnya. Sekarang pemimpinnya amat lemah. Perlu di tukar.
Tak masuk akal pemimpin UMNO mempromosikan kepentingan kaum lain. Pada hal UMNO di tubuhkan untuk mempertahankan hak Melayu, memperjuangkan kepentingan Melayu. Cuba lihat - mana DEB sekarang? Di diamkan dek Najib di Model Ekonomi Barunya, di ketawakan dek adiknya Nazir CIMB. "Menganakharamkan DEB," kata nya dengan selalu di gambar ketawa dan mengeluarkan kata kata yang tak selari dengan hasrat UMNO memajukan kepentingan Melayu.
Najib pulak beri biasiswa kapada Cina, kaum yang terkaya dan termaju di negara ini sejak berdekad, yang ada sistem membantu kaum mereka yang kurang upaya melalui berbagai Persatuan Suku Kaum dan berbagai Persatuan Perniagaan mereka. Maka setiap satu sen biasiswa di beri kapada pelajar Cina, satu sen rugi pelajar Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Begitu juga tempat tempat di universiti IPTA.
Sebab peruntukan untuk biasiswa dan tempat tempat di universiti awam itu terhad, tidak semua boleh dapat, dan kaum Melayu dan Bumiputera tiada tempat nak minta bantuan melainkan Kerajaan. Masakan UTAR satu tahun lalu sudah begitu banyak wang sumbangan sehingga menolak RM30 juta yang mahu di sumbangkan oleh seorang jutaan Cina untuk biasiswa dll.
Setuju juga bahawa parti yang bermasalah bukanlah UMNO tetapi parti komponen BN lain yang tidak mendapat sokongan khususnya daripada pengundi bukan Melayu.
Selepas tsunami Cina pun Najib masih lagi nak menyenangkan hati kaum Cina, tidak kaum Melayu. Jadi, dia perlu di ganti dengan seorang yang kuat berjiwa Melayu. Saya merayu UMNO buat gitu. Terutamanya ahli ahli perwakilan ke Perhimpunan Agong Umno di bulan November ini.
".. Ulamak daripada kedua2 pihak UMNO dan Pas cuma nak JAGA PERUT DAN PENGIKUT." - Hj Ariffin.
Bang, kalau yang salah tu Ulamak, jangan lah kita kenakan agama itu keseluruhannya.
Tapi pahal pun undang undang negara ini tidak benarkan Syi'ah, benarkan hanya Sunni. Kita kena ikut undang undang. Kalau tak, jahanam semua, Bang. Di eksplotasi dek kafirin.
Dah pun kita kena eksploitsi. Tengok lah DUMC ajak Muslimin berbuka puasa di gereja mengarut. Pulak Kristian nak gunakan kalimah Allah. Kamdian kumpulan DAP di perjumpaan di Hotel Rock apekebende di Penang nakkan Kristian di jadikan satu daripada agama resmi negara ini. Mana boleh? Perlembagaan kata Islam ada lah "the religion of this country". Bermakna, takda lain. Yang lain di sebut di Perlembagaan pun tidak.
Marilah kita selalu laungkan supaya ummat Islam di negara ini bersatu. Dengan apa cara sekali pun. Biar sampai serak suara kita. Titisan air demikian lama boleh melekokkan batu, Bang. Ahli ahli kaji batu boleh mengesahkan. Cum kita harap jangan lambat sangat. Takut bah, air tak boleh menitis lagi dan tempat dah ladi lubuk lubuk penuh buaya jahanam.
Assamaul'aikum wmbkt.
Siapa Akan Mengalah ?
Jawabnya Umno lah yang akan mengalah. Tengok isu Jonker Walker. Idea tak mahu Jonker Walker dibiarkan mengganggu aliran trafik dalam Bandaraya Melaka datang daripada KM Umno. Tapi yang berkeras mempertahankan Jonker Walker adalah Menteri daripada Umno (Nazri Aziz).
Ini lah Outcome terawal yang ditunjukkan oleh barisan kabinet yang berjaya dibentuk oleh Najib. Dalam keadaan tak ada sorang pun ahli kabinet daripada MCA atau Gerakan, cuba bayangkan kalau anggota kabinet Najib mempunyai ramai ahli daripada MCA atau Gerakan ... Najib dan menteri2 Umno pasti akan hanyut ibarat sampah dimuara sungai.
Hj Ariffin
Melayu Kena Berguru Dengan Cina
Banyak yang Umno dan Pas boleh pelajari daripada cara, ketegasan dan kesepakatan orang cina dalam politik.
1. Menolak jawatan dalam kerajaan. Lihat bagaimana MCA dan Gerakan sepakat tidak mahu terima jawatan dalam kabinet jika parti mereka kalah teruk. Malah MCA sampai sanggup memecat ahlinya hanya kerana terima jawatan exco dalam DUN Johor.
2. Mempertahankan kepetingan bangsa, bahasa dan kebudayaan cina. Lihat bagaimana MCA, Gerakan dan DAP walau pun tidak dalam kem yang sama, sepakat bangun mempertahankan sekolah vernakular SRJKC.
3. Membantah Hudud. Lihat bagaimana DAP walau pun sama kem dengan Pas, menyokong bantahan MCA dan Gerakan terhadap cadangan mengHUDUDkan negara jika Pas berjaya menerajui Putrajaya.
4. Membantah penutupan Jonker Walker. MCA sungguh pun dalam satu kelambu dengan Umno senada dengan DAP, mengecam tindakan yang diambil oleh KM Melaka.
TETAPI DIPIHAK UMNO, ADA PEMIMPIN UMNO YANG BERJAWATAN MENTERI MEMBERI AMARAN KEPADA KETUA MENTERI MELAKA DARIPADA UMNO SUPAYA MENGKAJI BALIK KEPUTUSAN MAHU MENUTUP JONKER WALKER. PADA HAL KEUJUDAN JONKER WALKER ITU TIDAK SEDIKIT PUN MEMBAWA KEBAIKAN KEPADA ORANG MELAYU UMNO SENDIRI.
Ini lah sebenarnya PERANGAI BURUK pemimpin Umno yang menyebabkan orang melayu sendiri NAIK MELUAT kepada Umno.
NAZRI AZIZ dan KHAIRI JAMALUDIN sebenarnya merupakan 2 nama yang TIDAK DISUKAI oleh PENGUNDI ATAS PAGAR YANG PRO UMNO. Selepas PRU12 dalam blog ramai yang tidak mahu mereka dicalonkan pada PRU13.
Setakat ini NAZRI sudah menampakkan belangnya yang benar2 mengeciwakan pengundi atas pagar. Dan KHAIRI JAMALUDIN mungkin akan menyusul selepas ini.
Yang pasti kami para pengundi atas pagar yang mengundi Umno pada PRU13, akan bertambah2 rasa keciwa, sudah lah Najib mengeciwakan kami, Nazri Aziz bila menentang tindakan KM Melaka pun sudah amat menyakitkan hati kami, kami tak pasti apa yang mungkin akan dibuat oleh Khairi Jamaludin untuk menambah sakitkan lagi hati2 kami.
Adakah Pas bersedia untuk memperbaiki diri dan menyahut cabaran para pengundi melayu supaya TINGGALKAN DAP ???????
Hj Ariffin
Post a Comment