Assalam dan salam sejahtera. Saudara semua, hari ini 2 artikel saya disiarkan, 1) Utusan Malaysia dan 2) Sinar Harian. Saya siarkan dahulu artikel dalam Utusan Malaysia. Artikel Sinar Harian akan saya siarkan hari berikutnya. Terima kasih.
Utusan Malaysia (1 Julai 2013)
Saya ingin mengulas
tulisan Tan Zhong Yan dan laporan akhbar Cina mengenai Sekolah Jenis Kebangsaan
(SJK) bukanlah punca masalah perpaduan di Malaysia. Malahan Bahasa Melayu (BM)
amat diberikan penekanan di SJK. Kenyataan mereka sebagai respon kepada pendapat
bekas hakim mahkamah rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah, yang mahukan SJK
diserapkan dalam pendidikan kebangsaan. Persoalan saya, apakah benar BM
didaulatkan di SJK? Pernah atau tidak, mereka melakukan kajian? Jika tidak, buatlah
kajian. Baru sedap bercakap.
Antara perkara yang
perlu dilihat adalah jumlah jam BM diajar dalam seminggu, keputusan peperiksaan
BM, kebolehan bertutur dan berkomunikasi dalam BM dan program-program yang
dijalankan untuk mendaulatkan BM.
Menurut mereka,
masalah perpaduan antara kaum yang kini wujud di negara Malaysia ini bukan berpunca
dari sekolah vernakular tetapi disebabkan faktor lain. Antaranya adalah polisi
negara ini. Katanya, walaupun sudah merdeka untuk 56 tahun, kerajaan yang
diperintah oleh Barisan Nasional masih mengamalkan cara penjajah British iaitu
pecah dan perintah (divide and rule). Parti komponen utama BN seperti Umno, MCA
dan MIC hanya mempertahan dan berjuang untuk kaum yang diwakili masing-masing,
seperti Umno (Melayu), MCA (Cina) dan MIC (India). Secara langsung atau tidak
langsung, memberi persepsi kepada rakyat jelata bahawa jika ada menghadapi
apa-apa masalah, rujuklah pemimpin kaum kita sendiri.
Akibatnya, kata mereka
lagi, secara tidak langsung menyebabkan kita melahirkan perasaan
ketidakpercayaan terhadap kaum lain lalu mengakibatkan kesalahfahaman. Mereka
beranggapan bahawa hanya orang Melayu akan menolong orang Melayu, orang Cina-Cina
dan India-India. Inilah punca masalahnya yang mana kita akan melihat ketidaksamaan
antara kaum dan kita akan melihat kaum yang lain sebagai entiti yang berbeza
dan berasingan.
Naifnya ilmu mereka
ini, mereka langsung tidak merujuk kepada parti-parti kaum di Sabah dan
Sarawak, yang sama juga seperti Umno, MCA dan MIC. Kenapa perpaduan kalangan mereka
begitu mantap? Tidak seperti kita di Semenanjung? Di mana silapnya?
Punca kedua menurut
mereka lagi, adalah disebabkan oleh sesetengah pihak yang rasis dan tidak
bertanggungjawab, seperti bekas hakim mahkamah rayuan itu, mengeluarkan
kenyataan rasis, juga menjadi punca masalah perkauman dan perpaduan. Pandangan
sebegini, secara tidak langsung mengakibatkan kaum lain melahirkan kebencian
bukan hanya terhadap individu tersebut tetapi juga kaum individu itu.
Lebih-lebih lagi jika tiada tindakan undang-undang yang diambil ke atas
individu ini dan pendakwaan selektif dilakukan ke atas individu-individu yang
lain.
Lebih hipokrit
katanya lagi, adalah apabila Perdana Menteri, memperkenalkan konsep 1Malaysia
dan sedangkan slogan 1Malaysia panas dilaung-laungkan timbalannya, yang juga
Menteri Pendidikan, mengatakan beliau merupakan ‘Malay First, Malaysian
Second’. Jadi apa gunanya jika kita ingin menghapuskan sekolah vernakular bagi
tujuan perpaduan tetapi pada masa yang sama, Timbalan Perdana Menteri yang juga
Menteri Pendidikan sendiri tidak mengerti maksud perpaduan? Apa yang lebih
teruk lagi adalah apabila Perdana Menteri kita sendiri menyalahkan “tsunami
Cina” bagi keputusan teruk pada PRU baru-baru ini. Kumpulan ini juga berasa amat
kesal apabila pemimpin-pemimpin negara kita sanggup mengeluarkan
kenyataan-kenyataan yang begitu tidak bertanggungjawab sehingga ada daripada
mereka yang sanggup mengatakan ini adalah pengkhianatan sesetengah kaum.
Sambung mereka lagi, apa
gunanya sekolah vernakular dihapuskan jika pemimpin-pemimpin negara kita
sendiri tidak mengerti maksud perpaduan? Jadi, untuk mencapai perpaduan, apa
yang kita perlu hapuskan sekarang bukanlah sekolah vernakular tetapi rasisme
yang wujud di negara kita. Pemimpin-pemimpin negara kita haruslah menunjukkan
contoh yang baik dan tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang rasis dan
tidak bertanggungjawab. Pihak polis dan Peguam Negara haruslah menjalankan
tugas secara adil dan mengambil tindakan terhadap kesemua mereka yang tidak
bertanggungjawab ini tidak mengambil kira latar belakang mereka dan tidak
melakukan pendakwaan selektif. Hanya apabila kita dapat melihat tidak ada
perbezaan antara kita, maka hanya pada masa itulah kita akan mencapai
perpaduan. Biarlah kita ingat bahawa kita kesemua ini tidak mengira kaum adalah
anak Malaysia.
Saya tidak nafikan
ada juga betulnya hujah ultra kiasu ini. Jika ada yang betul, ambil. Tetapi
saya ingin membuka mata pembaca, inilah hujah yang selalu digunakan oleh majoriti
ultra kiasu dan akhbar-akhbar Cina. Persoalan saya,
kenapa BN sahaja yang disalahkan? Parti ultra kiasu, DAP dan PKR tidak
dilabelkan sebagai perkauman? Adakah DAP parti untuk orang Melayu? Jangan
kerana ada seorang dua Melayu dalam DAP maka kita sudah boleh labelkan DAP
parti tidak perkauman? Begitu juga dengan PKR, adakah Cina dan India yang
berada di situ tidak memperjuangkan kaum masing-masing? Jika tidak faham
politik, tak perlu menulis dan mengeluarkan kenyataan! Memalukan sahaja.
Adakah pemimpin DAP
tidak berpegang kepada Chinese First,
Malaysia Second? Begitu juga mereka di dalam PKR. Apakah dengan sedikit
bantuan kepada surau dan masjid dan beberapa individu Melayu di Pulau Pinang, sudah
dapat membuktikan DAP berpegang kepada Malaysian
First? Jangan menipu diri sendiri. Nanti dilaknat Tuhan.
Lebih kelakar lagi ada
sebuah NGO yang menggelarkan dirinya NIAT, diketuai oleh seorang mamak begitu
berani menggugut kerajaan untuk berdemo ketika pembukaan parlimen sebagai
bantahan kepada novel Interlok dan filem Tanda Putera. Saya menunggu saat itu, tetapi
tidak juga beliau muncul. Saya mahu lihat betapa kuatnya dia. Pengerusi yang
tidak berniat, yang menggunakan seruan jihad untuk mengaburi mata rakyat, menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Bebas
Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) untuk membatalkan dan menghapuskan buku dan
filem ini. Kelakarnya. Siapakah beliau? Apa bidang beliau? Balik rumah, cermin
muka dahulu. Untuk makluman pembaca, inilah juga punca yangmenjadikan ultra
kiasu begitu berani mencabar Melayu dan Islam disebabkan oleh ada tali barut
bersekongkol dengan mereka. Begitu juga dengan PKR.
Novel Interlok dan
filem Tanda Putera telah diiktiraf oleh para sasterawan dan penggiat sebagai
bahan yang baik untuk bacaan dan tontonan rakyat Malaysia yang lupa sejarah.
Siapa beliau yang langsung tidak ada latar belakang sastera dan seni untuk
bercakap isu ini? Jika tidak ada ilmu, lebih baik pergi mengaji sebelum mahu
berjihad. Jika bacaan Quran masih gagap dan hanya merujuk kepada terjemahan,
eloklah berguru dahulu. Jangan memalukan komuniti India Muslim yang lain. Lebih
baik bahaskan bagaimana memastikan rakyat Malaysia dapat memartabatkan agenda
negara
Misalnya, ketika
pembukaan sidang parlimen 24 Jun 2013, apalah salahnya semua ahli parlimen
memakai pakaian kebangsaan baju Melayu sebagai menghormati istiadat negara. Ini
tidak, ultra kiasu tetap dengan caranya. Mereka lebih berbangga dengan pakaian
barat daripada pakaian kebangsaan. Hina sangatkah berbaju Melayu? Tidakkah
dengan berbaju Melayu kita mendekatkan lagi hubungan dengan penduduk majoriti?
Kenapa begitu ultra kiasu? Kita tidak akan jadi Melayu sekadar berbaju Melayu.
Lihat betapa ultra kiasunya contoh yang
seterusnya ini. Saya menerima sepucuk surat daripada guru Melayu yang mengajar
di SMJKC di Bukit Mertajam yang mendapat anugerah Sekolah Kluster oleh
Kementerian Pendidikan. Sekolah jenis ini yang mendapat bantuan mencurah-curah dari
kerajaan. Malangnya, sekolah Cina ini telah menjadi sarang ultra kiasu.
Antara aduan tersebut adalah:
·
Latihan
dalam Perkhidmatan (LDP) tidak dikendalikan mengikut kehendak pekeliling
kerajaan. Menonton persembahan Tahun Baru Cina dan menghadiri mesyuarat Agung
PIBG dikira sebagai LDP
·
Sambutan
Merdeka dibuat sambil lewa sahaja. Ucapan pemimpin negara dan KPM tidak dibaca
sebagaimana amalan SK yang lain.
·
Sambutan
Hari guru amat menyedihkan, sekadar upacara memotong kek. Ucapan Perdana
Menteri dan Ketua Pengarah Pendidikan tidak dibaca
·
Sambutan
Tahun Cina berbeza sekali dengan sambutan hari guru. Sambutan tahun baru Cina
disambut dengan amat meriah sehingga sebulan berbanding hari guru
·
Pakaian
guru-guru SJK seperti pakaian penari dan penyanyi. Tidak mencerminkan etika
keguruan dan pekeliling kerjaaan. Tidak berlengan, belah sana sini, ketat,
singkat sehingga nampak bahagian yang tersirat dan tersurat.
·
Penggunaan
dewan sekolah oleh pihak kerajaan seperti BB1M dan BR1M, tidak disukai oleh
pihak pentadbir sekolah.
Sama
ada dakwaan ini benar atau tidak, berdasarkan pengalaman, saya fikir banyak
betulnya. Sudah terang lagi bersuluh agenda
negara langsung tidak didaulatkan. Puak-puak ultra kiasu ini pandai mengatur
strategi menggunakan hujah dan bukti, bagi mengaburi kita yang menunjukkan bahawa
mereka tidak rasis. Ini memudahkan
mereka menuding jari dan menuduh pemimpin kita dan orang Melayu rasis. Jika ada
pihak-pihak tertentu yang mahu rakyat menghayati sejarah dan agenda negara,
mereka akan dituduh rasis. Sekolah perkauman atau vernakular tidak pula dianggap
rasis. NGO Cina ada lebih kurang 8000
buah juga tidak dianggap rasis. NGO-NGO yang berakhir dengan perkataan Zong
tidak juga rasis. DAP pun tidak rasis. Bila orang Melayu tubuhkan NGO
mempertahankan hak Melayu, semuanya rasis. Licik sungguh perancangan mereka.
Nasihat saya, jika tidak suka dengan keadaan rasis, carilah tempat lain yang tidak
rasis.
Dr. Mohd
Ridhuan Tee Abdullah
Prof Madya/Ketua
Program
Program Kenegaraan,
Kepimpinan dan Ketamadunan
Faculty Pengajian
dan Pengurusan Pertahanan
Universiti
Pertahanan Nasional Malaysia
Sungei
Besi Camp
57000
KUALA LUMPUR
MALAYSIA
15 comments:
Saya setuju banget !
Mengarut menafikan sekolah Cina punca ketidak sepaduan di negara ini. Murid murid terkongkong bergaul hanya di antara mereka sendiri. Bertutur dan belajar dalam bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar.
Tanya lah murud murid di Sekolah Kebangsaan, mereka menggatakan murid murid dari sekolah Cina rasa kekok nak bercampur dengan kaum kaum lain di SK. Tak fasih BM dan tak biasa bersama dengan kaum lain. Mereka berkumpul di antara mereka juga akhirnya.
Dengan yang demikian, mana timbul suatu "common hopes and aspirations" di antara generasi muda. Balik ke rumah sama juga jenis campurannya. Mula berkerja begitu juga. Mana boleh faham memahami satu kaum antara lain seperti itu. Bila dewasa di sodok pulak dengan politik benci membenci DAP. Anti-Melayu, anti-Islam, yang menyebabkan pergaduhan kaum 13 Mei 1969.
Sekolah Cina mesti di serapkan ke dalam sistem Sekolah Kebangsaan. Tak payah bubar, hanya arahkan supaya menggunakan BM sebagai bahasa pengantar. Dan silabus yang sama dengan SK. Adakan program melatih semula guru guru Sekolah Cina itu mengikut masa yang sesuai. So'al harta pusaka bangunan dan kemudahan sekolah boleh di runding dengan Kerajaan.
PRK Kuala Besut Something Interesting.
Tahu kah anda kenapa Lim Guan Eng tak mahu Pas masuk bertanding (dilaporkan dalam Utusan Malaysia 1.7.2013). Bukan kerana dia takut Pas kalah. Yang paling Guan Eng takut adalah, kalau Pas menang. Kalau Pas menang, DAP tak senang duduk, DAP akan kepanasan. Anda akan kata, " Pelik ".
Anda sedar atau tidak andainya Pas menang, kedudukan DUN Trengganu adalah 16 Umno - 16 Pas. Maka dengan perkenan Sultan Trengganu akan terbentuk lah kerajaan negeri secara Pakatan di antara Umno dengan Pas.
Saya, anda dan hampir keseluruhan orang melayu telah sekian lama mengimpikan perpaduan melayu melalui Pakatan Umno-Pas. Walau pun saya berjiwa Umno, dan anda berjiwa Pas, tetapi mimpi kita tentang perpaduan melayu ada lah sama. Betul tak ?
Saya berani kata, dan 100% yakin, ini lah yang Lim Guan Eng dan DAP takut, dia takut kalau Umno dan Pas berjaya duduk dalam satu kelembu di Trengganu ... cita2 DAP untuk menawan Tanah Melayu (Malaysia) pada PRU seterusnya tidak akan berjaya.
ADAKAH ANDA RELA DAP MENJADI PEMERINTAH SEBAGAI MANA PAP MENJADI PEMERINTAH DI SINGAPORE ???
Pada saya, Pas kena masuk bertanding dalam PRK Kuala Besut, dan sebagai pengundi kita kena MENANGKAN PAS demi untuk melihat KERAJAAN PAKATAN UMNO-PAS menjadi kenyataan. INI KALI LAH kita buat experiment di sebuah makmal yang kecil (peringkat negeri) sebelum kita buat experiment di makmal yang lebih besar dan complicated (peringkat pusat).
Hendaknya rakyat Trengganu dan para pemilih di DUN Kuala Besut ... Nampak Apa Yang Hj Ariffin Nampak.
Hj Ariffin
Kepala hotak dia menomah "Barisan Nasional masih mengamalkan cara penjajah British iaitu pecah dan perintah (divide and rule)."
Mentang mentang DAP membenarkan berbagai bangsa sebagai ahli, dia nak kata BN divide and rule. Pada hal DAP yang paling buat demikian. 700 ahli kebanyakan nya kaum India tidak di jemput ke pemilihan parti sebab nak divide ahli ahli mereka supaya Guang Eng dan kuncu kuncunya boleh terus rule.
Mana ada bantuan yang di beri DAP/PR kapada rakyat berbilang kaum? Hindraf telah mengatakan bahawa mereka tidak dapat kacang putih pun dari kerajaan Pakatan di Selangor, Penang dll selama 5 tahun merintah.
DAP hanya mahu majukan Cina dan mahu jadikan Penang seperti Singapura. Nyahkan Melayu dan India dari Penang secara tidak buatkan rumah kos rendah, jual semua tanah Kerajaan kapada pemaju yang akan bina rumah yang Melayu dan India tak upaya beli, lama kelamaan mereka keluar dari Pulau Pinang.
Bedebah punya dasar DAP. Palsampah punya benda'lah yang kata BN divide and rule. Akan sampai masanya mereka akan tumbang. Ingat lah bahawa di China yang begitu besar negara, yang paling ramai penduduk di dunia di bila bila masa, telah tumbang dan di perintah oleh kuasa asing beratus tahun - oleh Mongol di abad 13, oleh Manchu (Manchuria negera asing sehingga selepas Perang Dunia Kedua) dari abad 17 hingga abad 20.
Sampai masanya, mereka akan tumbang. Percaya lah. Perhatikan lah.
Tidak seperti kita di Semenanjung? Di mana silapnya? - RT
Saya fikir silapnya ia lah ramai mereka yang ultra kiasu di Semenanjung. Dan mereka telah di biarkan berleluasa sejak zaman "flip flop, auto-piloting and sleepy" Tun Dol. Di teruskan dek Najib.
Sekarang jenis DAP dan Tsunami Cina melanda landa. Baca lah latar belakang mereka di c&p berikut:
Chinese Tsunami & Those Descended from Southern China
Practically all Chinese in Malaysia are descended from southern China. Many are law-abiding and Constitution-respecting and they deserve to be called and should be treated as fellow citizens.
But a sizable number does not respect the Constitution and have been anti-Establishment all along. This is perhaps traceable to the fact that their ancestors in southern China have always been the anti-Establishment kind. They resented being ruled by foreigners for hundreds of years - the Manchu Emperors were foreigners from Manchuria, a foreign country until after World War II. They, like the Mongols in the 13th Century, invaded, conquered and ruled China from the 17th until the 20th Century.
The Manchu invasion of China was helped by the treachery of one Chinese General. During the rebellion against the Ming Dynasty Emperor, a Chinese General, Li Tzu-cheng, had captured Peking and proclaimed himself Emperor in 1644. But Li took the concubine of another rebel General, Wu San-kuei, into his harem. Because of the girl, the embittered Wu refused to recognize the new Emperor Li, opened the gates of the Great Wall at Shan Hai Kuan and let the Manchu Army in, conquered it and the Manchus started ruling China – Professor C.P Fitzgerald, History of China, pg 542-3.
In this context, watch out the guy with a Rainbow in Penang who has been glorifying Sun Yat Sen of China and trying to get other Chinese in this country to his politics. And note that the British first entered Perak due to the treachery of the Kapitan Cina in Larut who, together with 44 gangsters, signed a petition for the British in Penang to assist them recover tin mines lost to rival gangs that have been fighting incessantly under the Ghee Hin and the Hai San banners, and those led to the British sending troops under Capt Speedy etc, ending in the Pangkor Treaty of 1874 and the bloody British ruling Malaya as colonizers. How treacherous they were.
Here‘s Professor Fitzgerald’s account of the Manchus’ attitude towards the Chinese (he stayed in China for 5 years to study the language and dig the records in the Chinese archives):
“The north was loyal, and was trusted – up to a point. The south, embittered and rebellious, was … mistrusted, and oppressed ... the ever hostile south. “ – pg 545.
Disloyalty, rebellions, treachery, then foreign wars and more rebellions (Chinese secret societies, thugs and gangsters originated from south China), suffering and misery in the 19th Century, many absconded China and found their way to the shores of Semenanjung Tanah Melayu.
Those who don’t respect and refuse to live by the Constitution of this country carry a hangover of the mental attitude of the southern Chinese. They need to be brought into mainstream Malaysiana, but those who persistently refuse to respect and live by the Constitution, including the sensitive Articles, need to be told to migrate elsewhere, like has been said even by well-known personalities in this country. Especially the tsunami Chinese.
Assalam Dr,
Saya pasti lagu Negaraku juga tidak dinyanyikan di SJKC.
Ada yg berani menyangkal?
Hj Ariffin 10:48 AM,
Tak jumpa saya cari berita di Utusan mengatakan Guan Eng tak mahu PAS tanding di Kuala Besut. Nak tau apa alasan di berinya di akhbar.
Menarik sebab tersembunyi yang Sdr kemukakan tu. Jika benar, bagus lah. Memang Sultan Trengganu di masa dia YDP Agong lagi pun telah adakan "Makan Malam Di Istana Trengganu" di antara Nik Aziz dan Hadi, yang juga di hadziri oleh Najib dan Muhyiddin, khabarnya.
Tapi masa itu Nik Aziz masih MB Kelantan lagi, ada kuasa lebih, ramai orang dengar apa dia cakap - tak akan PAS bersatu dengan UMNO selagi dia hidup, katanya. (Tak tau le jika ramai yang do'akan dia cepat pergi supaya PAS dan UMNO bersatu, hehe - abang dia Imamkan semabahayang hajat do'akan KO UMNO).
Tapi sekarang Nik Aziz dah tak MB. Harapkan lebih ramai orang PAS yang tak kesahkan pendirian dia lagi. Moga moga PAS-UMNO, kalau pun tak bersatu, sanggup berkerja sama dalam urusan memerintah.
Fikir Tajam,
Kalau dia orang naikkan bendera Sun Yat Sen di perhimpunan sekolah, tolong kasi tau. Saya nak hebohkan di seluruh negara mintak rakyat ... apa apa lah.
Sun Yat Sen yang takda kena mengena dengan Malaysia pun Lim Guan Eng nak sanjungkan. Dia resmikan satu bangunan di namakan Sun Yat Sen di Penang 2-3 tahun lalu.
Pada hal Sun Yat Sen datang numpang masa keadaan politik di China bergelora dulu. Patutnya orang Cina di China sanjungkan orang Malaysia. Kepala mereng depa macam Guan Eng yang nak sanjungkan Sun Yat Sen plak.
Saya tak berminat sangat nak cakap tentang ultra-kiasu ni. Ke tepi ke tengah, ke atas ke bawah, cakap ke diam ke......dia tetap macam tu....tak berubah juga. Cuma yang boleh saya ulas pendek ialah:-
Untuk tidak dikatakan RASIS dan DIPERSALAHKAN maka kita mestilah IKUT setiap KEHENDAK dan cara yang mereka mahu umpama lembu dicucuk hidung. Semua perkara dari sebesar kuman hinggalah sebesar gajah mestilah MENGIKUT ACUAN yang mereka mahu dan bentukkan. Kalau sudah dapat sepertimana yang mereka citakan barulah kita dikatakan CUKUP DEMOKRASI dan BENAR BELAKA.......itu saja.
Bagi saya apa yang lebih UTAMA yang menjadi fokus ialah soal PERPADUAN UMMAH......tak kiralah UMNO, PAS, PKR atau apa saja parti termasuklah parti "birthday"......asal saja beragama ISLAM.
Pada para cendikiawan Islam dan ulamak Islam yang saya hormati.....saya ada soalan.....benarkah Islam itu tegak atas PERPADUAN UMMAH dengan menolak tepi budaya, warna kulit, bangsa, bahasa & dialek, rupa paras, kaya-miskin dan semua fakta-fakta yang berkisar dalam fahaman fikiran manusia, yakni AGENDA MANUSIA? Bukankah PERPADUAN UMMAH ini ialah tunjang utk menegakkan ISLAM?
Dari analisa saya yg tak pandai ni.......kita lihat bagaimana Allah swt mendidik kita dalam SOLAT JUMAAT yg diwajibkan ke atas setiap lelaki MUSLIM. Ia wajib dilakukan secara BERJEMAAH dengan niat solat yang SAMA, mengikut SEORANG imam, saf diLURUSkan, diRAPATkan, bersolat BERJEMAAH mengikut tertib sehingga salam yg akhir. Apakah HIKMAH di sebalik solat tersebut? Bukankah ianya satu mekanisme PERPADUAN UMMAH yang paling "SIMPLE" atau MUDAH utk difahamkan oleh manusia?
Jadi mengapa kita terus-terusan BERDEGIL dan BERKERAS mengadakan berbagai ALASAN, mencari berbagai SEBAB, MENIMBULKAN bermacam-macam PENDAPAT untuk MENAFIKAN PEMBENTUKAN UMMAH yang SATU?
Apakah sebenarnya yang kita mahu? Keadaan bagaimanakah yang kita tunggu? Kalau kita nak tunggu sehingga setiap hamba Allah yang ada SENADA, SEIRAMA, SEPENDAPAT dgn kita......baru boleh nak bersatu, maka itu adalah TIDAK MUNGKIN. Sebabnya, rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Sudah Allah takdirkan manusia berbagai-bagai. Maksudnya umat Islam ada bermacam cara, pendapat, bahasa, bangsa, rupa-paras, adat tetapi AGAMANYA tetap SATU iaitu ISLAM, TUHAN yang disembah tetap ALLAH SWT dan PENGHULUNYA tetap NABI akhir yang sama NABI MUHAMMAD SAW. Jadi mengapa lagi perlu dipertikaikan tentang perpaduan UMMAH? Apakah perpaduan ummah ini mesti bergantung kepada agenda manusia dan dunia? Kalau TAK SAMA PARTI, berlainan SIMBOL maka UMMAH kita tidak boleh disatukan walau sama-sama MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH? Mengapa perpaduan ummah ini tidak disandarkan kepada AGENDA ALLAH dan ISLAM?
Saudara yang dihormati.....janganlah kita terlewat, apabila dugaan Allah swt sampai barulah kita hendak menggerakkan UMMAH ini. ISLAM itu TIDAK BERPARTI....yang ada cumalah agama ALLAH swt dan RSULNYA saja. USAHAKANLAH penyatuan UMMAH ini demi ISLAM.....janganlah kita menjadi orang-orang yang RUGI. Kita masih punya waktu dan masih punya kesempatan diberi oleh Allah swt, mengapa mesti dipersiakan? Buatlah atas nama ALLAH SWT dan ISLAM.
Apa pun, yang baik datangnya dari Allah swt dan yang khilaf tentunya dari saya....maaf saya pohon dan "selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak" yang mulia dan marilah bersama kita ambil kesempatan Ramadhan ini utk berfikir sejenak, muhasabah diri demi agama, bangsa dan tanahair.
Assalamualaikum.....
Assalamualaikum 4:16 AM,
Selagi depa ultra kiasu, selagi itu kita kena cakap. Kalau tidak, depa melanda landa. Dah pun depa melanda landa. Kena jaga jangan depa naik kepala kita.
Dah pun depa naik kepala kita, di balas, jadi pergaduhan kaum 13 May 1969 yang depa cetuskan. Kena tentukan jangan berlaku lagi.
Dulu masa Che Det, di kawal rapi, ada ISA dan selalu di ambil tindakan ikut undang undang biasa aja pun. Depa tak naik muka. Di masa Tun Dol, ada juga ISA, tapi di biaq pi saja depa. Mula melanda landa. Masa Najib ni pula, bukan saja di biaq pi, di beri muka, jadi tsunami Cina, hingga ramai yang dah keriau mintak Najib di ganikan di PAU bulan November.
Kita kena tuding, sebat, hentam, hentak, lantak si ultra kiasu tu. Terutama bila depa tak hormat Perlembagaan negara. Tapi kita kena buat cara lisan saja, jangan fisikal. Dan jangan sampai langgar undang undang.
Wassalam.
Saya cadangkan kita elakkan menyindir depa ultra kiasu. Depa tak faham sindir. Silap silap depa ingat sindirian kita memuji depa.
Pahal pun depa jenis ultra kiasu. Selalu membohong, menipu, memutar, membelit fakta dan apa yang kita kata.
Jadi, mungkin mereka merasa bangga dan menang bila di kata "Untuk tidak dikatakan RASIS dan DIPERSALAHKAN maka kita mestilah IKUT setiap KEHENDAK dan cara yang mereka mahu umpama lembu dicucuk hidung" dsbnya itu.
Yang rasis nyata lah DAP. Depa di kenali sebagai anti-Melayu dan anti-Islam sejak penubuhan depa 47 tahun lalu. Itu sebab begitu lama depa tak sampai ke mana. Hanya di Penang saja. Itu pun BN akan ambil semula nanti. Pernah buat lagu tu dulu.
Nak cari pemimpin yang tegas, berani dan boleh di beri sokongan penuh oleh UMNO. Najib tak boleh. Harap ada lain yang boleh.
RT,
Nak peringatkan rencana Sdr yang kedua minggu ini belom di keluarkan di sini.
Wassalam.
Saudara Anonymous 4:16 AM, July 02, 2013 yang menulis "Saya tak berminat sangat nak cakap tentang ultra-kiasu ni....Cuma yang boleh saya ulas pendek ialah:-....
Assalamu 'alaikum.
Saya sangat-sangat appreciate pandangan saudara! Ia adalah jawpan paling bagus untuk para RASIS, samada rasis Cina atau rasis Melayu!
Tahniah! Selamat menyambut Ramadhan yang mulia.
4:03 PM,
Tahukah apa itu rasis? Dalam hal pergaduhan kaum 13 Mei 1969 contohnya, siapa kah yang Sdr fikir rasis?
Rasis tu tak baik kan? Kalau yang tak baik kita diamkan, macam mana?
Assalamu'alaikum. Ini bermakna Aman lah hendaknya.
Tersilap saya peringatkan RT fasal rencana kedua dia awal sangat. Sepatutnya saya biarakn rencana ini lama sikit di bincang. Sebab banyak fasal ultra kiasu DAP, lebeih ramai lagi pembaca boleh komen. Biasanya pembaca yang sibuk tak lihat rencana yang lepas.
Apa hal pun, nak kata sikit lagi fasal ultra kiasu DAP. Siapa yang fikir DAP tak ultra kiasu, tak rasis, dah juling matanya, dah mereng fikirannya. Nak marah saya kata begitu, kata lah.
Nyata DAP yang menyebabkan pergaduhan kaum 13 Mei 1969. Butir butir lanjutnya ada di Kertas Putih berjodol, "13 May 1969: A Tragedy. By National Operations Council, October 1969." Google sahaja perkataan perkataan itu dan anda akan di bawa ke situ.
Kamus mendifinasikan rasis itu sebagai "antagonistic" terhadap bangsa lain. DAP antagonistic terhadap bangsa Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Mereka mendokong sepandok Malaysian Malaysia konon, yang di ilhamkan oleh maha Rasis Lee Kuan Yew yang "di tendag keluar" bersama Singapura dari Malaysia di tahun 1965. Mahukan sama rata dengan tidak memperakui Kedudukan Istimewa Melayu dan Bumiputera di Perkara 153 Perlembagaan negara sepenuhnya. Maka dengan itu, nyata mereka rasis.
Mereka juga tidak hormatkan Islam sebagai "the religion of this country", mahukan Kristian sebagai satu daripada agama resmi di negara ini.
DAP di kenali sebagai anti-Melayu dan anti-Islam sebab itu.
Post a Comment