Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Monday, July 22, 2013

Sindrom tak apalah….

7:21 AM Posted by RIDHUAN TEE 33 comments


(Sinar Harian 22.7.13)

Saya amat tidak faham, kenapa kita tidak bertindak secara agresif terhadap orang-orang yang secara jelas dan sengaja menghina Islam. Nama-nama seperti  Melissa Gooi yang menghina nabi Muhammad SAW dan pasangan Tan Jye Yee (Alvin), 25 dan Vivian Lee, 24, yang sengaja memuat naik gambar hidangan dan kapsyen yang menyentuh sensitiviti umat Islam di laman sosial Facebook.

Pasangan ini telah memuat naik gambar sedang menikmati hidangan bak kut teh (sup herba babi) di Facebook, dengan menulis kapsyen "Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh ...wangi, enak dan menyelerakan, serta meletakkan logo halal pada gambar berkenaan. Saya tidak nampak ia dilakukan secara tidak sengaja.

Penghinaan di alam siber ini, bukan perkara baru. Selain daripada media sosial berbahasa Melayu dan Inggeris, banyak lagi penghinaan dilakukan, terutama media sosial bukan Melayu.  Jika tidak percaya, cubalah masuk tengok. Pasti akan ada penghinaan terhadap Islam yang lebih buruk daripada itu. Ini tidak termasuk penghinaan terhadap kalimah Allah.

Ironinya, bila mereka minta maaf, kita pun kata: tak apalah…mereka belum dewasa lagi. Masa mereka masih panjang. Persoalan saya, bagaimana nasib anak muda yang merengkok dalam penjara atas dakwaan cuba membakar gereja?

Produk yang lahir ini adalah sebahagian daripada produk sekolah ultra kiasu. Kita gagal untuk melahirkan rakyat yang berjiwa Malaysian seperti yang dicanangkan oleh parti DAP, yang kononnya mereka berjiwa sedemikian. Inilah akibatnya apabila subjek seperti sejarah, kenegaraan, Tamadun Islam dan Tamadun Asia, ditolak mentah-mentah oleh kita semua.

Pada kita, semua itu tidak penting. Paling penting adalah pembangunan ekonomi dan negara cepat membangun. Kita tidak mahu fikir soal produk yang lahir. Sejauh mana semangat patriotism dan semangat cintakan negara itu wujud? Dalam kepala kita mahu menunjukkan lagak pandai menguruskan ekonomi negara. Seolah-olah itulah segala-galanya. Tak apalah… mereka tidak faham, mereka bukan Islam.

Kita tidak pernah mahu belajar daripada sirah nabi Muhammaad SAW. Nabi amat tegas dalam melaksanakan agenda Islam, tanpa menganiaya bukan Islam. Lagipun negara ini, negara Islam. Sudah tentu kita ada hak di tanah sendiri. Apa yang perlu ditakutkan. Kecualilah umat Islam berada di negara bukan Islam.

Paling tidakpun, tinjau-tinjaulah negara-negara seperti China dan Korea Utara. Bagaimana mereka membina negara? Bagaimana negara ini boleh ‘survive’ dalam keadaan ditekan begitu hebat oleh barat?

Jiwa rakyat mereka begitu kental. Walaupun hidup serba sederhana, mereka tetap setia mempertahankan negara tercinta daripada diganggu-gugat oleh kuasa asing. Mereka tetap kuat, walaupun tidak ‘berapa maju’ kononnya. Pada saya, negara ini sebenarnya telah lama maju. Jika tidak, mereka tidak akan mampu mengeluarkan senjata nuklear yang amat ditakuti barat. Orang Cina Islam, diberi pilihan, tinggal di sini atau keluar atau dibunuh. Suka atau tidak, mereka terpaksa menjunjung ideologi komunis.

Persoalannya, kenapa mereka begitu berjaya. Rakyat mereka celik sejarah dan kenegaraan. Setiap rakyat dipaksa untuk faham perkara ini. Suka atau tidak, mereka mesti ikut apa jua undang-undang dan peraturan negara ini.

Kita pula bagaimana? Atas nama demokrasi, kita terus bermain dan membiarkan. Tindakan tidak pernah tegas. Kena pada orang Melayu, bukan main lagi tegas kita. Tetapi kepada bukan Melayu, diugut sedikit, kita sudah cair.

Kini, kemasukan pelajar ke matrikukasi dan IPTA dipertikaikan oleh parti-parti bukan Melayu. Ingat saya bertanya pula, berapa ramai pelajar Melayu yang dimasukkan di UTAR dan universiti yang dimiliki oleh parti politik bukan Melayu. Hak kita, semua mereka mahu. Hak mereka, mereka sahaja yang dapat. Cuba siasat berapa banyak biasiswa yang disediakan oleh UTAR untuk pelajar-pelajar mereka.

Kita perlu ingat bahawa sedikit pengurangan pelajar Cina dan India kerana mereka ada universiti masing-masing. Inilah akibatnya apabila kita meluluskan universiti berasaskan parti politik dan universiti swasta.

Umum mengetahui, ramai kalangan bukan Melayu yang berada, menghantar mereka anak mereka ke IPTS atau keluar negara. Pelajar miskin yang cemerlang, sudah pasti mendapat tempat di IPTA. Ini tidak termasuk mereka yang awal-awal lagi telah ditawarkan oleh universiti kaum masing-masing. Hak Islam (Melayu) sedikit itulah yang ingin direbut.

Jika kita campur-campur nanti, saya amat yakin, pelajar bukan melayu paling ramai mendapat tempat di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Ada kalangan pelajar bukan Melayu menarik diri apabila ditawarkan ke matrikulasi. Kejadian ini berlaku di tempat anak saya belajar.

Saya bersetuju, untuk meramaikan pelajar bukan Melayu masuk ke IPTA, jika bukan Melayu berjaya memandaikan anak-anak dalam bahasa Melayu (BM) dan mendapat keputusan yang baik. 

Ini tidak, yang gagal BM pasti akan mendapat tempat di IPTS dan universiti kaum mereka. Cuba tanya pelajar Melayu adakah mereka yang tidak mendapat kredit BM dalam SPM layak mendapat tempat di UiTM? Peliknya, tidak adapun parti politik Melayu atau orang Melayu bersuara. Adakah semua Melayu mendapat tempat di IPTA? Inilah akibatnya sindrom tak apalah….

33 comments:

Anonymous said...

Saya khuatir apa akan jadi bila Najib hapuskan Akta Hasutan. Gantiannya tidak akan sama efek nya. Lihat sahaja ISA. Yang dahulu boleh tahan yang subversif selama lamanya (indefinitely) - sekurang kurang nya sehingga mereka nyata nampak sedar dan bertaubat - gantiannya SOSMA membernarkan tahanan hanya selama 28 hari.

Sekarang pasangan Alvivi itu di dakwa di atas tuduhan Akta Hasutan dan 1-2 undang undang lain. Tapi yang nyata berkesan di masa masa yang lalu dan yang tepat sasarannya adalah Akta Hasutan.

Saya kecewa Najib masih terus melayan mereka yang tsunami Cina dan yang memabantu terjadinya tsunami Cina. Seperti Anwar Al Juburi dan anaknya Al Mulut Burit Ayami, yang jeritkan itu ini. Termasuk melompat kesana kemari, mahukan Akta Kselamatan di humbani.

Menteri Dalam Ngeri Ahmad Zahid telah mengatakan Emergency Ordinance yang Najib telah batalkan telah menyebabkan 90% dari jenayah sekarang di lakukan atau di rancangkan (master-minded) oleh banduan EO di Penjara Simpang Renggam yang telah di lepaskan bila EO di hapuskan. Dan dia minta suatu undang undang baru di adakan seperti EO. Gila, EO telah di batalkan dengan tak ada gantian pun.

Najib membongkok kebelakang cuba mendapatkan undi. Tapi selepas tsunami China dia masih lagi buat demikian. Berbagai tindakan yang di ambilnya, dan tindakan yang tak di ambilnnya (omitted to do), telah merosakkan kepentingan Melayu yang UMNO sepatutnya mempelupori. Tabung Haji dan FGVH sekarang di ketuai oleh orang yang mengguna MBA tipu dan PhD tipu. Jika ijazah pun tipu, mana boleh di harapkan memajukan kepentingan Melayu.

Sekarang saya tertanya tanya apa akan jadi jika si Najihb hapuskan Akta Hasutan sebelom bicara kes Alvivi selesai atau sebelom tempoh bicara mereka (bukti menghasutnya nyata kapada semua orang) tamat.

Perwakilan UMNO di PAU bulan November ini perlu menggantikan Najib dengan pemimpin yang benar benar berjiwa Melayu dan mahu mempertahankan kepentingan Melayu dan kepentingan agama Islam.

Contohnya, Timbalan Presiden Muhyiddin. Atau Naib Presiden yang kanan (senior), Ahmad Zahid, yang sanggup ambil tindakan tegas ke atas mereka yang menghasut, subversif dan anti-nasional apabila dia memegang jawatan Menteri Dalam Negeri.

Anonymous said...

Terima kasih saudara RT. Panas sentiasa isu2 yang tuan ke tengahkan. Sindrom Tak Apa Lah. Ini adalah sindrom yang berkait rapat dengan orang melayu sejak turun temurun. Kata orang sebelah utara tanah air, " duk tak pa tak pa, lama2 tinggal celepa saja sebab isi dalam celepa habis boleh dekat depa "

Saya cadangkan orang melayu juga kena ada perasaan ultra kiasu macam orang cina. Orang cina mungkin sebab dia takut kalah maka itu lah yang dia minta dan minta dan minta, tuntut dan tuntut dan tuntut, ugut dan ugut dan ugut kepada pihak yang lapaq undi depa untuk mengekalkan kuasa. Sapa ? Najib lah yang lapaq sangat undi ultra kiasu. Umno tidak kisah sebab Umno dah sedaq selepas terkena (kena kencing) dengan ultra kiasu pada PRU13. Yang tak sedaq2, yang bermuka tak malu, yang bermuka tebal hanya lah anak kepada arwah Tun Hj Abdul Razak bin Hussien.

Sudah sampai masanya orang melayu kena minta daripada Najib, kena tekan Najib, kena ugut Najib, minta itu minta ini untuk kebajikan pendidikan anak2 melayu dan bumiputra, untuk kebajikan sekolah pendidikan islam. Bagi kata dua kepada Najib, " lu bagi kami undi Umno, lu tak bagi kami kata bye bye Umno macam mana ultra kiasu buat kepada BN pada PRU13 ".

Ya orang melayu kena kurang ajaq ( Musa Hitam pernah kata satu masa dulu ) untuk mendapat perhatian daripada pemerintah. Kalau duk " Tak Pa Lah, Biaq Pi Lah " lama2 bangsa lain akan kata dekat orang melayu " Hangpa Melayu Boleh Belah Lah, Ini Negeri dan Negara Sekarang Kami Yang Perintah Lah ".

Hj Ariffin

Anonymous said...

Saudara Anon 804 am

Jangan duk khuatir bila Najib nak gantikan Akta Hasutan dengan akta baru. Cuma kita kena ingat, sebelum Najib berjaya menggantikan Akta Hasutan kita minta semua perwakilan Umno mesti bertekad dan berazam mahu MENGGANTIKAN NAJIB DENGAN ORANG LAIN UNTUK MEMIMPIN UMNO SELEPAS PAU 2013. Insyalah Melayu dan Islam akan rasa selamat sikit kut.

Hj Ariffin

Anonymous said...

Pembetulan:

Komen di 8:04 AM, July 22, 2013 -

"sebelom tempoh bicara mereka (bukti menghasutnya nyata kapada semua orang) tamat."

sepatutnya di tulis

"sebelom tempoh penjara mereka (bukti menghasutnya nyata kapada semua orang) tamat."

Anonymous said...

memang sedih sekarang tengok melayu islam dah berpecah belah dan pm lebih menyebelahi ultra kiasau ini. takut nanti melayu berontak najib dah terlambat nak ambil tindakan

Anonymous said...

".. mereka tetap setia mempertahankan negara tercinta daripada diganggu-gugat oleh kuasa asing." Tidak seperti Tian Chua, Naib Presiden PKR, yang telah di kenakan tindakan Akta Hasutan kerana mempersendakan pihak Polis dan angkatan tentera mempetahankan negara sehingga 10 dari mereka terkorban di penyuludupan masuk orang Filipina bersenjata di Lahad Datu beberapa bulan lalu.

Kunci "setia mempertahankan negara" ada pada perasaan sayangkan dan cintakan negara. Perasaan yang timbul hanya bila ada perasaan ta'at setia kapada negara. Yang pula timbul dari kesanggupan menghormati dan mengikuti Perlembagaan negara sepenuhnya. Kesanggupan yang semestinya ada pada setiap warga negara. Malahan, kesanggupan itu ada lah menjadi tanggungjawab setiap warga negara.

Mengarut bila mengaku sebagai warga negara tapi tidak menghormati dan enggan hidup dengan Perlembagaan negara. Perlembagaan ada lah undang undang tertinggi di mana mana negara. Undang undang lain semua nya timbul dari Pelembagaan negara, di adakan bagi melaksanakan tujuan tujuan yang termaktub di Perlembagaan. Maka, tidak menghormati Perlembagaan bermakna tidak menghormati undang undang. Mana boleh warga negara berpendirian saperti itu.

Memahami sejarah negara ini boleh membantu menimbulkan rasa hormat kapada Perlembagaan negara, rasa ta'at setia dan cintakan negara. Bagus TS Muhyiddin telah memestikan Sejarah di sekolah sekolah. Tapi masih ada lagi yang tidak mahu menerima perkara perkara seperti Bahasa Malaysia, Kedudukan Istimewa Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak, dan kedudukan Islam sebagai "the religion if the Federation". Kebanyakan mereka terdiri dari generasi yang enggan berlajar atau tidak ingin mengtahui sejarah negara ini di masa yang lalu.

Maka mereka berkeras mahukan sekolah vernakular yang tidak menggunakan BM sebagai bahasa pengantar. Mengungkit Kedudukan Istimewa Melayu dan Bumiputera, walau pun Melayu dan Bumiputera boleh mengungkit kerakyatan mereka, sebab itu ada lah balasan baginya dalam apa yang di sebut "Kontrak Sosial". Mereka tidak hiraukan sensitiviti penganut Islam saperti pasangan Alvivi itu.

Generasi yang ketinggalan pelajaran sejarah seperti itu penting lah di bendung dengan undang undang saperti Akta Hasutan. Malangnya DS Najib mahu hapuskan Akta tersebut. Mahu di gantikan dengan Akta Harmoni. Saya tidak yaakin itu langkah yang baik bagi keharmonian negara. Harap ada kesempatan membincangnya lain kali di sini.

Anonymous said...

Tunggu lah anak mu dapat CGPA 4.0 Dan tak dapat tempat kat IPTA. Macam mana perasaan Anda masa tu?

Atau pun cuma dapat kursus kursus yang tidak dipohon seperti Sains Sosial, Tamadun Agama, Tamadun Bangsa dll walaupun dapat keputusan cemerlang.

Pemikiran seseorang yang digelar Profesor memalukan lain-lain Profesor sahaja.

Elok masuk politik bertanding kerusi MT kat UMNO.

Agaknya peluang amat lah cerah untuk jadi President nanti.

Mamakutty , separuh Melayu/India, Abdullah separuh Melayu/Cina pun dapat jadi Presiden UMNO walaupun DNA kata Bangsa lain tetapi diiktiraf Melayu kerana Perlembagaan kata bagitu.

RT juga layak digelar Melayu mengikut Perlembagaan. Me ngapa masih letak Bangsa Cinabeng kat atas profil tu?

Anonymous said...

Kalau melayu nak survive melayu kena jadi ultra kiasu. Kalau melayu duk lembek, Najib ambil sikit2 hak orang melayu bagi kat orang cina.

Adakah anda bersetuju melayu juga jadi ultra kiasu ?

Hj Ariffin

Anonymous said...

Pas ni namaknya langsung tak bela Islam bila kena hina. Saya rasa keadaan ini akan berterusan selagi adanya Nik Aziz dengan Hadi Awang dalam Pas. Dua mangkok hayun tua ni memang sangat2 takut kepada DAP. DAP buat apa pun kepada Islam 2 mangkok hayun tua ni tak pernah berani tegur DAP. Tidak keterlaluan kalau saya nak kata kedua2 mangkok hayun tua ini takut kepada DAP lebih daripada mereka takut kepada tuhan Allah.

Orang Umno duk riuh nak buang dah Najib. Hangpa orang Pas tak kan nak simpan lagi 2 mangkok besi karat tu. Nak simpan buat apa lagi, karektor mereka berdua sama macam Najib saja ... tak jaga melayu dan tak jaga islam.

Hj Ariffin

Anonymous said...

12:12 PM,

c&p ini untuk kamu:

You people keep making fun of the Malays, mamaks, etc, what about you Chinese? What's the equivalent to call you all also having mixed blood? Now, now, don't say you people are pure Chinese.

Here is what Professor C.P. Fitzgerald says in his book, "A Short Cultural History of China" (600+ pages) - he lived in China for 5 years to research and gather material for that book:

The phrase "origin of the Chinese people" is in itself misleading.

1. Chinese culture took root in the plains of Manchuria, a foreign country until after World War II

2. The northern provinces have always to some degree been mixed with "peoples from the Mongolian steppes"

3. The southern and central provinces of China were, before the northerners moved southwards, "covered" by non-Chinese, the Miao, small in size and who the Chinese were contemptuous of.

4. The south was occupied by "aboriginal tribes which once occupied the whole of south China". The ancestors of most of the migrants to Malaya/ sia came from the south. The Professor said, "A large proportion of the population of the south calling itself 'Chinese' is in fact descended from one or other of the aboriginal races" - page 6. “The southern people were then treated (by the northerners) as barbarous” – pg 32. Even in modern times, in Yunnan and Kueichou, tribesmen number half the population.

The southerners comprise the following major groups:

a. Fukienese (Hokkien), "a separate stock, mixed with immigrants from the north and the Yangtze Valley" and speaking "a peculiar dialect".

b. Cantonese, also speak a somewhat alien language, a form of old Chinese - the south was colonized by the northerners, colonization completed in the 7th Century - some 800 years after China was formed as a political entity by Chin Shih Huang Di.

c. Hakkas, of Kuantung province, known as "guest families" - they speak a peculiar dialect, despised by the Cantonese and do not inter marry. These people were said to have come from the north, running away from frequent Mongol invasions that culminated in the conquest of China by Genghis Khan in the 13th Century.

So, if any of you are referred to as descendants of the Miao (who are aborigines and non-Chinese), or other aborigines of south China, don't blame me, I'm just a messenger of the news. You can't also blame Professor Fitzgerald any more because he died some years ago.

Another Professor, Albert Kolb, also pointed out in his book, “East Asia”, 1971,

“Chinese culture cannot be thought of as originally Chinese because the Chinese themselves emerged gradually as a blend of many races and peoples”. (Pg 26).

So, how about we refrain from racial profiling and name calling, ha? Still angry with me, wanna call me names? Don't la, coz you also can be called names.

Anonymous said...

Tak apalah ...

4 lelaki didakwa culik Mun Tatt
bakal menghadapi hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dihukum mati boleh dikenakan sebatan setelah didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan; rentetan daripada kebiadapan alvivi.

Tapi lagi tak apalah ... permohonan semakan semula kehakiman difailkan pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee berhubung keputusan Hakim Mahkamah Sesyen yang tidak membenarkan mereka dijamin.

Kalau Alvivi bebas dengan ikat jamin dan lepas tu balas dendan sebagaimana tweet sebelum ni pun tak apa...

Kalau melibatkan Islam, Melayu dan raja Melayu dihina tak apa... Lepas bebas tanpa tindakan pun tak apa. Tak apalah kita beri peruntukan untuk ekspresi seni.

Tapi kalau Melayu bertindakbalas, tak apa dikorbankan untuk diambil tindakan dengan begitu pantas.

Kalau 'mereka' yang mulakan pun tak apa...


Anonymous said...

British di zaman kolonial dulu lagi ada sebut "tidak apathy" Melayu nih.

Tengku A Rahman bukan sahaja takpa lah, dia kata beri lah. Sampai keluarkan sitifiket kerakyatan pun tak payah ujian kecekapan BM. Jadi? Sampai sekarang ramai pendatang tak cekap, malahan tak tahu pun, cakap Melayu.

Ni Najib pulak ikut, takpa lah, beri lah. Lepas tsunami Cina pun masih buat gitu. Tu psal ramai Melayu dah laungkan supaya Perwakilan UMNO di PAU bulan November ini gantikan dia.

Anonymous said...

8:30 AM,

Tu pasal depa nakkan Najib di ganti. Dia ikut cakap Cina batalkan Akta Hasutan.

Cina DAP mesti nakkan Akat itu di hapuskan sebab menyusahkan depa nak cicah Pertuntukan Perlembagaan berkenaan Ketuanan Melayu, Kedudukan Istimewa Melayu, kedudukan Islam di negara ini dsbnya.

Kita kena rayu di sana sini supaya Perwakilan di PAU UMNO November ini gantikan Najib dengan pemimpin yang berjiwa Melayu.

Anonymous said...

Memang saya 150% setuju pengaruh Najib keatas Umno dan kerajaan ditamatkan pada Perhimpunan Agong Umno 2013 akan datang. Tapi Muhyidin Yassin nampak macam tidak menghargai harapan dan sokongan orang2 Umno yang mahukan perubahan pucuk pimpinan. Adakah Muhyidin takut nak mencabar Najib ATAU segan kerana takut dikata tak hormat pada Najib ATAU nak tunggu sampai minit2 terakhir.

Apa juga yang Muhyidin fikir, tak usah bimbang. Meminta Muhyidin mencabar Najib, bukan niat kami penyokong Umno dan ahli Umno nak rosakkan Umno. Kami hanya tak mahu Najib dan bukan kami tak mahu Umno.

DEMI ALLAH SESUNGGUHNYA KAMI TETAP MELETAK HARAPAN KEPADA UMNO UNTUK MENJAGA MELAYU MENJAGA ISLAM DI BUMI MALAYSIA INI. KENAPA TIDAK DENGAN PAS ? DEMI ALLAH KAMI NYATAKAN KAMI TAK YAKIN LANGSUNG PAS MAMPU JAGA MELAYU JAGA ISLAM DALAM KEADAAN DAN KAREKTOR PAS YANG ADA DEPAN MATA KAMI.

By Hook or By Crook This NAJIB MUST BE FORCED TO STEP DOWN FROM UMNO. Lagi lama Najib menerajui Umno lagi semakin parah orang Melayu dan Bumiputra jadinya.

Ahli Umno Titiwangsa

Anonymous said...

Ahli Umno Titiwangsa,

Syabas, kawan. Lega sikit hati dengor ada Ahli UMNO keluor suara macam Sdr. Nak ngarap lebih ramai lagi. Nak mintak Sdr hebahkan kpd dan pujuk Ahli Ahli UMNO yang lain.

Teman tak ahli apa apa parti pun. Tapi sokong UMNO sejak zaman tondan. Nak sangat nengok Najib di gantikan dengan pemimpin yang benor benor ada semangat Melayu. Tak boleh tunggu, kena di PAU November ni jugak. Kalau tak, nanti tak cukup masa pemimpin baru tu nak rancangkan dan implementasi rancangan dia untuk PRU14.

Jawapan so'alan Sdr, Muhyiddin nak tunggu sampai minit2 terakhir. Nanti lapang, akan huraikan sebabnya dari segi pendapat saya.

Anonymous said...

Ahli Umno Titiwangsa,

Sebab sebab Muhyiddin ke sesiapa ke kena tunggu sampai minit minit terakhir:

1. Awal sebut minat, awal musuh laknat. Termasuk minta bomoh jampi dsbnya.

Percaya lah, ini berlaku hingga peringkat tertinggi. Walau kononnya kuat agama pun. Mintak do'akan, kata diaorang, tak salah mintak orang tolong do'a. Tapi ayam putih, ayam hitam, lain kira. Sekarang tak pakai itu semua. Takut ayam berak, busuk lantai. Ekaun bank lebih bagus.

Saya pernah jadi drebar, nak nolong kawan politik pergi jumpa bomoh. Tunggu dalam kereta, bomoh tak kasi saya ikut kawan masuk pondok tu, ada kelambu dalam, pelita colok. Tak boleh enjin kereta hidup, bising nanti orang kampung riuh. Panas le teman berpeluh, aircon pun tak boleh. Kena bukak tingkap. Hentam dek nyamuk pulak. Nasib le, nak tolong kawan baik. Tak boleh cakap sapa.

Emak saudara kenalan rapat saya bomoh juga. Di kota. Politikus tertinggi pernah berbomoh dengan dia. Tak boleh cakap sapa juga.

Begitu sengit pertandingan, begitu kuat azam nak menang, kuasa duit dan janji tak cukup, kena jugak "mintak orang tolong do'a".

(Kawan kawan politik saya dah tak aktif lagi dalam politik sekarang. Kalau tak, mana saya ada masa blogging, hehe. Jangan marah, angkat bakul sendiri sikit.)

2. Nak tunjukkan tak kejorkan kuasa sesangat. Biar di-calon, jangan mintak di calon, atau nyata nampak mengendeng nak orang calonkan.

Di England ada komedi BBC TV "Yes Minister". Selalu di jenakakan bila orang politik di tanya minat tanding ke tidak, jawabnya serta merta tidak. Dan orang yang dengar jawapan itu tentu anggap dia sangat minat, tapi cakap tak minat. Hal ini benar di Malaysia juga. Tapi bila dah banyak orang calonkan dia, baru lah dia kata "sanggup jadi calon, atas permintaan ramai ..."

3. Tak boleh sebut minat sekarang sebab belom ada banyak pengumuman pencalonan dia. Sekarang semua pihak yang minatkan jawatan di PAU sedang sibuk "lobi secara senyap". Kempen oleh "orang orang mereka". Macam Najib dah jadikan Khairy Menteri, Khairy mungkin yang mintak Azeeez MBA tipu di letakkan sebagai boss di Tabung Haji. Azeeez dapat kemudahan dan jentera untuk orang orang Pemuda UMNO bergerak merata negara kempen senyap senyap calon calon mereka.

Tak tahu le sama ada Muhyiddin dah ada orang dia buat demikian.

(Bersambung)

Anonymous said...

(Sambungan)

Ahli Umno Titiwangsa,

4. Selalunya orang yang pegang jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang pegang kunci, atau mengetuai kempen untuk si polan si polan yang nak tanding jawatan tertinggi. Dan Ahli MT itu sendiri nak kemepen untuk sambung jawatan dia atau tanding jawatan lain. Dia kena adakan suatau barisan bertanding. Mengandungi calon calon Presiden, Timbalan, Naib Presiden, Ahli Ahli MT. Mungkin "barisan calon" itu belom menjelma atau belom tertubuh dengan teguh. Jadi, kena diam le dulu, tak boleh umumkan nak tanding itu atau ini.

5. Ahli Ahli MT belom lagi dapat gambaran siapa akan di pilih jadi Ahi Ahli Perwakilan kapada PAU bulan November. Belom dapat kaji dengan munasabah Perwakilan mahukan jawatan Presiden dan Timbalan di tanding atau tidak, kalau di tanding, siapa yang mereka suka. Bila dah dapat gambaran lebih tepat nanti, bahru lah mereka bina "barisan calon", selepas itu bahru umumkan pencalonan itu.

6. Ahli ahli pulak dah dengor Tun Dr Mahathir nasihat jangan tanding dua jawatan tertinggi itu. Tun Dol pun cakap tapi saya fikir tak ramai yang pedulikan Tun Dol cakap. TDM cakap, dia orang dengor, fikir, bincang. Tapi saya dengor ada yang kata TDM cakap gitu sebab dia nakkan Najib tolong gunakan kuasa dia naikkan Mukhriz. TDM dah naikkan Najib, giliran Najib pulak naikkan Mukhriz. Sebab itu, mereka kata tak perlu ikut nasihat TDM. Mereka mahukan di tanding jugak.

Jadi, memang masih awal bagi Muhyiddin nak sebut minat atau tidak tanding jawatan No 1 itu di bulan November. Mungkin 1-2 "orang dia" saja yang tahu sekarang. Politik kotor, kalau sebut kapada ramai "orang dia" pun, takut ada yang jadi macam Anwar Al Juburi, mahu gigit tangan yang bimbing dia, takut kena sabotaj, walau belom di calonkan pun. Jadi, sekarang maalumat nak tanding ke tidak itu ada lah Rahsia Besar.

Takda bomoh pulak nak tanya di tanding ke tidak dua jawatan tertinggi tu, hehe. Tapi saya nak Najib di gantikan.

Anonymous said...

Teirma kasih Anon.

Tak apa lah. Kita tunggu sampai minit terakhir berita dari Muhyidin. Yang penting kita kena STOP Najib. Jika tidak orang melayu jadi celaru tak tahu mana satu nak pilih pada PRU14 nanti.

Saya sendiri dapat rasa orang melayu yang bukan ahli Umno yang tak berapa nak ngam dengan Umno, telah memaksa diri mengundi Umno pada PRU13 semata2 untuk menyekat kemaraan DAP dan semata2 untuk nak counter react terhadap " tindakan semacam memboikot " oleh puak cina dan india dalam program2 anjuran BN dalam masa kempen PRU13.

Saya tak tahu sama ada Najib sedar atau tidak perkara ini. Kita nampak Najib macam tak nak berterima kasih kepada kelompok bukan Umno yang mengundi Umno. Najib silap banyak, silap perhitungan.

Insyallah, secara senyap2 dikalangan ahli Umno dah ada rasa bahawa Umno perlu perubahan pucuk pimpinan. Benar kata saudara, kita nantikan pencalonan untuk PAU 2013 terlebih dahulu.

Ahli Umno Titiwangsa

Anonymous said...

Aku jadi serba salah bila bab Syiah diperkatakan. Bagus memang bagus MB Kedah dan MB NS masukkan dalam undang2 menyekat penyebaran fahaman Syiah.

Tetapi akan lebih berkesan lagi jika Majlis Fatwa Kebangsaan memfatwakan " Syiah Bukan Ajaran Islam Yang Sebenar " .. tak kata " Syiah Kafir " pun tak apa .. setidak2nya orang nampak " Fahaman Syiah Bukan Fahaman Islam " .. maknanya " Syiah Itu Kafir ".

Kalau kita berani mewartakan " Syiah Bukan Ajaran Islam ", insyallah kita akan dapat menghindari orang melayu daripada cuba2 berjinak dengan Ajaran Syiah. Kerana orang melayu tahu agama2 ini " Bukan Ajaran Islam " maka mana ada orang melayu yang mahu cuba mendekati Ajaran Agama Kristian, Ajaran Agama Buddha atau Ajaran Agama Hindu.

Apa susah sangatkah Malaysia nak memfatwakan " FAHAMAN SYIAH BUKAN AJARAN ISLAM " ????

Kalau tak berani nak memfatwakan sedemikian, rasanya undang2 pun tak akan berjaya menyekat Syiah daripada berkembang. Ulamak Sunni mesti berani berkata dengan terus terang " SYIAH BUKAN ISLAM, SYIAH ADALAH KAFIR ".

Kalau Ulamak Sunni tak berani berkata sedemikian, maka orang akan bertanya balik .. KALAU SUNNI ISLAM, KALAU SYIAH ISLAM, JADI APA MASALAH KITA SEBENARNYA ?????

Boleh kah anda Ulamak Sunni menjawab sehingga memuaskan hati orang yang bertanya, sehingga mendorong dia menutup pintu hatinya terhadap Syiah sebagaimana dia menutup pintu hatinya terhadap agama Kristian, Hindu atau Buddha.

Hj Ariffin.

Anonymous said...

I used to be proud to be mixed blood of half chinese half melayu but am no longer now. I'm so disappointed with my half chinese origin, so insensitive towards others that chinese actually degrade themselves to the lowest levels contrary to what they always hold dear ie. dignity and honor. If some of us clones of chinese melayu blend together in our bloodstream can breathe as human, why cannot you people out there become human at least civilised human.

Anonymous said...

I used to be proud to be mixed blood of half chinese half melayu but am no longer now. I'm so disappointed with my half chinese origin, so insensitive towards others that chinese actually degrade themselves to the lowest levels contrary to what they always hold dear ie. dignity and honor. If some of us clones of chinese melayu blend together in our bloodstream can breathe as human, why cannot you people out there become human at least civilised human.

Anonymous said...

Masih Tentang Sunni Syiah

Kalau Ulamak Sunni Malaysia tak berani nak kata Syiah Bukan Ajaran Islam, maknanya kita mengakui bahawa Fahaman Syiah itu Islam sebagaimana Fahaman Sunni. Maka hendaklah dicari jalan terbaik untuk menyelamatkan bangsa melayu daripada berpecah2 lagi .. dah pecah kerana politik dan kini nak pecah kerana agama pulak .. akhirnya melayu akan hancur berderai umpama pasir.

Jalan yang patut diambil adalah :

1. Jangan dibesar2kan perbedaan Sunni dan Syiah. Anggap saja ianya umpama " Kari/Gulai " .. ada orang suka masak kari banyak santan, ada yang suka sikit santan dan ada yang tak bubuh santan langsung. Walau apa pun orang tetap panggil masakan itu " Kari/Gulai " cuma rasanya saja yang tidak serupa tetapi pedasnya tetap sama. Sunni kah Syiah kah, pergilah ceruk dunia mana pun orang bukan islam tetap kata kita " Muslim ", sama macam kita anggap orang Kristian semua sama saja tak kira lah dia nya Katholik atau Protestant .. jadi apa masalahnya.

2. Para Ulamak Sunni dan Ulamak Syiah patut duduk bersama untuk mencari titik persamaan dalam amalan masing2 .. yang penting orang sebut kita sebagai " Kari/Gulai " nak kurang atau lebih santan itu ikut selera masing2, tetapi bila nak makan kedua2 pihak boleh makan tanpa complain.

NB : Yang jadi masalah. Pihak yang masak kari bubuh santan duk kondem kata kari tak bubuh santan tak sedap, tak boleh dimakan, kalau makan boleh sakit perut. Macam tu juga dengan pihak yang suka kari tak bubuh santan, tak habis2 duk jaja kata kari bersantan tak bagus untuk kesihatan, boleh kena sakit jantung, boleh dapat darah tinggi.

Tapi bila mereka tak ada pilihan kari bersantan kah tak bersantan kah mereka bedal semacam saja. Contoh : Orang Malaysia pergi Iran, mereka turut sembahyang berjemaah di mesjid, imamnya orang Syiah, boleh pulak mereka menjadi makmum, dah tu sah pulak sembahyang dia. Begitu juga bila orang Iran datang Malasyia, boleh pulak mereka orang Syiah menjadi makmum kepada imam Sunni.

Semoga contoh Kari/Gulai yang saya bawa di sini dapat membuka mata dan minda kita semua khasnya orang melayu. Kerana saya rasa isu Sunni Syiah ini mengarut sahaja tak menguntungkan orang melayu malah memudaratkan lagi ada. FIKIR2 LAH ..

Hj Ariffin

Anonymous said...

Ahli Umno Titiwangsa,

Saya yaakin Najib sedar perkara yang Sdr katakan tu semua. Hai, dia ada berbagai Pegawai Penerangan di berbagai peringkat, Ahmad Maslan di peringkat nasional, yang lain di peringkat Bahagian, ada lain pulak di peringkat Cawangan. Takkan takda yang melapurkan kpd dia.

Kalau lah kata ramai yang tak mahu sampaikan berita buruk, takut gejala "killing the messenger" kata omputih, dia ada Polis Cawangan Khas yang saya fikir tugasnya ada lah mengawasi dan melapurkan keadaan politik apa pun. Bak kata CIA atau FBI, orang politik korek hidung salah tempat pun di lapurkan. Ini benar. Ada filem dokumentari fasal tu.

Terutama sekarang, ada macam macam alat canggih depa pakai, tindak tanduk, tingkah laku seperti itu di analisa secara saintifik untuk mengtahui sipolan itu jenis Anwar Al Juburi ke, jenis Kok Siang Madam Foo ke, jenis Hadi Malam ke, oops silap .. jenis Stopa Spender ke. (Gila, dok balon pompuan tu, bukak beg kasi duit berkepol, kata kaki sakit tak boleh sembahayang duduk, jadi Hadi kata tak mungkin Stopa menimpa, mengarut.)

Macam Anwar Al Juburi, siapa yang melaporkan dia menyondol belakang kalau tak Polis Cawangan Khas. Macam Edgar Hoover, boss FBI berpuluh tahun, dia simpan rekod spenda ke hape orang politik atasan Amerika, atas alasan tak mahu agen negara asing "kompromikan depa" ugut nakkan maalumat rahsia dsbnya. Tapi Edgar pulak gunakan maklumat begitu untuk pegang bola Presiden JF Kennedy supaya tak buang dia dari FBI. Mcm mcm, beb.

So'alannya, bila dapat maklumat Cina dah mangkin kurang datang ke kempen BN dulu, apa Najib buat? Tak buat apa, bang. Dia yaakin ramai yang sokong dia, ramai yang banggakan dia, panggil dia Ah Jib Gor, bunyi sentimental, ingat tak?

Jadi dia teruskan dengan rangcangan liberal dan liberallisasi dia. Mampuih pi lah DEB apakebendenya, kata dia. Adik dia Nazir dia letak di CIMB pun ketawakan DEB - cakap fasal "menganakharamkan DEB". Kasar tu beb, Inggerisnya "Bastardization of NEP". Celaka. Aku tak boleh ma'af dia.

Aku kesiankan bapak dia orang yang kita anggap mulia - Tun Razak semput dalam kuburnya kalau tahu dua anaknya tu pemikiran dan tabi'at begitu. CIMB dulu BBMB yang Tun Razak tubuhkan untuk membantu menaikkan Melayu dalam lapangan ekonomi. Sekarang penuh Cina, aku dengor. Berapa Melayu di tolong, tak tau le.

Kita teruskan riuhkan di sana sini mintak Perwakilan tukarkan Najib, ok bro? Salam.

Anonymous said...

9:20 AM,

Steady, take it easy a bit.

Remember that we all are mixed blood. Those believing human beings are descended from Adam and Eve, the original human beings in this world, must remember that its been hundreds of thousand years the cross breeding been going on in history. Those believing we are descended from Africa believe we have African or Negro blood maybe.

Even those believing we are descended from this area, how do we know our ancestral lineage beyond 3,4,5 generations. How much of mixed blood have been in our system.

People are not bad by race. But maybe by racial traits. The Chinese are not bad but the DAP Chinese and the tsunami Chinese are bad - they carry racial traits that may not be acceptable by the values inherent in our Constitution. A simple example is the attitude of secret societies, thugs and gangsters. Another is of ingratitude.

Maybe I will expand the above when free another time.

Anonymous said...

Sdr Hj Ariffin,

Macam mana pun, Syi'ah tak boleh di Malaysia. Di haramkan.

Takda so'al kari ke, asam pedas ke, masak lemak cili api ke. Tak boleh, full stop.

Dah undang undang negara ini. Nak wat camna?

Anonymous said...

9:20 AM,

Being kiasu is ok, being ULTRA kiasu is not.

Anonymous said...

Ahli Umno Titiwangsa
8:12 AM, July 24, 2013,

Kena selalu cakapkan nak Mahyuddin.

Baru orang terfikir nak calonkan dia. Lagi banyak orang calonkan, lagi senang dia nak kata dia minat tanding No 1.

Anonymous said...

Saya setuju dgn Ahli Umno Titiwangsa dan Hj Ariffin.

syaifulnizam said...

Malaysia adalah suatu negara yang berbilang kaum. jesteru kita perlu mengambil pendekatan yang tidak menguriskan hati perasaan yang tidak seagama atau sebangsa dengan kita. Bukan semua setuju dengan pemikiran pemimpim-pemimpin mereka. Bagi yang muda Mereka sebenarnya tidak tahu akan sejarah penubuhan malaysia dahulu. Jadi mata pelajaran sejarah adalah pekara yang wajib dipelajari disekolah dan kalau perlu WAJIB LULUS dalam sistem peperiksaan. Inilah natijahnya kalau pelajaran sejarah dianggap sebagai pelajaran biasa biasa sahaja dan inilah hasilnya mereka menuntut hak kesamarataan. MEREKA TIDAK FAHAM....

Anonymous said...

Berdosa besar kita memusuhi Syiah. Memusuhi Syiah sama seperti memusuhi tuhan. Tuhan suruh kita bersatu, tuhan tak pernah suruh kita berpecah. Dalam kamus tuhan tak ada Sunni atau Syiah.

Tuhan tak kata Sunni Islam, tak juga kata Syiah Islam. Tuhan sengaja biar kita sendiri yang putuskan.

Saya Sunni kahwin dengan wanita Syiah. Kami cukup bahagia. Tak ada masalah dalam kami beragama.

Sunni + Syiah

Anonymous said...

Sebagai seorang bangsa melayu islam, saya terkilan dengan sikap perdana menteri kita yang banyak menggabaikan hak hak penganut islam bahkan juga hak hak bangsa melayu semata mata mahukan undi kaum bukan islam. Hati bangsanya sendiri tidak dijaga, hati bukan islam sibuk mahu dijaga sedangkan terang terang bukan islam di malaysia ini tidak menghormati islam, maka kalau ikut kan sudah tak layak mereka itu dilindungi. Mereka itu umpama api dalam sekam, gunting dalam lipatan. Jika diperhati rentak arus politik sekarang, perdana menteri kita seorang yang penting kan populariti berbanding kelansungan islam am nya dan kelansungan anak bangsa khususnya. Sungguh, amat saya sedih dan terkilan. Tapi pasti rungutan anak bangsa nya ini tidak akan perdana menteri perdulikan. Jika diamati, bertuah juga bangsa cina kerana ada lim kit siang.

Anonymous said...

Ahli Umno Titiwangsa,

Najib kata di majlis harijadinya di rumahnya:

“My thanks to all for being present here today especially my network of friends from the time I was Umno Youth head. We are all now much older but at least reunite once a year and this time in conjunction with my birthday which was yesterday (Tuesday)."

Nampaknya itu le orang nya yang melobi untuk dia, yang kesana ke mari cakap jangan tanding jawatan No 1.

Kita kena selalu cakap nakkan Muhyiddin atau sesiapa lain. Supaya ramai Perwakilan di PAU gantikan dia.

Dia bukan sindrom tak apalah. Dia sindrom kasi lagilah.

Anonymous said...

Sunni + Syiah
1:15 PM, July 25, 2013,

Siapa kata berdosa besar nemusuhi Syi'ah? Kalau tak, apasal di Iraq depa berbunuh? Iraq tu bukan Islam ke?

Kau tak hormatkan undang undang di Malaysia ke? Kalau tak, kau pergi lah diam di Iraq atau sebagainya.

Undang undang Malaysia tak benarkan Syi'ah di praktikkan di sini.