(Sinar Harian 8.7.13)
Rakan blogger Hj Ariffin mencadangkan
supaya Melayu berguru dengan Cina jika mahu berjaya dalam politik. Katanya, banyak
yang Umno dan Pas boleh pelajari daripada cara, ketegasan dan kesepakatan orang
Cina dalam politik. Misalnya;
1. Menolak jawatan dalam kerajaan. Lihat
bagaimana MCA dan Gerakan sepakat tidak mahu terima jawatan dalam kabinet jika
parti mereka kalah teruk. Malah MCA sampai sanggup memecat ahlinya hanya kerana
terima jawatan exco dalam DUN Johor.
2. Mempertahankan kepentingan bangsa,
bahasa dan kebudayaan Cina. Lihat bagaimana MCA, Gerakan dan DAP walau pun
tidak dalam kem yang sama, sepakat bangun mempertahankan sekolah vernakular SJKC.
3. Membantah Hudud. Lihat bagaimana DAP
walau pun sama kem dengan Pas, menyokong bantahan MCA dan Gerakan terhadap
cadangan mengHUDUDkan negara jika Pas berjaya menerajui Putrajaya.
4. Membantah penutupan Jonker’s Walk. MCA sungguh pun dalam
satu kelambu dengan Umno senada dengan DAP, mengecam tindakan yang diambil oleh
Ketua Menteri Melaka.
Nasihat saya sebelum mengulas lanjut,
jangan pandang rendah pada kekuatan dan kebaikan bangsa sendiri. Terlalu banyak
untuk dibicarakan. Cuba buat muhasabah dan rujuk sejarah, tentu ada jawapannya.
Melekehkan bangsa diri sendiri bermakna memandang rendah diri sendiri.
Pada pendapat saya, isu yang
dibangkitkan Hj Arifin, tidak berhenti setakat itu. Masih ingat lagi kita kempen-kempen
PRU13? Bagaimana bukan Islam begitu berani menghina cuti umum pada hari jumaat,
salon berasaskan jantina, larangan arak, zina dan judi dan sebagainya. Saya
tidak pernah lupa penghinaan sebegini, hanya kerana mahu menyindir PAS.
Ini belum termasuk betapa beraninya
peguam mereka menghina Islam di mahkamah. Lihatlah betapa bersatunya mereka
menghalang Majlis Agama Islam dalam isu penentuan agama anak-anak jika ibu bapa
memeluk Islam. Mereka tidak mahu sama sekali anak-anak tersebut diIslamkan.
Boleh dikatakan semua Mufti bersependapat,
Seksyen 107(b) dalam Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah
Persekutuan) 2013 yang memperuntuk persetujuan salah seorang ibu bapa memadai
untuk tukar agama kanak-kanak di bawah umur kepada Islam tidak boleh
dipertikaikan.
Keputusan Kabinet 2009 bahawa agama
kanak-kanak tidak boleh ditukar oleh ibu atau bapa secara sepihak tidak boleh
diguna pakai kepada penganut Islam. Menurut Mufti Selangor, dari segi hukum
hadanah (penjagaan anak), anak bawah umur asalnya adalah di bawah penjagaan
ibu. Namun, dalam isu berlainan agama, anak itu perlu mengikut agama ibu atau
bapanya yang Islam. Misalnya, jika si bapa memeluk Islam, tetapi si ibu tidak,
maka agama anak mereka yang di bawah umur akan mengikut si bapa. Perkara ini
telah diputuskan Majlis Fatwa Kebangsaan dan dipersetujui Majlis Raja-Raja.
Mufti Perak menyatakan, Islam merupakan
agama rasmi dan negara ini terikat dengan undang-undang Islam. Peruntukan
menukar agama kanak-kanak di bawah umur kepada Islam yang memerlukan
persetujuan salah seorang ibu bapa sudah dipakai sejak sekian lama. Mengapa
perkara ini dibangkit sekarang? Undang-undang itu dibuat berdasarkan
undang-undang Islam dan tidak boleh dipertikai!
Amat malang lagi, bila ada pemimpin Umno
yang berjawatan menteri tidak bersetuju dengan peruntukan yang memihak kepada
Islam. Menteri ini jugalah yang turut memberi amaran kepada ketua pemimpin negeri
Melaka (Umno) supaya mengkaji balik keputusan mahu menutup Jonker’s Walk.
Memetik kata-kata blogger itu lagi, kewujudan
Jonker’s Walk itu tidak sedikit pun
membawa kebaikan kepada orang Melayu Umno sendiri. Kebelakangan ini ramai pemimpin
Umno (Menteri) sudah menjadikan orang Melayu sendiri naik meluat. Mereka
kononnya mahu menjadi jaguh kepada kaum bukan Melayu tanpa menyelidiki fakta
yang sebenar.
Faktanya bukan Jonker’s Walk yang ditutup, tetapi membuka laluan Jonker’s Walk kepada kenderaan, supaya
tidak berlaku kesesakan bandar Melaka berpanjangan. Alasan ini amat kukuh.
Bayangkan jika Jonker’s Walk itu
milik Melayu. Apakah menteri itu akan tampil membela?
Ini tidak, pantang hak ultra kiasu
disentuh. Heboh satu dunia bagi menunjukkan betapa mereka teraniaya dan
kejamnya Umno.
Nasihat saya kepada orang Melayu Islam
dan Umno, dalam memahami semua isu ini, perlu mengaji dan belajar dahulu,
beberapa asas dan aspek agama Islam. Paling kurang, bacalah kitab fiqh awlawiyyat atau buku memahami
keutamaan oleh Yusuf al-Qaradawi supaya tidak jadi jahil murakab.
Bukan apa, saya cukup bimbang dengan
trend politik hari ini, kerana mahu sangat menjaga hati orang lain, hati
sendiri terluka. Tidak ada siapa mahu mengubatnya. Akhirnya, luka tersebut
menjadi semakin mendalam. Kebimbangan saya, luka mendalam itu tidak dapat
disembuh dengan apa jua ubat selepas itu.
Kesimpulan, tidak payah berguru dengan
Cina untuk bersatu, bergurulah pada bangsa sendiri berteraskan Islam. Saya pasti ada jawapannya.
Nabi Muhammad SAW, tidak pula berguru kepada orang lain, walaupun buta huruf. Baginda
hanya berpandukan kepada wahyu Allah. Hasilnya, Rasulullah dan umatnya menjadi
orang hebat.
Hari ini, Nabi telah tinggalkan kepada
kita wahyu Allah (al-Quran) dan sunnahnya. Rujuklah sepenuhnya. Saya yakin kita
akan menjadi hebat. Ini tidak, hak sendiri yang begitu bermakna tidak dirujuk,
tetapi terlalu obsess dengan orang lain.
31 comments:
Tak payah bergurukan Cina. Bukan nya kaum Melayu takda tamadun. Baca lah buku, "Tamadun Alam Melayu", penerbitan Persatuan Sejarah Malaysia, Wisma Sejarah, depan IJN, Jalan Tun Razak, KL.
Melayu punyai kecekapan membina kapal dan kecekapan jurumudi (navigation) lebih dari Cina pun, di akui oleh pengembara Cina I Xing, yang melawat dua pusat tamadun alam Melayu Srivijaya di abad 7 - Palembang dan Kedah. Dia menaikki kapal besar sehinga seratus kaki panjang yang di bina oleh orang Melayu. Ada di rekodnya di Arkib di negeri Cina hingga sekarang.
Buku itu menyatakan bahawa Melayu telah menjelajah dan meninggalkan warisan di 1/3 kawasan di dunia ini sejak beribu tahun dahulu.
Cari pemimpin yang benar benar berjiwa Melayu. Tukarkan mana yang dah nyata tidak. Nak kejarkan undi, Najib membelakangkan DEB dalam Model Ekonomi Barunya. Adiknya di CIMB ketawakan DEB, di diamkannya sahaja.
Melayu kebelakang dalam bidang ekonomi dll akibat layanan lebih British kolonial terhadap kaum Cina yang kebanyakan tinggal di bandar, dapat berbagai kemudahan termasuk Sekolah Menengah dan Sekolah Inggeris. Berbagai tongkat di beri. Dapat tongkat hingga sekarang. Berbagai lesen dll sehingga jadi terkaya dalam negara ini sudah banyak dekad.
Padang perlu di sama ratakan. Tapi Najib nampaknya tak pedulikan perlunya ini. Mahukan liberal, kononnya. Ikuti kehendak Cina tsunami meritokrasi, kononnya. Tak indahkan kemahuan Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.
Dah 2 bulan selepas tsunami Cina, dia masih lagi pentingkan kehendak Cina tsunami. Mereka hendakkan Akta Hasutan di batalkan pulak. Supaya boleh mereka melanda landa menghasut seperti di lakukan oleh Red Bean dsbnya. Najib ikut cakap depa. Nak batalkan Akta Hasutan.
Tapi takda pengumuman nak penuhkan kehendak Melayu dan Bumiputera. Giatkan DEB, umpamanya.
Jadi, tak payah bergurukan Cina. Hanya tukarkan Najib dengan pemimpin yang benar benar berjiwa Melayu.
Salute for u Prof Ridhuan Tee.. Alhamdulillah..
Saudara Ridhuan Tee
Terima kasih sangat kerana tuan sudi petik posting saya untuk dibincangkan pada kali ini.
Niat saya cuma satu sahaja. Saya mahu orang melayu buka mata buka minda. Terus terang saya katakan, mengikut penilaian dan analisa bodoh saya, saya perhatikan orang melayu ini hanya menilai dan menerima sesuatu berdasarkan apa yang tersurat sahaja. Mereka sama ada gagal atau malas nak menyelami apa yang tersirat.
Izinkan saya memetik kejadian2 yang berlaku menjelang dan semasa PRU13 baru2 ini. Untuk dijadikan iktibar dan panduan dalam menghadapi PRU14.
Kes Pertama - Umno Kena Tipu
Orang cina (pengundi) berjaya mengabui penglihatan para pemimpin tertinggi Umno. Buat majlis perjumpaan bersama masyarakat cina, Najib melihat dengan mata kepala sendiri ribuan orang cina turun menyatakan sokongan sambil mengangkat sepanduk " I luv PM ". Najib pun dengan senang hati berwajah ceria mengumumkan " saya meluluskan sekian banyak juta peruntukan untuk sekolah cina, tokong cina dan macam2 cina lagi ".
Dan Najib juga dengan penuh yakin, memberi tahu kepada orang melayu melalui media arus perdana " orang cina sudah patah balik kepada BN ".
Tapi orang2 seperti saya yang cuba menyelami yang tersirat sering bertanya dalam hati " ia kahhhh ??? " berdasarkan keadaan berikut :
1. Bila Najib hadir dalam majlis bukan khusus untuk orang cina, bilangan orang cina dan india yang ada dalam majlis itu " boleh dibilang dengan jari "
2. Pada saat2 nak menentukan calon BN untuk bertanding dalam PRU13, saya terasa sangat " Heran bin Ajaib " bila tanpa dipaksa ketiga2 Presiden parti cina (MCA, Gerakan dan SUPP) dengan rela hati tidak mahu bertanding atas alasan " mahu membantu dalam kempen calon BN ". Mungkin Hj Ariffin sorang saja yang " Heran " sedangkan Najib dan Muhyidin tidak.
3. Pada saat2 nak menentukan kawasan pilihanraya untuk diagihkan sesama komponen BN, tidak pernah berlaku dalam sejarah, MCA atau Gerakan dengan rela hati menyerahkan kawasan kepada Umno tanpa meminta ganti kawasan atas alasan parti mereka bukan " winnable " di kawasan itu. Pada hal sebelum ini, kalau sesuatu kawasan itu diwakili oleh mereka (MCA/Gerakan) walau pun baru satu penggal sahaja, kalau Umno nak ambil balik mesti ada gantinya. Kalau tak ada ganti " keluar daripada BN pun mereka sanggup ". Pada Hj Ariffin kejadian itu " benda pelik " tapi mungkin tidak pelik pada Najib dan Muhyidin.
Bersambung lagi ....
Hj Ariffin
Sambungan ....
Nahhhh tahu2 pada malam penentuan PRU13, Najib tanpa rasa malu secara live seolah2 nak beritahu kepada orang Umno dan penyokong Umno (bukan ahli) bahawa " Umno dah kena tipu kena kencing dengan orang cina ". Tapi Najib cakap berlapik dengan berkata " BN gagal mendapat majoriti dua per tiga kerana Tsunami Cina ".
Cuba dari awal2 lagi Najib dan Muhyidin cuba membaca apa yang tersirat disebalik yang tersurat, tak lah " kena kencing hidup2 ". Tak kena kencing lagi apa nya, mereka minta itu minta ini, Najib pun bagi itu bagi ini, tapi undi mereka bagi " solid molid kepada DAP ". Sedangkan orang melayu tak minta pun itu dan ini, sebab orang melayu kasihan dekat Najib, sebab orang melayu simpati dekat Umno yang kena tekan kiri kanan depan belakang dengan rakan2 dalam komponen BN. Agaknya dalam kepala orang melayu mereka berkata " tak apa lah nakkkk, kita makan lah apa yang ada, kasihan ayah mu yang sedang dalam kesusuhan nak ambil hati anak2 tirinya ". Itu lah ibaratnya pengorbanan orang melayu demi nak melihat Umno kekal menjadi kerajaan. Pada hal kalau nak ikutkan hati, orang cina minta 5 juta dekat Umno, orang melayu kena minta 10 juta. Orang melayu boleh bagi kata dua kepada Umno, " awak bagi kami sokong Umno, awak tak bagi kami sokong Pas ". Tapi orang melayu tak buat macam tu, Umno bagi ka tidak mereka tetap sokong Umno.
Bab ini Najib dan Muhyidin kena insaflah sebab PRU akan ada lagi ... jangan biarkan mereka kencing diatas kepala anda berdua sampai 2 kali.
Kes Kedua - Pas Kena Tipu ... akan menyusul selepas ini.
Hj Ariffin
betul..sejarah melayu terlalu panjang.tapi kita hanya disuap dengan sejarah yang hanya untuk mengambil hati bangsa lain dengan menutup kehebatan sejarah bangsa sendiri.tengok lah di filem dan sejarah melayu kita hanya ditunjukkan melayu sbg mundur dan lemah yg hanya melawan dan diratah penjajah..strategi perang yg bodoh..dll..betapa byk nya jasa pemimpin melayu terdahulu tapi jasa yap ah loy yg dibanggakan.
saya sokong.tukar najib dan ubah umno.
saya sokong.tukar najib dan ubah umno.
Nazri Gesa Hapus Akta Hasutan ... siapa yang bersetuju dengan Nazri ?
Hj Ariffin pula nak buat gesaan kepada para perwakilan Umno pada PAU 2013 nanti. Gesaan Hj Ariffin berbunyi begini ....
" PARA PERWAKILAN UMNO PADA PAU 2013 WAJIB DAN WAJAR MENGHAPUSKAN NAZRI AZIZ SEBELUM DIA BERJAYA MENGHAPUSKAN HAK2 ORANG MELAYU, RAJA MELAYU, BAHASA MELAYU DAN AGAMA ISLAM "
Adakah anda bersetuju dengan Hj Ariffin ???? ... Sila nyatakan pendirian anda.
Hj Ariffin
Siapa yang ada komplex atau rasa tak percayakan diri atau kaum sendiri perlu baca buku buku brikut:
1. Tamadun Alam Melayu
2. The Malay Civilization
penerbitan Persatuan Sejarah Malaysia, boleh di beli di Muzium Negara atau di Wisma Sejarah, di hadapan IJN, Jalan Tun A Razak, KL.
Buku itu memberi penerangan berkenaan asal usul Melayu, selama lebih 6,000 tahun dahulu, berpunca di Gugusan Pulau Pulau Melayu (the Malay Archipelago). Tamadun Melayu lebih awal dari tamadun Cina. Melayu menanam padi dan tamadun makan nasi lebih awal dari Cina di negeri China. Pakar berkenaan menjumpai peninggalan beras di sebuah gua di utara Semenanjung Tanah Melayu yang di analisa carbon dating, menunjukkan banyak ribu tahun umurnya.
Berpuluh kajian saintifik yang di buat berbagai pakar dalam bidang bahasa (linguists), kaji maanusia (anthropologists), kaji bahan purba (archaeologists) dll sejak abad 18 ada di terangkan di buku buku itu.
Melayu punyai skills membina perahu berpelampong dan kemudiannya kapal yang bertingkat dan panjang sehingga seratus kaki, kepakaran jurumudi (navigation skills) yang membolehkannya menjelajah lautan dan meninggalkan warisan ke 1/3 kawasan di dunia ini.
Pengembara Cina di abad 7 yang bernama I Xing ada menaikki kapal buatan Melayu demikian besar itu bila dia melawat Palembang dan Kedah, dua pusat tamadun alam Melayu Srivijaya di masa itu. Ada di tulisnya dan di simpan di Arkib di negeri China hingga sekarang ini.
Melayu telah keluar masuk Gugusan Pulau Pulau Melayu sejak beribu tahun, termasuk di antara kepuluan Borneo dan Semenanjung Tanah Melayu. Langkasuka adalah suatu Kerajaan Melayu yang telah giat tamadunnya di utara Semenanjung Tanah Melayu di abad ke 2. Maka mengarut tuduhan ultra kiasu kononnya Melayu pun pendatang di Semenanjung Tanah Melayu.
Baca lah sekurang kurangnya satu dari dua buku itu untuk menaikki semangat kita sebagai bangsa Melayu.
12:23 PM,
Filem berkaitan sejarah Melayu di zaman P Ramlee telah di arahkan oleh orang India saperti Krishnan dsbnya. Baca lah mana mana rencana berkenaan dengannya yang ada.
Maka kebelakangan ini keluar filem saperti Tanda Putera yang membayangkan peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Pun Sejarah tetapi lebih tepat fakta dan pendapat yang di tonjolkan oleh Pengarahnya.
Sekarang Sejarah telah di mestikan di sekolah sekolah. Bermakna, tak pass Sejarah, tak pass seluruh SPM. Maka boleh di jangka bahawa generasi akan datang akan menggambarkan sejarah lebih tepat di mana mana sahaja.
Hanya perlu kita awasi sukatan pelajaran Sejarah yang di ajar itu. Bertanya lah selalu dengan anak anak dll apa sejarah yang di ajar di sekolah sekolah. Kita tak mahukan Cina tsunami yang terselit di kementrian Pelajaran dsbnya cuba mempengaruhi sukatan pelajaran itu.
Ingat, ultra kiasu DAP tak suka belajar sejarah dan telah membantah Sejarah di mestikan di sekolah sekolah. Mereka tak mahukan anak cucu mereka tahu bahawa mereka pendatang dan telah menyebabkan pergaduhan kaum 13 Mei dsbnya.
Hj Ariffin 12:59 PM,
Setuju. Nak cakap banyak kali dan nak tambah, tapi masa tak mengizinkan.
Sila teruskan mengetuk kepala Nazri dan yang se-otak dengannya.
Assalamualaikum, para pembaca blog Dr. Ridhuan Tee.
Walaupun saya bukanlah seorang pakar untuk mengulaskan isu politik, tetapi saya ingin cerita sedikit mengenai pengalaman saya. Sejak dari pendidikan sekolah menengah lagi, saya selalu dengar perkara sebegini: "Melayu bodoh", "Melayu malas", "Melayu mengharapkan bangsa lain untuk menjaga mereka dan tidak mahu berusaha sendiri" dan pelbagai komen seumpama itu. Saya mengaku bahawa kesilapan saya dulu sewaktu menjadi pelajar sekolah menengah ialah saya mudah mengaku kalah. Apabila saya dikritik teruk oleh seorang cikgu cina yang mengajar subjek Matematik Tambahan pada masa tu, saya terus patah semangat sehingga benci kepada subjek Matematik. Malah masa saya Form 4, saya dapat F untuk subjek Matematik dan Matematik Tambahan dalam peperiksaan akhir tahun. Malah, ibu saya dan ibu kawan saya menjadi mangsa kepada perkara sebegini di mana cikgu matematik mereka yang berbangsa cina selalu mengkritik pelajar melayu dengan mengatakan 'melayu lembab' dan sebagainya.
Walaupun begitu, saya bersyukur kerana Allah S.W.T. telah membantu saya semasa di Tingkatan 5 dengan mengurniakan saya seorang cikgu tuisyen Melayu Islam yang bersungguh-sungguh mengajar saya Matematik. Alhamdulillah, saya lulus dengan cemerlang dalam Matematik menjelang Ujian Percubaan SPM. Dan saya dah hilang rasa fobia terhadap Matematik. Andaikata saya fobia Matematik, sudah tentu saya tidak boleh mengambil jurusan kejuruteraan aeroangkasa yang banyak melibatkan matematik dan fizik.
Sebenarnya, Melayu bukannya bodoh, pemalas ataupun pelbagai tanggapan negatif yang suka dilontarkan terhadap kita. Memang benar kata Dr. Ridhuan Tee, Melayu perlu ada sikap kiasu untuk berjaya, iaitu tidak mahu mengalah. Silap saya dulu, saya mudah mengaku kalah.
Sampai sekarang, kawan-kawan cina saya bertanggapan Melayu bodoh, pemalas dan seumpama itu. Seolah-seolah menjadi stigma bagi orang Melayu. Yang anehnya, walaupun ada segelintir kawan cina saya yang mendapat First-Class Honours semasa Ijazah Sarjana Muda, mereka tidak mahir dalam mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dalam kelas. Ada yang mengaku, mereka menghafal solution untuk menjawab soalan peperiksaan dan bukan kerana mereka benar-benar memahami konsep yang dipelajari. Ada yang siap boleh menghafal karangan word-by-word. Tidak kurang juga ada yang meniru. Jikalau begitu, benarkah mereka pandai? Adakah ijazah First-Class Honours itu sangat dibanggakan sedangkan mereka tidak jujur pada ilmu? Cuba bayangkan, seorang graduan First Class Honours tidak tahu cara memplotkan data dengan betul sedangkan itu adalah perkara asas, malah tidak tahu membezakan 'research background' dan 'research hypothesis'? Sedangkan, 'research hypothesis' adalah sebahagian aplikasi ilmu Statistik.
Saya bukanlah mengkritik kaum cina semata-mata. Saya pun berketurunan Cina kerana moyang saya Cina-Islam. Tetapi, ini realiti yang saya hadapi dalam kehidupan saya. Yang penting sekarang, Melayu perlu kiasu. Kiasu dalam memperjuangkan Islam dan bangsa. Kiasu dalam menimba ilmu yang bermanfaat. Kiasu dalam bekerja untuk mencari rezeki yang halal. Kiasu dalam beribadat. Kiasu dalam melakukan kebaikan. Itu saja pendapat saya, seorang hamba yang hina. Ingatlah, Melayu bukanlah bodoh, pemalas dan pelbagai tanggapan negatif yang lain. Marilah kita menjadi kiasu!
Kuala Besut Melakar " Seri "
Pilihanraya Kecil Kuala Besut. Apa kata kita beri kemenangan kepada Pas. Apa kata beri peluang Umno-Pas sama2 mentadbir Negeri Trengganu sebagai lambang Penyatuan Melayu.
Apa pendirian anda ?
Adakah Anda Setuju melayu bersatu ? ..............ATAU...............
Biarkan Melayu Terus Berpecah Seperti Keadaan Pada Hari Ini ?
Hj Ariffin
Setuju dengan gesaan Haji Ariffin!
Setuju! Setuju!
Jangan berhenti takat nazri aziz je. teruskan senarai nama tu. Ada lagi. Dalam senarai KIV mesti ada nama najib dan KJ!!
Kasi ingat pada najib tu. nazri tu perkakas najib je, nak test water, boleh ke tidak. nak tengok reaksi orang umno konon.
Bosan dengan cara pemimpin umno mentadbir kerajaan. Lembik yang dah jadi dayus!
Saya SETUJU dgn HJ ARIFFIN dan DR RIDHUAN TEE.
Pendapat saya.....kalau pangkat, kuasa, gelaran dan harta yg dikejar tentu MARUAH dan JATIDIRI hilang terbang MELAYANG sehingga tak sedar mata dikaburkan.....
Hidup berlandaskan pangkat, kuasa, gelaran dan harta DUNIAWI.....TIDAK SAMA dgn hidup kerana agama, bangsa dan negara. 2 perkara yang sungguh BERLAINAN utk kita fahamkan dan renungkan.
Sungguh beruntung mereka yg MEMPERJUANGKAN agama, bangsa dan negara kerana bukan saja DUNIA mereka dapat tapi AKHIRAT juga turut berada dlm genggaman. Sia-sia saja mengejar duniawi dan makhluk.......kerana dunia dan makhluk tiada kuasa. Kejarlah agama kerana di situ ada Allah dan RasulNYa serta segala-gala isi dunia dan akhirat.
Marilah BERSATU WAHAI UMMAH.....mengapa kita terus-terusan menyongsang dari garis Islam? Usahakanlah walau begitu susah dan perit sekalipun kerana bukankah penyatuan ummah itu tuntutan Islam dan Islam itu bersaudara......SATU Tuhan, SATU Rasul, SATU syahadah, SATU kiblat, SATU kitab (Al-Quran) dan SATU ummah.
Ayam Vindaloo,
Setuju Melayu perlu kiasu.
Setuju Melayu bukannya bodoh. Hanya berbeza budaya dengan Cina. Cina pun ramai yang pemalas - menjadi Ah Long, berjudi, melacur, memungut wang "protection racket" dsbnya.
Melayu lebih lewat dedahan kapada pelajaran, penjajah British adakan hanya sekolah rendah 4 tahun pelajaran di kampung kampung, jauh antara kampung sehingga anak Melayu dahulu terpaksa berjalan 3-4 batu bahru sampai sekolah, penat, kelaparan, susah nak fokus, nak faham apa yang di ajar.
Masakan British sediakan berbagai sekolah di bandar, hingga ke peringkat Menengah, dan dalam bahasa Inggeris pun - paspot untuk kejayaan di zaman itu. Selepas 80 tahun British merintah, dan selepas Merdeka pun, di tahun 1970 jumlah Melayu sebagai doktor, jurutera, peguam dsbnya ha nya ada 2-3% sahaja.
Itu sebab Dasar Ekonomi Baru di timbulkan selepas pergaduhan kaum 13 Mei 1969. Bila ada kemudahan berlajar seperti yang di sediakan di sekolah sekolah berasrama, ramai anak anak Melayu telah lulus pelajaran tinggi sehingga peringkat PhD, dan sudah ramai di bidang professional sekarang. Namun demikian, masih belum cukup, sebab Melayu berjumlah lk 60% penduduk di negara ini.
Cina di China bersejarah beribu tahun tetapi tidak semestinya berjaya sentiasa. China di anggap sebagai pariah di dunia antarabangsa sehingga ha-nya 10-20 tahun yang lalu. Walau pun negara besar, penduduk yang paling ramai di dunia, China telah di tawan dan di perintah oleh kuasa asing berkali kali - oleh Monggol Genghis Khan di abad 13, oleh Manchu (Manchuria sebuah negara asing sehingga Perang Dunia Ke2) selama beratus tahun hingga abad 20. Hong Kong di pulang kapada China oleh British hanya di tahun 1990.
(Bersambung)
(Sambungan)
Ayam Vindaloo,
Melayu tidak ada budaya berniaga - hanya berdagang atau bertukar barangan keperluan harian (barter trade - baca lah buku "Tamadun Alam Melayu" yang telah di syurkan di komen terdahulu dari ini). Melayu tidak ada konsep timbang menimbang, meletak harga, mengambil untung, mengumpul harta. Sehingga pertengahan abad 20, ramai Melayu yang berkebun 2-3 ekar hanya untuk "cukup makan", mengikut standard di masa itu.
Namun demikian, Melayu telah mencapai 20% kekayaan korporat sekarang. Masih amat jauh dari sasaran. Mesti mencapai % kekayaan yang sesuai di dalam bidang bidang lain ekonomi negara, saperti bidang bangunan komersial dan perumahan. Sasaran % kekayaan itu tidak semsestinya 30%, perlu lebih, sebab Melayu berjumlah 60% di negara ini. Perlu lebih, sebab Melayu mesti kiasu sekarang, terutamanya selepas tsunami Cina.
Sudah nyata terbukti Melayu tidak malas saperti yang di dakyahkan mereka yang jahat tujuan. Saya yaakin Melayu boleh mencapai tahap kemajuan yang di inginkan. DEB perlu di teruskan "indefinitely" sebab dasar itu di timbulkan dari Kedudukan Istimewa Melayu yang di catit di Perlembagaan negara sebagai balasan kapada Melayu menyetujui hak kerakyatan untuk bukan Melayu - hak kerakyatan yang juga berterusan "indefinitely".
Semua rakyat mesti sedar bahawa mengungkit Kedudukan Istimewa Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak akan menarik timbal balas ungkitan hak kerakyatan bukan Melayu. Sebab yang satu itu ada lah balasan bagi yang satu lain itu.
Ramai yang sudah berkata siapa yang tak sukakan negara ini, tak mahu ikut sistem di negara ini seperti yang tersergam di Perlembagaan negara, perlu berhijrah. Ramai di antara Cina tsunami itu berpendirian seperti itu dan perlu syor berhijrah itu di ulang berkali kali kapada mereka.
Untuk kebaikan dan kebahagiaan mereka, juga untuk kebaikan dan kebahagiaan yang tinggal di negara ini.
Hj Ariffin 4:52 PM,
Saya tidak setuju cadangan Sdr kita beri kemenangan kepada Pas dengan begitu sahaja. Boleh beri peluang Umno-Pas sama2 mentadbir Negeri Trengganu sebagai lambang Penyatuan Melayu. Tapi dengan cara lain.
Cara nya ia lah PAS dan UMNO bersetuju dahulu sebelom pilihan raya itu. Jika sudah di meterai perjanjian berkerja sama sabelom PRK Kuala Besut itu, boleh. Jika sudah ada perjanjian yang kukuh, UMNO pun boleh tarik diri, tak perlu bertanding di PRK itu, biarkan PAS saja mencalon dan menang.
Mesti setuju Melayu bersatu. Tapi perlu ada cara cara yang berpatutan. Sekarang Nik Aziz sudah tidak lagi ada kuasa dan pengaruh seperti di masa dia Menteri Besar. Dia yang kuat bencikan UMNO. Di harap sekarang rakyat tak berpegang kapada "fatwa2" dia lagi. Mengarut dia mengata berbagai terhadap UMNO.
Mari lah kita berdo'a dan lakukan apa sahaja yang munasabah bagi dapat Melayu bersatu.
Anon 6:23 AM, July 09, 2013
PRK Kuala Besut. Saya tak mahu Umno tarik diri kerana nak beri laluan kepada Pas. Begitu juga di pihak Pas. Kita lawan, bagi peluang rakyat yang tentukan.
Maksud saya, kalau rakyat nak test Umno-Pas boleh tak boleh berpakat bila duduk dalam satu kelambu, Ini Lah Masanya yang paling sesuai. Kalau nak elok pun satu negeri saja, dan kalau nak kelam kabut pun satu negeri saja. Kita cuba try test dan tokai kata orang utara.
Bagi saya kalau Umno-Pas BOLEH. Ini merupakan langkah pertama kearah Penyatuan Melayu sehingga ke peringkat kebangsaan. Kita harap pengundi Kuala Besut faham niat hati kita yang sebenar.
Politik Agama sudah tak boleh cari makan lagi... Tengok rakyat Egpyt pun tak suka. Agama cuma boleh memecahkan perpaduan manusia sahaja. Semua cakap sendiri betul
Kita dah mula naik MENYAMPAH tengok segelintir pemimpin yg tak serik-serik walau dah kena tepat atas hidung. Tak sudah-sudah NAK JAGA HATI dan NAK AMBIL HATI golongan yg tak MENGENANG BUDI. Sebenarnya perbuatan nak jaga hati ini hanya akan MENAMBAH-NAIKKAN EGO mereka saja. Bukan TERIMA KASIH yg mereka ucapkan tapi yg bukan-bukan lagi yg mereka minta. Itu sebab macam-macam kerenah permintaan yg tak masuk akal dah berani mereka laungkan.......sehingga ada antaranya yang MENCABAR MARUAH BANGSA dan AGAMA kita. PERLUKAH semua yg mereka minta kita TUNAIKAN dan PENUHI?? Tidakkah kita juga punya MARUAH, PRINSIP dan GARIS BATAS tersendiri yg MESTI mereka HORMATI??
Kalau orang minta itu-ini, begitu-begini tentulah UNTUNG DIA yg difikirkannya dulu......bukannya untung orang lain.
Janganlah segala-gala nak DIGADAIKAN hanya UTK MEMUASKAN hati satu golongan.....sehingga kita ni tinggal gigi dgn gusi saja. Kalau semua SUDAH TERGADAI janganlah harapkan hormat orang pada kita lagi......yg PASTI akan terjadi ialah kita akan DIPERENDAHKAN dengan LEBIH HINA lagi.
Saya setuju dengan kata salah seorang komentor terdahulu yang mengatakan......"jadikan Perhimpunan Agung UMNO bulan November 2013 sebagai TITIK PERMULAAN kebangkitan BANGSA MELAYU di bumi bertuah ini".......dan saya nak tambah sikit.....juga KEBANGKITAN ISLAM.
Sepatutnya Nazri Aziz mengenang kembali sekerat pantun yang pernah dibaca oleh seorang Negarawan, iaitu Saudara Aziz Tapa. Pantun itu berbunyi :
Anak raja memikul kayu,
Mari dibuat titi- titian,
Malang sungguh bangsa Melayu,
Pemimpin banyak dengki- dengkian.
Semoga saudara Nazri Aziz segera kembali ke landasan sebenar perjuangan hak dan kepentingan bangsa Melayu.
Kepada semua umat Islam, selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan.
Mengucap Panjang ... Astaghfirulahhhhh
Terbaca saya dalam paper Sinar Harian keluaran hari ini 9.7.2013. Melaporkan kenyataan daripada Menteri Kesihatan Datok S. Subramanian bahawa cadangan mahu hapuskan Akta Hasutan sebenarnya datang daripada Mohd Najib bin Tun Abdul Razak dan bukannya daripada Mohd Nazri bin Abdul Aziz.
Sekarang baru kita semua tahu bahawa Najib dengan Nazri bermain wayang, macam MCA dan Gerakan main wayang dengan DAP. Saya dan kita2 semua tertipu lagi. Masih tak cukup lagi kah Najib nak jaga hati pembangkang khasnya DAP yang tak sudah2 menyerang segala macam benda undang2 yang digubal untuk menjaga Melayu, Raja Melayu, Bahasa Melayu dan Agama Islam. Tak puas lagi kah Najib .. ISA dah kau lenyapkan.
Bukan pelik satu hari nanti Najib bangun mencadangkan kepada parlimen supaya beberapa fasal dalam Perlembagaan Persekutuan di pinda selari dengan tuntutan bukan melayu. Memang tak pelik saudara2, kerana itu adalah Mohd Najib anak kepada bekas PM Malaysia yang pernah disanjung oleh orang melayu satu ketika dulu.
Terus terang saya mengaku, saya menyesal mengundi Umno pada PRU13. Andai kata Pas tidak bersama DAP masa PRU13 itu hari, kebencian saya kepada Pas akan terpadam seperti Api Dijirus Air.
Saya mengundi Umno pada PRU13 bukan kerana Najib tapi kerana saya nampak hanya Umno sahaja yang dapat menyelamatkan nasib melayu dan islam di negara ini. Dan sampai saat ini pun saya masih mahu Umno untuk menjaga melayu dan islam, saya menaruh harapan kepada Najib, tetapi saya percaya ada orang lain dalam Umno yang mampu menggalas harapan saya dan orang melayu/bumiputra.
Memang pada awalnya kita tak mahu ada perlawanan untuk jawatan Ketua2 Umno, kita takut Umno lemah. Tetapi rentak tari Najib selepas diangkat oleh orang melayu/bumiputra sendiri menjadi PM, perlu di analisa dan di nilai oleh para perwakilan Umno dalam PAU 2013.
Kita bukan ahli Umno, tapi kita mahu Umno di pimpin oleh orang yang berani dan boleh menjaga Melayu/Bumiputra dan Islam. Najib bolehhhh kahhhhhh ??????
Hj Ariffin
9:39 AM,
NAK JAGA HATI dan NAK AMBIL HATI golongan yg tak MENGENANG BUDI tu satu hal.
Dah kena kencing hidung tak mancung pipi masih tersorong sorong apa hal? Gila talak ke dia?
Kita kena cari seramai mana yang boleh bakal Ahli Prwakilan ke PAU di bulan November mintak diorang tukarkan pemimpin UMNO. Ada 3-4,000 rasanya, termasuk PEMUDA, WANITA dan PUTERI.
Cari pemimpin yang kuat perasaan Melayunya, ketepikan Cina tsunami, pusatkan perhatian menerima kasih kapada yang bagi undi hingga UMNO dapat 88 kerusi dan BN dapat 30 lebih kerusi di Sabah dan Sarawak.
Giatkan lagi Dasar Ekonomi Baru untuk Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Itu baru lah nampak Presiden UMNO yang betul.
Penarikan semula rang undang undang menukar agama kanak-kanak di bawah umur nyata menunjukkan Najib sudah flip flop. Ingat lah bahawa yang flip flop itu tak lama kemudian flop. Contohnya - Tun Dol.
Ni pulak Najib nak mansuhkan Akta Hasutan. Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid dan Menteri di Jabatan Perdahan Menteri Shahidan mahukan Akta itu berterusan. Saya sokong sepenuhnya Akta Hasutan di teruskan bagi mengawal puak puak yang melanda landa menghasut, subversif dan anti-nasional di negara ini.
Saya sokong sepenuhnya desakan yang sudah banyak di buat sekarang supaya Najib di gantikan di PAU November ini. Cari pemimpin yang benar benar berjiwa Melayu, Islam dan mirip kapada aspirasi mereka yang menjadi majoriti di negara ini.
Assalamu 'alaikum.
Saya ambil kesempatan ini mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan yang mulia dan penuh berkat ini dan menjalani ibadat puasa dengan penuh tekun dan semangat, kepada yang dikasihi Prof Dr. Mohd Ridhuan Tee dan sahabat-sahabat Muslimin dan Muslimat!
Semoga dengan taufiq dan inayah Allah s.w.t. kita sama-sama berjaya menyuci jiwa dan jasmani dan meningkatkan keimanan dan ketaqwaan selepas proses tamrin dan tazkiyah selama sebulan ini.
Saya amat bersetuju dengan pandangan Prof. bahawa kita tidak perlu berguru dengan orang Cina apatah lagi yang bukan Islam dalam hal berpolitik!
Kita sepatutnya berkeyakinan dan berbangga dengan formula Islam yang dijanjikan kemenangan oleh Allah S.W.T. dalam Al-Quran dan juga janji melalui pesanan Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud "aku tinggalkan untuk kamu 2 perkara, selagi kamu berpegang teguh padanya selagi itulah kamu tidak akan sesat jalan" dan pesanan satu lagi yang bermaksud "2 jenis manusia, sekiranya mereka baik, baiklah ummah, sekiranya mereka rosak, rosaklah ummah!"
Prinsip ta'awun yang tersebut dalam Al-Quran "Dan bantu-membantulah untuk mencapai kebajikan dan ketaqwaan, dan janganlah kamu bantu-membantu atas perkara dosa dan permusuhan" hendaklah diamalkan oleh setiap ahli politik Muslim, maka umat Islam pasti dapat bersatupadu dan melahirkan kekuatan!
Semoga ibadat dalam Ramadan ini akan membawa keinsafan kepada kita semua terutamanya pemimpin politik semua peringkat dan juga cendekiawan-cendekiawan berbagai bidang ilmu berdiri teguh atas prinsip ilmu dan keikhlasan memberikan teguran kepada pemimpin politik dan tunjuk ajar kepada khalayak ramai!
Nyawa manusia di tangan Ilahi, kita tidak tahu ajal kita bila masa. Maka saya mengambil kesempatan ini memohon maaf kepada Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee dan rakan-rakan lain atas kekasaran bahasa, buruk sangka, mengumpat, mencerca dan sebagainya. Dan diri saya bersedia memaafkan sesiapa yang pernah kita bertembung dan 'berperang' dalam blog ini.
Sekian. Wassalamu 'alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.
Wa'alaikum salam, UMMATAUNWASOTO.
Lama tak dengar berita. Saya juga mengucapkan selamat berpuasa kapada Sdr, Muslimin di blog ini dan di luar sana semua.
Senang hati saya mendengar Sdr bersetuju dengan pandangan Prof. Ridhuan bahawa kita tidak perlu berguru dengan orang Cina apatah lagi yang bukan Islam dalam hal berpolitik.
Kita tak boleh mengharapkan pemimpin-pemimpin Melayu yang hidup mewah dan tak pernah rasa hidup susah. Demi nak jaga kuasa yang ada dan taraf hidup yang tak pernah puas mereka sanggup member apa saja kepada puak tak mengenang budi.
Apa yang boleh kita di peringkat bawahan buat adalah dengan meningkat ekonomi orang Melayu. Jadi sempena bulan Ramadhan ni, sama-samalah kita menolong meningkatkan ekonomi orang Melayu dengan menyokong perniagaan orang Melayu.
Kita tau yang puak tak mengenang budi tu banyak bergantung kepada duit orang Melayu untuk maju dalam bisnes. Selepas maju, kaya dan mewah, boleh pula digunakan untung yang ada untuk menghina (dan kalau boleh menghapuskan IMR (Islam, Melayu dan Raja Melayu).
Sekarang adalah peranan kita untuk bertindakbalas dengan mengukuhkan ekonomi orang Melayu. Selama ini sejak dari merdeka kita banyak membantu mengukuhkan ekonomi puak ini sehingga mereka menjadi bongkak dan mahukan kuasa pula agar agenda mereka dapat dilaksanakan.
Kita telah ada banyak produk keluaran kita sendiri yang menjadi alternatif yang suci dan halal berbanding dengan produk yang kita gunakan selama ini.
Jika tiada tempat membeli-belah alternatif, tidak mengapa. Carilah produk-produk keluaran orang kita di situ.
Ingat, selama ini apabila Ramadhan dan menjelang hari raya berjuta-juta RM kita mengalir kepada puak yang tak mengena budi. Apa kata 'ini kalilah' dan 'banyak kalilah' kita lencongkan RM yang berjuta-juta itu demi memperkasakan ekonomi orang Islam.
Sempena Ramadhan ini, jika niat kita ikhlas untuk memajukan ekonomi orang Islam ingatlah balasan pahala yang berganda-ganda. Orang Islam yang menceburi bidang ekonomi ini telah menyahut seruan fardu kifayah, dan fardu kifayah juga ke atas kita untuk menyokong mereka.
12:49 AM,
Setuju dengan banyak yang Sdr kata.
Saya rasa yang Sdr maksudkan "pemimpin-pemimpin Melayu yang hidup mewah dan tak pernah rasa hidup susah .. nak jaga kuasa yang ada dan taraf hidup .. sanggup memberi apa saja kepada puak tak mengenang budi" ia lah saperti Najib, adik dia Nazir yang memimpin CIMB dimana dahlu - BBMB - penuh dengan Melayu.
Tak salah kita sebut nama mereka, tak melanggar Akta Hasutan dsbnya. Ramai yang tak suka dengan mereka bukan bertujuan menjatuhkan Kerajaan, hanya mahu mereka di jatuhkan dari jawatan Presiden UMNO dan CEO CIMB, dan itu tak melanggar apa apa undang undang.
Mereka memang tak pernah mengalami hidup susah, bapaknya Tun A Razak kita sanjung tinggi, tetapi dua anaknya ini amat mengecewakan sebab tak nampak semangat Melayu mereka.
Malah nampak mereka mahu merosakkan hak dan kepentingan Melayu dengan Najib membelakangkan Dasar Ekonomi Baru dalam Model Ekonomi Barunya dan Nazir mengetawakan DEB menggunakan kata kata "meng-anakharamkan DEB.
Sudah ramai yang membidas mereka dan mahukan Najib digantikan dengan pemimpin yang berjiwa Melayu di Perhimpunan Agong UMNO bulan November. Perlu di laungkan berkali kali supaya itu akan berlaku.
12:49 AM,
Benar, kita mesti menolong meningkatkan ekonomi orang Melayu dengan menyokong perniagaan orang Melayu.
Sejak tsunami Cina di PRU13, sudah ramai yang menyeru supaya Melayu "Beli Melayu Dahulu" atau "Buy Malay First". Bermakna, cari kedai atau perkhidmatan Melayu dahulu. Dah takda Melayu yang menjual apa yang kita mahu, baru pergi ke lain.
Saya terpaksa menunggu beberapa hari sebelom dapat seorang pekerja paip atau plumber, tahankan kesulitan tak boleh pam tandas di satu bilik, siram pakai gayung berkali kali, sehingga dapat plumber Melayu yang kerja part-time. Upah yang di mintanya pulak murah dari bangsa lain dan saya telah menasihatkan dia.
Kedai kedai Melayu perlu di kunjungi, hanya 15% di Lembah Kelang, seperti di umumkan oleh Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan. Tak mengapa kita pergi jauh sedikit, contohnya, hingga ke Kg Dato Harun di Jalan Klang Lama, Petaling Jaya, dan sepertinya.
Bila beli banyak, harga murahnya boleh membayar kos petrol yang lebih sikit. Apa hal pun, boleh gunakan kedai orang Islam seperti Mydin Stores yang ada cawangan di merata tempat sekarang. Juga harganya lebih murah dari yang lain, pada umumnya.
Ahmad Maslan juga Pegawai Penerangan UMNO dan Najib ada lah Menteri Kewangan juga, di harap selepas sedar betapa kurangnya kedai Melayu di Lembah Klang, dia akan bertindak menentukan bertambah jumlahnya dengan cepat.
12:49 AM,
Setuju juga kata kata Sdr, "Kita tau yang puak tak mengenang budi tu banyak bergantung kepada duit orang Melayu untuk maju dalam bisnes. Selepas maju, kaya dan mewah, boleh pula digunakan untung yang ada untuk menghina (dan kalau boleh menghapuskan IMR (Islam, Melayu dan Raja Melayu)."
Bukan sahaja tak tahu berterima kasih mendapat hak kerakyatan yang Melayu setujukan di masa Merdeka, mereka juga cuba menjatuhkan kita. DAP di kenali sebagai anti-Melayu dan anti-Islam sejak penubuhannya, mahukan Malaysian Malaysia konon, hendakkan sama rata dengan tidak memperakui Kedudukan Istimewa Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak di Perkara 153 Perlembagaan. Cuba menyo'al Kedudukan Istimewa itu, mereka telah menyebabkan pergaduhan kaum 13 Mei 1969.
Tak suka bila di peringatkan, bantah cadangan Sejarah di mestikan di sekolah sekolah (yang sekarang telah di laksanakan) sebab tak mahu anak cucu mereka tahu mereka ada lah pendatang di negara ini dan telah menyebabkan pergaduhan kaum itu.
Mereka dapat kerusi lebih di PRU13 sebab mempropagandakan pendirian anti-Melayu dan anti-Islam mereka, menyebar perasaan benci, hasad dengki, ramai dari jenis mereka tertarik, menyebabkan Tsunami Cina.
Sejak itu telah keluar banyak seruan supaya yang tak sukakan negara ini, yang tak mahu ikut sistem yang tersemat di Perlembagaan negara ini berhijrah. Termasuk dari orang orang kenamaan di negara ini.
Tak salah kita teruskan seruan begitu sebab itu ada lah fakta dan hujah yang munasabah. Kalau tidak sukakan negara ini dan tidak hormatkan Perlembagaannya, apa gunanya tinggal di sini lagi. Lebih baik berhijrah, tak sentiasa sakit hati, dan tidak menyakitkan hati yang tinggal di negara ini disebabkan pendirian rasis dan cauvinis mereka.
Post a Comment