Kenegaraan asas patriotisme
(Utusan Malaysia 11.7.2013) Respon kepada Titah Pemangku
Raja Perak
Saya amat bersetuju
dengan titah Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dalam majlis Syarahan
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2013, bertajuk Pasca Pilihan Raya Umum Ke-13:
Permuafakatan dan Perpaduan Nasional, di Wisma Perwira ATM, Kementerian
Pertahanan, baru-baru ini.
Baginda menggesa
kerajaan mengutamakan pendidikan asas kenegaraan bermula di peringkat sekolah
dengan menyemai semangat setia kepada raja dan negara, sesuai dengan kedaulatan
Yang di-Pertuan Agong.
Titah baginda,
kerajaan perlu mengasuh kanak-kanak melalui kurikulum serta kaedah bersesuaian
sejak awal untuk turut menghormati simbol lain seperti bendera supaya tidak
terus dihina seperti dipijak-pijak atau dijadikan pakaian.
Selaku Ketua Program,
Program Pengajian Kenegaraan, Kepemimpinan dan Ketamadunan, Universiti
Pertahanan Nasional Malaysia, yang terlibat secara langsung mengajar dan
menggubal subjek Kenegaraan Malaysia, izinkan saya berkongsi pandangan dengan
para pembaca.
Idea ini telah lama
dibangkitkan oleh para akademia dan penggubal dasar. Malah ada yang
mencadangkan ia menjadi subjek wajib ketika peringkat sekolah rendah lagi.
Tetapi ditentang hebat oleh kumpulan ultra kiasu kerana membebankan pelajar.
Pada mereka, subjek
ini menggugat subjek lain dan boleh menjejaskan penguasaan bahasa ibunda. Ada
yang mensyaratkan jika subjek ini mahu diajarkan, mediumnya bukan bahasa
Melayu, tetapi bahasa ibunda. Malangnya, kita tidak pernah tegas. Kita terus
tunduk kepada tekanan ultra kiasu. Akhirnya, subjek ini tidak ke mana-mana.
Produk yang
dikeluarkan adalah jenis yang menterbalikkan jalur gemilang dan menjadikan
jalur gemilang pengesat kaki dan meja. Agenda negara tidak dikuasai. Yang
jelas, lebih ramai ultra kiasu dilahirkan.
Apakah subjek
kenegaraan itu? Dalam konteks Malaysia, subjek kenegaraan adalah kursus yang
berkaitan rapat dengan jati diri dan semangat cintakan negara. Ini termasuk memahami
asal-usul, sejarah dan sistem perajaan negara ini. Kita akan menelusuri sejarah
Tanah Melayu, sehinggalah bertukar
menjadi Malaysia, seperti adanya hari ini.
Nampak begitu berat.
Tetapi ia boleh dipermudahkan, bersesuaian dengan peringkat persekolahan.
Pendek kata, semuanya telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan suatu ketika
dahulu. Persoalannya adalah, mahu dilaksanakan atau tidak? Atau terus melayan
tuntutan ultra kiasu. Amat malang sama sekali, sesuatu perkara dilakukan bukan
disebabkan keperluan negara, tetapi sekadar memenuhi tuntutan orang lain.
Akibatnya, agenda negara tergendala. Kita terus melahirkan rakyat yang tidak
pernah bersyukur. Lebih dahsyat, melahirkan mereka yang kufur nikmat.
Memburuk-buruk negara sendiri di luar negara.
Untuk makluman, kursus Kenegaraan
Malaysia adalah satu kursus wajib untuk semua pelajar di Institusi Pengajian
Swasta (IPTS) di Malaysia. Manakala, di IPTA agak berbeza sedikit. IPTA
diwajibkan mengambil Hubungan Etnik dan subjek Tamadun Islam Tamadun Asia
(TITAS). Subjek Kenegaraan Malaysia boleh diadunkan mengikut kesesuaian
sesebuah universiti dengan mengambil kira roh subjek kenegaraan tersebut. Kursus
ini dikawal selia Lembaga Akreditasi (MQA) yang mana skop dan sukatan pelajaran
adalah mengikut piawaian yang ditetapkan oleh MQA.
Matlamat utama kursus Kenegaraan
Malaysia ialah untuk melahirkan rakyat yang setia dan cinta kepada negara,
berwawasan, bangga sebagai rakyat Malaysia. Dengan harapan, akan lahir rakyat
Malaysia yang mampu menghadapi cabaran ke arah mencapai kesejahteraan hidup
serta dapat menghayati peranan Malaysia di arena antarabangsa, menumpahkan taat
setia tanpa berbelah bahagi.
Selain itu, liputan kuliah turut
melibatkan perbincangan topik-topik penting. Antaranya adalah zaman prasejarah
Malaysia, kehebatan Tanah Melayu sebelum penjajahan, zaman penjajahan, kebangkitan nasionalisme, kebangkitan pejuang Melayu
menentang penjajah, perjuangan ke arah kemerdekaan, demokrasi berparlimen dan
raja berperlembagaan, sistem dan struktur pentadbiran negara,
unsur-unsur penting perlembagaan,
dasar-dasar kerajaan dan cabaran dan sebagainya, mengikut kesesuaian.
Pendek kata, antara
objektif yang ingin dicapai adalah:
·i) Memahami sejarah bangsa dan negara
serta perkembangan masyarakat dari aspek sosio-budaya, politik dan ekonomi.
ii) Mempertingkatkan kesedaran,
kepakaran dan semangat ingin melibatkan diri dalam usaha mempertahankan
kedaulatan undang-undang dan menyumbang ke arah pembangunan Negara.
iii) Menghargai usaha dan sumbangan ke
arah pembangunan Negara.
iv) Menghargai keperibadian bangsa
dan berbangga menjadi rakyat Malaysia
Subjek ini amat
penting dalam untuk melahirkan rakyat yang patriotik, taat setia dan cintakan
negara serta tidak belot. Mereka sanggup mempertahankan negara habis-habisan
sehingga ketitisan darah yang terakhir. Semuanya ini perlu bermula dengan mesti
celik sejarah. Jika lagu negaraku pun tidak dihafal dan tidak disebut dengan
betul, bagaimanakah kita boleh pergi lebih jauh daripada itu?
Ketika bertitah,
baginda melahirkan kebimbangan kita akan muncul lebih ramai individu seperti
pengguna Facebook dengan nama Melissa Gooi, yang baru-baru ini ditahan kerana
didakwa mengeluarkan kenyataan menghina Yang di-Pertuan Agong akibat
kejahilannya tentang fungsi raja-raja di negara ini. Orang seperti ini amat
ramai di negara kita. Siapakah harus dipersalahkan? Kita tidak pernah bertegas,
malah mahu menghapuskan Akta Hasutan 1948.
Justeru, sudah sampai
masanya, subjek kenegaraan ini diwajibkan bermula daripada sekolah rendah,
menengah, sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi. Susunlah kurikulum mengikut
kesesuaian tahap umur dan pengajian.
Sebenarnya subjek kenegaraan
itu adalah sejarah. Malangnya di peringkat rendah, subjek sejarah langsung
tidak diajar. Cuma diperingkat menengah sahaja ia diajar dan seterusnya
disambung ke peringkat universiti.
Itupun masih ada yang
merungut kenapa subjek ini diajar di peringkat pengajian tinggi. Subjek ini
dilihat sebagai beban kepada pelajar-pelajar. Lebih menyedihkan lagi, di
peringkat universiti di tempat saya bekerja, ada yang mencadangkan supaya
subjek ini digugur dan digantikan dengan subjek sejarah ketenteraan. Kumpulan
ini tidak tahu bahawa subjek kenegaraan itu memayungi subjek ketenteraan.
Kini, program kami
sedangkan menggubal subjek sejarah ketenteraan negara untuk disesuaikan dengan
subjek kenegaraan Malaysia. Alhamdulillah, dengan kepimpinan baharu universiti,
kami mengharapkan fungsi subjek teras universiti ini dapat difahami dengan
baik.
Apa gunanya kita
berjaya melahirkan tentera yang pandai berkawat dan berdisiplin, jika mereka
buta sejarah dan tidak ada semangat kenegaraan. Sebab itulah, pasukan kami cuba
menggabungkan semua ini, agar pegawai tentera dan awam yang lahir, bukan sahaja
patriotik, tetapi pada masa sama menghayati sejarah kenegaraan dan ketenteraan
yang berteraskan Islam. Mudah-mudahan, jika mereka gugur, mereka terdiri dari
kalangan yang syahid.
Kita tidak mahu
melahirkan rakyat Malaysia atau pegawai tentera yang jahil sejarah dan buta
agama. Amat dibimbangi, jika terkorban, tidak mendapat syahid. Mana tidaknya,
ada yang tidak solat, tidak berpuasa, menolak agama yang memayungi kehidupan
dan sebagainya. Ada yang mementingkan disiplin daripada agama. Lebih malang
lagi ada yang berbangga dengan menghisap rokok dan curut.
Kesimpulannya, sejarah
negara ini yang berasal daripada nama Tanah Melayu mesti dikhatam dan
dihadamkan oleh seluruh rakyat Malaysia tanpa berkecuali. Mereka perlu sedar
ramai pejuang-pejuang Melayu Islam lalu yang gugur syahid mempertahankan tanah
air tercinta berteraskan Islam. Pejuang-pejuang seperti Tok Janggut, Dato
Mahajaraja Lela, dan ramai lagi adalah kalangan tentera Allah yang terkorban
syahid mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara.
Malangnya, kita mahu
sejarah ini dipadamkan. Kita mahukan sejarah negara bermula dengan kerjasama
semua kaum untuk mencapai kemerdekaan. Kita sengaja membutakan mata bahawa tuntutan
kemerdekaan telah berlaku sejak negara dijajah terutama apabila Perjanjian
Pangkor ditandatangani 1874. Yang menjadi korban dan mangsa adalah orang Melayu
Islam. Bukan Melayu hanya terkorban di zaman penjajahan Jepun. Itupun
disebabkan oleh permusuhan sejarah bangsa yang berpanjangan dalam lipatan
sejarah. Kita hanya akan berjaya melahirkan Malaysian 1st jika
sistem kenegaraan ini dihayati. Jika tidak, tidak perlulah melalak tak tentu
pasal menyalahkan orang lain tidak Malaysian 1st.
Dr. Mohd
Ridhuan Tee Abdullah
Prof Madya/Ketua
Program
Program Kenegaraan,
Kepimpinan dan Ketamadunan
Faculty Pengajian
dan Pengurusan Pertahanan
Universiti
Pertahanan Nasional Malaysia
21 comments:
"Kenegaraan asas patriotisme"
Buang Najib dan Nazri daripada barisan kepimpinan Umno. Gantikan mereka dengan pemimpin seperti Muhyidin, Zahid Hamidi dan Shahdan Kassim.
NAJIB dan NAZRI dah tak sesuai dengan Taste orang Melayu selepas PRU13.
No For Najib. No For Nazri. PAU 2013 Is Time To Change.
Ahli Umno Titiwangsa.
Amat tepat titah Pemangku Raja Perak itu. Riang sedikit hati bila mendengar Raja Raja Melayu berbuat begitu. Ramai yang lain pun begitu. Hingga YDP Agong yang lalu adakan "makan malam di Istana Trengganu", rasanya menggalakan Melayu bersatu.
Sepatutnya sudah lama pendidikan asas kenegaraan di adakan di sekolah sekoalh sejak Merdeka lagi. Sepatutnya pemimpin pada masa itu memikirkan potensi timbul kurang ajar hasutan berbagai dari pendatang yang tak reti berterima kasih mendapat hak kerakyatan. Sehingga munubuhkan DAP 47 tahun lalu.
Tengku A Rahman amat pemurah hati, itu sebab di sanjung tinggi dek kaum pendatang. Fikirkan lah, bila menjadi Perdana Menteri, dia longgarkan syarat pengeluaran Sijil Kerakyatan, ketepikan ujian kecekapan Bahasa Melayu. Maka sampai ke hari ini, 56 tahun selepas Merdeka, ramai pendatang tak tahu cakap Melayu. Mengarut keadaan jadinya.
Banyak lagi yang di lakukan oleh Tengku A Rahman yang menyebabkan ada rakyat yang cintakan negara ini mahu kencingkan kuburnya jika boleh - ma'af cakap begini di bulan puasa, tetapi kerana DAP anti-Melayu dan anti-Islam, dan Nabi Muhammad pun ada berperang mempertahankan Islam di bulan puasa, tak salah rasanya menghentam DAP, musuh Islam, di bulan puasa.
Yang paling menggeramkan ramai rakyat Melayu ia lah Tengku A Rahman memberi Singapura secara peruma kapada Maha Cauvinis dan Rasis Lee Kuan Yew. Dia "tendang keluar" Singapore dari Malaysia, kononnya. Tapi dia telah mencebiskan "territorial integrity and national sovereignty" negara ini kerana marahkan LKY. Cukup bodoh dan singkat pemikiran punya tindakan.
Sekarang, terutamanya bila masih ada sekolah Cina dan tsunami Cina, amat perlu generasi muda di semai dan di pupuk semangat ta'at setia (loyalty) kapada Negara, YDP Agong dan Raja Raja, serta cintakan negara (patriotism).
Tan Sri Muhyiddin telah melaksanakan Sejarah di mestikan di sekolah sekolah. Begitu ramai yang berterima kasih kapadanya, ada yang menyarankan dia menjadi Presiden UMNO bila banyak yang mahukan UMNO gantikan Najib sebab asyik melayan pendatang walau pun selepas tsunami Cina.
Begitu banyak perlu di ajar dalam mata pelajaran Sejarah walau pun DAP berpendirian tidak mahu tahu sejarah negara ini, takutkan anak cucu mereka tahu mereka ada lah pendatang dan telah menyebabkan pergaduhan kaum 13 Mei 1969.
Tidak perlu pelajaran berkenaan ta'at setia dan cintakan negara itu di ajar berasingan. Mesti di ajar dalam mata pelajaran Sejarah, sebab ia di mestikan bagi tiap murid.
Ahli Umno Titiwangsa,
Saya amat suka membaca pendapat Sdr. Saya harap ramai lagi Ahli UMNO yang begitu.
Saya juga harap Sdr cuba sedaya upaya menemui Ahli UMNO yang lain, terutamanya yang berpotensi menjadi Ahli Perwakilan ke PAU di bulan November, memujuk mereka kapada pendapat Sdr itu.
Saya Ahli apa parti pun tidak tapi sentiasa sokong UMNO bila bila masa. Saya cakap seperti yang Sdr kata itu kapada siapa saja yang saya jumpa, dengan harapan sedikit sebanyak sampai kapada orang yang akan menjadi Perwakilan di PAU itu.
Ayuh, tukar Najib. Gantikan dengan Muhyiddin, Ahmad Zahid, Shahidan atau barisan sepertinya.
Penting cari yang berjiwa Melayu. Yang benar benar sedar dan tidak engkar dari tujuan penubuhan UMNO sejak 60 tahun dahulu. Yang mahu pusatkan perhatian kapada Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak yang telah memberi majoriti kerusi di PRU13.
Menanamkan sifat kenegaraan dlm diri pada awal peringkat sgt berguna..dapat mengingatkan kepada setiap warga malaysia di bumi mana mereka berpijak!!
Saya sokong Ahli Umno Titiwangsa. Saya rasa Najib gagal sebagai pemimpin Umno untuk menjaga kepentingan melayu, raja melayu, bahasa melayu dan islam. Manakala Nazri pulak banyak tindak tanduk dia menikam bangsa sendiri.
Setuju Muhyidin ganti Najib dan Zahid Hamidi ganti Muhyidin. Cantik dan ngam gandingan Muhyidin-Zahid.
Mat Kedah
Mat Kedah,
Kita sependapat. Sama juga dengan Ahli UMNO Titiwangsa.
Bagus kalau Muhyiddin, sebab dia dah memang nombor 2. Semangat Melayu nya pun ada. Tak macam Najib yang tak tau apa. Kesian Tun Razak kalau tau anak nya begitu.
Marilah kita sebarkan pendapat kita ini. Dah banyak orang cakap macam kita. Nak banyakkan sebanyak yang boleh, dengan berapa selalu yang boleh, supaya Perwakilan ambil tindakan menggantikan Najib di PAU bulan November.
Beza Najib dengan bapanya Tun Abdul Razak
Tun Razak membuka FELDA untuk bantu melayu yang tak ada tanah. Melalui FELDA ekonomi orang melayu di tingkatkan. Hari ini orang melayu di FELDA hidup senang.
Najib rasa bapa dia dah buat banyak untuk orang melayu. Najib rasa orang melayu hari ini dah senang lenang, kaya raya kerna usha bapanya. Najib rasa bapanya dulu kurang beri perhatian kepada bukan melayu khasnya orang cina, sebab itu hari ini ramai cina yang hidup di bawah paras miskin.
Apakah Najib melebihkan orang cina sebagai tindakan untuk menebus dosa bapanya Tun Razak terhadap orang cina. Hanya Najib yang tahu.
Saya bersetuju dengan KEMPEN Ahli Umno Titiwangsa " NO FOR NAJIB. NO FOR NAZRI. PAU 2013 IS TIME TO CHANGE "
Hj Ariffin
Telah tiba masanya bagi seluruh ahli UMNO bangkit untuk menyelamatkan bangsanya daripada terus dihina dan diperlekeh. Gunakan peluang yang ada di Perhimpunan Agung UMNO bulan November 2013 untuk memilih pemimpin yang benar- benar mempertahankan hak dan kepentingan bangsa Melayu. Bersatulah bangsaku, sepertimana yang ditunjukkan oleh orang Melayu ketika berhadapan Malayan Union suatu ketika dahulu.
Pemuda Harapan Bangsa
Hj Ariffin 11:58 AM,
Sdr kata, "Najib rasa bapanya dulu kurang beri perhatian kepada bukan melayu khasnya orang cina." Saya fikir tak begitu. Dia sengaja fikir dia liberal. Tak perlu DEB, jadi di senyapkannya DEB dalam Model Ekonomi Barunya. Macam adik dia Nizar di CIMB yang ketawakan DEB. Ketawakan DEB - "penganakharaman DEB", katanya. Bedebah.
Sebenarnya mereka bukan liberal. Ramai orang kata mereka pseudo-liberal. Atau liberal olok olok. Sebab tiada orang yang boleh di anggap liberal jika tidak menyedari perlunya padang di sama ratakan di bidang ekonomi dll di Malaysia ini.
Melayu dan Bumiputera ada hanya 20% kekayaan korporat. Tak tahu berapa % kekayaan dalam bidang ekonomi yang lain. Seperti dalam sektor bangunan komercial - termasuk yang mencakar langit. Twin Towers, Bangunan Tabung Haji dsbnya bukan Melayu punya. GLC punya, takda gerenti akan jatuh ke tangan Melayu.
Ingat, Najib nak majukan Kampung Baru, KL, dengan 40% di jual kapada bukan Melayu. Laknat dia. Tanah Melayu yang ada segentel sahaja di Kuala Lumpur yang di kelilingi The Golden Triangle, beratus ekar banguan bangunan komercial kepunyaan bukan Melayu nak di jadikannya 40% bukan Melayu.
Takkan dia tak sedar bahawa kaum Cina yang terkaya dan menguasai ekonomi negara ini sejak berdekad lamanya. Takkan dia tak baca tujuan DEB yang bapak dia gubalkan selepas pergaduhan kaum 13 Mei 1969 - satu darinya berbunyi
"the elimination of the identification of race by economic functions" - yang kaya Cina, yang miskin Melayu dll. Yang beniaga Cina, yang kerja gomen Melayu dll. Mengapa dia tak pesatkan DEB supaya yang berniaga: Melayu dan Cina.
Dari segi itu sahaja dia sudah layak dan perlu di tukar di Perhimpunan Agong UMNO November ini.
Hj Ariffin,
Suka saya berbincang dengan Sdr. Ada yang saya setuju, ada yang saya tidak.
Sdr juga kata, "Najib rasa bapanya dulu kurang beri perhatian kepada bukan melayu khasnya orang cina, sebab itu hari ini ramai cina yang hidup di bawah paras miskin."
Mungkin dia rasa begitu. Tapi dia mengarut jika dia fikir begitu. Sudah banyak yang di lakukan dan di katakannya yang tidak betul dan ramai rakyat yang kondem dia, sekarang sudah boleh gunakan istilah dia mengarut. Ramai orang sudah tak sebut pangkat Dato Seri dia pun. Ramai yang begitu di sana sini dalam blog dll.
Mana tak dia mengarut: Cina paling terkaya di negara ini. Mereka ada berbagai persatuan kaum dan suku kaum, dan berbagai persatuan perniagaan yang kaum lain tak boleh masuk pun. Yang penting lagi: mereka ada sistem bantu membantu yang kurang bernasib baik di antara mereka.
Fikirkan: Begitu banyak yang membuat sumbangan untuk kebajikan yang tak mampu antara mereka. Sehingga UTAR 1-2 tahun lalu tak mahu terima RM30 juta yang seorang jurutera jutawan Cina mahu sumbangkan untuk biasiswa dll bagi anak anak Cina. Jadi, takkah Najib mengarut bila dia beri biasiswa kapada anak anak Cina juga lagi?
Nak layan desakan meritokrasi konon, tapi dia tak fikirkan ke bahawa Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak takda tempat lain nak harapkan bantuan melainkan Kerajaan. Dan dia tak pedulikan ke hal bahawa Melayu dan Bumiputera ada Kedudukan Istimewa yang tersergam di Perkara 153 Perlembagaan? Yang menyebabkan dia sepatutnya jangan hiraukan desakan meritokrasi yang DAP laungkan. DAP yang rasis, anti-Melayu dan anti-Islam.
Perkara 153 Kedudukan Istimewa Melayu dan Bumiputera itu di sergamkan ke dalam Perlembagaan bukan untuk suka suka saja. Takkan Najib tak sedar ada sebab besar di sebaliknya, ada tujuan besar baginya, berdasarkan sejarah negara kita dan kedudukan ekonomi dll Melayu dan Bumiputera di negara ini.
Ini lagi satu sebab besar bagi Najib di gantikan di PAU November ini.
Pemuda Harapan Bangsa 11:59 AM,
Saya amat setuju sudah tiba masanya bagi "seluruh ahli UMNO bangkit untuk menyelamatkan bangsanya daripada terus dihina dan diperlekeh."
Dan Ahli Perwakilan perlu menggunakan peluang yang ada di Perhimpunan Agung UMNO bulan November ini untuk memilih pemimpin yang benar benar mempertahankan hak dan kepentingan bangsa Melayu. Saya fikir Najib perlu di gantikan.
Sudah banyak hujah hujah di keluarkan bagi Najib di gantikan, di sana sini, di blog, di akhbar, di perbualan perbualan, di kedai kopi, di masa rehat di pejabat dsbnya.
Betul, Melayu perlu bersatu, UMNO perlu dapatkan pemimpin yang benar benar berjiwa Melayu, yang ada semangat yang ditunjukkan oleh orang Melayu ketika berhadapan Malayan Union dahulu. Mesti pilih pemimpin yang pikul dan ikut tujuan penubuhan UMNO sejak 60 tahun yang lalu - pertahankan dan majukan hak dan kepentingan Melayu. Tak lain dan tak bukan.
Seperti Hj Ariffin juga, saya sokong KEMPEN Ahli Umno Titiwangsa " NO FOR NAJIB. NO FOR NAZRI. PAU 2013 IS TIME TO CHANGE ".
Harap Sdr keluar selalu di sini dll menyuarakan/ mengulang pendapat Sdr itu.
Sudah tiba masanya bg bangsa Melayu kembali kpd agama Islam yg mnjadi tunjang dan teras identiti bangsa Melayu selama lebih 500 tahun sbg sumber kekuatan dan kelebihan bangsa Melayu dlm perang menentang orang2 kuffar yg sentiasa merancang untuk menghapuskan agama Islam dr Tanah Melayu. Sudah tiba masanya bangsa Melayu menjunjung Silat Melayu sbg alat tarbiah mendidik jiwa org Melayu menjadi bangsa yg berani, berdisplin dan mempunyai visi dan misi yg jelas.
Kalau pun Najib digantikan, apakah jaminannya presiden UMNO yg baru tidak mengulangi kesilapan Najib yg terlalu menjaga hati kaum Cina? Untuk lebih selamat, eloklah digubal perlembagaan UMNO supaya dimasukkan rang undang- undang yg menegaskan :
"sebarang perlakuan pemimpin UMNO yg dianggap mengkhianati bangsa Melayu akan dirujuk kepada Lembaga Disiplin Parti."
Dengan cara ini barulah seluruh pemimpin dan ahli UMNO akan taat setia kepada perjuangan parti UMNO dan tidak lagi cuba menjadi jaguh kepada bangsa lain.
Sekadar renungan. Subject Tazkirah Ramadhan - The Night Goliath Cried.
Sila Layari www.saffanskot22.com
Wassalam,
Z
3:33 PM,
Saya fikir tak perlu di gubal Perlembagaan UMNO itu. Ada pindaan pun, masih lagi bergantung kapada ahli ahli UMNO, khasnya Ahli Ahli Perwakilan kapada PAU, mengambil tindakan.
Mereka sendiri boleh menilai jika mana mana tindakan Pemimpin mengkhianati UMNO dan bangsa Melayu.
Kita kena lobi mereka yang berpotensi menjadi Perwakilan supaya gantikan Najib, yang ramai sudah mencadangkannya di sana sini di blog dll.
Tak mungkin Najib memikir bapanya dulu "kurang beri perhatian kepada bukan melayu khasnya orang cina, menyebabkan hari ini ramai Cina yang hidup di bawah paras miskin."
Cina hanya 23% penduduk, kaum yang terkaya di negara ini sejak berpuluh tahun. Yang di bawah paras miskin hanya segelintir sahaja.
Yang tidak kaya pun ramai yang berniaga. Suatu masa dahulu ada lapuran di akhbar mengatakan yang menjual buah dan minuman dengan kereta sorong (hawkers) pun berpendapatan lumayan, sikit pun tak bayar cukai. Budaya mereka budaya berniaga, mengambil untung, mengumpul harta. Di suatu lapuran akhbar yang lain, hawkers di Ipoh di katakan bemasalah membeli rumah dengan bayaran tunai keseluruhannya kerana takut di so'al selidik Jabatan Hasil Dalam Negeri punca pendapatan mereka demikian banyak.
Tak masalah bagi kita mereka mengumpul wang dan harta sebab itu hak mereka. Yang masalahnya ia lah pendirian dan pemikiran mereka berkenaan ta'at setia kapada Raja, YDP Agong dan negara. Dan sama ada mereka ada rasa cinta kapada negara patriotik), sanggup mempertahankan negara dari ancaman dalam dan luar negara.
Tak payah panjang lebar berkenaan pendirian dan pemikiran mereka saperti itu. Cukup dengan saya mengatakan kita mesti sokong kata kata Pemangku Raja Perak bahawa mesti di adakan pengajaran asas dalam perkara itu di sekolah sekolah.
Bila tak ada perasaan ta'at setia dan cintakan negara yang kuat di antara rakyat Pembangkang, lihat lah betapa kasar nya mereka:
Throw Sedition Act into the bin, says Karpal
The DAP chairman and renowned lawyer says the law is a British colonial legacy which should be thrown into the trash bin.
GEORGE TOWN: The Sedition Act 1948, is a British colonial legacy that should be thrown into the trash bin of history, DAP national ...
Siapa yang merana? Kaum Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.
Mengapa? Sebab Sedition Act/ Akta Hasutan tu melindungi peruntukan peruntukn yang sensitif di dalam Perlembagaan negara seperti berkenaan Ketuanan Melayu/ Raja Raja Melayu, Kedudukan Istimewa Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak, dsbnya.
Akta itu melarang pindaan, namun menyo'alkan saja pun, peruntukan peruntukan sensitif itu. Bila takda Ahta Hasutan, akan di ungkit, di cuba pinda mereka peruntukan peruntukan itu. Silap silap akan membawa kapada pertempuran kaum di buat mereka.
Maka si Najib telah mengesahkan hasratnya membubarkan Akta tersebut, walau pun Ahmad Zahid, Shahidan dll mempertahankannya.
Maka nyata lah perlunya Najib di tukar di PAU November ini.
Saya tidak hiraukan "Malaysian 1st" apekebendenya. Cakap macam mana pun, DAP asyik dengan "Sun Yat Sen 1st". Kupra worak depa.
Guan Eng resmikan bangunan di namakan Sun Yat Sen. Pada hal pemimpin negara China itu takda kena mengena dengan Malaysia. Hanya menumpang di Penang, lari bila pergolakan politik di China panas di awal abad 20.
Di mana ta'at setia dan cintakan negara depa DAP? Ta'at kapada China, sayangkan pemimpin China? Sejak zaman pengganas komunis Chin Peng? Dan Kit Siang pulak mahukan ketua pengganas komunis Chin Peng tu di benarkan masuk Malaysia. Apekedarahnya?
Hati mau baik be', mau hormatkan Perlembagaan dan hidup berdasarkan Perlembagaan negara. Jika tidak, berhijrah lah. Kalau tak mahu ikut Chin Peng di Betong Salient, selatan Siam, berhijrah ke Kanada dsbnya.
Dah ramai yang cakap begitu - berhijrahlah. Termasuk orang orang kenamaan di negara ini.
"sebarang perlakuan pemimpin UMNO yg dianggap mengkhianati bangsa Melayu akan dirujuk kepada Lembaga Disiplin Parti." (Anon)
Sayang penulisnya tak ada nama (Hj Ariffin).
Saya setuju dengan anda. Sebagai contoh si Nazri tu sekor melayu yang tak sedar diri tiba2 boleh nak cadangkan supaya Akta Hasutan itu di mansuhkan. Saya nak beritahu, Datok S. Subramaniam daripada MIC (dia sekarang Menteri Kesihatan) mendedahkan dalam paper Sinar Harian bahawa idea mahu memansuhkan Akta Hasutan itu datangnya daripada Najib. C****a punya Najib.
Najib ni memang terang2 nampak tersangat takut kepada pembangkang iaitu DAP ... (1) Mansuh ISA (2) Dakwat Kekal (3) Beberapa pindaan Akta Pilihanraya (4) Pindaan undang2 yang menjaga melayu.
Najib sedar atau tidak bila tiada lagi Akta Hasutan, bangsa lain boleh maki hamun orang melayu, raja melayu dan agama islam sesuka hati mereka. Sedangkan sewaktu masih ada Akta Hasutan pun mereka tak heran nak bercakap tentang benda2 yang sensitif berkenaan melayu, raja melayu dan agama islam. Mereka tak heran kerana polis tak berani ambil tindakan, polis tak berani ambil tindakan kerana Najib menghalang (agaknya).
Nak Jaga Umno Supaya Terus Disenangi Oleh Orang Melayu/Bumiputra :
Step 1 : Buang Najib gantikan dengan Muhyidin. Najib dah time up, kita gantikan dia dengan keeper baru pulak. Lagi lama kita biar Najib jadi keeper, kui makin banyak pintu goal kita akan dibolosi.
Step 2 : Pinda perlembagaan Umno. Pengkhianat kepada perjuangan Melayu dan Umno, rujuk JK Disiplin. Bertanding calon bebas tak besar mana pun salahnya, tapi kena pecat. Ini nak mansuhkan Akta Hasutan yang selama ini duk protect melayu, raja melayu dan agama islam, memang confirmed " pengkhianat, pembelot dan petualang " ... lagi mahu simpan kah ini macam punya orang ????
Hj Ariffin
Ambo Sokong 16-16.
Umno 16 Pas 16.
Mereka tokleh nak bentuk kerajaan
Terpaksa lah gi mengadap sultan
Maka Sultan pun lalu bertitah
Kamu berdua jangan duk berbalah
Negeri ini beta yang punya
Kamu berdua perintah bersama
Biar musuh melayu tidur tak lena
Umno Pas berbaik mereka paling keciwa
Orang Umno dan orang Pas
Jangan takut enam belas enam belas
Kalau Umno dan Pas ikhlas
Nikmat dua2 pihak akan galas
Hj Ariffin
Makin Dilarang Makin Menjadi2
Sekali fikir memang nak marah juga dengan perangai ORANG2 GILA yang tak jemu2 berbuat sesuatu dengan niat nak menghina agama islam. Adakah motif mereka ?
1. Betul2 nak menghina islam. Kita nak tanya : Apa untung mereka ? Adakah mereka fikir bila mereka hina islam maka orang islam rasa malu berada dalam islam lalu ramai2 meninggalkan agama islam untuk menyertai agama mereka.
PERTANYAAN : Ada berapa ramai orang islam yang keluar islam kerana tindakan BODOH dan GILA mereka menghina islam itu ?
JAWAPAN : Memang tak ada bukan. So jangan marah bila saya kata anda MEMANG BODOH dan GILA. Hanya orang bodoh dan gila saja yang sanggup buat kerja bodoh dan gila seperti itu.
2. Sengaja mahu mencetuskan sengketa agama dikalangan rakyat. Kita nak tanya : Untung apa kita jika kerana agama kita berperang sama sendiri ? Agama ajar semua orang buat baik sama orang. Tak ada agama yang panggil kita serang penganut agama lain. Kalau ada agama yang serupa itu ITU ADALAH AGAMA BODOH DAN GILA, YANG DIANUTI OLEH ORANG BODOH DAN GILA, KALAU AGAMA ITU ADA TUHAN MUNGKIN TUHANNYA JUGA BODOH DAN GILA.
Nasihat saya satu sahaja. Jangan jadi BODOH dan GILA bersengketa kerana agama. Dunia pasti aman jika :
Kamu percaya islam, ikut law islam
Kamu percaya kristian, ikut law kristian
Kamu percaya buddhist, ikut law buddhist
Kamu percaya hindu, ikut law hindu
JANGAN KACAU AGAMA ORANG BILA MEREKA TIDAK KACAU KAMU
Kadang2 dalam hati kecil bertanya :
Adakah Tuhan2 (tuhan ikut agama) ini mereka suka manusia berperang sama sendiri kerana agama.
Adakah jika para lembu juga ada agama seperti kita manusia, maka mereka juga akan berperang atau berlaga sama sendiri. Lembu islam akan bertanduk tak berhenti2 dengan lembu kristian, lembu hindu dan lembu buddhist. Malah dalam kalangan lembu juga semua lembu2 bukan islam sepakat memusuhi lembu islam sebagaimana manusia agama lain memusuhi manusia islam.
Adakah anda SESORANG LEMBU ??? ?
Adakah anda SEEKOR MANUSIA ????
Ancestor Of Adam & Eve
Post a Comment