Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Monday, August 22, 2016

Rahsia Kekuatan SJKC

7:40 AM Posted by RIDHUAN TEE 5 comments
Rahsia kekuatan SJKC (Sinar Harian 22.8.16)

Walaupun selama ini saya dilihat sering ‘menyerang’ SJKC kerana kedegilan mereka melaksanakan agenda kerajaan terutama berkaitan dengan BM, itu bukan bermakna saya menafikan kekuatan SJKC dan bangsa Cina itu sendiri.

Pertama, Cina sudah sinonim dengan sifat rajin. Struggle for survival. Sifat ini diwarisi turun-temurun. Ada beberapa SJKC tinggalan sejarah, terutama di ladang, boleh dikatakan pelajar keseluruhan pelajar dan pelajar Cinanya sangat sedikit, tetapi masih survive.

Semangat berkorban atas nama bangsa sangat tinggi. Jika mereka bersungguh-sungguh dalam mempelajari BM, sudah tentu bilangan yang mendapat straight A akan mengatasi Sekolah Berasrama Penuh. BM adalah subjek killer kepada prestasi SJKC.

Itupun kerajaan amat bertolak ansur dengan memudahkan subjek BM, dengan menjadikan BM di SJKC lebih mudah berbanding dengan BM di SK. Jika subjek BM diseragamkan mengikut kurikulum SK, sudah tentu lebih banyak kelas peralihan terpaksa diwujudkan kerana ramai yang akan mendapat markah rendah atau gagal. Peliknya, kenapa Bangla, Myanmar dan Nepal boleh menguasai BM dengan cepat, rakyat kita begitu sukar?

Kedua, Cina berpendirian urusan pendidikan, terutama melibatkan kelengkapan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P), tidak boleh diharapkan kepada kerajaan semata. Mereka akan memberi sokongan moral, wang ringgit dan tenaga terhadap kemajuan pendidikan.

Ibu bapa Cina tidak teragak-agak untuk berbelanja untuk pendidikan anak mereka, walaupun dalam kalangan tidak berada. Meskipun SJKC dibantu sepenuhnya oleh kerajaan, SJKC masih mengenakan yuran tambahan yang lain seperti yuran sewa komputer dan peralatan ICT, kelas tambahan, kelas khas BM dn sebagainya. Jika di SK, sudah tentu kita melompat bila dikenakan yuran tambahan. Yuran PIBG yang setahun RM20 sudah melenting.

Ketiga, setiap tahun mereka akan mengadakan fund raising. Kutipannya mencecah jutaan ringgit. Bangunan tambahan, dewan dan kemudahan ICT kebanyakan ditampung melalui wang ini. Mereka tidak berputus asa menambah dana. Bertemu dengan menteri, wakil rakyat, Majlis Perbandaran dan lain-lain agensi swasta. Mereka berbaik dengan semua pihak, sama ada kerajaan pusat mahukan kerajaan negeri (pembangkang). Kiri kanan makan, masuuk. Jangan terkejut jika ada kelas berhawa dingin. Guru-guru SK disibukkan dengan acara-acara politik yang kadangkala membebankan.

Keempat, kualiti P&P subjek matematik. Cina telah mewarisi sistem P&P matematik yang pantas dengan ringkas. Sehingga kini, anak saya membuat pengiraan matematik (darab) dalam Bahasa Cina (BC) walaupun telah meningkat dewasa. Latihan matematik dalam BC lebih mudah diingat daripada BM.

Kelima, Kesatuan pengurusan. Sekolah Cina sering mengamalkan corak 3 serangkai yang menggabungkan Lembaga Pengelola Sekolah, Guru Besar dan guru serta PIBG. Gabungan ini amat mantap dikenali sebagai Dong Jiao Zong.

Keenam, SJKC sanggup berkorban dengan mengadakan kelas tambahan, terutama killer subject, BM dan BI. Sejujurnya, SJKC lebih banyak mengadakan kelas pada hari Sabtu, yang diisytiharkan sebagai cuti umum, berbanding SK.

Ketujuh, bertemu ibu bapa. Bagi kelas peperiksaan (UPSR), dalam setahun, paling kurang ada tiga kali perjumpaan dengan ibu bapa. Di SK dan SRA, sekali dah dikira mujur. Perjumpaan lain lebih kepada solat hajat, air yasin, jamuan puasa dan raya. Itupun tidak ramai ibu bapa yang datang.

Kelapan, soal keselamatan. Jarang sekali berlaku kemalangan jiwa berlaku di SJKC. Pengawal keselamatan mereka dilatih bertugas dengan baik, dan bertanggungjawab. Bukan seperti SK dan SRA, bila berlaku kemalangan jiwa, baharulah langkah keselamatan diambil.

Kekuatan lain, jika ada dalam kalangan anak mereka tidak mahu belajar, dengan segera mencari kemahiran tangan. Tidak mahu melihat anak membuang masa dan melepak. Mereka akan disuruh duduk dibengkel-bengkel sebelum menjadi taukeh bengkel. Manakala yang perempuan sanggup menjadi “shampoo girl” sebelum menjadi taukehso.

Banyak lagi faktor lain, cukuplah setakat ini untuk pengajaran kepada kita semua. Niat bukan mahu memperlekehkan SK atau SRA, tetapi kita mahu keluar daripada zon selesa. Sebenarnya SJKC sudah berusaha untuk memastikan pelajar mereka dapat menguasai BM dengan baik, tetapi masih gagal disebabkan sosialisasi di luar sekolah yang masih perkauman.

Anak Melayu macam mana? Usahkan yang tercicir, yang boleh dikira bijak pun terjebak dalam kegiatan tidak bermoral, penagihan dadah dan merempit. Cina berpandangan SK dan BM yang menjadi bahasa rasmi tidak menepati citarasa ekonomi, bukan soal kemelayuan atau keislaman. 

Sehingga kini terdapat lebih 60,000 pelajar Melayu berada di SJKC. KPM hendaklah membuat kajian menyeluruh akan pengaliran pelajar Melayu ke SJKC dan kemerosotan kemasukan pelajar Cina ke SK. Saya dan pasukan di UniSZA bersedia melaksanakan misi ini.

Bila lalu bila saya sentuh mengenai SMKA aliran mandarin, malang disalahfahamkan ultra kiasu. Melayu di SJKC tidak mampu  melahirkan pendakwah. Tetapi SMKA Cina boleh melakukan sedemikian. Sebab itu bertanya jika tidak tahu, jangan menganggap diri pandai walhal sebenarnya tidak.


Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah,
Profesor, INSPIRE/FUPL, UniSZA




5 comments:

Anonymous said...

inilah yang kita selalu kita terlepas pandang

Anonymous said...

Assalamualaikum..

Saya setuju sangat prof. Sebelum berpindah ke kawasan pedalaman kerana tugas anak saya bersekolah di sjkc. Bukan tak percayakan sk dari awal, tapi atas kehendak suami dan keluarga mertua yang berbangsa cina. Persekolahan diteruskan di SK setelah berpindah. Mula-mula anak memang dapat 'culture shock' kerana sistem dan cara yang berbeza. Bagi saya sendiri pula sedikit ralat kerana di sjkc ibubapa digalakkan melibatkan diri dengan sekolah dan ibubapa tidak ragu ragu memberikan pendapat dan kritik kerana diambil kira sepenuhnya. Sedang di sk saya mengkritik dan guru membalas dengan alasan lapuk seperti 'murid cuma 6 jam di sekolah yang selebihnya d rumah' , bukan tanggungjawab guru semata-mata'. Namun bukan semua di SK adalah tidak bagus, ada nilai2 yang boleh diterapkan ke dalam sjkc contohnya semangat kenegaraan yang lebih kuat dan yang lebih penting anak saya dapat belajar mata pelajara agama islam dengan lebih detail. Alhamdulillah..

Anonymous said...

bukan tidak boleh maju kalau gunakan bahasa ibunda tetapi terlalu banyak kudrat, masa dan wang ringgit diperlukan untuk menjadikan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar terbilang dalam akademik.

tembok besar juga gunakan bahasa ibunda tapi dengan kekuatan kudrat, ekonomi dan motivasi yang ada mereka sedikit sebanyak lebih mampu menjadikan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa pengantar utama dalam semua bidang.

namun disebalik semua itu tembok besar masih ketinggalan dalam banyak bidang berbanding AS meskipun tamadun tembok besar jauh lebih panjang usianya dari AS. kalaulah tembok besar semarakkan bahasa akademik utama dunia (inggeris), rasa rasanya mereka mungkin dapat potong AS?

Anonymous said...

有本事就开台大声讲,你不是要渲染吗?有效一点,开台来讲,怕出事的话带保镖咯!!!记得开讲那天大事宣传一番先ok...?

Anonymous said...

Screw you,you need to access before the write up visible...? You la kiasu