Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Monday, August 01, 2016

Lembu Import Babi Eksport

7:29 AM Posted by RIDHUAN TEE 12 comments
Lembu import, babi eksport (Sinar Harian 1.8.16)

Saban tahun bila tiba musim perayaan seperti Hari Raya, naik muak mendengar kenyataan, bekalan daging cukup, harga terkawal. Realitinya, bekalan tidak pernah cukup. Harga pula tidak terkawal. Sehinggakan ayam biasa mencecah harga RM 30 seekor.

Bila berlaku kenaikan mendadak barangan terkawal, kedengaran kata-kata jangan makan itu dan ini, kita boikot. Rakyat marhaen seperti saya yang kurang berwang pun ikutlah kempen tersebut, malangnya orang lain yang berwang terus makan dengan sedapnya.

Peliknya, bila tiba Tahun Baharu Cina, amat jarang sekali masalah ini muncul. Bekalan babi sentiasa cukup, harga terkawal. Tiada siapa merungut, kecuali rumah orang Melayu tinggal berdekatan dengan kandang babi.

Pendek kata, selagi kita menjadi pengguna, selagi itulah kita akan terus berhadapan dengan masalah demi masalah yang tidak pernah akan selesai ini. Kita akan terus menjadi mangsa.

Allah telah mengurniakan kita dengan bumi yang sangat subur. Cucuklah tanamannya apapun, esok bertunaslah ia. Sawit, kelapa, getah, kopi, koko dan kurma misalnya, bukan tanaman asal di sini, tetapi daripada negara lain. Campak sahaja di bumi bertuah ini, menjadi sokmo. Tidak bersyukur lagi dengan nikmat Allah ini.

Hasil bumi, hasil laut dan hasil langit semua kita ada, sehingga melimpah ruah. Tetapi tidak pernah cukup. Ini tidak termasuk sumber minyak yang biasanya kedapatan di negara Arab.

Persoalannya, kenapa kita masih menjadi mengimport? Bukan mengeksport? Kita cuma bangga menjadi pengeksport babi, bukan hasil tani yang lain?

Bandingkan dengan negara Asean lain seperti Thailand, Vietnam dan Kemboja, mereka sudah mula meninggalkan kita. Kita sahaja perasan kita bagus. Tidakkah sepatutnya Malaysia terkenal sebagai pengeksport hasil tani?

Ke manakah perginya dasar yang sangat baik seperti Dasar Pertanian Negara dan Buku Hijau yang mahu meningkatan hasil tani dan daya saing? Apakah kita semua lupa? Kedua dasar ini saban tahun dibincangkan tetapi tidak ke mana?

Saya masih ingat, pada tahun  2006, kempen ini telah dihidupkan semula. Tiga komponen utama difokuskan iaitu Tanaman (bercucuk tanam), Ternakan dan Akuakultur.  Program ini akan memberi fokus di kawasan bandar dan luar bandar dengan menggalakkan rakyat bercucuk tanam dan menternak ayam dan ikan atau dengan kombinasi yang sesuai untuk kegunaan sendiri dan selebihnya boleh diproses/guna sendiri. 

Penanaman sayur-sayuran dilaksanakan di halaman rumah dengan  mengambilkira konsep ‘kitchen garden’ atau ‘edible landscape’. Matlamat utama Program ini ialah untuk melibatkan rakyat negara ini bercucuk tanam dan menternak bagi mengeluarkan sendiri bahan makanan harian seperti di Thailand.

Tujuannya untuk meringankan beban kewangan rakyat akibat kesan kenaikan harga barangan makanan dan kesan kenaikan kadar inflasi. Pada masa sama ia dapat mewujudkan kesedaran dan menggalakkan rakyat mengeluarkan sendiri makanan segar, berkhasiat dan selamat. 

Kerajaan telah meluluskan sebanyak RM 15 juta bagi tahun 2008 dan untuk  fasa 1, sebanyak RM 5 juta telah diagihkan. Dengan peruntukan tersebut Jabatan Pertanian telah menetapkan sasaran seramai 187,000 keluarga di 2,880 Kampung dan Taman Perumahan di seluruh negara. 

Apa hasilnya? Bidang pertanian yang sepatutnya menjadi bidang kepakaran kita sudah jauh ketinggalan berbanding dengan Thailand dan negara lain.

Kita ada Jabatan Pertanian, Mardi, UPM, Risda dan badan berkaitan pertanian. Malangnya semua membawa haluan masing-masing. Inilah perangai orang Melayu. Maaf. Semua mahu menunjukkan kehebatan, meskipun mereka tidak sehebat mana. Kenapa tidak disatukan kepakaran ini menuju kepada negara pertanian hebat seperti negara lain?

Kita buat kertas cadangan untuk mendapatkan kelulusan. Apabila sudah dapat, kita pun sub kepada orang lain. Akhirnya, Cina jadi kaya, kita kaya sekejap. Kemudian berbini ramai. Di Dusun Trolak kini heboh dengan anak-anak kita curi durian.

Sebagai orang Islam saya amat malu sungguh apabila Malaysia lebih terkenal sebagai pengekport babi, sedangkan permintaan dalaman tidak banyak berbanding dengan lembu, kambing dan ayam.

Saya sarankan, pada tahun depan dan seterusnya, tidak payah lagilah buat pengumuman bekalan daging cukup ke tidak? Pakat-pakat buat kerja. Kurangkan NATO, no action talk only.

Lebih malangnya, belumpun isu hasil tani reda, tiba-tiba muncul pulak idea untuk menjadikan ketum sebagai tanaman komersial. Apakah ketum boleh mengenyangkan perut? Atau meramaikan lagi penagih dadah yang rata-ratanya orang Melayu?

Fokuslah kepada hasil pertanian yang boleh mengenyangkan perut dan bukan sebaliknya. Saya tidak boleh bayangkan jika suatu masa nanti negara kita dikenakan sekatan ekonomi oleh kuasa besar, apakah kita bersedia atau mati kelaparan?

Negara pertanian seperti China sejak dahulu hingga sekarang, tidak pernah tergugat,meskipun pernah mengamalkan dasar tutup pintu dan dikena sekatan ekonomi suatu ketika dahulu. Kenapa? Mereka tidak bergantung kepada hasil import. Apakah kita terpaksa makan binatang haram suatu masa nanti kerana terlalu bergantung kepada import? Lembu import babi eksport.  


12 comments:

Anonymous said...

Memang Pelik..

Kereta boleh buat, sawit boleh buat..

Makanan asas tak boleh buat..
Negara dikawal samseng ladang ayam??

Tak boleh buat felda ayam??
NFC jadi tapak rumah pula..

Unknown said...

As-salam prof.
Saya sangat tertarik dgn penulisan prof berkenaan topik ini. Untuk pengetahuan prof, sudah ada beberapa gerakan yg sudahpun dijalankan oleh beberapa individu yg amat menitik-beratkan perkara sebegini, dan kumpulan ini sedang mencari individu2 seperti prof utk duduk semeja dan membincangkan perihal seperti yg prof sebutkan dalam artikel ini.

Amatlah besar hati kami sekiranya prof dapat menyumbangkan buah fikiran prof ataupun apa jua bentuk bantuan yg prof rasakan sesuai. Sekiranya prof berminat dan memerlukan lebih penjelasan daripada saya, sudilah kiranya prof memberikan jawapan kpd saya di alamat emel berikut:

krie12.asn@gmail.com

Penjelasan pendek saya ini mungkin agak ringkas dan meragukan, namun saya boleh terangkan secara 'detail' tentang apa yg kami sedang usahakan sekarang. Respon daripada prof amatlah kami hargai.

Anonymous said...

salam tuan..
saya duk di pontian..johor..
petani 'ultra'kecil..
dlm industri tani..bangsa tuan adalah 'abang besar'..
tak kiralah dalam tanaman apa pun..sawit..sayur..jagung..nenas..semuanya dapat kat depa..
ramai petani islam..tapi lebih kepada melukut ditepi gantang..
hidup segan mati tak mahu..
peruntukan pertanian yg besar jumlah nilainya mengalir lebat kedalam poket..taukeh kaya..
atas alasan bantuan input..bantuan geran..dll..
bantuan untuk petani islam..ada..hanya untuk kroni..yg lain..segan nak kata..
ada jabatan pertanian..pilih kasih..
ada stesyen MARDI..buat sakit mata(baik tutup)..jimat duit rakyat..tak ada apa yg boleh dibanggakan..pegawai yg jujur mencari rizqi ada..tetapi kecil jumlahnya..banyak yg selingkuh..bengkok..
pun tak tahu nak komen apa..banyak sgt dapat dosa nanti..disebut salah..tak disebut pun salah..
dilema..

Anonymous said...

Ingat dulu bangsa mana yang sanggup bakar anak-anak ayam hidup demi ketamakan agar dapat mengawal harga ayam dipasaran. Peladang ayam Melayu kalau boleh dihapuskan semahu-mahunya.Sampai sekarang pihak berkuasa tak boleh dan tak mampu buat apa-apa. Kuasa ada tapi semua orang boleh tahu apa sebabnya.

Anonymous said...

Bukankah kerajaan pernah bercadang buat projek bela lembu secara besar-besaran? Tapi akhir projek lembu tak jadi menjadi projek condo. Inilah dasar kerajaan yg selalu gagal kerana diurus oleh orang tidak setia kpd negara tapi untuk kepentingan sendiri. Bila untung sendiri yg paling untung tapi bila rugi kerajaan dan rakyat yg tanggung. Malaysia semakin masyhur atas pimpinan Malaysian Official 1

Anonymous said...

Penulisan ini sepatutnya berasaskan data dan fakta dan bukannya berlandaskan 'hear say'.

1. Adakah penulis tahu bahawa Malaysia telah tidak mengeksport babi sejak berlakunya wabak nipah 1999?

2. Adakah penulis tahu bahawasanya industri babi memang menghadapi tekanan dari segi mendapatkan kawasan penternakan dan lesen beroperasi yg mana enakmen penternakan babi diamalkan di hampir sebahagian besar negeri-negeri di semenanjung Malaysia.

3. Adakah penulis tahu bahawa harga daging babi juga naik saban tahun terutamanya menjelang perayaan tahun baru cina.

4. Adakah penulis tahu bahawasanya Malaysia merupakan negara yang mana daging lembu segarnya termurah dirantau Asia (berbanding Indonesia, Thailand, Singapore, Vietnam dan Cambodia).

5. Adakah penulis ini tahu yang kita merupakan antara negara pengeksport ayam disegani dirantau ini.

6. Adakah penulis ini tahu yang kapasiti pengeluaran daging lembu negara telah meningkat sejak 2005 hingga sekarang lebih 70%.

7. Adakah penulis ini tahu bahawa sebahagian daro daging lembu yang diimport adalah untuk kegunaan loji pemprosesan produk tambah nilai seperti RAMLI BURGER yang juga milik orang melayu.

8. Adakah penulis tahu bahawa kawasan menternak lembu itu lebih luas di Malaysia berbanding kawasan menternak babi.

9. Adakah penulis faham bahawasanya seekor ibu babi menghasilkan purata 12 ekor anak selepas bunting 3 bulan 3 minggu 3 hari berbanding lbu yang hanya mampu menghasilkan seekor anak setelah bunting 9 bulan 10 hari.

Silalah buat kajian lebih mendalam dan berjumpa dengan Kementerian dan agensi terbabit supaya fakta yang ditulis adalah lebih tepat dan tidak menyinggung serta memperlekeh usaha sesetengah agensi. Biarlah tulisan itu sepadan dengan gelaran tuan sebagai seorang ilmuan yg dihormati.

Anonymous said...

Penulis hanya menulis mengikut pandangannya berasaskan 'hear say' tanpa fakta yg jelas dan tepat. Penulisan sebegini tak seharusnya datang dari seorang ilmuan, adakah penulis mengkaji beberapa perkara sebelum menukis? Adakah penulis sedar bahawa,

1. Harga daging babi juga berlaku kenaikan semasa perayaan dan mengikut data DVS dari 2014 sehingga kini telah ada hampir 11% harga daging babi.

2. Tahukah penulis bahawa kita bukan pengeksport daging babi lagi semenjak 1999 apabila wabak Nipah berlaku yg telah memberi kesan fobia kepada semua rakyat dan pengusaha dari semua bangsa.kita mengimport 5% - 8% dari keperluan babi dalam negara.

3. Kita memang mengimport daging lembu dan hanya menghasilkan 24% dari keperluan dalam negara tetapi tahukah penulis bahawa sejak tahun 2004 hingga 2014 kita telahpun melonjakkan pengeluaran daging lembu sehingga 73%(dari 30 ribu tan metrik setahun kepads 52 ribu tan metrik setahun).

4. Tahukah penulis bahawa dahing lembu segar sembelihan tempatan adalah daging lembu segar paling murah dirantau ini RM32 sekilogram berbanding Thailand (RM42-45 sekilo), Indonesia (RM46 sekilo) Cambodia dan Vietnam (RM40 sekilo).... Singapore hingga RM56sekilo).

5. Tahukah penulis bahawasanya pengimportan daging dari luar negara bukan hanya untuk pasaran kepada pengguna akhir tetapi juga untuk tujuan loji pemprosesan produk tambah nilai seperti Burger, Sosej, Nugget, meat loaf etc. Yang juga sebahagiannya milik bumiputera sepwrti RAMLY dsb.yg juga menguntungkan negara dan rakyat?

6. Adakah penulis sedar yg bahawasanya Allah jadikan produktiviti babi lebih tinggi berbanding lembu dengan kadar kelahiran sehingga purata 12 ekor anak satu kelahiran yg tempoh buntingnya hanya 113 hari berbanding lembu hanya seekor satu kelahiran dengan tempoh buntingnya leboh 270 hari untuk menguji makhluknya?

Kenapa penulis tidak berbincang dengan pihak2 bertanggungjawab sebelum menulis yg kelihatan seperti mempersenda usaha yg telah dijalankan selama ini?

Anonymous said...

Kenapa 2 kali saya menulis tidak dipaparkan?

Anonymous said...

Penulis hanya menulis mengikut pandangannya berasaskan 'hear say' tanpa fakta yg jelas dan tepat. Penulisan sebegini tak seharusnya datang dari seorang ilmuan, adakah penulis mengkaji beberapa perkara sebelum menukis? Adakah penulis sedar bahawa,

1. Harga daging babi juga berlaku kenaikan semasa perayaan dan mengikut data DVS dari 2014 sehingga kini telah ada hampir 11% harga daging babi.

2. Tahukah penulis bahawa kita bukan pengeksport daging babi lagi semenjak 1999 apabila wabak Nipah berlaku yg telah memberi kesan fobia kepada semua rakyat dan pengusaha dari semua bangsa.kita mengimport 5% - 8% dari keperluan babi dalam negara.

3. Kita memang mengimport daging lembu dan hanya menghasilkan 24% dari keperluan dalam negara tetapi tahukah penulis bahawa sejak tahun 2004 hingga 2014 kita telahpun melonjakkan pengeluaran daging lembu sehingga 73%(dari 30 ribu tan metrik setahun kepads 52 ribu tan metrik setahun).

4. Tahukah penulis bahawa dahing lembu segar sembelihan tempatan adalah daging lembu segar paling murah dirantau ini RM32 sekilogram berbanding Thailand (RM42-45 sekilo), Indonesia (RM46 sekilo) Cambodia dan Vietnam (RM40 sekilo).... Singapore hingga RM56sekilo).

5. Tahukah penulis bahawasanya pengimportan daging dari luar negara bukan hanya untuk pasaran kepada pengguna akhir tetapi juga untuk tujuan loji pemprosesan produk tambah nilai seperti Burger, Sosej, Nugget, meat loaf etc. Yang juga sebahagiannya milik bumiputera sepwrti RAMLY dsb.yg juga menguntungkan negara dan rakyat?

6. Adakah penulis sedar yg bahawasanya Allah jadikan produktiviti babi lebih tinggi berbanding lembu dengan kadar kelahiran sehingga purata 12 ekor anak satu kelahiran yg tempoh buntingnya hanya 113 hari berbanding lembu hanya seekor satu kelahiran dengan tempoh buntingnya leboh 270 hari untuk menguji makhluknya?

Kenapa penulis tidak berbincang dengan pihak2 bertanggungjawab sebelum menulis yg kelihatan seperti mempersenda usaha yg telah dijalankan selama ini?

Anonymous said...

Itu lah sebabnya dikatakan bahawa kerajaan sekarang kurang efektif dalam melaksanakan agenda yang telah ditetapkan. Ini tidak ada kena mengena dengan isu pengekspotan daging binatang lain.

Bila Prof menghujah isu, tumpukanlah perhatian kepada isu tersebut, dan bukanlah megaitkan sesuatu isu dengan permerhatian yang lain. Yang pokoknya sekarang adalah kenaikan harga pada musim rayaan.

Kalau sekadar naik muak dan tidak fokus pada isu sebenar, iaitu pelaksanaan dasar kerajaan yang tidak efektif, apalah nak menyalahkan kaum-kaum lain pulak.

RIDHUAN TEE said...

Sdr Mohd Noor Hisham, Saya biasanya tidak menjawab komen-komen yang ada, tetapi komen sdr mencabar saya untuk memberi respon. Lebih baik sdr buat kajian terlebih dahulu sebelum nak bercakap. Apakah Malaysia tidak mengeksport babi hari ini? Cuba berikan bukti.

Sejak kecil sebelum Islam, ibu bapa say amenternak babi. Saya tahu berapa banyak dan berapa kali babi beranak. Saya fikir sdr pun tidak pernah tengok. Tapi saya lihat sendiri. Jika nak berbincang, sila jawab artikel saya dan publish dalam Sinar Harian, in shaa ALlah mereka akan respon jika artikel sdr ada faktra

Anonymous said...

The truth:

Breaking news: elite people paying rich people to tell middleclass people to blame poor people.

You sir, tuan ridhuan tee, a realist.