Antara
seksi dan hedonisme (Sinar Harian 25 Jul 2016)
Semua yang ada di dunia ini adalah
ciptaan dan kurniaan Allah. Seksi atau tidak, cantik atau hodoh, buruk atau
baik, ajal maut dan sebagainya. Faham belaka. Persoalannya, wajarkah seksi itu dipertontonkan
atau diperagakan?
Apatah lagi jika seksi ditambah gedik.
Hebat sungguh mendengar pemimpin ultra kiasu Melayu berkata kenapa perlu teruja
dengan seksi? Dia faham atau tidak maksud seksi?
Mungkin ultra kiasu ini perasan dia kacak,
sehingga mungkin ada lelaki lain turut tergoda. Adakah ini juga ketentuan Tuhan
jika kita sengaja menggoda? Ya, memang Allah ‘membenarkan’ penggodaan tersebut.
Seperti mana ajal maut ditangan Tuhan.
Apakah tidak maut jika dalam keadaan tidak tahu berenang, kita perlu terjun di
laut dalam? Bila dah maut, maka kita pun berkata, “dah ajal Tuhan”. Tuhan
sentiasa “dimangsakan”. Perbuatan buruk kita yang sengaja dilakukan bagaimana?
Ini kejahilan pemimpin bila tidak
menggunakan otak bila bercakap. Adakah orang sebegini layak memimpin sebuah
negeri atau negara? Biar rakyat yang menentukan.
Isu utama bukan soal seksi atau tidak?
Mencemar bulan syawal yang mulia seolah-olah bulan lain tidak mulia? Asasnya, hari,
bulan dan tahun yang dijadikan oleh Allah semuanya mulia. Tidak timbul soal ada
hari yang mulia atau ada yang tidak mulia.
Kita disunatkan puasa Isnin Khamis,
sedangkan Jumaat adalah penghulu segala hari. Adakah ini bermakna Jumaat tidak
mulia? Bagaimana hari yang lain, termasuk Ahad yang dimuliakan Kristian? Bagaimana
pula negeri yang bercuti Jumaat dan
Ahad?
Seolah-olah dalam Islam ada masa
tertentu buat baik, ada masa tertentu buat jahat. Jika begitu caranya, rosaklah
Islam. Isu pokok bukan soal seksi atau hari dan bulan, tetapi soal budaya
berhibur atau hedonisme.
Jiran saya terkejut apabila saya
berkata di rumah saya tidak ada siaran TV sama ada berbayar atau percuma.
“boleh hidup ke tanpa TV dan radio”, katanya. Saya jawab, “tak matipun, zaman hutan
dahulu mana ada semua ini, manusia hidup juga”.
Kenapa ada pemimpin cuba
mempertahankan? Inilah yang saya pelik. Jika terlalu mahu menjaga kuasa, kedudukan
dan sokongan ultra kiasu, duduk diam sahajalah. Tidak perlu mengeluarkan kata-kata
menyesatkan orang. Hina sangat.
Apakah kita sudah kekeringan artis tempatan
sehingga terpaksa berbelanja begitu banyak wang mengimport artis luar? Apakah
benar lirik dan lagunya begitu hebat? Sejak bila pula ultra kiasu ini menonton
siseksi dan sigedik tuh? Apakah beliau salah seorang peminatnya? Saya tidak
menolak hiburan, tetapi menolak hiburan melampau.
Inilah yang dikatakan hedonism mengundang kepada shopaholic.
Golongan ini beranggap wang boleh membeli kebahagiaan dan memuaskan hawa
nafsunya. Sedangkan dalam kehidupan, belum tentu wang boleh membeli tidur lena
meskipun wang boleh membeli tilam tebal dan empuk.
Kedua, hedonisme akan menyebabkan narsisme
iaitu satu sifat mencintai diri sendiri secara berlebihan. Mereka sanggup
berhabisan untuk diri sendiri sedangkan orang lain yang lebih memerlukan dibiarkan
bergelandangan.
Ketiga, hedonisme boleh menyebabkan hilang rasa
malu. Mana tidaknya, percampuran lekaki perempuan tidak terkawal. Penonton
terjerit-jerit macam hilang akal. Bersorak
sana sini sehingga hilang rasa malu. Apakah kita sudah lupa ketika konsert
K-Pop tahun lepas menjadi sensasi apabila penonton pergi pentas memeluk artis
Korea? Seksi itu menggoda atau tidak?
Saban kali kita mendengar laporan selepas sahaja
apa jua konsert, pekerja-pekerja bandaraya dan tukang sapu akan akan terjumpa
alat seks kondom selepas konsert berakhir. Terfikirkah kita bagaimana mereka
melakukan seks ketika konsert berlangsung?
Jelas di sini bahawa mereka yang terpengaruh dengan
hedonisme sudah tidak peka lagi dengan orang lain. Mereka lebih mementing diri
sendiri daripada perasaan orang lain. Matikah kita tanpa hiburan?
Lebih malang lagi apabila wujud tindakan memecat
mereka yang mempertahankan ilmu, manakala mereka yang mempertahankan hedonisme
dikekalkan dan dinaikkan pangkat. Politik rimba apakah ini?
Saya minta pemimpin ultra kiasu jawab soalan
ini. Apakah tujuan hidup kita? Apakah
kita sudah bahagia dengan kehidupan ini? Banggakah orang tua kita dengan apa yang
kita lakukan ini?
Janganlah sekali-kali kamu terpedaya oleh kebebasan orang-orang kafir bergerak
di dalam negeri. Itu hanyalah kesenangan sementara, kemudian tempat
tinggal mereka ialah jahannam dan jahannam itu adalah tempat yang seburuk
buruknya. (Surah al-Imran: 196-197).
Saya harap umat Islam
tidak terpedaya. Hari ini, ultra kiasu hari ini menggunakan wang mereka untuk
melalaikan umat Islam, agar kita cair dan terpengaruh dengan agama mereka. Saya
yakin yang memenuhi stadium nanti bukan mereka, tetapi kita.
Saudaraku, hiburan
bukannya isu antara hidup dan mati. Paling penting dalam kehidupan adalah, “Ya
Allah, tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus, jalan yang
Engkau redhai”.
1 comments:
Assalamualakum Prof. Saya sgt bersetuju dgn teguran Prof. kpd pemimpin Melayu yg mempertahankan konsert Selena Gomez. Keberanian Prof. menjulang Islam mmg sudah terbukti lama.
Namun saya sgt musykil berkaitan pembikinan sebuah filem 'lucah' oleh seorg anak tiri pemimpin negara kita, adakah Prof. juga dgn berani dan lantang menegur anak tiri pemimpin itu atau pemimpin (negara Islam) itu sendiri? Jika belum, apakah teguran Prof. bersifat selektif atau ada sesuatu yg lebih utama perlu dijaga? Saya mohon maaf menegur Prof.
Post a Comment