Bingkisan
buat Umno dan Pas
Sinar Harian 18 Julai 2016
Kebenaran itu amat pahit. Inilah perkara yang perlu
disedari oleh kita semua, terutama kalangan pemimpin negara dan masyarakat
serta para daie. Berkata benarlah, kerana kebenaran itu tetap akan menang
sampai bila-bila, meskipun kalah di dunia atau dikeji dan dimaki musuh.
Benar, saya merasai berseorangan, kerana saya tahu ramai
yang takut memberikan sokongan secara terbuka. Tidak mengapalah. Saya serahkan
nasib ini kepada takdir Ilahi. Ya, Allah kuatkanlah semangat ini. Bimbinglah hambamu
ini ke jalan yang Kau redhai. Matikan aku dalam iman dan Islam.
Selama ini ultra kiasu menuduh saya lebih Melayu
daripada Melayu, tali barut, barua dan penjilat Umno. Namun, setelah terbongkar
dan viral, saya keluar daripada menjadi ahli seumur hidup MCA, semuanya
terkejut beruk. Baharulah mereka tahu, hakikat sebenarnya saya masih orang Cina
yang duduk dalam parti Cina. Atas dasar prinsip, kemudian, saya keluar.
Apakah saudaraku tidak menitis air membaca komen daripada
saudara Tai Khai Eong dalam blog saya, ridhuantee.blogspot,
artikel minggu lepas. Kata Tai;
Prof, apa yang Prof tuliskan
tentang ultra kiasu semuanya betul dan benar belaka. Liciknya mereka. Mereka
sebenarnya, tidak mahu melihat orang Melayu atau lebih tepat, orang Islam maju.
Mereka takut perniagaan dan pendapatan mereka hancur. Dan pelbagai lagi kelicikan
ultra kiasu ini yang harus Prof tulis lagi. Walau pun saya penyokong kuat parti
pemerintah sekarang, tetapi sekiranya parti pemerintah tidak lagi berkuasa,
saya mengharap agar Pas lah penggantinya. Kalau lain, Islam hancur. Saya, walau
bukan Islam, tapi saya faham benar tentang Islam. Maklumlah, rumah hanya
terletak di belakang masjid. Dari kecil hingga besar memang dapat dengar
ceramah dan acara yang berlangsung di masjid. Kampung saya di Penang pula,
majoriti besarnya, Melayu. Harap Prof dapat bongkarkan lagi niat jahat ultra
kiasu.
Terus terang, saya amat bersetuju dengan komen
saudara Tai. Ditakdirkan Umno hilang kuasa, parti mana lagi boleh diharapkan
untuk menjaga negara bertuah ini jika bukan Pas. Nak harapkan PAN dan PKR?
Mereka ini jelas sekali kuda tunggangan ultra kiasu. Ultra kiasu adalah DAP,
MCA, Gerakan, MIC dan mereka yang menentang agenda Islam.
Saya sangat pelik, kenapa Umno masih tidak menyedari
MCA, Gerakan, MIC dan parti komponen yang menentang Islam lain, sebenar
bergantung kekuatan kepada Umno dan orang Melayu. Jika orang Melayu tidak
mengundi mereka, sudah lama parti-parti ini bungkus. Kita terus melantik mereka
menjadi menteri, memberi ruang dan peluang begitu luas. Sedangkan mereka tidak
pernah mengundi kita.
Bukan tidak ada pilihan. Ada. Lantiklah Cina, India
atau Bumiputera bukan Islam, atau zimmi, yang baik-baik menjadi menteri dan
ahli kabinet. Masih ramai. Meskipun mereka bukan daripada kalangan parti
politik. Ini tidak, sudah tahu mereka menjadi beban dan masalah, malangnya
terus dilantik dan dinaikkan pangkat. Apa erti semua ini?
Sebab itu, saya setuju dengan Tai, pilihan hari ini
adalah Pas. Walaupun Pas dikatakan berseorangan, tidak akan menang dalam PRU
akan datang kerana keluar daripada Pakatan, tetapi Pas mempunyai prinsip.
Mulianya manusia bukan kerana pandai bermuka-muka, tetapi kerana prinsipnya
yang teguh. Apatah lagi cekal dan kental bersama Islam.
Kemuliaan kita di sisi Allah, bukan kerana pandai
menguruskan negara ini semata-mata, tetapi harus dilihat sejauhmana keberanian
mempertahankan maruah agama suci ini daripada dicemari oleh tangan-tangan jahat
ultra kiasu. Apakah kita tidak tahu semuanya ini? Bangunlah wahai saudaraku.
Kita sudah tidak punyai banyak masa.
Umno dan Pas mesti berpolitik secara matang.
Bersatulah, sama ada secara senyap mahupun terang, seperti yang dilakukan oleh
parti politik ultra kiasu ini DAP, MCA, Gerakan, SUPP dan lain-lain. Semua
mereka ini bersatu dalam NGO yang bernama, Hua
Zong atau Dong Jiao Zong. NGO
inilah yang paling berpengaruh. Parti politik ultra kiasu hanyalah alat untuk
mendesak dan memberi tekanan kepada kerajaan dan Umno.
Umno akan keseorangan nanti jika tidak bersama Pas,
kerana dalam BN, hanya Umno sahaja parti yang mempertahankan kepentingan Melayu
dan Islam. Parti lain hanya menjaga perut mereka. Sampai bila Umno akan terus
menjadi kuat jika terus diasak kiri kanan depan belakang?
Ingat! Malaysia bukan Brunei atau Indonesia,
majoriti Islam mereka besar, melebihi 70 peratus. Kita hanya 50-50, jika ada
lebih pun mungkin 5-6 peratus. Apakah kelebihan itu menguntungkan kita? Saya
pasti, kita ada jawapannya.
Saya amat yakin jika Umno dan Pas berpolitik secara
matang, kerusi luar bandar semuanya akan menjadi milik mereka. Kerusi bandar,
seperti biasa menjadi milik ultra kiasu. Kita masih boleh menang. Apatah lagi
dengan sokongan Raja-Raja Melayu. Bila menang, jalankan pemerintahan secara adil,
lantiklah zimmi Cina, India dan Bumiputera yang boleh diharap, seperti Helen
Ang dan Lim Sian See, menjaga kepentingan rakyat, bukan kepentingan perut seperti
pemimpin ultra kiasu yang ada pada hari ini menentang Islam.
5 comments:
Alhamdulillah.
Masih ada "orang" yang berani berterusterang.
Demi Islam dan Melayu.
Demi kemajuan dan keselamatan negara yang akan ditinggalkan kepada anak cucu untuk diwarisi.
Semoga semua "pemimpin" Melayu-Islam terkini mengambil iktibar dan melaksanakan "amanah" demi kepentingan seluruh rakyat, lebih-lebih lagi dari kalangan Islam.
HIDUP MELAYU ISLAM
Perjuangan sampah RT cuma untuk Islam shj adalah satu kehinaan kepada Allah kerana Allah mencipta manusia tak ikut bangsa dan agama. Jika Allah tak suka orang kafir jadi kenapa dia tak berhentikan kelahiran mereka? Sampah RT, kau perlu bertaubat kerana kau suka main isu agama dengan bangsa akhir boleh menyebab masalah keharmonian manusia. Allah sedang pandang perbuatan keji anda. Tunggu balasan Allah...
Orang melayu jangan terlalu mudah percaya dengan tipu daya ultra kiasu. Saya berasa hairan dengan sikap segelintir orang melayu yang boleh percaya bulat-bulat janji-janji manis ultra kiasu. Kalau orang melayu di Pulau Pinang bersatu, tidaklah melayu Pulau Pinang menjadi seperti sekarang. Ini tidak, percaya pada janji-janji manis ultra kiasu. Dengan slogan "Ini kalilah", melayu di Pulau Pinang tanpa berfikir panjang, begitu mudah mempercayai janji-janji manis ultra kiasu tanpa berfikir niat jahat mereka di sebalik slogan menukar kerajaan tersebut. Nasib baiklah tuhan takdirkan BN masih lagi dapat memegang kuasa di kerajaan pusat. Kalaulah ditakdirkan pembangkang yang diketuai oleh ultra kiasu memegang kuasa di pusat, apa akan jadi dengan agama rasmi malaysia iaitu islam? Apa akan jadi dengan melayu? Apa akan jadi dengan nasib raja-raja dan sultan?
Ingat, ultra kiasu langsung tidak menggalakkan anak-anak mereka mempelajari sejarah Malaysia. Sebab apa? Alasan mereka, susah. Tetapi, sebab yang sebetulnya, sejarah Malaysia atau lebih tepat, sejarah tanah melayu, menceritakan pengorbanan orang-orang melayu dan sedikit bukan melayu.
Ultra kiasu mana ada berkorban? Mereka hanya tahu memenuhkan tembolok mereka saja. Bacalah sejarah ultra kiasu di malaya atau malaysia sekarang.
Tanyalah anak-anak ultra kiasu tentang sejarah melayu, boleh tak mereka menjawab persoalan itu?
Your command of Bahasa Malaysia is superb, I enjoy reading your post to improve my BM. But how good is your command of English and 中文?
Saya sayang Tn. Ridhuan Tee
Post a Comment