PAN,
antara kuali dan papan (Sinar Harian 11.7.16)
Tiba-tiba orang PAN marah apabila ada
yang kalangan kita tidak menggunakan akronim Amanah sebagaimana yang diluluskan
oleh Pendaftar Pertubuhan (Ros). Saya akan terus menggunakan PAN, kerana dalam
PAN ramai yang tidak amanah. Suka hati sayalah yang panggil apapun, janji tidak
membawa maksud buruk.
Kempen PRK Sungai Besar dan Kuala
Kangsar sangat jelas membuktikan kejelekan PAN. Tengoklah pada kempen ucapan
dan banner mereka. Apakah layak mereka ini dipanggil amanah sedangkan ramai
yang tidak amanah duduk di situ? Ini masih belum setahun. Bayangkan jika dah
lama. Saya tidak kata Pas dan Umno semua betul. Tetapi kedua parti ini tidak
label diri mereka amanah.
RoS telah melakukan kesilapan
meluluskan akronim tersebut. Semua sedia maklum, majoriti parti politik yang
ada di negara ini menggunakan singkatan seperti UMNO, PAS, MIC, MCA, DAP, PKR,
SUPP, UPKO, PBB, PBS dan lain-lain lagi. Tidak memakan banyak ruang.
Alangkah kelakar jika PAS menjadi akronim,
Islam; UMNO = Melayu; MIC = India; MCA = Cina; DAP = Action. Dahulu PKR
menggunakan perkataan KeAdilan, nasib baiklah selepas itu disebut sebagai PKR.
Jika tidak, susah juga bersoal jawab sebab bukan semua yang duduk di situ memiliki
sifat. Sesama sendiripun berantakan.
Mungkin ada yang berhujah bagaimana
pula dengan PGRM (Gerakan), Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Barisan
Jemaah Islam Se-Malaysia (Berjasa). Akronim tersebut kes terpencil dan masih
boleh diterima.
Apapun, saya mencadangkan
kepada RoS supaya menarik balik akronim amanah tersebut dan digantikan dengan
PAN seperti lazimnya. Begitu juga
penggunaan Pakatan Harapan (PH dan PR) juga tidak wujud kerana tidak berdaftar
dengan RoS.
Perkara ini
penting bagi mengelakkan kekeliruan seperti Amanah Saham, Amanah Ikhtiar, Amanah
Raya dan sebagainya.
Kenapa PAN
tidak layak dipanggil amanah? Pertama, amanah adalah satu nilai yang amat mulia
dan salah satu sifat Nabi. Tidak seharusnya ada pada nama parti politik. Dalam
politik, segala mungkin boleh berlaku. Politik Machiavelli. Berapa ramai kita
sangka amanah terlibat dalam pecah amanah. Termasuk banyak kepura-puraan dalam
politik.
Kedua, setakat
pemerhatian, ketika berkempen, taktik dan teknik matlamat menghalalkan cara
digunakan. Ramai kalangan mereka menjadi tidak amanah. Mulut bacul, mengata dan
mengumpat peribadi orang terutama peribadi
PM dan Pas, Hadi Awang.
Ketiga, apakah
namanya amanah apabila mereka sudah belot dengan parti Pas yang telah menaikkan
dan mempopularkan nama mereka. Hari ini PAN mengemis simpati bekas pemimpin
Umno untuk bersamanya. Kasihan.
Keempat, PAN yang saya kenali sebahagian besar adalah kalangan pemimpin
IRC yang ditubuhkan pada tahun 1980an. Mereka bukan sahaja mengkhianati Pas,
tetapi juga Abim, Umno dan lain-lain. Mereka dalam parti-parti ini
mengacau-bilaukan mereka.
Kelima, apakah kita amanah apabila keluar daripada Pas yang telah
memenangkan mereka sebagai wakil rakyat. Apabila disuruh keluar dan letak
jawatan sebagai wakil rakyat, mereka menyalahkan Pas pulak. Muka tidak malu.
Keenam, PAN bersubahat dengan ultra kiasu menentang agenda Islam,
terutama RUU 355. Dikatakan tidak lengkap dan banyak kelemahan. Apa yang telah
PAN lakukan untuk melengkapkannya? Di mana amanahnya?
Ketujuh, PAN mungkin berhujah di luar negara seperti Britain dan Iran
menggunakan nama Trust. Tidak
mengapalah, mereka bukan Islam. Kadangkala mereka lebih amanah daripada kita.
Kelapan, PAN mungkin amat takut dipanggil PAN sebab membawa
papan dalam bahasa Cina dan kuali dalam BI.
Pada saya, selayaknya disamakan dengan peralatan tersebut. Kuali
digunakan untuk memasak pelbagai makanan. Ternyata PAN sedang dipergunakan dan
menjadi kuda tunggangan ultra kiasu. PAN sudah menjadi jurucakap ultra kiasu. Menuduh
RUU 355 adalah bill Hadi atau mewakili kata-kata Tuhan.
Sejak bila Hadi berkata sedemikian? Menteri dan Timbalan Menteri di JPM
dan cendekiawan Islam telah memberikan penjelasan selengkapnya. Kenapa pulak
terikut-ikut dengan ultra kiasu mengatakan Hadi bukan Tuhan. Apakah layak
pemimpin ini digelar amanah. Politik desperado.
Begitu juga dengan maksud papan. Tidak tahan lama. Menjadi kesukaan makhluk
perosak seperti anai-anai. PAN sedang dikeruyuk oleh anai-anai tersebut. Bila
papan tersebut sudah hancur, anai-anai akan mencari tempat lain untuk mencari
tempat lain yang boleh dirosakkan.
PAN yakin mereka akan dapat beberapa kerusi dalam PRU akan datang dengan
sokongan ultra kiasu. Sebab itu mereka begitu berani dan lantang mengkritik
Pas, saudara seagama dan seperjuangannya. Tidak ada sedikitpun lagi kebaikan
Pas di mata PAN.
Kepada PAS dan Umno, teruskan perjuangan memperkasakan agenda Islam di
negara bertuah ini. Jangan sama sekali tunduk kepada tekanan ultra kiasu ini
kerana mereka adalah musuh Islam yang nyata. Pemimpin mereka menafikan bahawa
mereka anti-Islam. Jangan pergi jauh, kaji balik kenyataan mereka sebelum ini.
Boleh dibukukan banyaknya. Apakah menyokong LGBT itu tidak menentang Islam
walaupun nama sokong, tidak menentang? Kami bukan bodohlah.
Saya amat mengharapkan dalam usaha politik matang ini, Pas dan Umno
berjaya membenamkan PAN, supaya menjadi papan dan kuali. Saya merayu RoS
menarik balik akronim amanah ini dan kekalkan menjadi PAN.
4 comments:
Juga tidak amanah bila menjadi wakil rakyat di kawasan majoriti Islam tetapi menghalang pihak berkuasa menguatkuasakan undang-undang dan merampas arak yang dijual berleluasa di kawasan majoriti penduduk Islam.
Dalam bahasa Arab PAN (lidah Melayu bagi FAN) bererti hancur..........insyaAllah PAN akan hancur selepas PRU akan datang!
Perjuangan sampah RT cuma bertumpu kepada Islam sahaja adalah satu kehinaan dan tak tak hormat kepada Allah kerana Allah mencipta manusia tak kira bangsa dan agama jadi jika Allah tak suka orang kafir pastinya dia akan menghentikan kelahiran mereka. Bertaubatlah wahai saudara sampah RT jangan hingga dihukum oleh Allah dan buang kau ke neraka yg penuh api
PANTA? ...
Post a Comment