Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Monday, July 04, 2016

Psywar istilah kafir harbi

7:26 AM Posted by RIDHUAN TEE 7 comments
Psywar istilah kafir harbi (Sinar Harian 4.7.16)

Sensitif sangatkah istilah kafir dan kafir harbi sehingga gamat satu Malaysia? Bukankah sebelum ini istilah kafir sudah biasa digunakan, cuma kali ini ditambah harbi kepada yang menentang Islam? Pandai sangatkah ultra kiasu huraikan istilah yang dilabelkan sebagai Arabisasi ini. Bekas presiden MIC pernah berkata, “Pas pun kata saya kafir juga”.

Secara umum terdapat 2 jenis kafir, iaitu zimmi (pro Islam) dan harbi (lawan Islam=kon). Kategori lain seperti, mu’ahad dan musta’man. Tidak ada istilah ditengah-tengah, antra pro dan kon.

Umno pernah dilabelkan sebagai kafir juga, dengan istilah sebagai taghut, tetapi Umno relaks sahaja dengan label tersebut walaupun istilah taghut teramat kasar, lebih teruk daripada harbi. Sendiri mau tahu. Peliknya ultra kiasu begitu sensitif. Nasib baiklah ultra kiasu tidak dilabelkan sebagai harbi dan taghut. Pasti lebih gamat.

Persoalan saya, adakah dengan label tersebut mereka dianiaya? Tidak juga? Malah, sama ada yang zimmi atau harbi (jika ada), boleh membina empayar kekayaan sehingga jauh meninggalkan umat Islam sendiri, ada yang membawa wang lari keluar negara. Ini tidak termasuk perniagaan haram seperti money laundering. Jadi, apa isunya?

Saya tidak fikir Mufti mengeluarkan kenyataan sedemikian bagi membolehkan kita memerangi orang bukan Islam. Ini bukan sifat Melayu yang saya kenali. Bukan bertujuan membela beliau. Kenyataan beliau hendaklah dilihat dalam konteks. Jelas sekali Mufti berkata, mereka yang menentang Islam harus ditentang. Sudah tentu hujah berbalas hujah. Bukan berdiam diri. Tiada istilah bunuh atau seumpamanya. Benar supremo ultra kiasu menangis dengan label ini? Jangan berlakonlah.

Apakah supremo ultra kiasu dia tidak sedar selama ini umat Islam telah lama menangis dengan kata-kata dan penghinaan yang dilakukan terhadap Islam? Malang sekali ultra kiasu Melayu PKR dan PAN bersama mereka.

Pertama, fikir sejenak, apa perkara berkaitan Islam yang tidak ditentang ultra kiasu. Undang-undang Islam, RUU 355, hudud, mahkamah syariah dan nilai-nilai Islam yang saya sentuh sebelum ini. Isu hudud misalnya dikatakan bertentangan dengan perlembagaan. Bagaimana pula dengan desakan ultra kiasu untuk mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan? Mahkamah Persekutuan telah memutuskan ia bercanggah dengan perlembagaan. Ultra kiasu langgar perlembagaan boleh, isu hudud terus kata kita langgar. Langgar apa?

Kedua, isu penukaran agama anak oleh pasangan bukan Islam yang memeluk Islam. Ultra kiasu mengemukakan rang undang-undang persendirian bagi memberikan  kuasa mutlak kepada mahkamah sivil untuk membubarkan perkahwinan sivil dan menentukan hak jagaan anak. Boleh pulak?

Ketiga, dalam konvensyen ultra kiasu di Kuala Lumpur 2014, ultra kiasu mengeluarkan kenyataan, Pakatan Rakyat akan menubuhkan kerajaan negeri di Kuala lumpur jika berjaya menguasai Putrajaya. Tidak bertentangan pulak?

Keempat, isu hak beragama, ultra kiasu berulang kali mengeluarkan kenyataan media orang Islam mesti diberikan kebebasan untuk keluar daripada agama Islam. Tidak bercanggah dengan perlembagaan?

Agama Islam amat berhikmah mengkategorikan bukan Islam kepada dua, iaitu yang pro dan kontra. Mereka yang zimmi dijaga dengan baik, termasuk yang harbi dalam konteks Malaysia. Satu dosa besar jika kita menganiayai atau menzalimi mereka. Dalam perang sekali, kita hanya berlawan dengan musuh Islam, mereka yang pro mesti dijaga dengan baik.

Berbanding dengan orang Islam di negara bukan Islam. Umat Islam dibunuh sewenang-wenang tidak kira sama ada pro atau kontra pemerintah. Sejarah dunia membuktikan. Lihatlah apa yang berlaku di China, India, Myanmar. Umat Islam dibunuh secara pukal tanpa dikategorikan.

Ini tidak termasuk ketika Perang Salib, ketika Kristian memerintah umat Islam di Palestin. Umat Islam dibunuh sewenang-wenang tanpa dikategorikan sama ada pro atau kon. Setelah Salahuddin al-Ayubi menawan semula Palestin, orang Kristian boleh hidup dengan senang-lenang. Malah ketika dalam peperangan, tentera kafir harbi yang cedera turut diubati oleh pasukan medik Islam ketika itu. Baik sungguh Islam.

Sudahlah tidak payahlah berpura-pura dan mempolitikkan isu basi ini. Muak. Apakah tidak harbi jika Evangelis merancang memusnahkan Islam?
Bagaimana pula dengan perasuah dan perniagaan haram seperti money laundering? Tidakkah semua itu musuh utama agama, bangsa dan negara? Ini tidak termasuk mereka yang menjual rahsia negara dan memburuk-burukkannya di mata luar.

Jangan bercakaplah soal Islam, agenda negara seperti BM sebagai bahasa kebangsaan pun tidak didaulatkan. Lihat website dan buletin MCA adakah BM digunakan? Maknanya, harbi ini berada di mana-mana. Uniknya di Malaysia ini, mereka yang jelas harbi pun dilayan baik. Nak apa lagi?


Tidak payahlah ultra kiasu berhujah bahawa mereka turut membantu  membina sekolah agama dan mahkamah syariah. Tindakan ini hanya untuk membeli undi Melayu. Jika mereka ikhlas, sudah RUU 355 tidak ditentang? Kenapa tidak biarkanlah orang Islam dengan cara hidupnya mengikut keputusan soal selidik yang dibuat, lebih 70 peratus berkehendakkannya? Kepada PAN dan PKR, bertaubatlah, jangan kerana kemarukkan undi, sanggup meratah saudara seagama. 

7 comments:

Anonymous said...

Betul tu Proff. Ridhuan! Si Kafir2 HARBI yg. di makin diKETUAI dan diTAJA oleh puak ZIONIS/IS(IS)rael (telah diDEDAHkan oleh bekas perisik US, Snowden, IS/ISIS diTUBUHkan oleh MOSSAD/CIA!)- yg. amat memBENCI ISLAM/umatnya ni, termasuk MEMBUNUH/MEROGOL umat ISLAM dlm. GENOSID2 yg. tak habis2 terutamanya di Palestin, Iraq, Afghanistan, Syria, Dunia Afrika dsbnya, serta ingin MENJAJAH/MEROMPAK seluruh Dunia ISLAM yg. kaya MINYAK-GAS termasuk NEGARA ISLAM, Malaysia kita ini!

Depa mahukan umat Islam/Dunia Islam kita ni jadi mcm. KULI-sembah-KEZALIMAN depa yg. amat KEJAM! Boleh BERAMBOS! Sampai kita nak BERSUARA pun, mahu diTUTUP mulut kita - seolah seluruh DUNIA ni bapa SETAN depa punya!

Dan KDN - awatlah hang LEMBAP sgt?! Tengok si puak TERORIS DAPBANGKAI yg. amat RASIS dan amat anti-ISLAM ni yg. bekas pegawai tinggi tentera laut, di MkiniZIONIS - dok MEMBURUKkan ISLAM/umatnya termasuk YAB PM TERCINTA kita, bangsa BUMIPUTERA Islam/Melayu, ULAMA dan UMNO kita! Di mana si TERORIS DAPBANGKAI-ANJING KURAP MOSSAD-ISrael/ZIONIS ni telah MEMFITNAH Mufti Pahang nak lakukan ‘genosid’ ke atas Bukan Islam; dan menuduh seolah undang-undg kat Malaysia ni adalah undg2 hutan?!! Mana PDRM ?!!!!!

Patutlah negara kita asyik diCEROBOHI puak TERORIS terutamanya puak TERORIS Tamil Elam Sri Lanka (yg. sewenangnya menggunakan PASSPORT/IC PALSU kita) dan puak TERORIS MOSSAD-IS(IS)rael – sbb ATM/KDN kita disyaki telah diSABOTAJ ejen2 TERORIS DAPBANGKAI-si ANJING KURAP-KULI-MOSSAD-ISrael!

Lihat di - https://dinmerican.wordpress.com/2016/07/02/umno-state-seeks-daps-demise-for-political-reasons/, UMNO state seeks DAP’s demise for political reasons, by Cmdr (rtd) S. Thayaparan.

S THAYAPARAN is Commander (Rtd) of the Royal Malaysian Navy.

Anonymous said...

Sampah RT yang perlu bertaubat kerana tak tahu beza benar dgn salah. Rasa darah sampah RT masih mempunyai DNA babi menjadi dia tak tenteram. Sampah RT amat curiga kepada perbuatan Allah kerana Allah bagi dia lahir di keluarga kafir tapi dia tak ada telor nak memantah. Allah bagi kau lahir di keluarga kafir sebenarnya kau patut bangga daripada lahir di keluarga binatang. Bertaubatlah sampah RT jangan hingga Allah hukum kau masuk neraka

Anonymous said...

Kafir harbi tentu dah kafir harbi.
Ada satu lg.. .kapiaq babi.
Siapa tu kapiaq babi....
Nak tau siapa...
Bangsa melayu yang sokong dapigs lakbatullah tu lah.... kapiaq babi

Tai Khai Eong said...

Tahniah prof. Benar sekali apa yang prof tuliskan.

Anonymous said...

Bukan DAP sendiri yang mengaku 'cina babi' (rujuk PRK Sungai Besar). Lepas ni tak patut ada masalah untuk jenis-jenis ultra kiasu untuk mengaku 'kafir harbi' pula.

Anonymous said...

Zaman sekarang cepat sangat orang islam nak bom sana sini. Jadi tak sesuai 'kafir harbi 'digunakan. Ianya akan menarik pentaksub atau fanatik islam untuk buat tindakkan yang sepatutnya.

Lagipun orang islam adalah puak jahilliah..jangan maraaaa

Anonymous said...

Jangan percaya sampah RT kerana otak dia ada masalah. Sampah RT adalah anjing IS yang belum gila