Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Monday, June 27, 2016

Sandiwara Anak Malaysia ultra kiasu

6:54 AM Posted by RIDHUAN TEE 13 comments
Sandiwara anak Malaysia ultra kiasu (Sinar Harian 27.6.16)

Saya dilabel sebagai pengkhianat bangsa hanya kerana bercakap benar mengenai bangsa saya sendiri. Dituduh mahu menjadi orang Melayu atau lebih Melayu daripada Melayu. Nasib baiklah selepas saya keluar daripada MCA, baharu ultra kiasu sedar bahawa selama ini saya berada dalam parti Cina. Adakah saya rasis atau seksis sebagaimana yang dituduh?

MCA tidak putus-putus menyerang saya. Sepatutnya sasaran MCA adalah DAP. Tetapi perkara itu tidak berlaku, mereka sangat berpakat. Saya yakin majoriti ahli mereka yang didakwa seramai 1.07 juta tidak mengundi BN, sebaliknya DAP.

Sebelum ini saya ada menulis mengenai seorang pemimpin wanita ultra kiasu Kristian Evangelis yang berkahwin dengan lelaki India. Setelah mendapat anak, pasangan ini pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi tujuan pendaftaran kelahiran. Peliknya dalam ruangan keturunan (bangsa) dia menulis ‘anak Malaysia’ iaitu bangsa yang tidak pernah wujud dalam kamus pendaftaran kelahiran JPN. Sudah tentu JPN menolak.

Perkara ini sengaja dirancang supaya menjadi kecoh dan heboh, agar JPN dipersalahkan. Muslihatnya, bagi mengelakkan dia menulis keturunan India iaitu keturunan suaminya. JPN dikutuk dan dituduh tidak patriotik menolak keturunan anak Malaysia atas alasan kita semua anak Malaysia. Liciknya ultra kiasu ini mengkambinghitamkan JPN bagi melunaskan cita-cita jahatnya.

Sebagai orang Cina yang sangat berpegang teguh kepada budaya bangsa seperti ultra kiasu, dia sepatutnya menulis keturunan India mengikut nasab suaminya. Tetapi ia tidak berlaku. Jika mengikut budaya Cina yang amat memuliakan nasab bapa, sepatutnya keturunan anak pasangan ini ditulis bangsa INDIA mengikut bapa. Tetapi keadaan tersebut tidak berlaku, dia menyalahkan JPN menulis keturunan CINA.

Di manakah semangat anak Malaysia yang pada awalnya mahu digunakan jika dia benar-benar meraikan kepelbagaian. Apatah lagi ultra kiasu selalu mendakwa ia parti berbilang kaum. Jika begitu, kenapa tidak meraikan bangsa India mengikut keturunan suaminya? Kenapa dalam kepala dia hanya ada Cina? Hinakah meletakkan keturunan bangsa India? Bukankah India juga dijadikan oleh Allah SWT? Siapa rasis? Apakah pemimpin sebegini boleh diharap memimpin negara?

Baik pulak saya, saya Cina, isteri saya Melayu, keturunan saya, saya letakkan Cina kepada anak saya. Kenapa? Sebab saya orang Cina. JPN memberi pilihan sama ada memilih bangsa ibu atau bapa. Siapa hipokrit sebenarnya? Beginilah liciknya mereka.


Pertama, memahami bangsa saya, mereka lebih mahukan anak lelaki daripada anak perempuan kerana anak lelaki akan memanjangkan nasab keturunan mengikut surname yang dibawa, berbanding anak perempuan. Anak perempuan akan berkahwin mengikut keturunan suaminya. Anak perempuan dianggap sebagai menghabiskan beras kerana akan menjadi milik orang lain atau keturunan lain.

Kedua, mengenali ultra kiasu sekian lama, mereka memandang rendah orang yang lebih gelap kulitnya. Mereka cuba mengelak untuk berjiran dengan orang sebegini. Mereka lebih selesa dengan kalangan yang lebih cerah seperti orang putih. Sebab itu, mereka lebih suka berhijrah ke negara kulit putih daripada kulit hitam.

Kehidupan mereka hari ini lebih orang putih daripada orang putih. Sebab itu MCA begitu marah apabila saya menegurkan soal pakaian seksi dan singkat. MCA menyerang saya dengan mengatakan saya ini sakit mental dan perlu meminta maaf kepada orang Cina. Siapa perempuan palsu ini? Kenapa saya perlu minta maaf. Hipokrit sungguh. Pergi telek dan belek pakaian budaya Cina sebenar.

Ketiga, ultra kiasu Kristian Evangelis jugalah yang setiap kali bulan puasa akan dibenarkan masuk ke surau dan masjid berbaju kurung dan bertudung menyampaikan bantuan kepada umat Islam yang berpuasa, bagi menunjukkan dia ‘sayang’ dan ‘menghormati’ bulan puasa. Cuba dekati hati budi mereka, apakah mereka rela berpakaian sedemikian saban kali ketika dewan bersidang misalnya. Jawabnya, tidak. Ultra kiasu lebih suka pakaian orang putih yang didakwa itu pakaian budaya mereka.

Malang sekali umat Islam mempertahankan ultra kiasu ini, hanya dengan bantuan RM2000, kopi, teh dan susu di bulan Ramadan dan memuji pula mereka dengan kata-kata “cantiknya amoi-amoi ini”. Murah sungguh hargai diri dan maruah kita.

Ternyata ultra kiasu ini cakap lain, buat lain. Peliknya, MCA dan akhbar the Star langsung tidak pernah langsung menyerang wanita ultra kiasu ini seperti dia menyerang saya, sedangkan saya juga ‘menyayangi’ Cina seperti yang ‘diperjuangkan’ MCA, DAP dan Gerakan. Bukan begitu MCA?

Wahai umatku, bangunlah, lihatlah kebobrokan ultra kiasu yang bersatu dalam terang dan senyap. Saya akan terus diserang dan diserang lagi. Tetapi saya jenis yang tidak menyerang jika tidak diserang. Tidak menyerang tanpa tentangan.

Saya akan terus dilabel lebih Melayu daripada Melayu supaya orang Cina membenci dan menganggap saya sebagai pengkhianat. Sehingga ada yang meludah dan menjegilkan mata bila bersua muka. Begitu juga ugutan bunuh. Tidak mustahil akan ditembak. Saya bertawakkal kepada Allah akan takdir ini.

13 comments:

Anonymous said...

Salam Prof, dalam dunia perjuangan apatah lagi memilih jalan dakwah bukanlah mudah. Teruskan istiqamah. Musuh Islam memang tak pernah jemu sehinggalah kita mengikut agama mereka. Semoga Allah merahmatimu serta keluarga dan sentiasa di bawah lindungan-Nya. Amin

Anonymous said...

Salam Dato,

Semoga Allah swt merahmati hidupmu sekeluarga.

Teruskan berjuang di jalan Allah.

Anonymous said...

Sampah RT tak serang Cina macam hidup tak bererti. Fikirlah sampah RT jika kau percaya Cina juga dicipta oleh Allah jadi kau perlu juga hormat penciptaan Allah. Kau hina Cina seperti hina Allah. Jika Allah cuma suka orang Muslim sahaha jadi buat apa dia hari-hari mencipta orang bukan Muslim? Allah mencipta manusia tak kira bangsa dan agama dan harap mereka boleh hidup berharmoni bukan bermusuhan. Rasa darah sampah RT mempunyai DNA babi menjadi hidup tak dapat tenteram. Jika nak bersihkan DNA babi perlu tukar semua darah lagi jangan bergaul dengan pemakan babi. Amat kesal Allah tersilap melahirkan kau di keturunan Cina, jadi jika kau dapat merayu rasa kau mesti minta Allah bagi kau lahir di keluarga Muslim kan?

Sungkurkan ultra kiasu said...

In shaa Allah Prof akan sentiasa dilindungi oleh Allah. Berani kerana benar. Peliknya, ultra kiasu di Malaysia sepakat tidak menghormati agenda Islam yang dituntut oleh Koran.

Saya tidak akan sokong mana-mana ultra kiasu yang tidak menghormati seruan Koran. Ultra kiasu telah istiharkan mereka adalah musuh Islam.

Maka dengan itu, saya tidak akan melindungi ultra kiasu sebagaimana Allah telah berfirman.

Anonymous said...

Ultra kiasu evangiblis ni kalau dihantar balik tongsan pun cina di China pun tak mau terima.

Kalau bertuhan pada wang dan kekayaan macam ultra kiasu ni lah akidah akan terjadi.

Cindu memang membawa masalah bila mereka mengalami masalah "inferiority complex" dan akan menimbulkan isu2 yang racist dan berkaitan religion.

Anonymous said...

Bila mokmeen di label Mahazalim, Idi Amin, Mahafiraun (berganda lebih hina dari kafri harbi) tak dak pulak laporan polisi dibuat terhadap pihak yang melontarkan label berkenaan. Tapi bila Daputera dilabel itu dan ini, sepantas kilat para penjilat menjilat belakang Daputera. inilah paras rupa politik liberal... ekau buat tak apa, orang lain buat tak boleh.

Tai Khai Eong said...

Prof, apa yang prof tuliskan tentang ultra kiasu semuanya betul dan benar-benar belaka. Liciknya mereka. Mereka sebenarnya, tidak mahu melihat orang melayu atau lebih tepat, orang islam maju. Mereka takut perniagaan dan pendapatan mereka hancur. Dan pelbagai lagi kelicikan ultra kiasu ini yang harus prof tulis lagi.

Walau pun saya penyokong kuat parti pemerintah sekarang, tetapi sekiranya parti pemerintah tidak lagi berkuasa, saya mengharap agar Pas lah penggantinya. Kalau lain, islam hancur. Saya, walau bukan islam, tapi saya faham benar tentang islam. Maklumlah, rumah hanya terletak di belakang mesjid. Dari kecil hingga besar memang dapat dengar ceramah dan acara yang berlangsung di mesjid. kampung saya di penang pula, mejoriti besarnya, melayu.

Harap Perof dapat bongkarkan lagi niat jahat ultra kiasu.

Dari Tai Khai Eong.

Anonymous said...

Semua manusia pun ada yg baik dan ada yg jahat. Orang Muslim tak mesti baik jika baik kenapa negara Arab tak habis-habis gaduh dan perang? Setiap perniagaan pun ada tipu helah tak kira apa bangsa, cuma kita perlu tahu mengelak dan baru tak kena tipu. Macam pakej umrah dgn tawaran pekej murah tapi akhir duit disapu dan lari. Pak Arab lagi keji memperalat agama untuk politik, perniagaan dan mengawal pengikut menyebab pengikut buta-buta percaya segala ajaran mereka hingga sanggup korban nyawa dan harta. Agama tak bahaya kpd manusia tapi agama diperalat untuk politik menjadi ia bahaya

Anonymous said...

Ini Tai betul otak macam tahi. Islam lebih politik drp agama kerana agama ini terlibat politik, paksaan dan tindasan

Unknown said...

Salam Prof, apa yg prof. buat ni adalah salah satu jihad.. teruskan istiqamah.. kami menyokong prof.

Anonymous said...

Tulisan tuan selalu saya nanti-nantikan. Memang tepat dan bernas.

Unknown said...

prof bagaimana pulak melayu yang sangat2 menyokong perniagaan ultra kiasu..sampai perniagaan bangsa sendiri melingkup terutamanya di negeri kuat umno iaitu melaka...dikawasan 90% penduduk melayu

Anonymous said...

Hey anon, prof cuma tegur sikap buruk org Cina, bukan hina. Prof juga selalu tegur org Melayu Islam. Mgkn elok anon belajar bahasa Melayu dgn lebih mendalam, nampak sgt awak yg serang prof membabi buta. Lagi satu Islam tu agama utk Semua manusia, tak Kira bangsa n keturunan, jadi lahir dlm bangsa apa pun bukan halangan utk jadi Muslim jika Allah berkenan berikan petunjuk dan hidayah. Saya doakan awak can semua yg sian serang prof akan diberi hidayah agar terbuka mata awak terhadap apa yg benar dan apa yg palsu. Semoga Allah terus lindungi prof