Bahaya menyimpan
musuh dalam selimut (Sinar Harian 6.6.16)
Saya
bersyukur kerana meninggalkan parti ultra kiasu yang anti Islam, tidak malu,
berpura-pura menyokong kerajaan bagi mendapatkan projek, tetapi bila tiba musim
pilihan raya, mereka sokong DAP menentang agenda Islam.
Dua
puluh tahun lalu, saya mohon menjadi ahli MCA yang hanya diluluskan 5 tahun
kemudian pada tahun 2000. Setelah sekian lama menunggu, saya dicampakkan
ke Rawang, sedangkan saya tinggal di Ampang.
Presidennya
berkata MCA mempunyai keahlian 1.07 juta. Betul ke? Jika betul, kenapa tidak
pernah menang di kawasan majoriti Cina menentang DAP? Kenapa mengemis kerusi di
kawasan majoriti Melayu untuk menang?
Melayu yang memenangkan MCA. MCA pula menjaga kebajikan dan perut bangsa sendiri. Masih tidak rasis? Adilkah? Berita akhbar Bahasa Inggeris dan Cina mereka sudah menjadi suara DAP saban hari. Sama juga seperti parti Gerakan dan MIC.
Pemimpin
MCA pula tidak tahu saya ahli seumur hidup. Kononnya tidak nampak muka saya
dalam acara mereka. Perlukah kesemua 1.07 juta ahli menghadiri acara MCA? Dewan
mana yang boleh memuatkan? Layakkah mereka memimpin negara?
Hampir
20 tahun saya berada dalam MCA, tidak pernah mereka menggunakan khidmat saya
sebagai jambatan untuk memahami Islam. Pemimpinnya jahil tentang ahli mereka
sedangkan saban kali saya menerima emel berita buletin MCA. Berapa kerat Cina
Muslim menjadi ahli MCA? MCA pula mengutuk saya lebih Melayu daripada Melayu,
padahal saya ahli parti mereka. Hipokritnya pemimpin MCA. Bagaimanakah saya rasis
sehingga 20 tahun di MCA? Isteri saya Melayu lah. Siapa rasis?
Pemimpin
MCA menghina saya kerana bersyukur bila saya keluar parti atas alasan saya
rasis dan ekstrem. Saya keluar atas dasar prinsip. Sesiapa menentang Quran
adalah musuh Islam. Akta 355 ini adalah kemuncaknya. Sebelum ini, apa juga
perkara berkaitan dengan Islam, MCA tidak pernah bersetuju. Contohnya perihal
mahkamah syariah, undang-undang pergaulan bebas lelaki perempuan dan lain-lain.
Selepas
saya dan rakan lain menubuhkan Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA)
1994, antara strategi dakwah saya adalah menjadi ahli parti Cina seperti
MCA. Pertama, untuk membuktikan bahawa saya masih Cina meskipun memeluk Islam,
supaya tidak dikonotasikan masuk Melayu. Kedua, ingin menyampaikan Islam dan
menjadi jambatan sekiranya ada kekeliruan mengenai Islam.
Saya
masih ingat pesanan Subky Latif, wartawan veteran Pas, supaya jangan menyertai
MCA yang menjunjung perlembagaan kafir. Hari ini terbukti kenyataan Subky.
Ironinya,
DAP lebih berterus terang daripada MCA, yang menjadi musuh dalam selimut.
Tipulah, jika Umno tidak sedar.
MCA
sedang mengintai dan melobi kerusi kawasan majoriti Melayu untuk bertanding
seperti DUN di Gua Musang. Sekiranya Umno melayan permintaan MCA, Umno akan
kehilangan lebih banyak kerusi malah mengkhianat amanah Melayu Islam.
Adakah
kebajikan Melayu terpelihara dengan memberi kemenangan kepada MCA? Mengapa
tidak hanya melantik mereka menjadi senator untuk memenuhi kuota kaum? Jangan
paksa orang Melayu terutama ahli Umno mengundi parti rasis ini!
Kenapa
MCA sentiasa mahu bertanding di DUN dan Parlimen majoriti Melayu, meskipun
kerusi senator adalah juga laluan mendapatkan kerusi menteri? Sebenarnya kuasa
Senator terhad berbanding dengan ahli DUN atau wakil Parlimen yang
seterusnya mudah membuncitkan perut.
MCA
dan parti ultra kiasu lain, termasuk Sabah Sarawak, jangan ingat berjayanya
sekira Akta 355 gagal di parlimen. Melayu dengan Islam sudah sebati, ibarat
darah dan daging. Jika dicabar, pasti ada akibatnya. Inilah jiwa dan hati budi
Melayu.
Sudah
hampir 60 tahun merdeka, sensitiviti ini langsung tidak diendahkan. Kita
terlalu memberi muka sehingga kaduk naik junjung. Seandainya saya seorang PM,
agenda Islam sudah lama saya ketengahkan untuk dihayati oleh semua rakyat
jelata tanpa mengira agama, kerana Islam adalah agama persekutuan dan agenda
negara.
Ini
tidak, sudahlah Islam masih tidak difahami, Bahasa Melayu bahasa negara pun
tidak dikuasai. Cakap tunggang-langgang. Saya cabar pemimpin MCA berdebat jika
anak jantan.
Apa
lagi MCA (bukan Islam) mahu? Apa yang mereka tidak dapat? Hak? Harta? Kekayaan?
Hatta, di Kelantan, yang mahu melaksanakan hudud, terdapat patung Buddha,
sebesar-besar patung berdiri di sana sini walaupun penyembah amat sedikit. Mana
nak jumpa toleransi sebegini.
Bandinglah
keadaan minoriti umat Islam di negara lain. Apa yang mereka dapat? Terpaksa
ikut dan patuh dengan undang-undang majoriti. Inilah sifat sedar diri umat
Islam, bukan seperti ultra kiasu. Perkara yang tiada kaitan dengan mereka pun
mereka tentang. Kenapa? Inilah perancangan busuk musuh Islam dan Kristian
Evengalis. Apakah umat Islam masih leka? Bahkan ada yang bersama bersekongkol
dengan mereka!
Tulisan
saya selama ini menjelaskan, atas nama Cina, dan bukan Islam, ultra kiasu
sentiasa bersatu menentang Islam. Wahai umatku, bersatulah mempertahankan
Islam. Musuh wajib dikeluarkan daripada kerajaan. Musuh ini akan menjadi Umno
lebih buruk dan hilang sokongan.
Bertindak
tegas seperti bakal presiden Amerika, Donald Trump. Saya harap Trump menang.
Trump lebih baik daripada parti demokrat dan ultra kiasu lain. Ya, walaupun
ramai yang tidak suka Trump tetapi beliau bercakap benar dan berterus terang.
Beliau tidak menentang Islam, tetapi menentang ISIS.
Trump
masuk politik sebab mahu selamatkan AS. AS gagal dalam ekonomi dan politik
kerana Obama pandai bercakap tetapi tidak pandai buat kerja. Trump menentang
perang ke atas umat Islam di Iraq. Kata Trump lagi, jika Kristian mengaku dia
Kristian, tentu mereka tidak membunuh orang Islam yang tidak berdosa. Di
sinilah kebaikan Trump yang cuba diaibkan oleh musuh Islam.
Selama
negara Brunei melaksanakan Undang-undang Islam, adakah nasib 30 peratus Cina di
sana diabaikan. Pernahkah mereka dihududkan? Berapa banyak tangan telah
dipotong? Orang Cina tetap bahagia di Brunei Darussalam. Inilah orang bukan
Islam yang perlu dilantik menjadi menteri, bukan MCA, MIC, Gerakan dan ultra
kiasu yang lain, termasuk PBRS, yang menterinya mahu Sarawak keluar Malaysia
jika Akta 355 diluluskan. Orang yang suka ugut bukanlah kawan.
Kebencian
ultra kiasu terhadap Islam amat tinggi. Sekiranya mereka dikeluarkan nescaya
negara aman sentosa dan dirahmati Allah. Kepada presiden Pas, janganlah gentar
di hati. Hadapi musuh ini dengan semangat jihad yang tinggi. Jangan undur walau
seinci, kerana ia perjuangan sejati.
Saya
tidak mahu berdosa lagi duduk dalam sebuah organisasi yang memusuhi agama yang
sangat kucintai. Kini parti ini adalah musuh saya selain ultra kiasu lain. Saya
akan berkempen kepada orang Melayu sehingga MCA tersungkur.
Kita
lantik sahaja orang bukan Islam yang baik-baik sebagai wakil kaum mereka. Tidak
guna melantik mereka yang menjadi beban dan duri dalam daging. Kepada
menteri MCA, Gerakan dan MIC yang mengugut mahu meletakkan jawatan, letakkan
sekarang, termasuk semua jawatan yang diberikan dalam kerajaan atas nama wakil
parti, jika masih ada telur.
5 comments:
Sangat hairan kenapa MCA boleh terima sampah RT? Patutlah MCA semakin merosot. Tanpa sampah RT dan saya yakin MCA akan semakin baik
orang macam Kamu tu yg sampahnye, ingatlah ↓
'Melayu yang memenangkan MCA. MCA pula menjaga kebajikan dan perut bangsa sendiri' very² true!! #SedarDiri sikit ;)
Mereka menolak al quran atau hadis org arab pagan?
Sayang..anda orangnya cerdik pandai tp x nk bongkar hidayah sendiri,yg dr Allah. Harap 100% petunjuk dr manusia semata2. Pegi lah cari apa itu "ilham" yg dimaksudkan dlm quran. Bukanlah nak suruh tolak islam tp biarlah berpegang islam yg asli.
Anda jenis yg lantang, berani kerana benar. Apa kata cari dlm quran kerana nak pertahankan islam yg asli. BERANI KERANA BENAR. BERANI KERANA PERTAHANKAN ISLAM.
Manusia yg pegang lampu suluh di jalan gelap belum tentu betul hala tujunya. Silap2 masuk gaung. Jadi berpeganglah pd cahaya Allah. Jgn percaya Allah hanya dimulut shj tetapi asyik berpegang kukuh pada kata2 mnusia biasa semata2.
MCA gunting dalam lipatan, musuh dalam selimut, musang berbulu ayam. Tak akan baik sampai bila-bila. Sebab memilih kejahatan.
Islam bukan agama tapi adalah ideologi politik kerana agama ini ada unsur politik, paksaan dan undang
Post a Comment