Ancaman
ultra kiasu kepada Islam?
Sinar Harian 30.5.16
Apa-apa sahaja berkaitan dengan hal ehwal Islam, yang
tidak ada kaitan langsung dengan bukan Islam, mesti ditentang oleh ultra kiasu sama
ada berada dalam Barisan Nasional (BN) atau di luar. Kalau dahulu mereka
bersatu dalam senyap. Hari ini menjadi lebih berani, bersatu secara terbuka.
Puncanya, mereka tahu umat Islam tidak mungkin bersatu atau menjadi kuat. Apatah lagi dengan bilangan
50-50, berpecah kepada lebih lima kumpulan. Tidak mustahil 10 kumpulan.
Tidak mustahil satu hari nanti, pribumi tidak
memerintah, tetapi diperintah. Bukti-bukti sebegini sudah banyak berlaku kepada
negara lain, sama ada kita mahu mengambil pengajaran atau tidak. Janganlah
diambil Singapura dan Fiji sebagai contoh, kerana semua sudah sedia maklum.
Carilah negara lain, yang saya tidak perlu sebut di sini.
Akta 355 bagi memperkasakan peranan Mahkamah
Syariah yang dibentangkan oleh Presiden Pas, mendapatkan tentangan yang amat
hebat daripada ultra kiasu, walaupun tiada kaitan langsung dengan mereka. Orang
Islam makan cili, ultra kiasu terasa pedas. Inilah musuh yang sebenar, sama ada
berada di dalam atau di luar selimut. Telunjuk lurus kelingling berkait.
Usul
itu dibentang bagi meminda Seksyen 2 akta. Mahkamah Syariah mempunyai bidang
kuasa terhadap orang Islam dan dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara yang
disenaraikan dalam Butiran 1 Senarai Negeri di bawah jadual kesembilan
Undang-Undang Persekutuan.
Ia
juga bagi memasukkan Seksyen 2A yang menyebut dalam melaksanakan undang-undang
jenayah di bawah seksyen tersebut. Mahkamah Syariah mempunyai hak untuk
menjatuhkan hukuman berkaitan kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen
berkenaan selain hukuman mati.
Bangunlah wahai umatku! Masihkah kita buta dengan
perancangan musuh Islam. Mereka ini kebanyakan Kristian Evengelis. Saya amat
yakin masih ramai bukan Islam yang baik-baik yang tidak sehaluan dengan
Evengelis ini. Mereka ini kita perlu jaga.
Jika umat Islam tidak berhak ke atas cara hidup
dan undang-undnag, apakah lagi yang tinggal kepada umat Islam hari ini?
Sudahlah kekayaan ekonomi dibolot oleh orang lain. Sampai ke peringkat nak
dapatkan cara hidup sendiri pun tidak dibenarkan.
Apakah mereka sudah lupa bahawa negara ini
berasal-usulkan kepada ketuanan Melayu dan Islam? Peliknya, di kalangan kita
sebagai umat Islam, tidak ada yang berani melawan ultra kiasu. Ke manakah
hilangnya semua telur ini? Jangan jadi pondan.
Kenapa kita boleh menerima cara hidup dan undang-undang
barat serta komunis tetapi begitu memandang hina kepada Islam? Pernahkah umat
Islam atau pemerintah Islam mengambil hak bukan Islam selama ini? Buktikan
kepada saya berapa kes orang Islam menzalimi bukan Islam? Pergilah ke negara
Islam, buatlah kajian bagaimana bukan Islam membina empayar kekayaan mereka di
negara Islam tanpa diganggu-gugat oleh pihak berkuasa Islam.
Agama Islam sangat jelas dalam hal ini. Kita
dilarang sama sekali merampas hak bukan Islam. Hak berekonomi, hak peribadi,
hak melakukan ibadat dan berbagai hak lagi. Hatta, nak berjudi dan minum arak, dibenarkan,
asalkan tidak menimbulkan mudarat kepada khalayak.
Sehinggakan dalam peperangan sekalipun jika
berlaku. Rasulullah menegaskan, jangan lakukan beberapa perkara berikut
terhadap bukan Islam. Jangan membunuh orang tua, wanita, kanak-kanak dan
memusnahkan rumah ibarat mereka kerana mereka ada hak ke atas itu.
Apa lagi yang bukan Islam mahu? Apakah pernah kita
merampaskan kekayaan mereka? Apakah kita pernah merobohkan rumah ibadat mereka
tanpa alasan? Fakta membuktikan kekayaan mereka berlipat kali ganda. Begitu
juga rumah ibadat mereka. Mereka menguasai ekonomi, orang Melayu masih ramai
lagi merempat.
Hari ini kita hanya memohon, benarkan kami sebagai
umat Islam, hidup di bawah cara hidup dan undang-undang kami. Itupun tidak
dibenarkan. Apakah pribumi perlu meminta izin daripada penghijrah?
Apakah ianya terlalu kuno dan hina? Tidakkah
undang-undang barat telah menjadikan manusia lebih hina? Jika tidak kenapa
negara China mengharamkan lima media sosial seperti google, instragam, twitter,
facebook dan snapchat, kalau bukan mahu nengekang pengaruh barat daripada
merosakkan mereka. Kenapa ultra kiasu tidak bantah kerajaan negara China
bertindak sedemikian.
Kerajaan kita terlalu baik. Tidak boleh
dibayangkan jika kerajaan Malaysia bertindak seperti negara China. Ketika itu
akan riuh rendah atau roboh parlimen dengan hiruk-pikuk suara ultra kiasu ini.
Saya bersetuju dengan kata-kata Presiden Pas
sebelum ini lebih baik berkawan dengan lembu daripada babi. Ternyata sudah
kebenarannya. Apakah kita perlu membaca atau menonton kembali filem animasi
babi, Animal farm, karangan George
Orwell? Four legs good, two legs bad (or
better). All animals are equal, but some animals are more equal than others.
Adakah ultra kiasu merasakan mereka lebih superior daripada pribumi?
Justeru, tidak perlulah berdolak-dalih. Berterus
teranglah. Jika tidak ada pilihan antara terpaksa memilih lembu dan babi.
Jawapannya sudah pasti, Melayu pilih lembu, ultra kiasu memilih babi. Sudah
tentunya saya memilih lembu.
5 comments:
Sudahlah RT jika Hadi nak pindaan Syariah harus tanya Allah buat apa tanya parlimen? Kau pun sama bodoh dengan Hadi
seperti kacang lupakan kulit
Tanya parlimen itu kaedah dalam demokrasi sebab itu sistem yang Tanah Melayu ini gunapakai sebab kita tiada akses untuk direct tanya dengan Allah selain berpandukan AlQuran dan Hadis. Kalau nak terjah terus pun boleh dengan dapatkan persetujuan Raja-Raja Melayu. Tak perlu berbahas dan terus laksanakan samada setuju atau tidak.
Apa cara sekalipun yang penting usaha kearah pelaksanaan Syariah yang lebih baik perlu disokong tanpa mengambilkira pihak mana yang mengusulkannya.
Tu diaa...comment oleh org yg pandai, masuk longkang terus.
maaf ya para sahabat..andai anon 7:56 PM, May 30, 2016...berkata agak kasar..
mungkin dia lapar agaknya..minta maaf ya buat semua..
salam kasih..
Post a Comment