Antara kuasa
dan keadilan (Sinar Harian, 23 Mei 2016)
Media
sosial dan akhbar ultra kiasu tidak habis-habis mengapi-apikan isu etnik Cina yang
tidak dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri (TKM) Sarawak selepas PRN berakhir.
Mereka kata KM tidak mengotakan janji. Sedangkan KM tidak pernah berjanji. Justeru,
berhati-hatilah ketika berkempen, jangan menjanjikan bulan dan bintang. Bahaya.
Menambahkan
satu lagi jawatan TKM, dengan menggubal perlembagaan, bukan penyelesai masalah,
malah akan menjadi lebih rumit selepas ini, kerana ia akan menjadi precedence.
Akan berlaku tuntut menuntut, walaupun masa yang berjalan mungkin tidak
melayakkan sesuatu etnik untuk duduk di kerusi tersebut selama-lamanya.
Sebab
itu saya amat memuji etnik Sarawak yang lain, kerana tidak menuntut kerusi TKM.
Inilah sifat mulia kerencaman etnik di sana. Dari segi hak, mereka lebih berhak
berbanding etnik lain yang berhijrah. Bayangkan jika semua etnik minoriti
menuntut jawatan TKM. Berpuluh jawatan TKM perlu disediakan.
Begitu
juga daripada aspek bahasa, mereka menerima BM sebagai bahasa utama negara,
tidak pernah meminta bahasa dialek mereka dimartabatkan. Jika tidak, lagi
cacamerba lagi negara kita. Ultra kiasu tidak sebegitu sifatnya. Mahukan bahasa
mereka setaraf dengan bahasa negara.
Sama
juga jika ada jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) kedua Malaysia yang
mungkin diwujudkan selepas ini. Paling layak adalah bumiputera Sabah Sarawak,
bukan etnik lain. Etnik berhijrah sudah terbela nasibnya. Sabah Sarawak
memerlukan lebih perhatian berbanding Semenanjung kerana mereka masih
ketinggalan, terutama kawasan luar bandar. Berikanlah keadilan kepada mereka.
Cukuplah
kita menjadi bahan ketawa dunia. Negara antara paling kecil saiznya di dunia,
tetapi mempunyai jawatan kabinet yang begitu banyak. Ini tidak termasuk
bilangan raja, mufti, majlis/jabatan agama dan sebagainya, yang membawa
semangat dan budaya kenegerian masing-masing, yang kadang kala membawa kesan
tidak sihat.
Apa
yang penting bukan jawatan tetapi adalah keadilan. Itulah paksi pemerintahan pembentukan
tamadun. Saya harap bangsa saya sedar akan hakikat ini. Cukuplah dengan peluang
berekonomi yang telah diberikan sehingga menjadi kaya raya, tanpa diambil
sedikit pun haknya, berbanding dengan negara ang mengamalkan sistem komunis.
Ketahuilah
bahawa kita sudah dapat selayaknya apa yang sepatutnya dapat. Malah sudah dapat
lebih pun. Jangan terlalu kemaruk kuasa atau tamak. Seperti kata Almarhum Tunku
Abdul Rahman, biarkan orang Melayu menjaga kuasa, orang Cina menjaga bisnes. Ada
kuasa, jika disalahgunakan, tidak membawa apa-apa erti.
Bukti-bukti
menunjukkan salahgunakan kuasa, rasuah dan sebagainya, boleh menjadikan
sesebuah negara itu lumpuh. Keadaan inilah yang menjadi politik Sarawak gawat
sebelum ini. Hari ini KM cuba memulihkannya dengan penuh integriti. Sokonglah
dia, bukan menuntut jawatan ini dan itu. Jika salah, betulkan! kerana beliau
hanya manusia.
Beri
peluang kepada KM untuk membantu bumiputera yang masih ketingggalan untuk
keluar daripada belenggu kemiskinan. Yakinlah jika kemiskinan dapat dihapuskan
pasti Sarawak akan menjadi aman makmur dan kadar jenayah dapat dikurangkan.
Orang Cina boleh berniaga dengan senang hati.
Saya
fikir KM telah melakukan sesuatu yang adil dengan tidak melantik TKM Sarawak
kalangan etnik Cina. Sudah tentu pertimbangan masak telah diberikan. Cukuplah
dengan jawatan menteri yang telah diberikan sebagai wakil orang Cina Sarawak.
Jangan jadi ultra kiasu seperti parti politik di Semenanjung.
Ingatlah,
kuasa sudah terbukti tidak mampu menjaga manusia, tetapi keadilan boleh.
Keadilan itu bukan sama rata dan sama rasa, tetapi meletakkan sesuatu pada
tempat atau memberikan hak kepada yang berhak.
Dalam
konteks negeri Sarawak, siapakah yang lebih berhak dan memerlukan? Sudah tentu
bumiputera di sana. Saya mendoakan agar KM dapat melakukan yang terbaik,
diikuti dengan anak-anak buah yang dilantiknya.
Adalah
diharapkan anak-anak buah yang dilantik itu tidak seperti yang disebut oleh pepatah
Cina ini, it is relatively easier to see
the Lord of Hell than to handle the little devil that guards Hell. Lebih mudah berjumpa dengan Tuan neraka
daripada berhadapan dengan penjaga-penjaga neraka, yang banyak menimbulkan
masalah.
Kadangkala
nak jumpa orang besar ini sikit punya seksa. Macam-macam alasan diberikan oleh
penjaga-penjaga ini, sehingga hampir setahun temujanji tidak kesampaian.
Benarlah
kata orang, sebenarnya menteri atau pembesar itu tidak sombong, yang sombongnya
orang keliling-kelalangnya, termasuk PA Menteripun sombong bukan main. Berlagak
lebih dari menteri. Inilah yang mencalarkan imej menteri dan kabinet. Cucuk
sana cucuk sini, laga sana laga sini. Akhirnya menjadi sesama sendiri bermusuh.
Justeru, berhati-hatilah memilih orang sekeliling wahai pembesar dan pak
menteri.
Budaya
ini begitu berleluasa dalam politik. Setiap daripada mereka memasang cita-cita
untuk berkuasa dan lebih berkuasa. Maka penjaga-penjaga inilah yang akan
bertindak memastikan agendanya berjaya. Jika untuk kebaikan, saya setuju belaka.
Tetapi kadangkala, membawa kepada keadaan yang lebih buruk. Perpecahan semakin
ketara, kelemahan dicipta. Musuh mengambil kesempatan setiap masa.
1 comments:
Bila RT nak join politik? Jangan asyik macam anjing gila menjerit di blok tapi tak ada orang nak dengar. Jika kau join politik pasti banyak anjing gila nak menyokong
Post a Comment