Kenapa
MCA suka buka-buka? (Sinar Harian, 20.6.16)
Saya cukup teruja dengan pandangan Pengerusi,
Persatuan Peranakan Cina Kelantan (PPCK), Lim Kham Hong, berkata mereka
menyambut baik usaha yang dilakukan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, memberi
kaunseling kepada wanita berpakaian ketat, menjolok mata dan seksi. Malah turut
mengalu-alukan jika pendekatan sama dibuat kepada wanita bukan Islam dengan
syarat ia tidak melanggar batas tertentu.
Secara peribadi kata Lim, beliau bersetuju
sekiranya bukan Islam berpakaian sopan, sebab kalau terlampau mendedahkan aurat
dia akan menjatuhkan imej masyarakat Cina Kelantan.
Terus terang, orang Cina seperti inilah yang selalu
saya puji dan hormat serta diramaikan. Tidak ultra kiasu. Saya tidak label semua
Cina ultra kiasu.
Peliknya kenapa MCA dan ultra kiasu lain gatal
punggung? Bukan kena pada merekapun. Masih tidak kenal MCA dan rakannya? Musuh
atau kawan? Syukurlah saya telah meninggalkan parti anti Islam ini? Melayu beri
kemenangan, dia tentang balik Melayu. Wahai Melayu, sudah sampainya masanya
untuk saudara bertindak. Kuburkan MCA dalam PRU akan datang jika masih berkeras
mencari tempat baharu majoriti Melayu untuk ditandingi.
Kenapa Cina Kelantan sebegitu lunak? Pertama,
disebabkan oleh proses asimilasi. Cina Kelantan sudah tidak ada beza dengan
Melayu. Mereka sangat memahami cara hidup dan sensitiviti orang Melayu.
Bukan seperti MCA. Mereka lebih memilih segregasi.
Jenguklah laman web MCA, sepatahpun BM tidak digunakan, kecuali Bahasa ibunda
dan BI. MCA tinggal di mana? Hong Kong? Taiwan?
Jika tidak percaya, mari kita buat pertandingan
debat dalam BM kalangan pemimpin dan ahli MCA. Berapa ramai yang akan bercakap…
lu tatak, gua tatak. Haiya! Ini olang pun ala kah?
Malang sekali menjadi MCA yang bertindak lebih Cina
daripada Cina di China. Saya cabar pemimpin mereka berbaju Melayu dan bertanjak
dalam pembukaan parlimen akan datang atau ketika berkunjung ke rumah terbuka PM
sempena hari raya, jika MCA beranggapan bahawa Umno adalah rakan Melayu sejati
mereka.
Pemimpin Umno dan Melayu lain telah tunjukkan keterbukaan
dengan berpakaian Cina dan makan bersepit ketika menghadiri rumah terbuka Tahun
Baharu Cina. Memanglah pakaian bukan segala-galanya, tetapi sekurang-kurang
dapat menunjukkan siapa kita?
Kedua, sejak dahulu MCA tidak pernah lunak dengan
Islam. Apa jua nilai-nilai Islam yang cuba diterapkan mesti ditentang.
Misalnya, kaunter mengikut jantina, bonceng motosikal bukan mahram dan
lain-lain lagi. Jangan cakaplah soal mahkamah syariah dan Akta 355.
Ketiga, pemimpin MCA dan kalangan ultra kiasu
memang suka yang singkat. Nak kata budaya Cina tidak juga. Sebab pakaian
tradisi Cina amat bersopan. Tidakkah mereka merasa malu apabila berseluar
pendek lebih pendek daripada boxer lelaki?
Selepas ini MCA dan ultra kiasu akan berhujah, jaga
kain sendiri, ramai Melayu bertudung terjebak dalam gejala sosial, tidak kurang
juga di Kelantan. Dalam budaya mereka hari ini, anak bersekedudukan tidak
mengapa, suka kawin, tak suka tak pe. Ini perkara biasa. Kepada mereka yang nak
berkahwin dengan orang MCA jaga-jaga, takut dah ditebuk tupai. Kecuali mereka
masuk Islam.
Keempat, MCA begitu agresif menyerang saya daripada
DAP, hanya kerana saya lantang bercakap tentang sifat ultra kiasu mereka. MCA
mahu kata apa lagi. Silakan. Semakin banyak MCA bercakap, semakin hilanglah
undi Melayu. Jika mahukan undi Melayu, fahamilah Melayu sebelum MCA lingkup.
Kelima, atas alasan apa MCA mempertahankan pakaian
seksi? Hak asasi manusia? Atau apa? Semuanya berpunca MCA dan sekutu ultra
kiasunya tidak mahu nilai-nilai Islam mengakari negara ini. Mereka bimbang,
jika ini berlaku, ia akan membawa kepada perlaksanaan hukum Islam.
Keenam, sudah sampai masanya MCA membina kekuatan
di kawasan majoriti Cina, bukan menumpang undi ehsan orang Melayu. Ketika itu,
saya bersetuju dengan lantikan menteri yang diberikan. Jangan jadikan Melayu
serba salah untuk mengundi apabila MCA bertanding di kawasan majoriti Melayu.
Akhirnya, pembangkang yang menang, MCA kalah.
Ketujuh, kepada pemimpin Umno, jika MCA masih
berkeras untuk bertanding di kawasan Melayu sebelum ini dan meminta lagi
kawasan baharu, yang mana kita sudah tahu dengan meletak MCA akan kalah, maka jangan
dilayan parasit ini sebelum Umno hilang kuasa pada PRU akan datang.
Kelapan, punca segalanya adalah ekonomi. MCA takut
perniagaan haram dan bank mereka terjejas jika Islam dilaksanakan. Jangan sama
sekali kerajaan luluskan sebuah lagi bank MCA, Bank Koperasi Kojadi. Jika
lulus, akan berleluasa lagilah perniagaan haram mereka dan menjadi ancaman
kepada negara dan Melayu.
Kesimpulannya, strategi politik matang ini mesti
dilakukan sebelum terlambat. Trend pengundian politik Malaysia masih tidak
dapat lari daripada garisan kaum, berbanding dengan negara barat yang lebih
terbuka.
Terus terang, saya lebih suka pemimpin Cina BN daripada
Sabah dan Sarawak dilantik menjadi menteri menggantikan MCA, kerana mereka
lebih memahami kehidupan bermasyarakat majmuk daripada parti tidak sedar diuntung
ini.
Jika MCA ikhlas, buktikan dengan menyokong RUU 355
ini. MCA tidak rugi apa-apa sebab MCA akan terus menang di kawasan majoriti
Melayu yang ditandingi. Kecuali MCA boleh buktikan mereka boleh menang satu
kerusi di kawasan majoriti Cina.
9 comments:
👍👍👍 Dr.
Saya pun pelik dalam semangat ultra kiasu yg suka pakai pendek, singkat, seksi dan kurang adab, boleh pula berkunjung ke bazar-bazar Ramadhan tempat kunjungan orang Islam yang berpuasa membeli juadah sambil mengganggu dan menyebabkan pahala puasa berkurang. Ini bukan kes sengaja tengok tapi kalau dah masuk tempat orang Islam tu beradablah.
MCA dan ultra kiasu tak pernah nak ajar dan tegur kaum sendiri supaya beradab. Pernah keluar iklan di satu saluran tv semasa bulan Ramadhan beberapa tahun lalu menasihatkan bukan Islam yang berkunjung ke bazar Ramadhan agar tidak berpakaian seksi. Malangnya iklan tersebut ditentang atas alasan tak munasabah menyebabkan ia terpaksa ditarik.
Pelik bila golongan ni seolah-olah tak mampu beli pakaian sopan malah terpaksa beli pakaian tak cukup kain walaupun mempunyai kenderaan mewah.
terbaik Prof.. apa yg prof cakapkan mmg terang dan nyata..
Allah mencipta manusia tak kira bangsa dan agama. Rasa Allah tersilap mencipta sampah RT jadi keturunan Cina sepatut sampah RT keturunan Arab lebih baik kerana sampah RT suka promote budaya dan fikiran Arab. Sampah RT tak khawin 4 isteri memang merugikan sendiri
Menunjuk aurat tak dosa yg ajaran Arab menjadi ia dosa. Ajaran Arab adalah punca menjadi masalah dunia kerana menghasil banyak pengikut sesat seperti ISIS, Taliban dan Boko Haram. Kepercayaan agama adalah individu tapi kerana diguna dalam politik menjadi masalah manusia tak habis-habis berlaku. Ajaran Arab akan memusnahkan tamadun manusia menjadi manusia semakin mundur. Contoh seperti sampah RT dimana dia juga minat jadi pahlawan ISIS malang dia tak ada telor mungkin darah dia masih ada DNA babi
Tahniah Prof kerana menjawab kritikan dari pemimpin MCA
http://www.ismaweb.net/2016/06/mca-patut-minta-maaf-kepada-cina-bukan-saya-ridhuan-tee/
Kami sudah cukup sabar dan sangat bertoleransi dengan ultra kiasu.
Nak nasihat boleh... tapi apahal siap nak "kutip duit raya" bagai..! Daripada "kutip duit raya" lebih baik kakitangan yg tak berapa nak ada tu carik fakir miskin atau pompuan2 tua yg berkerja keras tapi suami entah ke mana2 tu. Ada gak pekdahnya..menjaga kebajikan rakyat lebih bagus. Jangan terlampau busy body..ingat...saya guna perkataan"melampau" bukan bermakna tak boleh langsung busy body tapi jangan melampau.
Kebanyakan mereka ini terikut-ikut budaya barat. Kadang-kadang mereka lebih barat daripada orang barat sendiri.
Memang Umno perlu bertegas kali ini. Tiada lagi kerusi tambahan kepada mereka di kawasan majoriti Melayu. Dan di kerusi sedia ada dengan majoriti Melayu, kalau mereka bertanding untuk kalah, ambil saja kembali kerusi itu.
Kalau mereka merengek juga hendakkan kerusi di kawasan majoriti Melayu, pengundi Melayu boleh buat perkiraan sendiri untuk mengundi Pas yang berlawan di situ.
Hal ini juga sama untuk parti-parti komponen lain yang suka hendak mengugut Umno.
Sokong kiranya kawasan majoriti Melayu, diberikan kpd mca, pengundi Melayu wajib tolak mca sebab mca mempunyai ciri2 dap.
Post a Comment