Jangan
biar Islam dipijak (Sinar Harian 13.6.16)
Apa
hak ultra kiasu untuk campurtangan atau menentukan cara hidup dan hal ehwal
Melayu Islam sedangkan Melayu Islam adalah pribumi di tanah air ini, manakala
mereka adalah penghijrah?
Kita
tidak pernah menyekat ultra kiasu mahu hidup mengikut cara apa? Hatta, memakai
pakaian sesingkat dan sependek-pendeknya. Kenapa bila tiba bab berkaitan kehidupan
orang Islam mesti ditentang? Atas alasan apa mereka mahu mengarahkan Melayu
mesti buat itu, mesti buat ini.
Malah
jika ada orang Melayu Islam cenderung kepada Arabisasi sekali pun itu adalah
hak dia? Mengapa ultra kiasu gatal punggung?
Kenapa
apabila pemimpin Melayu berpakaian Cina atau Kurta (India) atau makan bersepit,
semasa berkunjung ‘meraikan’ hari raya mereka, tidak pula dikatakan proses
Cinanisasi atau Indianisasi, malah dipuji dengan kata-kata inilah 1Malaysia?
Pernahkah
terlintas di hati pemimpin MCA, Gerakan dan ultra kiasu untuk untuk memakai
baju Melayu dan bersongkok ketika berhari raya di rumah kita?
Namun,
bila ada orang Melayu berpakaian ala Arab, ultra kiasu berkata ini Arabisasi. Apakah
cenderung kepada budaya Arab itu satu kehinaan? Ingat! kita ada Raja-Raja
berketurunan Arab. Sebenarnya ultra kiasu mahukan Melayu jadi apa?
Justeru,
sesiapa sahaja yang bersekongkol dengan ultra kiasu dalam mencampuri hal ehwal Islam
mesti dibenamkan supaya mereka tidak boleh bangun lagi. Mereka ini seperti
parasit.
Inilah
tindakan yang perlu dilakukan oleh umat Islam dalam PRK Sungai Besar dan Kuala
Kangsar tidak lama lagi. Jangan biarkan kemenangan berpihak kepada PAN dan PH kerana
ini akan menjadi mereka semakin bongkak.
Strategi
ini mesti dirancang jika benar Pas dan Umno mahu mengamalkan politik matang. Apa
yang boleh dilakukan? Jika dalam tempoh berkempen ini, Umno dan Pas merasakan
bahawa kemenangan bukan milik salah satu daripada mereka, cadangan saya, korban
satu. Sama ada Pas atau Umno yang menang. Benamkan PAN buat selama-lama.
Jika
resepi politik matang ini berjaya. PRU akan datang, pasti milik umat Islam.
Kita mesti bertindak untuk mengecutkan telur ultra kiasu. Jika tidak, pengaruh
Pas dan Umno akan semakin terhakis. Pertarungan dua PRK menentukan corak
politik akan datang.
Ya,
saya tidak nafikan, menang atau kalah, PAN dan PH pasti akan beri
berbagai-bagai alasan bagi menutup maruah mereka. Namun, jika mereka kalah,
sekurang-kurang PH tidak boleh mendabik baba atau berkokok.
Hari
ini, PH amat bongkak kerana mereka terlalu yakin semua Cina yang lebih kurang
30 peratus akan mengundi mereka. Dengan sedikit tambahan undi Melayu, hasil
usaha PKR dan IKRAM, mereka yakin boleh menang.
Justeru,
kepada Pas dan Umno saya merayu. Pertama, hadamkan politik matang itu apa? Kenali
siapa sebenar musuh kita? Negara ini mesti diselamatkan daripada perancangan
busuk ultra kiasu. Jika ultra kiasu merancang untuk membenam kita, apakah kita
perlu berdiam diri dan terus bersangka baik?
Sepatutnya
MCA lebih fokus menyerang DAP, bukan saya. Saya tidak pernah mendengar MCA
bertegang leher dengan seorang wanita ultra kiasu yang berkahwin dengan
lelaki India. Saya masih ingat ketika mengisi borang pendaftaran kelahiran
anaknya, beliau menulis keturunan anaknya, anak Malaysia, ditolak oleh JPN
kerana tidak ada keturunan anak Malaysia
di dunia ini.
Akhirnya
dia memilih anaknya berketurunan Cina. Kenapa tidak tulis keturunan India
mengikut nasab bapa? MCA masih diam? Nampak sangat bersekongkol.
Kedua,
ultra kiasu dipelopori Kristian Evengelis semakin berani. Bukan sahaja di
Malaysia malah di Indonesia. Kenyataan Basuki Thahaja Purnama atau Ahok,
gabenor Jakarta berketurunan Cina, Kristian, dikatakan bakal menjadi menjadi
Presiden Indonesia, sepatutnya membuka mata kita semua.
Ahok melarang
sekolah-sekolah di Jakarta mewajibkan pelajar memakai tudung kalau pakaian itu
dilayan seperti “kain lap” di dapur. Tidak betul mewajibkan pakaian itu walau
majoriti penduduk Indonesia beragama Islam. Muhammadiah dan Nahdatul Ulama
(NU), membantah larangan Ahok, dengan menyatakan ahli politik itu tidak perlu
mengajar orang Islam tentang kefahaman agama mereka.
Ahok
berkata konsep bertudung juga terdapat dalam Kristian dan Yahudi seperti kata
Ahok, persoalannya adakah mereka mengamalkannya? Tidak! Mereka suka kepada yang
pendek dan singkat.
Ketiga,
umat tidak sepatutnya menentang RUU 355, meskipun berasal daripada Sarawak. Tahu
membeza antara tugas sebagai ahli parlimen dengan sebagai individu beragama
Islam. Jika tidak setuju, diam sahaja. Jangan mengeluarkan kenyataan mengarut.
Keempat,
amat malang umat Islam berada dalam keadaan rugi di mana jua berada. Terlalu
berkorban sehingga terkorban. Berbanding ultra kiasu. Dalam BN makan, dalam PH
(PR) lagi kuat makan. Luar dalam makan belaka.
Bagaimana
pula dengan nasib Melayu? Apa yang dibuat, semua tak kena. PAN menyindir Pas
sebagai pendekar Mustar kerana berpakaian Melayu dan bertanjak dan berkeris
ketika AGM. Ultra kiasu yang membelah peha dan dada tidak pula dikatakan
apa-apa. Janganlah jadi PANdir.
5 comments:
Melayu perlu bersatu, Jangan biarkan Melayu di hina Islam di pijak
Kenapa kepakaran Rubbish Tee tak join UMNO atau PAS tapi join MCA? Jika kau join mereka pasti dapat jawatan tinggi dan boleh cepat kaya. Agama adalah agama jadi jika agama jadi undang untuk mengawal manusia bukan lagi panggil agama tapi harus digelar ideologi politik beragama. Ideologi ini lebih bahaya drp ideologi politik lain kerana jika memantah parti ini akan dituduh hina agama dan akhir pemantah itu mungkin akan dihukum atau dibunuh dengan alasan dihalalkan oleh agama. RT adalah golongan fanatik agama tapi malang tak ada telor join IS. Hahaha...
Saya setuju.. Islam kena bersatu... tapi kalau Pemimpin sendiri ramai yg korup.. dan memntingkan diri sendiri.. selagitu hanya boleh bersatu dlm ruang lingkup Politik dan bukan masyarakat... bersihkan korupsi pemimpin dulu adalah keutamaan...selagi tak bersihkan korupsi.. selagi tu tak telus...
apa itu ultra kiasu sebenarnya?
Saya rasa Islam tak dipijak... Islam dimanukan oleh orang-orang Islam yang tak faham Islam tapi rasa macam dia tau segalanya.
Sampah RT berjerit-jerit di blog buat apa? Ada telor pergi join politik tengok berapa ekor anjing gila sokong kau
Post a Comment