Agenda
negara yang bercelaru (Sinar Harian 14.8.16)
Semakin
negara bergerak maju, semakin kuat warganya berpegang kepada agenda negara,
agar semangat patriotisme semakin tinggi bagi menghadapi ancaman luar. Ini
tidak, makin bercelaru, perkara berkaitan agenda dan identiti negara mahu
dicairkan. Kalau boleh, mahu ditiadakan langsung, hanya kerana ia berkaitan
bahasa dan agama negara iaitu Melayu dan Islam.
Sepatutnya
kedua agenda negara ini mesti difahami dan dihayati oleh semua, tanpa
berkecuali. Peliknya, sudahlah ia tidak dikuasai, malah diperlekehkan dan
dipersendakan. Ke manakah arah tuju kita? atau sekadar mahu mengekalkan
kedudukan dan kuasa?
Lihat
RUU355, ultra kiasu amat bersatu, mahu mengumpulkan sejuta tandatangan, walaupun
jawapan telah diberikan oleh pihak kerajaan bahawa ia hanya bertujuan
memperkasakan Mahkamah Syariah, bukannya hudud. Tetapi terus ditentang. Kenapa?
Kerana mereka takut perniagaan haram
mereka terjejas.
Dalam
bidang seni pula, ada segelintir anak seni mempertikaikan keputusan Festival Filem Malaysia ke 28 untuk mengkategorikan
Filem berasaskan bahasa iaitu kategori Melayu dan Bukan Melayu. Ultra kiasu
mengambil kesempatan ini, bersatu menentang, akhirnya kerajaan tunduk.
Lebih pelik
lagi, Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut
Agama (JKMPKA), mahukan Kementerian Pendidikan mewujudkan subjek ‘interfaith
understanding’ bagi membolehkan para pelajar sekolah lebih memahami dan
menghormati pelbagai fahaman agama di negara ini. Siapa yang patut memahami
siapa? Minoriti memahami majoriti atau majoriti memahami minoriti?
Sangat
memeranjatkan apabila Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan mencadangkan agar
Sekolah Kebangsaan (SK) dicairkan identiti Melayu dan Islam bagi menarik
perhatian pelajar bukan Melayu. SK pada hari ini dikatakan terlalu kemelayuan
dan keislaman sehingga pelajar bukan Melayu dan orang Melayu sendiri tidak
berminat untuk bersekolah di sana. Peratus pelajar bukan Melayu bagi SK hanya
naik 4% manakala pelajar Melayu SJKC meningkat 18%. SJKC menggantikan SK dalam
10 tahun lagi.
Peliknya,
SJKC/T tidak pula dinasihatkan untuk dicairkan sedikit kecinaan dan
keindiaannya agar lebih menghayati falsafah pendidikan kebangsaan dan agenda
negara.
Pendek
kata, ultra kiasu ini mahukan identiti kebangsaan dicairkan, manakala identiti
mereka semakin mencengkam. Patutkah pemikiran agenda sebegini dibiarkan
berleluasa?
Persoalannya,
apakah benar SK tidak mendapat perhatian disebabkan oleh kemelayuan dan
keislamannya atau ada isu lain yang lebih besar lagi? Ini lah perkara yang
gagal difahami oleh majlis ini.
Pertama,
jangan berkompromi dalam perkara berkaitan agenda negara kerana ia adalah kedaulatan
negara. Hilang daulat, kita akan menjadi bangsat. Agenda negara tidak boleh
menjadi bahan ujian trial and error.
Ianya mesti dilaksanakan tanpa rasa takut.
Kedua,
jika kerajaan terlalu merasakan bahasa Cina itu terlalu penting dalam
mengejarkan kemajuan dan kebangkitan kuasa ekonomi China, cadangan saya, binalah
sahaja Sekolah Agama aliran Cina bagi memberikan saingan kepada Sekolah Cina.
Saya amat yakin ramai anak mualaf dan Melayu lain akan menghantar anak mereka
ke sini dan kita boleh bersaing dengan sekolah Cina yang lain. Perkara ini
telah saya cadangkan dalam Persidangan Meja Bulat Cina Muslim baru-baru ini.
Selain
itu, kerajaan mesti membuka SBP seperti SMKA dan MRSM yang selama ini dikhususkan
kepada Melayu dan Bumiputera, kepada anak mualaf, bagi membolehkan anak Melayu
bersaing secara sihat dengan anak Cina
ini. Anak Melayu mesti dikeluarkan daripada zon selesa.
Kedua,
adalah tidak adil jika SK sahaja minta diliberalkan manakala SJKC/T terus
dengan perkaumannya. Justeru, BM mesti didaulatkan. Masa pembelajaran dan
pengajaran BM mesti ditambah. Guru-guru BM dan BI tidak perlu disyaratkan mesti
mempunyai kredit dalam bahasa Cina. Ringkasnya, kerajaan yang tentukan dasar bukan
mereka.
Ketiga,
silibus BM dan peperiksaan BM mesti diseragamkan mengikut BM SK. Kementerian
Pendidikan tidak perlu membuang masa menyediakan dua (2) kertas BM yang berbeza
antara SK dengan SJKC/T. Lebihan wang tersebut boleh digunakan untuk membantu
pelajar-pelajar miskin. Percayalah, jika kertas BM diseragamkan pasti lebih ramai
pelajar SJKC/T yang akan gagal BM dan tercicir disebabkan penguasaan BM mereka yang
rendah.
Akhirnya,
tidak ada sesiapapun menolak kemajuan dan kebangkitan
kuasa ekonomi Cina masa akan datang. Malah, semua mengakui akan kepentingan
mempelajari bahasa asing seperti BI dan bahasa Cina sebagai persediaan.
Tetapi
biarlah kita maju dengan adanya identiti. Tidak ada erti sebuah kemajuan, jika
pada akhirnya nanti, negara maju, tetapi identiti nasional hancur ditelan zaman
arus sekular yang akan menghaiwankan manusia. Ingatlah, pemimpin datang dan
pergi, tetapi keputusan yang dibuat akan kekal dan diwarisi oleh generasi akan
datang.
Setiap
kali Menteri membuat lawatan keluar negara, apakah mereka tidak belajar dan
mengambil pengajaran bagaimana negara lain mengakari agenda negara. New Zealand
walaupun diperintah kulit putih, tetapi identiti bangsa Maori amat dihormati, dan
dipertahankan. Jangan dibandingkan dengan Thailand, Indonesia, China, Jepun dan
dunia lain. Kita bagaimana?
Dr.
Mohd Ridhuan Tee Abdullah,
Profesor,
INSPIRE/FUPL, UniSZA
3 comments:
Well said sir....
Negara Bercelaru sebab Perdana Menterinya Lanun
Pemimpin yang tiada integiriti mana nak kesah semua ini.
Agenda utama adalah untuk menyelamatkan diri.
Post a Comment