Sandiwara
anak Malaysia ultra kiasu (Sinar Harian 27.6.16)
Saya dilabel sebagai pengkhianat
bangsa hanya kerana bercakap benar mengenai bangsa saya sendiri. Dituduh mahu
menjadi orang Melayu atau lebih Melayu daripada Melayu. Nasib baiklah selepas
saya keluar daripada MCA, baharu ultra kiasu sedar bahawa selama ini saya
berada dalam parti Cina. Adakah saya rasis atau seksis sebagaimana yang
dituduh?
MCA tidak putus-putus menyerang saya.
Sepatutnya sasaran MCA adalah DAP. Tetapi perkara itu tidak berlaku, mereka
sangat berpakat. Saya yakin majoriti ahli mereka yang didakwa seramai 1.07 juta
tidak mengundi BN, sebaliknya DAP.
Sebelum ini saya ada menulis mengenai
seorang pemimpin wanita ultra kiasu Kristian Evangelis yang berkahwin dengan
lelaki India. Setelah mendapat anak, pasangan ini pergi ke Jabatan Pendaftaran
Negara (JPN) bagi tujuan pendaftaran kelahiran. Peliknya dalam ruangan
keturunan (bangsa) dia menulis ‘anak Malaysia’ iaitu bangsa yang tidak pernah
wujud dalam kamus pendaftaran kelahiran JPN. Sudah tentu JPN menolak.
Perkara ini sengaja dirancang supaya
menjadi kecoh dan heboh, agar JPN dipersalahkan. Muslihatnya, bagi mengelakkan
dia menulis keturunan India iaitu keturunan suaminya. JPN dikutuk dan dituduh
tidak patriotik menolak keturunan anak Malaysia atas alasan kita semua anak
Malaysia. Liciknya ultra kiasu ini mengkambinghitamkan JPN bagi melunaskan
cita-cita jahatnya.
Sebagai orang Cina yang sangat
berpegang teguh kepada budaya bangsa seperti ultra kiasu, dia sepatutnya
menulis keturunan India mengikut nasab suaminya. Tetapi ia tidak berlaku. Jika
mengikut budaya Cina yang amat memuliakan nasab bapa, sepatutnya keturunan anak
pasangan ini ditulis bangsa INDIA mengikut bapa. Tetapi keadaan tersebut tidak
berlaku, dia menyalahkan JPN menulis keturunan CINA.
Di manakah semangat anak Malaysia yang
pada awalnya mahu digunakan jika dia benar-benar meraikan kepelbagaian. Apatah
lagi ultra kiasu selalu mendakwa ia parti berbilang kaum. Jika begitu, kenapa
tidak meraikan bangsa India mengikut keturunan suaminya? Kenapa dalam kepala
dia hanya ada Cina? Hinakah meletakkan keturunan bangsa India? Bukankah India
juga dijadikan oleh Allah SWT? Siapa rasis? Apakah pemimpin sebegini boleh
diharap memimpin negara?
Baik pulak saya, saya Cina, isteri saya
Melayu, keturunan saya, saya letakkan Cina kepada anak saya. Kenapa? Sebab saya
orang Cina. JPN memberi pilihan sama ada memilih bangsa ibu atau bapa. Siapa
hipokrit sebenarnya? Beginilah liciknya mereka.
Pertama, memahami bangsa saya, mereka
lebih mahukan anak lelaki daripada anak perempuan kerana anak lelaki akan
memanjangkan nasab keturunan mengikut surname
yang dibawa, berbanding anak perempuan. Anak perempuan akan berkahwin mengikut
keturunan suaminya. Anak perempuan dianggap sebagai menghabiskan beras kerana
akan menjadi milik orang lain atau keturunan lain.
Kedua, mengenali ultra kiasu sekian
lama, mereka memandang rendah orang yang lebih gelap kulitnya. Mereka cuba
mengelak untuk berjiran dengan orang sebegini. Mereka lebih selesa dengan kalangan
yang lebih cerah seperti orang putih. Sebab itu, mereka lebih suka berhijrah ke
negara kulit putih daripada kulit hitam.
Kehidupan mereka hari ini lebih orang
putih daripada orang putih. Sebab itu MCA begitu marah apabila saya menegurkan soal
pakaian seksi dan singkat. MCA menyerang saya dengan mengatakan saya ini sakit
mental dan perlu meminta maaf kepada orang Cina. Siapa perempuan palsu ini?
Kenapa saya perlu minta maaf. Hipokrit sungguh. Pergi telek dan belek pakaian
budaya Cina sebenar.
Ketiga, ultra kiasu Kristian Evangelis
jugalah yang setiap kali bulan puasa akan dibenarkan masuk ke surau dan masjid
berbaju kurung dan bertudung menyampaikan bantuan kepada umat Islam yang
berpuasa, bagi menunjukkan dia ‘sayang’ dan ‘menghormati’ bulan puasa. Cuba
dekati hati budi mereka, apakah mereka rela berpakaian sedemikian saban kali
ketika dewan bersidang misalnya. Jawabnya, tidak. Ultra kiasu lebih suka
pakaian orang putih yang didakwa itu pakaian budaya mereka.
Malang sekali umat Islam mempertahankan
ultra kiasu ini, hanya dengan bantuan RM2000, kopi, teh dan susu di bulan
Ramadan dan memuji pula mereka dengan kata-kata “cantiknya amoi-amoi ini”. Murah
sungguh hargai diri dan maruah kita.
Ternyata ultra kiasu ini cakap lain,
buat lain. Peliknya, MCA dan akhbar the Star langsung tidak pernah langsung
menyerang wanita ultra kiasu ini seperti dia menyerang saya, sedangkan saya
juga ‘menyayangi’ Cina seperti yang ‘diperjuangkan’ MCA, DAP dan Gerakan. Bukan
begitu MCA?
Wahai umatku, bangunlah, lihatlah
kebobrokan ultra kiasu yang bersatu dalam terang dan senyap. Saya akan terus
diserang dan diserang lagi. Tetapi saya jenis yang tidak menyerang jika tidak
diserang. Tidak menyerang tanpa tentangan.
Saya akan terus dilabel lebih Melayu
daripada Melayu supaya orang Cina membenci dan menganggap saya sebagai
pengkhianat. Sehingga ada yang meludah dan menjegilkan mata bila bersua muka.
Begitu juga ugutan bunuh. Tidak mustahil akan ditembak. Saya bertawakkal kepada
Allah akan takdir ini.