(Sinar Harian 1 Apr 2013)
Menjelang pembubaran
parlimen bagi menghadapi PRU 13, kita asyik memberi. Sama ada pemberi tersebut
akan dibalas atau dihargai, masih belum pasti. Pokoknya, beri dahulu. Tuntutan
Pertubuhan Cina untuk mendirikan Sekolah Persendirian Cina (SPC) di Kuantan, SM
Chong Hwa telah menjadi kenyataan.
Dalam majlis makan
malam yang dirasmikan oleh Perdana Perdana Menteri minggu lalu, sebanyak RM3
juta berjaya dikutip. Perdana Menteri bermurah hati memberi dana tambahan
sebanyak RM3 juta lagi menjadi RM6juta dalam sekelip mata. Selepas ini saya
tidak pasti berapa lagi sekolah sebegini akan dibina. Harapan kita semua, semoga
sekolah jenis ini akan menyahut agenda nasional.
SPC dibenarkan
beroperasi mengikut caranya sendiri, menggunakan silibus Unified Examination Certificate (UEC), dengan syarat mesti
mengikuti kehendak Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dua sijil akan diperolehi
sekaligus, UEC dan SPM. Saya tidak pasti bagaimana modus operandinya. Tunggu
dan lihat. Yang jelas, kerajaan telah mengikhtiraf UEC yang selama ini diperjuangkan.
Peliknya, kenapa
mereka begitu beriya-iya dengan UEC berbanding SPM? Sedangkan selama inipun
semua subjek diajar dalam bahasa ibunda. Apakah UEC lebih baik dari SPM dari sudut
pembinaan negara bangsa? Jika itulah keadaannya, kedudukan SPM menjadi tanda
tanya. Wujud dua sistem dalam satu negara? Tidakkah sepatutnya satu sistem satu
negara. Barulah namanya 1Malaysia.
Apakah selepas ini
mereka yang mempunyai dua sijil lebih dikehendaki dalam pasaran. Selama ini sijil
sekolah agama yang terpaksa mengikut arus kebangsaan kerana arahan. Arahan
mesti dipatuhi sebagai syarat pengikhtirafan. Persoalannya, bagaimanan
kedudukan UEC?
Terus terang, saya
amat takut dengan keadaan ini seperti kata Aung San Suu Kyi, it is not power that corrupts, but fear.
Tetapi kita tidak wajar salah mereka. Sudah menjadi kewajipan mereka menjaga
warisan nenek moyang, takut hilang ditelan zaman. Kita pula bagaimana?
Terbaharu, Persatuan
Ibu bapa untuk pendidikan, yang diketuai oleh orang Melayu, begitu takut dengan
kemerosotan penguasaan bahasa Inggeris ketika mengulas keputusan SPM dan STPM 2012.
Mereka tidak pernah takut isu di atas, serta status dan kedudukan bahasa
Melayu. Dalam kepada mereka hanya ada bahasa Inggeris sebagai lambang
‘kemajuan’. Takut mundur kononnya.
Kenapa bahasa
Inggeris dan ibunda sahaja yang diberikan perhatian? Kita jarang fikirkan soal pembinaan
negara bangsa yang jelas termaktub dalam perlembagaan? Terutama kedudukan bahasa
Melayu dan pendidikan Islam? Pernahkah bedah siasat dilakukan?
Pada segelintir
kita, biar jahil Islam dan bahasa Melayu asalkan pandai bahasa Inggeris dan bahasa
ibunda. Alasannya mudah, sebab bahasa Inggeris dan bahasa bukan Melayu telah
banyak menyumbangkan kepada kemajuan negara. Seolah-olah orang/bahasa Melayu dan
agama Islam tidak ada sumbangan. Cubalah fahami sejarah dan kebangkitan
nasionalisme negara ini. Betapa besarnya sumbangan bahasa dan agama.
Ramai bukan Melayu
yang tidak pandai bahasa Inggeris dan bahasa Melayu, tetapi mereka tidak takut.
Semangat jati diri bangsa mereka begitu kental. Sikap ini telah melonjakkan
kehidupan mereka. Tetap berjaya walaupun jahil bahasa lain. Apakah ini wajar
dalam sebuah negara yang mendaulatkan identiti dan jati diri nasional?
Belajarlah daripada
negara-negara maju. Mereka maju kerana berjaya membangunkan anak bangsa dengan
jati diri terlebih dahulu, bukan dengan bahasa asing. Banyak negara yang tidak
tahu bahasa Inggeris sekali, malahan ada mengambil sikap anti, tetapi mereka
tetap maju. Pergilah ke negara China, Jepun, Perancis dan lain-lain. Benar,
mereka tidak menolak bahasa Inggeris, kerana ia bahasa ilmu. Tetapi mereka
tidak sama sekali korbankan jati diri kebangsaan mereka semata-mata meraikan
bahasa asing.
Negara Israel
sendiri, sebuah negara sedang membangun, begitu berjaya melahirkan jutawan
merata tempat. Bahasa Hebrew telah mengangkat martabat Israel. Kenapa kita
tidak sedemikian? Kita menyusun sistem pendidikan hanya untuk melahirkan
pekerja-pekerja, bukan melahirkan manusia berpendidikan, berjati diri dan
berpatriotik.
Apakah permasalahan
ini terjadi disebab tidak adanya doktor yang mampu memeriksa? Atau disebabkan
tidak ada ubat yang berguna untuk mengubati penyakitnya? Atau pesakit itu sendiri
yang tidak mahu memakan ubat dan tidak berusaha untuk berubat?
Sama seperti seorang
pelajar bermusafir menuntut ilmu. Dia tahu ilmu apakah yang perlu dituntut,
negara mana yang ditujui dan jalan mana yang perlu dilalui, tetapi kenderaan
yang dipandunya rosak di tengah jalan. Apakah kerosakan itu itu berlaku pada
bateri, plak, motor atau yang lain. Kita mesti lakukan over haul atau
pemeriksaan untuk mencapai punca kerosakan. Jika punca itu ketahui, maka akan
selesailah masalah. Jika tidak sampai bilapun matlamat tidak kesampaian.
Teringat kata-kata
Saidina Umar al-Khattab, sekarang kita kaum yang ditimpa kehinaan, namun Allah
muliakan kita dengan Islam. Tetapi bila kita mencari kemuliaan selain
daripadanya, nescaya Allah akan menimpakan kehinaan kepada kita semua. Apakah
selama ini kita tidak sedar bahawa Islam itu adalah jati diri Melayu. Melayu
adalah bangsa yang dimuliakan Allah dengan Islam. Bertegaslah dengan pembinaan
jati diri ini. Jika tidak Melayu Islam tidak ke mana-mana. Persoalannya kita
takut.
32 comments:
Semua nya sebab Anwar Al Juburi (pangkat Mat Sabu beri). Pengkhianat bangsa dan negara. Dan Nik Aziz. Pengkhianat bangsa dan agama. Memecahkan perpaduan bangsa Melayu di negara ini, sehingga jadi 3 puak. Hingga kena bagi itu ini nak pelemah depa undi BN supaya Melayu UMNO boleh terus merintah.
Tapi sekarang Melayu PKR Johor dah sedaq. Depa dah berontak kapada Anwar. Baca lah lapuran Bernama ni:
JOHOR BARU, March 30 — The problem of tussling for seats among the opposition pact is worsening when Parti Keadilan Rakyat (PKR) announces its candidates who will be contesting in the coming 13th general elections.
As if fearing the DAP would continue to seize other seats which were contested by PKR, the party made an announcement to field its candidates to contest in the Johor Jaya, Tangkak and Pengkalan Rinting State Assembly seats and the Segamat Parliament.
Johor PKR vice-chairman Hasan Karim said, the State PKR would not allow its seats to taken away one by one based on illogical excuses.
“.. once is enough, surely not all good seats are to be taken, that is not good,” he said at a media conference at the PKR office, here, today.
He also announced that PKR Legal Bureau director Jimmy Puah Wee Tse would be contesting for the Johor Jaya State seat which was contested by Parti Rakyat Malaysia in the previous general election.
“The State Leadership Council (MPN) will not give in and take over the Johor Jaya state seat. We have locked Johor Jaya and PKR will contest there.
“We are not demanding (Johor Jaya) from anybody, we only defending it in the spirit of Pakatan Rakyat where the DAP adviser is given passage in Gelang Patah in exchange for Segamat Parliament,” he said.
“.. we are serious about this and we will not compromise. We gave way for Gelang Patah, but we will defend Johor Jaya,” he said.
Meanwhile, at the same press conference, MPN deputy chairman Dr Ahmad Faidhi Saidi said, the decision to contest in all the seats was made during a MPN meeting on March 28 at the Ayer Hitam PKR branch office which he himself chaired.
“Almost 90 percent of the state MPN members attended and we decided that the Segamat Parliamentary, Johor Jaya, Tangkak and Pengkalan Rinting State Assembly seats belong to PKR.
“We will also ask for five more state seats because PAS is contesting too many state seats, 30 of the 56 state assembly seats of which 50 percent are in Johor,” he said.
Nampaknya perang depa antara PKR, dan PAS. Anwar pun depa dah tak hormat. Kurus kering lah dia.
Blog Outside The Box habaq banyak lagi kes depa duh gadyh antara depa. Di Perak, Kedah, Selangor dll.
Pasai Nik Aziz tu, nanti ada masa lapang baru tulih panjang nooooo.
mudah bagi Jepun, Korea dengan China menggunakan satu bahasa disebabkan kaum mereka tidak ada kepelbagaian berbanding di Malaysia. Jika kita ikut cara Indonesia pasti akan dapat merealisasikan 1Malaysia.
Salah nya bermula dari bedebah Bretes. Benarkan sekolah vernakular bagi kaum pendatang.
Tak di selesaikan isu sekolah vernakular di masa Merdeka. Murah hati Melayu bila setujukan hak kewarganegaraan kapada kaum pendatang. Murah hati lagi Melayu bila Tengku A Rahman longgarkan syarat pengeluaran sijil kewarganegaraan selepas Merdeka. Ketepikan isu kebolehan bertutur Bahasa Melayu.
Maka hingga hari ini ramai yang mengaku rakyat tapi tak pandai berbahasa BM. Apa ni?
ke mana jati diri kita?
pertama, mgkn krn sistem pendidikan di peringkat pengajian tinggi menuntut penggunaan bahasa inggeris lebih dari bahasa melayu. saya memberi contoh bidang berkaitan sains perubatan dan biologi. kejuruteraan mgkn tak begitu terkesan sbb lebih bnyk bermain dgn angka daripada bahasa. tapi ttp buku2 majoritinya dalam bahasa inggeris. mengapa ini terjadi? kerana tiada terjemahan buku2 terbitan dalam bahasa inggeris kepada bahasa melayu. kenapa tiada yang menerbitkan buku2 sedemikian? mgkn institut terjemahan negara agak perlahan dalam kerja2 menterjemah. boleh jadi kita tdk mendapat kebenaran utk mengalih bahasa buku2 dan bahan pengajian dalam bahasa asing ini sebab berapa sangat daripada semua tu adalah hak milik negara kita? kalau kita diberi kebenaran mengalih bahasa segala terbitan yang ada,adakah kita punya pakar yang mampu melakukannya. kita perlukan pakar bidang ilmu sains itu sendiri yang melakukannya dengan syarat dia mahir berbahasa kebangsaan juga. tapi kalaupun alih bahasa dilakukan, adakah buku2 itu dalam bahasa melayu? kebanyakan istilah datang dari bahasa asing. mgkn kebanyakan istilah2 yang diguna pakai hanya mampu dimelayukan pada ejaan dan bukannya melayu pada perkataan. contoh, computer----> komputer. kita tiada perkataan melayu yg asal utk kes ini. jadi hurf 'c' telah dimelayukan menjadi 'k'.
kedua, mungkin kerana tauladan yang dipaparkan kepada masyarakt itu sendiri. pemimpin2 kita di kaca TV sendiri merojakkan bahasa kebangsaan. drama2 pula begitu sedikit yang menggahkan bahasa kebangsaan walaupun namanya drama melayu. melayu kerana artis yang melakonkan watak2 yang ada.
ketiganya kerana diri sendiri tak sedar cantiknya bahasa melayu. mungkin kerana kurang membaca. maka kuranglah kita nampak cantiknya susun kata bahasa kita.
sekolah cina dan sebagainya...tak tahulah nak komen apa tentang hal ni. yang saya tahu, sekolah melayu dah tak banyak. orang melayu sekarang ke sekolah kebangsaan. kalau sekolah agama yang pelajar dan pengajarnya semua melayu pun tidak dinamakan sekolah melayu. hanya sekolah agama atau sekolah agama kebangsaan.
sebenarnya bahasa melayu pun dah tak ada. yang ada hanya bahasa malaysia. supaya bila bahasa itu digunakan dalam hidup seharian, yang bukan melayu tak merasa dipaksa bertutur dgn bahasa bukan bahasa ibunda tapi bahasa negara. tapi melayu tak kisah. dulu2 pun bahasa kita dipanggil lingua franca.
mungkin jati diri kita hilang kerana kita sendiri pilih untuk memadamkannya. kita buat begitu atas fitrah kita mudah terima sesuatu yang baru. juga kerana kita mahu orang lain mudah dekat dengan kita. setelah lama memadam jati diri sendiri kerana percampuran dengan orang lain, kita akhirnya lupa yang kita mulanya hanya bertolak ansur. lalu yang tinggal hanya kebiasaan. kebiasaan hidup tanpa identiti diri. kita memang mudah lupa. tapi, yang mmg sengaja tinggalkan jati diri sendiri barangkali lebih ramai.
maka semua itu harus ditanam dari awal lagi. pendidikan kembali menjadi asas baik di rumah mahupun disekolah. tak banyak yang boleh kita lakukan dengan desakan untuk menguasai bahasa penjajah utk tujuan pendidikan peringkat pengajian tinggi. pemikiran sebahagian kita perlu diubah. sepatunya bukanlah 'tak mengapa tak pandai bahasa melayu sebab bahsa inggeris lebih penting' tapi sepatutnya menjadi 'aku mahu menguasai kedua-dua bahasa.
agama? buku2 agama kalau di malaysia rata-ratanya dalam bahasa melayu. tak tahulah bagaimana orang yang asyik menatap bahan berbahsa inggeris dapat dikukuhkan agama mereka. tambahan lagi kalau bahasa inggeris itu dipelajari dari filem2 inggeris dan lagu inggeris. tiada unsur pengukuhan akidah dalam bahan2 sedemikian. apatah lagi kalau filem2nya, akhlak pun runtuh. lagi sedih, filem melayu pun dah hampir menyerupai barat.
harap2 tidak menyakitkan sesiapa.
Salam. jika kita bertegas dengan indentiti kita .. pasti kita boleh ... saya amat kagum apa bila pergi ke Thailand ... jati mereka terlalu tinggi tidak ada kompromis...kita sekarang ini pun jati diri terhakis bukan disebabkan oleh rakyat keseluruhanya... ia adalah di sebabkan oleh pemimpin yang memeimpin negara sedar atau tidak sedikit demi sedikit jati diri anak bangsa & agama kita dihakiskannya demi kelangsungan penguasaan...fikirkan...banyak kesilpan yang dilakaukan oleh pemimpin kita pada hari ini...dimanakah peranan orang dibawah pimpinanya...takutkah tergugat kerusi empuk yang diduduki selama ini jika menegur kesalahan pemimpin ... jangan jadikan negara ini milik kamu seorang diri...lihatlah saya amat sedih dengan nasib sekolah aliran agama...adakah pemikiran pemimpin sekolah aliran agama ini cenderung kepada PAS?...sehingga dipinggirkan begitu sahaja...sedih melihat halatuju yang dibawa oleh pemimpin hari ini... wassalam.
Pucuk pangkal nya ia lah kuasa politik.
Jika kita tiada kuasa politik, hapah apa pun kita tak ada. Tak usah nak cakap jati diri, air muka pun tiada. Di lanyak, di lenyek jenis cauvinis dan rasis, ultra kiasu, tak kira apa, asyik mau lagi, mau lagi, mau lagi tak habis habis. Dah lah kuasa ekonomidi tangan mereka.
Tolong fikirkan dan cadangkan jika ada cara lain bagi kita dapat tentukan kuasa politik yang telah di pecah belah dek hantu syaitan Anwar Al Juburi dan Nik Aziz nak jadi MB sampai mati, dok kata "Ambo buke' Melayu, Isle je" tapi perpaduan ummat Islam pun dia tak peduli.
Adik saya belajar sekolah cina persendirian di melaka..cuba tgk mcm mana UEC ni terangkan pasal sejarah agama Islam..dengan gambar2 yang buat kita was2 dgn silibusnya..
Rsd,
2 kali aku baca apa kau tulis. Nak tahukan apa kesilapan yang kau kata "banyak kesilpan yang dilakaukan oleh pemimpin kita pada hari ini..." Tak jumpa.
Aku baca lagi, nak tahukan apa yang kau maksudkan "peranan orang dibawah pimpinanya...takutkah tergugat kerusi empuk yang diduduki selama ini jika menegur kesalahan pemimpin ..." Takda juga kau sebut.
Aku baca lagi, nak tahukan apa dia yang kau kata "jangan jadikan negara ini milik kamu seorang diri..." Pun kau tak tulis apa dia.
Begitu juga pasal sekolah agama yang kau "amat sedih" kan tu. Takda juga penerangan. Kau tanya pulak "adakah pemikiran pemimpin sekolah aliran agama ini cenderung kepada PAS?..." Tapi kau tak sebut komplen yang spesifik. Pastu kau kata "sehingga dipinggirkan begitu sahaja...sedih melihat halatuju yang dibawa oleh pemimpin hari ini." Satu hapah pun tak tahu apa yang kau maksudkan, yang kau komplenkan.
Kamon lah kawan. Berpatutan lah. Boleh nak komplen, nak kritik, nak keji. Tapi kasi teranglah apa yang kau muskhilkan, penerangan apa sepesifik yang kau tak puas hati. Kalau tak macam mana orang nak tahu apa yang kau kata "silap"?
Tolong lah, jangan tuduh liar, ok? Kau beri penerangan atau tuduhan spesifik, yang pembaca boleh faham, mungkin ada yang kita boleh setuju dan sokong kau, betul tak?
Wassalam.
Salam sejahtera semua,
Pokoknya kita perlu tendang pemimpin Melayu yang bertuankan undi Cina. Nyahkan si Najib bapak vernakular ini.
Saya sebagai warga akademik IPTA terfikir, apa akan jadi kalau kerajaan (selepas PRU13) membenarkan UEC diterima sebagai syarat kemasukan ke IPTA; terdekat sesi 2013/2014?
Apakah nanti kita akan menyaksikan polarisasi kaum yang amat teruk di IPTA; kaum minoriti menjadi majoriti di IPTA?
Salam Orang_MuOr,
Kalau nyahkan Najib, Anwar dan orang Cina naik, lagi teruk, kawan.
Anwar bukan peduli apa, bukan ada perinsip, main bontot, bini kroni dia Azmin pun di sebatnya - adik Azmin, Ummi Hafilda sendiri cakap.
Kalau ada gerenti jawatan PM, emak dia pun di jual nya. Ketuanan Melayu pun di ketepikannya, cakap pasal ketuanan rakyat apa kedarahnya.
Undi UMNO/BN, bila BN dah kuat nanti, baru kita gesa dia dan MKT UMNO supaya ambil tindakan yang sesuai.
12:21 AM,
Bagus lah Sdr mengeluarkan pendapat dan rasa khuatir itu. Lagi ramai yang buat begitu lagi bagus.
Kita mesti selalu hebohkan perasaan tak senang hati kita terhadap tindakan politik yang tidak baik bagi masa depan negara ini. Jika ada kenalan atau bila menjumpai Ahli Majlis Tertinggi UMNO, atau sesiapa sahaja Ahli UMNO yang di Jawatankuasa Bahagaian dan Cawangan UMNO, kita mesti luahkan rasa risau kita dalam perkara seperti yang Sdr sebutkan itu.
Sekarang mereka mungkin memusatkan perhatian kapada mendapat undi banyak. Tun Dr Mahathir dah kata kalau DS Najib tak dapat menang lebih baik dari Tun Dol di 2008, UMNO akan menukarkan pucuk pimpinan selepas itu.
Jadi, kena masanya kita keluarkan keloh kesah kita sekarang bagi membuat semua yang berkenaan kerja kuat mendapat kemenangan besar, dan menyediakan keadaan supaya, jika tak dapat, UMNO tukarkan pucuk pimpinan itu.
Anon 12:21 AM,
Bertepatan - usaha untuk mengarus perdanakan pendidikan perkauman.
BH 1/4/13
Kerajaan kaji UEC syarat ke IPTA
Putrajaya: Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan perjumpaan dengan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi berhubung isu pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dalam pendidikan aliran Cina.
Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan Perdana Menteri dan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong), keputusan itu dicapai hasil pertemuan Najib dengan enam wakil Dong Zong yang diketuai Presidennya, Dr Yap Sin Tian, di Perdana Putra di sini, semalam.
Pertemuan itu bagi membincangkan penambahbaikan pendidikan aliran Cina yang antara lain membabitkan cadangan Dong Zong supaya UEC diiktiraf sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
“Ada beberapa masalah teknikal dalam isu UEC yang memerlukan perbincangan lanjut sebelum diputuskan” Yap Sin Tian, Presiden Dong Zong
Cari penyelesaian
Perbincangan juga meliputi keperluan pelajar sekolah aliran Cina untuk sekurang-kurangnya mempunyai kredit subjek Bahasa Melayu dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bersama dengan UEC sebagai syarat memohon ke IPTA.
Turut dibincangkan ialah isu akreditasi subjek Bahasa Melayu dalam UEC. Perjumpaan itu diadakan untuk mencari penyelesaian yang dapat diterima semua pihak berhubung isu berkaitan pendidikan sekolah Cina
Kesuntukan masa
Sementara itu, Dr Yap ketika diminta mengulas berkata, ada beberapa masalah teknikal dalam isu UEC yang memerlukan perbincangan lanjut sebelum diputuskan.
Berhubung tuntutan Dong Zong yang lain, beliau berkata, ia tidak dibincangkan kerana kesuntukan masa.
>> Apa yang 'kesuntukan masa'? Sebab nak menggunakan sepenuhnya kuasa undi cina menjelang PRU13?
Satu persatu tuntutan ultra kiasu dipenuhi. Dalam suasana politik dimalaysia tidak ada sesuatu yang mustahil. Semuanya pasti akan berlaku cuma masa sahaja yang menentukan bila waktu tibanya.
Terbaru,akhirnya kerajaan mengiktiraf UEC dan mungkin lepas ini sekolah Tamil akan mendesak kerajaan untuk mengadakan sijil seperti UEC bagi pendidikan sekolah Tamil pulak.Rasionalnya mereka berhak kerana mereka juga rakyat Malaysia...
Dalam konteks sebuah negara seperti Malaysia ada tuntutan yang sememangnya tidak boleh dibenarkan walau apa pun alasannya.Sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai etnik dan bangsa sememangnya agak sukar untuk kita membentuk jati diri dalam pembinaan sebuah negara bangsa Malaysia yang sebenar.
Sepatutnya dari awal lagi selepas kita merdeka,perkara-perkara teras dalam usaha untuk membentuk sebuah negara bangsa yang harmoni seperti Bahasa Kebangsaan dan Pendidikan kebangsaan tidak boleh dijadikan cagaran. Tetapi apabila ianya tidak dijaga maka inilah akibatnya. Selepas hampir 56 tahun merdeka negara ini seolah-olah masih tidak mempunyai jati diri sebagai sebuah negara bangsa Malaysia.
Percayalah saya amat yakin dalam beberapa dekad lagi apabila bahasa melayu sebagai bahaasa kebangsaan diremehkan dan hala tuju pendidikan kebangsaan di permudahkan maka waktu itu negara ini akan mempunyai genarasi yang keliru jati diri dan rapuh semangat perpaduannya.
Terjemahkan 1Malaysia menjadi sesuatu yang dihayati bukan sekadar slogan menambah koleksi.
Nak UEC diiktiraf untuk masuk IPTA tapi nak subjek Bahasa Melayu gaya UEC. Ingat ni subjek bahasa pasar ke?
Mungkin kalau kerajaan terpaksa layan juga boleh, tapi kenakan syarat kredit subjek Bahasa Melayu mengikut sukatan arus perdana dan bukan setakat lulus sahaja.
1:49 PM,
Dulu saya baca bahawa sukatan pelajaran bagi BM di sekolah Cina berlainan dan lebih senang dari BM di Sekolah Kebangsaan.
Oleh itu, kelulusan UEC ada lah lebih rendah mutunya di banding dengan SPM.
Apa hal pun, sistem sekolah Cina tidak mendatangkan penyatuan dan perpaduan rakyat yang di ingini bagi keamanan dan perpaduan di jangka masa panjang di negara ini.
Pihak pengelola UEC telah mendapat pengitirafan bagi UEC dari berbagai universiti luar negara. Jika UEC di iktiraf juga oleh IPTA, orang Cina sahaja lah yang mendapat faedah banyak di negara ini. Masakan mereka tidak menjejak langkah pelajaran aliran nasional di negara ini. Itu tidak adil dan mesti di bantah dan di bangkang sehabis habisnya.
Dulu kita ingat boleh la Pas ganti Umno. Tapi tengok Pas lagi teruk daripada Umno. Bukan setakat jadi kuda DAP tapi dah jadi anjing kepada DAP. Dia salak kepada Umno tak habis2.
Nampaknya jahat2 Umno busuk2 Umno pun kita orang melayu wajib undi Umno juga lah pada PRU13 nanti.
Kalau Undi Pas sama macam undi bagi cina DAP dapat kuasa perintah Malaysia.
UNDI UMNO TAK JANJI SYURGA
UNDI PAS BELUM TENTU SYURGA
UNDI PAS, DAP JADI RAJA
DAP JADI RAJA, MELAYU MERANA
DAP BERKUASA, ISLAM DIHINA
UMNO untuk United Muslim National Oranization. Marilah semua orang islam kita bersatu memilih UMNO sebagai bukti kesatuan kita dibawah payung United Muslim National Organization.
Insyallah. Umno menang.
Dr.,
Indonesia pakai 1 aliran sekolah dan 1 bahasa, ekonominya dikuasai kaum Cina!
Thailand juga sama dengan Indonesia, ekonominya juga dikuasai keturunan Cina walaupun mereka tidak erti berbahasa Cina seperti Lee Kuan Yew, tetapi amat akrab dengan Lee Kuan Yew sehingga setuju tak akan membina terusan di Selatan Thai yang akan membantu ekonomi Thailand!
Begitu keadaannya di Filipina di mana keluarga keturunan Cinalah menguasai ekonomi dan politik negara!
Saya rasa kita tak boleh ikut contoh Indonesia, Thailand dan Filipina, nanti ekonomi negara kita dikuasai kaum Cina seperti 3 negara tersebut!
Saya rasa lebih baik biarkan Cina dengan sekolah mereka, biarkan mereka fasih berbahasa Cna tetapi lemah bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris. Yang penting, anak-anak Melayu mesti menguasai bahasa Inggeris dan ilmu agama Islam dan menjadi "khirul-ummah".
Kita sibuk kritik mereka, tetapi kita sendiri terbelakang menguasai bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu teknologi dan sains dan moral pemimpin politik kita juga tidak membanggakan, sanggup dibeli oleh mereka dengan harga yang murah!
Saya rasa ilmu, iman dan taqwalah penyelamat bangsa Melayu dan Muslim di negara ini!
Saya amat ragui ideologi dan fahaman Negara Bangsa boleh membina kekuatan orang Melayu dan Muslim!
Wallahu 'alam!
Saya setuju. Ramai mereka yang lebih kebaratan dengan mengaitkan gaya hidup yang serba moden dengan tatacara barat!
Sedangkan di ceruk pelusuk kampong di Inggeris dan benua Australia, hampir sama dengan kampong kampong di Malaysia, kalau tak pun hanya baik sikit saja.
Ini adalah tanda tanda "dekat kiamat" bagi orang Islam/orang melayu di Malaysia.
Bila pemimpin nya terlalu lemah (penuh dengan konflik dan dikaitkan dengan isu besar) & yang mudah di lenyek kaw-kaw dan dipijak-pijak, apa lagi harapan orang Islam / orang melayu yang ada di GE 13?
Ya! Najib patut berundur dari UMNO kerana tidak layak mewakili orang Islam/ orang Melayu.
- dia mesti di ganti dengan yang lebih layak lagi bagi mewakili orang Melayu/orang Islam.
1. Secara jujurnya saya berpendapat parti yg berteraskan kaum Melayu khususnya spt UMNO tidak lagi 100% memperjuangkan nasib bangsanya sendiri. Walaupun sedar UMNO adalah tonggak dalam BN dan negara ketika ini dan perlu bersikap rasional utk semua kaum, namun kesangsian ini boleh dilihat berdasarkan kepada beberapa tindak tanduk UMNO yg tidak mendahulukan kaum Melayu secara total. Saya tidak bermaksud utk menafikan hak kaum lain tetapi dari sudut politik parti yg mewakili kaum spt cth Cina dan India acapkali bersedia utk mempertahankan secara konsisten apabila hak dan tradisi agama/kaum mereka tercabar. Sebagai contoh, Isu kepala babi di surau (maaf tak ingat tempat) hingga kini tiada sebarang bentuk tindakan diambil utk mendakwa sipelaku berbanding dgn isu kepala lembu di Selangor yg menyaksikan beberapa individu Melayu/Islam telah didakwa di mahkamah selepas di desak oleh MIC sendiri. Berbanding MCA,MIC,DAP Perwakilan UMNO yg begitu lantang dan berapi bila berucap di PWTC hanya berdiam diri bila hak dan maruah kaum sendiri tercabar.
2. Berdasarkan kepada senario politik hari ini, bukan Melayu dilihat bijak menggunakan "value" undi penentu yg mereka miliki terutama dari NGO cina yg 'demand' pelbagai tuntutan utk kepentingan kaum2 mereka berbanding kaum Melayu sendiri. Demi utk 'mengejar' undi mereka ini, UMNO/PKR dan PAS terpaksa banyak beralah walaupun terpaksa 'BERPUTIH MATA'.
3. Inilah sebahagian hasil tangan kita (Org Melayu) yg berpolitik secara keterlaluan dari org bawahan hinggalah ke atas demi kuasa, kedudukan dan kemewahan dunia semata2. Kepada parti Melayu terbesar di negara ini, kembalikan lah perjuangan asal anda yg mementingkan perpaduan dan persaudaraan agama Islam dan bangsa Melayu di Malaysia.
boleh x kalau syarat kemasukan ke IPTA diperketatkan untuk subjek bahasa melayu? terutama universiti yang mendapat kuasa autonomi? ada kan?
1:50 AM,
1. Saya tidak setuju dengan pendapat UMNO tidak lagi 100% memperjuangkan nasib bangsanya sendiri. PAS dan PKR nampaknya begitu. Nik Aziz kata, "Ambo buke' Melayu, Islam je." Anwar ketepikan Ketuanan Melayu, cakap pasal ketuanan rakyat entah apakebenda.
Setuju, Walaupun sedar UMNO adalah tonggak dalam BN dan negara ketika ini dan perlu bersikap rasional utk semua kaum, tapi mengatakan "tindak tanduk UMNO yg tidak mendahulukan kaum Melayu secara total" itu ada lah pendapat anda sendiri sahaja.
Kita perlu sedar Anwar dan Nik Aziz telah memecahkan Melayu jadi tiga puak sekarang. Di eksploitasi kaum bukan Melayu dan DS Najib perlu layan kehendak mereka mana yang boleh.
Isu kepala babi di surau umpamanya, kalau tak ada bukti kukuh, bagaiman mahu ambil tindakan? Jika ada bukti, si la lah kemukakan. Apa "sebarang bentuk tindakan" yang boleh di ambil, sila lah cadangkan.
2. Setuju, bukan Melayu bijak menggunakan "value" undi penentu yg mereka miliki terutama dari NGO cina yg 'demand' pelbagai tuntutan utk kepentingan kaum2 mereka berbanding kaum Melayu sendiri. Demi utk 'mengejar' undi mereka ini, UMNO/PKR dan PAS terpaksa banyak beralah walaupun terpaksa 'BERPUTIH MATA'. Tapi bukan kah PKR dan PAS yang bertanggung jawab? Jika Melayu bersatu, takkan boleh bukan Melayu melanda landa dengan tuntutan mereka? Hingga di adakan "Makan Malam di Istana Trengganu di KL" di hujung tahun 2011. Nik Aziz dan Hadi yang hadzir kemudiannya berkeras nak teruskan sekongkol dengan DAP.
3. Setuju juga bahawa inilah sebahagian hasil berpolitik mahukan kuasa. Tapi tak setuju mengatakan politik "secara keterlaluan dari org bawahan hinggalah ke atas demi kuasa, kedudukan dan kemewahan dunia semata2."
Saya fikir parti Melayu terbesar di negara ini, ia itu UMNO, tidak pernah lari dari perjuangan asal. Sentiasa mementingkan perpaduan dan persaudaraan agama Islam dan bangsa Melayu di negara ini.
Tapi PAS dan PKR bersekongkol dengan kafir harbi DAP, maka tujuan perpaduan itu telah di selewengkan mereka. Hanya untuk mendapat kuasa. Dapat hanya di 4 negeri sekarang. Perlu di ambil semula oleh UMNO/BN. Dan jangan mereka di Pakatan Rakyat di benarkan sampai ke Putrajaya sama sekali.
Lim Kit Siang Paling Lama Jadi Wakil Rakyat. Lim Kit Siang Paling Banyak Kawasan Pilihanraya. Apa Sebenarnya Matlamat Dia ??????
Lim Kit Siang minat nak jadi PM. Kita ada dengar, kalau PR menang, waktu awal memang Anwar akan diangkat jadi PM, tak lama pun Anwar jadi PM, selepas itu mereka akan jolok rakan2 luar PR ( ???? ) untuk timbulkan isu moral yang dihadapi oleh PM Anwar. Bukti memang cukup banyak, video ada, saksi ada. PM Anwar akan didesak letak jawatan demi nak menjaga maruah negara diperingkat dunia. Jika PM Anwar enggan letak jawatan, mereka akan bawa usul undi tidak percaya terhadap Anwar.
Mampu kah PM Anwar nak menepis isu itu. Karpal Singh ada butiran nya " from head to tail ".
Adakah PM Anwar nak minta bantuan kawan2 dalam Pas untuk membelanya. Pas jangan lupa Karpal itu seorang peguam yang berwibawa, sampai saat ini walaupun didesak oleh banyak pihak Karpal tetap tidak menarik balik kenyataannya di Parlimen pada 1997 bahawa dia mempunyai bukti tentang kejadian liwat yang Anwar selaku TPM pada waktu itu terlibat.
Dan Hadi Awang jangan ingat bila PM Anwar turun dia yang akan mudah2 naik ganti Anwar. Peluang lebih kepada Kit Siang dengan sokongan undi daripada rakan2 luar PR ( ????? ).
Disini lah para pengundi melayu terutamanya ahli Pas dan ahli PKR kena berhati2 dalam membuat pilihan. Jangan kerana " nak ubah " kita selamat dari mulut harimau tapi masuk ke dalam mulut naga.
Walau apa pun DS Najib dah secara resmi meniup wisel perlumbaan.
Hj Ariffin
10:41AM
Terima kasih atas komen anda.
11:05 PM,
Saya gembira dapat bertukar fikiran dengan anda. Anda keluarkan banyak pendapat pendapat yang saya setujui, ada hanya satu dua yang kita berlainan pendapat. Ini lah contoh demokrasi dan tukar fikiran yang matang, dapat meluaskan pemikiran kita bersama.
Harap dapat mendengar dari anda lagi dan kita boleh terus bertukar fikiran dengan cara yang waras dan berfaedah.
Wassalam.
Mereka yang berkeras mahukan UEC di akui tidak lain dan tidak bukan ada lah ultra kiasu. Tidak salah menjadi kiasu (mahukan lebih) tapi tidak semenggah menjadi ultra dalam apa hal pun.
UEC bermakna melanjutkn dan mengembangkan sistem sekolah banyak aliran - antaranya, SK, SJKC. Masakan kita perlu ada sekolah satu aliran - SK, untuk menimbulkan saling memahami dan harmoni antra berbagai kaum di negara ini, dan dengan itu akan timbuk kedamaian dan keamanan jangka masa panjang di negara berbilang kaum.
Semua sekolah mesti menggunakan BM sebagai bahasa penghantar. Perkara 152 Perlembagaan menyatakan BM ada lah bahasa negara ini, bahasa lain boleh di gunakan hanya SELAIN DARI UNTUK URUSAN RESMI, dan sekolah ada lah urusan resmi mana mana negara di dunia ini.
salam perjuangan... mohon pautkan blog sy disini
http://kongsihal.blogspot.com/
sy telah pun pautkan blog ustaz disana.. terima kasih
Assalam Omak Aii. nanti saya cuba atau boleh ajar saya caranya,tak pandai sangat. hehehe
. Argentina. Memang pendidkan di negara berkenaan percuma dan terbuka kepada sesiapa sahaja. Tetapi, terdapat banyak kos tersembunyi di negara berkeaan seperti pelajar harus membayar kos pengakutan dan pelbagai kos-kos lain yang mengarut. Pemberian biasiswa di negara berkenaan yang tidak sama rata sebenarnya telah mengabaikan golongan yang berpendidikan rendah untuk masuk ke dalam universiti. 9 daripada 10 pelajar yang memasuki universiti di Argentina datang daripada golongan kaya.
2. Negara dunia ketiga seperti Sri Lanka dan Mauritius mengamalkan pendidikan percuma?
Sebelum nak bercakap mengenai Sri Lanka, fahamkan dulu sistem pendidikan mereka. Hanya 10 peratus sahaja mereka yang layak memasuki university, selebihnya akan terpiggir. Inilah harganya yang perlu dibayar. Mengenai soal Mauritius, hanya orang bodoh sahaja yang membandingkan Malaysia dengan Mauritius. 1,286,340 merupakan jumlah rakyat di sana. Negara mereka pula kecil dan pengajian swasta cuma menjalankan kelas pada hari minggu sahaja memandangkan jumlah pelajar di sana sangat kecil. Jadi, buat apa nak bandingkan epal dengan durian? Sangat tidak adil bukan?
3. Brazil. Ya, pendidikan mereka percuma, tetapi, nah, ambil ni:
"Brazil is known for charging a high tax burden from its citizens and companies established. We will provide an overview of the most common taxes in Brazil, dividing them into Federal, State and Municipal taxes." Rujuk link pada komen saya dibawah.
" Everyday taxes in Brazil: IPVA, IPTU and IPTR!"
4. Bandingkan dengan negara kaya pula? Berapa kerat negara kaya yang ada sistem pendidikan percuma? Denmark? Kadar cukai di negara berkenaan merupakan yang paling tinggi di dunia. Kita perlu bayar untuk sesuatu yang percuma.
5. Turki? Sistem pendidikan negara kita tak ubah macam negara mereka.Turki hanya menawarkan pendidikan percuma pada peringkat sekolah rendah dan menengah daripada gred 1 sehinggalah 12. Serupa dengan negara kita, pendidikan percuma di Malaysia ditawarkan daripada darjah satu sehinggalah ke tingkatan 6 sebenarnya. Dan Malaysia hanya mengenakan 10% bayaran untuk pendidikan tertiaty (universiti, kolej) dengan 90% disubsidi kerajaan.
6. Finland? Saya dah cakap, jangan buat perbandingan epal dan durian. Kita buat sedikit analisis pasal negara Finland. Finland mempunyai 169, 000 orang pelajar dan Malaysia mempunyai 508,256 pelajar yang belajar di IPTA (IPTA sahaja, tidak termasuk IPTS lagi). Malaysia sebenarnya memberikan subsidi sebanyak 95 % daripada yuran pengajian sebenar di IPTA. Pelajar hanya membayar 5 % sahaja. Cukai pendapatan di Finland mencecah 50 peratus ke atas manakala Malaysia hanyalah mencecah 26 peratus maksimun. Dan, kenapa tergamak kalian bandingkan epal dan durian?
Negara-negara yang dibangkitkan oleh Bawini sebenarnya kaya dengan inflasi. Ambil contoh Argentina sudah cukup. 38 peratus inflasi untuk 2 tahun kebelakangan ini. Barang naik sikit kat Malaysia pun dah bising, dan hanya kerana pendidikan percuma, apakah sudah bersedia rakyat Malaysia untuk menghadapi cukai yang tinggi?
Hi! I know this is somewhat off topic but I was wondering which blog platform are you using
for this site? I'm getting fed up of Wordpress because I've had issues
with hackers and I'm looking at options for another platform. I would be awesome if you could point me in the direction of a good platform.
My web blog :: Seattle Flowers
saya seorang dari melayu rakyat malaysia yang rindukan umat islam khususnya melayu yang berpecah pada masa kini agar bersatu kembali.. mohon lah pada tuhanMu...
aku benar2 rindukan melayu islam bersatu.....insyallah x mustahil dengan izinNya
Post a Comment