Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Monday, April 22, 2013

Marahkan nyamuk kelambu dibakar

7:36 AM Posted by RIDHUAN TEE 10 comments
(Sinar Harian 22.4.13)

Sudah dua hari penamaan calon berlalu untuk PRU13. Sebelum itu, nama-nama mereka yang bertanding telah diumumkan oleh parti-parti terbabit. Macam-macam reaksi kedengaran.

Ada yang merajuk kerana tidak terpilih. Tikda kurang yang agresif bertindak balas, membalas dendam dan pelbagai reaksi negatif. Pendek kata, semua mahu menjadi calon. Jarang kedengaran reaksi positif. Apabila tidak terpilih, mereka berkata; Alhamdulillah, syukur, kerana terlepas daripada memikul tanggungjawab yang begitu besar. Ramai lupa atau buat lupa, jawatan di dunia, ada perkiraan syurga dan neraka.

Dahulu, ramai yang takut dipilih menjadi pemimpin, kerana takutkan azab Allah SWT. Apatah lagi memimpin negara. Mereka akan dihisab terlebih dahulu. Hari ini, semua mahu jadi pemimpin, seolah-olah amanah itu hanya suatu permainan untuk mendapat kuasa. Dengan kuasa kita boleh mendapat harta, wanita dan takhta.  

Soal sama ada, menepati KPI (amanah) Allah SWT, boleh menang atau tidak, belakang kira. Yang penting, mahu bertanding. Malang sungguh mendapat manusia seperti ini. Dalam kepala otaknya hanya mahukan kuasa. Ingatkan kita semakin hari semakin matang, rupa-rupanya tidak.  

Hari ini, berbeza dengan zaman dahulu. Persaingan sengit, ramai yang layak dan lebih layak. Mungkin kita sesuai untuk masa lalu, namun tidak relevan lagi untuk masa kini.  Mustahil bagi seseorang pemimpin boleh mengenali setiap ahli untuk dinilai sebagai pemimpin. Biasalah jika ada yang terlepas pandang. Apa yang penting, bersangka baik jika tidak terpilih. Pun begitu, sedih juga melihat pemimpin berakhlak buruk turut terpilih.  

Jangan bakar kelambu, hanya kerana marahkan nyamuk. Bila tidak dapat yang dicitakan, bakar jambatan. Fikirkan masa depan agama dan anak bangsa. Bukan beremosi kerana tidak terpilih. Berjuanglah kerana Allah, bukan yang lain. Mesti ada hikmah di sebalik. 

Ada beberapa calon UMNO yang tidak terpilih mahu menyertai pembangkang atau bertanding calon bebas. Walaupun sebelum ini telah beberapa kali menjadi wakil rakyat. Cukuplah. Berilah laluan kepada orang lain. Masa dia terpilih dahulu, kita tidak perasan orang lain juga merajuk. Kita tidak fikir perasaan orang lain. Bila kena batang hidung sendiri, baru tahu. Ironinya, mereka masih mahu bertindak balas, dan membalas dendam. Nasihat saya, buatlah muhasabah diri.

Di sinilah kelebihan PAS. Ahli mereka akur kepada arahan pucuk pimpinan. Malah, mereka yang tidak terpilih semakin kuat bekerja untuk parti sebab mereka tahu apa yang diperjuangkan.

Pada saya, UMNO perlu mencontohi budaya politik PAS. Tidak nafikan ada yang kecewa, tetapi tidak sampai bertindak menghancurkan parti.

Dalam sebuah negara demokrasi, tidak nafikan, sesiapapun berhak untuk keluar masuk parti apabila dirasakan tidak sesuai. Itu khianat namanya.

Pada saya, jika tidak terpilih, caranya bukan melompat parti atau bertanding bebas. Banyak lagi cara untuk berjuang. Paling kurang, duduk diam-diam. Main dengan anak cucu. Latih anak cucu menjadi pemimpin yang takutkan Allah SWT, dosa dan pahala. Moga bila besar nanti mereka menjadi pemimpin yang lebih baik. Ingat kata-kata Franklin D. Roosevelt, “Kita tidak selalu boleh membangun masa depan untuk generasi mendatang. Tapi kita boleh menyiapkan generasi mendatang untuk masa depan”.

Dalam konteks politik Malaysia, jarang calon bebas bertanding menang, kecuali di Sabah dan Sarawak. Jika ada pun yang menang, calon tersebut memang hebat seperti Shahrir Samad, bagi parlimen Johor Bahru suatu masa dahulu. Adakah kita sebegitu hebat? Tidak perlu buang duit, kerana sudah tentu kalah. Gunakan duit itu untuk membantu mereka yang memerlukan seperti ibu tunggal dan anak yatim. Pahalanya lebih besar.

Bekas ahli parlimen BN Tasik Gelugor (bekas timbalan menteri), berusia 65 tahun, yang tidak terpilih, berhimpun bersama penyokong, lantang mengkritik kepimpinan BN kerana memilih calon yang tidak dimahukan oleh penduduk setempat. Betul ke?

Lebih sinis lagi beliau berkata mahu  bertanding bawah tiket DAP (PKR dan PAS). Persoalan saya mahukah mereka menerima. Ultra kiasu ini bukan bodoh untuk menerima calon kecewa. Takut-takut nanti melompat pulak. Cukuplah tu. Duduk rumah, jagalah cucu. Selalulah ke masjid. Tak perlu sibukkan diri untuk menjadi wakil rakyat. Takut-takut nanti, bila menang, meninggal, berlaku pulak pilihan raya kecil. Habis duit lagi.

Pada saya, mereka boleh bertukar parti, jika mereka benar-benar faham perjuangan parti tersebut, bukan kerana kecewa kerana tidak dilayan dengan baik setelah tidak berkuasa. Lumrah dunia memang begitu. Masa berkuasa, semua orang suka, kentutpun bau wangi. Tetapi bila tidak berkuasa, orang pandangpun tidak.

Inilah akibatnya, ketika berkuasa, kita tidak muliakan Allah, bagaimana kita boleh mendapat penghormatan manusia. Khalifah Abdul Malik Marwan pernah berkata; “Semulia-mulia manusia ialah mereka yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkuasa, memaafkan ketika berkuasa membalas dan bersikap adil ketika berkuasa”.

Justeru, saya menyeru kepada mereka yang obsess untuk berkuasa. Muliakanlah Allah ketika berkuasa (juga tidak berkuasa), InsyaAllah, Allah akan muliakan kita di dunia. Jika tidak dapatpun kemuliaan di dunia, kita akan dimuliakan di akhirat.

10 comments:

Anonymous said...

Setuju

Anonymous said...

Setuju

tokgaru said...

Keluar dalam Harakah, muka depan lagi. Nik Aziz kata ” Roket Jatuh Ke Bulan ” kerana DAP cadang nak guna lambang Bulan dalam PRU13 ni. Tak betul tu Tokguru oiii. Yang betul adalah ” Bulan Jatuh Ke Riba Roket “.

Sebab dalam PR kita nampak Karpal Singh yang jadi Imam, manakala Nik Aziz dan Hadi Awang jadi Makmum. Anwar jadi Bilal.

tokgaru said...

Setuju. Pas memang tak sama dengan Umno. Dalam Pas ada " wala' ". Dalam Umno ada " taat ".

Orang Pas wala' kepada pemimpin. Hitam kata Tokguru maka hitam lah kata mereka walau pun yang ada depan mata itu berwarna putih.

Kerana wala' ini lah maka bila Umno berkawan dengan MCA, Gerakan dan MIC (bukan islam) Umno digelar Kafir. Kerana wala' jugalah bila Pas berkawan dengan DAP (bukan islam) Pas tidak dikatakan Kafir.

Itu lah kelebihan dan keistimewaan yang ada pada Pas tapi tidak ada pada Umno.

Doa memohon KO telah dibuat kepada Allah swt di dalam stadium di Kota Bharu. Insyallah pada malam 5.5.2013 Allah swt akan memilih siapa yang layak menerima Anugerah KO tersebut. Adakah Pas ? Adakah Umno ?



en.haji said...

saya setuju memang amat tepat dan betul.

en.haji said...

memang saya setuju tepat dan betul

tokgaru said...

CALON PR BERLAWAN SAMA SENDIRI

Setiap kejadian ada hikmah. Manusia merancang tapi Allah yang menentukan. Allah jadikan keadaan itu supaya para pengundi melihat dan menilai sendiri, BOLEH PERPAKAT KAH MEREKA HENDAK MENJAGA KEBAJIKAN KITA SEBAGAI RAKYAT JIKA MEREKA DIBERI PELUANG ?????

Fikir lah sebaik2nya dengan dengan mengunakan AQAL, MATA, dan TELINGA yang dianugerahkan Allah kepada kita.

Insyallah... kita semua rakyat Malaysia tak kira bangsa dan agama mahu kepada keamanan dan kesejahteraan seperti yang kita nikmati sekarang ini berterusan.

Pertanyaan buat semua :

ADAKAH KEADAAN SEPERTI ITU BERLAKU DALAM BN ????? BN ada berbelas parti gabungan didalamnya, sedangkan PR hanya ada 3 parti sahaja. Ibarat kata, BN adalah bapa kepada berbelas orang anak, tapi mereka anak2 BN tak berebut dan tak bergaduh sewaktu nak menjamah makanan. Sedangkan PR bapa kepada hanya 3 orang anak saja, pun tak mampu nak mendisiplinkan anak2nya supaya tidak berebut dan bergaduh sewaktu nak menjamah makanan.

Pertanyaan lagi buat semua :

SIAPA BAPA YANG BAIK DAN PATUT DICONTOHI DALAM MENDISIPLINKAN ANAK2 ? ADAKAH BN ? ADAKAH PR ?

tokgaru said...

Kita makin dekat nak buang undi dah ni. Korang berapi2 cakap politik, gua nak tanya satu soalan saja.

Soalannya adalah : KALAU BN MENANG SEMUA DAH TAHU UMNO YANG AKAN MENGETUAI KERAJAAN. KALAU PR MENANG PARTI MANA NAK MENGETUAI KERAJAAN ?

Cuba tanya kepada orang Pas .. sure dia kata Hadi Awang.

Cuba tanya kepada orang PKR .. sure dia kata Anwar Ibrahim.

Cuba tanya kepada orang DAP .. sure dia kata " kita undi dulu maaa kemudian baru cerita "

Pada saya jawapan orang Pas tak pakai, jawapan orang PKR juga tak boleh pakai. Yang boleh pakai hanya jawapan orang DAP saja .. kita negara demokrasi maaaaaa !!!

Anonymous said...

Siapa yang tak nak jadi calon?

Kekayaan, projek, berprestig, pang kat, jawapan, gelaran semua menunggu. Kan tu semua benda biasa dah berlaku. Jadi dah jadi orang bermati-matian nak jadi calon.

Sama jugak mereka yang jadi Pengampu.

Dapat Sisa-sisanya pun ok.

Tanya diri sendiri Dulu sebelum kutuk orang lain. Hipokrit namanya.

Mohd Ramizan said...

Salam Dr. boleh x saya mendapatkan Tesis PHD Dr. saya amat berminat dalam kajian tersebut utk menambahkan ilmu pengetahuan.. kalau Dr sudi berkongsi Tesis tersebut.. attach dekat emel saya.. mohdramizanrafaie_89@yahoo.com