(Berita Harian 20 Apr 2013, Edisi Petang)
Selepas penamaan calon hari ini, bermulalah kempen pilihan raya yang
sebenar. Sebelum itu lagi, kempen sudah rancak berjalan, terutama
kawasan-kawasan panas. Antara kerusi Parlimen Shah Alam antara Zulkifli Nordin
(BN) dan Khalid Samad (PAS).
Pakatan
Rakyat (PR) menggunakan isu Zulkifli Noordin bertanding sebagai kempen pilihan
raya untuk memenangi sokongan India. Apabila nama Zulkifli diumumkan, PR
awal-awal lagi melakukan serangan peribadi tertubi-tubi. Pencalonan beliau
didakwa merupakan penghinaan kepada komuniti tersebut. Hatta, ada yang berkata
pencalonan Zulkifli akan menyebabkan BN kalah di Selangor. Nasihat saya, jangan
jadi Tuhan.
Video
menunjukkan Zulkifli menggunakan perkataan “Keling”, dan satu lagi video,
menyaksikan beliau mempersoalkan seorang peniaga India mengapa tuhan Hindu
tidak menyelamatkan kedainya daripada banjir dan mempersoalkan kesucian Sungai
Ganges di India, dianggap suci oleh penganut Hindu, diulang dan diulang. Ini
politik desperado ultra kiasu.
Ternyata
ultra kiasu ini gagal membeza antara strategi dengan persepsi. Pengundi perlu
membezakan antara keduanya. Meletakkan Zulkifli di situ adalah strategi.
Serangan ke atas ceramah Zulkifli adalah persepsi. Zulkifli yang saya kenali,
bukanlah sebagaimana yang dipersepsikan. Saya tidak nampak Zulkifli akan
merobohkan kuil Hindu dan memperlekehkan orang India yang sedia ada di Shah
Alam jika memenangi parlimen tersebut.
Sebenarnya
calon PAS itu takut bertemu dengan Zulkifli. Buku bertemu ruas. Pengundi Shah
Alam menerima calon PAS itu dalam PRU 12 kerana tidak ada pilihan. Tidak
perlulah bermain taktik kotor. Ditakdirkan jika saya bertanding melawan
beliau di Shah Alam, adakah peribadi saya tidak dijadikan bahan kempen. Artikel
saya sebelum ini akan dijaja ke sana ke mari. Sudahlah calon PAS (Khalid Samad),
belajarlah daripada abang kamu, Shahrir Samad.
Misalnya, di
hadapan sekumpulan lebih 500 orang di rumah pangsa Taman Buntong Harmoni di
sini baru-baru ini, pemimpin ultra kiasu bergilir-gilir mahukan pengundi India
menolak BN dalam PRU13 kerana “mempromosikan” Zulkifli, yang dituduh menghina kaum
India.
Peliknya, sekian lama DAP menghina Islam
dan undang-undang Islam, kenapa calon-calon mereka semuanya dijadikan kawan dan
diundi oleh PAS? Kenapa ultra kiasu ini terus dijulang, sedangkan semua telah
tahu niat busuk mereka? Adakah kita sudah lupa sebaik sahaja berjaya menguasai
Selangor dalam PRU12, serta merta ultra kiasu mahu mewujudkan bandar Cina di
Shah Alam yang majoriti penduduknya orang Melayu?
Ketika BN memerintah Selangor sebelum ini,
belum kedengaran MCA atau Gerakan mencadangkan untuk mengcinakan bandaraya Shah
Alam. Tiba-tiba apabila ultra kiasu naik junjung, serta merta mahu diubah status
bandaraya ini.
Sedarlah, DAP tidak pernah berubah dari
dulu hingga kini. Penghinaan demi penghinaan dilakukan terhadap Islam. Rakan
sepakatan hanya memejamkan mata kerana ingin berdakwah dan memahamkan mereka
tentang Islam kononnya.
Masalahnya, mahukan mereka ikut. Tidak
perlu saya sebut lagi penghinaan mereka terhadap kalimah Allah. DAP turut
menghina pendirian kerajaan Kelantan untuk mengasing kedai gunting rambut
(saloon) dan kaunter pasaraya antara lelaki dan perempuan. Apakah mereka masih
tidak faham?
Kenapa tindakan mereka tidak dikeji? Adakah
kerana berada dalam pakatan, maka kita boleh menghalalkan segala penghinaan yang
dilakukan terhadap Islam. Kenapa PAS tidak berkempen menolak DAP? Kenapa
Zulkifli Nordin dijadikan sasaran hanya kerana ucapan beliau yang terlepas dan
tidak disengajakan itu? Lagipun beliau telah meminta maaf awal-awal lagi.
Pimpinan PAS bersetuju dengan kata-kata,
lebih baik berkawan dengan syaitan yang dikenali daripada berkawan dengan
malaikat yang tidak dikenali. Jika syaitan yang dimaksudkan itu adalah DAP dan
malaikat itu adalah UMNO, maka saya masih memilih malaikat, walaupun tidak
dikenali. Ini kerana syaitan tetap syaitan, malaikat tetap malaikat. Syaitan
tidak boleh menjadi malaikat dan malaikat tidak boleh menjadi syaitan.
Berkawan dengan syaitan amat bahaya kerana
seekor syaitan boleh menyesat ramai orang baik, walaupun bilangannya sedikit.
Saya masih teringat kata-kata pemimpin ultra kiasu Melayu, beza antara masuk
kilang minyak wangi dengan masuk kilang arang.
Beza berkawan dengan orang baik dengan
berkawan dengan orang jahat. Berkawan dengan malaikat, InsyaAllah, ciri-ciri
kemalaikatannya akan terpercik jua. Berbanding dengan berkawan dengan syaitan,
ciri-ciri kesyaitanannya akan lebih kuat mempengaruhi kita. Apakah perkara ini
sudah berlaku?
Meskipun petikan Zulkifli diulang-ulang,
sekurang-kurang beliau berterus-terang. Beliau sanggup mengambil risiko
tersebut.
Saya tidak
hairan jika yang mengkritik Zulkifli adalah ultra kiasu DAP. Perkara biasa.
Kalau bukan mereka yang mengkritik, siapa lagi. Kitapun boleh mengkritik ultra
kiasu. Persoalannya, kenapa PAS ikut serta?
Dalam situasi
di hujung tanduk, mana lebih bahaya ultra kiasu atau Zulkfili Nordin? Syaitan
yang dikenali atau malaikat yang tidak dikenali? Saya tetap memilih malaikat
yang tidak kenali disebabkan oleh ciri-ciri kemalaikatannya, berbanding syaitan
yang terkenal dengan sifat kesyaitannnya.
Jika masih
belum jelas, lupakah kita kepada pengajaran peristiwa 13 Mei 1969? Siapa yang
memulakan perarakan selepas mencapai kemenangan dalam PRU 1969 sehingga
mencetuskan peristiwa berdarah itu? Siapa yang mengeluarkan kata-kata menghina
Melayu dan Islam dengan bahasa-bahasa kesat? Kaji watak ultra kiasu satu
persatu dalam sejarah. Saya yakin kita akan faham betapa bahayanya syaitan yang
dikenali itu. Kepada pengundi Shah Alam, bezakanlah antara kedua makhluk ini.
44 comments:
maka pilihlah parti BERSATU. calon bebas yang membawa mesej yang baik pada UMAT ISLAM. http://www.ismaweb.net/v4/2013/04/berjasa-umum-calon-tanding-8-parlimen-3-dun/
Calon PKR Pengedar Pil Kuda dan Penyebar Fahaman Komunis.
Itu lah berita sensasi berserta gambar video dalam TV3 dan TV1 jam 8 mlm yang saya tonton.
Ulasan saya adalah :
Betul kah itu gambar Hadi Awang ? Kena siasat betul2. Takut yang dalam video tu bukan Hadi Awang sebenar tetapi adalah klon Hadi Awang atau mungkin itu video super imposed.
Logiknya. Tak kan Hadi Awang tergamak nak palit arang pada muka Anwar Ibrahim ? Tak kan Hadi Awang nak menghina credibility Anwar Ibrahim sebegitu teruk ?
Musuh politik PR boleh buat macam2 untuk melagakan Pas dengan PKR. Video Anwar main dengan china doll, cerita2 liwat Anwar, Video seks Mustafa Ali .. itu semua fitnah yang direka oleh musuh politik Pas dan PKR. Dan lagi pula semua video itu adalah " besi " yang tidak boleh diterima sebagai barang bukti dalam mahkamah.
Kita jangan mudah telan apa saja yang dihidangkan. Saya yakin dalam video itu bukan Hadi Awang. Sepertimana Hadi Awang yakin dalam video sex itu bukan Musatafa Ali. Saya syak ianya mungkin Klon Hadi Awang atau boleh jadi Super Imposed video.
Para syaitan menjadi semakin berani kerana mereka semua mendapat perlindungan daripada para ulamak besar dalam Pas. Walau mereka syaitan tapi mereka dijanjikan syurga oleh para ulamak besar dalam Pas. Tak tahu lah kita siapa bertopengkan siapa. Adakah ulamak bertopengkan syaitan ? Adakah syaitan bertopengkan ulamak ?
Ustaz Mike Tayson yang baru menyertai Pas mungkin ada butirannya.
Kenapa kita tak jemu2 mengingatkan Pas. Sudah puas kita ingat kan Pas supaya jangan terlalu percaya kepada DAP. Tapi semakin diingatkan semakin pulak dikeluarkan Fatwa ” Sokong DAP Dapat Pahala “. Saya juga dah beberapa kali menulis begini :
Senario 1. Bila calon Pas lawan calon Umno .. 100% orang DAP akan undi Pas.
Senario 2. Bila calon DAP lawan calon BN (MCA, Gerakan atau MIC) .. 100% orang Pas akan undi DAP.
Senario 3. Bila calon Pas (melayu) lawan calon BN (MCA atau Gerakan) .. siapa boleh jamin 100% orang DAP akan undi Pas.
Senario 4. Bila calon PKR lawan calon Umno .. 100% orang DAP akan undi calon PKR.
Senario 5. Bila calon PKR (melayu) lawan calon BN (MCA atau Gerakan) .. siapa boleh jamin 100% orang DAP akan undi PKR.
Melayu Pas dan melayu PKR mungkin boleh memberikan jawapan kepada persoalan yang saya bangkitkan.
Soalan Cerpu Emas untuk Melayu Pas dan PKR.
Di dalam sebuah taman perumahan. Ada kedai runcit melayu dan kedai runcit cina sebelah menyebelah. Ahmat dan Ah Seng dua orang kawan baik berjalan beriringan menuju ke kedai untuk membeli gula pasir sahaja seperti yang dipesan oleh isteri masing2.
Soalan 1. Kedai manakah yang akan mereka masuk ?
Soalan 2. Siapa yang ajak siapa masuk kedai yang mereka pilih ?
Soalan 3. Jika setibanya dikedai mereka berpecah. Ahmat masuk kedai siapa dan Ah Seng masuk kedai siapa ?
Soalan 4. Jika Ah Seng sorang2 datang untuk membeli gula. Kedai siapa pilihan Ah Seng ?
Soalan 5. Jika Ahmat sorang2 datang untuk membeli gula. Kedai siapa pilihan Ahmat ?
Selamat mencuba jawab.
OOOMNO pun desperate sangat dah sebab dah tak ada calon lain nak lawan di Shah Alam dan Pasir Mas. Ke2 katak lompat ni pun sebenarnya tak dak ghege dah dan Tun Madey saja yang push deme ber2 ni. Orang OOOMNO pun tak setuju dan 61 orang OOOMNO kena pecat apa petandanya?
Letak Kamilia kat Shah Alam pun kira ok juga dari letak seorang yang banyak kontroversi kata-kata bangsa dan agama lain.
PM mamak dulu yang kata UMNO tu setan. RT ni dah lupa ke? Cepatnya dapat tabiat Melayu tulen.
tokgaru 11:53 AM, April 23, 2013...
Saya tak pernah mendengar fatwa ”Sokong DAP Dapat Pahala“...
Sila kemukakan hujjah anda jika anda orang yang benar...
Kalau setakat keterangan dengar cakap ni tak laku di mahkamah.
tokgaru 12:20 PM, April 23, 2013...
Apa fasal pulak nak tanya kat Malayu PAS dan PKR je...
Melayu UMNO tak layak ke?
tokgaru 11:27 AM, April 23, 2013...
Kenapa pulak kau gelar Mike Tyson tu ustaz...
Kau lah yang mula-mula gelar dia ustaz...
Jangan pulak lepas ni kau spin kata orang PAS panggil dia Ustaz Mike Tyson...
Macam kes Abby...
Orang-orang seperti kau ni lah yang mula-mula panggil dia ustazah.
tokgaru 8:12 AM, April 23, 2013...
Kalau aku kata kau bangang nanti kau nangis berguling-guling macam Pandikar Mustar...
Kau tau ke berapa kos nak superimpose video selama satu?
Kalau tak tahu jangan nak temberang buat komen baling batu sembunyi tangan.
As-salam Ustaz...
Saya tertanya-tanya apakah tujuan ustaz menulis begini: "Pimpinan PAS bersetuju dengan kata-kata, lebih baik berkawan dengan syaitan yang dikenali daripada berkawan dengan malaikat yang tidak dikenali"...
Apakah ustaz sedang menyindir Dr. M kerana setahu saya Dr. M yang mengeluarkan kenyataan "lebih baik berkawan dengan syaitan yang dikenali daripada berkawan dengan malaikat yang tidak dikenali"...
Harap ustaz dapat jelaskan kekaburan ini...
Sekian, terima kasih.
Didalam al-Quran dan hadis sangat jelas dinyatakan siapa uti Iblis dan Syaitan dan siapa itu malaikat. Juga sangat jelas Allah memberi peringatan kepada manusia bahawa iblis dan syaitan tidak akan berhenti-henti dengan usaha mereka utntuk menyesatkan manusia sehingga kehari kiamat, dengan cara apa saja.
Kepada pemimpin yang membuat kenyataan yang tersangat bodoh ini tidak layak menggelar dirinya pejuang Islam kerana dia sudah tergelincir daripada nas-nas agama Islam
Siapa ada statistik calon muslim & non muslim untuk PRU 13? Tq..
tokgaru saya pilih kedai melayu islam sebabnya dia bayar zakat....kalau tak bayar dia dosa...lagi pun tolong ekonomi umat islam...bukankah itu cara yang di tuntut oleh Islam?? lainlah kalau kedai melayu islam itu tiada barang yang dikehendaki. Maka pergilah kedai cina itu. Kalau kedai cina itu Islam....maka saya ke kedai cina itu dulu sebab nak membantu saudara baru.... wallahualam... :)Yang penting ISLAM bukan sekadar menyelam!!!
RT sudah SHORT........... lagi tak kutuk Altra Kuasu dia tak dapat tidur nyenyak zzzzzzzz
Anon 3:32 PM, April 23, 2013
Kau ni tertinggal kapal. Bacalah ulasan Hj Hadi menggunakan kata-kata tersebut dalam Sinar Harian. Benar, Tun M yang mula gunakan. Haji Hadi turut guna selepas itu. Ikutilah isu semasa, jangan duduk bawah tempurung katak.
Kepada Anon yang nak kata saya "bangang". Tak apa kata lah, saya sikit pun tidak terasa dihati.
Ulasan saya adalah. Anda mungkin baru pertama kali masuk ke Blog RT. Jika anda adalah pelawat tetap blog ini, anda tentu boleh mengenali pendirian politik saya melalui tulisan2 yang disiarkan oleh RT dalam blog ini.
Secara rengkasnya saya nak beritahu anda, tulisan saya berkenaan video Hadi Awang yang keluar kat Berita Jam 8 di TV1 dan TV3 adalah berbentuk sindiran kepada penyokong PR dan kepada Hadi Awang sendiri.
Sebab sebelum ini asal saja keluar cerita buruk berkenaan puak mereka, tanpa usul periksa terus berkata, "oh, ini fitnah, ini kerja jahat Umno, ini video superimposed".
Saya sebenarnya sedang "memulangkan paku buah keras" kepada Hadi Awang dalam isu video sex Mustafa Ali, belum siasat dan belum pun lihat video itu terus Hadi kata, "ini fitnah".
Saya pun tak kata, dalam video itu pelakonnya 100% Mustafa Ali. Cuma bila Mustafa Ali tak mahu buat police report, tak mahu bersumpah laknat .. kebanyakan orang akan cenderong mempercayai video itu "betul".
Saya rasa semua Anon yang menyerang saya dalam blog ini adalah merupakan individu yang sama. Is OK, it does no harm to me.
Jawapan saya adalah, sila anda baca sekali lagi tulisan saya, dan cuba faham serta cari maksud yang tersirat. Saya bukan nak memperlekehkan orang Pas atau orang PKR, saya cuma nak ingatkan. Jangan terlalu ghairah dan jangan sangka " benda yang anda nampak putih diluar itu semestinya putih juga di dalam ".
Saya bimbang kalau2 " kita orang melayu ikhlas di hati sedangkan mereka ikhlas di kulit sahaja ".
Alhamdulilah. Pertemuan calon BN Datok Gani Othman dengan calon DAP Lim Kit Siang di kawasan yang cina dan india adalah majoriti akan menjawab segala persoalan berkenaan " keikhlasan " orang bukan melayu terhadap pengorbanan orang melayu semenjak 55 tahun dulu hingga kini. Sekarang kita tidak tahu jawapannya, tetapi pada malam 5.5.2013 kita pasti akan ada jawapannya.
Kpd ANON 6.19 dan kawan2 sekelian:
Pihak UMNO (BN) banyak memainkan isu hilang kuasa politik Ummat Islam dalam kain rentang dan akhbar dengan mengguna orang ugama dan pondok. Adakah ini bertepatan dengan statistic atau ia hanya cubaan akhir menipu pengundi Muslim. Inshaalah saya cuba mengupas ini dengan menggunakan perangkaan yang saya analisa sendiri dari data SPR dengan menggunakan perisian computer dan meramal samaada PR akan menang atau tidak.
Jumlah kerusi parlimen yang di pertandingkan ialah 222 kerusi. BN dan DAP PAS dan PKR berebut untuk mendapatkan kerusi ini untuk memerintah dan bagi PR untuk mengguling kerajaan rasuah dan corrupt BN. BN telah mencuri duit rakyat selama 55 tahun dan semua tidak mahu lagi menyambung perbuatan jahat ini selama 5 tahun lagi. Dari jumlah 221 kerusi ( tolak Pasir Mas bebas) BN menyenaraikan 130 calun Muslim dan 91 calon bukan Muslim.....
dgn iziz dari:
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=5649
Pil Kuda - Fitnah Yang Berniat Jahat.
Saya bersimpati dengan Anwar dan PKR. Hadi secara tak berhemah telah mengaibkan Anwar dan PKR. Hadi membuat tuduhan di dalam ceramah terbuka yang di dengar oleh ribuan orang Pas dan PKR yang berada mendengar ceramah beliau .. itu yang saya kata tak berhemah. Sepatutnya dibuat melalui press conference atau secara tertutup. Ini berkaitan maruah Anwar sebagai bakal PM. Ini berhubung maruah PKR sebagai peneraju bakal Kerajaan PR di Putrajaya.
Tuduhan Hadi tanpa disertakan bukti memang sah merupakan Fitnah dan berniat Jahat terhadap kewibawaan Anwar sebagai bakal PM. Adakah Hadi sedang bersaing dengan Anwar untuk merebut kerusi PM di Putrajaya ? .. itu saja lah niat sebenar Hadi yang saya nampak (mempromosikan diri)
Kalau Hadi kata calon PKR di kalangan Pengedar Pil Kuda, Siapa orangnya ? Kawasan mana dia bertanding ? Siapa saksinya ? Mana rekod lampau untuk menyokong dakwaan ?
Kepada Anwar dan PKR. Tak perlu layan dakwaan Hadi Awang tanpa bukti sebab .. tak ada nilai, tak ada class, aaannnndddd is merely rubbish.
Calon PKR Edar Pil Kuda
Tidak kah itu merupakan Fitnah Yang Berniat Jahat ? Adakah itu cara Hadi nak mempromosi dirinya ? Adakah itu satu strategi untuk Hadi mencantas jambatan Anwar menuju ke kerusi PM di Putrajaya ? Tidak kah sekarang kewibawaan Anwar tercalar, dan hati orang PKR terguris ?
Benar kah begitu buruk sekali moral bakal wakil rakyat PKR ? Betul kah mereka ada yang berniaga Pil Kuda ? Betul kah mereka ada yang berfahaman komunis ?
Hanya Hadi Awang saja yang ada butiran lengkap jika dia berani mendedahkan. Siapa orang itu ? Siapa saksinya ? Di kawasan mana dia bertanding ?
Hadi sepatutnya menyalurkan maklumat itu kepada polis untuk tindakan. Menyembunyikan maklumat daripada polis membawa maksud Hadi bersubahat. Mengedar dadah adalah satu jenayah berat di negara ini. Adakah Hadi rela dikatakan bersubahat hanya kerana enggan melaporkan kepada polis ?
Saya rasa jalan terbaik adalah polis memanggil Hadi untuk mendapatkan maklumat sebelum membuat siasatan keatas target yang ada dalam pengetahuan Hadi.
Pengedaran dadah yang agendanya menjahanamkan masa depan generasi muda negara wajar di hentikan at all cost untuk selamatkan negara.
Polis perlu bertindak proaktif tanpa menunggu laporan. Itu harapan rakyat yang tidak mahu melihat negara ini hancur kerana dadah.
Melayu Mudah Lupa & Melayu Silap Kira
Terjadinya pernikahan mutaah diantara Pas dengan DAP adalah kerana pemimpin Pas Mudah Lupa dan Silap Kira. Dan Pas menolak untuk merujuk nikah semula dengan Umno juga adalah kerana Tak Boleh Nak Lupa (Berdendam) dan Rasa Tak Silap Kira (Beruntung).
Pas lupa dan sengaja buat2 lupa akan karenah DAP menentang perjuangan islam Pas sejak dulu hingga kini. Pas tersilap kira bila menikah dengan DAP, Pas ingat isteri (DAP) akan taat dan lembut hati terhadap suami (Pas), tapi yang berlaku adalah sebaliknya .. suami takut kepada isteri. Anak2 (ahli Pas) tak nampak, tapi kami yang berada diluar nampak sangat “ Suami (Pas) Takut Kepada Isteri (DAP) ” .. suami (Pas) banyak sangat mengalah kepada isteri (DAP). Lalu tertanya2 lah kami yang diluar ini, “ adakah suami (Pas) sudah termakan nasi kangkang isteri (DAP) ”.
Pas mungkin akan Tersilap Kira lagi. Pas ingat bila dia menikah dengan DAP semua anak2 DAP akan menjadi anak2nya juga. Sedangkan isteri (DAP) pun suami (Pas) tak mampu nak control, jangan harap lah Pas boleh control anak2 tirinya (ahli2 DAP). Akan tetapi si suami (Pas) dengan sesuci hati dihadapan isteri (DAP) telah meminta semua anak2nya (ahli Pas) supaya menerima ibu tiri (DAP) seperti ibu mereka sendiri. Dan seperti yang kami orang luar nampak, memang semua anak2 (ahli Pas) dapat menerima ibu tiri mereka (DAP) dengan penuh kasih sayang seperti ibu kandung.
Persoalannya adakah si isteri (DAP) juga ada meminta anak2nya (ahli DAP) menerima ayah tiri (Pas) seperti ayah kandung mereka ? Kami orang luar ini tertanya2 ….
Pada 5.5.2013 ini tahu lah kita akan nasib ayah tiri (Pas) sama ada anak tirinya (ahli DAP) menerima Pas sebagai ayah kandung mereka dihati atau sekadar dimulut sahaja.
Persoalannya :
Adakah semua anak2 tiri Pas (ahli DAP) akan menyokong dan membela ayah tiri mereka (Pas) bila ayah tiri mereka (Pas) terpaksa berlawan silat dengan bapa saudara (MCA/Gerakan) iaitu abang/adik kandung kepada ibu mereka (DAP) sendiri ……… ???!!!@@@###$$$%%%&&&***
Sedangkan kami orang luar sangat yakin bahawa anak2 (ahli Pas) dijamin akan menyokong dan membela ibu tiri mereka (DAP) jika ibu tiri mereka (DAP) terpaksa berlawan silat dengan abang/adik kandungnya (MCA/Gerakan). Mereka anak tiri (ahli Pas) berpegang kepada cakap dan arahan ayah mereka (pemimpin Pas) “ kamu mesti menangkan ibu tiri kamu (DAP) digelanggang mana saja dia lawan bersilat tanpa mengira dengan siapa dia lawan bersilat “. Anak2 (ahli Pas) adalah semuanya walaa’ (taat) kepada ayah mereka (pemimpin Pas).
Yang kami orang luar Sangat Yakin dan Pasti adalah jika ayah tiri (Pas) terpaksa berlawan silat dengan abang/adik kandung (Umno) kepada ayah tiri mereka (Pas) maka ibu mereka (DAP) akan berkali2 mengingatkan kepada anak2 tiri Pas (ahli DAP) “jangan lupa beri sokongan kepada ayah tiri kamu (Pas) supaya ayah tiri (Pas) kamu dapat mengalahkan abang/adiknya yang menghalang pernikahan emak dengan ayah tiri kamu (Pas) ”.
Sesungguhnya bukan setakat isteri (DAP) sahaja yang tak suka kepada abang/adik kandung suami (Pas) malah anak2 tiri Pas (ahli DAP) juga diajar supaya benci kepada saudara kandung ayah tiri mereka (Pas).
Sekadar untuk peringatan.
Berlaku nya “ Suami (Pas) Takut Kepada Isteri (DAP) “ … semua orang dah tahu, semua orang duk bercakap. Sama ada “ Suami (Pas) Yang Untung Atau Isteri (DAP) Yang Untung “ … semua orang setakat boleh meramalkan, tapi tak ada yang berani confirm 100% jawapan, tapi jika ikut rekod dulu2 dah boleh agak dah siapa yang akan untung.
Hmmm … bawa bersabar, 5.5.2013 bukannya lambat lagi.
Kpd Anon 9:56 AM,
Kalau kamu kata nak analisa jumlah nombor calon Islam tu, kenapa nak cucuk jarum Pakatan Rakyat sebelom buat demikian. Buat lah dulu, kemudian baru tanya bertepatan dengan statistic atau tak. Dan jangan pulak menuduh "cubaan akhir menipu pengundi Muslim." Kan laknatullah kamu.
Dah lah begitu, kamu sebut nama Allah pulak selapas itu, dengan berkata "Inshaalah saya cuba mengupas ini dengan menggunakan perangkaan yang saya analisa sendiri dari data SPR". Islam apa kamu nih. Cakap tak serupa bikin jenis PR ke?
Kamu sebut Jumlah kerusi parlimen yang di pertandingkan ialah 222 kerusi tu buat apa? Kamu ingat di musim pilihan raya ni orang tak tahu ke?
Kerajaan rasuah dan corrupt yang teruk ia lah PR di 4 negeri. Mula setahun merintah dah korap. Talam gate lah, apa lah. Dah 5 tahun korapnya Tuhan saja yang tahu. Lihat lah Penang, Kedah dan Kelantan. Sampai Nik Aziz beri 10,000 ekar tanah kapada DAP Ngeh dan Nga. Kerajaan Islam PAS kononnya tu.
Why must drag religion issues into Politic issues at the first place? As far as I know,Islam never taught anyone to take bribe,makan rasuah? Which surah from the Holy Quran encourage people to be bribed? The money or things they accept,consider as halal or haram? What does Islam encourage the people to do?
As Salam Prof
Bekas Naib Canselor UPNM, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ir. Ismail Bin Samion telah mengumumkan penyertaannya ke dalam PAS
" Jika sekali pun PAS mahu meminda Perlembagaan Persekutuan, DAP atau PKR tidak akan sama sekali membenarkannya " Karpal Singh.
Syabash Karpal. Anda berani. Anda Jujur. Anda berterus terang.
Sedangkan para pemimpim Pas dan para ulamak Pas menjelajah segenap kampong memberitahu lebai2 kampong bahawa " DAP sanggup guna lambang bulan dalam PRU13 menandakan DAP menerima islam yang diperjuangkan oleh Pas "
Lebai2 kampong pun percaya kerana mereka tak tahu apa satu berkenaan Perlembagaan Negara Malaysia.
Kasihan lebai2 kampong ..
" Jika sekali pun PAS mahu meminda Perlembagaan Persekutuan, DAP atau PKR tidak akan sama sekali membenarkannya " Karpal Singh.
Syabash Karpal. Anda berani. Anda Jujur. Anda berterus terang.
Sedangkan para pemimpim Pas dan para ulamak Pas menjelajah segenap kampong memberitahu lebai2 kampong bahawa " DAP sanggup guna lambang bulan dalam PRU13 menandakan DAP menerima islam yang diperjuangkan oleh Pas "
Lebai2 kampong pun percaya kerana mereka tak tahu apa satu berkenaan Perlembagaan Negara Malaysia.
Kasihan lebai2 kampong ..
Saya terjumpa dalam blog lain bertanya, " Kenapa Pemimpin Umno Langsung Tak Bersuara Tentang Hudud "
Itu lah bezanya pemimpin Umno dengan pemimpin Pas. Pemimpin Umno cakap guna otak, pemimpin Umno sebelum cakap rujuk Perlembagaan Negara dulu. Sedangkan pemimpin Pas termasuk lah si Haron Din tu, dia cakap ikut sedap mulut saja. Faham ke si Haron Din itu apa ke bendanya Perlembagaan Negara. Nik Aziz reti kah Perlembagaan Negara. Hadi Awang yang korang nak angkat jadi PM tu dia faham kah apa kejadahnya Perlembagaan Negara tu.
Karpal Singh sebelum terkeluar ayat ” langkah mayat ” dia rujuk Perlembagaan Negara dulu. Anthony Loke Siew Fook (pemimpin DAP) bila dia nak kepak kenyataan Haron Din dia rujuk Perlembagaan Negara dulu. Terbaru si Khalid Ibrahim kata Hudud Tak Sesuai Untuk Malaysia, juga dia rujuk Perlembagaan Negara sebelum cakap macam tu.
Yang percaya dan yakin Pas boleh buat Hudud ni adalah lebai2 kampong saja. Lebai2 kampong yang bila disebut Perlembagaan Negara tercengang2 macam kambing mabuk sireh pinang.
Video sambungan dgn artikel
http://www.youtube.com/watch?v=SVveRINJUqc
6:23 AM,
Islam tells never to fitnah. Your comment does not accuse but implies people makan rasuah. Be careful not to fitnah.
Tok Kadim,
What's so great about a former Lt Gen joining PAS, pray tell.
And why is he "Bekas Naib Cancelor"? Is he "Bekas" because he was PAS leaning? Did he try to inculcate PAS values in UPNM?
Reminds one of the Aziz Bari fellow, isn't it? He resigned because his seat became hot due to heavy criticisms by many. It's a democratic process, isn't it? Representatives of the majority don't like you, you have to go.
My spouse and I stumbled over here different website and thought I should check things out.
I like what I see so now i am following you. Look forward to looking at your web page for a second
time.
Stop by my page ... tahiti vacations
You made some good points there. I checked on the internet for more
information about the issue and found most individuals will go along with your views on this site.
Take a look at my page: Credit With Bad Credit
Salam Prof....
mintak komen prof pasal kenyataan...
"lebih baik berkawan dengan setn yg dikenali daripada berkawan dengan malaikat yang tidak dikenali"
klu kenyataan itu keluar daripada PAS..
jelas lah yg syaitan yg dimaksudkan itu DAP...
dan malaikat yg tidak dikenali itu UMNO...
dan prof memilih malaikat...
dgn alasan syaitan ttp syaitan..
malaikat ttp malaikat....
bagaimana pula kenyatan yg hampir sama tetapi keluar drp mulut Dr. M...
yg jelas drpd kenyataan dR M..
syaitan itu merujuk kpd Umno..
dan malaikat itu merujuk kpd PAS...
siapa pula pilihan prof???...
yg pasti dr kenyataan prof...
Setan tetap Setan dan Malaikat tetap Malaikat...
adakah prof akan memilih pas???
saya memandang tinggi ilmu dan setiap pandangan prof...
diharap prof dapat memberi penjelasan daripada kenyatan yg diambil drpd petatah Inggeris itu...
adakah kenyataan yg sama tetapi diungkapkan oleh dua org yg berbeza... maka tafsirannya juga berbeza??
kenapa boleh jd macam itu??
kalau kenyataan itu perlu dilihat kepada siapa yg dimaksudkan dengan syaitan dan malaikat itu...
rasanya prof tak perlu berhujah menggunakan alasan...
setan ttp setan dan malaikat tetap malaikat...
takut hujah tersebut akan balik semula pada prof...
sekadar menyatakan pandangan...
maaf kalau ada kesalahan
Tok guru....
U shiok sendiri kut....
PR akan menang besar dan BN akan jahanam utk kali ni...
X percaya....pi tanya dan tengok keadaan semasa diluar tu...jangan pandai baca media bn saja...dunia dah ubah...
Shok nanti lepas may5 ni....tak sabar saya nak komen kpd manusia manusia yg otak narrow minded disini....
Blog Papagomo melaporkan semasa berceramah di Kampong Abdullah, di Segamat, Johor ..... Anwar Ibrahim minta doa supaya Tun Mahathir mati.
Ish ish ... tak baik doa macam tu. Orang islam yang pro Umno tak disuruh berdoa macam tu, dan tak pernah lagi ada orang islam pro Umno berdoa semacam itu. Doa macam tu selalunya dibuat oleh orang islam pro Pas/PKR.
Pas contohnya, pernah berdoa kat Allah minta Najib pecah perut, pernah doa kat Allah minta Umno KO. Ada Najib dah pecah perut ? Ada Umno dah KO ? Tidak, bukan ...
Itu maknanya Allah tak berkenan dengan doa2 pelik macam tu. Kalau Allah berkenan dah lama Najib pecah perut, dah lama Umno berkubur.
Meh pakat ramai2 ikut saya berdoa,
" Ya Allah tuhan sekalian alam. Kami mohon kau berikan hidayah kepada pemimpin islam kami dari Umno, Pas dan PKR supaya sama2 bermuafakat menjaga agama mu, menjaga kebajikan bangsa kami dan menjaga keselamatan negara kami. Ya Allah, kau jadikan negara kami sebuah negara yang aman dan sejahtera, kau jadikan kami seluruh rakyat negara ini hidup dalam keadaan harmoni diantara satu sama lain walau pun kami berbeza bangsa, berbeza bahasa, berbeza kebudayaan dan berlainan agama. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, kau jadikan tanggal malam 5hb Mei 2013 bersamaan 24hb Jamadilakhir 1434 dan hari2 selepas itu sama keadaan seperti hari2 yang pernah kami lalui sebelumnya. Ya Allah, jangan lah kau hukum kami seperti mana kau hukum saudara seagama kami di beberapa negara di timur tengah hanya kerana mereka engkar terhadap seruan perpaduan oleh mu. Ya Allah, dengar lah rayuan kami, terima lah rintihan kami, kami tak mungkin akan dapat melaksanakan perintah mu dengan sempurna, kami tak mungkin akan dapat menjaga agama mu dengan sebaik2nya, jika sekiranya negara kami ini dalam keadaan huru hara. Amin, Ya Rabbulalamin "
Setiap anda yang membaca posting saya ini, ertinya anda turut bersama saya berdoa. Mudah2an ramai yang membaca sambil berdoa. Jika 13 juta pengundi membaca doa ini, insyallah, Allah akan beri petunjuk untuk SELAMATKAN KITA dan NEGARA KITA.
Pemimpin Pas tahu. Ahli Pas juga tahu. Pas dan DAP berdepan dengan musuh yang sama (common enemy). Pas mahu menumbangkan Umno. DAP juga mahu yang serupa. Kerjasama politik Pas - DAP adalah atas matlamat yang saya, " Menumbangkan Umno ". Sebab itu mereka masih boleh bersama walau pun tak sekepala dalam isu Hudud atau Negara Islam.
Mungkin yang dimaksudkan oleh Haron Din baru2 ini adalah, " kita tumbangkan Umno dahulu kemudian baru kita bincang pasal Hudud, pasal negara islam "
Adakah ini boleh disamakan, " tak apa kita robohkan dulu rumah lama yang sedia ada, selepas tu baru kita bincang berapa pampasan nak beri kepada tuan rumah, berapa pampasan nak beri kepada tuan tanah, nak bina mesjid sahaja atau nak bina tokong saja atau nak bina mesjid dan tokong dalam satu kompleks, kemudian kita boleh bincang "
Anda tahu apa akan berlaku selepas rumah lama dirobohkan dan tanah telah diratakan.
1. Tuan rumah mungkin tak dapat pampasan walau pun sikit.
2. Tuan tanah juga mungkin tak dapat pampasan walau pun sikit.
3. Mesjid tak menjadi kenyataan.
4. Tokong juga tak menjadi kenyataan.
5. Tanah itu akhirnya ditumbuhi semak dan samun.
6. Pemaju sesama dia naik turun mahkamah tak sudah2.
Berdoalah supaya selepas PRU13 nanti KITA SELAMAT dan NEGARA JUGA SELAMAT.
Sandiwara PRU.
Di Negara Malaysia ini Hudud memang cukup2 power. Kerana Hudud ada orang islam tuduh orang islam lain “ Tolak Islam “. Kerana Hudud ada orang islam mendabik dada dia lebih islam daripada orang islam yang lain. Tapi yang paling menakutkan. Kerana Hudud orang melayu di negara ini mendapat malapetaka (catastrophy), orang melayu menjadi minority dalam majority, orang melayu berpuak2. Hudud nampaknya memberikan lebih political mileage kepada bukan islam berbanding dengan puak islam sendiri. Aneh lagi melucukan, Hudud tak pula ada political value di lain2 negara yang ada umat islam. Joke of the century, barangkali.
Haron Taib dilaporkan berkata, penentangan 3 pemimpin tertinggi DAP terhadap hasrat Pas nak melaksanakan Hudud sekiranya PR menang pada PRU13 ini adalah untuk kepentingan political mileage DAP dalam usaha mempastikan sokongan bukan islam terhadap parti itu. Saya sangat bersetuju, Haron Taib betul sangat2.
Saya dan ramai lagi orang melayu, juga tertanya2 kenapa Pas disaat nak berdepan dengan setiap PRU (semasa PRK cerita Hudud tak berbunyi) akan bermati2an dan beria2 nak laksana Hudud jika menang. Tapi nasib tak pernah menyebelahi Pas, mereka tak pernah menang pun, mungkin Allah sendiri pun tidak menyebelahi mereka. Yang Allah beri kemenangan adalah kepada Umno dan BN yang tak pernah pun berjanji nak laksanakan Hudud jika menang. Pelik memang pelik, tapi itu kisah benar yang dipaparkan oleh Allah swt semenjak 12 kali PRU. Kita pun tak faham, apa mesej yang nak Allah sampaikan kepada kita. Tak ada siapa diantara kita yang berani membuat tafsiran diatas kejadian itu, takut kita dikatakan mendahului Allah. Kalau ada orang berani mendahului Allah dengan menjatuhkan hukum, “ kamu tolak islam “, “ kamu kafir “, “ kamu sembahyang tak dapat pahala “, “ sokong P** masuk surga “, “ sokong D** dapat pahala “, biar kan dia, tak usah ambil peduli. Kita sendiri tahu hubungan kita dengan Allah tetap begitu, selagi mana kita mengakui Dia lah satu2nya tuhan kita, Dia hanya tuhan bagi umat islam, dan Dia bukan tuhan bagi umat kristian, budhist, Hindu atau lain2 agama didunia ini. Kita yakin segala amal ibadat kita pasti diterima oleh Allah seperti mana Dia menerima amal ibadat yang dilakukan oleh orang yang menjatuhkan berbagai hukuman kepada kita.
Sandiwara PRU ... sambungan
Disini saya nak kata, kalau Pas kata DAP bantah Hudud kerana ada political mileage (DAP juga bantah Hudud masa PRU sahaja, masa PRK senyap tak bunyi sepatah pun), saya nampak Pas juga sedang mengeksploitasi Hudud atas factor political mileage untuk menarik sokongan orang melayu kepada Pas. Saya berani kata, tanpa Hudud siapa lah Pas kepada orang melayu, tanpa Hudud Pas mungkin dipandang sebelah mata sahaja oleh orang melayu. Kalau nak dihitung jasa membangunkan orang melayu, jasa membangunkan islam di negara ini, tidak ada orang melayu yang waras aqal yang tergamak menidakkan Umno. Yang aqal tidak waras, tidak termasuk dalam perkiraan saya.
Hendaknya tidak ada orang islam dan bukan islam yang tertipu dengan Sandiwara Hudud diantara Pas dan DAP. Kalau tadi saya berkata, tanpa Hudud siapa Pas kepada orang melayu. Saya ingin menambah, tanpa Hudud siapa lah DAP kepada bukan melayu dan bukan islam. Hudud telah menghidup dan menyuburkan Pas, pada masa yang sama DAP juga hidup subur dengan adanya Hudud.
Adakah anda bersetuju jika saya katakan, “ Both Pas and DAP has gain not little political mileage from Hudud “ (Kedua2 Pas dan DAP mendapat bukan sedikit political mileage daripada Hudud).
Jika anda sayang negara dan sayang perpaduan kaum yang kita kecapi sekian lama, anggap saja Sandiwara Hudud itu seolah2 chinese opera yang akan berkunjung ke tempat anda secara bermusim untuk memberi hiburan kepada penduduk setempat.
Saya simpulkan, tanpa persembahan Sandiwara Hudud mana2 PRU sekali pun di Negara Malaysia ini tidak akan menjadi Panas dan Bertenaga (Warm and Energetic). Hudud akan terus menjadi Fixed Deposit kepada Pas dan DAP selagi teraju pemerintahan Negara di pegang oleh orang melayu sendiri. Jika orang melayu telah hilang kuasa politiknya di Negara ini maka Hudud tak lagi relevan dijadikan modal untuk mendapat sokongan kepada Pas.
Isu Kalimah Allah
Tidak keterlaluan jika saya mentafsirkan, bila Nik Aziz dan Hadi Awang mengatakan Allah adalah God seperti yang terdapat dalam bible, mereka berdua sebenarnya nak beritahu kepada umat islam dinegara ini bahawa " Tidak Menjadi Kafir Jika Orang Melayu Masuk Kristian " dan juga " Tidak Menjadi Kafir Jika Orang Kristian Masuk Islam ".
Berdasarkan kenyataan Nik Aziz dan Hadi Awang tadi, tidak menjadi Murtad saya jika saya berfahaman bahawa, " Islam dan Kristian, Kedua2nya Adalah Agama Allah ".
Isu Hudud
Ini adalah pakatan senyap2 diantara pemimpin Pas, PKR dan DAP untuk mendapatkan political mileage. Memang dirancang. Sorang kata nak laksana, sorang kata tak setuju dan yang sorang lagi senyap tak kata apa. Pas dan DAP pura2 bergaduh kerana Hudud. Hudud digunakan oleh Pas untuk meraih sokongan orang melayu terutamanya lebai2 kampong. Hudud juga digunakan oleh DAP untuk menakut2kan pengundi bukan melayu yang berfikiran jumut supaya terus memberikan undi kepada DAP.
Saya nampak Isu Hudud ini, Pas dapat untung, DAP pun dapat untung.
Tetapi bagi orang melayu dan orang bukan melayu yang celik Perlembagaan Persekutuan (Federal Constiution), mereka sikit pun tak ambil peduli. Sebab mereka tahu Hudud tak akan kemana2, tak lebih sebagai modal politik saja.
10 DALIL KENAPA ANWAR IBRAHIM TIDAK BOLEH JADI PERDANA MENTERI
https://www.facebook.com/notes/ahmad-uzair-mazlan/salam-perjuangan/569494146416550
Please Share!!
Syaitan dan Malaikat sama kaki juga RT......Syaitan dan Malaikat pun ada orang suka dan tak suka. UMNO adalah Malaikat ke ??????????
Post a Comment