Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.
Monday, April 08, 2013
30 comments:
- tokgaru said...
-
Saudara RT
Saya juga terbaca komen Hj Ariffin. Simple and straight forward dan siap dengan contoh sekali.
Saya rasa ahli Pas bersetuju dengan pendapat Hj Ariffin itu. Saya dengar sendiri kebimbangan yang disuarakan oleh ahli akar umbi Pas. Mereka meluahkan, " Tokguru dan Tuan Guru Hadi Awang minta kami ahli Pas undi semua calon DAP tak kira dimana pun DAP bertanding. Tapi adakah ahli DAP akan undi calon Pas bila Pas berdepan dengan MCA atau Gerakan ". Nampaknya ahli-ahli Pas juga tak yakin dengan sokongan ahli DAP kepada calon Pas.
Yang terlalu yakin, 100% yakin bahawa DAP akan sokong Pas dimana juga Pas bertanding hanyalah Nik Aziz dan Hadi Awang. Sedangkan ahli Pas TIDAK. -
11:37 AM, April 08, 2013
- tokgaru said...
-
Petikan dari blog RBF online untuk kita kongsi bersama. Dikirim oleh seorang bangsa cina dari parti MCA di Alor Setar. Mudah-mudahan kita boleh mahasabah diri untuk melihat BIJAK KAH CARA ORANG MELAYU BERPOLITIK ? Ikuti kisahnya seperti di bawah ....
Saya cina MCA dari Alor Setar. Saya baru masuk blog RBF. Dulu tak pernah. Kawan introduced kepada saya. Intresting juga blog ini. Lucu pun ada juga.
Apa yang intresting ? Intresting kerana membicarakan halatuju perjuangan politik orang melayu.
Apa yang lucu ? Lucu kerana pemikiran politik orang melayu tak sama dengan pemikiran politik orang cina.
Apa yang kami orang cina mahu ? Bagi kami yang penting adalah kami boleh meneruskan kehidupan tanpa gangguan, kami boleh meneruskan aktiviti ekonomi tanpa rusuhan. Jika berlaku rusuhan kami orang cina yang paling teruk terjejas dan rugi. Kami orang berniaga. Dalam memilih kerajaan, kami akan memilih mereka yang boleh memberi jaminan kehidupan dan kelangsungan aktiviti ekonomi kami.
Sedangkan orang melayu tidak berfikiran seperti kami orang cina. Selama hampir 2 minggu saya masuk blog ini dan membaca semua komen dalam blog ini, saya yakin 99% pelawat blog ini adalah orang melayu.
Lucu dan sangat melucukan.
Isu terkini selepas parlimen bubar. MB Nik Aziz buat kenyataan Sembahyang Orang Umno Tak Dapat Pahala. Walau pun saya bukan orang melayu, tetapi saya faham apa itu pahala. Secara mudah saya anggap pahala itu seperti pelaburan atau simpanan untuk kegunaan selepas mati. Seperti kita menyimpan wang dalam bank atau beli share untuk kegunaan pada usia tua. Maksudnya kehidupan orang melayu akan jatuh susah kerana tidak ada simpanan pahala yang cukup untuk membiayai life after death.
Orang melayu khasnya orang Umno sangat marah dengan MB Nik Aziz kerana kenyataan semacam itu. Terfikir juga dalam kepala saya, adakah MB Nik Aziz itu tuhan orang melayu. Jika dia bukan tuhan orang melayu, kenapa orang melayu mahu ambil peduli dengan cakap dia.
Saya juga ada agama. Agama saya sebut buat baik semasa hidup didunia akan dapat balasan baik juga selepas mati. Agama saya juga sebut yang akan tentukan dapat balasan baik atau balasan jahat selepas mati adalah tuhan. Tok Sami tak ada kuasa nak tentukan seseorang akan dapat balasan baik atau jahat. Tok Sami hanya boleh seru supaya semua orang ikut ajaran agama. Tok Sami hanya boleh kata kalau orang itu buat baik semasa hidup, tuhan akan balas baik selepas dia mati.
Dari situ saya simpulkan bahawa orang melayu ini masih ramai yang tidak faham prinsip agama. Orang melayu nampak jahil tentang kuasa tuhan dalam menetapkan sesuatu hukum. Lebih teruk lagi mungkin sebahagian besar orang melayu di mulut sahaja yakin dengan kekuasaan tuhan mereka tetapi sedangkan dalam hati bertanya " ia kah " tuhan akan beri pahala dan balas syurga.
Saya tidak tersilap mengandaikan semacam itu, saya betul. Kerana jika orang melayu yakin dengan janji tuhan dan yakin dengan kuasa yang ada pada tuhan mereka tentulah orang melayu tidak melayan kenyataan MB Nik Aziz seolah-olah dia tuhan yang berkuasa menentu pahala, dosa, syurga dan neraka.
Minta maaf kepada orang melayu kerana saya mahu mengatakan ORANG MELAYU MENGAKU ALLAH TUHAN MEREKA TETAPI PADA MASA YANG SAMA MEREKA MENGIKTIRAF KUASA MB NIK AZIZ MENGATASI KUASA YANG DIMILIKI OLEH ALLAH DALAM SOAL PAHALA DAN SYURGA.
Tidak kah ini suatu YANG MELUCUKAN ????? Siapa yang lebih besar, MB Nik Aziz atau Tuhan Allah ????
Cina MCA
-
11:43 AM, April 08, 2013
-
Anonymous said...
-
DrRT, kita sekarang hidup di dalam zaman HUTANG. Hutang kahwin, hutang pelajaran, hutang kereta, hutang rumah, hutang kad kredit, hutang peribadi dll. Ini semua perupakan hutang jangka panjang yang memerlukan lebih 5 tahun untuk dilunaskan. Amat sedih memikirkan masa depan anak2 untuk mereka hidup dalam keadaan agak selesa. Orang lain hidup bermewah2 sampai muntah duit, orang kita berebut ambil beras percuma.
Kami tak sanggup lagi melihat keadaan ini berlanjutan. -
2:18 PM, April 08, 2013
- tokgaru said...
-
Kepada Nik Aziz
Awak boleh cakap apa saja. Awak boleh buat fatwa apa saja. Awak boleh hukum apa saja.
Sebagai orang atas pagar yang pro Umno, saya dan seluruh suku sakat saya tetap akan undi parti Umno pada PRU13 ini walau pun Hadi Awang kata kami kafir, walau pun Nik Aziz kata kami tak dapat pahala, walau pun Nik Aziz kata kami tak dapat masuk syurga .. hanya Umno yang kami nampak.
Dan bukan kami sahaja, malah 95% orang atas pagar tidak lagi memandang Hadi Awang dan Nik Aziz sebagai ulamak pewaris nabi.
Biar lah Nik Aziz berfatwa selagi dia masih bernyawa. Kepada pemimpin Umno dan para ulamak Umno, usah dilayan atau diulas apa jua fatwa baik daripada Nik Aziz mahu pun Hadi Awang.
Ikrar kami adalah, " walau sebesar hama sekali pun fatwa mereka berdua tak dapat ubah hati kami terhadap perjuangan Umno ".
Pemimpin Umno, teruskan perjuangan kalian, Allah lebih mengetahui siapa yang benar dan siapa yang munafik.
-
5:10 PM, April 08, 2013
-
Anonymous said...
-
Bandingkan nasihat Tok Guru dengan nasihat RT umpama langit dengan bumi.
Siapa yang lebih arif dan iklas bicara dalam perkara ugama? Elok RT pi menuntut kembali kat Tok Guru sebelum komen lebih lanjut. Tak payah PHD ke, Master ke dll.
Cuma, tengoklah cara kehidupan yang tak bepura-pura selama 30 tahun seeseorang tu.
Siapalah RT ni yang nak bagi nasihat kat orang beragama Islam?
Mungkin UMNO ke, BN ke, RTM ke, TV3 ke, IKIM ke, Utusan ke, Sinar ke, yang mengagungkan tulisan dan bicara RT, namun kalau baca seluruh artikal beliau dari sejak bermula blognya, hati masih berkata RT seumpama baru nak dapat ilham dalam agama. Belum sampai tahap setengah pun peringkat Tok Guru.
Yang peminat setia RT, berwaspalah sikit terhadap orang kiasu macam RT ni. Dia kan masih DNA komunis Cina yang selalu diperkatakan orang UMNO? Apakah muslihat sebenarnya?
Berpolitik? Jawatan? Pangkat? Habuan? Inginkan harta dunia?
Fikirlah sikit Tok Guru tu pulak nak apa?
Bandingkan dan jawapan tertera di depan mata.
Peminat Tok Guru.
-
5:47 PM, April 08, 2013
-
Anonymous said...
-
cukup2 lah tu...ini kali laaaa!!!!
-
7:20 PM, April 08, 2013
- tokgaru said...
-
Haa haa haa ....
Rupa2nya masih ada lagi orang melayu yang panggil Nik Aziz " Tokguru ".
Saja nak tanya la. Nik Aziz tu bekas guru yang mengajar subjek apa yer ? Metamatik ? Sejarah ? Sains ? BM ? BI ? IT ? KH ?
Masa mudah dulu mungkin orang panggil dia Cikgu Nik Aziz. Bila bertambah umur orang panggil dia Pakguru Nik Aziz. Sekarang dia dah betul2 tua dan dah bertongkat maka orang pun panggilah dia Tokguiru Nik Aziz.
Kalau macam tu maka saya juga setuju panggil dia " Tokguru Nik Aziz ". -
1:55 PM, April 09, 2013
- tokgaru said...
-
Bila Cikgu Nik Aziz kata pangkah Pas masuk syurga, korang pertikai. Dia kata tampal poster Pas dapat pahala pun korang pertikai juga. Pening Cikgu Nik Aziz. Nape la korang tolak peluang keemasan ni, ni offer tau yang bukan selalu datang, 4 atau 5 tahun sekali baru Cikgu Nik Aziz buat offer.
Nak tanya korang. Larat kah korang nak sembahyang tongang terbalik, puasa sebulan sampai badan jadi melengkong. Korang terpaksa buat tu semua kerana nak kan pahala supaya dapat masuk syurga kan. So bila Cikgu Nik Aziz offer hanya dengan tampal poster Pas dah dapat pahala, hanya dengan pangkah Pas dah boleh masuk syurga. Tunggu apa lagi, sauk saja lah bro… tak kan korang nak bior Karpal Singh, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng senang2 saja masuk dalam syurga hanya kerana mereka bertanding guna lambang Pas. Sedangkan korang sembahyang bagai nak mampus, puasa bagai nak mati .. belum tentu dapat pahala lagi, bila dah tak ada pahala dengan apa korang nak beli tiket untuk masuk syurga.
Ikut jer la fatwa Cikgu Nik Aziz tu .. selesai masalah pahala dan syurga kita. Amacam ?????
-
2:32 PM, April 09, 2013
-
Anonymous said...
-
setuju sgt dgn RT ttg kenapa melayu masih dihormati.. sebab ada KUASA. kalau kuasa tu dh tak ada nnti lepas pilihanraya baru la tahu langit tu tinggi ke rendah.. heran sungguh dgn pemikiran org melayu sekarang..
-
4:10 PM, April 09, 2013
- tokgaru said...
-
Ada kawan tanya saya nape panggil Cikgu Nik Aziz, dia pernah jadi cikgu kah, apasal tak panggil Tokguru. Saya jawab memang lah dia tu cikgu sebab duk mengajar orang dekat sekolah agama. ” Tokguru ” tak sesuai sebab panggilan itu hanya untuk orang yang betul2 faham islam dan hormat Allah swt. Bila bab dosa-pahala pun dia yang nak tentukan, bab syurga-neraka juga dia yang nak tentukan .. ini sudah masuk campur (interfeare) dalam urusan kuasa Allah swt .. maknanya dah tak ada rasa hormat lagi kepada Allah swt.
-
5:16 PM, April 09, 2013
-
Anonymous said...
-
Kenapa Melayu Masih Dihormati?...
Jika di lihat secara menyeluruh, Ya, Melayu masih dihormati kerana Melayu yg menerajui pimpinan hari ini masih berpegang teguh kepada agamanya (Islam). Melayu yg masih dihormati itu masih lagi menjalankan tanggungjawabnya mengikut cara dan kehendak Islam. Melayu yg masih dihormati itu juga masih berusaha utk terus memartabatkan agamanya, tanah airnya dan rakyatnya agar disegani dan dihormati oleh semua pihak. Tetapi Melayu akan tidak dihormati lagi jika pemimpin yg ada lebih pentingkan kedudukan biarpun terpaksa mengorbankan prinsip diri, gadaikan agamanya, negaranya mahupun bangsa sendiri. Melayu ini adalah mereka yg semata-mata pentingkan jawatan biarpun sbg boneka pihak lain. Melayu ini juga lah yg tak henti-henti berusaha utk menjatuh rakan seagama dan sebangsanya asalkan dendam kesumat dapat dilangsaikan. Inilah rentetan sepanjang tahun dan tahun ini..... ulang semula!!!! -
7:23 PM, April 09, 2013
-
rawang said...
-
Bagi kaum bukan Melayu, Orang Melayu perlu dihormati dan masih diakui untuk memimpin negara ketika ini adalah kerana itu sahaja pilihan yang terbaik bagi memastikan perkembangan pengaruh dan perluasan kuasa politik kaum bukan melayu bertapak kukuh tanpa banyak halangan.
Bagi memastikan cita-cita untuk menguasai politik negara golongan minoriti terpaksa mengharapkan sokongan kepimpinan melayu yang telah mereka gula-gulakan walaupun proses ini mengambil masa yang lama tetapi mereka akan tetap terus bersabar.
Contoh terbaik, lihatlah bagaimana DAP berjaya melebarkan pengaruh politik malah akhirnya berjaya menguasai Pulau Pinang malah suara mereka begitu kuat dinegeri-negeri bawah pemerintahan Pakatan Rakyat. Walaupun DAP satu ketika dulu hidup nyawa-nyawa ikan dan Lim Kit Siang sendiri hampir dilupakan orang apabila tewas dalam pilihanraya.
Dengan menghormati orang melayu samada penghormatan itu ikhlas atau tidak bukan menjadi persoalannya lagi tetapi yang pentingnya mereka perlu untuk menghormati kepimpinan melayu kerana selagi orang melayu masih menjadi kaum majoriti maka selagi itulah mereka terpaksa akur bagi menjamin proses perluasan pengaruh politik mereka berjalan lancar.
Malangnya bagi orang melayu pula mereka seolah-olah mengemis kepada kaum bukan melayu untuk memastikan kedudukan dan pengaruh politik mereka kekal relevan. Inilah kelemahan kepimpinan orang melayu terpaksa berkorban apa saja bagi
memastikan kekuasaan mereka.
Mereka tidak lagi memikirkan bagaimana untung nasib masa depan bangsa dan warisan melayu dinegara yang satu waktu dulu dikenali sabagai Tanah Melayu ini.
Realitinya nasi dah menjadi bubur, kalaulah kepimpinan melayu era kemerdekaan dan selepasnya tegas mempertahankan hak dan warisan orang melayu terutamanya dalam soal pendidikan kebangsaan dan bahasa Melayu aku rasa senario masyarakat majmuk dinegara ini akan lebih berpadu dan harmoni.
Mendapatkan kekuasan politik melalui undi perkauman sememangnya tidak lagi relevan masakini. Tetapi ianya merupakan senjata yang paling ampuh bagi golongan minoriti untuk menentukan pilihan kaum mereka berjaya walau dari partai mana calun tersebut.
Orang Melayu pula walaupun menjadi majoriti dikebanyakan kawasan pilihanraya namun perpecahan mereka disebabkan partai yang berbeda menjadikan kuasa undi mereka menjadi lemah.
Kuasa orang melayu masih dihormati dan akan kekal begitu kerana melayu merupakan golongan majoriti dinegara ini tetapi senario ini berkemungkinan besar akan berubah apabila kaum minoriti mula bertapak dan menguasai sebahagian kuasa politik dinegara ini. -
10:21 AM, April 10, 2013
- tokgaru said...
-
Orang Melayu vs Fatwa.
Saya pelik sangat dengan orang melayu ni. Sikit sikit minta fatwa. Sikit sikit nak ikut fatwa. Sampaikan nak pilih parti mana untuk nak bela nasib orang melayu sendiri pun nak minta fatwa juga. Seolah2 orang melayu ni hidup dan bergerak dipandukan oleh fatwa. Agaknya kalau tak ada fatwa maka orang melayu dah tak tahu nak buat apa dan tak tahu nak tuju ke mana. Lemahhhhhhh nya orang melayu. Jumuddddddd nya kepala hotak orang melayu.
Nik Aziz buat fatwa Orang Umno Sembahyang Tak Dapat Pahala .. panik habis seluruh orang Umno termasuk yang jahil dan yang ulamak, takut sungguh sembahyang tapi tak dapat pahala. Nak tanya sikit ... siapa besar ? Allah kah atau Nik Aziz ?
Hadi Awang buat fatwa Party Umno Kafir dan Sokong Umno Jadi Kafir .. panik habis seluruh orang Umno termasuk yang jahil dan yang ulamak, takut sungguh jatuh kafir kerana berjuang dan menyokong perjuangan Umno. Nak tanya sikit ... siapa besar ? Allah kah atau Hadi Awang ?
Nik Aziz kata Umno Tolak Islam .. pakat melenting habis orang Umno termasuklah yang bergelar ulamak. (Tolak islam pekejadahnya kalau Umno tak berhenti2 duk bina mesjid, bina surau, repair mesjid, repair surau, beri bantuan sekolah agama, beri bantuan sekolah pondok, perkemaskan undang2 enakment islam disetiap negeri dalam negara ini). Nak tanya sikit .. fahamkah kita makna TOLAK ?
Ni yang terbaru dengar kata PKR duk pulun nak minta Fatwa dari Nik Aziz untuk menghalalkan orang bisex jadi PM. Labih hebat lagi katanya dah ada Fatwa dari Yuosof Qardawi yang menghalalkan bisex boleh menjadi pemimpin kepada umat islam.
Pertanyaan saya kepada seluroh orang Umno dan orang melayu .. macam mana kalau Nik Aziz dan Yusof Qardawi keluarkan fatwa HARAM BAGI UMAT ISLAM UNTUK MENGUNDI PARTI SELAIN DARIPADA PARTI DAP, BALASAN NERAKA KEPADA ORANG YANG TIDAK MENGUNDI PARTI DAP .. adakah semua orang melayu akan hanya mengundi Parti DAP kerana takut tak dapat masuk syurga seperti yang di fatwakan oleh Nik Aziz dan Yusof Qardawi.
Boleh ikut FATWA tapi kena pakai otak lah sama. Mengundi lah IKUT RASA dan BUKAN IKUT FATWA.
-
10:37 AM, April 10, 2013
- tokgaru said...
-
Berita terbaru Nik Aziz kata Sokong DAP Dapat Pahala.
Itu baru Nik Aziz yang kata, Yusof Qardawi belum kata apa2 lagi.
Tak ada masalah pada saya. Tanya balik diri masing2.
" Aku mengundi ni kerana IKUT RASA atau IKUT FATWA "
Tuhan buboh otak dalam tempurung kepala masing2, so fikir lah. -
1:53 PM, April 10, 2013
- tokgaru said...
-
Saya sebagai rakyat malaysia yang beragama islam, mengalu2kan Nik Aziz untuk mengeluarkan lebih banyak lagi Fatwa (kalau seribu Fatwa pun tak apa) untuk saya dan rakan2 pro Umno jadikan panduan sebelum memangkah demi mendapat PAHALA berserta SYURGA pada PRU13 nanti.
Sila kan Nik Aziz. Kalau setakat satu atau dua Fatwa kamu tu tak cukup untuk mengubah mind set kami penyokong Umno yang dah karat hijau ini. Mungkin pada Fatwa kamu yang ke 999 saya terus masuk jadi ahli Pas dan berceramah diatas pentas Pas. Bukan mustahil ….
Yes !!! you are most welcome Nik Aziz. On behalf of Umno I honestly welcome all your Fatwa.
Entah kan dia faham ke tidak bahasa omputih yang aku guna ni. Sapa2 yang faham tolong lah explain bagi orang tua tu faham sikit. -
3:47 PM, April 10, 2013
- tokgaru said...
-
Saya rasa tak payah lah Majlis Fatwa Kebangsaan nak sibuk fasal Fatwa Mawas oleh ulamak Pas ni. Karang dikata berat sebelah Umno pulak.
Ada ke tidak kesannya Fatwa Mawas ni cuba lah ahli Majlis Fatwa Kebangsaan hantar pegawai turun ke bawah buat tinjauan tidak resmi di kalangan orang2 melayu biasa. Jangan lah pi tanya yang pakai serban atau ketayap .. orang macam tu kalau Nik Aziz fatwakan Coca Cola haram, gerenti mereka stop minum Coca Cola.
Saya sendiri udah sembang dengan ramai orang melayu yang biasa2 macam saya ni, semua kata " dah gila kah orang tua tu ". Ini cerita betul, bukan mereka2.
TPM Tan Sri Muhyidin, you have nothing to fear regarding this Fatwa Mawas. It is not able to change the Umno and pro Umno mind set. Kami memilih kerajaan IKUT RASA dan BUKAN IKUT FATWA. -
4:36 PM, April 10, 2013
-
Anonymous said...
-
nik ajiz tu tok guru ke?????????puiiiiiiiii!!!!!
-
5:50 PM, April 10, 2013
-
Anonymous said...
-
That is a really good tip especially to those fresh to the blogosphere.
Brief but very accurate info… Many thanks for sharing this one.
A must read article!
my web site: click through the up coming document -
4:47 AM, April 11, 2013
-
Anonymous said...
-
Jika memilih calon, tidak parti, jika calon itu bukan dari parti yang menang, calon itu tidak akan dapat membawa pembangunan kapada kawasan pengundi. Wakil Rakyat itu tidak mendapat peruntukan kewangan bagi kegunaan membangunkan kawasan nya.
Contohnya, kawasan Batu yang di pegang oleh parti Pembangkang, selalu jalannya berlobang, longkang pecah, tidak di perbaikki.
Lk 5 tahun yang lalu, di Selangor Pakatan Rakyat menjadi Kerajaannya, pun masih terdapat banyak jalan yang berlobang, longkang tak di bersihkan, malahan sampah pun tidak di buang dengan baik, air paip pun tidak ada di beberapa kawasan, kesian Makcik, Ah Soh dan Aci, mengah, tungkus lumus membawa air naik turun rumah pangsa 4 tingkat yang tak ada lift, tiap tiap hari, memaki hamun Kerajan Pakatan Rakyat.
Pilih lah parti yang boleh di harapkan, wahai rakyat sekelian. Kalau tidak, mangsa kita di buat mereka yang cakap tak serupa bikin, janji tak di tepati. Sekarang ada 16,000 saman (civil law suits) di Mahkamah Tinggi Shah Alam mendakwa kerajaan Pakatan Rakyat sebab tidak memenuhi janji yang di buat mereka kapada rakyat di PRU12 tahun 2008 hingga sekarang. -
6:08 AM, April 11, 2013
- tokgaru said...
-
Tahun 2008 Keputusan PRU
Kawasan Parlimen - Kejayaan Pas masa PRU12 cuma 35% saja (tanding 63, menang 22) sedangkan DAP mencapai kejayaan 60% (tanding 47, menang 28). Sebab tu yang DAP sayang sangat dekat Pas. Ahli2 Pas banyak tolong DAP capai kejayaan.
Kawasan DUN - Pas menang 84 DUN saja, manakala DAP sapu 73 DUN. Pada hal bilangan kerusi Pas tanding sekali ganda lebih daripada DAP. Kalau bukan kerana sokongan undi dari ahli Pas mampukah DAP nak dapat banyak itu.
Tapi dengan Fatwa terbaru oleh RFM Nik Aziz bukan mustahil DAP akan menang bilangan kerusi yang lebih daripada yang Pas menang untuk Parlimen dan DUN.
Tapi kalau pun Pas tak dapat kerusi sebanyak yang DAP dapat, Pas tak rugi kerana ORANG PAS TAK DAPAT KERUSI tapi DAPAT PAHALA KERANA UNDI SOKONG DAP.
KERUSI hanya untuk dunia, tapi PAHALA untuk guna di akhirat. Itu kata RFM Nik Aziz.
Selamat Mengundi ..
-
2:39 PM, April 11, 2013
- tokgaru said...
-
Mungkin Nik Aziz bakal PM selepas PRU13.
Ini adalah perkiraan saya.
DAP sangat2 mengarapkan undi melayu untuk mereka menang dan menjadi dominan dalam PR. Untuk itu adalah dijangka DAP akan mendapat sokonan 100% daripada ahli Pas yang dahagakan PAHALA seperti yang dijanjikan oleh NIK AZIZ. Sebab itu lah DAP sanggup guna lambang bulan jika ROS ambil tindakan mengharamkan parti DAP. Advantage memihak kepada DAP.
Pas juga sangat2 mengharapkan undi cina DAP untuk mereka menang dan menjadi dominan dalam PR. Jika Pas dominan peluang Nik Aziz jadi PM ada. Dijangka munkin sekitar 10% (paling banyak) ahli DAP yang kepingin PAHALA dan SYURGA seperti yang dijanjikan oleh NIK AZIZ akan undi Pas. Pas masih bergantung kepada undi orang2 melayu BN yang belot kepada Umno untuk menang. Advantage nampak seperti tidak memihak kepada Pas kerana sokongan pengundi bukan islam tak berapa boleh diletakkan harapan.
PKR bergantung harap kepada undi daripada melayu Pas dan cina DAP dan orang BN yang belot untuk menang. Orang PKR sendiri ada tak berapa kerat pun. Buktinya bila PKR buat ceramah mereka kena bawa sama penceramah Pas, kalau tidak hanya dua tiga kerat saja pendengar yang hadir, terbukti dalam semua majlis ceramah anjuran PKR 75% berserban dan berketayap (tanda pengenalan orang2 Pas). Jelas sekali, kalah menang PKR dalam tangan orang Pas, kalah menang Anwar dalam tangan orang Pas, dominan atau tidak PKR dalam tangan orang Pas, Anwar jadi PM atau tidak dalam tangan orang Pas.
Selepas keputusan PRU13. Siapa PM akan ditentukan berdasarkan siapa dominan. Kalau PKR Dominan, Anwar jadi PM. Kalau Pas dominan, Nik Aziz jadi PM. Kalau DAP dominan, Lim Kit Siang jadi PM.
Walau bagaimana pun peluang Najib tetap ada andai kata (1) Semua Melayu Atas Pagar undi Umno, (2) Tidak ada ahli Umno yang belot, (3) Tidak ada ahli parti komponen BN yang Pepat Diluar Tapi Runcing Didalam, (4) Semua masyarakat sekolah agama pondok undi Umno, (5) Semua ahli parti PR yang tidak bersetuju dengan corak kepimpinan ketua mereka undi Umno.
Saya sangat yakin, jika BN berjaya membentuk kerajaan, kerajaannya sangat stabil seperti yang ada hari ini.
Saya juga sangat yakin, jika PR berjaya membentuk kerajaan, kita akan berpeluang merasai satu suasana baru yang luar daripada biasa yang tidak pernah kita mimpikan. #!$@%^&* ... ???????
Saya sangat yakin DAP bakal mendapat durian runtuh kesan daripada Fatwa PAHALA oleh RFM Nik Aziz. Saya juga sangat yakin 99% ahli Pas tidak akan melepaskan peluang mendapatkan PAHALA MUDAH seperti yang difatwakan oleh RFM Nik Aziz.
Saya tidak pasti adakah orang Umno ada yang tertarik dengan Offer PAHALA MUDAH semacam ini punya baik oleh RFM Nik Aziz.
-
2:56 PM, April 11, 2013
-
Anonymous said...
-
ni satu lg tipu helah org cina yg bertopengkan agama untuk di iktiraf sebagai melayu, walaupun hati berat nak tulis CINA sebagai RACE atau KAUM....semua kerana jawatan..pangkat...duit....nama...org bijak pandai tidak akan panggil org lain dengan istilah seperti ultra kiasu...org pandai tidak akan sebut org lain sebagai bodoh..mungkin "tidak cekap" lagi sesuai la...org pandai tidak akan takbur mengatakan dia yg betul ,org yg ikut dia betul..dan org lain ultrakiasu....diri sendiri lagi kiasu tak nak dia mengaku...biasa la...PHD pun kursus untuk org malas..kalau di bidang kejuruteraan atau perubatan saya respect la...ini selekeh betul...tengok la standard U yg dia kerja tu...tak de nama di malaysia pun....cuba perhati belakang diri anda dulu....jgn ingat hidup hanya menongkat di dunia ini sj...kalau awak berani..atau sesiapa berani..berdebat dgn hujah la dgn nik aziz, dia tak perlu PHd untuk berhujah....jgn baca separuh mcm org UMNO yg pandai suku, tidak cerdik tiga suku tu...putar belit....
-
10:25 PM, April 11, 2013
-
Anonymous said...
-
Bodoh punya manusia di 10:25 PM cuba menyindir Prof Ridhuan "hati berat nak tulis CINA sebagai RACE atau KAUM".
Jenis ultra kiasu memang tabi'at menuduh liar tanpa bukti dan justifikasi. Pada hal Prof Ridhuan tulis dengan terang di muka depan blog dia bahawa bangsanya ada lah Cina, hanya agama dia Islam, walau pun dia boleh mengaku Melayu mengikut Perlembagaan negara - berbahasa Melayu seharian, beragama Islam, mengikuti cara hidup Melayu - isterinya ada lah seorang Melayu.
Padan lah, kena muka dia bila di tuduh bodoh dan ultra kiasu dengan justifikasi dan penerangan yang cukup dan rasional. Mengarut pula mendakwa PHD kursus untuk org malas, pada hal bnda Allah pengommen ini ada PhD jenis Penyakit Hasad Dengki sahaja. Tahi kucing pun dia takda, cakap macam budak sekolah.
Cerita berdebat tak habis habis, siapa nak berdebat dgn nik aziz, yang dah nyanyok, malahan isim menuduh orang kafir dsbnya.
Betul lah, benda Allah yang buat komen 10:25 PM tu fikiran macam budak sekolah. Saya nak tunjukkan kapada pembaca hal itu sahaja. Terima kasih. -
8:44 AM, April 12, 2013
-
Anonymous said...
-
Bongok kau ni....panggilan tok guru ialah panggilan org yang mengajar ugama di kelantan. Tok garu pula ialah org yg byk kurap dibadannya.
-
1:02 AM, April 13, 2013
-
Anonymous said...
-
Mama- mamat confuse....ni..dok discuss pasal kata nik aziz yg dispin...macai umno. ..
-
1:05 AM, April 13, 2013
- tokgaru said...
-
Alhamdulillah. Hari ni kita bole nampak rata2 melayu dah sedar. Yang tak mahu sedar2 lagi hanya lah mereka yang pekat berserban dan berkopiah putih. Tak berapa kerat pun yang tinggal. Tua2 belaka macam pengganas sulu yang menceroboh Sabah baru2 ni jer.
Tak percaya cuba lah singgah ke pondok2 gantung bendera Pas ditempat anda. Yang bertugas dalam pondok tu tua2 belaka umur 50 keatas yang pakai kain pelikat, baju telok belanga (baju melayu), berserban dan berkopiah putih. Gantung bendera Pas pun sama, tak nampak anak2 muda.
Bila Pas kata mereka dapat sokongan daripada orang cina dan india. Saya nak tergelak, geliiiii sangat. Sekali lagi saya minta anda pi lah berkunjung ke pondok gantung bendera Pas. Kalau ada jumpa sorang cina atau india, tolong report balik dalam blog ini.
-
3:21 PM, April 14, 2013
- tokgaru said...
-
Satu waktu dulu Pas boleh tipu orang melayu bahawa mereka adalah pejuang islam bila melihat cara pemimpin dan ahli Pas berpakaian .. kain pelikat, baju melayu, jubah, serban dan kopiah putih.
Tapi hari ini bila Pas sanggup bersahabat dengan DAP kononnya untuk menegakkan pemerintahan islam di negara ini, sanggup menyokong puak kristian menggunakan kalimah Allah kononnya untuk mendekatkan penganut agama lain kepada Allah.
Walau pun masih berpakaian semacam dulu2 juga, tapi aura islam sudah tidak terpancar lagi pada wajah2 mereka. Kalau tak percaya tanya lah kepada kenalan anda yang tidak menjadi ahli Pas tetapi diam2 menyokong Pas.
Saya ada ramai kenalan yang bila bercakap masih membela Pas sedangkan saya tahu sangat mereka bukan ahli Pas, itu dulu, tapi hari ini bila ditanya " macam mana peluang Pas ". Jawabya sepontan " rosak habis bila Pas besahabat dengan DAP, lintang pukang bila Hadi Awang sokong kristian guna kalimah Allah ".
Maknanya 2 isu besar itu jelas telah memberikan kesan negatif kepada melayu atas pagar yang selama ini menyokong Pas. Itu juga menjelaskan kepada kita bahawa isu Fatwa Nik Aziz " Umno Kafir ", " Sokong Pas Masuk Syurga ", " Sokong DAP Dapat Pahala " dan " Orang Umno Sembahyang Tak Dapat Pahala " sedikit pun tidak memberikan input positif kepada Pas.
Saya meramalkan, andai kata Pas kalah teruk pada PRU13 ini puncanya adalah (1) Pas menerima DAP sebagai sahabat (2) Pas menyokong penganut kristian menggunakan kalimah Allah. Lain2 isu seperti YB Pas ditangkap khalwat dalam koch keretapi, isu video seks Mustafa Ahli, isu pajak tanah 99 tahun kepada wakil rakyat cina DAP Perak, isu air dan lain2 isu adalah merupakan tambah nilai negatif kepada penerimaan orang melayu terhadap perjuangan islam yang dibawa oleh Pas.
Hari ini orang melayu (Umno dan atas agar) sudah boleh menerima " jika Umno dikatakan Kafir maka Pas juga kafir sekafir nya Umno kerana bersahabat dengan DAP, malah mungkin Pas lebih kafir daripada Umno bila Pas menyokong kalimah Allah digunakan oleh penganut kristian sedangkan Umno mempertahankan kalimah Allah ".
Walau apa pun 5hb Mei 2013 adalah hari yang akan menentukan apakah Pas masih melekat dihati orang melayu seperti sebelum itu atau 5hb Mei 2013 adalah hari dimana orang melayu akan menzahirkan bahasa isyarat kepada Pas bahawa " Umno buat baik untuk islam lebih daripada yang Pas pernah buat untuk islam ".
Selamat mengundi.
-
4:11 PM, April 14, 2013
-
Anonymous said...
-
Kerusi mana PAS lawn MCA atau gerakan? Nanti mau buat analysis tgk Ada betul ka ini Dr cakap. Ke dia shiok sendiri punya cakap tarak fakta.
-
10:45 PM, April 16, 2013
- Sou Yuen said...
-
"Kita sekarang hidup di dalam zaman HUTANG. Hutang kahwin, hutang pelajaran, hutang kereta, hutang rumah, hutang kad kredit, hutang peribadi dll. Ini semua perupakan hutang jangka panjang yang memerlukan lebih 5 tahun untuk dilunaskan. Amat sedih memikirkan masa depan anak2 untuk mereka hidup dalam keadaan agak selesa. Orang lain hidup bermewah2 sampai muntah duit, orang kita berebut ambil beras percuma.
Kami tak sanggup lagi melihat keadaan ini berlanjutan."
Understand the economic concepts in deep lah, there is no give without return.Otherwise, you are ready with unlimited resource such as non-finish oil,money drop from sky, trees produce foods forever,etc. Works to gain money, if not enough,find a way to gain more income,use your brain,involve in business for example....even Prophets works for living.The world is not mortal and not a heaven too,don't change it to heaven. If everything become easy,what was the excitement of life?"Orang yang jahil adalah yang tertipu dengan kehidupan dunia" -
10:24 AM, April 23, 2013
-
Anonymous said...
-
Even RT nie ber"DNA" cina yg sprti anda nyatakan..but ingatlah..die org islam...islam tidak mementingkan bangsa ...jgn terlalu taksub dgn mnusia..
jgn sampai terkeluar drpd landasan...sebelum bertindak..berfikir dulu... -
9:19 PM, May 06, 2013