Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Monday, April 15, 2013

Mengenali Permanent head damage

6:21 AM Posted by RIDHUAN TEE 16 comments


(Sinar Harian 15 Apr 2013)

Apabila manifesto BN dilancarkan pada 6 April 2013, heboh satu dunia, katanya BN tiru manifesto PR. Saya tidak nampak ada copycat di situ. Jika pun ada, so what? Kata orang putih. benda baik, apa salahnya dikongsi. Dalam Islam, tidak salah, malah digalakkan. Kenapa semuanya mesti bersangka buruk. Jenis masyarakat apakah yang ingin kita lahirkan? Semua orang buat tidak betul. Kita sahaja yang betul. Betulkah kita?

Terdapat pro dan kon dalam apa jua keadaan bagi sesiapa yang mendahului dan mereka yang melewati (kemudian) dalam apa jua bidang. Yang mendahului, mereka menjadi champion atau pioneer. Bagi mereka yang melewati, adalah peluang melihat kelemahan orang yang memulakan dan memperkemaskan kelemahan, jika ada. Apapun, tidak timbul soal copycat kerana ditulis dengan cara dan gaya berbeza. Peliknya perkara ini diperbesarkan. Dalam akademik, fakta yang sama tidak menjadi masalah.

Sama seperti isu ciptaan telefon. Jika barat yang mendahului, tidak salah negara lagi mengikuti. Syarikat Samsung (Syarikat Telekomunikasi Korea Selatan) yang didakwa menciplak patent  telefon bimbit Apple, Iphone. Akhirnya, syarikat Sambung telah disaman. Setelah didapati ‘bersalah’, Samsung telah membayar saman tersebut dengan menghantar 30 truk lori berisi siling lima sen bernilai US$1.05 bilion kepada ibu pejabat Apple, di California. Jika perbicaraan ini dilakukan di negara timur, keputusannya mungkin berbeza.

Persoalan ini adakah Korea Selatan melakukan dosa besar? Saya rasa bangga Samsung bertindak sedemikian untuk mengajar kebongkakan Amerika. Sama juga kes Thailand menciplak jenama-jenama antarabangsa. Adakah tindakan Thailand itu satu jenayah? Siapa meniru siapa? Apatah lagi diberikan suntikan inovasi dan transformasi.

Maka tidaklah mengejutkan jika Timbalan Perdana Menteri berkata, PR meniru manifesto BN. Sebenarnya, manifesto PR memperbaiki ‘kelemahan’ BN memerintah selama ini. Isu yang dibangkitkan adalah isu biasa, cuma diberikan sedikit suntikan kosmetik. PR sudah tentu menganalisis apa yang dilakukan oleh BN selama ini dan memperkemaskini manifesto mereka. Dalam makna, asas-asas BN sedia ada dijadikan landasan untuk membuat manifesto. Tidak pula laman ultra kiasu kata ini copycat.

PR telah mendahului Barisan Nasional dengan melancarkan manifesto bagi PRU13 pada 25 Februari 2013, berbanding BN 6 April 2013.  Jadi, tidak salah jika BN mengambil kira perkara-perkara yang disebutkan PR dan diberikan suntikan kosmetik. Kenapa perlu membuang masa menuduh sana sini. Sudah tidak ada kerja lainkah, selain mengintai kain orang?

Setelah meneliti manifesto BN, uniknya ada. Manifesto BN menggariskan apa yang telah dibuat sebelum ini, dan apa yang akan dibuat dalam tempoh 5 tahun akan datang, jika berjaya mengekal kuasa. Memang nampak lebih komprehensif daripada manifesto PR. Jadi, apa masalahnya?

Lebih serius lagi, PR mendakwa tema manifesto Barisan Nasional (Membawa Harapan) juga copy cat tema Pakatan Harapan Rakyat. Perkataan ‘harapan’ menjadi masalah, seolah-olah perkataan ini bapak kita yang punya. Manifesto BN dakwanya lagi tidak mempunyai roh reformasi yang amat diperlukan untuk merubah sistem yang bobrok.

Benar, manifesto BN tidak ada roh reformasi, kerana reformasi berbeza dengan transformasi. Manifesto BN membawa roh transformasi, bukan reformasi. Reformasi hanya sesuai kepada golongan permanent head damage atau Phd. Inilah yang berlaku dalam Bersih 2 dan 3. Pengikut-pengikut fanatik telah menjadikan keadaan kelam kabut. Unit amal yang sepatutnya beramal sudah tidak beramal. Saya harap tidak wujud lagi PhD ini.

Kenapa kita tidak professional seperti di negara barat? Mereka bersangka baik antara satu sama lain tidak kira lawan atau kawan. Kita pula tidak habis-habis membalas dendam dan menjahanamkan lawan. Pantang  nampak kelemahan orang, digunakan secara ruang dan peluang untuk menjahanamkan.

Tiru-meniru adalah perkara biasa dalam politik. Apa yang tidak dilakukan oleh PR apabila berjaya memerintah beberapa buah negeri selepas PRU12? Semua jawatan kuasa di peringkat pusat, negeri, perbandaran dan lain-lain ditukar apabila memerintah, termasuk masjid dan surau. Cuma, saya jarang melihat orang lain menukar jawatan kuasa rumah ibadat mereka, berbanding kita. Berpecah dari A-Z. Tidak ada agenda bersama. Yang difikirkan hari-hari adalah untuk mematikan watak dan membunuh karakter. Inilah PhD.

Lihatlah betapa profesionalnya orang barat. Apabila Senator John Mc Cain kalah kepada Obama dalam pilihan raya presiden Amerika pada 2008. Mc Cain berkata Senator Obama has achieved a great thing for himself, and for his country,” he said, adding that he was sorry that Mr. Obama’s grandmother, Madelyn Dunham, who helped raise him during his teenage years, had not lived to see the day; she died on Sunday. “These are difficult times for our country, and I pledged to him tonight to do all in my power to help him lead us through the many challenges we face,” Mr. McCain said. “I urge all Americans who supported me to join me in not just congratulating him, but offering our next president our goodwill and earnest effort to find ways to come together.”

Jangkaan saya selama 13 kali kita melalui PRU demi PRU, corak dan paten kita berfikir akan berubah kepada keadaan lebih baik. Tetapi nampaknya, tidak begitu. Semakin dunia menjadi semakin tua, pemikiran tidak ikut sama tua (matang) tetapi semakin melahirkan ramai Phd. Golongan inilah sebenarnya yang menghalang apa jua penambaikan dan transformasi yang cuba dilakukan. Tidak ada guna reformasi, jika pemikiran kita tidak ditransformasikan. Phd ini berada di mana-mana termasuk dalam BN. Cubalah belajar mengenali dan menghindarkannya. Moga-moga kita menjadi negara maju.

16 comments:

Anonymous said...

bro Ridhuan,
Samsung did not pay 1.05 billion to Apple with 30 trucks of 5 cent coins. That is a hoax, you can check. It is impossible to find 1 billion worth of 5 cent coins. There may not even exist 1 billion worth of 5 cents coins in circulation throughout all of US states. As per Samsung, i think they decide to appeal the fine. I wish you would exercise more vigilance when stumble upon such extraordinary 'facts'. All the best brother. Keep on fighting. Thanks.

FC said...

bro Ridhuan,
Samsung did not pay 1.05 billion to Apple with 30 trucks of 5 cent coins. That is a hoax, you can check. It is impossible to find 1 billion worth of 5 cent coins. There may not even exist 1 billion worth of 5 cents coins in circulation throughout all of US states. As per Samsung, i think they decide to appeal the fine. I wish you would exercise more vigilance when stumble upon such extraordinary 'facts'. All the best brother. Keep on fighting. Thanks.

Anonymous said...

Aisay Bro RT, you lied to us on this 'facts'.

Unknown said...

Prof RT,

Cuma persoalan yang berbangkit mengenai manifesto BN yang dikatakan meniru PR adalah disebabkan pihak BN sebelum ini yang menafsirkan beberapa perkara adalah mustahil untuk dilakukan dan membolehkan negara tergugat terutama sektor ekonomi dan pendapatan kerajaan.

Namun persoalan dan kata-kata kotor itu dilontarkan apabila pihak BN pula yang membuat manifesto yang secara tidak langsung membenarkan tindakan PR sebelum ini. Oleh yang demikian, perkara baik ini menjadi isu apabila siapa yang patut melaksanakannya..dan perbalahan ini berlangsung dengan lebih kotor dan berbelit di dalam politik tempatan..demikian pendapat saya.terima kasih.

Anonymous said...

Betul Dr Ridhuan kata, universiti kerajaan Malaysia melahirkan ramai PhD (Permenant Head Damage)!

Yang paling teruk ialah mereka yang kerjanya bukan research tetapi buat karangan ampu pemimpin kerajaan!

Saya sarankan mereka ini rasalah malu sikit kpd PhD seperti Dr Ridhuan Tee yang tegas dan lantang bersuara atas kebenaran, bukan tegas dan lantang mengampu saja!

Satu lagi contoh PhD yang saya hormat: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=553162784716480&set=a.131658170200279.13725.110989328933830&type=1&theater

Anonymous said...

RT, jgn main copy aje cerita2 karut dari internet! check your facts!

Anonymous said...

Umat berpecah belah, umat menderita kerana kita umat Islam saling mencari kelemahan org lain dan tidak lg saling nasihat-menasihati antara satu sama lain ke arah kebaikan. Moga2 kita sbg umat Islam melupakan perbezaan sesama kita dan sesama lah kita mengajak dan menyeru seluruh umat manusia beriman kpd Allah S.W.T dan mentaati perintah Allah S.W.T dgn penuh keikhlasan.

Anonymous said...

Haha....cakap mati mati nak pertahan kan bahasa kebangsaan tapi...keluar pula bahasa rojak disini...pro n con...dan sebagainya.....

Anonymous said...

As Salam Tuan Hj Ridhuan Tee,

Copy cat is also like plagiarism. Can you accept plagiarism?

Where is the creativity with copy cat? Do you want your nation being led by copy cats or creative people?

How do you tackle crisis without creativity?

Do you know that true entrepreneurs are supposed to shun imitation and try to be authentic and original?

I have to disagree with you that it is okay to copy Pakatan's manifesto. It goes to show that BN is "cheap" and unable to handle "risk".

BN has just lost its "brand" by being a copy cat!

Anonymous said...

857,

What copycats are you talking about? What instances of BN copy-catting are there? What utter nonsense.

Yet you blokes cakap tak serupa bikin, janji tak di tepati. Your 2008 Election manifesto promises were not honoured such that there are now some 15,000 legal suits at the Shah Alam High Court filed agaianst Pakatan Rakyat for not fulfilling your promises since 2008.

Pledging to improve the lot of the Malaysian people is the prerogative of only Pakatan Rakyat? You PR blokes have no other ideas to comment BN manifesto with? Yet Hindraf said Lim Kit Siang's 14 points had 9 points copied from their Blueprint submitted much earlier, ignored by PR until the last minute nearing elections time.

And Hindraf said PR did not look after the interests of the Indians. In the 4 states PR ruled, the Indians could not even get kacang putih, the Hindraf leader said.

Anonymous said...

Thanks for some other informative web site. The place else
may just I am getting that type of information written in such a perfect way?
I've a mission that I'm just now working on, and I've been at the look out for such info.

Also visit my page ... Season 9 – Episode 1 – Nice to Meet You

Anonymous said...

Dibawah pemerintahan UMNO selama 55 tahun, 8.7juta orang Melayu hidup dengan pendapatan bulanan RM1500 dan 7.2 juta mempunyai pendapatan bulanan Rm1200. Bayangkan berapa ramai orang Melayu yang mempunyai pendapatan bulanan RM3000 sebulan dan layak menerima BR1M?
11 juta. 11 juta daripada 16 juta orang Melayu! Ertinya 70% orang melayu miskin dan papa dibawah pemerintahan UMNO. Mengapa kita mahu beri 5 tahun lagi kepada UMNO? Apa yang boleh mereka lakukan dalam 5 tahun sedangkan dalam masa 55 tahun, mereka gagal membetulkan kedudukan orang Melayu.
Maka sudah sampai ketika nya orang Melayu memilih pihak lain untuk mengurus kewangan dan ekonomi negara.

adila_alim said...

Kenapa kalau orang miskin kena salahkan BN, xpernah nak salahkan org yg miskin tu, orang yang disekelilingnya dan apa peranan anda untuk menolong orang miskin tu, memang benar bila dr T tulis, bila dah phd memanjangla phd. Adakah kerajaan itu wujud hanya untuk menolong rakyat sahaja dan rakyat hanya berperanan untuk mengkondem kerajaan sahaja tanpa usaha untuk tolong kerajaan. Adakah maksud tolong kerajaan tu hanya membayar cukai sahaja dan menjadi rakyat itu mesti mendapat bantuan itu dan ini. Itu salah ini salah xde yang betul. jadi anda berkeputusan untuk mengubah kerajaan. Pada saya kalau orang mcm ni la bagi 10 kerajaan pun belum tentu dia sokong kerajaan sebab phd dia dah tebal sangat.
Syok sendiri perasan betul je.

Anonymous said...

apakah dengan mengudi pr hari ini maka pendapatan akan meningkat?? hari ini pr menang bulan depan gaji seluruh rakyat malaysia naik kew?

Anonymous said...

Aku setuju dgn 9:34. Memanglah gaji tak kan naik terus mendadak naik tapi kalau tidak ada ketirisan, tol kurang, harga keta kurang dan harga barang stabil tak naik gaji pun tak apa. Kroni je buat duit, korang berebut beras campak! Melayu tak mati kalau tak sokong OOOMNO.

Sou Yuen said...

Anon 2:37 PM, April 18, 2013
Ohhhhhh...BTW, can we believe promises from parties that just settled 15% from their promises from PRU-12?hehe :-P.Jangan nnt jadi bidalan Inggeris "pot call keetle back"