Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Monday, April 29, 2013

Melahirkan negarawan politik

11:06 PM Posted by RIDHUAN TEE 16 comments

(Sinar Harian, 29 Apr 2013)

Dalam politik tidak ada yang mengejutkan, meskipun perkara yang pelik-pelik atau tidak masuk akal berlaku. Itu adalah biasa, kerana politik adalah sesuatu yang sukar dijangka. Justeru, bersedialah untuk menghadapi segala kemungkinan. Dahulu, ramai orang berpolitik untuk menjadi negarawan. Hari ini, keadaan berbeza, berpolitik lebih kepada untuk mendapat kuasa. Melalui kuasa macam-macam boleh diperolehi.

Jarang sekali ingatan Imam Ghazali dijadikan panduan. Politik katanya adalah suatu seni yang amat bernilai. Politik bukan sekadar soal meraih kuasa, memegang jawatan, menjadi wakil rakyat, menteri dan sebagainya. Tetapi politik merupakan suatu tanggungjawab dan amanah. Politik melibatkan soal moral, jati diri, kearifan, kebijaksanaan memimpin dan sebagainya. Pemimpin akan dipertanggungjawabkan terlebih dahulu, berbanding yang lain. Inilah sifat negarawan.

Apabila sifat negarawan tidak ada, janganlah rasa hairan jika ada ahli politik asalnya baik bertukar jahat. Paling ditakuti, apabila yang jahat bertambah jahat. Takut tak sempat bertaubat. Maka benarlah kata-kata Machieavelli, seorang individu sepatutnya sentiasa bercakap benar, tetapi seorang ahli politik terpaksalah bercakap bohong untuk melindungi maksud-maksud tertentu.

Kenyataan ini turut dipersetujui oleh Nikita Krushchev, politik di mana-manapun sama sahaja, mereka menjanjikan membuat jambatan, walau pun di situ tidak ada sungai.

Inilah yang rata-rata berlaku ketika menjelang PRU13 5 Mei ini. Macam-macam kedengaran. Ada kalangan yang bertembung sesama sendiri, bertanding bebas, melompat parti dan sebagainya. Tidak kurang yang mengambil keputusan meninggalkan parti, kerana kecewa atau mungkin jua kerana ‘kesedaran’.

Ada bekas pemimpin berjawatan dalam kerajaan sebelum ini, mengambil keputusan  menyertai pembangkang. Pada saya, tak salah, asalkan dia tahu dan faham kenapa berbuat demikian. Cuma jangan bantai kerajaan habis-habisan, kerana ketika berkuasa dahulu, kenapa diam? Yang jelas, mereka kaut sebanyak mungkin. Kekayaan melimpah ruah beberapa keturunan. Makan tak habis. 

Pada saya, tindakan membantai ketika PRU13 agak kurang sesuai. Kenapa tunggu ketika PRU13? Sepatutnya apabila sudah insaf, bertaubatlah, buatlah keputusan segera. Tidak perlu tunggu sebulan atau mungkin setahun. Bukan apa, perkara baik, tak baik bertangguh-tangguh, takut tak sempat bertaubat, tiba-tiba Allah menjemput kita.

Sama juga Non-Muslim yang ingin memeluk Islam. Jangan ditangguh-tangguhkan sebab niat dia suci. Dibimbangi, ketika bertangguh, tiba-tiba dia meninggal. Niat tidak kesampaian. Ada juga yang sengaja bertangguh, sehingga suatu tarikh yang menyebelahinya bagi mendapatkan sesuatu. Apakah tindakan ini wajar?
Ingatan saya, apa jua kita lakukan, mestilah ikhlas. Namun, kebanyakan yang saya lihat, mereka mula berubah atau lantang mengkritik setelah poket penuh. Masa depan sudah terjamin. Saya amat teruja melihat mereka yang dalam keadaan susah, poket kosong, maka atas dasar keinsafan mereka berubah. Ingatlah, sedekah ketika susah, tidak sama dengan sedekah ketika senang.

Ini tidak, bila poket  kembung, baru berubah. Ini termasuk pemimpin-pemimpin Melayu ultra kiasu dalam PKR. Dalam hal ini. saya puji orang PAS. Tanpa habuan, mereka sanggup menjaga pondok panas hingga ke tengah malam, walaupun waktu tersebut tidak panas lagi. Pondok orang lain belum tentu lagi. Jika tidak ada pelincir, pondok panas akan cepat menjadi dingin, walaupun matahari masih terpacak.

UMNO perlu melakukan muhasabah, kenapa ramai ahlinya yang bertindak sedemikian. Seolah-olah tidak mengenang jasa. Salah satu sebab mungkin ada yang terlalu kecewa, kerana kita terlalu berpolitik. Terlalu mementing kroni sehingga calon boleh menang diketepikan.

Manakala calon yang boleh dikatakan ‘calon kokak’ diketengahkan. Kadang-kadang saya tidak faham apakah sebenar maksud calon boleh menang?. Sekadar mainan bibir atau bagaimana?

Calon boleh menang mesti mempunyai ciri-ciri negarawan. James F. Clark pernah berkata, ahli politik hanya memikirkan (merancang) pilihan raya umum akan datang, manakala negarawan memikirkan generasi yang akan datang. Spesis inilah yang ramai dalam PRU13.

Jarang jumpa orang seperti Che Johan Che Pa. Menarik diri daripada bertanding di Parlimen Pasir Mas, kerana memberi laluan kepada Ibrahim Ali yang dianggap sebagai mentornya. Inilah sifat seorang negarawan. Secara peribadi, saya tabik sikap beliau. Perlu ada lebih ramai berfikir sebegini.

Bukan seperti DAP, bila tersepit baru mahu menggunakan lambang PAS. Itupun tetap berkeras menentang agenda Islam PAS. Ini bukan negarawan. Ini merawan. Malangnya, PAS pula begitu bangga DAP mahu menggunakan lambangnya. Kata PAS lagi, dakwah mereka sudah berkesan. Orang DAP sanggup mengibar bendera dan menggantung poster PAS. Nampaknya, PAS gagal membezakan antara dakwah dan strategi licik ultra kiasu.

Saya amat bimbang PAS dibutakan oleh DAP hanya kerana ghairah nak ke Putrajaya. Akhirnya nanti, yang rugi bukan DAP, tetapi PAS. Persoalan saya, kenapa DAP mahu menggunakan lambang PAS di Semenanjung, manakala lambang PKR di Sabah dan Sarawak? Kenapa tidak menggunakan semua lambang PKR sedangkan DAP lebih mempercayai PKR? Jawapannya, DAP tahu PAS lebih kuat di Semenanjung berbanding Sabah Sarawak. Siapa mempergunakan siapa?


16 comments:

Nadim said...

10 DALIL KENAPA ANWAR IBRAHIM TIDAK BOLEH JADI PERDANA MENTERI

https://www.facebook.com/notes/ahmad-uzair-mazlan/salam-perjuangan/569494146416550
Please Share!!

Unknown said...

Assalmualaikum ustaz. Saya terbaca artikel ini di akhbar sinar pagi tadi... memang menarik,padat dan bernas. teruskan ustaz tanpa jemu InsyaAllah kejayan bersama org yg benar dan beriman.

Xpas said...

Ilmuan agama dlm PAS terperangkap dlm ego keilmuannya dan taksub hizbinya, hingga menolak sama sekali teguran dari luar hizbinya. Islam yg dilaung dijunjung dan diistihar nak ditegakkan dibaca dan diambil sekerat sekerat. Diambil dan dilaungkan bila berkepentingan, dikesamping dan didiamkan bila merugikan hizbinya atau menguntungkan pihak lawan politiknya. Matlamat Mukmin sejati, mardhatillah sudah dilupakan, setelah merasakan manisnya kuasa dan dunia, sehingga pd kerendahan dunia itulah derjatnya terpaku dan tidak dpt naik lebih tinggi. Ayat ayat Al Quran dan Hadis Hadis ditafsir spontan sekehendak hati tanpa merujuk kitab kitab muktabar. Landasan Islam dlm kerangka beribadah kpd Allah swt dan menjauhi thagut terabai dan ditinggalkan, tak dihiraukan lagi, sehingga menunduk kpd mayat kufur kaku pun dijustifikasi. Kalimah tauhid Allah swt yg sesetengah ulama' mengatakan itulah ismul'azam, didua, ditigakan dan disyirikkan, disokong dan dipersetujui. Memutus silaturrahim sesama saudara, anak isteri, ipar duai, mertua menantu didiamkan bahkan diapikan. Umat bermusuhan dan bercakaran sesama saudara dianggap jihad. Islam apakah lagi yg tinggal pd golongan ini ?
Semogalah Allah swt membuka pintu hati kita semua utk menemui dan mengikuti jalan kebenaran, pemimpin atau pengikut, agar terselamat nanti melepasi AsShirat, insyaAllah !

mumarridh_al-pakiti said...

Semua saya setuju, terutama yg ni, sebab nampak sangat masa pilihan raya DUN Sarawak dulu, DAP pandai baca, PAS ummi.

Persoalan saya, kenapa DAP mahu menggunakan lambang PAS di Semenanjung, manakala lambang PKR di Sabah dan Sarawak? Kenapa tidak menggunakan semua lambang PKR sedangkan DAP lebih mempercayai PKR? Jawapannya, DAP tahu PAS lebih kuat di Semenanjung berbanding Sabah Sarawak. Siapa mempergunakan siapa?

Anonymous said...

salam ustaz,
saya rasa persoalan tentang hubungan PAS dengan DAP telah dijawab dengan terang oleh Tuan Guru Dato' Dr. Harun Din.DAP tiada beza dgn GERAKAN atau pun MCA.. dalam masyarakt majmuk perkara sebegini tidak dapat dielakkan.In Shaa ALLAH,dengan kebijaksaan pimpinan PAS hubungan ini akan dapat diterajui dengan baik.berilah peluang kepada pimpinan ulama.

tokgaru said...

Saudara RT

Pagi ini saya nak berkongsi dua cerita dengan peminat2 blog anda.

Cerita 1

Pagi tadi sewaktu saya sedang bersarapan di kedai. Masuk satu SMS dari no yang saya tak kenal. Mesejnya berbunyi :

PAKATAN MENANG, RAKYAT SENANG. TOL PLUS DIHAPUSKAN. PTPTN DIHAPUSKAN. HARGA MINYAK TURUN PADA 7 MAY. NAK TUNGGU LAGI. INI KALI LAH.

Saya balas SMS tu :

KAH KAH KAH. DEN GOLI (GELI) HATI LA.

Dia balas balik :

GELI HATI KE TAK GELI HATI INI KALI LAH KITA UBAH !!!

Saya jawab balik :

SETUJU. KITA UBAH DPD NAJIB KPD LIM KIT SIANG. TAK YAKIN DENGAN ANWAR. HADI AWANG LAGI LAH DEN TAK YAKIN

Dah hampir 2 jam, senyap tak ada balasan SMS lagi. Duk tunggu juga..

Saya percaya SMS itu datang dari orang Pas. Sebab bila saya sebut Lim Kit Siang ganti Najib, agaknya dia terkejut beruk. Maknanya orang Pas pun tak boleh terima Lim Kit Siang. Yang boleh terima Lim Kit Siang ganti Najib hanyalah HADI AWANG dan NIK AZIZ SAJA.

Kalau dah macam tu, biar lah hanya HADI AWANG dan NIK AZIZ ANAK BERANAK saja yang undi DAP. Orang2 Pas yang setakat jadi ahli saja, kalau hangpa rasa Pas betul, tak apa undi lah calon Pas. Kalau hangpa rasa Pas duk jadi pak turut saja dalam Pakatan Rakyat, tak berdosa kut dan tak masuk neraka kut kalau hangpa undi calon Umno.

Harap2 Mamat yang hantar SMS kat saya tu akan terbaca jawapan saya di dalam blog2 yang saya sertai.

Anonymous said...

Selvi claimed that Suresh told her then DPM Najib was offering Balasubramaniam RM5 million in a lump sum, RM20,000 a month, and arrangements for education and for the family to go on a ‘holiday' for a few months, until he becomes the prime minister, as their lives are under threat.

Their passports were prepared later that morning, all within two hours - at that time, the process normally took a week.

This aroused suspicion among the Singapore immigrations officers when the family reached Changi Airport by land later that day. The sharp-eyed officers apparently noticed that the entire family of five were wearing the same clothes as those in their passport photos.

Dgn izin:
http://www.malaysiakini.com/news/228492

Anonymous said...

Tok garu kangkang, tak kuasa aku nak layan SMS macam ko. Aku pon dapat banyak sangat SMS Sayangi Selangor Yakini BN. Buang masa layan. Ko ni sah cybertrooper OOOOOOOMNO yang dapat duit upah ni. Tak yah gi berebut beras campak.

Anonymous said...

Hujah saudara samalah seperti papagomo. Perbezaan dia dan saudara ialah dia berotak lucah. Dia hanyalah bekas polis trafik yang telah dipenjarakan atas kesalahan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Mentaliti dia dan saudara lebih kurang sama. Akhlak dia kurang sikit je dari saudara.

Anonymous said...

mumarridh_al-pakiti,

Senang hati melihat saudara saudara di Sarawak ada yang mengambil bahagian dalam blog ini. Harap buat selalu.

Izinkan saya mencelah menjawab so'alan Sdr -

Saya fikir sebabnya ia lah DAP jenis yang iukt "convenience", ikut apa saja dan siapa saja yang mereka boleh guna untuk mencapai tujuan mereka. Tidak ada perinsip. Konsep politik Machiavelli - "the end justifies the means". Begitu juga yang di lakukan dek Anwar Ibrahim PKR dan Nik Aziz PAS hingga kafir mengkafir orang yang tak sokong PAS dan mengata Tuhan pun mencarut dsbnya.

DAP anti-Melayu dan anti-Islam sejak penubuhannya. Mengheret sepanduk yang di gubal Lee Kuan Yew masa Singapura dalam Malaysia 1963-65, "Malaysian Malaysia" kononnya. Mahukan sama rata tapi dengan tidak menmperakui Kedudukan Istimewa Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawal. Pada hal mereka sudah dapat hak kerakyatan, dan Kedudukan Instimewa Melayu dan Bumiputera itu ada lah balasan atau consideration baginya. DAP mengungkit Kedudukan Istimewa itu sehingga mencetuskan pergaduhan kaum 13 Mei 19969 di Semenanjung. Google lah 13 May 1969: A Tragedy, National Operations Council, October 1969, Sdr boleh baca sepenuhnya, termasuk jeritan "Mampus Melayu, Mampus Melayu" dll oleh ahli dan penyokong mereka pada hari 13 Mei itu.

DAP sedar PAS tak popular di Sabah dan Sarawak, Presidennya Hadi Awang mengata Bumiputera di sana bodoh dan masih pakai cawat selaps PAS kalah di Pilihanraya di sana dahulu. Jadi, tidak sesuai atau "convenient" bagi DAP menggunakan lambang PAS di sana. DAP jenis yang pakai bila ada guna, bila tak ada guna, buang. Tapi yang rasis masih menyokong mereka. Harap yang lain tidak.

Anonymous said...

7:55 AM,

saya rasa persoalan tentang hubungan PAS dengan DAP belom dijawab dengan terang oleh sesiapa.

Banyak beza DAP dgn GERAKAN atau pun MCA. DAP sekatil dengan PAS tapi Lim Kit Siang kata "Never", Karpal Singh kata "Over my dead body" kapada Hukum Hudud PAS. Takda nak bincang langsung, tak boleh runding langsung - non-negotiable, no, nyet, boh esai. Mana nak kata masyarakt majmuk macam tu.

Dah bertahun tahun tak selesai, tak dpat di terajui dengan jaya. PM pun DAP nakkan Anwar, PAS nakkan Hadi. Macam macam lagi beza pendirian mereka dalam isu isu politik asas.

Nampak benar tujuan sekatil hanya kerana harapkan dapat ke Putrajaya. Mana ada perinsip macam tu. Mana boleh memimpin negara macam tu. Tak berani saya nak kata PR boleh jadi ganti BN. Tak boleh langsung.

Anonymous said...

I hope you would publish this as a public announcement kind of comment –

WATCH OUT FOR NASTY TRICK TO INK YOUR FINGER BEFORE POLLING DAY -

THIS IS A NEWS REPORT CARRIED BY THE NATIONAL NEWS AGENCY BERNAMA AND SHOULD BE RELIABLE.

THE FACT THAT IT HAPPENED IN GOVERNMENT QUARTERS AND IN PUTRAJAYA SUGGESTS THAT THEY MAY BE THE WORK OF A GROUP BELONGING TO THE OPPOSITION.

Woman claims she was offered to have finger marked

Bernama
3:44PM May 1, 2013

A woman, occupying government quarters in Putrajaya, claimed that she was approached by a group of people offering to mark her finger with indelible ink to facilitate the voting process.

The 47-year-old woman claimed that the group, comprising four men and four women who were unknown to her, came by her house about 11.30pm two days ago on April 29.

“They were at my doorstep. I felt uncomfortable and invited them in. They were in office attire like they were professionals.

“They said they came to check whether I was occupying the quarters. They said I didn’t look fine and offered to mark my finger,” she told a media conference last night.

The woman, who is a government employee, said she had been staying at the quarters for about 12 years and there had never been such a check before.

Realising the consequences and for her safety, she lodged a report at the Precinct 7 police station in Putrajaya today.

Had she allowed her finger to be marked that day, she would not be able to exercise her right as a voter on May 5, she added.

To a question whether she was offered any reward in return, the woman said no.

- Bernama

Anonymous said...

Amat kesal melihat seorang pendakwah islam keturunan Cina tiba-tiba menjadi pembodek kerajaan UMNO!

Tulisannya semakin tiada nilai akademik! Buka cerita ultra kiasu, tutup cerita pun ultra kiasu!

Tak ada isi dan cerita lain selain hentam DAP dan PKR saja!

Anonymous said...

Amat kesal melihat seorang pendakwah islam keturunan Cina tiba-tiba menjadi pembodek kerajaan UMNO!

Tulisannya semakin tiada nilai akademik! Buka cerita ultra kiasu, tutup cerita pun ultra kiasu!

Tak ada isi dan cerita lain selain hentam DAP dan PKR saja!

Anonymous said...

Che Johan Che Pa menjadi negarawan semata-mata kerana tarik diri untuk memberi laluan kepada Ibrahim Ali yang dahulu mengkhianati kepimpinan Tun Mahathir kerana menyokong Tengku Razaleigh, kemudian meninggalkan kepimpinan Tengku Razaleigh untuk kembali menyokong Tun Mahathir, kemudian mengecam UMNO dengan hebat dan bertanding di bawah bendera PAS dan menang sebagai ahli parlimen, kemudian mengkhianati PAS dan mengecam PAS!

Begitu murah dan rendahnya nilai negarawan bagi Ridhuan tee! Jadi yang bagi laluan kepada Ibrahim ali menjadi negarawan, apa pula pangkat Ibrahim Ali yang menjadi guru kepada negarawan?

Eh, eh, eh, rendahnya mutu akademik Universiti Pertahanan Nasional!

Anonymous said...

11:47 AM,

Kamu sebut Malaysiakini siapa mau percaya. Dulu Menteri Hishamuddin bagi amaran kpd diorang sebab melapurkan apa dia cakap dengan tidak betul.

Malaysiakini ngaku terima duit yang Anwar Al Juburi (pangkat Mat Sabu beri) aturkan dari kawan kawan dia Neocons, Yahudi dan Zionis di US.

Jadi, mana nak tulis betul. Main siarkan apa apa sampah sahaja asalkan pro-Anwar dan pro-Pakatan.

Tapi yang ada masalah sampah tak habis habis ia lah gomen Pakatan Rakyat Selangor.