Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Wednesday, April 17, 2013

Sepakat tidak muafakat

2:52 PM Posted by RIDHUAN TEE 14 comments


(BERITA HARIAN 15 APRIL 2013)

Pertandingan 3 penjuru antara PKR, PAS dan UMNO tidak mustahil berlaku lagi dalam PRU 13. Misalnya di di DUN Sungai Acheh, Pulau Pinang. Asalnya kerusi ini milik PAS, diserahkan kepada PKR pada PRU12, 2008. Dalam PRU 13, PAS mahukan kerusi itu kembali. Calon PAS dan PKR telah diumumkan. Manakala di DUN Titi Tinggi dan Indera Kayangan (Perlis), ultra kiasu DAP telah mendahului mengisytiharkan calon mereka, walaupun kerusi tersebut milik PKR.

Keadaan yang sama berlaku kepada DUN Changkat Jering. Mohamad Nizar, diumumkan sebagai calon untuk kerusi ini. PKR Perak bertegas menyatakan, PAS telah 'melanggar syarat' antara mereka. Walau bagaimanapun, PAS Perak tetap bertegas meletakkan calon di DUN ini sebagai respons 'balas dendam' kepada pengumuman PKR meletakkan calonnya di Parlimen Bagan Serai.

Terbaharu, PAS Alor Setar mahukan DUN Bakar Bata, milik kuota PKR sebelum ini. PAS berkeras mahu meletakkan calonnya. Itu bukan satu-satunya kes di Kedah, umum mengetahui, penentuan formula pembahagian kerusi antara PAS, DAP dan PKR di Kedah masih bermasalah kerana PAS tidak mahu menggunakan formula sama pada PRU 2008.

Perkara ini akan berlarutan berlaku di DUN atau Parlimen lain. Maklumlah PKR sentiasa mendakwa bahawa mereka kuat. Wal hal sebenarnya… Semua tempat PKR mahu bertanding. Dalam hal ini saya masih boleh bersetuju dengan PAS. Sejak dahulu lagi PAS memang kuat di beberapa negeri seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. PKR dan DAP hanya menumpang nasib sahaja. PKR dan DAP tidak layak berada di sana,

Ditakdirkan PAS tidak mengundi PKR dan DAP, parti ini sudah lama bungkus. Itupun PAS masih bermurah hati menyerahkan beberapa kerusi kawasan mereka, tetapi ultra kiasu ini masih tidak bersyukur. Dasar Belanda minta tanah. Bila tiba soal wang dan kuasa, soal sepakatan dibuang ketepi.

Persoalannya, apakah erti seruan manifesto PR dan tema ‘Pakatan Harapan Rakyat’? Mengata dulang paku serpih, mengatakan orang, dia yang lebih. ‘Penyakit’ yang dahulunya dikatakan bawaan Barisan Nasional (BN), sudah berjangkit kepada Pakatan Rakyat (PR). Tidak dinafikan dalam BN berlaku perebutan kerusi di kalangan parti-parti komponen.

Sepatutnya PR lebih mudah untuk diuruskan sebab parti-parti komponen dalamnya hanya 3 buah yang dominan, selebihnya hanya parti nyamuk. Berbanding BN yang mempunyai 14 buah. Sejak dahulu lagi, PR tidak mahu PAS mendapat lebih kerusi kerana PAS akan menjadi lebih dominan. Agenda Islamnya akan mengakar. PAS sedar akan strategi jahat ini, tetapi kerana terlalu bencikan UMNO, sanggup berkawan dengan musuh.

Tanyalah parti ultra kiasu PKR dan DAP, dalam aspek manakah Islam yang diperjuangkan oleh mereka sukai. Realiti yang ada, mereka tidak suka kepada PAS. Sebab itu mereka bermati-matian tidak akan menerima Perdana Menteri dari PAS jika PR berjaya ke Putrajaya. Mereka tidak pernah percaya kepada Islam yang dibawa oleh PAS. Mereka tidak mahu Haji Hadi Awang atau Nik Aziz memimpin Malaysia. Asasnya mudah mereka ‘PAS memperjuangkan Islam’, berjubah dan berserban. PAS sahaja yang terpesona dengan idealism ultra kiasu yang mahu mengikuti corak pemerintahan Umar Abdul Aziz.

Ditakdirkan DAP dibatalkan pendaftarannya oleh ROS, kenapa DAP menawar diri bertanding atas tiket PAS, bukan PKR? Baca buku psikologi berbalik. PAS nampaknya begitu ghairah memberikan tawaran tersebut. Ingatan saya, berhati-hati dengan musuh dalam selimut dan musang berbulu ayam. Peliknya, kenapa PAS percaya kepada musuh yang terang-terang menentang Islam daripada saudara sebangsa dan seagama? Apakah tindakan itu betul? Saya amat bimbang nanti, bila kerusi DAP lebih banyak daripada kerusi PAS walaupun berada dalam PAS. Ketika itu apa akan terjadi? Fikir-fikirkan secara matang.

PAS sejak dahulu mahu melaksanakan Islam (hudud) di Kelantan. PAS selalu menyalah UMNO dan kerajaan pusat. PAS tidak muhasabah diri kenapa ia tidak dapat dilaksanakan. PAS tahu bahawa DAP tidak akan bersetuju. Sebab itu, PAS tukar kepada negara berkebajikan. Kenapa perlu menghukum UMNO, bukan DAP yang menyebabkan PAS berubah? Saya bukan penyokong UMNO. Tetapi saya kasihan melihat UMNO. Apapun yang berlaku semua UMNO yang salah. Tidak ada sedikitpun kebaikan UMNO. Berbaloikah dengan perbuatan sedemikian? Umat Islam terus berpecah. Kita terus lemah. Ultra kiasu mengambil kesempatan. Agenda mereka tercapai. Agenda kita entah ke mana.

Pada saya, sebahagian UMNO mahukan agenda Islam itu dilaksanakan tetapi realiti politiknya tidak sebegitu. Apabila dibentangkan di parlimen, sukar untuk mendapat sokongan dua pertiga, jika ultra kiasu tidak menyokong.

Saya meneliti perlembagaan UMNO Fasal 3 menyebut, asas dan tujuan UMNO; adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara…menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama. Fasal ini jelas tidak menolak Islam sebagai cara hidup.

Dalam Perlembagaan PKR Fasal 5; menghayati Islam sebagai agama Persekutuan sambil memastikan bahawa hak masyarakat bukan Islam mengamalkan agama atau kepercayaan masing-masing terus terjamin dan menggalakkan peranan agama serta nilai-nilai sejagat untuk menegakkan kebenaran, keadilan, ketinggian akhlak, pembangunan insan dan martabat manusia.

Mana kala Fasal 5 menyebut tujuan PAS ialah, memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana didalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah. Mempertahan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara. Begitu juga dengan Fasal 6 yang banyak menyentuh soal mengamalkan Islam sebagai cara hidup.

Secara perbandingan, kecenderungan UMNO kepada Islam lebih tinggi berbanding PKR. Persoalannya, kenapa UMNO sahaja yang didakwa menolak Islam, bukan PKR? Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahan kenyataannya bahawa pahala solat anggota UMNO tidak diterima Allah kerana menolak dasar Islam. Bukan sahaja solat anggota UMNO tidak diterima Allah SWT, malah solat mereka yang memberi sokongan kepada parti itu juga tidak mendapat pahala. "Buat la apa sahaja pun, asalkan tolak Islam, semua mengarut”. Pertanyaan saya, bagaimana dengan PKR?

Kenapa PAS tidak menolak PKR yang juga tidak meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan dalam perlembagaan? Ternyata, perjuangan Islam dalam perlembagaan PKR lebih longgar berbanding perlembagaan UMNO. Inilah akibat apabila kita terlalu nampak kuman di seberang laut, sedangkan gajah di depan mata. Kita memejamkan mata. Ingatan saya kepada PAS, berhati-hati tidur sebantal dengan PKR dan DAP. Mimpi mereka berlainan. Saling berbunuhan antara satu sama lain. Sasarannya adalah PAS.

14 comments:

Anonymous said...

Kenapalah PM kita begitu pondan nak berdebat dengan Ketua Pembangkang. Debat la macam Obama tu tunjuk kepandaian awak barulah orang bagi sokongan, nampak kebijaksanaan untuk memimpin negara. Dalam perhimpunan cakap berbuih mulut macam terrer... buat apa Yop? Ahli OOMNO bukan cerdik sangat pun!

Nazlee said...

Salamun Alaik,

Penerangan Dr. bagi saya cukup jelas untuk difahami sekiranya pembaca menerima pandangan secara terbuka dan bijaksana.

Sayangnya sesetengah masyarakat Islam menerima idea seseorang tokoh agama sebagai seorang manusia yang terpelihara sifatnya dari segala cacat cela.

Saya tidak pernah mengundi walaupun berdaftar sebagai pemilih kerana pada pandangan saya ianya bersifat harus. Lagipun saya berpendirian pada zaman sahabat rasul s.a.w tiada suatu riwayat yang saya temui berkenaan sahabat menawarkan diri untuk menjadi calon gabenor atau menjawat jawatan khalifah.

Saya pernah menanyakan kepada rakan-rakan yang mempunyai ilmu Islam berhubung pemimpin yang menawarkan diri sebagai pemimpin. Adakah ini juga boleh dikirakan sebagai bid'ah kerana tiada pada zaman rasul s.a.w

Jika Dr mempunyai masa kelapangan mungkin boleh menghuraikannya.

Sekian, terima kasih

Wassalam

Anonymous said...

Dato Nik Aziz memiliki pengaruh yg cukup kuat dalam PAS, tapi beliau ketandusan idea utk merangka strategi politik berbanding rakan dlm PR. Dlm keghairahan Dato Nik Aziz yang menggunakan PAS utk mengejar kuasa dan menghancurkan UMNO, PAS dgn rela hati dipergunakan oleh rakan PKR/DAP dgn menyerahkan kerusi milik mereka kpd rakan PR kononnya atas semangat setiakawan. Setiakawan pada hemat Dato Nik Aziz dan PAS hanya sehala iaitu PAS kepada PKR atau DAP tapi tidak sebaliknya.

Sejak PAS bernaung dlm PR, PAS seolah2 diperbodohkan oleh PKR dan DAP bermula dari dasar parti, Manifesto, pembahagian kerusi hinggalah kepada sokongan undi, PAS dipaksa utk beralah kononya mementingkan semangat setiakawan PR. PKR yg dipimpin oleh golongan otak penipu, telah menggunakan undi ahli/org PAS dlm misi menawan Putrajaya dan sebagai habuannya, PAS akan mentadbir negeri yg dikuasai oleh PR walaupun sbg boneka. Ketidakcerdikan PAS ini terserlah apabila penat lelah jentera/sokongan PAS hanya dibayar dgn nilai yg kecil berbanding PKR/DAP yg hanya buat bising tapi akan meraih ganjaran yg cukup besar.

Dato Nik Aziz dgn menggunakan parti PAS sanggup lakukan apa sahaja asalkan UMNO dapat dihapuskan dan walaupun pahit, realitinya inilah sebahagian siri dendam politik Dato Nik Aziz terhadap UMNO. Biarpun terang lagi bersuluh tapi Dato Nik Aziz tetap dgn misinya utk melunaskan dendam kesumat yg bersarang sekian lama dlm hatinya. Dgn itu, tidak hairanlah jika DSAI berjaya menjinakkan PAS kerana beliau dan Dato Nik Aziz mempunyai misi yg sama iaitu melunaskan dendam kesumat terhadap UMNO. Maka tidak hairanlah, semua fatwa Dato Nik Aziz hanya ditujukan kepada UMNO tidak kepada PKR apatah lagi DAP.

Anonymous said...

PAS bukan pejuang agama cuma memperalat agama untuk politik. Jika ia setia agama tak harus masuk politik lebih baik pergi kerja hal agama sahaja

tokgaru said...

Terima kasih saudara RT.

Melalui tajuk ini saya jangka ramai peminat tuan akan kembali menulis. Tajuk ini bertepatan dengan senario semasa. Semua orang akan melalui 3 debaran dalam PRU13 ini.

Debaran pertama : Adakah akan terjadi sangat banyak kawasan terpaksa melalui pertandingan lebih daripada dua penjuru.

Debaran kedua : Apakah akan terjadi pertambahan kawasan yang diistiharkan menang tanpa bertanding.

Debaran ketiga : Siapa pilihan rakyat pada 5.5.2013.

mun'aim idrus said...

Setuju....Semoga semua pihak bermuhasabah dan kembali kepada perjuangan sebenar demi ummah , bukan sekadar demi kuasa dan jawatan semata-mata...


Anonymous said...

Saudara Nazlee

Masa zaman rasulallah dulu tak ada internet. Sekarang awak juga telah melakukan perbuatan yang bidaah untuk berkomunikasi. Awak sepatutnya menunggang kuda bertemu dengan saudara Ridhuan Tee untuk serahkan komen bertulis awak dalam blog ini.

Rasanya saudara Ridhuan Tee tak perlu buang masa menjawab soalan daripada si Nazlee ini. Soalan yang tak layak dijawab oleh seorang bertaraf Professor.

Anonymous said...

Belom sempat nak baca pos RT, sibuk mengkenen komen pro-Pakatan di sana sini di alam ... tau saja le.

Sekarang nak tere komen komen yang tak semenggah di sini.

3:39 PM, April 17,

Dah basi le cerita berdebat dengan Ketua Pembangkang. Politik ada lah persepsi, pandai golek, putar belit, goreng dan selit membelit, boleh le memberi persepsi pandai.

Tapi kalau pandai Mat Nuor Al Juburi, ngapa dia tak jadi PM lagi? Kan kalau dia pandai, tunggu giliran, dah jadi PM 10 tahun yang lalu. Tak payah menderita 5 tahun di Istana Sg Buluh, dan boleh main depan belakang, kiri kanan hingga mampos, takda Sodomi I ke II.

Kamu oghang Peghok ke Yop? Ghenti kan le kamu nak goreng kacang putih pun takda, Mamat wei.

Anonymous said...

Nazlee,

Saya bukan Doktor, Master pun takda, tapi ad le belajor sikit dulu. Nak komen sikit apa kamu cakap tu.

Kalau kita tak gunakan peluang ngundi, rugi bebenor, kawan ha. Nanti tengok tengok yang memerintah tu penjangak, penipu, pembohong, penyundol belakang, penjahat dan gengster, amacam? Kan rugi.

Kalau ngundi, ha nya satu undi pun ada maknanya kawan, ha. Sekurang kurang nya puas hati yang kita dah gunakan hak kita.

Kena jaga hak dan kepentingan kita, kawan. Kalau tak orang lain sapu hak dan kepentingan kita, susah anak cucu kita di masa depan.

Anonymous said...

Susah sgt saudara nazlee ni.nak buang undi pn rujuk pd hadis.bukala fikiran sikit jgn smpitkan nti org sdh ke bulan kita masih lg mnunggu bulan jatuh ke riba

Anonymous said...

9:35 PM,

Saya setuju benar dengan pendapat Sdr berkenaan Nik Aziz. Sekarang ni dia lebih kapada nak pertahankan kuasa dari pada mengejar kuasa. Tiada kuasa lain yang dia boleh kejar. Ha nya nak jadi MB sampai mati.

Punya busuk tabi'at, hingga mengata "Ambo buke Melayu, Isle je." Saya tak faham faham mengapa orang Kelantan masih sokong dia. Memang, orang Kelantan kuat pegangan agama mereka. Tapi tak nampakkah perlunya menjaga kepentingan kaum Melayu, ada kah sebab pengikut Nik Aziz itu kurang pengtahuan, main ikut sahaja apa Nik Aziz kata.

Saya lihat dalam PAS pun sudah lama ada perbezaan pendapat, ada puak puak yang tak bersetuju antara satu sama lain. Muktamar PAS 2011 buang Negara Islam dan Hudud. Kata orang itu kerja puak yang di panggil Erdogan, di ketuai oleh Khalid Samad, di pengaruhi oleh Anwar Al Juburi (pangkat Mat Sabu beri).

Nik Aziz pungut semula Hudud dan Muktamar PAS 2012 jadikan Hudud lambang PAS semula. So'al yang di dalam fikiran saya: mengapa pengikut Nik Aziz tak desakkan dia dapatkan DAP terima Hudud dan tidak membangkang, menghalang Hudud bermati matian ("Langkah mayat aku dulu" kalau nak implementasi Hudud, katanya). Dan mengapa, walau pun Karpal Singh asyik membantah Hudud, Nik Aziz pergi menziarahinya di rumahnya di Penang dan memotong kek hari jadinya, nyata nampak mengarut, takda maruah.

Benar bahawa pengikut pengikut Nik Aziz terpedaya dengan dakyah nak menawan Putrajaya, tapi tak sedarkah mereka bahawa walau bagaimana pun, tujuan nak implementasi Hudud itu tidak akan berjaya. Bila Karpal Singh dah jadi mayat, anaknya dua orang di DAP juga, akan membangkang dan menghalang Hudud bermati matian. Dan mereka masih muda, akan buat demikian berpuluh puluh tahun.

Anonymous said...

Sehina-hina MCA pon x pakai bendera UMNO masa bertanding.

Juara Travel Tours Sdn Bhd said...

Assalamualaikum muslimin dan muslimat, memandangkan anda seorang Prof anda sepatutnya mempunyai pemikiran terbuka dan sewajarnya mengajak manusia sejagat menghormati pendapat orang lain sekian terima kasih

Anonymous said...

As-salam saudara Nazlee...

Saya nak respond dua perkara dari komen saudara pada 4:02 PM, April 17, 2013...

Pertamanya berkenaan hukum mendaftar sebagai pemilih dan juga mengundi yang saudara hukumkan harus...

Bagi saya kalau beginilah sikap semua orang Islam di Malaysia sekarang ini, maka bergumbiralah sekalian ultra kiasu...

Saya tak boleh bayangkan apa yang akan terjadi kepada Malaya pada ketika itu jika semua ummat Malayu mengambil sikap seperti saudara bahawa hukum mendaftar sebagai pemilih dan mengundi di pilihanraya sebagai harus sepanjang masa...

Mari kita lihat satu senario yang benar-benar terjadi di Tanah Malayu selepas Perang Dunia Kedua tamat dan British kembali ke Tanah Malayu...

Tahukah saudara, orang yang mula-mula mencadangkan kepada British supaya Tanah Malayu dimerdekakan manakala kuasa pemerintahan diserahkan kepada orang-orang Cina ialah Tun Tan Cheng Lock ketua MCA semasa Tanah Malayu merdeka pada 31.08.1957...

Malayan Union ditubuhkan untuk menjayakan cadangan tersebut...

Pada masa itu apakah hukumnya Orang Malayu berdemonstrasi secara aman membantah Malayan Union?

Adakah wajib, sunat, makruh, harus ataupun haram?

Sedangkan pada zaman Nabi s.a.w. tiada pernah berlaku demonstrasi secara aman seperti itu...

Keimpulannya, hukum harus tadi boleh juga berubah-ubah menjadi sunat atau wajib atau makruh ataupun haram mengikut maslahat ummah pada masa itu...

Keduanya berkenaan menawar diri menjadi Gabenor atau Khalifah...

Memanglah diakui pada zaman Nabi s.a.w. tiada di kalangan sahabat r.a. menawarkan diri untuk menjadi Gabenor atau Khalifah...

Kalau kita perhatikan zaman sekarang ni pula baik calon-calon BN ke calon-calon PR ke masing-masing diarahkan oleh pemimpin mereka untuk menawarkan diri menjadi calon Wakil Rakyat...

Calon Wakil Rakyat je bukannya Calon Gabenor atau Calon Khalifah...

Jadi sebagai pengikut kenalah taat kepada pemimpin...

Kalau tak setuju berilah alasan-alasan yang munasabah sehingga pemimpin mereka tarik balik arahan tadi...

Bila dah menang nanti baharulah ahli-ahli parlimen memilih seorang di kalangan mereka sendiri sebagai Perdana Menteri bukannya sebagai Khalifah...

Jadi bagi saya pula kalau dah begitu keadaannya maka tak timbullah isu menawarkan diri menjadi Gabenor atau Khalifah ni...

Wallaahu a'lam bissawaab.