Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Monday, March 25, 2013

Fahami siapa ultra kiasu dan tipu dayanya

12:24 PM Posted by RIDHUAN TEE 32 comments
Sinar Harian 25 mac 2013

Berkali-kali saya telah nyatakan siapakah ultra kiasu? Tetapi, ada sebilangan buat-buat tidak faham. Tidak mengapa, sebab mereka juga ultra kiasu. Tidak semua orang Cina adalah ultra kiasu, tetapi DAP adalah ultra kiasu. Ultra kiasu terdapat di mana-mana, bukan sahaja dalam DAP, bahkan dalam parti-parti lain, termasuk parti komponen BN, yakni mereka yang menolak agenda kebangsaan dan perlembagaan. Tidak kira Melayu, Cina, India dan lain-lain. Sila rujuk kajian saya dalam tesis PhD di UPM bertajuk, persepsi pelajar Cina terhadap gerakan politik Melayu, bagaimana memberi label kurang kiasu, sederhana kiasu dan ultra kiasu.

Kiasu dalam dialek saya Hokkien, bermakna fear of loosing, takut kalah atau mahu menang. Bila ditambah ultra kiasu bermakna, langsung tidak mahu kalah. Secara ekstrem, mahu menang sentiasa dalam apa jua keadaan. Siapakah mereka dalam konteks politik Malaysia?

Misalnya, DAP dan mereka yang sewaktu dengannya, mahu mengikuti pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz (KUAA), tetapi gelagat dan perlakuan mereka langsung tidak mencerminkan. Bila pemimpin mereka sebut sahaja mahu mengikuti KUAA, kita pun bertakbir Allahhuakbar. Sedarkah kita apa agenda mereka? Sejak dari dahulu lagi saya mendengar, PAS mendakwa ramai pemimpin DAP sudah cenderung kepada Islam atau mahu memeluk Islam. Mana dia?

Sehingga ke hari ini, bukan sahaja agama Islam tidak dipeluk, tetapi ditentang habis-habisan. Apabila mereka tersepit, perlu sokongan, maka ayat-ayat suci al-Quran dipetik dan diterjemahkan. Kita terpesona dan terus bertakbir, Allahhuakbar. Lalu, kitapun berkata, “tengok! DAP pun nak Islam, berbanding UMNO”. Kita gunakan ‘Islamnya DAP’ untuk menolak persaudaraan UMNO. Kita sanggup kafirkan UMNO, kononnya untuk mengIslamkan DAP.  

DAP tidak ada pilihan untuk berkuasa, melainkan berkawan dengan PAS. DAP tidak mudah lunak dengan Islam, selagi orang Islam belum dapat ditundukkan. Hari ini, kita lihat siapa tunduk kepada siapa? DAP tunduk kepada PAS atau PAS tunduk kepada DAP. DAP  menjadi lunak kepada PAS kerana PAS sudah semakin liberal dan terbuka. Jika PAS masih berpendirian seperti dahulu, mana mungkin DAP akan berkawan dengannya. Dahulu, pengikut PAS tidak pandai bertepuk tangan dalam majlis, tetapi semenjak berkawan dengan DAP, PAS bertepuk lebih kuat daripada UMNO.

Dahulu, sebut sahaja DAP, semua kafir. Tetapi sekarang, boleh pula menjadi kawan musafir. Maklumlah, bila menjadi musafir, semua ibadat yang ketat menjadi longgar. Dahulu tak boleh, sekarang boleh. Kalimah Allah, sekejap boleh, sekejap tidak boleh. Semuanya gara-gara ultra kiasu. PAS gagal memahami antara prinsip dan budaya masyarakat Melayu.    

Saya pula dituduh lebih Melayu dari Melayu dan merosakkan imej Islam bila memberi label ultra kiasu. Hairannya pula, saban minggu ada sahaja bukan Islam yang telefon bertanyakan Islam dan menyatakan hasrat mereka memeluk Islam. Rakan Cina Muslim saya yang begitu rapat dengan DAP, dan marah saya melabelkan DAP dengan ultra kiasu, tidak pula berjaya melunakkan mereka terhadap Islam. Malah tak adapun yang masuk Islam. 

Bagaimanakah dakwah yang mereka lakukan ya? Ingin juga saya membuat kajian sebab musabab mereka gagal. Saya yakin, kegagalan ini disebabkan mereka buat-buat tidak kenal siapakah ultra kiasu? Mereka sangka dengan berbaik dengan ultra kiasu, dapat dijinakkan. Mungkin masih terlalu awal kerana baru sahaja berkawan. Perlukan masa.   

KUAA melaksanakan Islam dalam pemerintahannya. Namun, apabila Kerajaan Kelantan mahu laksanakan hudud, kaunter berasingan lelaki perempuan di pasaraya, saloon, dan sebagainya, semua ditentang. Pendek kata, apa jua agenda yang ada kaitan dengan Islam ditentang. Seolah-olah negara ini tidak ada asal-usulnya.

Pergilah ke manapun, serata ceruk rantau dunia. Apabila bangsa majoriti memerintah, mesti agenda bangsa dan agama mereka terserlah atau mengakar. Jangan pergi jauh, lihat di Thailand, agama Buddha, bahasa Siam dan raja Siam didaulatkan. Tidak ada pilihan, mesti diterima. Semua rakyat menerima, tanpa berbelah bahagi. Kenapa tidak dipertikaikan? Jika dipertikaikan maka dihumbankan ke penjara. Kita pula terlalu bertoleransi, atas alasan 1Malaysia. Apa lagi yang tinggal?

Terbaharu, pada saya, bukan Islam yang mahu menggunakan kalimah Allah, semuanya ultra kiasu. Kenapa mahu berkongsi Allah? Sedangkan sebelum ini, mereka tidak pernah peduli dengan Allah? Apabila kita berdoa kepada Allah, mereka pertikaikan amalan ini, terlalu Islamik. Itulah protes yang saban kali kita dengar dan alasan mereka tidak mahu menghantar anak mereka ke Sekolah Kebangsaan. Kenapa tidak sama-sama menadah tangan jika percaya kepada Allah? Apa makna agama Islam sebagai agama rasmi atau persekutuan jika inipun tidak boleh dilakukan?

Apa yang berlaku sekarang adalah kita hanya memberi hak kepada yang berhak. Kita langsung tidak mengambil hak orang lain. Kenapa perlu ditentang? Misalnya, hak istimewa raja-raja Melayu, bahasa Melayu, agama Islam dan kedudukan orang Melayu dan bumiputera Sabah Sarawak.

Semua perkara ini sudah termaktub dalam perlembagaan dan dipersetujui bersama. Jika dengan perlaksanaan hak-hak ini, bukan Islam hidup merana, miskin, agama mereka tergugat. kedudukan ini langsung tidak menggugat kedudukan mereka. Malah, mereka menjadi semakin kaya raya. Kerajaan tidak mengambil atau meminta sedikitpun secara kekerasan, kecuali cukai pendapatan, yang menjadi tanggungjawab semua warga. Terbaharu, dari 14 orang terkaya di negara ini, 10 Cina, 3 Melayu dan 1 India. Tidak ada seorangpun bumiputera Sabah Sarawak tersenarai. Tanyalah mereka yang kaya raya ini, ke manakah wang mereka disimpan? Dalam negarakah atau luar negara? Jawapannya, hanya ada pada ultra kiasu.

Saya bimbang ultra kiasu akan lari bila berhadapan dengan krisis seperti Lahad Datu. Sekarang ini mereka berkobar-kobar menyokong, sebab ultra kiasu tidak ada di situ. Yang menjadi korban adalah orang Islam dan bumiputera Sabah. Sebab itu mereka berani berkata itu adalah sandiwara dan mereka yang terkorban mati katak. Masihkah kita buta?

32 comments:

Anonymous said...

SYURGA NIK AZIZ DAH OUT OF STOCK. Mana pergi ? Haaa baca lah seterusnya ...

Jange jadi supo "aye dan lembu". Dah 22 tahun "aye dan lembu" duk tunggu syurga dari Nik Aziz. Aye tak dapat syurga, lembu pun tak dapat juga. Yang dapat syurga di Kelantan adalah dua ekor cina di Perak tu ... Nge Koo Ham dan Nga Kor Min .. kaya sake dua ekor cina tu dapat anugerah syurga daripada Nik Aziz.

Habis tu mu ore Kelantan nak tunggu gapo lagi ... nak tunggu syurga ????

Cuba mu gi tanya Nik Aziz. Dia mesti akan kata mace ni, "sori bro, buat maso ni syurga dah out of stock, ambo duk tunggu supply yang baru, kalau lepas PRU13 ada supply yang baru, ambo akan umum kan".

Tunggu punya tunggu, tahu2 dapat berita cina DAP juga yang dapat syurga Nik Aziz.

Hj Ariffin

Anonymous said...

Salah....yang paling kaya di Malaysia tu tak lain tak bukan ketua menteri Sarawak...Tan sri Taib ....tak kan buat tak tau pulak....

Anonymous said...

RT sudah sort.....lagi. Macam tak cakap keburukan Ultra Kiasu dia tak dapat tidur baik......hahahaha

Anonymous said...

SIAPA ULTRAMAN KIASU???

Kebangsaan Melayu, Kebangsaan Cina, Kebangsaan India mahupun Kebangsaan Arab sekalipun adalah Jahiliyah. Asobiyah versus Islam. Agenda Bangsa dan Agenda Agama bagaikan Positif & Negatif berlawanan. Lillahi Taala atau Lil Melayu (Asobiyah) wal Malaiziya (Wathaniyah)??? Berjuang Lillahi Taala matinya Syahid manakala berjuang LilMelayu wal Malaiziya matinya Syirik berniat selain dari Kerna Allah Taala.

Cina DAP Cina Ansar andaikata lambangnya di Haramkan Umno Zolim dlm PRU13 maka lambang Purnama Islam bakal diguna-pakai.

TGNA masih MB namun Umngoks termimpikan beliau PM. Mana mungkin MB boleh lulus Christian karang AlKitab terkandung Kalimah Allah?

TGNA tak jamin masuk Syurga, tapi barangsiapa berguru & beramal dgn ilmu beliau InsyaAllah Jannah tempahnya...namun PASTINYA buat pemimpin sama penyokong Umngoks/BN Jahannam tempat mereka dek hidangkan kilang Carlsberg, St Miguel, Gentings Casino. TOTO & Magnum.

Wallahu'Alam
Azran Chan

Anonymous said...

Saya juga sudah lama bependapat bahawa DAP ada lah parti ultra kiasu. Kerana sentiasa mahu menang, tidak mahu kalah, mereka tidak mahu terima konsep Ketuanan Melayu dan Kedudukan Istimewa Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak di Perkara 153 Perlembagaan negara.

Sejak penubuhan parti itu, mereka telah memikul sepandok Malaysian Malaysia kononnya, mahukan sama rata dengan tidak memperakui Kedudukan Istimewa Melayu dan Bumiputera itu. Mengungkit hal itu sehingga menyebabkan pergaduhan kaum 13 Mei 1969.

Ramai antara mereka yang keturunan kongsi gelap, penjahat dan gengster yang datang dari China ke Penang di abad 18, masuk ke Larut, Perak, di bawa oleh puak Ghee Hin dan Hai San di abad 19. Yang telah bergaduh berbunuhan cuba menguasai lombong kepunyaan puak lawan, sehingga menyebabkan Perang Larut I,II,III & IV, mengakibatkan 250 lombong bijih timah Mmelayu kepunyaan Menteri Larut Ngah Ibrahim lenyap.

Penjahanam mereka. Kerana menyebabkan pergaduhan kaum 13 Mei 1969, DAP sudah lama terkenal sebagai anti-Melayu dan anti-Islam. Cukup aneh ultra kiasu pemimpin PAS dan PKR sanggup sekatil dengan mereka kerana bertujuan mahu menang PRU13. Akibat mereka selalu tidak mengikut undang undang dan peraturan, seperti di masa pemilihan CEC mereka hujung tahun lalu, ahli ahli telah melaporkan salah laku mereka itu kapada Pendaftar Pertubuhan. Sekarang ada kemungkinan DAP di gantung pendaftarannya, atau mungkin di batalkan, seperti UMNO telah di batalkan dahulu dan timbul UMNO baru.

Maka Lim Kit Siang kata, kalau DAP di batalkan pendaftarannya, DAP akan bertanding PRU13 di atas teket PAS atau PKR. Maka 1-2 hari lalu sudah keluar di sana sini gambar gambar LKS memakai ketayap putih dengan nama "Ustaz Lim Kit Siang" dan cogan kata "Undi lah PAS."

Saya mahu Pendaftar Pertubuhan batalkan pendaftaran DAP. Kalau UMNO boleh di batalkan pendaftarannya dahulu, mengapa DAP tidak boleh.

Mereka sendiri yang buat salah. Ahli ahli mereka sendiri yang komplen ke Pendaftar Pertubuhan. Bukan itu sahaja, ada yang membuat demonstrasi berkenaan perkara itu.

Anonymous said...

8:38 PM,

Kata kau bodoh, kau marah. Tapi kau keluar menuduh liar tanpa bukti, justifikasi namun apa apa hujah pun.

Tak tahu ke kamu yang di iktiraf mengata siapa terkaya atau tidak tu ada lah pihak pihak seperti Forbes Magazine?

Kan mereka ada senaraikan siapa terkaya di Malaysia. Taib ada masuk dalam senarai itu ke? Kau ultra kiasu nampaknya, nak menang tapi dengan cara yang tak betul.

Kamu lebih buruk dari ultra kiasu.

Anonymous said...

Azran Chan,

Bagus lah anda mengakhiri pendapat anda dengan berkata Wallahu'Alam. Memang Tuhan sahaja yang tahu benar tidaknya. Saya insan yang tidak sepertinya ini pun tak setuju dengan beberapa yang anda sebutkan.

Dari mana anda berlajar tuduhan "Kebangsaan Melayu, Kebangsaan Cina, Kebangsaan India mahupun Kebangsaan Arab sekalipun adalah Jahiliyah"? Tak pernah saya dengar.
Hujah hujah yang anda beri itu pun tak pernah di dengari. Logiknya pun saya tak nampak.

Lim Kit Siang kata kalau DAP di haramkan, mereka akan bertanding di atas teket PAS, PKR atau bebas. Bukan di atas teket PAS sahaja. Belom tentu PAS terima sebab DAP dan PAS bertentangan hebat dalam beberapa isu asas saperti Hudud dan kalimah Allah.

Habis, kenapa pulak anda tuduh "Umno Zolim" kalau DAP di haramkan dek Pendaftar Pertubuhan? Bukan kah UMNO sendiri pernah di haramkan dan UMNO Baru keluar darinya? Anda tak baca ke? Atau anda khayyal dengan Pakataan Rakyat dah gobar macam cicak dah putus ekor, bertempiar di sana sini, Lim Kit Siang berterabur ke Johor, Anwar nak cari kerusi selamat di Perak?

Wahai insan yang menuduh liar dan menggunakan perkataan "Umngoks",
Tak tahu ke anda bahawa ahli ahli DAP sendiri yang komplen ke Pendaftar Syarikat dan berdemo kapada pemimpin DAP kerana salah laku dan niat tak betul di masa pemilihan CEC mereka yang lalu?

Anda di kepit di bawah ketiak TGNA sahaja ke?

Saya mahukan DAP di haramkan oleh Pendaftar Pertubuhan. Kalau UMNO boleh di haramkan dahulu, mengapa DAP tak boleh bila nyata mereka telah melanggar undang undang yang serius?

Anonymous said...

Manusia harus mempunyai semangat Ultra Kiasu. Semangat inilah baru boleh mendorong manusia semakin maju dan makmur. Dengan semanagt ini baru kita dapat menikmati barang canggih seperti kereta, kapal terbang, handphone, TV, internate dll. Dunia ini semakin saingan jika tidak bersikap Ultra Kiasu akan ketinggalan. Boleh nampak orang Cina menceburi bidang perniagaan, perindustrian, pertanian, pelaburan dll dengan penuh semangat. Bidang mereka bukan semua berjaya tetapi kerana sikap Ultra Kiasu jadi mereka percaya suatu hari akan berjaya. Malaysia sudah Merdeka 55 tahun jangan lagi fikir kaum sendiri tidak handal harus fikir kenapa sendiri tak ingin atau tak berani berubah.........

Anonymous said...

8:31 AM,

Tak setuju. Kiasu tak apa, tapi jangan ULTRA kiasu.

Takkan nak menang sentiasa. Mana boleh? Tak pernah. Lihat lah sejarah dunia. Empayar Carthage, Roma, Mesir, Assyria, Persia dll telah terbang. Turun naik, kalah menang. Takdanya menang semata.

Kalau tak, Tamadun Islam sudah berlipat ganda kegemilangannya. Tapi hanya 500 tahun sahaja hingga abad 13, di landas dek serangan Monggol. Begitu juga Tamadun Kristian. Malahan Tamadun Yahudi 600 tahun lebih awal dari tamadun Kristian. Sekarang Yahudi Israel hanya negara kecil walau pun di bantu Bedebah Amerika dengan kuasa nuklear.

Orang Cina ada budaya berniaga, mengambil untung, ambil risiko untung rugi, kumpul harta. Sudah lebih 2,000 tahun - ada yang menagatakan 3,500 tahun. Tapi bagus lah anda akui "bukan semua berjaya".

Boleh kiasu tapi jangan ultra kiasu. Contohnya, jangan mahukan hak kaum lain sebab dah di setujui dan tercatit di Perlembagaan, umpmanya, Kedudukan Istimewa Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.

Dah banyak Melayu berubah. Percaya lah. Nanti lapang akan di keluarkan lagi hujah hujah arah ke situ.

Anonymous said...

Fully ultra agree with you 8:31am...
Yang biasa makan gaji bulanan tu seribu tahun pun x paham apa tu perniagaaan.bila tengok ada orang berjaya rasa rasa cemburu pulak,suruh pi henti kerja buat perniagaan kecil atau besar pun x berani....beribu alasan...
" don give me excuses but solutions "

Anonymous said...

Bagaimanakah status seorang Muslim? Kurang kiasu, sederhana kiasu atau ultra kiasu?

Bagaimanakah pula Nabi Muhammad s.a.w.? Pernahkan baginda mengaku kalah?

Anonymous said...

https://fbcdn-sphotos-a-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/598827_575791979106599_1988838453_n.jpg

YB Tian Chua cakap: See you in court.

Anonymous said...

Hj Ariffin jge dok FITENAH TGNA... TokGuru goyat, mu jge jadikan rakyat mcm aye & lembu. Jge anggap rakyat mcm aye & lembooo bagi make dedak bg make rumput dlm bentuk BR1M. Kawe jge dok kelirukan rakyat.

Anonymous said...

Ini kata Dr MAZA tentang isu ini.... http://youtu.be/jITikMgOl24

Anonymous said...

boleh ustaz komen tentang sikap Anwar Ibrahim yang membiarkan dirinya di calit dahi? Pada penyokong PR, inikah orang yang anda hendak jadikan PM? http://pewaris-wasiat.blogspot.com/2012/02/anwar-ibrahim-naik-kereta-lembu-dan.html

Anonymous said...

8:31 AM,

KeUltra Kiasuan (amacam, ada perkataan mcm itu ke?) mengakibatkan pergaduhan kaum, malahan perang, di dunia ini.

Di Malaysia, Ultra Kiasu anti-Melayu dan anti-Islam DAP telah menyebabkan pergaduhan kaum 13 Mei 1969. Google "13 May 1969: A Tragedy, by The Natoinal Operations Council, October 1969", anda boleh dapat fakta fakta lanjut baginya.

Ultra Kiasu Adolf Hitler di Germany telah menyebabkan Perang Dunia Kedua, berjuta juta manusia hilang nyawa, termasuk 6 juta Yahudi yang dia cuba kikiskan dari muka bumi ini, hendakkan "the pure Aryan Race" sahaja di Germany, katanya.

Ingatlah, segala apa yang Ultra itu tidak baik. Melainkan kartun Ultraman di TV, untuk budak budak.

Sayang kan diri sendiri, mahu majukan diri sendiri dan kaum sendiri itu memang baik. Tetapi ada hadnya. Jangan sampai menijak atau mencebis hak orang lain, hak kaum lain. Sebab mereka juga boleh mencebis hak kamu. Contohnya hak berkaitan Kedudukan Istimewa Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Jika di ungkit, mereka akan ungkit hak kerakyatan bukan Melayu. Itu tidak baik bagi sesiapa.

Anonymous said...

8:31 AM,

Anda mahukan "semangat Ultra Kiasu", masakan ada lah jhat bagi sesiapa berpendirian "Ultra", hanya boleh berpendirian "Kiasu".

Saya fikir anda menyindir bila mengata "sudah Merdeka 55 tahun jangan lagi fikir kaum sendiri tidak handal harus fikir kenapa sendiri tak ingin atau tak berani berubah..."

Tidak betul pemikiran anda itu. Sudah ramai Melayu berubah sehingga sekarang sudah ada 20% kekayaan korporat Melayu, dari hanya 1% di tahun 1970. Sudah begitu ramai Melayu berniaga, dengan berbagai taraf kemajuan sekarang, termasuk Syed Mokhtar yang menjadi billionaire - walau pun Melayu tidak ada budaya berniaga seperti Cina, hanya budaya berdagang (barter trade), bertukar barangan keperluan harian, saperti di terangkan di buku "The Malay Civilization" dan "Tamadan Alam Melayu", penerbitan Persatuan Sejarah Malaysia, boleh di dapati di bangunan 5 tingkat mereka sendiri, di depan IJN, Jalan Tun A Razak, KL.

Bila anda mengata Melayu "tak ingin atau tak berani berubah", maka nyata lah anda mengarut.

Anonymous said...

" Masihkah kita buta? " RT

Bukan semua kita buta, hanya sebahagian saja. Yang buta adalah mereka yang dilabelkan sebagai "ayam dan lembu" oleh Nik Aziz. Jadi "ayam dan lembu" kerana mentekedarah duit BR1M tapi tak reti nak terima kasih kepada tangan yang memberi. Kita tak minta mereka masuk Umno. Kita tak minta mereka undi BN. Kita cuma nak dengar mereka kata " terima kasih " kepada kerajaan yang ingat kepada rakyat yang miskin. Nak masuk parti mana itu hak mereka, nak undi parti mana itu hak mereka.

Disini jelas lah kepada kita yang "ayam dan lembu" itu adalah orang2 Nik Aziz dan Hadi Awang atau yang sama kepala denganya.

Kalau ulamak sejati kena ajar manusia supaya tahu bersyukur kepada Allah atas nikmatNya, kena ajar manusia supaya tahu berterima kasih kepada manusia yang menghulurkan bantuan diwaktu kita dalam kesusahan.

Ulamak jenis apa orang tua 2 ekor ni ?????

Hj Ariffin

Anonymous said...

Jangan tertipu. Jangan jadi bodoh. Kenapa DAP nak bertanding guna lambang Pas ? Kenapa DAP tak guna lambang PKR ?

DAP parti multi racial dan multi religion. PKR juga multi racial dan multi religion. Ada persamaan antara DAP dengan PKR.

Sedangkan Pas parti mono racial dan mono religion. Tak kan orang melayu tak fikir apa rasional DAP pilih lambang Pas ?

Saya setuju DAP bertanding lambang Pas, tapi dengan syarat semua kepimpinan dan ahli2 DAP "masuk jawi" dan istihar diri memeluk islam.

Kalau macam tu yang terjadi, saya akan undi lambang Pas pada PRU13 nanti ... insyallah.

Hj Ariffin.

Anonymous said...

Nik Aziz nak bertanding sampai bila2.

Ramai yang hentam orang tua tu. Dia nak bertanding biar lah. Dia masuk bertanding kerna parti mencalonkan dia. Kalau selepas dia mati pun parti Pas nak calonkan dia juga, tak ada masalah. Kalau jasad dia tak dapat ditunjukkan semasa penamaan calon, arak saja batu nisan dia ke pusat penamaan calon.

Sama ada dia atau batu nisan dia akan menang atau kalah itu bergantung pada pengundi. Kalau yang mengundi tu ramai "ayam dan lembu" maka menanglah Nik Aziz.

DAP bakal bertanding guna Lambang Bulan (Pas).

Itu hak DAP nak pilih lambang setelah lambang roket di haramkan oleh ROS. Setakat ni ROS belum buat apa2 lagi. Kalau dia menang dengan lambang bulan dalam kawasan cina, saya tak rasa pelik. Parti DAP ni kalau dia guna gambar kaabah sebagai lambang sekali pun dia tetap akan menang dalam kawasan cina. Tapi kalau DAP menang dalam kawasan melayu, pun saya tak pelik apa2 kerana kita kena terima hakikat bahawa kemenangan itu sebab dia mendapat undi daripada "ayam dan lembu" yang mendapat arahan daripada Ulayam Nik Aziz dan Ulembu Hadi Awang.

Hj Ariffin

Anonymous said...

Sedih rasanya lihat komen yg keluar dari akal yg negatif. Gunakanlah akal yg positif dlm mencari, menilai dan memahami apa yg ditulis oleh Ustaz RT. Dari aspek poitik, Semangat ini begitu bahaya kepada org Melayu Islam kerana parahnya perpecahan yg bukan setakat idealogi politik bahkan hingga ke persoalan agama Islam. Peluang ini terbuka luas bila mereka menyedari kita (Melayu Islam) memberi "High Value" terhadap undi kaum mereka sbg undi penentu utk kemenangan sesuatu parti. Mari kita bertanya siapakah yg mencipta peluang utk mereka ini? tanyalah diri! Jgnlah dinyanyikan lagu bangau oh bangau!, jgnlah dibunuh Hang Nadim yg memberi ideal utk menyelamatkan betis dari todak! dan lihatlah kuman di depan mata sebelum melihat gajah diseberang. Jika tidak majoriti akan dikuasai oleh minoriti. Siapakah yg peduli hal sebegini????????.


- Aku Anak Watan

Anonymous said...

saya rasa anda tak paham dari sudut mana RT berhujah mengenai ultra kiasu.. bukan mengenai nk dpt barang canggih2..kereta or perniagaan.. RT bercakap dari sudut politik... golongan ultra kiasu tersebut sudah pastinya kafir.. mana mungkin mereka akan membantu org melayu yg beragama Islam apabila mereka memerintah.. dasar2 yg mereka buat pastinya tidak akan menyebelahi org Islam..jika ini terjadi maka lupakanlah kereta canggih yg anda idam2kan itu..

Anonymous said...

saya rasa anda tak paham dari sudut mana RT berhujah mengenai ultra kiasu.. bukan mengenai nk dpt barang canggih2..kereta or perniagaan.. RT bercakap dari sudut politik... golongan ultra kiasu tersebut sudah pastinya kafir.. mana mungkin mereka akan membantu org melayu yg beragama Islam apabila mereka memerintah.. dasar2 yg mereka buat pastinya tidak akan menyebelahi org Islam..jika ini terjadi maka lupakanlah kereta canggih yg anda idam2kan itu..

rawang said...

Sebenarnya aku dah naik muak kalau bercakap mengenai tindak tanduk golongan ultra kiasu di negara ini.

Kuatnya suara mereka adalah kerana golongan ini amat pintar bermain dengan sentimen, amat cekap memanipulasikan isu yang hendak mereka timbulkan,tahu bila waktunya untuk mereka menangguk di air keroh dan yang paling penting apabila mereka berjaya menguasai sebilangan sang penguasa yang sanggup bersekongkol dan sentiasa menyokong mereka dengan penuh setia asalkan kepentingan bersama dan nafsu serakah mereka dipenuhi oleh golongan ultra kiasu ini.

Tuntutan dan desakkan dari golongan ultra kiasu ini terutamanya dari bangsa bukan melayu sehingga kini aku rasa sudah jauh lebih dari mencukupi kalau dilihat dari sudut KEADILAN sosial dan ekonomi dinegara ini.

Percayalah bahawa ada sebahagian hak istimewa orang melayu ini wajib dikekal dan diperkasakan kerana ia merupakan teras kepada perpaduan kaum dinegara ini iaitu Bahasa Melayu….

Anonymous said...

9:08 PM, March 26, 2013,

Kamu menyindir Melayu tak faham perniagaan. Betul. Sebab mereka tidak ada budaya berniaga, jual beli barangan, ambil untung, ambil risiko untung rugi. Budaya mereka ada lah berdagang, ia itu bertukar barangan keperluan harian, atau barter trade.

Ada di terangkan di dalam buku "Tamadun Alam Melayu" dan "The Malay Civilization" penerbitan Persatuan Sejarah Melayu, boleh di beli di Wisma Sejarah, depan IJN, Jalan Tun A Razak, KL.

Betul ada rasa cemburu melihat mereka yang berniaga berjaya kumpul harta. Tak betul kamu kata "suruh pi henti kerja buat perniagaan kecil atau besar pun x berani.... beribu alasan..." Dah ramai yang berhenti kerja Kerajaan cuba berniaga. Ada juga yang berjaya dapat mengumpul harta hingga berjuta. Kamu dok bawah tempurung di mana tak tahukan keadaan begitu, hanya nak mengeji Melayu saja nih.

Kamu cakap "don give me excuses but solutions" - kamu ada cadangan untuk solutions tu ke? Atau kamu jenis suka cakap di kedai kopi, sentiasa mencaci tapi cakap tak ada isi. Ubah lah tabi'at. Boleh caci tapi kasi cadangan lah.

Anonymous said...

Sdr rawang,

Memang lah muak di buatnya. Tapi kita kena terus dan selalu keluarkan pendapat mengeji ultra kiasu, memperingatkan mereka had dan batas mereka, supaya jangan berlaku pergaduhan kaum saperti 13 Mei 1969 yang di cetuskan parti rasis DAP.

Kita mesti sentiasa pertahankan hak dan kepentingan kaum Melayu dan agama Islam, mengikut Perlembagaan negara.

Anonymous said...

Ada sesetengah yg komen berdasarkan nafsu sahaja bknnya fikiran atau fakta....cuba buat research sikit x pun tambahkan ilmu dgn membaca....saya setuju dgn riduan teh...kerana apay yg tulis semua berdasarkan fakta dan research yg beliau buat....jadi org melayu fikir2kanlah...jagn spai yg di kejar x dpd yg di kendung bertaburan...sekian

Anonymous said...

Ada yg kata tgna hanya mb sahaja dan xda kuasa utk membenarkan dap menggunakan kalaimah allah....tapi harus difikirkan siapa dikalangan org islam yg kuat mendesak dan mempersetujui yg kalimah agung tu boleh digunakan oleh dap...nasiblah pm kita x brnarkan dan x mustahil jika pr yg menang sudah lama kalimah agung tu di gunakan oleh pihak kafir lahanat

Anonymous said...

Kepada anda yang perihatin.

Saya tak bimbang dengan ultra kiasu khasnya DAP. DAP tanpa sokongan daripada ahli Pas tak berupaya menggugat keutuhan Umno. DAP tak akan menambah kerusi jika tidak mendapat undi daripada ahli Pas.

Yang membimbangkan saya adalah kedudukan Pas. Pas harap dia akan dapat undi daripada ahli DAP. Saya pasti dan yakin, 99% orang DAP akan undi Pas bila Pas berlawan dengan Umno. TETAPI saya tidak yakin 99% orang DAP akan undi Pas bila Pas berlawan dengan MCA atau Gerakan, jika 5% orang DAP undi Pas itu dikira sudah cukup rahmat kepada Pas.

Adakah Pas sedar dan kenal HATI PERUT puak ultra kiasu. Nak bagi Pas faham .. selagi ada kedai runcit bangsa mereka disesuatu kawasan itu, mereka tidak sama sekali akan masuk ke kedai runcit melayu walau pun untuk membeli sekilo gula pasir yang harganya sama dimana2 juga.

Orang Pas faham contoh yang saya berikan .. FAAAHAAAAMMMMMM ???? Jangan jadi "AYAM dan LEMBU".

Hj Ariffin

Anonymous said...

Saya amat teruja, prof dapat melihat kepada permaslahaan ini dengan baik. Penjelasannya terang dan jelas.
Konflik di Lahad Datu umpamanya memang ajaib bila penentang Islam ini tiba-tiba menyokong tindakan serang balas yang tidak berbelah bagi...merupakan satu tandatanya bila mereka memberi sokongan kepada pemerintah.

Anonymous said...

Dr. RT,

cadangan saya, blog tuan ni kalau boleh di tambah feature facebook like dgn facebook share supaya mudah kami untuk share dengan rakan2 facebbok kami.

anip said...

En. Ridhuan Tee saya nk baca kajian tesis tuan tu tapi saya bukan mahasiswa UPM. Ada cara lain?