Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Monday, March 18, 2013

Zaman tunggul kayu sudah berlalu

7:16 AM Posted by RIDHUAN TEE 28 comments


(Sinar Harian 18 Mac 2013)

Parlimen boleh dibubarkan bila-bila masa sahaja dari sekarang. PRU 13 semakin hampir. Dahulu kita sering dengar, jika BN letakkan calon tunggul kayu sekalipun pasti akan menang. Kini, tidak lagi. Jika calon tunggul kayu dipertaruhkan, akan hilanglah wang deposit. Peredaran masa telah menyebabkan rakyat sudah pandai menilai antara kaca dengan permata.

Cuma orang politik sahaja kadang kala tidak pernah sedar. Mahu terus bertanding atau kekal menjadi wakil rakyat sampai mati. Faktor usia yang semakin meningkat dan tenaga semakin merosot, tidak diambil kira. Bila bertanding, menang, tidak lama selepas menjadi wakil rakyat, dia pun mati. Maka berlakulah pilihan raya kecil. Wang habis lagi. Bukankah merugikan.

Tetapi, tidak kepada rakyat. Rakyat gembira, kerana dengan adanya pilihan raya kecil, mereka akan dapat jalan baharu dan lain-lain kemudahan. Pendek kata, semakin banyak pilihan raya kecil, makin berubahlah keadaan dan prasana sesebuah kawasan terlibat. Inilah budaya politik kita. Keadaan akan berubah apabila ada pilihan raya. Jika tidak, puas menjerit baru ada perubahan. Calon yang bertanding pula akan terhegeh-hegeh, tersengih-sengih dan senyum selalu untuk meraikan undi. Sebelum itu, batang hidungpun tidak nampak.  

Kadangkala ada juga logiknya orang berkata, ada kalangan rakyat berdoa agar wakil rakyatnya mati cepat. Bila mati, ada pilihan raya kecil, ketika itu berpusu-pusu peruntukan dan berbagai kemudahan masuk. Bukankah bantuan terhadap rakyat dan kawasan tidak kenal musim?

Namun, lawak jenaka ini tidak menginsafkan mereka yang mahu menjadi wakil rakyat. Semua terus berebut-rebut mahu jadi wakil rakyat. Wakil rakyat ada kuasa, apatah lagi jika ada jawatan dalam kerajaan. Pendek kata, mereka ingin terus jadi wakil rakyat, walaupun mereka tahu rakyat doakan cepat mati, tetapi dia tetap tidak mahu mati. Mereka mahu mati di atas takhta.

Paling tidak pun jika sudah tidak dapat bertahan lagi, dia akan memastikan kepada ahli keluarga, kroni dan kerabat naik menggantikannya. Jika kepimpinan tertinggi memutuskan ada calon yang lebih lanyak, jawapannya, boikot. Akhirnya calon tersebut kalah.  Kejadian ini sudah banyak kali berlaku.

Begitulah takutnya seseorang itu akan kehilangan kuasa. Takut tidak dipedulikan. Duduk di masjid tiada yang menyapa. Inilah akibat apabila berkuasa tidak tinggalkan jasa, terutama kepada agama, bangsa dan negara. Pendek kata, kuasa itu bukan segala-galanya.

Sebab itu, saya cukup menghormati wakil rakyat yang sanggup mengundurkan diri bila tiba masanya. Dia tahu jawatan itu amanah. Jawatan ada perkiraan dosa dan pahala, dunia dan akhirat. Inilah baru namanya wakil rakyat. Tahu, ketika diperlukan. Sedar diri, bila tidak berkemampuan. Keadaan biasa dilihat pada zaman Rasulullah SAW dan para sahabat. Ada yang menawarkan diri, tetapi ditolak, kerana Rasulullah SAW tahu siapa yang lebih layak. Hari ini, sudahlah tidak layak, cari jalan untuk jadi layak. Jika tidak berjaya. Boikot.

Sepatutnya, kita memberi laluan kepada orang lain yang berwibawa. Persoalan timbul, apabila calon yang muda dan berwibawa tidak mendapat sokongan akar umbi. Mereka bukan ketua bahagian, mahupun cawangan. Pencalonan mahupun kemenangan mereka akan menimbulkan masalah kerana, ketua bahagian atau cawangan tidak akan memberikan laluan. Kedudukannya terawang-awang. Inilah dilemma yang dihadapi oleh sesetengah wakil rakyat. Mempunyai kedudukan dan kuasa dalam kerajaan, tetapi tidak mempunyai jawatan di peringkat akar umbi. Menang pun tiada erti. Hidup dalam dilema.

Lebih serius lagi, mutakhir ini, seringkali kedengaran ugutan untuk tidak mengundi parti-parti tertentu dalam PRU 13 jika tuntutan dan desakan mereka tidak dituruti atau dipenuhi. Semua mahu jadi calon, tidak kira dirinya kuat atau tidak. Yang penting mesti bertanding. Kuota yang sedia ada mesti dipenuhi. Kalau boleh ditambah lagi. Sehingga ke peringkat jawatan dalam kabinet.

Sampai bilakah kita boleh sampai ke tahap kematangan dalam berpolitik? Sepatutnya yang dibincangkan adalah soal strategi, ciri-ciri calon yang boleh menang dalam PRU 13, bertangungjawab, ada agenda agama, bangsa dan negara. Boleh menjadi contoh kepada orang lain atau rakyat. Mempunyai latar belakang dan keluarga yang baik-baik. Bukan sekadar memenuhi kuota. Apa guna kuota, jika kalah pilihan raya.  

Justeru, menjelang PRU 13 akan datang, penegasan perlu segera dilakukan. Mereka yang menjadi parasit hendaklah digugurkan. Patuhi arahan ketua atau risikan. Ingatlah jawatan itu adalah amanah, bukan untuk keselesaan atau mengumpul harta. Sekarang bukan masa untuk boikot atau membalas dendam.

Selain itu, kawasan yang menjadi majoriti sesuatu kaum hendaklah diwakili oleh kaum tersebut. Jika tidak ada majoriti, maka fikirkanlah cara lain untuk mewakilinya. Bukan apa, kadangkala kita terlampau baik dan bertolak ansur. Meletakkan calon bangsa minoriti di kawasan bangsa majoriti. Pembangkang membaca strategi tersebut, mereka meletakkan calon bangsa majoriti di kawasan bangsa majoriti. Akhirnya, mereka menang. Bukan tidak boleh, tetapi jangan terlalu kerap.

Kesimpulan, apapun yang kita lakukan, ingatlah di situ ada perkiraan dosa pahala, kebahagiaan dunia dan akhirat, kerana menjadi wakil itu adalah amanah.

28 comments:

Unknown said...

Setuju Prof..
Nak tambah sikit..

Kalau letakkan bukan Melayu di tempat majoritinya Melayu, cuba pula letakkan Melayu di tempat majoritinya bukan Melayu pula..

Nak tengok, setimpal tak dengan pengorbanan kerusi Melayu?..

Anonymous said...

Untuk mengenali wajah sebenar ulamak2 besar yang memimpin parti Pas, saya sarankan kalian baca lah buku KAFIRKAH AKU karangan CN Al Afghani atau Cikgu Non.

Cikgu Non wajar berterima kasih kepada SB yang berjaya mencium rancangan beliau untuk membunuh PM Tun Dr Mahathir. Jika tidak kerana tindakan SB menangkap Cikgu Non dan menghantarnya ke Kem Kamunting, mungkin Cikgu Non dah tak ada lagi didunia ini. Mati katak ditembak polis, seperti matinya Ibrahim Libya.

Begitu lah dahsyatnya pengaruh Amanat Hj Hadi. Ini lah pengakuan jujur dan ikhlas oleh Cikgu Non sendiri dalam buku itu.

Cucu Nik Aziz

Anonymous said...

Ada juga yang sudah bertongkat tetapi masih takut kehilangan kuasa. Tetap mahu menjadi calon. Tetap mahu menjadi em bi...

AbebHabibi71 said...

Saya juga seorang ahli sebuah parti ada gak pegang jawatan kecil walaupun hakikatnya mmg tak mau atas bebrapa faktor yg menyebabkan tak mau pegang jawatan. Saya cuma suka membantu dan menyokong shj takde jawatan pun takpe. Bukan mudah utk jadi pemimpin ini..kena beriman kalo pun bukan ustaz atau ulamak asas sbg Islam keran matlamat tidak menghalalkan cara. Apa yg prof katakan itu benar2 berlaku..mcm lah jawatan ketua bahagian atau cawangan mmg hak milik keluarga mereka aje..seolah olah takde orang lain yg lebih drpd dia. Saya pernah berbual dgn rakan dari penang seorang melayu, dgn loghat penangnya dia berkata "tak dak orang len lagi dah ,yg buleh jadi perdana menteri Anwar Ibrahim saja sorang...huhuhuhu

AbebHabibi71 said...

Tepat sekali kata2 prof itu, saya amat bersetuju..mcm la hak tersebut milik keluarga mereka. Cuma saya pelik bila orang mmg berebut2 nak jadi calon dsb. Ingat jadi pemimpin ni main2 agaknya...byk mende nak kena jawab nanti aduhhh...dosa yg sedia ada ni pun dah byk..Bagi saya takde jawatan pun tkpe la..kalo dpt bantu dan sokong sikit2 pun jadilah tk perlu lah nak berebut sgt jawatanc tu huhuhuhu..sekadar pandangan shj

AbebHabibi71 said...

Saya juga seorang ahli sebuah parti ada gak pegang jawatan kecil walaupun hakikatnya mmg tak mau atas bebrapa faktor yg menyebabkan tak mau pegang jawatan. Saya cuma suka membantu dan menyokong shj takde jawatan pun takpe. Bukan mudah utk jadi pemimpin ini..kena beriman kalo pun bukan ustaz atau ulamak asas sbg Islam keran matlamat tidak menghalalkan cara. Apa yg prof katakan itu benar2 berlaku..mcm lah jawatan ketua bahagian atau cawangan mmg hak milik keluarga mereka aje..seolah olah takde orang lain yg lebih drpd dia. Saya pernah berbual dgn rakan dari penang seorang melayu, dgn loghat penangnya dia berkata "tak dak orang len lagi dah ,yg buleh jadi perdana menteri Anwar Ibrahim saja sorang...huhuhuhu

Anonymous said...

" DAP akan sapu bersih 50 kerusi yang mereka tandingi ".

Betul kata2 itu. Kita kenal sangat hati perut pengundi cina. Senang saja nak jangka corak pengundian mereka.

Jika calon Umno berlawan dengan calon melayu Pas .. mereka undi Pas kerana hendak menjatuhkan Umno.

Jika calon Umno berlawan dengan calon melayu PKR .. mereka undi PKR kerana hendak menjatuhkan Umno.

Jika calon bukan melayu BN berlawan dengan calon melayu Pas atau calon melayu PKR .. mereka undi BN kerana mereka tak akan bodoh nak beri kemenangan kepada calon melayu.

Jika calon bukan melayu BN berlawan dengan calon melayu DAP .. mereka akan undi calon melayu DAP kerana mereka mahu dia menang dan layak untuk dilantik oleh sultan sebagai MB Negeri DAP.

(Kejadian di Perak adalah mainan politik DAP bila Nizar dari Pas mereka angkat sebagai MB)

Jika calon bukan melayu BN berlawan dengan calon bukan melayu DAP .. mereka akan undi DAP kerana beri undi kepada MCA/Gerakan sama seperti beri undi kepada Umno.

Ramalan keputusan PRU13 untuk Pakatan Rakyat adalah DAP akan menang semua kerusi yang ditandingi dan menjadi parti dominan dalam Pakatan Rakyat. Pas hanya mendapat Hempas .. Hudud entah kemana, Negara Islam ibarat bumi dengan langit. Melayu menderita, Islam dihina. Cina ketawa, bukan islam berpesta.

Bukan saya nak takut2kan anda. Tapi ini lah yang akan terjadi kepada bangsa melayu dan agama islam jika kata2 Hadi Awang dan Nik Aziz ditaati.

Kalau Anwar digelar pengkhianat perjuangan melayu. Maka Hadi Awang dan Nik Aziz patut digelar pengkhianat perjuangan islam.

Hj Ariffin

Anonymous said...

Pandanglah cermin sebelum berkata-kata saudara! Saudara ibarat beruk yang sudah expired! Kata-kata yang lantang tetapi tidak masuk akal ibarat gila isim atau gila talak.

Anonymous said...

Kaki ampu sekalian, ingatlah... hari pembalasan akan tiba! Semua cybertrooper dan kaki ampu akan kami dedahkan dan musnahkan! Gmabar kamu serta segala butiran tentang diri masing-masing akan didedahkan tak lama lagi. Tunggulah!

Anonymous said...

DAP jika bersendirian tak kuat mana pun. DAP kalau tanpa bantuan daripada melayu Pas dan melayu PKR tak mungkin akan dapat menggugat kuasa politi orang melayu melalui Umno. DAP kalau orang melayu tak berpecah belah kerana tertipu dengan ungkapan " islam " tak akan dapat laluan untuk membolehkan cina memerintah melayu.

Kita nak tanya pemimpin Pas. Kalau DAP yang mendominasikan pemerintahan negara, kuasa apa yang anda akan dapat ? Di Penang, kuasa apa yang wakil Pas dapat daripada Lim Guan Eng ? Nampaknya setakat jadi wakil rakyat saja lah yang pemimpin Pas akan dapat.

Jika DAP yang mendominasi teraju kerajan jawatan2 kanan dalam kabinet seperti PM, TPM, Menteri Kewangan, Menteri Polis dan Tentera, Menteri Pendidikan, Menteri Kesihatan, Menteri Perdagangan, Menteri Luar, Menteri Belia, Menteri Undang2 semua orang dia, kepada Pas mungkin setakat Menteri Kebajikan saja.

Semoga orang melayu tak buat silap dengan mengundi Pas atau PKR pada PRU13 nanti. Kita tak tolak Pas andainya Pas tidak menjadi agen DAP untuk mendapat laluan ke Putrajaya.

Ingatlah wahai orang melayu. Jika PR berjaya menjatuhkan Umno, bukan Pas yang akan sampai ke Putrajaya, tapi DAP yang akan berada di Putrajaya. Jika PR berjaya menjatuhkan Umno, bukan Hadi Awang yang dapat menduduki kerusi PM, tapi Lim Kit Siang yang akan menggantikan Najib.

Kenapa saya tak sebut Anwar, kerana Anwar dirasakan tak layak sama sekali untuk jawatan PM kerana moralnya sangat teruk, bukan saya saja yang kata begitu, malah orang Pas dan DAP pun tak dapat terima Anwar jadi PM.

Cucu Nik Aziz

Anonymous said...

" Meletakkan calon bangsa minoriti di kawasan bangsa majoriti " (RT).

Tentang kejadian ini, pengundi melayu sudah berkurun membuktikan semangat setiakawan. Kalau dahulu ia berlaku dalam kalangan pengundi melayu Umno sahaja. Tapi bermula 2008, pengundi melayu Pas juga sudah terikut2.

Setiakawan ? Siapa yang setia dengan kawan ? Orang melayu setia dengan kawan mereka yang bukan melayu. Tapi adakah bukan melayu juga setia dengan melayu ?

Senarionya. Calon bukan melayu boleh senang2 menang dalam kawasan majoriti melayu .. itu biasa. Tapi boleh kah calon melayu menang dalam kawasan majoriti bukan melayu ? Sumpah saya, selagi ada bulan dan matahari .. melayu tidak akan menang dalam kawasan bukan melayu majoriti.

Sekadar untuk mencuba. Mungkin Pas boleh cuba letak satu orang calon melayu (ulamak/ustaz) dalam mana2 kawasan bukan melayu majoriti pada PRU13 nanti untuk membuktikan kepada orang Umno bahawa Pas kini diterima oleh bukan melayu ? Jika Pas menang, inyallah berduyun2 orang melayu akan tinggalkan Umno.

Saya cabar Hadi Awang, pilih mana2 kawasan majoriti cina untuk bertanding. Sebagai ganti berilah kawasan yang sekarang diwakili oleh Hadi Awang untuk ditandingi oleh calon cina daripada DAP.

Saya berani bersumpah. Selagi ada bulan dan matahari Hadi Awang tak akan menang dengan mengalahkan calon BN (MCA/Gerakan) dikawasan majoriti cina.

Saya berani bersumpah. Selagi ada bulan dan matahari calon cina daripada DAP akan menang dengan mengalahkan calon BN daripada Umno. Para pengikut Hadi Awang di DUN Rusila akan berduyun2 mengundi calon DAP seperti mana yang diperintahkan oleh Hadi Awang.

Hj Ariffin

Anonymous said...

Sdr Hj Ariffin,

Setuju "Pas hanya mendapat Hempas .. Hudud entah kemana, Negara Islam ibarat bumi dengan langit. Melayu menderita, Islam dihina. Cina ketawa, bukan islam berpesta.

Kalau Anwar digelar pengkhianat perjuangan melayu. Maka Hadi Awang dan Nik Aziz patut digelar pengkhianat perjuangan islam."

Tapi tak setuju "DAP akan sapu bersih 50 kerusi yang mereka tandingi". Sebab tak semua Cina sukakan DAP. Saya sendiri kenal beberapa yang begitu. Ramai yang mahukan keamanan, tak mahukan pergaduhan kaum seperti 13 Mei 1969 - yang mereka tahu di sebabkan oleh DAP - mahukan perniagaan tidak terganggu seperti berlaku selama 2 tahun di 1969. Membuat duit ada lah amat penting bagi mereka.

Juga sebab ramai Cina takut PAS, tak percayakan PAS. Lihat sahaja Hudud, sekejap mahu (2010 dan sebelomnya), sekejap tak mahu (Muktamar 2011), kemudian mahu lagi (Muktmar 2012). Begitu juga kalimah Allah - mula mula kata hanya untuk orang Islam, kemudian Mat Sabu kata boleh untuk bukan Islam, Nik Aziz pun kata lk gitu, Hadi pergi mesyuarat pucuk pimpinan PR, kata boleh tapi dengan syarat, akhirnya Majlis Syura PAS kata hanya untuk orang Islam. Bingong Cina di buatnya, baran dan menyinga DAP kapada PAS akibatnya.

PAS Kedah haramkan pusat hiburan di bulan puasa hingga Karpal Singh ugut saman, PAS Kelantan saman salon rambut Cina dan pasangan khalwat Cina, menyinga lagi Karpal Singh nak saman. Akibatnya, ramai lagi Cina takutkan PAS dan mungkin tak undi DAP sebab PAS akan naik kalau PR menang.

Anonymous said...

Fatwa Cucu Tokguru

Undi DAP MURTAD
Undi Pas SESAT
Undi PKR MUNAFIK
Undi Umno BERKAT

Lim Kit Siang jadi PM melayu KIAMAT

Hadi Awang jadi PM melayu BERAT

Najib jadi PM melayu RAHMAT negara NIKMAT

Cucu Nik Aziz

Anonymous said...

12:04 AM,
12:21 AM,

Kamu orang yang sama.

Kamu lebih buruk dari tabi'at beruk. Kamu macam babi. Menyodok sana, menyodok sini, tak kira apa, tahi pun kamu sodok, sikit sebanyak masuk mulut kamu. Itu pasal bau busuk tiap kali kamu buka mulut.

Kamu selalu masuk di sini mencaci, tuduh liar dengan tidak ada alasan, justifikasi atau penerangan pun. Kamu bukan sahaja "ibarat gila isim atau gila talak", kamu gila, nokhtah.

"Hari pembalasan" bagi kamu ia lah bila puak kamu di singkirkan oleh rakyat negara ini yang mahukan keamanan, tidak di kucar kacirkan dek penyodok bontot, penyodok adab sopan, penuh dengan biadap dan kurang ajar, seperti Naib Presiden DAP Tengku Aziz kata Lim Guan Eng di masa dia cabut berdentum keluar dari parti chauvinis anti-Melayu dan anti-Islam itu.

Anonymous said...

Silapnya orang melayu adalah kerana mereka sangat mempercayai orang2 yang bergelar ustaz atau tokguru. Mereka hormat giller. Sebab tu mudah kena tipu dengan orang2 yang berpura2 alim dan warak .. pakai kopiah putih 24 jam, pakai serban dan jubah 24 jam, membilang biji tasbih 24 jam.

Nik Aziz kalau bukan kerana umpan syurga tak kan ada rakyat kelantan yang sanggup duduk bawah MB yang tak bawa apa2 kemajuan pun kepada negeri kelantan. Rakyat kelantan terlalu dahagakan syurga, hidup susah tak apa, janji masuk syurga.

Hadi Awang kalau bukan kerana ugut kafir kepada siapa2 yang menyokong Umno tak lah Ibrahim Libya sampai sanggup " bunuh diri " bersama2 dengan pengikutnya dalam peristiwa Memali. Orang melayu terlalu takut menjadi Kafir. Orang melayu rela mati daripada menjadi Kafir.

Dari sini nampak sangat betapa bodohnya orang melayu, betapa ceteknya ilmu agama mereka, betapa jahilnya mereka tentang authority yang ada pada tuhan mereka.

Tidak kah orang melayu tahu bahawa Syurga itu authority tuhan Allah untuk semua penganut islam tak kira apa bangsa pun atau apa parti pun.

Tidak kah orang melayu tahu bahawa Kafir juga authority tuhan Allah keatas semua penganut islam tak kira apa bangsa pun atau parti pun.

Bila ada orang melayu meyakini Syurga ikut tafsiran Nik Aziz dan Kafir ikut hukum Hadi Awang, saya jadi pelik dan tertanya2, adakah islam orang melayu tak sama dengan islam Nabi Muhamad, adakah tuhan orang melayu tak sama dengan tuhan Nabi Muhamad.

Saya berani kata bila Nik Aziz berani janji Syurga maka taraf dia dah sama dengan tuhan. Begitu juga bila Hadi Awang sampai berani menghukum Kafir orang maka taraf dia juga dah sama dengan tuhan.

Pertanyaan saya kepada orang Pas. Adakah Nik Aziz itu tuhan kalian yang menjaga Hal Ehwal Syurga. Adakah Hadi Awang pula tuhan kalian yang menjaga Status Keislaman seseorang.

Kalau Nik Aziz dan Hadi Awang bukan tuhan kalian maka persetankan saja janji Syurga dan hukum Kafir oleh mereka.

Kalau kerana tidak sokong Pas maka kita tak dapat masuk Syurga, kalau kerana tak sokong Pas maka kita jadi Kafir. Bagaimana dengan nasib Nabi Muhamad saw ? Masuk Syurga kah baginda ? Jadi Kafir kah baginda ?

Jangan lah terlalu mendewa2kan Nik Aziz dan Hadi Awang sehingga mereka sama taraf dengan tuhan.

Minta maaf, saya melihat Nik Aziz dan Hadi Awang ini tak ubah macam Setan Berserban dan Berjubah yang mahu menghancurkan islam kerana mereka tak ada sikit pun niat untuk bertolak ansur dengan Umno demi perpaduan melayu, sedangkan dengan DAP mereka boleh bertolak ansur terlalu banyak. Diantaranya Hudud sanggup ditangguhkan, Negara Islam sanggup digugurkan dan yang paling hebat sekali adalah tuhan mereka (Nik Aziz dan Hadi Awang) sama dengan tuhan Lim Guan Eng.

Dari situ saya ingin bertanya. Nik Aziz dan Hadi Awang ini agamanya Islam atau Kristian ? Tak salah saya nak bertanya kan. Tak salah saya meragui keislaman mereka kan.

Hj Ariffin

Anonymous said...

Lebai2 Kampong Ditipu Hidup2

Memang lah Pas kata dia akan bertanding lebih banyak kerusi daripada yang DAP bertanding. Konon nya untuk menyekat peluang DAP daripada menjadi parti dominan dalam PR. Pi bohong dengan orang kampong yang pakai ketayap (kopia putih) yang tak reti metamatik sure mereka boleh terima la.

Pas letak calon paling ramai, tapi yang menang sikit saja. DAP letak calon tak seramai Pas, tapi yang kalah sikit sangat.

Nak bagi pak2 lebai kampong yang bodoh metamatik faham. Macam ni. Katakan Pas bertanding 90 kerusi parlimen, menang hanya 30 kerusi saja. DAP pula bertanding 60 kerusi parlimen, menang 50 kerusi. Sapa yang dominan ?

Memang lah Pas dominan, tapi dominan dalam meletakkan calon saja lah. Sedangkan DAP dominan dari segi bilangan kerusi yang mereka menang. Ada faham kah lebai2 kampong sekelian yang beria2 sangat nak lihat Hadi Awang jadi PM ganti Najib ?

Hj Ariffin

Anonymous said...

Hj Ariffin

Tengok pada gaya mereka berdua memang lah mereka dah sama taraf dengan tuhan. Berani jamin orang masuk syurga. Berani jatuh hukum orang kafir.

Tentang agama rasanya mereka berdua nak kata Islam boleh nak kata Kristian pun boleh.

Entah la itu pendapat saya.

Anonymous said...

Hj Ariffin 3:01 PM, March 19, 2013,

Dah nasib orang melayu lah ramai yang mempercayai orang2 yang bergelar ustaz atau tokguru. Terutama di Kelantan. Ramai antara mereka yang main ikut kata saja. Bila sebut parti Islam, itu lah yang mereka pegang, tak sedarkan parti itu bukan parti Islam, hanya parti politik yang perjuangkan Islam pun tidak, pernah humban konsep negara Islam dan Hudud di Muktamar 2011. Mat Sabu kata bukan Islam boleh gunakan kalimah Allah, Nik Aziz pun kata lk begitu, Hadi pergi mesyuarat dengan DAP dan PKR, kata bukan Islam boleh guna, dengan syarat.

Tapi sudah lama mula ada yang sedar di antara mereka, yang tidak tertarik kapada umpan syurga Nik Aziz, yang jijik PAS bersekongkol dengan kafir DAP yang bangkang Hudud bermati matian. Sudah ramai yang sedar salah Nik Aziz tu, mengeleng kepala bila mengata Tuhan pun mencarut, malahan ada yang menanya jika dia sudah nyanyok atau gila.

Bukan sahaja tulisan tulisan di blog dan di akhbar, tapi juga di buku buku memberi penerangan berkenaan tingakah laku salah oleh PAS, termasuk yang berjodol "Bukti PAS Bukan Parti Islam" "Fatwa dan Pendapat PAS Bertentang Dengan Islam Dan Mengelirukan Rakyat" oleh Syiekh Abu Muhammad Iqamuddin. Mengandungi penerangan seperti PAS songlap Tabung Memali yang rakyat sumbangkan banyak puluh ribu Ringgit kapada waris waris mangsa peristiwa Memali di Kedah, oleh seorang Cikgu aktivis PAS yang di perdayakan oleh pihak atasan PAS di Kedah.

Saya percaya menjelang PRU 13 ini semangkin ramai yang rasa marah kerana di kelirukan oleh PAS sendiri dan oleh PKR. Manifesto Pakatan Rakyat yang di umumkan baharu baharu ini tidak menyebut Hukum Hudud langsung. Ada yang mengatakan Manifesto itu di reka oleh PKR, tiada input dari PAS, sehingga Hudud tak di sebut, ada 5 muka surat kosong kononnya, tak tahu apa tujuannya begitu.

Selain dari Pokdo, Poksu dan Pokman, ramai yang rasa marah sejak Anwar cuba pengaruhi PAS melalui puak yang di panggil Erdogan di ketuai oleh Khalid Samad, sehingga berjaya mendapatkan perwakilan di Muktamar 2011 membaling Hudud di tingkap, dengan tidak di dugai puak Ulama. Jelas ada pertlingkahan di antara puak puak dalam PAS sendiri, sehingga puak Ulama dapat membawa kembali Hudud di Muktamar PAS 2012.

Maka, selain dari ahli dan penyokong PAS, rakyat umum dan pengundi juga sudah melihat kucar kacir, dolak dalik pendirian PAS yang mengeliru dan memobosankan mereka, seperti dalam hal Hudud, isu kalimah Allah, mengharamkan pusat hiburan di Kedah, saman salon rambut Cina dan saman pasangan khalwat Cina di Kelantan.

Saya yaakin ramai yang bukan ahli tapi hanya penyokong PAS akan mengundi UMNO/BN di PRU 13. Malahan ada yang berani menulis di Internet mengata mereka ahli dah bosan dan marah, mereka sanggup mengundi UMNO/BN di PRU13.

Anonymous said...

Anon 624.

Bercakap mengenai Manifesto PR dan Buku Jingga. Memang didalamnya langsung tidak menyentuh berkenaan Hudud atau Negara Islam. Kita yang bukan ahli Pas faham apa itu yang dikatakan Manifesto dan apa itu yang dimaksudkan dengan Buku Jingga.

Faham kah ahli Pas bahawa Manifesto itu adalah janji yang kena ditunaikan kepada rakyat jika mereka MENANG. Jika KALAH maka tak perlulah nak ditunaikan. Kes Mahkamah di negeri Selangor sebagai rujukan perundangan.

Kalau dalam manifesto tak sebut Hudud atau Negara Islam, macam mana ahli Pas nak tuntut PR laksana Hudud atau bentuk Negara Islam. Kalau tuntut juga silap haribulan Karpal akan kata " ini pemimpin Pas betul2 Bodoh Kelas Pertama punya orang lah "

Fahamkah ahli Pas bahawa Buku Jingga itu adalah satu bentuk perjanjian bertulis diantara Presiden parti2 dalam PR. Kalau dalam perjanjian bertulis tak sebut pun Hudud atau Negara Islam, sampai kiamat pun ahli Pas tak akan lihat Hudud dan Negara Islam menjadi satu realiti dalam kerajaan PR.

Sedih sangat saya kerana ahli Pas ni nampak sangat tak berapa faham bahasa undang2. Mereka diajar yakin pada perkara yang mustahil.

Sampai bila mereka nak jadi BODOH KELAS PERTAMA dek kerana percaya pada cakap pemimpin2 mereka. Sedih sangat saya ...

Hj Ariffin

Anonymous said...

Hahahaha, sedap dengor dema jadi BODOH KELAS PERTAMA tu. Dema PAS dan semput, banyak gaduh berseliuh antara puak puak dema tu. Pasai kalimah Allah aje pun ada 3-4 puak - Mat Sabu, Nik Aziz, Hadi, Majlis Syura, masing masing berlain pendirian.

Penin kepala ahli, penyokong dan bukan Melayu/ bukan Islam. Mana dema nak percaya tak kena potong kalau PAS naik. Cina khalwat pun dema dah saman di Kelantan.

Anonymous said...

Lihatsaudara. Siapa melonjak naik dan siapa yang jatuh menurun. Siapa yang untung dan siapa tak dapat apa2. Adakah DAP atau adakah Pas ?

Keputusan PRU10, Menang Perlimen - Pas 26, DAP hanya 10

Keputusan PRU11, Menang Parlimen - Pas 7 sahaja, DAP bertambah jadi 12

Keputusan PRU13, Menang Parlimen - Pas setakat 23 sahaja, DAP bertambah lagi jadi 28

Ramai menjangkakan PRU13, DAP akan melonjak naik lagi, sedangkan Pas mungkin tak terdaya hendak mengejar DAP.

Ramai yang berpendapat, jika DAP mendapat lonjakan bilangan kerusi yang menang ia adalah kerana undi solid dari ahli Pas yang taksub kepada amanat Nik Aziz dan Hadi Awang.

Pertanyaan. Nampaknya Pas ada sesuatu nak diberi kepada DAP. Adakah sesuatu yang DAP boleh beri kepada Pas untuk melonjakkan kedudukan bilangan kerusi Pas.

Jawapan yang paling tepat hanya dapat diketahui selepas PRU13. Hendaknya Pas jangan menyesal selepas PRU13.

Hj Ariffin

Anonymous said...

Sdr Hj Ariffin,

Saya fikir yang akan melonjak naik ke atas ada lah UMNO/BN.

Mangkin sehari mangkin banyak yang tak betul berlaku antara Pakatan Rakyat, antara puak PAS dsbnya. Tengok saja kes Hudud, kes kalimah Allah. Ada 2-3 puak berlawan dalam PAS. Itu sebab DS Najib tidak bubarkan Parlimen sehingga sa'at terakhir yang di benarkan mengikut undang undang yang ada.

Selalu kita baca pertelingkahan merebut kerusi antara PKR dan DAP. Yang terakhir melibatkan Lim Kit Siang mengambil risiko bertanding di Gelang Patah Johor, negeri yang DAP hanya dapat 1 kerusi di PRU12.

PAS belom meletup lagi kapada "rakan seperjuangan mereka", walau pun ada mengumit dan mengumil di sana sini, mahu tanding paling banyak kerusi sebab mahukan Hadi jadi PM. Yang akhir saya baca PAS tak kira apa, sanggup tanding "tiga penjuru", dengan calon BN dan juga calon DAP atau PKR di mana mana kawasan yang penting kapada mereka.

Saya mengharap telatah seperti itu akan boleh melonjakkan BN kapada kemenangan besar di PRU13.

Anonymous said...

Salam all,

Tertarik untuk komen sikit2 pasal PAS. Lebih 20 tahun Kelantan berada di bawah Nik Aziz yang teramat Islami itu, namun tidak seorang pun pelabur Arab yang Islam itu yang tidur atas duit minyak itu datang ke Kelantan...tak tercurah sedikit pun untuk buat kilang2 kecil untuk rakyat Kelantan bekerja, namun berpusu melabur ke ke Johor!!!tanya lah diri anda kembali persoalan ini. Nik Aziz pandai cakap Arab. Tapi tak mampu tarik pelabur Arab!!..hingga kita boleh jumpa lebih ramai org2 Kelantan di Selangor dari anak jati Selangor!!.
Di mana struktur pengajian Islam asas (Fardu 'Ain dsbg) untuk anak2 kecil rakyat merhaen jelata??..Sesiapa yang pernah ke KElantan, sila tunjukkan saya satu sekolah agama untuk anak2 kecil yang berstruktur berorganisasi?. Tahukah anda, sekolah pondok bermula tatkala anak2 berumur 13tahun?. Untuk anak2 12tahun ke bawah?...tak payah ngaji??..Fardhu Ain?..Sedangkan melentur buluh biar dari rebungnya...Harap anak2 pergi ke Masjid untuk belajar Al-Quran...tak pernah saya nampak!!!. Orang2 pencen belajar A-Quran ada!!. abis tu anak2 muda nak jadi apa??..mana sikap Islami kerajaan PAS di KElantan. Langsung tidak memikirkan kebajikan anak2 muda yang mudah hanyut.
Dengan hanya satu mesyuarat parti yang (PADAHAL MESYUARAT ITU TIDAK LAYAK LANGSUNG UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN TETAPAN UNTUK KEGUNAAN MASYARAKAT UMUM@FATWA), Allah telah digadaikan kepada musuh yang Allah sebut dalam Al-Quran bahawa "mereka tidak akan redho dgn kamu hingga kamu mengikuti mereka..". Butakah kita bahawa DAP tu terdiri dari majoriti org2 Cina yang telah memeluk Kristian?...Padahal pada waktu zaman jahiliah, orang2 Arab tidak menyembah kepada Tuhan Yang Satu, sebaliknya ada beratus berhala di dalam dan sekitar Kaabah!!!. Setiap perkara ada tuhan yang tertentu, BUKAN TUHAN YANG SATU YANG BERKUASA ATAS SEGALA SESUATU!!!. Jadi mana mungkin nama Allah telah digunakan oleh Arab sebelum Islam datang lagi??..Arab hanya mengenali ALLAH TUHAN YANG SATU YANG BERKUASA ATAS SEGALA SESUATU setelah kedatangan Islam melalui Rasulullah S.A.W. Itu pun setelah segala penentangan digagalkan oleh ALLAH YANG MAHA TAHU LAGI MAHA KUASA. Hanya kerana Dato Hasan Ali mempertahankan Islam di Selangor, ada orang dari Kelantan telah memecat beliau???...pelik kan? mendalam benar pengetahuan org itu tentang perihal Selangor dari anak jati Selangor sendiri!!..Ustaz Nasarudin menggalakkan perbincangan persatuan kerjasama politik antara UMNO-PAS, hayat beliau dalam politik juga telah dipendekkan. Bagi saya, jika kita tak mampu nak buat kebaikan, jangan pula kita jadi penghalang atas kebaikan yang dibuat oleh orang lain...rakyat kerdil ini melihat tingkah laku kamu sama seperti kami melihat gelagat UMNO pada PRU lepas...

PKR...tak kurang dari 3 video beredar di pasaran maya melibatkan kekacauan moral jijik yang parah kronik beyond repair pemimpin agungnya anugerah Tuhan sedang melawan ketetapan Tuhannya. macam mana??...terus tak masuk senarai!!. (Namun Allah adalah Maha Pengampun. Bertaubat dan mintalah ampun kepadaNYA).


pelik la..

Anonymous said...

Memang kita berdoa supaya Allah memberikan kemenangan kepada Umno kerana hanya Umno yang sanggup berjuang menjaga kesucian kalimah Allah. Sedangkan Pas sanggup mejadikan nama Allah sebagai cagaran kepada DAP untuk membuktikan kesetiaan Pas dalam PR.

Secara peribadi saya tidak lagi nampak imej islam dalam Pas, nampak islam hanya pada serban dan jubah atau kopiah putih yang mereka orang Pas pakai ke hulu ke hilir. Itu saja islam yang mereka ada ... islam serban, islam jubah dan islam kopiah putih.

Saya rasa kini semakin ramai orang yang kata " Pas hanya islam pada serban, pada jubah dan pada kopiah putih ".

Hj Ariffin

Anonymous said...

Expired dan Tunggu Lupus

Nik Aziz tetap akan bertanding walau pun terpaksa duduk atas kerusi roda. Kata dia seperti yang keluar dalam Utusan.

Tak salah aku umur dia dah 89 tahun. Boleh lagi kah buat kerja sebagai wakil rakyat. Pastu berapa tahun lagi dia boleh hidup. Nik Aziz tu bukan setakat dah "expired" malah dah masuk kategori "aset tunggu pelupusan".

Entah lah. Kalau dia menang lagi, memang sah dan jelas sangat la orang Kelantan ni adalah "AYAM dan LEMBU" seperti mana yang Nik Aziz kata kepada penerima BR1M.

Adakah orang Kelantan AYAM ?????
Adakah orang Kelantan LEMBU ?????

Yang undi Nik Aziz dan Pas, pilihlah sama ada nak jadi AYAM atau nak jadi LEMBU ... anda bebas memilih.

Yang undi Umno/BN ... anda adalah ORANG (MANUSIA).

Hj Ariffin

Anonymous said...

SYURGA NIK AZIZ

Jange jadi supo "aye dan lembu". Dah 22 tahun "aye dan lembu" duk tunggu syurga dari Nik Aziz. Aye tak dapat syurga, lembu pun tak dapat juga. Yang dapat syurga di Kelantan adalah dua ekor cina di Perak tu ... Nge Koo Ham dan Nga Kor Min .. kaya sake dua ekor cina tu dapat anugerah syurga daripada Nik Aziz.

Habis tu mu ore Kelantan nak tunggu gapo lagi ... nak tunggu syurga ????

Hj Ariffin

Azran Chan said...

SIAPA ULTRAMAN KIASU???

Kebangsaan Melayu, Kebangsaan Cina, Kebangsaan India mahupun Kebangsaan Arab sekalipun adalah Jahiliyah. Asobiyah versus Islam. Agenda Bangsa dan Agenda Agama berlawanan antara satu sama lain. Lillahi Taala atau Lil Melayu (Asobiyah) wal Malaiziya (Wathaniyah)??? Berjuang Lillahi Taala matinya Syahid manakala berjuang LilMelayu wal Malaiziya matinya Syirik berniat selain dari Kerna Allah Taala.

Cina DAP Cina Ansar andaikata lambangnya di Haramkan Umno Zolim dlm PRU13 maka lambang Purnama Islam bakal diguna-pakai.

TGNA masih MB namun Umngoks termimpikan beliau PM. Mana mungkin MB boleh lulus Christian karang AlKitab terkandung Kalimah Allah?

TGNA tak jamin masuk Syurga, tapi barangsiapa berguru & beramal dgn ilmu beliau InsyaAllah Jannah tempahnya...namun PASTINYA buat pemimpin sama penyokong Umngoks/BN Jahannam tempat mereka dek hidangkan kilang Carlsberg, St Miguel, Gentings Casino. TOTO & Magnum.

Wallahu'Alam
Azran Chan

Anonymous said...

UMNO pun selalu nak menang. Ultra kiasu kah mereka??