Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Monday, March 28, 2016

Tidak diversity lagikah kita?

9:27 AM Posted by RIDHUAN TEE 3 comments
Sinar Harian 28.3.2016
Lanjutan artikel minggu lalu, ramai wartawan menelefon bertanyakan kenapa saya dilarang masuk ke Singapura. Berita ini turut menjadi trending. Jawapannya, kerana negara tersebut ultra kiasu. Sifat ultra kiasu inilah yang menjadi negara ini maju. Mereka langsung tidak mahu berkongsi dengan Malaysia.



Teringat kata-kata mendiang guru saya, Profesor Dr Chandran Jushurun yang pernah mengajar di Singapura. Katanya, Singapura ibarat sebiji kek, dia tidak mahu langsung kongsi kek tersebut, walaupun dia tahu kek tersebut bukan hak dia sepenuhnya. Pernah kita pertikaikan perjanjian air sehingga tahun 2061 dengan harga tiga sen (0.03) setiap 1000 gelen? Begitulah baiknya Malaysia.



Malaysia terlalu baik kepada bukan Melayu. Setiap kali bertindak, agenda untuk orang bukan Melayu tidak pernah dilupakan. Adakah ultra kiasu juga berfikir sama atau mahu makan seorang diri?



Konsep adil selalu dirujuk sebagai 1=1. Peliknya, bila sesuatu berpihak kepada mereka. Mereka senyap. Sebaliknya, jika tidak, bising bukan main. Misalnya, kenyataan Presiden Pas, Hadi Awang, ketua ultra kiasu Pulau Pinang tidak patut dihukum selagi didapati tidak bersalah oleh SPRM berhubung isu pembelian banglo RM2.8 juta, langsung tidak dipuji oleh ultra kiasu termasuk kalangan mereka seagama.



Namun, apabila kenyataan Hadi berpihak kepada PM Najib, maka Hadi dihentam sehingga tidak ada  kata-kata kesat untuk dilemparkan. Politik kebinatangan apakah ini? Masih tidak kenalkah musuh sebenar? Peliknya, sebelum insiden ini, tidak pula wartawan dijemput ke rumah. Tiba-tiba bila isu ini meletop, terus wartawan dijemput. Wayang tongkol apakah ini? Paku dulang, paku serpih, mengata orang, dia lebih. Sama sahaja, 2x5.



Kadangkala seram juga melihat kekayaan kalangan pemimpin hari ini. Mewah tidak terkata rumah dan keretanya. Dapat wang daripada mana? Ini tidak termasuk pegawai kerajaan KBS yang didakwa pecah amanah seperti yang dilaporkan. Boleh dibawa matikah semua benda ini? Mampukah kita menjawab soalan bocor alam kubur nanti seperti Ma rabbuka, Man nabiyyuka, Man deenuka, Man kiblatuka, Man imamuka danMan ikhwanuka?



Bandingkan dengan mereka antara yang terkaya di dunia seperti pengasas Facebook, Mark Zuckerberg. Kehidupannya amat sederhana. Kekayaan yang sebegitu banyak membolehkan beliau berkahwin di bulan. Tetapi beliau memilih cara hidup mengikut lunas Wasatiyyah. Berpakaian sama setiap hari tanpa fesyen dan hiasan. Begitu banyak wang didermakan kepada mereka yang memerlukan bagi menunjukkan kediversitiannya. Bukan seperti kita, pantang kaya sedikit, menunjuk selalu, rumah, isteri, barang kemas, kereta dan sebagainya. Diversity kah kita?

Terbaharu, ultra kiasu Islam bermata sepet, mempertikaikan mahkamah persekutuan tidak mencerminkan diversity. Hakim Melayu lebih ramai berbanding bukan Melayu katanya. Wajarlah, sebab majoriti Melayu lebih ramai. Lagipun negara ini negara Islam. Apakah perkara 3-13 dan 153 dalam perlembagaan tidak membawa apa makna langsung?



Persoalannya, apakah wujud diversity di negeri ultra kiasu Pulau Pinang dan Chinatown yang lain? Berapa ramai exco atau jawatan strategik diberikan kepada orang Islam, berbanding warna-warna dalam kabinet Malaysia? Sebiji seperti Singapura. Cuma belum berpisah sahaja lagi. Jika ditakdirkan berpisah nanti, baharulahkita tahu isi hati mereka sebenar. Sebab itu, umat Islam jangan terlalu bersedap hati dengan keadaan yang berlaku hari ini, bergaduh dan berpecah tidak pernah habis. Sanggup berpeluk dengan musuh, tetapi dengan saudara sendiri dilayan seperti haiwan.



Kepada ultra kiasu sepet Islam, percayalah kamu diterima kerana perjuangan kamu selari dengan mereka. Jika kamu berterusan memperjuangkan Islam, seperti apa yang saya lakukan, pasti kamu akan ditendang keluar.



Peliknya, kenapa tidak pertikaian penguasaan kek ekonomi yang hampir sepenuhnya dikautkan oleh bukan Melayu? Senarai 10 terkaya di Malaysia, hanya seorang sahaja Melayu (Arab). Di manakahdiversitynya? Jika adapun muka-muka Melayu sekadar untuk melariskan jualan atau mendapat projek. Amat malang jika ada Melayu yang dilantik ke jawatan tinggi sebagai pengerusi, hanya bertindak sebagai ‘pak pacak’.



Bandingkan berapa banyak sektor awam termasuk GLC telah dibuka kepada bukan Melayu. Lihat Petronas hari ini, apa sudah jadi? Begitu juga Bank Bumiputera, menjadi CIMB. Berapa ramai bukan Melayu yang memegang jawatan tinggi, sehingga hilang identiti bumiputeranya. Begitu juga dengan Universiti Swasta. Kenapa tidak pertikaikandiversitynya?



Ini tidak termasuk stesen penyiaran yang punyai mereka. Rancangan bersifat ‘Islamik’ hanya tempelan dan bersifat mencari keuntungan. Selebihnya penuh dengan unsur illuminati dan freemason. Apa tujuannya, kalau bukan untuk merosak pemikiran generasi muda Islam hari ini, agar mereka menjadi liberal dan jauh dari agama. Malangnya anak-anak kita terus leka dengan rancangan realiti hiburan yang disediakan.



Bangkitlah wahai saudara saudariku, bangun membela umat. Tentang habis-habisan ultra kiasu yang mahukan diversitysedangkan mereka amat tertutup. Tidak tahu sampai bila saya boleh seberani ini. Ya Allah! jika berkata benar membela agamaMu ini akan berakhir di muncung pistol,  matikan aku dalam keadaan syahid.

Monday, March 21, 2016

Kenali musuh Islam sebenar

7:30 AM Posted by RIDHUAN TEE 7 comments
Kenali musuh Islam sebenar (Sinar Harian 21.3.16)

Pas bukan sahaja patut mempertahankan kerusinya, malah menambah lagi kerusi sedia ada dalam PRU 14. Menang kalah, belakang cerita. Semua maklum bahawa, sebelum wujudnya pakatan pembangkang, Pas sudah bertapak dikesemua kerusi majoriti Melayu, berhadapan dengan komponen BN (Umno). Pas tidak perlu melayan parti nyamuk, seperti PAN.

Sejak tertubuhnya PKR, banyak kerusi Pas terpaksa dikorbankan, termasuk kawasan kubu kuat Pas, terutama Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Logiknya, tidak satupun kawasan yang patut diberikan, tetapi atas dasar setiakawan, Pas berkorban. Kini, Pas diminta berkorban lagi walaupun tidak berada dalam Pakatan, untuk memberi laluan kepada PAN, bagi mengelakkan pertandingan 3 penjuru.

Sepatutnya PKR dan ultra kiasu memberi laluan kepada PAN kerana sekapal. Persoalan, di manakah PAN akan bertanding, jika bukan di kawasan Pas? Jika ini berlaku, ultra kiasu tidak akan mengundi Pas dan memberikannya kepada PAN. Sebab itu, PAN amat yakin bahawa mereka boleh menang.   

Ultra kiasu dari awal lagi sudah mengumumkan akan meletakkan calon di 8 DUN Selangor yang dimenangi oleh Pas. Pas membidas dan mengistiharkan ‘perang’ akan mempertahankan kesemua kerusinya. Peristiharan ‘perang’ dijawab dengan bongkaknya oleh ultra kiasu. Mereka amat yakin akan menang 8 kawasan Pas dengan meletakkan calon Melayu celup, dalam rangka strategi untuk menjadi Menteri Besar Selangor. Sebab itu ultra kiasu sudah bersedia awal dengan melantik calon Melayu celup sebagai calon Ahli Majlis Ampang Jaya walaupun tidak tinggal di Ampang.

Psywar dan psyop ini amat licik. Saya amat mengharapkan, jika berlaku pertandingan sebegini, Umno akan mengundurkan diri dan pakat-pakat membenamkan ultra kiasu, bagi Pas mempertahankannya kerusi lamanya.

Itu sahaja cara untuk menunjukkan keikhlasan Umno yang menghulur tangan ke arah kerajaan perpaduan. Umno dan Pas perlu sedar bahawa ultra kiasu adalah musuh yang paling bahaya hari ini.

Ingatan ini turut ditujukan kepada Melayu PKR. PKR boleh dikatakan ‘kuat’ hari ini disebabkan Pas memberikan laluan dan mengundi PKR. Jika tidak, PKR putih mata. Justeru, jangan berlagak. Mungkin PKR akan berkata, Pas menang banyak kerusi disebabkan oleh PKR mengundi Pas. Jawapannya, PKR tidak ada pilihan melainkan mengundi Pas kerana Umno sudah menjadi seteru mereka selepas anwar Ibrahim ditendang keluar. Lagipun, Pas sudah terlibat dalam politik, sejak sistem pilihan raya diperkenalkan. Bukan seperti PAN. Baru setahun jagung, begitu berani meminta itu dan ini.

Saya tidak nampak Majlis Perjanjian Pakatan Harapan 2015 dan Deklarasi Rakyat menguntungkan Islam, melainkan ultra kiasu. Sampai bila kita harus diperbodohkan oleh ultra kiasu demi kuasa? Ultra kiasu akan terus memperalatkan orang Islam untuk menguburkan Pas. Maka alasan kebobrokan Umno BN dan Pas digunakan bagi tujuan mendapat kuasa. Apabila kuasa diperolehi nanti, lihatlah apa yang akan berlaku, seperti realiti di Pulau Pinang. Melayu ke mana, Islam di mana? Wakil rakyat PKR sudah ditendang keluar daripada memegang jawatan dalam syarikat kerajaan di sana.

Justeru, saya harap Melayu PKR bertindak rasional dalam hal ini. Pas berhak mempertahankan kerusi yang mereka menangi memandangkan itu hak mereka. Sekadar peringatan untuk Umno, tidak mustahil PAS menambah kerusi dalam PRU 14 jika Umno masih tidak berubah. Menjadikan kuasa untuk mengumpul harta, wanita (artis), dan takhta (3ta). Sebab itu, mereka bermati-matian mempertahankan jawatan ketua bahagian dan cawangan, meskipun sudah tidak berupaya. Kerana itulah lesen untuk mendapat 3ta tersebut.

Perkasa sudah mengingatkan orang Melayu agar berwaspada dengan percubaan ultra kiasu bagi mengambil hati orang Melayu menjelang PRU 14. Walaupun ultra kiasu sering berkata partinya berbilang kaum, berasaskan perlembagaan, tetapi berapa kerat muka Melayu. Kepimpinan tertinggi mereka adalah muka-muka yang mahu menjahanamkan Melayu. Lihatlah bapa mereka di Singapura, adakah Melayu diberi peluang dalam jawatan membuat keputusan, polis, imigresen dan tentera, misalnya. Jawapannya, putih mata.

Baru-baru ini, saya bersama rakan, pergi ke Singapura menggunakan jalan darat atas urusan peribadi. Sampai di imigresen Woodland, saya diminta turun. Pemeriksaan dilakukan. Saya dilayan seperti pengganas. Gambar dan cap jari saya diambil. Setelah lebih dua jam bersoal jawab, datang surat mengatakan, saya tidak dibenarkan masuk ke sana.

Alasan tidak diberikan. Tetapi saya yakin ia amat berkaitan dengan komen saya terhadap ultra kiasu selama ini. Lihatlah pakatan mereka. Sayapun di ‘escort’ sampai melepasi Tambak. Saya tidak rugi satu sen pun tidak ke Singapura. Cuma, saya hanya mahu mengingatkan betapa bahayanya ultra kiasu.   

Wahai umatku, inilah perjuangan. Sedikit sangat, jika dibanding dengan apa yang dilalui oleh Baginda Rasulullah SAW. Kenalilah ultra kiasu sebenarnya. Mereka tidak akan puas selagi negara ini tidak berada dalam genggaman mereka. Jangan disokong ultra kiasu, termasuk majlis peguamnya, kerana mereka musuh Islam yang nyata.







Monday, March 14, 2016

Apa lagi ultra kiasu mahu?

7:38 AM Posted by RIDHUAN TEE 7 comments
Apa lagi ultra kiasu mahu? (Sinar Harian 14.3.16)

Pemimpin ultra kiasu parti Gerakan mengancam kerajaan supaya memindahkan penolong pengetua berbangsa India di SMJK Yuk Choy, Ipoh yang baharu dilantik. Sebelum ini, insiden yang sama berlaku di SMJK Hwa Lian, Mentakab.

Pendek kata, ultra kiasu Cina tidak mahu menerima guru bukan Cina yang tidak boleh berbahasa Cina. Mereka mahukan operasi 78 SMJK Cina dan lebih 1300 SJKC seratus peratus Cina, menjadi sekolah satu warna. Apa semua ini?

Pergilah bina sekolah sebegini di negara komunis China. Saya amat yakin kerajaan China pun tidak secina ini. Siapa lebih rasis? Kita harapkan KPM tidak akan tunduk. Pembinaan sekolah dalam sekolah perlu dihentikan. Kerajaan terlalu banyak bertoleransi kerana laparkan undi. Fikirkanlah sama perkara yang sangat penting iaitu pembangunan negara bangsa bermatlamatkan perpaduan nasional.

Saya sering dituduh sebagai rasis dan lebih Melayu daripada Melayu. Apakah tindakan ini tidak rasis? Tindakan ini bapak segala rasis. Hairannya, tidak ada seorang pemimpin Umno yang sensitif. Pembangkang lagilah takut.  

Pertama, kerajaan perlu meneruskan dasar menempatkan lebih ramai guru-guru bukan Cina di SJKC dan SMKJ. Biar macam-macam ada. Warna-warni Malaysia. Baharulah 1Malaysia. Ini tidak, di mulut laungkan 1Malaysia, di belakang menikam. Oportunis apakah ini?

Kedua, jika Sekolah Kerajaan (SK dan SMK) boleh menerima guru bukan Melayu, tidak kira sama ada mereka mahir berbahasa Melayu atau tidak, kenapa Sekolah Cina tidak boleh? Apa besarnya Sekolah Cina? Bayangkan tindakan yang sama kita lakukan, iaitu menolak guru bukan Melayu di SK dan SMK, apakah tidak akan kiamat 1Malaysia?

Ketiga, jika merasakan sistem pendidikan di Malaysia masih tidak cukup, termasuk mendesak kerajaan mengiktiraf sijil UEC, maka carilah tempat lain lebih baik untuk membina sekolah sebegini.  Mana ada kerajaan di dunia ini yang membenarkan sekolah sebegini dibina, kecuali Malaysia? Semuanya dibantu.

Di Malaysia bukan sahaja sekolah berasaskan kaum dibantu, pembinaan rumah ibadat bukan Islampun dibantu sama, walaupun tidak ada dalam perlembagaan, atas dasar toleransi. Sehinggakan rumah ibadat terlebih banyak dinisbahkan dengan bilangan penganutnya.

Bandingkan negara lain di India misalnya, kuil-kuil yang dibina  menggunakan duit sendiri, tetapi dikawal kerajaan. Kerajaan mempunyai kuasa penuh terhadapnya, termasuk jumlah aset (derma) yang berjaya dikutip (sila baca www.thehindu.com dan indiafacts.org). Terbaharu, ada kuil dirobohkan oleh pihak berkuasa India kerana mengganggu jalan. Tetapi di negara kita, jalan terpaksa dibengkokkan kerana memberi laluan kepada rumah ibarat. Segala aset rumah ibadat tidak pernah diaudit atau dikenakan cukai. Hebat sungguh kerajaan Malaysia meraikan kepelbagaian (Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan). Adakah dihargai?

Keempat, perlulah bertanya kepada guru-guru bukan Melayu di SK dan SMK, bagaimana layanan pengetua Melayu terhadap mereka. Tidak kurang yang mendapat anugerah khidmat cemerlang setiap tahun. Apakah sama seperti yang berlaku di SJKC Pai Chee, Mersing, guru Melayu dianaktirikan? Sebab itu, saya selalu mengingatkan supaya menghargai toleransi orang Melayu. Bangsa ini sangat bertimbang rasa. Kenapa perlu ambil kesempatan? Saya tidak kata semua, tetapi tindakan mereka jauh lebih profesional dan kurang rasis.

Kelima, kerajaan perlu bertegas, seperti mana kerajaan negara lain. Sampai bila mahu bertarik tali? Kita lebih banyak menghulur tali, sehingga talian hayatpun sudah hampir habis. Tinggal apa lagi? Pendidikan adalah asas, tidak boleh dikorbankan. Pemimpin datang dan pergi, tetapi dasar yang ditinggalkan, dan diubah setiap kali pimpinan berubah, akan menjadi precedent (mengikat).

Apakah kita sudah lupa bahawa Akta Pelajaran 1961, kerajaan mempunyai kuasa penuh untuk menghapuskan SJKC bila tiba masanya. Kerana desakan dan tekanan, Akta ini telah dimansuhkan dan diwujudkan Akta Pendidikan 1996. Lebih liberal. Status SJKC terjamin. Kerajaan tidak ada lagi kuasa penuh untuk menghapuskan SJKC, tetapi hanya boleh menukar status bahasanya sahaja. Akta ini sedang ditentang oleh ultra kiasu dan mahukan kerajaan menghapuskan kuasa ini. Daripada ada kuasa boleh menghapuskan SJKC, kini tinggal hanya menukarkan bahasa pengantarnya dan sekolah ini bantu sepenuhnya. Itupun PM telah memberi jaminan SJKC dan SMJK akan kekal selama-lama.

Keenam, buatlah kajian sistem pendidikan di seluruh dunia, apakah ada negara sebaik Malaysia ini? Bahasa Melayu selaku bahasa kebangsaan semakin hilang peranannya. Bahasa lain semakin mengukuh. Tidak cukup dengan itu, desakan dan tekanan terus diberikan termasuk memberikan syarat-syarat guru bukan Cina tidak boleh dipindahkan ke SJKC dan SMJK tanpa kebenaran Dong Jiao Zong dan Hua Tuan. Silibus BM mesti lebih mudah dari SK dan SMK. UEC mesti diiktiraf. Operasi mereka mesti secina-cinanya. Apa lagi ultra kiasu mahu?

Kesimpulannya, wahai pemimpin kerajaan! bertindaklah seperti negarawan. Saudara bukan lagi ahli politik setelah dilantik menjadi menteri. Janganlah terlalu laparkan undi sehingga memusnahkan negara bertuah ini.


Monday, March 07, 2016

Jaminan pengganti PM lebih baik

7:33 AM Posted by RIDHUAN TEE 4 comments
Jaminan pengganti PM lebih baik (Sinar Harian 7.3.16)

Apa jaminan pengganti Najib akan menjadi Malaysia lebih baik? Inilah yang perlu difikirkan. Justeru, berhati-hatilah agar tidak terpedaya dengan perancangan licik ultra kiasu sama ada yang Islam atau tidak. Apakah kita sudah buta dengan matlamat menghalalkan cara ultra kiasu untuk mengaburi mata kita?

Ultra kiasu sedar, raja atau rakyat Malaysia tidak akan menerima ultra kiasu Cina sebagai PM. Namun, mereka sudah bersedia dengan calon ultra kiasu Melayu. Malangnya, ultra kiasu Melayu masih tidak sedar mereka diperalatkan. Jika adapun yang sedar, kuasa itu lebih utama daripada yang lain meskipun terpaksa menjadi boneka.

Tahniah kepada Pas atas pendirian bijaksananya untuk tidak menjatuhkan pemimpin negara ini secara tidak demokratik seperti yang sedang diusahakan oleh musuh Islam.

Pas mengambil pendirian tidak bermusuhan dengan pemimpin (ahli) Umno, sebaliknya bermusuhan dengan parti Umno itu sendiri. Ini politik matang. Orang Umno masih Islam. Jangan layan Umno seperti orang kafir. Jika dengan sikafir kita boleh berpeluk dan bercium mulut, kenapa sesama Islam perlu bergaduh sehingga menghancurkan negara?

Sejak dahulu Pas konsisten. Pas bukanlah parti yang kemaruk kuasa. Agenda Pas adalah untuk menegakkan syiar dan undang-undang Islam, jika diizinkan Allah. Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz pernah berkata Pas akan dibubarkan jika Umno laksanakan Islam.

Pendirian ini sepatutnya menjadi Umno sedar. Janganlah lagi berseteru dengan Pas. Fikirkanlah hasrat untuk mengimarahkan bumi Allah ini dengan Islam. Islamlah kamu nescaya selamat.

Dalam situasi hari ini, jika Pas mengambil pendirian menyokong ultra kiasu. Terbaharu, kumpulan Tun Mahathir dan Umno yang lain, yang mahu menjatuhkan PM, sudah tentu kedudukan PM goyang. Tetapi Pas bertindak sebaliknya, meskipun ada peluang keemasan.  

Pas boleh memanipulasikan segala ruang dan peluang untuk menjatuh PM dalam keadaan kritikal ini. Tetapi Pas menunjukkan politik matang berhikmah. Tidak mustahil Pas boleh menggantikan Umno. Jika Umno masih tidak berubah. Bermegah 3 ‘ta’ iaitu takhta, wanita dan harta.

Cadangan berikut hendaklah diambil kira oleh pimpinan Umno. Pertama, jangan terlalu menyangka diri sendiri kuat. Mengeluarkan kenyataan bongkak. Mulakanlah dengan program tarbiyyah hati di kalangan pemimpin Umno dan ahli supaya lebih mengutamakan rakyat daripada perut. Kurangkan cakap, banyakkan kerja.

Kedua, realisasikan tage line 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Rakyat mahu melihat apa yang telah didahulukan. Saya memuji tindakan MB Perak yang sanggup tidur bersama rakyat dalam masjid. Pemimpin Umno yang lain bagaimana? Pernahkah menjejak kaki ke masjid, jika susah sangat hendak tidur di sana.

Ketiga, segera laksanakan cara hidup Islam, jika masih merasakan undang-undang Islam tidak sesuai dalam masyarakat majmuk. Sekurang-kurangnya mulakan dengan mengamalkan cara hidup Islam untuk rakyat yang beragama Islam. Bagi bukan Islam yang tidak mahu, biarkan dia. Perkasakan maqasid syarieyah dan mahkamah syariah.

Keempat, Umno tidak perlu bertanding di kawasan yang telah dimenangi oleh Pas. Jika ultra kiasu mahu meletakkan calonnya melawan Pas sama ada daripada ultra kiasu atau Melayu, maka Umno perlu menarik diri daripada bertanding. Berikanlah undi tersebut kepada Pas, bagi mengekalkan kemenangan Pas. Jika Umno dan Pas tidak mungkin bersatu, perlu ada perkongsian strategik.

Kelima, sebaliknya juga Pas tidak perlulah bertanding di kawasan kubu kuat Umno. Biar ultra kiasu Melayu sahaja yang bergasak. Ahli Pas, pakat-pakat undi Umno, seperti yang ultra kiasu lakukan kepada partinya.

Keenam, biarkanlah PM Najib terus menerajui Malaysia hingga berakhir penggal. Ikutlah proses demokratik. Setiap pemimpin datang dan pergi. Ada kekuatan dan kelemahan masing-masing. Pemimpin terdahulu ada juga kelemahan, tetapi berjaya ditutup dengan kejayaan. Pastinya PM ada resepi kejayaan untuk memperbaiki kesilapan yang dilakukan.

Ketujuh, apakah kita tidak nampak sumbangan PM kepada dunia Islam? Mendamaikan umat Islam yang berkonflik di Timur Tengah. Begitu juga minoriti Islam di negara bukan Islam, seperti Selatan Filipina dan lain-lain. Kita adalah contoh terbaik kalangan negara Islam hari ini, terutama mempelopori ekonomi Islam. Apakah tidak mungkin pemimpin Arab memberikan bantuan kepada kita? Pemimpin Umno sebelum ini pun ada menerima derma daripada dunia Arab, bezanya cuma tidak dimasukkan ke dalam akaun peribadi.

Kelapan, kepada yang telah mengambil keputusan keluar daripada Umno, cukup dengan serangan yang telah dilakukan. Banyakkan saranan daripada tekanan. Jangan biarkan negara ini hancurkan disebabkan oleh satu kesilapan. PM sedang sedaya upaya untuk menyelesaikan kemelut ini.

Mungkin inilah pertimbangan Pas terhadap PM. Jika tidak, sudah tentu peluang ini digunakan untuk membenamkan Umno. Apa kepentingan pemimpin Pas pada usia senja sebegini? Fikirkanlah.

Kepada Umno bangunkan daripada kebongkakan. Bertaubatlah sebelum terlambat. Pemimpin Umno tidak akan dipandang mulia sekali mana mereka tidak kembali kepada ajaran Islam dan berakhlak dengannya. Masalah semakin berlarutan kerana kita jauh daripada tali Allah.




Monday, February 29, 2016

Pekerja varsiti bukan penjawat awam

7:40 AM Posted by RIDHUAN TEE 1 comment
(Sinar Harian 29.2.16)

Akibat kekangan budget, ramai profesor pencen iaitu mereka yang telah berusia 61 tahun ke atas, tidak disambung kontraknya. Saya lebih suka menggunakan istilah ilmuan berbanding profesor, disebabkan tidak semua profesor terserlah keilmuannya (profess). Ada yang pandai menulis (mengajar), tetapi tidak pandai mendidik. Apatah lagi untuk merakyat. Mereka hanya pakar dalam bidang sahaja.

Berbanding dengan professor di barat, bukan sahaja keilmuan mereka terserlah, mereka turut merakyat, bukan hanya sesekali turun padang. Entah diterima atau tidak ‘ketinggian’ ilmunya oleh masyarakat.  

Apapun kerjaya ilmuan hendaklah dibezakan dengan penjawat awam. Mengikut undang-undang, mereka yang berada di Universiti adalah pekerja universiti bukan penjawat awam. Ada beberapa kes pensyarah kalah dalam perbicaraan kerana menggunakan istilah penjawat awam.

Ilmuan dengan penjawat awam berbeza. Ilmuan, ilmunya penuh di dada. Penjawat awam hanya tahu mentadbir. Ilmuan boleh mentadbir. Pentadbir belum tentu boleh mendidik. Inilah perlu diketahui oleh pemimpin politik masa kini agar jangan terlalu berpolitik.

Agak malang lagi apabila profesor yang memilih untuk menjadi pentadbir, tidak tampil membela profesor sebaliknya menjadi lebih PTD dari PTD. Apatah lagi membaca berita yang menyatakan bahawa bahawa khidmat tenaga kerja profesor universiti ditentukan oleh pihak pengurusan universiti itu sendiri melalui otonomi yang telah diberikan. Persoalan, duitnya datang dari mana? Dari langit?

Tidakkah pemimpin hari ini tidak sedar bahawa berdirinya mereka hari ini adalah disebabkan oleh didikan professor mereka? Justeru, fikirkanlah beberapa perkara berikut. Pertamanya, ilmuan yang bergelar profesor tidak wajar disamakan dengan penjawat awam yang lain kerana perkhidmatan dan sumbangan akademik mereka melebihi penjawat awam lain.

Saya bersetuju dengan kenyataan bahawa kerajaan  harus mewujudkan badan khas untuk memastikan kehebatan ilmu yang dimiliki oleh para ilmuan tidak terbiar begitu sahaja, meskipun telah pencen, terutama dalam mencorakkan halatuju negara. Majlis Persatuan Akademik Negara (MAAC) hendaklah dimanfaatkan sepenuhnya, selain Majlis Profesor Negara (MPN).

Kedua, umur pencen ilmuan hendaklah dinaikkan kepada 65 atau 70 tahun, selaras dengan amalan antarabangsa. Kebanyakan mereka yang dilantik ke jawatan professor, pada ketika lingkungan usia 50-an. Sayang sekali ilmu keprofesoran mereka hanya dimanfaatkan beberapa tahun sahaja sebelum pencen.

Tidak dinafikan hari ini ramai juga pensyarah muda yang dilantik ke jawatan profesor disebabkan oleh kejayaan menghasilkan artikel dan penyelidikan berkualiti. Malangnya golongan ini hanya pandai menulis tetapi tidak pandai bercakap dan bermasyarakat. Sebab itu, jangan syok sendiri.

Ketiga, professor hari ini janganlah terlalu bergantung harap untuk disambung kontrak. Menyebarkan ilmu tidak hanya di dewan kuliah, tetapi juga bermasyarakat. Pergilah mendampingi surau, masjid dan institusi lain untuk menyebarkan ilmu yang terpendam. Syaratnya, jangan buta agama. Mestilah pandai mengislamisasikan dan mengintegrasikan ilmu kepakaran dengan ilmu agama.

Bidang kepakaran saya adalah Sains Politik. Saya rasa bersyukur kerana selain daripada berada di bilik kuliah, saya diberi kesempatan untuk berkongsi ilmu dengan masyarakat sehingga digelar sebagai ustaz. Terima kasih UniSZA. Saya yakin ilmuan lain telah lakukan lebih dari itu.  

Pokoknya, jangan jadi professor jahil. Saya pernah berjumpa dengan profesor yang beri salam pun tidak betul, berselawat pun tak lepas, baca Quran gagap berbanding bahasa Inggeris. Jangan haraplah untuk menjadi imam solat.

Perlu diingatkan, profesor berada dalam kedudukan ketiga, kalangan 15 profesional yang paling boleh dipercayai selain dari doktor perubatan dan guru. Pemimpin politik berada pada kedudukan terakhir iaitu ke 15 yang tidak boleh dipercayai. Kenapa? Sila rujuk kajian BEIM.

Pepatah Cina ada berkata, jika mahu menjadi pemimpin, pastikan rumah tangga dipimpin baik. Bagi memastikan rumahtangga dipimpin baik, diri sendiri perlu dipimpin baik. Bagi memastikan diri sendiri dipimpin baik, hati perlu dipimpin dengan baik. Bagi memastikan hati dipimpin baik, asasnya mestilah ikhlas. Belajar erti ikhlas.

Jarang kalangan kita yang ikhlas. Kebanyakan kita menjadi pakar bodek. Malang sungguh mereka yang dilantik menjadi profesor tidak menjadi  profesor sebenar. Tidakkah mereka sedar bahawa suatu hari nanti mereka akan pencen?

Dahulu ketika mereka dinaikkan menjadi profesor, tidak susahlah sangat seperti yang disyaratkan pada hari ini. Apabila kita berada di atas, kita susahkan mereka yang mahu naik menjadi profesor. Sedangkan penjawat awam yang lain, misalnya, PTD begitu mudah untuk naik pangkat, berbanding mereka yang setengah mati mengaji sehingga mendapat PhD. Malang sekali bila dapat PhD, ia bertukar menjadi perasaan hasad dengki.


Lebih malang lagi ada professor yang sudah bertaraf JUSA masih tidak dianugerahkan darjah kebesaran, berbanding penjawat awam lain, ada masih begitu muda sudah bergelar ‘dato’. Kenapa? Jawapannya ilmuan tidak pandai membodek seperti ahli politik dan penjawat awam. Teringat kata Albert Camus, some people talk in their sleep but lecturer talk while other people sleep.

Monday, February 22, 2016

Mitos Melayu Malas 3M vs 3D

6:37 AM Posted by RIDHUAN TEE 1 comment
Mitos Melayu Malas 3M vs 3D (Sinar Harian 22.2.16)

Mampukah belia Melayu menceburi bidang kerja 3D (Dirty, Difficult dan Dangerous) seperti yang dilakukan oleh buruh asing, kaitan dengan cadangan untuk membawa masuk 1.5 juta Bangladesh? Jawapannya, sudah tentu mampu jika Melayu sedar diri dan mahu berubah.

Bacalah buku Pendeta Za’ba (2009), khusus untuk Melayu, perangai bergantung kepada diri sendiri. Mitos Pribumi Malas (Syed Hussein alatas, 1989). Jika nak sesuatu itu berubah, mesti datang dari diri sendiri terlebih dahulu. Yang lain, hanya boleh membantu. Jangan pergi jauh, sektor pembantu rumah, berapa ramai orang Melayu yang sanggup bekerja? Hampir tiada.

Mengenali hakikat kejadian manusia, tidak ada satu bangsapun yang Allah jadikan dengan serba kekurangan. Kita adalah sebaik-baik makhluk. Bacalah sejarah manusia dan sejarah Melayu. Setiap insan atau bangsa ada kelebihan tertentu, sama ada sedar atau tidak. Tidak timbul isu, hanya Cina sahaja rajin, Melayu tidak. Masa Melayu, selalu lambat, orang lain tidak. Kita memperlekehkan dan memandang rendah bangsa sendiri. Sedangkan proses kejadian manusia sangat hebat. Jika tidak, apa beza kita dengan haiwan? Jika sekadar belajar untuk belajar, bekerja untuk bekerja, binatang di hutan juga belajar dan bekerja.  

Masalahnya, bukan berkaitan dengan bangsa tetapi sikap. Mahu berubah atau tidak? Apa pula tanggungjawab pemimpin terhadap umatnya. Kenapa Melayu di luar negara boleh berjaya? Kenapa tidak dalam negara? Apa punca masalahnya?

Ya, tidak dinafikan segelintir Melayu hanya mahu kerja glamour. Yakinlah! Jika ada program realiti pastinya orang Melayu yang berbaris panjang, walaupun mungkin bakat seni tidak ada. Sebabnya, mereka mahu jadi glamour, popular dan kaya. Lihat sahaja bagaimana jutawan Melayu begitu bersungguh menaja program realiti hiburan TV. Siapa yang menjadikan Melayu sedemikian, kalau bukan kita?

Justeru, mari bersama kita cari ubat Melayu. Pertama, ubatilah hatinya agar sikapnya merubah. Hati yang bersih tanpa hasad dengki. Tidak saling jatuh-menjatuh, tikam-menikam. Bersangka baik sesama sendiri. Letih kadangkala membaca grup WhatsApp Melayu. Asyik menfitnah dan mengeji. Semua berpunca dari hati. Tanpa hati yang tulus ikhlas, Melayu akan tetap sebegini. Melayu perlu belajar erti hati ikhlas. Ikhlas dalam perjuangan, ikhlas menjadi pemimpin.

Konsep ikhsan mesti dikhatam dan dihadam. Bekerja seolah-olah Allah nampak kita walaupun kita tidak nampak Allah. Hari ini mesti lebih baik dari semalam. Esok mesti baik daripada hari ini. Kata-kata siapakah itu?

Kedua, Melayu mesti menolong Melayu berasaskan Islam. Agama Islam sangat mulia dan terpuji. Praktikkanlah. Sediakan sekumpulan pakar untuk mengajar subjek agama Islam sebagai agama yang positif dan dinamik. Islam sangat menentang sikap bermalas-masalan. Tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima. Jika boleh, masukkan kurikulum dan kursus kahwin, bukan hanya pendidikan seks semata.

Mereka yang berkebolehan, berbakat dan berilmu mesti diketengahkan. Jangan dipetiaiskan kerana takut memberi ancaman. Ada pemimpin politik (menteri) takut melantik orang yang lebih pandai daripadanya, takut-takut akan dicantas. Maka dilantiklah ahli yang lebih bodoh daripadanya agar mudah diperkudakan. Kerjanya asyik membodek dan kata ‘yes’. Maka kekallah dia sebagai pemimpin sampai mati. Inilah yang berlaku di peringkat cawangan dan bahagian. Hati dan sikap Melayu sebegini perlu diubati.

Ketiga, sikap Melayu (Attitude). ATTITUDE jika disusun susun huruf A = 1 markah sehingga Z = 25, hasilnya 100%. 1(A)+20(T)+20(T)+I(9)+T(20)+U(21) +D(4)+E(5)=100. Susunlah perbuatan lain, tidak dapat 100 peratus. Inilah perkara lama yang telah dibincangkan saban hari. Bagaimana nak ubah sikap, juga berpunca dari hati.

Dalam Islam, apa jua sektor kerja yang diceburi, yang paling penting,  HALAL, baharulah berkat. Sanggupkah kita cuci longkang, potong rumput, bina bangunan di tengah panas terik matahari. Sanggup. Pokoknya, bayaran mesti setimpal. Kenapa kebanyakan orang suka berhijrah mencari pekerjaan di tempat lain? Bayarannya berbaloi. Jika Melayu diberikan gaji minima RM2000 dan insentif lain, pasti ada yang sanggup. Negara untung, duit tidak mengalir keluar. Gejala sosial boleh dikurang, kerana pekerja asing selalu dahagakan seks.

Keempat, terdapat begitu banyak institusi berkaitan Melayu dan Islam di negara ini dan dibiayai kerajaan kerana perlembagaan membenarkan, termasuk Majlis Profesor Negara. Buatlah kajian. Kerajaan dengarlah. Kenapa sampai sekarang masih membincangkan isu Melayu. Apa kita buat? Sudah berapa lama merdeka?

Lihat NGO-NGO Cina, segala jenis persatuan mereka ada. Persatuan bahasa (dialek), ikan, ayam, itik, sayur, buah, lori bas dan sebagainya. Bersatu dan dinamik. Sekali mereka gegar... kecut! Ramai yang tunduk.

Kita asyik bergaduh. Dalam semua sektor. Kalangan cendekiawan, agamawan, penjawat awam, orang pencen dan lain-lain tidak kurang politikingnya. Bila ada masa untuk membincangkan kekuatan Melayu. Melayu semakin melayu.

Kelima, teringat kata hikmah Ungku Aziz, (1) rajin bercakap-rajin bekerja=bagus, (2) rajin bekerja-malas bercakap=kena buli, (3) malas bekerja-rajin bercakap=wayang Cina, (4) malas bekerja-malas bercakap=tak guna, (5) malas bekerja-suka mengadu=nyanyuk, (6) malas bekerja-selalu ponteng=baik berhenti, (7) malas bekerja-suka menyibuk=baik mati. Kategori mana duduk Melayu? Jarang yang duduk pada 1. Rata-rata berada 2-7. Biar papa asal bergaya

Melayu tidak boleh berlengah lagi. Perlu ada perancangan strategik jangka panjang dengan memberikan keutamaan kepada isu yang mendesak. Lakarkan visi strategik untuk melayari masa depan. Melayu juga perlu gigih mencari kumpulan pemimpin yang lebih baik yang mampu mewakili mereka  dengan lebih berkesan dalam memperjuangkan kepentingan dan aspirasinya.


Monday, February 15, 2016

Kenapa perlu terhegeh-hegeh?

7:45 AM Posted by RIDHUAN TEE 4 comments
Kenapa perlu terhegeh-hegeh? (Sinar Harian, 15.2.16)

Lanjutan artikel minggu lalu berkaitan monyet, orang Cina mengambil iktibar tahun monyet. Kita pula mengikut perangai monyet. Insiden seorang pemimpin politik memakai pakaian kostum Cina menyerupai dewa atau maharaja Cina mengiyakan perangai monyet yang suka meniru.

Jika nak tahu sama ada kostum tersebut dewa atau maharaja, saya cadangkan pemimpin politik beragama Islam pergi ke rumah orang Cina yang bukan Kristan, dan lihat apakah objek tersebut terdapat di rumah mereka atau tidak? Selepas itu, bolehlah kita bincang sama ada ia dewa atau maharaja.

Pada saya, objek apapun ia menyerupai sudah tidak penting lagi. Persoalannya kenapa kita perlu tehegeh-hegeh sedemikian rupa, sedangkan orang lain tidak pula? Cetek sungguh pemikiran kita jika ada yang beranggapan dengan berpakaian sedemikian, perpaduan boleh tercapai.

Pernahkah kita melihat pemimpin bukan Melayu atau parti komponen BN ultra kiasu memakai pakaian kebangsaan atau baju Melayu atau jubah ketika Hari Raya Puasa (Haji)? Boleh dikatakan hampir tiada.

Nampak sangat mereka memandang rendah pada budaya Melayu (Islam). Sebagai orang Cina, sekali-sekala saya ada juga memakai baju Cina, tetapi bukan seperti dewa atau maharaja. Cukuplah dengan baju Cina yang bercorak biasa, supaya tidak dituduh lupa diri.  

Benar, Tahun Baharu Cina itu perayaan budaya, tetapi perlu diingat, ada unsur-unsur keagamaan di situ. Di sini mungkin kita dikelirukan, termasuk mereka yang dirujuk sebagai penasihat. Justeru, saya mencadangkan;

Pertama, cubalah memahami budaya dan tradisi orang Cina. Mereka bukan sahaja menyembah dewa, malah apa jua gambar yang dirasakan boleh membawa tuah seperti maharaja, termasuk juga orang Islam, seperti Laksamana Cheng Ho atau Sampokong dan kong yang lain. Sebab itu, kita jangan terkejut sekiranya ada patung kalangan orang Islam dalam rumah atau tokong orang Cina. Patung ini akan terus didewakan jika membawa ong (tuah). Contoh, kena nombor ekor.

Pernah suatu ketika isu ini menjadi gembar, termasuk juga terdapat ayat-ayat Quran di dalam tokong dan rumah orang Cina. Mungkin kepada orang Islam, ia sensitif. Pada saya itu perkara biasa.

Daripada mereka menyembah patung-patung yang pelik-pelik, lebih baik mereka menyembah patung orang Islam. Benar, itu syirik. Sekurang-kurangnya dengan menyembah patung Islam, masih ada sedikit sangka baik di situ. Islam dianggap sebagai membawa tuah atau ong. Tidak mustahil suatu hari nanti mereka bersunat.

Kedua, kepada pemimpin politik, jika terlalu kemarukkan undi, gunakan mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Inilah yang membezakan manusia dengan makhluk lain. Jangan terperangkap dengan mainan ultra kiasu.

Ketiga, asas perpaduan bukan melalui pakaian. Perpaduan itu adalah sedia bertolak ansur dan berkorban, terutama dalam masyarakat pluralistik seperti Malaysia. Jangan lupa sejarah hubungan majoriti-minoriti. Tidakkah sepatutnya minoriti perlu lebih menyerapkan identiti majoriti, meskipun tidak berlaku asimilasi.

Ini usahkan asimilisasi, akulturasi pun tidak berlaku. Akulturasi bermaksud peminjaman budaya buat sementara waktu. Misalnya, orang Cina berpakaian Melayu ketika hari raya, atau orang Melayu berpakaian Cina ketika Tahun Baharu Cina.

Realitinya hanya berlaku sebelah pihak. Hanya orang Melayu sahaja yang terhegeh-hegeh. Bangsa lain langsung tidak ambil tahu atau mahu ambil tahu. Siapakah yang lebih bertolak ansur dan lebih berkorban demi perpaduan?

Jangan pergi jauh, cuba saksikan siaran langsung, pembukaan parlimen atau DUN, pernahkah ultra kiasu komponen BN atau pembangkang memakai pakaian kebangsaan iaitu sut Melayu? Langsung tidak ada. Malah mengenakan songkok di kepala pun suatu yang ‘sial’ (soi) kepada mereka.

Maaf, jika saya celupar. Sekadar berterus-terang. Saya tidak pandai berpura-pura atau hipokrit, seperti ultra kiasu. Tidak perlulah saya bagi angka bagaimana orang Melayu sanggup berkorban mengundi ultra kiasu bertanding di kawasan majoriti Melayu. Berbanding ultra kiasu mengundi Melayu.

Keempat, rujuklah pakar atau orang yang lebih tahu, jika jahil dalam budaya orang lain. Saya bukan pakar, tetapi menawarkan diri. Saya bimbang, orang yang kita rujuk mungkin tersalah memberi nasihat.

Tidak nafikan ada kalangan mualaf Cina yang agak over dalam merayakan perayaan bangsanya. Saya selalu menasihatkan bezakan antara menyambut dengan meraikan bagi tujuan dakwah.

Biarlah yang menyambut bersungguh-sungguh itu kalangan mereka yang tidak Islam. Kita yang telah Islam, berpada-padalah, jangan sampai terlebih Cina dari orang Cina. Dalam Islam, hanya dua perayaan yang disebut dalam al-Quran dan menjadi ibadat dan mendapat pahala. Itu pun jika disambut mengikut syarak, iaitu Raya Puasa dan Haji.

Perayaan-perayaan lain tidak ada nas. Perlulah berpada-pada dan jangan lebih garpu dari sudu. Ada hadis melarang kita bersubahat. Tetapi jika ada tujuan dakwah, ia dibenarkan, seperti yang saya lakukan saban tahun apabila tiba Tahun Baharu Cina.


Saya teramat bimbang kerana terlalu kemarukkan undi kita sanggup menggadai prinsip. Prinsip yang digadai tidak dipandangpun. Apatah lagi untuk memberi undi. Berpada-padalah. Cukuplah dengan berpakaian batik sebagai identiti Malaysia dalam semua perayaan. 

Thursday, February 11, 2016

Siapa sebenarnya monyet?

3:37 PM Posted by RIDHUAN TEE 3 comments
(Sinar Harian, 8.2.16)

Artikel ini disiarkan pada Tahun Baharu Cina, tahun monyet. Binatang kesembilan dalam senarai susunan zodiak Cina. Sebagai orang Islam, tidak sepatutnya kita percaya kepada ramalan zodiak. Namun, tidak salah mengambil pengajaran.

Pepatah Cina berkaitan monyet berbunyi; semakin tinggi monyet memanjat, semakin terserlahlah punggungnya (bahagian sulit). Bermaksud, jika berusaha bersunguh-sungguh, menggunakan segala tenaga dan bakat, yakinlah kejayaan pasti akan datang. Kata-kata ini dipegang oleh orang Cina.

Tamadun Cina kaya dengan kata-kata hikmah sebegini, dalam menjalani kehidupan. Setiap tahun, binatang silih berganti, ada sahaja keistimewaan masing-masing. Mereka amat percaya, dan berusaha ke arah itu. Pendek kata, teori, dipraktikkan. 

Kata-kata hikmah Melayu tidak kurang hebatnya. Tetapi lebih teori  daripada praktik. Memilih yang negatif daripada positif. Misalnya, yang bulat takkan datang menggolek, yang pipih takkan datang melayang. Praktiknya, kita lebih kepada menanti yang bulat datang menggolek, yang pipih datang melayang. Isu bauksit sebagai contoh. Berapa ramai lagi pegawai pejabat tanah akan didakwa?  

Sebab itu, janganlah kita dengki jika orang lain berjaya sehingga menjadi ultra kiasu. Mereka tidak jemu berusaha. Sejarah membuktikan, bermula penghijrahan, mereka datang dengan sehelai sepinggang. Hari ini, harta keliling pinggang. Pasal apa? Mereka berusaha, tidak bersengketa sesama sendiri. Inilah iktibar tahun monyet.   

Pertama, dari sudut kerjaya. Monyet sentiasa mencari peluang baharu dan berusaha menerokai peluang tersebut hingga berjaya serta mendapat hasil lumayan. Tidak takut dalam mengutarakan idea, kritikan dan pandangan selagi itu baik untuk menunjang karier. Sebab itu, jangan terkejut jika peniagaan semakin bertambah dan berkembang daripada tahun ke setahun. Kita asyik tikam-menikam sesama sendiri, juga dalam organisasi dan parti. Pantang dikritik, freeze selalu.

Kedua, kasih sayang monyet. Monyet amat mementingkan kasih sayang di kalangan mereka. Lompatlah setinggi manapun, anak yang dikendung tidak akan terlepas. Inilah ikatan orang Cina, hubungan kasih sayang sebangsa yang kuat dan sentiasa diperbaharui. Tidak mustahil menjalinkan hubungan baharu yang lebih mekar. Tidak seperti kita, bergaduh tiada  penghujung. Apatah lagi apabila Amanah mengeluarkan kenyataan sesiapa (Pas) yang bekerjasama dengan Umno, adalah musuh mereka. Umno lebih bahaya daripada ultra kiasu. Sanggup menolak saudara seagama. Kesesatan apakah ini?

Ketiga, ekonomi monyet. Monyet sentiasa meninjau dan memperbaiki strategi ekonomi masa lalu berhadapan dengan masa kini. Masa hadapan amat penting kerana perjalanannya jauh. Terus aktif dan pro-aktif mengejar peluang. Sentiasa berhati-hati terhadap segala tindak-tanduk supaya tidak membawa mudarat. Bersiap sedia mental fizikal  untuk menghadapi  setiap masalah mendatang.

Mereka akan cuba menghindari perkara yang boleh merosakkan seperti provokasi. Mereka tidak mengejar populariti dan berpolitik bodoh seperti kita. Maka tidak hairan jika kekayaan mereka melimpah ruah. Kita pantang kaya sedikit, berlagak sana sini. Sibuk tunjuk kekayaan.

Keempat, kesihatan monyet. Monyet sentiasa menjaga kesihatan agar panjang umur, murah rezeki (huat cai). Paling baik meninggalkan perbuatan yang mengakibatkan ketagihan seperti seperti minum arak dan merokok, termasuk vape. Rehat dan tidur yang cukup. Bukan seperti kita isu rokok dan vape tidak pernah selesai. Fatwa kata vape haram, kabinet kata tidak. Peliknya, rokok tidak haram pula. Apa sebenarnya kita ini? Ada yang haram dibolehkan, ada yang haram tidak dibolehkan, sedangkan dalam Islam, yang haram jelas, yang halal juga jelas.

Kelima, jauh berjalan luas pemandangan. Tahun monyet sangat baik untuk berjalan bagi mendapatkan pengalaman. Menjaring hubungan, mencari persahabatan baharu bagi memperluaskan lingkaran sosial. Bukan berjalan sekadar berjalan. Kita sibuk melancong ke sana ke mari, Mekah tidak pernah dijejaki. Yang pergi ke Mekah, balik sibuk bertaubat, esok buat maksiat. Taubat apakah ini?

Keenam, sosial monyet. Menjaga kemuliaan akhlak dan rendah diri. Fokus lebih membantu orang lain yang memerlukan. Saling tolong menolong. Itulah fong shui. Ada keluar, ada masuk. Kita bagaimana? Berapa ramai yang dikeluarkan daripada kemiskinan atau sibuk menaja program realiti dan bola sepak? Sehingga yang gedebe pun berjaya dipondankan.

Kisah dongeng monyet patut dijadikan teladan oleh kita semula. Penjual songkok tertidur di sebatang pokok. Melihat penjual itu sudah tidur, monyet  pun turun dan mengambil semua songkoknya. Monyet sungguh gembira dan kelihatan seperti tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Ada yang membelek-belek, ada yang meletakkan di kepala, ada yang membaling semula.

Bila terjaga, penjual songkok panik, kerana semua songkok telah diambil monyet. Kecuali ada beberapa yang terjatuh. Penjual songkok berfikir bagaimana mendapatkan semula songkoknya. Sambil berfikir, dia melambung-lambung songkok. Perbuatannya itu diperhatikan oleh monyet. Kemudian monyet meniru apa yang sedang dilakukan oleh penjual tadi. Songkok-songkok itu dilambungkan. Sekali lambung saja, semua songkok itu jatuh. Penjual songkok segera memungut songkok, lalu beredar pergi.

Rupanya, orang lain sibuk mengambil iktibar tahun monyet,  tetapi kita meniru perangai monyet. Leka dengan meniru budaya barat seperti program realiti untuk mengejar populariti, termasuk bola sepak. Malang sungguh! Siapa sebenarnya monyet? Selamat menyambut tahun monyet.



Monday, February 01, 2016

Cakap biarlah berfakta

5:12 PM Posted by RIDHUAN TEE 2 comments
Cakap biarlah berfakta (Sinar Harian 1.2.15)

Lanjutan artikel saya minggu lalu, pemberita web ultra kiasu telah menghubungi pemimpin ultra kiasu Melayu untuk mendapatkan pandangan. Ultra kiasu tersebut berkata ia insiden terpencil. Peliknya, sebelas fakta yang dikemukakan langsung tidak dijawab.

Diikuti kenyataan bapa murid tersebut, menyalahkan guru Melayu dan pengelola SJKC mahukan isu ini ditutup. Setuju! Tetapi jangan hanya berlaku sebelah pihak? Ditakdirkan perkara hampir sama berlaku di Sekolah Kebangsaan (SK), jangan pulak heboh 1Malaysia.

Kadangkala, sedih melihat ultra kiasu Melayu, pintu hatinya telah tertutup kerana digula-gulakan dengan pangkat dan imbuhan. Yang baru masuk, berharap dicalonkan menjadi ahli parlimen dan ADUN. Ada yang bercita-cita mahu jadi Menteri Besar.

Pertama, saya mempunyai ramai rakan guru yang mengajar di Sekolah Cina. Jarang sekali komen positif yang saya dengar. Kebanyakannya negatif. Ultra kiasu lebih memuji pendidikan Singapura daripada Malaysia. Hujan emas negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Mana satukah yang patut dipilih?

Jika pendidikan kita begitu buruk, takkanlah begitu ramai pelajar kita dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara. Apabila biasiswa JPA dibekukan akibat kegawatan, kecoh 1Malaysia. Belajar sahaja dalam negeri. Kerajaan tengah susah hari ini. Bantu. Balik nanti bukan mengundi BN pun.  

Kedua, subjek Bahasa Melayu (BM) dipandang rendah dan tidak penting, tidak membawa mereka ke mana-mana. Kuasa ekonomi China, akan menjadi bahasa Cina lebih penting, bukan BM.

Untuk makluman, silibus BM di semua sekolah tidak sama. Sukatan BM di SJKC jauh lebih mudah berbanding BM di SK. Apabila ada cadangan supaya BM diselaraskan disemua sekolah, maka seluruh NGO mereka bersatu menentang, dengan alasan, pelajar SJKC tidak boleh dibebankan dengan BM. Penguasaan Bahasa Cina (BC) akan terjejas. Dalam makna, biar jahil BM tidak mengapa, asalkan hebat dalam BC. Di manakah kedudukan BM sebenarnya sebagai bahasa negara jika asyik berkorban? Pernah orang besar di KPM terfikir?

Ketiga, penting sangatkah BC untuk berhadapan dengan kuasa besar ekonomi China pada masa kini dan akan datang? Ketika kerajaan China berinteraksi dengan Melaka ribuan tahun dahulu, bahasa apakah yang digunakan kalau bukan BM? Kenapa BM boleh sampai ke tahap lingua franca? Jawapannya mudah! Siapa berkehendakkan kepada siapa? Jika saling berkehendak, pakat-pakat berkorbanlah. Tidak boleh hanya satu pihak sahaja yang berkorban.

Keempat, ultra kiasu Melayu tersebut membawa contoh negeri Kelantan sebagai contoh betapa ramainya pelajar Melayu di SJKC (28 peratus). Ingin saya bertanya, beramai orang Cina di Kelantan? Tidak hairan jika orang Melayu menghantar anak mereka ke SJKC? Selaku negeri Serambi Mekah, orang Melayu ada sebab menghantar anak mereka ke sana. Antara semangat dan keinginan untuk berdakwah dan menyunat yang tidak bersunat.  Lagipun Cina Kelantan dan Terengganu berbeza dengan yang lain kerana melalui proses asimilasi.

Anak-anak saya sendiri bersekolah Cina, bukan kerana kuasa ekonomi China, tetapi kerana saya ada misi untuk menyunatkan mereka, seperti yang pendakwah Kristian lakukan hari ini. Tidak hairan, jika ramai orang Cina memeluk Kristian daripada Islam. Kenapa?

Kelima, saya tidak menolak kata-kata Presiden Pas, bahawa Kristian amat agresif di Asia Tenggara, terutama Alam Melayu, setelah mereka gagal di barat. Tidak hairan, jika mereka akan lakukan sedaya mungkin, terutama kekuatan material. Pergilah ke kampung orang Asli, taktik apa yang digunakan kalau bukan dengan membeli dengan wang ringgit.

Pendek kata, sisepet ini di rantau Asia ini lebih agresif daripada paderi di barat dan Rom. Kebanyakan yang meletakkan nama-nama seperti Teresa, Anthony dan lain-lain adalah kalangan yang celup belaka. Pantang diusik, melompatlah mereka seperti cacing kepanasan. Kristian tulen pun tidak begitu sensitif. Sedar atau tidak, bilangan gereja jauh berlebihan berbanding penganutnya.

Saya telah beberapa kali didekati mereka dengan risalah Kristian, sebab dia ingat saya belum bersunat, sebab saya pun sepet. Dia tidak tahu saya pun ada misi menyunatkan dia. Saya gunakan istilah sepet sebab saya orang Cina, saya tidak pernah mengaku mahu jadi Melayu atau lebih Melayu dari Melayu. Saya hanya berkata benar.

Keenam, saya sudah dicop sebagai penghianat, perosak bangsa, anjing dan berbagai lagi kata nista. Ada yang sampai mahu kencing kubur saya. Kencinglah! Saya tidak pernah kisah kemarahan manusia, saya hanya takut kemarahan Allah. Jika tidak benar apa yang saya perkatakan, berhujahlah dengan fakta, bukan emosi.


Akhirnya, saya mohon agar  kajian ilmiah dilakukan segera. Dengar rintihan guru-guru Melayu yang mengajar di SJKC. Bandingkan layanan guru bukan Melayu di SK. Bagaimana Melayu melayan bukan Melayu berbanding sebaliknya. Jika terlalu takut, bagi dana untuk saya buat kajian. Saya akan laporkan seikhlas mungkin. Jangan bandingkan dengan sektor bisnes. Begitu ramai pekerja Islam yang tidak dibenarkan solat fardu dan solat jumaat kerana dikatakan membuang masa dan merugikan, kecuali bagi mereka yang memahami. Satu hari ini nanti, kebenaran pasti akan terbongkar. Saya pasrah walaupun dikeji dan dicaci. 

Monday, January 25, 2016

Sekolah mana lebih rasis?

7:41 AM Posted by RIDHUAN TEE 5 comments
Sekolah mana lebih rasis? (Sinar Harian, 25.1.16)

Insiden guru Melayu, Salina Daud, bertugas di SJKC Pai Chee, Mersing, yang ‘diserang’ oleh bapa murid ultra kiasu patut membuka mata semua. Walaupun insiden ini dikatakan ianya bukan isu perkauman, sorotan ceritanya tidak menampakkan sedemikian. Bolehkah bangkai gajah ditutup? Kasihan guru Melayu tersebut. Bayangkan jika guru Cina diperlakukan sedemikian di Sekolah Kebangsaan. Kiamat Malaysia!

Bila kena pada kita, cepat-cepat kata isu bukan isu perkauman, minta disenyapkan. Namun, bila kena pada ultra kiasu, kita rasis belaka kita, diulang-ulang sentiasa dalam akhbar mereka. Seolah-olah kitalah paling rasis, merekalah insan mulia. Contoh-contoh sebelum ini adalah bukti kukuh. Pengetua rasis, isu makan dalam bilik persalinan, yang dikatakan makan dalam tandas, dan banyak lagi. Politik apakah semua ini?

Apakah ianya tidak rasis, apabila guru besar ultra kiasu tersebut telah beberapa meminta guru tersebut meletakkan jawatan dan meminta Pejabat Pendidikan Daerah supaya memindahkan guru berbangsa Melayu daripada berada di sana. Alasannya, guru Melayu tidak layak mengajar di sekolah Cina. Tidak kompeten, malas dan tidak memberi kerjasama.

Saya tidak menuduh semua SJKC sebegitu, tetapi bagi sesiapa yang mengkaji dan mengikut perkembangan SJKC, persepsi sebegini memang suatu yang lumrah di kalangan mereka yang ultra kiasu.

Saya amat mengharapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) supaya bertegas. Jangan berpolitik lagi kerana laparkan undi. Pertama, guru besar tersebut tidak layak menjadi guru. Dia akan meracuni pemikiran murid menjadi rasis. Guru Melayu yang ditindas sepatutnya dikekalkan, bukan ditukar. Kehadiran mereka penting mengawasi ultra kiasu.  

Kedua, kembalikan semula sekolah bantuan modal seperti dahulu. Setakat ini, kerajaan memberi layanan yang sama kepada semua sekolah walaupun tidak mendaulatkan agenda kebangsaan. Nasib Sekolah Agama Rakyat pula tidak menentu.  

Ketiga, pengecualian GST terhadap 4 buah Sekolah Persendirian Cina baru-baru ini, hendaklah difikirkan semula. Percayalah. Berilah sebanyak manapun kemudahan, undi mereka tetap kepada ultra kiasu. Jangan haraplah mereka akan mengundi BN.

Keempat, kerajaan tidak boleh lagi tunjuk kepada tekanan parti politik dan NGO ultra kiasu. Sepatutnya, ultra kiasu yang tunduk kepada syarat kerajaan. Jangan biarkan mereka jadi kerajaan. Misalnya, guru bukan Cina yang mengajarkan di SJKC mesti boleh berbahasa Cina dan mendapat kredit dalam mata tersebut peringkat SPM.

Mata pelajaran sejarah yang pada awal arahan KPM diajar dalam Bahasa Melayu, akhirnya terpaksa tunduk diajar dalam Bahasa ibunda. Itupun mereka tidak puas hati. Mereka telah hantar memorandum supaya kerajaan mengubah silibus sejarah tersebut, kerana terlalu bersifat ‘kemelayuan’ apabila menceritakan tentang sejarah kemerdekaan. Hampir 100 ‘kesalahan’ dikenalpasti. Mereka juga mahukan pemimpin mereka turut diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan. Siapakah yang paling ramai terkorban menentang British? Apakah komunis itu pejuang kemerdekaan?

Kelima, dalam memperkasakan agenda negara, pendidikan adalah asas. Kerajaan mesti bertegas, seperti yang pernah dilakukan oleh kerajaan Thailand dan Indonesia demi pembangunan negara bangsa. Hanya ada sekolah satu sistem.

SJKC yang dibina dan dibantu oleh kerajaan sepenuhnya hendaklah ditukar statusnya menjadi Sekolah Wawasan. Benar, buat masa ini Sekolah Wawasan yang menempatkan semua sekolah di bawah satu bumbung, tidak mendapat sambutan ultra kiasu. Atas alasan, jika banyak bercampur dengan Melayu, maka hilanglah penguasaan Bahasa Cina mereka. Mereka akan menjadi Cina pisang, bukan Cina tulen. Di manakah kita berada? Tongsan?

Keenam, pembinaan sekolah vernacular yang sentiasa bertambah dari setahun ke setahun perlu difikirkan semula. SJKC yang muridnya kurang daripada 100 hendaklah ditutup.

Ketujuh, kelas peralihan yang wujud sehingga ke hari ini hendaklah dihapuskan. Mereka yang gagal BM hendaklah dihantar ke kem pemulihan bahasa selama dua tahun. DBP boleh diamanahkan tugas tersebut.

Kelapan, sijil UEC tidak boleh diiktiraf selagi kurikulumnya tidak mematuhi kehendak KPM. Pembinaan peperiksaan dalam peperiksaan ke arah mewujudkan pembinaan negara dalam negara perlu dihapuskan segera. Ini adalah mentaliti komunis yang sangat bahaya.

Kesembilan, jangan biarkan Pakatan Harapan menang dalam PRU yang akan datang kerana lubuk ultra kiasu adalah di sana. Jika mereka menang, semua yang dibincangkan di atas akan terkubur.  

Kesepuluh, siasatan juga hendaklah dibuat di SJKC yang lain, kerana saya pasti, sikap sebegini masih berleluasa dalam kalangan mereka. Tempatkan lebih ramai guru-guru Melayu di sana, supaya anak-anak mereka dapat dibimbing kepada lebih memahami siapakah yang dikatakan Melayu itu?

Kesebelas, jika Sekolah Kebangsaan boleh menerima Guru Besar (pengetua) bukan Melayu, kenapa SJKC tidak boleh menerima Guru Besar Melayu? Sekolah mana lebih rasis?


Akhirnya, sedarkan rakan sebangsa Cinaku, bahawa kerajaan (orang Melayu) sudah terlalu banyak bertoleransi kepada sekolah vernacular yang tidak pernah ada dalam dunia ini kecuali Malaysia. Masih tidak cukupkah lagi untuk menjadi orang Cina? Adakah kita mahu menjadi lebih Cina daripada Cina di negara China. Belajarlah bersyukur.