Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Monday, January 25, 2016

Sekolah mana lebih rasis?

7:41 AM Posted by RIDHUAN TEE 5 comments
Sekolah mana lebih rasis? (Sinar Harian, 25.1.16)

Insiden guru Melayu, Salina Daud, bertugas di SJKC Pai Chee, Mersing, yang ‘diserang’ oleh bapa murid ultra kiasu patut membuka mata semua. Walaupun insiden ini dikatakan ianya bukan isu perkauman, sorotan ceritanya tidak menampakkan sedemikian. Bolehkah bangkai gajah ditutup? Kasihan guru Melayu tersebut. Bayangkan jika guru Cina diperlakukan sedemikian di Sekolah Kebangsaan. Kiamat Malaysia!

Bila kena pada kita, cepat-cepat kata isu bukan isu perkauman, minta disenyapkan. Namun, bila kena pada ultra kiasu, kita rasis belaka kita, diulang-ulang sentiasa dalam akhbar mereka. Seolah-olah kitalah paling rasis, merekalah insan mulia. Contoh-contoh sebelum ini adalah bukti kukuh. Pengetua rasis, isu makan dalam bilik persalinan, yang dikatakan makan dalam tandas, dan banyak lagi. Politik apakah semua ini?

Apakah ianya tidak rasis, apabila guru besar ultra kiasu tersebut telah beberapa meminta guru tersebut meletakkan jawatan dan meminta Pejabat Pendidikan Daerah supaya memindahkan guru berbangsa Melayu daripada berada di sana. Alasannya, guru Melayu tidak layak mengajar di sekolah Cina. Tidak kompeten, malas dan tidak memberi kerjasama.

Saya tidak menuduh semua SJKC sebegitu, tetapi bagi sesiapa yang mengkaji dan mengikut perkembangan SJKC, persepsi sebegini memang suatu yang lumrah di kalangan mereka yang ultra kiasu.

Saya amat mengharapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) supaya bertegas. Jangan berpolitik lagi kerana laparkan undi. Pertama, guru besar tersebut tidak layak menjadi guru. Dia akan meracuni pemikiran murid menjadi rasis. Guru Melayu yang ditindas sepatutnya dikekalkan, bukan ditukar. Kehadiran mereka penting mengawasi ultra kiasu.  

Kedua, kembalikan semula sekolah bantuan modal seperti dahulu. Setakat ini, kerajaan memberi layanan yang sama kepada semua sekolah walaupun tidak mendaulatkan agenda kebangsaan. Nasib Sekolah Agama Rakyat pula tidak menentu.  

Ketiga, pengecualian GST terhadap 4 buah Sekolah Persendirian Cina baru-baru ini, hendaklah difikirkan semula. Percayalah. Berilah sebanyak manapun kemudahan, undi mereka tetap kepada ultra kiasu. Jangan haraplah mereka akan mengundi BN.

Keempat, kerajaan tidak boleh lagi tunjuk kepada tekanan parti politik dan NGO ultra kiasu. Sepatutnya, ultra kiasu yang tunduk kepada syarat kerajaan. Jangan biarkan mereka jadi kerajaan. Misalnya, guru bukan Cina yang mengajarkan di SJKC mesti boleh berbahasa Cina dan mendapat kredit dalam mata tersebut peringkat SPM.

Mata pelajaran sejarah yang pada awal arahan KPM diajar dalam Bahasa Melayu, akhirnya terpaksa tunduk diajar dalam Bahasa ibunda. Itupun mereka tidak puas hati. Mereka telah hantar memorandum supaya kerajaan mengubah silibus sejarah tersebut, kerana terlalu bersifat ‘kemelayuan’ apabila menceritakan tentang sejarah kemerdekaan. Hampir 100 ‘kesalahan’ dikenalpasti. Mereka juga mahukan pemimpin mereka turut diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan. Siapakah yang paling ramai terkorban menentang British? Apakah komunis itu pejuang kemerdekaan?

Kelima, dalam memperkasakan agenda negara, pendidikan adalah asas. Kerajaan mesti bertegas, seperti yang pernah dilakukan oleh kerajaan Thailand dan Indonesia demi pembangunan negara bangsa. Hanya ada sekolah satu sistem.

SJKC yang dibina dan dibantu oleh kerajaan sepenuhnya hendaklah ditukar statusnya menjadi Sekolah Wawasan. Benar, buat masa ini Sekolah Wawasan yang menempatkan semua sekolah di bawah satu bumbung, tidak mendapat sambutan ultra kiasu. Atas alasan, jika banyak bercampur dengan Melayu, maka hilanglah penguasaan Bahasa Cina mereka. Mereka akan menjadi Cina pisang, bukan Cina tulen. Di manakah kita berada? Tongsan?

Keenam, pembinaan sekolah vernacular yang sentiasa bertambah dari setahun ke setahun perlu difikirkan semula. SJKC yang muridnya kurang daripada 100 hendaklah ditutup.

Ketujuh, kelas peralihan yang wujud sehingga ke hari ini hendaklah dihapuskan. Mereka yang gagal BM hendaklah dihantar ke kem pemulihan bahasa selama dua tahun. DBP boleh diamanahkan tugas tersebut.

Kelapan, sijil UEC tidak boleh diiktiraf selagi kurikulumnya tidak mematuhi kehendak KPM. Pembinaan peperiksaan dalam peperiksaan ke arah mewujudkan pembinaan negara dalam negara perlu dihapuskan segera. Ini adalah mentaliti komunis yang sangat bahaya.

Kesembilan, jangan biarkan Pakatan Harapan menang dalam PRU yang akan datang kerana lubuk ultra kiasu adalah di sana. Jika mereka menang, semua yang dibincangkan di atas akan terkubur.  

Kesepuluh, siasatan juga hendaklah dibuat di SJKC yang lain, kerana saya pasti, sikap sebegini masih berleluasa dalam kalangan mereka. Tempatkan lebih ramai guru-guru Melayu di sana, supaya anak-anak mereka dapat dibimbing kepada lebih memahami siapakah yang dikatakan Melayu itu?

Kesebelas, jika Sekolah Kebangsaan boleh menerima Guru Besar (pengetua) bukan Melayu, kenapa SJKC tidak boleh menerima Guru Besar Melayu? Sekolah mana lebih rasis?


Akhirnya, sedarkan rakan sebangsa Cinaku, bahawa kerajaan (orang Melayu) sudah terlalu banyak bertoleransi kepada sekolah vernacular yang tidak pernah ada dalam dunia ini kecuali Malaysia. Masih tidak cukupkah lagi untuk menjadi orang Cina? Adakah kita mahu menjadi lebih Cina daripada Cina di negara China. Belajarlah bersyukur.

5 comments:

emi nizam said...

Assalamualaikum Dr.

Saya seorang guru di sekolah beraliran perdana. Sekali pun saya tidak pernah berada di tempat Cikgu Salina, saya yakin banyak lagi guru2 bukan berbangsa Cina mengahadpi situasi yang sama di SJKC. Saya juga yakin, wujud lagi kalangan guru besar SJKC yang baik dan bertimbangrasa kerana saya berkawan baik dengan seorang guru besar berbangsa Cina yang boleh saya anggap hubungan ini sebagai ibu dan anak. Dia selalu hubungi saya bercerita pasal pendidikan dan bagaimana untuk mengendalikan sekolahnya yang mempunyai guru dan murid bukan Cina. Saya pernah juga diajak bertukar ke sekolahnya bilamana saya memuji cara kepimpinannya yang baik. Malah dia juga memuji saya yang sangat mudah dan tidak kekok berbicara dan berkongsi idea dengannya. Sebenarnya, saya dan dia berkawan baik setelah diberikan tugas berkumpulan semasa menuntut di peringkat sarjana (kami dah beroleh M.ed kini). Begitu pun, kisah yang berlau ke atas cikgu Salina ini wajar diambil serius oleh KPM. Dan cadangan untuk meletakkan ramai guru2 bukan Cina adalah wajar. Biarpun sekolah itu beraliran Cina yang mengguna pakai Bahasa Mandarin dalam kurikulumnya, saya mengharapkan jati diri murid2 di sekolah itu bersifat sejagat dan punya jiwa Malaysia. Wallahu a'lam.

Ravi said...

By the way, what is the outcome? No need to be a smart alec like a knows it all. I hope and pray that you get what's coming SOON!!!

Anonymous said...

Mansuhkan je SRJK...biarlah satu sistem sekolah aliran perdana dalam Persekutuan Malaysia. Sekolah agama Islam tak boleh jadi isu sebab tu kan direct bawah sultan selaku ketua agama negeri.

Anonymous said...

Assalamulaikum WBT. Apa khabar? Harap semua baik Alhamdulillah.

Lama tak masuk sini sebab komen lama bahru di keluarkan - Professor terlalu sibuk nampak nya.

Namun demikian, moga moga semua nya maju dan sejahtera.

Anonymous said...

Pelik juga, insiden terdahulu yang melibatkan guru besar / pengetua Melayu berhari-hari keluar berita tv malah dikutuk-kutuk di segenap penjuru. Timbalan menteri pendidikan pula begitu cepat responnya. Tapi insiden kali ni yang melibatkan guru besar cina takde keluar tv, dalam media pun macam bunyi cengkerik. Entah apa kisah siasatan laporan polis sehingga ke hari ini.

Mengenai kisah bapa rasis 'serang' guru Melayu menggambarkan pandangan rendah bapa tersebut terhadap guru Melayu. Mungkin ini ajaran yang diterima oleh bapa tersebut dan ajaran yang diterapkan kepada anaknya.

Kisah lagi satu pula adalah tentang seorang bapa yang bimbang tentang masa depan anaknya yang bersekolah di sjkc yang tidak bercampur dan mempunyai kawan daripada kaum lain. Artikel asal di http://www.guangming.com.my/node/281764?tid=2 (bahasa cina)
dan terjemahan dalam bahasa inggeris http://www.malaysianchinesenews.com/2016/01/do-you-have-any-malay-friends/

Adakah ultra kiasu boleh berterusan hidup dalam serba kecinaan dalam dunia utopia ciptaan sendiri? Agaknya itu yang cuba dilakukan di Pulau Pinang di mana orang Melayu cuba disingkir dari bahagian pulau secara halus.