Cakap biarlah
berfakta (Sinar Harian 1.2.15)
Lanjutan
artikel saya minggu lalu, pemberita web ultra kiasu telah menghubungi pemimpin
ultra kiasu Melayu untuk mendapatkan pandangan. Ultra kiasu tersebut berkata ia
insiden terpencil. Peliknya, sebelas fakta yang dikemukakan langsung tidak
dijawab.
Diikuti
kenyataan bapa murid tersebut, menyalahkan guru Melayu dan pengelola SJKC mahukan
isu ini ditutup. Setuju! Tetapi jangan hanya berlaku sebelah pihak? Ditakdirkan
perkara hampir sama berlaku di Sekolah Kebangsaan (SK), jangan pulak heboh
1Malaysia.
Kadangkala,
sedih melihat ultra kiasu Melayu, pintu hatinya telah tertutup kerana
digula-gulakan dengan pangkat dan imbuhan. Yang baru masuk, berharap dicalonkan
menjadi ahli parlimen dan ADUN. Ada yang bercita-cita mahu jadi Menteri Besar.
Pertama,
saya mempunyai ramai rakan guru yang mengajar di Sekolah Cina. Jarang sekali komen
positif yang saya dengar. Kebanyakannya negatif. Ultra kiasu lebih memuji pendidikan
Singapura daripada Malaysia. Hujan emas negeri orang, hujan batu di negeri
sendiri. Mana satukah yang patut dipilih?
Jika
pendidikan kita begitu buruk, takkanlah begitu ramai pelajar kita dapat
melanjutkan pelajaran ke luar negara. Apabila biasiswa JPA dibekukan akibat
kegawatan, kecoh 1Malaysia. Belajar sahaja dalam negeri. Kerajaan tengah susah
hari ini. Bantu. Balik nanti bukan mengundi BN pun.
Kedua,
subjek Bahasa Melayu (BM) dipandang rendah dan tidak penting, tidak membawa
mereka ke mana-mana. Kuasa ekonomi China, akan menjadi bahasa Cina lebih
penting, bukan BM.
Untuk
makluman, silibus BM di semua sekolah tidak sama. Sukatan BM di SJKC jauh lebih
mudah berbanding BM di SK. Apabila ada cadangan supaya BM diselaraskan disemua
sekolah, maka seluruh NGO mereka bersatu menentang, dengan alasan, pelajar SJKC
tidak boleh dibebankan dengan BM. Penguasaan Bahasa Cina (BC) akan terjejas. Dalam
makna, biar jahil BM tidak mengapa, asalkan hebat dalam BC. Di manakah
kedudukan BM sebenarnya sebagai bahasa negara jika asyik berkorban? Pernah
orang besar di KPM terfikir?
Ketiga,
penting sangatkah BC untuk berhadapan dengan kuasa besar ekonomi China pada
masa kini dan akan datang? Ketika kerajaan China berinteraksi dengan Melaka ribuan
tahun dahulu, bahasa apakah yang digunakan kalau bukan BM? Kenapa BM boleh
sampai ke tahap lingua franca? Jawapannya mudah! Siapa berkehendakkan kepada
siapa? Jika saling berkehendak, pakat-pakat berkorbanlah. Tidak boleh hanya
satu pihak sahaja yang berkorban.
Keempat,
ultra kiasu Melayu tersebut membawa contoh negeri Kelantan sebagai contoh
betapa ramainya pelajar Melayu di SJKC (28 peratus). Ingin saya bertanya,
beramai orang Cina di Kelantan? Tidak hairan jika orang Melayu menghantar anak
mereka ke SJKC? Selaku negeri Serambi Mekah, orang Melayu ada sebab menghantar
anak mereka ke sana. Antara semangat dan keinginan untuk berdakwah dan menyunat
yang tidak bersunat. Lagipun Cina
Kelantan dan Terengganu berbeza dengan yang lain kerana melalui proses
asimilasi.
Anak-anak
saya sendiri bersekolah Cina, bukan kerana kuasa ekonomi China, tetapi kerana
saya ada misi untuk menyunatkan mereka, seperti yang pendakwah Kristian lakukan
hari ini. Tidak hairan, jika ramai orang Cina memeluk Kristian daripada Islam.
Kenapa?
Kelima,
saya tidak menolak kata-kata Presiden Pas, bahawa Kristian amat agresif di Asia
Tenggara, terutama Alam Melayu, setelah mereka gagal di barat. Tidak hairan, jika
mereka akan lakukan sedaya mungkin, terutama kekuatan material. Pergilah ke
kampung orang Asli, taktik apa yang digunakan kalau bukan dengan membeli dengan
wang ringgit.
Pendek
kata, sisepet ini di rantau Asia ini lebih agresif daripada paderi di barat dan
Rom. Kebanyakan yang meletakkan nama-nama seperti Teresa, Anthony dan lain-lain
adalah kalangan yang celup belaka. Pantang diusik, melompatlah mereka seperti
cacing kepanasan. Kristian tulen pun tidak begitu sensitif. Sedar atau tidak,
bilangan gereja jauh berlebihan berbanding penganutnya.
Saya
telah beberapa kali didekati mereka dengan risalah Kristian, sebab dia ingat
saya belum bersunat, sebab saya pun sepet. Dia tidak tahu saya pun ada misi
menyunatkan dia. Saya gunakan istilah sepet sebab saya orang Cina, saya tidak
pernah mengaku mahu jadi Melayu atau lebih Melayu dari Melayu. Saya hanya
berkata benar.
Keenam,
saya sudah dicop sebagai penghianat, perosak bangsa, anjing dan berbagai lagi
kata nista. Ada yang sampai mahu kencing kubur saya. Kencinglah! Saya tidak
pernah kisah kemarahan manusia, saya hanya takut kemarahan Allah. Jika tidak
benar apa yang saya perkatakan, berhujahlah dengan fakta, bukan emosi.
Akhirnya,
saya mohon agar kajian ilmiah dilakukan
segera. Dengar rintihan guru-guru Melayu yang mengajar di SJKC. Bandingkan
layanan guru bukan Melayu di SK. Bagaimana Melayu melayan bukan Melayu
berbanding sebaliknya. Jika terlalu takut, bagi dana untuk saya buat kajian.
Saya akan laporkan seikhlas mungkin. Jangan bandingkan dengan sektor bisnes.
Begitu ramai pekerja Islam yang tidak dibenarkan solat fardu dan solat jumaat
kerana dikatakan membuang masa dan merugikan, kecuali bagi mereka yang
memahami. Satu hari ini nanti, kebenaran pasti akan terbongkar. Saya pasrah
walaupun dikeji dan dicaci.
2 comments:
dalam iklan2 kerja penuh tulis mandarin speaking wanted.
cara diaorang ni menyekat kaum lain nak mintk kerja.
ironi nye ..nak pekerja cina tapi nak jual produk mereka pada kaum lain jugak.
lepas tu bila kami cakap suruh balik negara asal marah pulak.
ini malaysia lah ...bukan china...
"Saya tidak mahu mendengar apa-apa masalah mengenai perkauman di negeri ini. Setiap kaum seperti Cina, India adalah Bangsa Johor. Kita perlu menghormati satu sama lain." Titah sultan Johor semasa menerima kunjungan hormat 16 ketua-ketua agama bukan Islam di Istana Bukit Serene.
Sebelum itu, titah sultan Johor “Mereka yang mengamalkan perkauman tidak pernah saya terima di Johor Darul Takzim, mereka yang mengamalkan sikap ini dinasihat supaya keluar dari negeri ini serta-merta. ... Ini bukan zaman batu, orang Melayu, Kaum Cina dan India semua telah memainkan peranan masing-masing. Johor adalah rumah kepada semua bangsa Johor."
Senyap sahaja sekarang walaupun terang-terang menderhaka titah sultan Johor. Kenapa kita yang ada kuasa takut untuk ambil tindakan?
Post a Comment