(Sinar Harian 11.1.16)
Saya ucapkan tahniah kepada Rayani Air di atas keberaniannya meletakkan asas patuh syariah sebagai dasar
utama syarikat penerbangan itu. Walaupun tuan punya syarikat ini masih lagi
tidak Islam, namun dia memahami budaya dan kehidupan masyarakat negara ini. Apatah
lagi sampai ke peringkat mahu melantik Dr Haron Din sebagai penasihat syiarah.
Hebat…hebat. Rakyat Malaysia sebegini perlu diperbanyakkan. Terbanglah
setinggi-tingginya Rayani Air, tapi jangan sampai balik Tongsan.
Mungkin ada yang berkata, ini wayang sahaja, bagi mendapat keuntungan.
Pada saya, wayang pun wayanglah, sekurang-kurang dia ada hati dengan Islam.
Cukuplah. Daripada berkawan dengan ultra kiasu sekian lama, tetapi makin tegar
dan kuat menentang Islam. Mungkin parti Amanah boleh melembutkan hati mereka. Tidak
mustahil beberapa kerusi DUN, Parlimen dan Ahli Majlis boleh turut diberikan.
Jangan kacau kerusi Pas. Pas tidak rela tau!
Membaca komen-komen ultra kiasu, respon kepada berita ini, memang
menyakitkan hati. Mereka kata selepas
ini, akan dihidangkan dengan air jampi dan macam-macam penghinaan. Ada aku
kisah! Janji hati aku senang bila naik Rayani Air. Hilang di udarapun tidak
mengapa, asal dari mula naik hingga turun sentiasa membawa kita mengingati
Allah. Puas hati kalau ditakdirkan mati di udara.
Tindakan ini bukan lagi srategi laut biru, tetapi strategi lautan dakwat
ilmu. Ini bukan lagi thinking outside the
box, tetapi inside the box. Mengkaji
dahulu apa yang ada di dalam sebelum sibuk mencari di luar. Ini tidak, sibuk
mencari ilmu sana-sini. Ilmu Islam begitu jahil. Akhirnya jadilah macam
kumpulan G25.
Sudah sekian lama saya bercakap supaya kita mengikuti cara pesawat
Brunei. Bukan Islam di sana ada 30 peratus. Kenapa mereka boleh menerima?
Jawapannya, mudah. Pemimpin di sana ada willpower. Kita bagaimana? Tidak bertegas.
Terperangkap dalam permainan undi. Meskipun mereka tidak pernah mengundi kita,
walaupun dalam satu Barisan. Inilah nasib Melayu. Terlalu memberikan, sehingga
orang lain naik kepala.
Kenapa syarikat bukan Islam perlu patuh kepada kehendak syariah?
Jawapannya, pertama; Malaysia adalah negara Islam. Islam agama persekutuan. Ia
harus dihormati oleh semua pihak. Islam memang menghormati agama lain, asalnya
ia tidak mengganggu kita.
Kedua;
ajaran (agama) apakah di dunia yang menghalalkan wanita berpakaian seksi,
menghalalkan arak, judi dan lain-lain lagi. Hina sungguh sesuatu agama itu jika
ada yang menghalalkan perkara di atas, yang amat ditegaskan dalam Islam. Jika
kita mengakui agama kita hebat, maka sokonglah Rayani Air. Jika tidak, hina
sungguh kita.
Jangan
seperti ultra kiasu, kerana mahukan produknya laku dan laris, maka dijenamakan
dengan nama-nama yang kelihatan Islamik, sedangkan cara pembuatan dan
pemerosesan tidak menepati kehendak syariah. Misalnya, bihun kotor ditulis dan
tulisan jawi, cap masjid dan macam-macam nama Melayu Islam.
Ketiga;
jika berpakaian seksi itu dibolehkan, kenapa bila duduk terkangkang kerusi
kenderaan awam, perlu dirapatkan pehanya. Biarkanlah terbuka. Saya difahamkan pada asalnya pakaian
pramugari tambang murah itu skirtnya sampai ke lutut. Tetapi bila tiba kepada
pramugarinya, bukan sahaja disingkatkan, malah dibelah lagi, supaya bertambah
berahi. Bukan main merah lagi bila berjalan, dengan lagak sombong, kononnya
cantik. Walhal gedik. Tengok naik getik.
Keempat;
isu pramugari menangis kerana pakaian seksi dan melayan arak sudah lama
diadukan pada saya. Kes Dr Maza kira kes baharu. Wahai Melayu yang duduk di
syarikat tambang murah, buka mata hati mu. Jangan buta.
Kelima;
kenapa tidak mengambil pengajaran pesawat terpaksa berpatah balik, gara-gara
penumpang mabuk. Jika arak itu baik, suruhlah sahaja pilot minum dahulu. Kenapa
pilot diperiksa bebas dari arak dan dadah sebelum memandu pesawat.
Keenam;
pelancong datang bukan nak minum arak, tetapi melihat negara, budaya dan cara
hidup kita. Kualiti arak mereka jauh lebih baik dari kita. Yang kita hidangkan pun
adalah arak yang diimport dari mereka. Kenapa hidangkan minuman mereka, bukan
minuman kita? Hidangkanlah sirap dan cendol.
Ketujuh;
sama juga membuat pertunjukan rock, RnB, dan lain-lain budaya barat kepada
pelancong. Bukankah sepatutnya, inang, zapin, keroncong, caklempong dan lagu
etnik Cina dan India, Sabah dan Sarawak. Kenapa terhegeh-hegeh dengan budaya
asing. Malah bangga lagi. Dalam hati pelancong sudah tentu tertawa, bodoh
sungguh kita.
Kelapan;
apa sebenarnya identiti Malaysia, saya masih tercari-cari. Kita sudah menjadi
lebih barat dari barat, sehingga tidak mustahil jadi keparat. Justeru,
bangunlah wahai pemimpinku! Kembali identiti negara ini yang berpaksikan kepada
Islam tanpa menafikan hak orang lain dalam demokrasi.
Akhirnya, jangan
sampai, apabila sudah hilang segala-gala, ketika itu baharu nak kembali kepada
asal. Masa itu sudah terlambat. Ingat, sekali terlepas, amat sukar untuk
mendapat balik.
Kepada
Rayani Air, gua caya sama lu. Terbanglah setinggi yang kau mahu. Saya yakin,
penumpang akan rasa selamat, walaupun hilang di mata. Aku tetap akan memilihmu.
Allah bersamamu meskipun tidak bersunat.
Profesor Dr
Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Felo Utama,
INSPIRE dan Pensyarah PPI, UniSZA
3 comments:
"Allah bersamamu meskipun tidak bersunat."
Saudara RT, janganlah kaitkan Allah pada kenyataan akhir anda ini. Apakah Allah itu terkait dengan mereka yang bukan Islam yang menafikan keWujudan Allah...? Mulianya Allah itu biarlah pada tempatnya iaitu mereka yang benar-benar berpegang teguh dan menyakini Kalimah Tauhid dan Kalimah Rasul sebagai tunjang kekuatan iman yang meliputi semesta alam. Tidak mungkin Allah redha pada agama selain Islam. Sebaliknya Allah redha Islam itu agamamu. Maka yakinlah bahawa meliputinya ILMU Allah itu ialah suatu sifat sandaran yang layak dan sesuai pada seluruh makhluk ciptaanNya tidak kira Islam atau bukan Islam. WaLlaahu'alam.
Kalau nama si polan digunakan untuk kepentingan sendiri, kemungkinannya ialah si polan akan terkesan. Kalau positif tak mengapalah tetapi kalau secara negatif tentulah merugikan si polan. Dalam konteks inilah nama si polan tidak boleh digunakan tanpa mendapat kebenaran dari tuan punya diri.
Bendera negara adalah lambang yang apabila melihatnya sudah dapat dikaitkan dengan sesebuah negara. Bendera sesebuah negara adalah milik semua rakyatnya. Setiap rakyat tidak dilarang dari menggunakannya untuk tujuan yang baik-baik lantaran ia tidak akan kerugian apa apa melainkan ianya digunakan untuk tujuan yang tidak baik.
Agama tidak 'bertuan' dan ia adalah untuk semua. Ia terlalu besar jika dibandingkan dengan seorang insan. Kalau digunakan secara berhemah waima sebanyak mana ia digunakan, ia tidak akan berkurangan nilai dan tidak ada kerugian yang boleh ditaksir.
Minta Dr ulas dan buat teguran keras tentang "guru melayu dakwa diserang dan pernah dihalau dari sebuah sjkc di johor".
Benar-benar biadap dan rasis tahap tertinggi.
Benarlah sekolah tersebut adalah ladang ternakan cauvinis neokomunis yang akan membahayakan negara pada masa akan datang. Sekolah sebegini tidak sepatutnya wujud dan tak perlu dibantu oleh kerajaan! Apa lagi yang ultra kiasu mahu pertahankan; mahu menegakkan benang yang basah?
Post a Comment