Jangan terlalu kemaruk undi (Sinar Harian 4.1.16)
Kenyataan kemaruk undi
pemimpin Amanah, sehingga berani campurtangan dalam urusan negara Brunei
mengenai sambutan Krismas agak mengejutkan. Apabila orang Islam sudah menjadi
jurucakap, sudah tentu ultra kiasu sangat seronok. Mereka turut mendesak supaya
Putrajaya turut campurtangan, mendesak kerajaan Brunei supaya meliberalkan
sambutan perayaan kaum minoriti itu. Di mana kita tinggal? Tongsan? Hormatilah
perasaan bangsa majoriti dan undang-undang di sana.
Peliknya, Kristian di
Brunei tidak terasa apa-apa pun. Kenapa kita
gatal punggung? Sila baca artikel Harris Nasril, bertajuk
Christmas in Brunei, a reader’s account,
yang membuat kajian apa yang berlaku di sana.
Secara prinsip, pendirian
sesebuah negara hendaklah dihormati atas semangat kejiranan. Pasti ada
justifikasinya. Inilah orang politik, bila nampak sesuatu isu yang memberi
keuntungan politik atau undi. Semua mahu jadi jaguh kampung.
Saya telah beberapa
kali ke Brunei memberi syarahan. Sultan Brunei amat prihatin dengan bangsa
minoriti, kerana mereka ada hak dalam negara Islam. Justeru, Baginda Sultan sentiasa
merujuk kepada pakar, iaitu Majlis Agama dan Mufti. Keputusan tidak dibuat
semborono. Bukan seperti kita, ada pakar, tetapi tidak merujuk.
Agama Islam adalah
agama negara Brunei. Suatu perkara biasa jika agama Islam mendominasi, seperti
negara lain. Ada kebebasan, tetapi jangan sampai menenggelamkan agama negara. Berbeza
dengan kita. Boleh belaka, Malaysia boleh. Perdana Menteri Britain, tidak
segan-segan mengatakan multiculturalism
is dealth. Malah mengistiharkan Britain adalah negara Kristian. Kenapa
tidak bantah?
Agak malang bagi kita,
anak-anak muda Islam terhegeh memakai memakai baju santa claus dan pakaian
bangsa lain ketika perayaan mereka, sedangkan bangsa lain tidak pernah pun terlintas
memakai pakaian kita.
Ironinya, tindakan kerajaan China yang kejam ke
atas umat Islam iaitu dengan mengharamkan puasa, menyimpan janggut, menutup
aurat, banyak lagi cara hidup Islam yang diharamkan, tidak pula diprotes ultra
kiasu. Kenapa kita selalu jadi mangsa?
Sedarkah kita bahawa
jumlah rumah ibadat bukan Islam sudah terlebih keperluan, 10 kali ganda
bilangan masjid surau dan mereka boleh buat sesuka hati di sana? Sambutan
perayaan bukan hanya di sana, malah menutupi bumi Malaysia?
Justeru, dalam
memberikan keadilan, jangan lihat keadilan itu fair and square atau 1=1,
tetapi meletakkan sesuatu ditempat yang betul. Sensitiviti agama
majoriti mesti dihormati.
Terbaharu, ultra kiasu
mengutuk tindakan Putrajya menghalang atlit Israel masuk bertanding Kejohanan
Luncur Angin Belia Dunia di Langkawi. Apabila merasa tergugat dengan tindakan
tersebut, cepat-cepat pemimpin ultra kiasu lain mengatakan itu pendapat
peribadi. Ingatan saya kepada kita semua, jangan sampai negara ini diIsraelkan
dan dikristiankan. Ultra kiasu sangat licik dalam psywar dan psyop mereka.
Hati-hatilah wahai pemimpin negaraku.
Banyak negara lain di dunia, termasuk negara bukan
Islam yang tidak menyambut Krismas. Malah Kristmas tidak diistiharkan sebagai
cuti umum. Misalnya, Arab Saudi, Algeria, Afghanistan, Azerbaijan, Bahrain,
Iran, Kuwait, Libya, Maghribi, Oman, Qatar, Somalia, Tajikistan, Tunisia,
Turkmenistan, Turki, UAE, Uzbekistan dan Yaman.
Manakala Iraq, Jordan, Kazakhstan, Kyrgyzstan,
Lubnan, Mesir, Sudan dan Syria mewartakan Krismas hanya cuti untuk
penganut Kristian serta disambut pada 7 Januari yang turut dikenali sebagai
Krismas Kuptik atau Ortodok. Negara Islam bercuti Krismas adalah Albania,
Bosnia, Kosovo, Bangladesh, Indonesia dan Malaysia. Pakistan bercuti pada 25
Disember bukan sebab Krismas tetapi Hari Peringatan Pengasasnya, Muhammad Ali
Jinnah.
Israel yang terletak berhampiran Gereja Nativiti,
Bethlehem, Palestin iaitu tempat kelahiran Nabi Isa A.S., pun tidak bercuti
pada hari Krismas. Negara bukan Islam yang tidak bercuti Krismas adalah Bhutan,
China, Jepun, Mongolia, Korea Utara, Laos, Rusia, Taiwan, Thailand dan Vietnam.
Brunei ‘mengharamkan’
sambutan secara terbuka Hari Krismas kerana khuatir ia boleh menyesatkan umat
Islam. Umat Islam perlu menghindari perayaan bukan Islam
kerana ia boleh membawa kepada tasyabbuh (penyerupaan) dan menjejaskan akidah. Mungkin
ada yang berhujah, rapuh sangat iman umat Islam boleh terpengaruh dengan santa
claus. Ini bukan soal rapuh iman atau tidak. Ini negara mereka dan mereka ada
hak. Keadilan itu memberikan hak kepada yang berhak.
Banyak percubaan yang
dilakukan untuk meliberalkan dan mengkristiankan negara Brunei, tetapi tidak
berjaya kerana pemimpinnya hebat. Kita sudah nampak bahaya di depan mata,
tetapi terus biarkan, atas alasan unity
in diversity. Siapa jadi mangsa?
Untuk
makluman, Brunei turut mengetatkan undang-undang sambutan Tahun Baharu Cina. Sambutan
hanya boleh diadakan di tokong, dewan sekolah dan rumah anggota-anggota
persatuan Cina untuk tiga hari sahaja pada waktu yang dibenarkan. Mercun dan
bunga api diharamkan.
4 comments:
Golongan bukan Islam perlu dikasehani. Atas kelemahan kita umat Islam berdakwah mrk terbiar kufur kpd Tuhan Yg Mencipta dan Memberi rezeki kpd mrk. Alangkah dahsyatnya jika boleh kita bayangkan bgmn nanti keadaan mrk selepas matinya bila matinya mrk dlm keadaan kufur. Sekurang kurangnya kita tidak boleh redha dgn kekufuran mrk dan doakan mudah mudahan pintu hidayah Allah swt terbuka utk mrk.
Isu belum jelas tetapi ramai yang melatah termasuklah si YB. Kalau YB melatah membabitkan isu YB nampaklah justifikasinya. Kalau YB melatah kerana isu yang belum jelas dan tiada kaitan rapat dengan status diri YB, ia lebih sudu dari kuah.
Semak juga tafsir 5:52.
Kisah org yg berpnykt hatinya berusaha utk mengambil hati golongan kafir.
Saya langsung tidak setuju. Dimanakah kebebasan agama kaum minoriti jika Sultan brunei memberi keutamaan kpd mereka? Kenapa takut sambutan christmas akan menengelamkan agama kaum majoriti? Adakah kepercayaan mereka sangat teruk sampai sambutan kaum lain menengelamkan kepercayaan sendiri? Bayangkan masalah negara terlalu banyak dan si Ridhuan ada banyak masa utk berdebat pasal hal ini. Kalau orng Malaysia sibuk sgt dgn perayaan krismas di Brunei, sama la dgn si ridhuan tee yg tak sedar diri dan fanatik agama menyampuk dlm hal ini. Amat memalukan segelintir kaum melayu islam malaysia takut sangat dengan kewujudan penganut kristian di negara yg berbilang bangsa. Renungkan sendiri waktu berdoa kenapa takut sangat?? "Tepuk dada tanya sendiri"!!
Post a Comment