Jaminan pengganti PM lebih baik (Sinar Harian 7.3.16)
Apa
jaminan pengganti Najib akan menjadi Malaysia lebih baik? Inilah yang perlu
difikirkan. Justeru, berhati-hatilah agar tidak terpedaya dengan perancangan
licik ultra kiasu sama ada yang Islam atau tidak. Apakah kita sudah buta dengan
matlamat menghalalkan cara ultra kiasu untuk mengaburi mata kita?
Ultra
kiasu sedar, raja atau rakyat Malaysia tidak akan menerima ultra kiasu Cina
sebagai PM. Namun, mereka sudah bersedia dengan calon ultra kiasu Melayu. Malangnya,
ultra kiasu Melayu masih tidak sedar mereka diperalatkan. Jika adapun yang
sedar, kuasa itu lebih utama daripada yang lain meskipun terpaksa menjadi
boneka.
Tahniah
kepada Pas atas pendirian bijaksananya untuk tidak menjatuhkan pemimpin negara
ini secara tidak demokratik seperti yang sedang diusahakan oleh musuh Islam.
Pas mengambil
pendirian tidak bermusuhan dengan pemimpin (ahli) Umno, sebaliknya bermusuhan
dengan parti Umno itu sendiri. Ini politik matang. Orang Umno masih Islam.
Jangan layan Umno seperti orang kafir. Jika dengan sikafir kita boleh berpeluk
dan bercium mulut, kenapa sesama Islam perlu bergaduh sehingga menghancurkan
negara?
Sejak dahulu Pas konsisten.
Pas bukanlah parti yang kemaruk kuasa. Agenda Pas adalah untuk menegakkan syiar
dan undang-undang Islam, jika diizinkan Allah. Allahyarham
Tuan Guru Nik Aziz pernah berkata Pas akan dibubarkan jika Umno laksanakan
Islam.
Pendirian
ini sepatutnya menjadi Umno sedar. Janganlah lagi berseteru dengan Pas.
Fikirkanlah hasrat untuk mengimarahkan bumi Allah ini dengan Islam. Islamlah
kamu nescaya selamat.
Dalam
situasi hari ini, jika Pas mengambil pendirian menyokong ultra kiasu. Terbaharu,
kumpulan Tun Mahathir dan Umno yang lain, yang mahu menjatuhkan PM, sudah tentu
kedudukan PM goyang. Tetapi Pas bertindak sebaliknya, meskipun ada peluang
keemasan.
Pas boleh
memanipulasikan segala ruang dan peluang untuk menjatuh PM dalam keadaan kritikal
ini. Tetapi Pas menunjukkan politik matang berhikmah. Tidak mustahil Pas boleh
menggantikan Umno. Jika Umno masih tidak berubah. Bermegah 3 ‘ta’ iaitu takhta,
wanita dan harta.
Cadangan
berikut hendaklah diambil kira oleh pimpinan Umno. Pertama, jangan terlalu
menyangka diri sendiri kuat. Mengeluarkan kenyataan bongkak. Mulakanlah dengan
program tarbiyyah hati di kalangan pemimpin Umno dan ahli supaya lebih
mengutamakan rakyat daripada perut. Kurangkan cakap, banyakkan kerja.
Kedua,
realisasikan tage line 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Rakyat
mahu melihat apa yang telah didahulukan. Saya memuji tindakan MB Perak yang
sanggup tidur bersama rakyat dalam masjid. Pemimpin Umno yang lain bagaimana?
Pernahkah menjejak kaki ke masjid, jika susah sangat hendak tidur di sana.
Ketiga,
segera laksanakan cara hidup Islam, jika masih merasakan undang-undang Islam
tidak sesuai dalam masyarakat majmuk. Sekurang-kurangnya mulakan dengan
mengamalkan cara hidup Islam untuk rakyat yang beragama Islam. Bagi bukan Islam
yang tidak mahu, biarkan dia. Perkasakan maqasid syarieyah dan mahkamah
syariah.
Keempat,
Umno tidak perlu bertanding di kawasan yang telah dimenangi oleh Pas. Jika
ultra kiasu mahu meletakkan calonnya melawan Pas sama ada daripada ultra kiasu
atau Melayu, maka Umno perlu menarik diri daripada bertanding. Berikanlah undi
tersebut kepada Pas, bagi mengekalkan kemenangan Pas. Jika Umno dan Pas tidak
mungkin bersatu, perlu ada perkongsian strategik.
Kelima,
sebaliknya juga Pas tidak perlulah bertanding di kawasan kubu kuat Umno. Biar
ultra kiasu Melayu sahaja yang bergasak. Ahli Pas, pakat-pakat undi Umno,
seperti yang ultra kiasu lakukan kepada partinya.
Keenam,
biarkanlah PM Najib terus menerajui Malaysia hingga berakhir penggal. Ikutlah
proses demokratik. Setiap pemimpin datang dan pergi. Ada kekuatan dan kelemahan
masing-masing. Pemimpin terdahulu ada juga kelemahan, tetapi berjaya ditutup
dengan kejayaan. Pastinya PM ada resepi kejayaan untuk memperbaiki kesilapan
yang dilakukan.
Ketujuh,
apakah kita tidak nampak sumbangan PM kepada dunia Islam? Mendamaikan umat
Islam yang berkonflik di Timur Tengah. Begitu juga minoriti Islam di negara
bukan Islam, seperti Selatan Filipina dan lain-lain. Kita adalah contoh terbaik
kalangan negara Islam hari ini, terutama mempelopori ekonomi Islam. Apakah
tidak mungkin pemimpin Arab memberikan bantuan kepada kita? Pemimpin Umno sebelum
ini pun ada menerima derma daripada dunia Arab, bezanya cuma tidak dimasukkan
ke dalam akaun peribadi.
Kelapan,
kepada yang telah mengambil keputusan keluar daripada Umno, cukup dengan
serangan yang telah dilakukan. Banyakkan saranan daripada tekanan. Jangan
biarkan negara ini hancurkan disebabkan oleh satu kesilapan. PM sedang sedaya
upaya untuk menyelesaikan kemelut ini.
Mungkin
inilah pertimbangan Pas terhadap PM. Jika tidak, sudah tentu peluang ini digunakan
untuk membenamkan Umno. Apa kepentingan pemimpin Pas pada usia senja sebegini?
Fikirkanlah.
Kepada
Umno bangunkan daripada kebongkakan. Bertaubatlah sebelum terlambat. Pemimpin
Umno tidak akan dipandang mulia sekali mana mereka tidak kembali kepada ajaran
Islam dan berakhlak dengannya. Masalah semakin berlarutan kerana kita jauh
daripada tali Allah.
4 comments:
Adakah Najib YANG TERBAIK sampai tak boleh diganti.....????
Apa mengekalkan pemimpin penyeleweng itu bagus ka baba ,kemudian dulu pandai kafir orang umno melalui amanat hj hadi tahun 1984 sehingga cetus peristiwa memali malah banyak yang mati kerana ikut fahaman kafir mengkafir sesat oleh Hj hadi kemudian boleh jilat balik orang umno yang di kafirkan dan tak bertaubat pula tu hadi ini dah la buat dosa besar ,kamu tak malu ka baba, komen saya ini memang kamu tak akan siar biasa la blog penakut.
Salam
Najib. sebagai pemimpin saya tetap sokong, saya hargai usaha beliau untuk rakyat dan negara. Tapi apapun, suatu hari nanti saya harapkan UMNO dan PAS jatuh. PKR pun saya tak mahu. Saya mahu parti baru ataupun DAP sahaja. Biar orang-orang seperti UMNO dan PAS juga PKR sedar diri. Antara UMNO,PAS,PKR saya sayangkan UMNO tetapi disebabkan di dalam UMNO dan juga di dalam pentadbiran negara dan peringkat negeri ada parasit-parasit yang dah menjangkiti sekian lama sukar untuk dipulihkan termasuk Najib, lebih baik hapuskan terus parti-parti ini semua. Buat baru. Berharap manusia-manusia yang berada dibawah tanah sekian lama, yang tanpa boleh berkata-kata, tanpa boleh menyatakan kebenaran hakiki, seolah-olah manusia-manusia ini disimin dibawah tanah tanpa boleh keluar dari belenggu yang dicipta oleh parasit-parasit ini, terlepas dari belenggu dan bangkit sebangkit-bangkit untuk ke jalan yang lurus, mendamaikan, memakmurkan dan adil.
TUHAN HANYA SATU, YANG MAHA ESA, TIADA SEKUTU-SEKUTU UNTUK-NYA DARI BENDA ATAU MANUSIA. ABDIKAN DIRI HANYA PADA TUHAN. BUKAN PADA MANUSIA YANG HANYA SERONOK BERMAIN DENGAN DUNIA, SERONOK BERMAIN DENGAN HUKUM, SERONOK BERMAIN MENJADI TUHAN OLOK-OLOK, SERONOK SEOLAH-OLAH ADA KUASA KEATAS MANUSIA LAIN, SERONOK JADI SEKUTU ALLAH. QURAN BANYAK MENCERITAKAN TENTANG MANUSIA-MANUSIA JENIS INI. QURAN DARI TUHAN YANG MAHA PERKASA.
Aqil
Tak pa la, tunggu aje la PRU 14 2018, jika dipnjgkan umur.
Post a Comment