Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Monday, March 14, 2016

Apa lagi ultra kiasu mahu?

7:38 AM Posted by RIDHUAN TEE 7 comments
Apa lagi ultra kiasu mahu? (Sinar Harian 14.3.16)

Pemimpin ultra kiasu parti Gerakan mengancam kerajaan supaya memindahkan penolong pengetua berbangsa India di SMJK Yuk Choy, Ipoh yang baharu dilantik. Sebelum ini, insiden yang sama berlaku di SMJK Hwa Lian, Mentakab.

Pendek kata, ultra kiasu Cina tidak mahu menerima guru bukan Cina yang tidak boleh berbahasa Cina. Mereka mahukan operasi 78 SMJK Cina dan lebih 1300 SJKC seratus peratus Cina, menjadi sekolah satu warna. Apa semua ini?

Pergilah bina sekolah sebegini di negara komunis China. Saya amat yakin kerajaan China pun tidak secina ini. Siapa lebih rasis? Kita harapkan KPM tidak akan tunduk. Pembinaan sekolah dalam sekolah perlu dihentikan. Kerajaan terlalu banyak bertoleransi kerana laparkan undi. Fikirkanlah sama perkara yang sangat penting iaitu pembangunan negara bangsa bermatlamatkan perpaduan nasional.

Saya sering dituduh sebagai rasis dan lebih Melayu daripada Melayu. Apakah tindakan ini tidak rasis? Tindakan ini bapak segala rasis. Hairannya, tidak ada seorang pemimpin Umno yang sensitif. Pembangkang lagilah takut.  

Pertama, kerajaan perlu meneruskan dasar menempatkan lebih ramai guru-guru bukan Cina di SJKC dan SMKJ. Biar macam-macam ada. Warna-warni Malaysia. Baharulah 1Malaysia. Ini tidak, di mulut laungkan 1Malaysia, di belakang menikam. Oportunis apakah ini?

Kedua, jika Sekolah Kerajaan (SK dan SMK) boleh menerima guru bukan Melayu, tidak kira sama ada mereka mahir berbahasa Melayu atau tidak, kenapa Sekolah Cina tidak boleh? Apa besarnya Sekolah Cina? Bayangkan tindakan yang sama kita lakukan, iaitu menolak guru bukan Melayu di SK dan SMK, apakah tidak akan kiamat 1Malaysia?

Ketiga, jika merasakan sistem pendidikan di Malaysia masih tidak cukup, termasuk mendesak kerajaan mengiktiraf sijil UEC, maka carilah tempat lain lebih baik untuk membina sekolah sebegini.  Mana ada kerajaan di dunia ini yang membenarkan sekolah sebegini dibina, kecuali Malaysia? Semuanya dibantu.

Di Malaysia bukan sahaja sekolah berasaskan kaum dibantu, pembinaan rumah ibadat bukan Islampun dibantu sama, walaupun tidak ada dalam perlembagaan, atas dasar toleransi. Sehinggakan rumah ibadat terlebih banyak dinisbahkan dengan bilangan penganutnya.

Bandingkan negara lain di India misalnya, kuil-kuil yang dibina  menggunakan duit sendiri, tetapi dikawal kerajaan. Kerajaan mempunyai kuasa penuh terhadapnya, termasuk jumlah aset (derma) yang berjaya dikutip (sila baca www.thehindu.com dan indiafacts.org). Terbaharu, ada kuil dirobohkan oleh pihak berkuasa India kerana mengganggu jalan. Tetapi di negara kita, jalan terpaksa dibengkokkan kerana memberi laluan kepada rumah ibarat. Segala aset rumah ibadat tidak pernah diaudit atau dikenakan cukai. Hebat sungguh kerajaan Malaysia meraikan kepelbagaian (Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan). Adakah dihargai?

Keempat, perlulah bertanya kepada guru-guru bukan Melayu di SK dan SMK, bagaimana layanan pengetua Melayu terhadap mereka. Tidak kurang yang mendapat anugerah khidmat cemerlang setiap tahun. Apakah sama seperti yang berlaku di SJKC Pai Chee, Mersing, guru Melayu dianaktirikan? Sebab itu, saya selalu mengingatkan supaya menghargai toleransi orang Melayu. Bangsa ini sangat bertimbang rasa. Kenapa perlu ambil kesempatan? Saya tidak kata semua, tetapi tindakan mereka jauh lebih profesional dan kurang rasis.

Kelima, kerajaan perlu bertegas, seperti mana kerajaan negara lain. Sampai bila mahu bertarik tali? Kita lebih banyak menghulur tali, sehingga talian hayatpun sudah hampir habis. Tinggal apa lagi? Pendidikan adalah asas, tidak boleh dikorbankan. Pemimpin datang dan pergi, tetapi dasar yang ditinggalkan, dan diubah setiap kali pimpinan berubah, akan menjadi precedent (mengikat).

Apakah kita sudah lupa bahawa Akta Pelajaran 1961, kerajaan mempunyai kuasa penuh untuk menghapuskan SJKC bila tiba masanya. Kerana desakan dan tekanan, Akta ini telah dimansuhkan dan diwujudkan Akta Pendidikan 1996. Lebih liberal. Status SJKC terjamin. Kerajaan tidak ada lagi kuasa penuh untuk menghapuskan SJKC, tetapi hanya boleh menukar status bahasanya sahaja. Akta ini sedang ditentang oleh ultra kiasu dan mahukan kerajaan menghapuskan kuasa ini. Daripada ada kuasa boleh menghapuskan SJKC, kini tinggal hanya menukarkan bahasa pengantarnya dan sekolah ini bantu sepenuhnya. Itupun PM telah memberi jaminan SJKC dan SMJK akan kekal selama-lama.

Keenam, buatlah kajian sistem pendidikan di seluruh dunia, apakah ada negara sebaik Malaysia ini? Bahasa Melayu selaku bahasa kebangsaan semakin hilang peranannya. Bahasa lain semakin mengukuh. Tidak cukup dengan itu, desakan dan tekanan terus diberikan termasuk memberikan syarat-syarat guru bukan Cina tidak boleh dipindahkan ke SJKC dan SMJK tanpa kebenaran Dong Jiao Zong dan Hua Tuan. Silibus BM mesti lebih mudah dari SK dan SMK. UEC mesti diiktiraf. Operasi mereka mesti secina-cinanya. Apa lagi ultra kiasu mahu?

Kesimpulannya, wahai pemimpin kerajaan! bertindaklah seperti negarawan. Saudara bukan lagi ahli politik setelah dilantik menjadi menteri. Janganlah terlalu laparkan undi sehingga memusnahkan negara bertuah ini.

7 comments:

Anonymous said...

Dah melayu buka pintu seluas-luasnya utk dibodohkan, direndahkan, dihinakan....klu sya cina pun sya akan gunakan peluang2 ni secukup-cukupnya, kalau tidak,,,,sya mmg bodoh...

Anonymous said...

Ini puncanya kerana orang melayu atau islam terlalu bersangka baik tanpa memikirkan amaran tuhan di dalam AlQuran mengenai orang kafir dan kerana orang islam takutkan orang kafir melebihi takutnya kepada tuhan.

Anonymous said...

he is suffering from identity crisis

Anonymous said...

omg...kat miri...alahai, ntah apa nak cakap... dlm surat khabar(tempatan) or fb cuba tgok klu ada yg post vacancy, mesti mereka yg ultra kiasu ni akn letak, prefer ultra kiasu shj... or hanya utk org yg tahu speak ultra kiasu... stress bila memikirkan perlu ada bahasa mandarin nak dptkan kerja kat miri... bumiputra seolah-olah hanya utk 'lebihan' shj... teringat kisah kwn kat satu tmpt keja, dia dah lama keja kat situ tp nak naik gaji punyalh payah, tapi sekali sebangsa - ultra kiasu - tu masuk, baru 2 3 bulan, trus dpt gaji yg mcm kwn sy yg dh lama keja kat situ...byk lg situasi mcm ni sy dengar, tp ... mohon lbh byk info dari saudara Ridhuan Tee ttg ultra kiasu ni.. harap pemimpin negara sedar ttg perihal ni... betapa kita perlu tahu siapakah musuh kita sebenar...