(Sinar Harian 31.8.15)
Memahami sosio budaya politik Malaysia,
seperti yang semua sedia maklum, kerusi kawasan majoriti Melayu sepatutnya
ditandingi oleh calon Melayu. Manakala, calon bukan Melayu, di kawasan majoriti
mereka. Pernyataan ini bukan perkauman, tetapi itulah realiti politik, dalam
konteks Semenanjung.
Biarkan UMNO, Pas, PKR atau mungkin GHB
bergasak sesama mereka di kawasan majoriti Melayu. Manakala, MCA, Gerakan dan
DAP di kawasan majoriti Cina.
Untuk kaum India, tidak ada satupun
kawasan mereka mempunyai majoriti. Kerusi yang dimenangi sebelum ini adalah di
kawasan majoriti Melayu (BN). Sedikit sangat kerusi yang dimenangi di kawasan
majoriti Cina mewakili ultra kiasu.
Jika kita pandai berstrategi dan memahami
real politik, kaum yang tidak mempunyai mempunyai kawasan majoriti, tidak
sepatutnya bertanding. Jika wakil kaum mereka diperlukan bagi mengisi jawatan menteri
dan timbalan selepas PRU, maka lantiklah mereka sebagai senator.
Perkara ini pernah dilantun oleh MB
Negeri Sembilan, tetapi diprotes hebat oleh ultra kiasu. Senario ini bukan
sahaja di negeri Sembilan, malah di semua negeri di Semenanjung. Kerusi yang
dimenangi oleh MCA, Gerakan dan MIC hari ini adalah kerusi ehsan kawasan
majoriti Melayu.
Nilaikanlah toleransi orang Melayu
(Islam). Sanggup mengundi calon tidak seagama dan tidak sebangsa, tinggalkan
calon seagama sebangsa, hanya kerana toleransi dan mendengar arahan parti.
Kenapa sukar sangat orang lain melakukan
sedemikian? Kenapa ultra kiasu tidak meletakkan calon Melayu mereka bertanding
di kawasan majoriti Cina seperti Kepong, Seputeh, Petaling Jaya dan
lain-lain?
Namun, pada PRU akan datang, tidak
mustahil ultra kiasu akan meletakkan calon Melayu di kawasan majoriti Cina bagi
menunjukkan mereka tidak rasis. Sudah pasti calon Melayu itu akan menang,
kerana ultra kiasu tahu, hanya seorang dua sahaja Melayu dalam parti tersebut
dan mereka tidak boleh membuat apa-apa keputusan.
Calon dan kawasan berasaskan kaum ini perlu
dilihat secara serius, terutama oleh BN jika ingin terus kekal berkuasa dalam
PRU akan datang. Jika sekiranya formula bertanding mengikut kuota parti terus
dilakukan, tidak mustahil BN (Umno) akan kehilangan lagi kerusi.
Siapakah yang untung dalam permainan ini
kalau bukan ultra kiasu? Mereka menambah kerusi setiap kali PRU.
Memahami situasi masa kini, pendekatan
berstrategi perlu diberikan perhatian serius. Apatah lagi dengan kemunculan GHB
yang sudah pasti akan memecahkan lagi undi Melayu.
Di kawasan mana GHB akan bertanding?
Apakah mereka yang menang atas tiket Pas sebelum ini akan terus mahu
mengekalkan kerusinya menentang Pas sendiri, selain berhadapan parti politik
lain yang pasti akan bertanding?
GBH melakukan satu dosa besar jika
menentang Pas, yang telah menaikkan mereka hingga ke tahap ini. Apakah ultra
kiasu akan memberi laluan kepada GBH untuk bertanding di kawasan kubu kuatnya.
Jauh panggang dari api.
Tidak mustahil, GHB akan bertanding
menentang saudara seagamanya sendiri seperti yang pernah berlaku dalam sejarah
IRC (IKRAM) itu sendiri. IRC yang kini majoriti menganggotai GHB, masih ada
dalam Pas, Umno dan Abim.
Strategi mereka masuk ke dalam Pas untuk
menguasai Pas telah dihidu oleh Pas. Begitu juga kehadiran mereka dalam Umno
dan lain-lain pertubuhan. Strateginya pecahkan, bagi tujuan menguasai.
Saya menasihatkan IRC supaya berhenti
melakukan kerja-kerja bodoh ini. Belajarlah erti ikhlas dalam perjuangan.
Buatlah kerja-kerja yang lebih bermanfaat daripada merosakkan jamaah lain. Kamu
tidak akan berjaya.
Lebih baik buat kerja-kerja melondehkan
strategi musuh Islam. Misalnya, kajian bertanyakan rakyat Malaysia sama
ada Malaysian 1st, Malay 1st atau Muslim 1st.
Sudah tentu Melayu Islam yang faham
Islam, akan jawab Muslim 1st. Bukan Islam pasti akan jawab Malaysian
1st. Soalan dengan bukan Melayu tidak berkaitan dengan Tuhan, sedangkan
kepada Melayu (Islam) secara langsung berkaitan.
Dalam Islam, kita diajar meletakkan
agama di tempat yang paling atas, baharulah yang lain-lain. Meletakkan perkara
lain di atas melebihi agama, boleh menjejaskan akidah dan tidak mustahil boleh
menjadi kufur.
Allah tidak tanya kita sumbangan kita
kepada bangsa atau negara. Allah akan tanya kita sumbangan kita kepada agama.
Dalam agama sudah terangkum perkara berkaitan bangsa, negara dan lain-lain.
Bagi orang Melayu dan India (Hindu),
agama adalah segalanya. Memainkan isu babi dan lembu sudah boleh menimbulkan
suasana kurang harmoni. Bagi mereka yang memahami budaya politik Malaysia,
sudah tentu perkara sensitif sebegini perlu difahami dan dihormati, demi masa
depan Malaysia yang gemilang.
Bagi orang Cina ultra kiasu, pula isu
agama tidak berapa penting. Mereka lebih utamakan wang dan kuasa. Selagi mana
ada cara boleh dapat banyak wang, yang lain sudah tidak penting. Maka pilihan Malaysian
1st, adalah perkara biasa.
Cuba buat kajian bertanyakan
soalan BM 1st, Mandarin 1st, atau Tamil 1st. Sepatutnya semua akan
menjawab BM 1st. Apakah mungkin pilihan tersebut menjadi kenyataan? Moga
Sambutan Kebangsaan ke 58 hari ini memberi sinar baharu kepada kita semua,
bukannya gerakan harapan baharu. Merdeka!
1 comments:
Kepada Tuan Admin,
Kalau soalan sebegini dituju kepada tuan, apakah jawapan tuan?
Malay 1st, Chinese 1st or Indian 1st?
Post a Comment