(Sinar Harian, 3.8.15)
Ultra
kiasu cauvinis dan ultra kiasu Melayu merasa hairan kenapa saya masih diberikan
ruang dan peluang menulis dalam akhbar, berceramah sana sini, masuk dan keluar
tv, dan banyak lagi penampilan. Sedangkan isi kandungan ceramah saya sarat
dengan perkauman. Rasis katanya. Nak cari perhatian dan populariti.
Hello!
Saya sudah dapat perhatian dan popular sejak dahulu lagi. Tak perlu cari
publisiti. Saya masih bertahan kini kerana prinsip. Jika tidak, sudah lama
tenggelam. Tak payah susah payah berhadapan dengan kejian dan makian ultra
kiasu di usia sebegini. Kenapa saya terus agresif? Terus terang, kebenaran
mesti ditegakkan. Kejahilan dan kejahatan mesti dibenteras dan dibongkarkan.
Terutama ultra kiasu.
Saya
hanya berkata benar. Saya tidak akan menyerang jika tidak diserang. Kalau orang
lain bebas menulis dan bercakap, kenapa tidak saya? Relaks brother! Kalau tak
suka, jangan baca, jangan dengar. Saya mencurahkan nukilan saya kepada orang
yang suka baca dan suka dengar. Jika apa yang saya luahkan itu merbahaya, sudah
lama polis tidak teragak-agak bertindak.
Saya
bukan orang Umno atau jurucakap Umno. Tidak ada siapapun yang melindungi saya.
Saya lakukan demi agama, bangsa dan negara. Itu sahaja. Saya warganegara yang
belajar dan faham sejarah dan perlembagaan. Jika suatu masa nanti terpaksa
masuk penjara, saya redha. Berbaloi rasanya masuk penjara pertahankan yang hak
kepada yang berhak, daripada masuk penjara pertahankan musuh Islam.
Saya
hidup dalam dua alam. Dididik dalam keluarga jati diri kecinaan. Berada dalam
persekitaran kampung penuh kemelayuan (sedikit keIslaman). Saya memahami kesemuanya,
walaupun mungkin tidak mendalam.
Saya
kagum dengan kisah Cikgu Wong, 60 tahun, seorang ibu beragama Buddha dari
Putatan, Sabah, yang sanggup membesarkan 2 anak Melayu ‘terbuang’ dan kekal
sebagai seorang Islam. Terima kasih Cikgu Wong. Andalah ibu 1Malaysia. Sifat
anda sukar untuk di cari kalangan ultra kiasu di Semenanjung. Tidak hairan jika
perpaduan di sana jauh lebih baik dari di sini. Bahasa Melayu Cikgu pasti
hebat.
Tidak
seperti ultra kiasu di sini. Walaupun berstatus wakil rakyat, hidup perkauman,
tidak mahu berasimilasi, BM tonggang-langgang. Semua ini mengingatkan saya ketika
zaman remaja saya, melihat agak ramai penyanyi bukan Melayu menyanyi lagu-lagu
Melayu seperti DJ Dave (Irwan Shah), Alley Cats, Kenny, Remy dan Martin,
Francisca Peters dan Roy, Andre Goh dan ramai lagi. Mereka ini amat dekat
dengan hati dan diri orang orang Melayu. Kenapa hari ini tidak ya?
Bukan
kerana tidak ada penyanyi bukan Melayu menyanyi lagu Melayu hari ini. Ada. Sudah tentu tidak seramai dahululah.
Namun, walaupun mereka menyanyi lagu Melayu, tetapi kita tidak berasa mereka
ini dekat di hati. Pasal apa?
Jawapan
mudah, artis dulu sanggup berasimilasi dan menghayati lagu Melayu tersebut,
selain dekat dengan orang Melayu. Mereka seolah-olah seperti orang Melayu. Hari
ini susah sangat nak melihat keadaan sebegitu. Menyanyi lagu Melayu semata-mata
bagi tujuan komersial atau mendapat duit.
Tidak
ada penghayatan langsung terhadap lagu Melayu tersebut. Lagu sekadar hafalan.
Sebab itu, kita lihat bila menyanyi, tidak ada penjiwaan. Lagu sedih, mimik muka
senyum. Lagu ceria, mimik muka tidak ceria. Itulah ultra kiasu dalam nyanyian.
Justeru,
dalam usaha melahirkan rakyat 1Malaysia, mereka mesti menghayati dan sanggup
berasimilasi dengan kaum majoriti. Jika terus-menerus mahu mempertahankan
identiti bangsa, bahasa dan sekolah masing-masing, sampai matipun kita tidak
akan dapat lahirkan rakyat 1Malaysia.
Yang
ada, hanya kepura-puraan. Luar lain, dalam lain. Kita hanya berjaya melahirkan
pelakon semata-mata. Saya amat bimbang kita akan tertipu. Kita didampingi
ketika ada kuasa, ada duit dan ada takhta. Bila semua itu telah tiada, maka
hai-hai, bye-bye lah jawabnya.
Sebab
itu, saya amat seronok melihat warganegara Thai yang bukan Siam. Asimilasi
telah berjaya menampakkan dan menonjolkan keikhlasan mereka. Bila berjumpa raja
Siam, terus meniarap, seperti orang Siam. Kita masih terlalu jauh. Mengangkat
sembah hormat, jauh sekali. Malah, Raja dihina dan dikutuk. Gelaran dan pangkat
tidak malu pula disauk.
Kita
amat teruja dengan slogan perpaduan dalam kepelbagaian (unity in diversity) atau Malaysia
truly Asia. Itulah yang dicari dan dimahukan ultra kiasu selama ini. Memang
sedap didengar. Sedap juga dijual. Realitinya, kepelbagaian tidak pernah
menyatukan kita. Apa yang ada, setiap bangsa pentingkan diri masing-masing.
Sentuh sahaja sedikit hak mereka, melenting tak tentu pasal.
Peliknya,
bila hak dan identiti orang Melayu tercabut, tidak pula Melayu bising. Bahasa
Melayu makin hilang! Sekolah kebangsaan mahu diliberalkan! Tanah rezab Melayu
tergadai? Yang tinggal, UiTM dan Sekolah Agama. Itupun terus dipertikai setiap
kali bila disentuh hak mereka.
Akhirnya,
yang menjadi mangsa adalah kita. Kita yang terlalu percaya kepada orang lain,
lebih dari orang sendiri. Wahai DJ Dave dan Andre Goh, kenapa tidak ramai orang
sepertimu sekarang? Aku rindu lagu ever
green, menjelang hari raya.
13 comments:
Tak usah khuatirkan apa ultra kiasu kata. Mereka sentiasa nak cari peluang mengeksploitasi apa saja. Nak nunjukkan mereka bertugas untuk kepentingan ultra kasu lain, konon. Nak coba tarik yang tak ultra kiasu ikut jadi ultra kiasu dan masuk parti mereka.
Dah ada beberapa ketul Melayu yang buat demikian. Melompat mereka si ultra kiasu menuntut parti mereka multi-racial konon. Mengarut. Jumlah yang masuk boleh di hitung di jari. Multi-racial apekebende nya.
Ultra kiasu tak lari dari ciri ciri menuduh tanpa bukti, melulu cakap apa saja, mengata orang lain buat salah tapi mereka sendiri yang buat salah itu. Tak gitu takkan di panggil "ungrateful ingrate, loud mouthed, lose guns, shooting from the hips, like cowboys during the fays of the wild, wild west."
Tapi mereka tak peduli apa. Macam kominis, percayakan ajaran subversif: "tak kisah betul tak betul, sebut seberapa selalu, nanti ada orang yang percaya". Bedebah cara kominis. Dalam hal ini pulak, ingat, ketua ultra kiasu, Lim Kit Siang, mahukan Ketua Pengganas Kominis, Chin Peng, di benarkan masuk negara ini - dia bukan warga negara, mohon tapi tak datang inerbiu, kata Professor Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim yang dulu telah menyemak rekod di Jabatan berkenaan.
Bagus lah, PDRM ak benarkan mayat atau habuk Chin Peng pun masuk negara ini salepas dia mati tak lama yang lalu.
Ultra kiasu dengan Red Beans depa, melanda landa di masa kempen PRU13. Bedebah, depa dapat menimbulkkan Tsunami Cina.
Tapi bagus lah, Gomen sekarang sedang merancangkan mengetatkan undang undang social media, akan kurang pengaruh depa bila dah siap dan di implementasi.
Kita ada dua orang kaum Cina yang sanggup menelanjangkan tipu helah ultra kiasu; seorang muslim Prof Ridhuan Tee dan seorang lagi blogger non-muslim Helen Ang. Kedua-dua sedang teruk diserang ultra kiasu demi menyatakan kebenaran. Mungkin yang kedua boleh ditarbiyah supaya setuju dengan apa yang Prof perjuangkan.
Tidak ada "unity in diversity". Cogan kata itu ha nya bagus untuk menarik pelancung. Tak ada suatu yang boleh di panggil Bngsa Malaysia. Banyak berceramok pendirian, ultra kiasu tidak pun hoormatkan Perlembagaan . Malaysia sekarang bangsa rojak.
Sudah lama PM Britain David Cameron kata "Multi-culturalism is dead". Di laung jugak dek Chanselor Germany Angela Merkel dan 1-2 pemimpin EU yang lain. Yang tak setuju dengan "unity in diversity".
Ramai pendatang dari Africa tak dapat tinggal di EU. Menyabung nyawa di lautan dan di daratan, lari punya lari mengelakkan tangkapan Polis, akhir nya melompat ke atas lori atau keretapi Eurotunnel dari Calais ke Dover, England. Namun demikian, hari hari ada kejian ke atas mereka dari warga negara British yang tak suka cara hidup dan pluang kerja mereka terjejas.
Di Malaysia pulak dulu Ketua Dong Zong, badan yang pentadbir sekolah sekolah Cina, tak mahukan sekolah satu aliran, kata mahukan "multi-nations within a nation." Mengarut.
warganegara yang belajar dan faham sejarah dan perlembagaan. -
Masalah nya ramai yang tak belajar dan faham Sejarah dan Perlembagaan negara. Sengaja tak mahu. Kebanyakan nya jenis yang ultra kiasu. Nak sapu apa saja, tak kira hak dan kepenting kaum lain Yang tertera dalam Perlembagaan. Saperti Perkara 3 berkenaan Islam. Dan Perkara 153 yang menyatakan Kedudukan Istimewa Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Di kiamatkan dalam Perlembagaan sebagai balasan kpd Melayu menyetujui hak kerakyatan mereka di masa Merdeka.
Marah pulak bila kita ulangi selalu. Mereka yang biadap dan kurang ajar spt yang Naib Pengerusi DAP Tengku Aziz kata kpd boss DAP Lim Guan Eng masa dia cabut keluar dari DAP. Jenis yang menyebabkan pergaduhan kaum di tahun 1969. Tak kisah lah, kita mesti ulangkan selalu. Dengan harapan lama kelamaan beberapa di antara mereka sedar dan berganjak pendirian.
Generasi akan datang kita tak khuatir sangat. Sebab Sejarah telah di mestikan di sekolah sekolah. Dalam mata pelajaran itu ada pengajaran berkenaan Perlembagaan negara. Terima kasih kpd TS Muhyiddin Yassin. Sayang nya dia pulak di keluarkan dari kabinet baru DS Najib. Tapi dia masih lagi Timbalan Presiden UMNO. Semangkin banyak masa untuk menerangkan pendirian nya dan Naib Presiden Shafie Afdal yang menyebabkan mereka di ketepikan dari kabinet.
Generasi sekarang yang tak berlajar Sejarah dan Perlembagaan, terutama nya yang ultra kiasu di DAP, menjadi masalah besar. Mereka dengan Red Bean nya telah mengkucar kacirkan keadaan di masa kempen PRU13. Sekarang Najib arahkan supaya di kemaskan dan di implementasi undang undang berkaitan media sosial. Rasa nya mereka akan tersepit, yang degil ramai yang akan di tangkap, di heret ke Mahkamah, di tuduh, di bicarakan, dan di harap ramai yang sabit kesalahan.
Saya mahu lihat seramai mana yang boleh di antara mereka di dalam penjara. Terutama di masa kempen PRU14. Saya mahu lihat UMNO/BN terus memerintah. Saya tak percaya seduit pun dengan puak puak Pembangkang. Depa tunggang langgag sekarang. Saya mahu mereka lintang pukang. Kalau boleh terbenam atau karam dan banyak jerong yang menendang.
Assimilasi kaum pendatang di Thailand menjadi betul betul orang Siam telah berjaya di lakukan dalam keadaan pemerintahan tentera di negara itu.
General yang memerintah keluarkan "decree" mengarahkan semua mereka yang mengaku diri nya rakyat Thailand mesti lakukan dengan tidak boleh tidak.
Sehingga Polis di masa itu gunakan kayu "baton" bagi mengambil tindakan di atas mereka yang tidak berpakaian Thai contoh nya - di hadapan khalayak ramai di jalan raya.
Memang dah tabi'at ultra kiasu - dia boleh, orang lain tak boleh. Kalau boleh, depa nak semua. Mana boleh.
Ultra kiasu = nak menang saja. Mana ada camtu. Kat planet Maret pun takda, caya lah.
Dalam keadaan agak genting sekarang - genting bedasarkan prospek UMNO/BN menang PRI14 akibat skandal 1MDB - sudah tentu ultra kiasu eksploitasi apa saja bagi menggentingkan lagi keadaan sehingga sampai PRU14.
Mereka akan cuba kondem RT di beri peluang berucap, berdakwah, mengembangkan pemikiran nya di sana sini, sebab RT berdasarkan Perlembagaan negara dan mereka tak hemahkan Perlembagaan, tetapi mahu memajukan agenda sempit mereka sendiri.
Saya gesakan RT teruskan apa saja yang telah di lakukan nya bagi menegakkan kebenaran dan mencaci mana yang merosakkan akidah bangsa, agama dan negara.
Lihat sahaja ultra kiasu Lim Kit Siang. Di hebohkan nya usaha nya nak menyokong SPRM dengan memanggil geng nya pergi ke Ibupejabat SPRM pagi tadi. Pada hal, apa lah salah nya dia buat kenyataan akhbar sahaja. Tapi mahu behahkan perkara itu supaya mendapat publisiti maksima. Propaganda.
Dan sabenara nya, bukan menyokong SPRM yang di tuju nya. Tapi maksud terembunyi mahu membikin rakyat sedar konon nya ada kekecohan dalam jentera Kerajaan, ada perselisehan di antara PDRM dan SPRM.
Bagus lah KPN telah menTweet kpd Azmin MB Selangor supaya, bila tak fahamkan peranan dan fungsi PDRM dan SPRM, baik lah dia diam sahaja. Tepat teguran itu, kalau Jepun, malu muka amat sangat mungkin hingga harakiri. Tapi ultra kiasu, termasuk Azmin, mungkin merah muka, tersengeh sengeh dan menggaru gari.
Timbalan KPN telah terangkan bahawa PDRM menyiasat bocor maklumat classified (tugas mereka) manakala SPRM menyiasat 1MDB, dan PDRM tidak menghalang atau menghindar SPRM.
!تروسکن اوسها دوکتور
Post a Comment