Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Monday, August 24, 2015

Psywar ultra kiasu ke Tunisia

10:03 AM Posted by RIDHUAN TEE 5 comments
Psywar ultra kiasu ke Tunisia (Sinar Harian 24.8.15)

Tidak semena-mena ultra kiasu menyatakan hasratnya untuk melawat Tunisia bagi mengkaji sistem politik dan pelaksanaan syariah di sana, ekoran daripada kunjungan hormat wakil parti An-Nahdah, Muhammad Ferjani ke pejabat mereka, sempena Nadwah Ulama 2015 (Nunji'15), anjuran ultra kiasu serpihan Pas.

Sebelum ini, ultra kiasu telah ke Mesir dan Jordan bagi tujuan sama. Matlamatnya bukan untuk memahami hudud sebenarnya, tetapi lebih kepada strategi licik psywar dan psyop untuk memecah-belahkan umat Islam. Akhirnya, Pas berpecah.

An-Nahdah di bawah pimpinan Ghanouchi kini dilaporkan menyertai kerajaan melalui kerjasama politik, ketika Tunisia berada dalam transisi perubahan daripada negara otokratik kepada demokrasi.

An-Nahdah dikatakan parti dan gerakan Islam pertama di dunia yang menerima sistem demokrasi dengan sepenuhnya. Pendek kata, mereka mahukan Pas menjadi An-Nahdah, menolak hudud dan menerima demokrasi sepenuhnya. Saya tidak pernah hairan dengan keadaan politik Tunisia kerana mereka negara sebangsa (homogenous). Pi mai pi mai tang tu juga.

Ferjani dalam pertemuan dengan ultra kiasu berkata, Nabi Muhammad tidak melaksanakan hudud dalam tempoh 13 tahun, tetapi Baginda memperkenalkan Islam di Mekah. Pada saya, ini hujah budak baru sekolah.

Hari ini, Islam sudah tertegak lama lebih 1400, apakah kita mahu kembali ke zaman permulaan Mekah? Peliknya, ultra kiasu Pas menerima bulat-bulat. Nampaknya permainan politik Malaysia telah dimenangi sepenuhnya ultra kiasu. Kita kalah teruk dan terduduk. Mereka berjaya memanipulasikan isu dan memecah-belahkan parti politik Melayu (umat Islam).

Dalam BN, mereka berjaya menghantar wakil komponen sebangsa menentang Umno. Dengan sekutunya PKR, pun berjaya dipecahkan kepada beberapa kem. Pendek kata, apa pun isu hari ini, ultra kiasu menang besar. Mereka tidak perlu berkempen lagi. Ultra kiasu telah berjaya mempamerkan moralnya yang begitu tinggi.

Ultra kiasu tersangat faham hudud yang dibawa Pas, tetapi mereka tidak pernah bersetuju. Mereka akan cari seribu macam hujah dan alasan untuk menentang sebarang perlaksanaan hukum Islam di bumi bertuah ini, sama ada datang dari Pas atau orang lain. Mereka tidak pernah percaya dan suka kepada Islam.

Dan sudah tentu kepada kumpulan Islam yang berhujah bahawa hudud tidak penting, kemiskinan perlu diutamakan, kumpulan ini yang paling disukainya. Itulah kumpulan ultra kiasu Pas yang berjaya ditarik keluar dari Pas. Katakan kemiskinan berjaya dihapuskan, apakah selepas itu hudud akan dilaksanakan? Sampai bila kemiskinan boleh dihapuskan? Apakah demokrasi alternatif terbaik untuk menguruskan kemiskinan hari dengan menolak hudud ?

Psywar dan psyop ultra kiasu tersangat berjaya. Peliknya, kita saling terus menjatuhkan tanpa henti. Nasihat saya kepada parti politik Melayu (Islam), jika mahu terus memastikan tampok kuasa terus dipegang, maka jangan terus mencipta kelemahan dan membuat masalah yang memudahkan ultra kiasu untuk memerangkap.

Ultra kiasu dalam parti komponen BN semakin berani. Mereka menuntut dan mendesak supaya agenda anak bangsa mereka terus diperkasa dan dilaksanakan. Misalnya, tindak tanduk ultra kiasu yang baru dilantik menyertai kabinet. Apabila ditanya wartawan mengenai apakah agenda utamanya? Maka, jawapannya SJKC menjadi keutamaan.

Dia akan memastikan SJKC mendapat kemudahan secukupnya, terutama masalah kekurangan guru. Dalam kepala otaknya, hanya agenda bangsa. Tidak pula dituduh rasis. Apabila menteri Melayu mahu mewujudkan Low Yat 2 (MARA), terus dituduh rasis. Kenapa kita tidak bertindak sebagai  negarawan?

Terbaharu, ultra kiasu dalam BN ini mendesak supaya kandungan buku teks sejarah Tahun 4-6 dirombak semula. Katanya terlalu keIslaman dan KeMelayuan. Segerombolan pakar sejarah mereka telah menghantar memorandum, mengandungi lebih 80 perkara agar fakta buku teks sejarah yang baharu diperkenalkan kepada semua sekolah rendah diubah.

Mereka mahukan sejarah ditulis mengikut konsep sama rata dan sama rasa. Jika sumbangan Melayu satu, sumbangan mereka juga satu. Tidak boleh ada kredit kepada pihak-pihak tertentu. Kasihan orang Melayu Islam, setengah mati memperjuang dan mempertahankan kemerdekaan, tiba-tiba sumbangan mereka mahu dinilai sama rata dan sama rasa.

Sungguh bijak mereka membahagikan tugas masing-masing di mana sahaja berada. Bila kerajaan syaratkan subjek sejarah itu diajar dalam BM, mereka tentang habis-habisan hingga kerajaan mengalah. Akhirnya, subjek sejarah diajar dalam bahasa ibunda masing-masing.

Pernahkan mereka terfikir dan berbincang bagaimana memandaikan anak-anak mereka dalam BM. Bagaimana memastikan anak mereka boleh bergaul mesra dengan bangsa lain melalui medium yang sama.


Saya amat yakin, selepas balik sahaja daripada lawatan ke Tunisia, psywar dan psyop mereka akan bertambah mantap. Apakah ketika itu kita langsung tidak boleh marah, hanya kerana Islam mahukan kita tonjolkan sifat ramah? Ultra kiasu tampar pipi kiri, kita bagi pipi kanan untuk ditampar lagi. Saya nak tengok berapa ramai ultra kiasu akan memeluk Islam dengan penonjolan sifat ramah ini?  

5 comments:

Anonymous said...

Hahaha, "ultra kiasu serpihan Pas". Setuju dgn istilah itu. Kalau dah Mat Sabu di gelar proxy DAP, mana tak nya depa tak ultra kiasu.

Anonymous said...

Sebelum ini, ultra kiasu telah ke Mesir dan Jordan. Banyak wang ke depa? Siapa kasi depa wang?

Ada kah betul depa kata DAP dapat berpuluh juta rasuah dlm bentuk komisen jual tanah Kerajaan P. Penang, spt 100+ ekar di Bayan Mutiara yang di jual dgn harga RM1.07 billion yang komisen bagi nya lk RM30 juta? Jika betui, padan lah depa boleh belanja Mat Sabu dll tuh.

Tapi dah cakap tak serupa bikin le depa. Mengata orang rasuah tapi depa sendiri buat. Tarak prinsip punya DAP. Mat Sabu dah tentu le. Kominis Mat Indera pun di kata nya wira. Ngang punya cerita.

Anonymous said...

Oooooooo An-Nahdah Tunisia mahukan Pas jadi mcm depa, menolak Hudud dan menerima demokrasi sepenuhnya. Padan lah. Kalo DAP biayai pun, memang masuk akai.

DAP tak berhenti henti hentam Hudud. Apa tah lagi bila Cina tsunami dah fedap kat depa sebab dulu dlm Pakatan ngaku boleh pengaruh PAS ketepikan Hudud, tapi nyata bohong bila depa ketepikan PAS plak nya. Pendek kata, depa tendang terajang PAS dan pecahkan Pakatan.

Tapi siapa kata gerombolan serpihan PAS tuh boleh mengganti PAS? PAS mesti terus sebagai parti Islam yang besar dari depa di negara ini. DAP terus kena kentut dek PAS bila Tokong Lim cakap biadap dan kangjor kpd PAS.

Unknown said...

بيلاله اݢقڽ اهلي ڤوليتيک ملايو Ù†Ú© ممڤرجواڠکن توليسن جاوي؟

اورڠ ملايو ڤون نک ممڤرتهنکن واريثن

Anonymous said...

Sangat setuju dengan penulisan Prof!

Apakah dengan begitu ramahnya maka ultra kiasu akan memeluk Islam?

Ramah itu adalah sunah dan kalau Islam itulah deennya, kenapa tidak disebarkannya kepada ultra kiasu? Hakikatnya, Prof, ultra kiasu adalah musuh Islam. Apatah tidaknya? Ultra kiasu tahu akan kebaikan Islam. Mengapa masih menentangnya?

Apakah ultra kiasu tidak ingin belajar duduk bersama dengan yang majoriti? Sebaliknya ultra kiasulah yang sentiasa memprovokasi isu-isu membakari perasaan rakyat. Apakah ultra kiasu sengaja tidak mahu mempelajari dan mendekati adat resam hidup yang majoriti? Nahi! Tidak! Ultra kiasu masih inginkan majoriti tunduk kepada kehendak ultra kiasu yang minoriti.

Cuba lihat...kononnya ultra kiasu ikut "rule of law". Pihak berkuasa sudah mencadangkan supaya ditangguhkan Bersih 4 selepas sambutan merdeka. Ultra kiasu masih tetap berdegil. Apakah ultra kiasu tidak memehami roh merdeka untuk disambut oleh semua rakyat Malaysia? Apakah NIAT ultra kiasu mengingkari cadangan pihak berkuasa? Polis mempunyai peranan menjaga keamanan negara. Apakah anggota polis itu bukan rakyat Malaysia untuk di rihatkan menyambut hari kemerdekaan? Mengapa perlu menyusahkan keseluruhan anggota polis? Apakah tidak ada sifat peri kemanusiaan di pihak ultra kiasu?

Ultra kiasu tahu akan berlakunya semburan air dan gas pemedih mata. Apakah itu sesuatu sambutan yang ultra kiasu inginkan? Apakah ini tidak membuktikan bahawa PEMIMPIN ultra kiasu berpandukan kepada porak peranda? Kalau begitu, bolehkah rakyat menerima ultra kiasu memimpin sesebuah negara? Apakah pemimpin ultra kiasu mempergunakan rakyat untuk membenci pihak berkuasa yang menjalankan tugas menjaga keamanan negara? Bukannya perhimpunan rakyat dibenarkan, tetapi telah disarankan supaya ditangguhkan. Mengapa tidak boleh berhimpun seminggu selepas sambutan merdeka?

Apakah buruk sangatnya BN? Apakah BN tidak melepaskan negeri pimpinan secara baiknya apabila kalah dalam pengundian secara demokratik? Berapa negeri telah dilepaskan kepada pihak ultra kiasu untuk dipimpin? Negeri yang dilepaskan pun bukan dipimpin dengan eloknya oleh ultra kiasu sehingga hari ini.

Hakikatnya, ultra kiasu hanya gilakan kuasa. Hakikatnya, semua tahu bukanlah mudah untuk memimpin sebuah negara.

Cuba bandingkan di seberang yang mana perhimpunan tidak dibenarkan langsung. Undang-undang lagi ketat di sana berbanding dengan negara kita yang banyak bertolak ansur. Majoriti dan minoriti dapat hidup dengan aman. Mereka faham apa itu rusuhan yang telah berlaku pada tahun 1964. Tapi lain pulak di sini. Masih dalam "denial mdoe" bahawa rusuhan 1969 tidak akan berulang. Apakah pemimpin ultra kiasu tidak memahami sejarah pahit yang dilalui oleh negara? Apakah pemimpin ultra kiasu mempunyai minda yang sempit sehinggakan berporak peranda dan menyusahkan anggota pihak berkuasa merupakan jawapan kepada permainan politik?

Inikah cara ultra kiasu bermain politik? Kalau ultra kiasu tidak tahu bermain, belajarlah dahulu! Jangan hanya pandai beretorik. Sudah 58 tahun negara merdeka. Masih tidak faham apa itu sambutan merdeka? Jangan mangsakan rakyat dan negara!