Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Monday, August 10, 2015

Antara prinsip dan kuasa

7:43 AM Posted by RIDHUAN TEE 7 comments
(Sinar Harian, 10.8.15)

Selaku anak jati perak,  saya amat geram apabila ultra kiasu mempertikaikan, malah menentang, perkara baik-baik yang cuba dilaksanakan oleh kerajaan negeri Perak, misalnya menyediakan kerusi khas untuk pasangan yang sudah berkahwin dan melarang mereka yang masih belum berkahwin duduk berdua-duaan ketika menonton wayang. Ini nilai-nilai baik, ajaran semua agama.

Semua kalangan kita pernah menjadi muda remaja. Kita tahu keadaan panggung wayang. Suasana gelap dan romantik. Masa itulah tangan akan berjalan-jalan, sama ada menyentuh mesra atau meraba. Apatah lagi jika cerita tersebut seram dan romantik.

Jika seram, pasangan akan dipeluk. Maklumlah perempuan takut dengan hantu. Bila cerita romantik, maka tangan mula meraba-raba. Ultra kiasu amat arif tentang perkara ini, sebab itu mereka menentang.

Perkara baik-baik sebegini tidak perlulah mendapat pendapat awam (public opinion). Kuatkuasakan sahaja. Tidak perlu takut, walaupun digertak ultra kiasu, yang mahu pihak berkuasa fokus pada perkara yang lebih penting seperti memberi khidmat lebih efisien kepada pembayar cukai, soal kebersihan dan lain-lain.

Hak untuk menjadi efisien itu, teruskanlah. Tidak siapa yang larang. Tetapi pada masa sama, amar makruf nahi mungkar kena beriringan. Tiada gunakan prasana tip top, jika manusia berkelakuan seperti haiwan. Sebab itu Konosuke Matshushita memberi nasihat, making people, before making products. Tidak hairanlah produk Jepun tahan lasak, kerana mereka membina insan terlebih dahulu, sebelum produk.

Kata-kata ini amat bertepatan dengan nilai-nilai Islam. Insan itu perlu dibangunkan terlebih dahulu sebelum yang lain-lain. Sebagai seorang yang mengaku beragama, sepatutnya kita menjadi insan, paling kurangpun dapat menguasai asas-asas hidup beragama. Jangan biarkah diri kita jahil, sehinggakan tidak ada panduan dalam hidup. Bertindak dan bercakap sesuka hati.

Realiti yang berlaku hari ini amat mendukacitakan. Pemimpin bercakap sesuka hati tanpa panduan dan landasan. Apatah lagi bila bercakap soal berkaitan agama. Misalnya, apakah salah berpeluk cium dalam lakonan asal hati baik dan bukan real pun?

Sebab itu dari dahulu saya katakan, jika tidak tahu, tanya orang yang lebih tahu. Atau lebih baik diam daripada berkata-kata atau mengeluarkan pendapat.

Ahli falsafah Cina adalah berkata, jika mahu menjadi pemimpin, pastikan rumah tangga dapat dijaga dengan baik. Bagi memastikan rumahtangga dalam dipimpin dengan, diri sendiri perlu menjadi baik. Bagi memastikan diri sendiri boleh baik, pastikan hati dipimpin dengan baik. Nak pastikan hati dijaga baik, asasnya adalah ikhlas.

Hari ini jarang jumpa pemimpin yang ikhlas. Kebanyakan menjadi pakar bodek. Sekelip mata berubah. Bagaimana kita mahu mengharapkan keadaan menjadi lebih baik.  Ini sokong membawa rebah.

Perkara ini juga berlaku dalam Pas, bila mana pemimpin  mereka memperlekehkan baiah yang mereka tandatangani dengan memberi berbagai alasan agar baiah tersebut terbatal. Jika sudah tahu baiah tersebut mengikat, tidaklah perlu tandatangan, atau menjadi calon Pas. Carilah parti lain. Ini tidak, bila dapat menang dan dapat kuasa. Sukar untuk dilepas. Maka, apabila sudah terikat, maka dicari jalan sedaya upaya untuk membebaskan ikatan tersebut. Mana boleh.

Kuasa itu amanah parti dan negara. Taat setia perlu ditumpahkan selagi berada di landasan benar. Sebab itu, saya ucapkan tahniah di atas, perlantikan Zahid Hamidi sebagai TPM. Saya amat bangga. Ketika menjadi menteri di JPM, ramai yang memuji Zahid kerana ketegasannya dalam isu-isu Islam. Begitu juga ketika menjadi Menteri Pertahanan dan Dalam Negeri. Sudah tentu rakyat menaruh harapan yang tinggi. Apatah lagi Zahid mempunyai asas yang kukuh.

Saya tidak fikir TPM baharu ini akan bercakap semborono seperti segelintir menteri lain. Bercakap tanpa asas. Saya harap Zahid akan bertegas dalam perkara prinsip dan asas. Jangan takut berhadapan dengan serangan ultra kiasu.

Selagi kita di landasan yang benar, rakyat terjamin, kita tidak perlu takut dan tunduk kepada tekanan. Yakinlah, jika kamu tolong Allah, nescaya Allah akan tolong kamu.

Sama juga usaha murni kerajaan Perak ini. Saya harap, kita tidak akan tunduk. Jika ultra kiasu mahukan kerosakan dan kebebasan tanpa had, biarlah dia terjun dengan labu-labunya. Paling penting, mereka yang mahukan kebaikan, mesti diselamatkan dari tangan-tangan jahat ini.

Saya amat yakin, kerajaan negeri Perak, dengan sokongan TPM, akan terus aman jaya, aman maju, makmur dan sejahtera. Saya amat yakin jika Gautama Buddha masih hidup, begitu dengan pemimpin agama yang lain, mereka pasti akan bersetuju dengan keputusan ini.

Justeru, janganlah ditanya lagi kepada ultra kiasu tentang perkara baik yang mahu dilaksanakan. Teruskan. Saya selaku rakyat marhaen, pasti akan menyokong. Carilah redha Allah, tidak perlu cari redha manusia. Redha Allah pasti akan memenangkan kita buat selama-lamanya, habuan akhirnya syurga, tetapi redha manusia belum tentu.

Biar penat di dunia, rehat di akhirat. Jangan sampai rehat di dunia, penat di akhirat. Paling baik rehat dunia rehat akhirat. Jangan sampai penat dunia, penat akhirat.


Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, INSPIRE/PPI, UNISZA

7 comments:

Anonymous said...

Apa yang ultra kiasu tak tentang. Apa saja depa coba tentang. Tak gitu takkan ada istilah ultra kiasu. Kalo tarak apa yang nak depa tentang, depa cari apa saja yang boleh tentang, nooooo.

Aku myampah kat depa DAP. Jenis dah dapat hak kerakyatan, tak hormatkan balasan bagi nya - Ketuanan Melayu, Kedudukan Istimewa Melayu yang di keramatkan dalam Perlembagaan.

Tapi salepas pergaduhan kaum 13 Mei 1969 yang depa cetuskan, depa dah kurang perso'alkan itu semua. Melayu pun dah ramai ada pelajaran tinggi sekarang. Kalau depa ungkit, akan menarik pihak lain mengugkit hak kerakyatan depa. Takda sapa yang untung kalau gitu.

Anonymous said...

Ketuanan Melayu tuh, kata omputih kolonial, dah ada sejak "day one". Masa debat kemerdekaan Malaya di Parlimen Bretes di tahun 1956, Setiausaha Kolonial depa kata lagu tuh. Depa mai ke Malaya, nak dapat "trading post" di Penang pun depa pi mohon dari Sultan Kedah.

Sapa tak caya ada di kata gitu dalam Parlimen Bretes, baca lah rekod Parlimen depa - Hansard Britain.

Anonymous said...

Saya amat ragu ta'at setia ultra kiasu DAP. Kalau mereka tak hormatkan Perlembagaan negara, macam mana tak ragu?

Mereka timbulkan macam macam kontroversi. Saperti bukan Melayu boleh jadi PM atau tidak. Sabenarnya, menimbulkan kontroversi itu ada lah suatu unsur hasutan, salah di sisi Aktan Hasutan. Itu pasal mereka heboh hendakkan Alta Hasutan di buang.

Salepas buang ISA, EO dan RRA, Najib buat keputusan nak buang Akta Hasutan. Nasib lah majoriti Ketua Ketua Bahagian UMNO, Pemuda dan Wanita UMNO bantah. Najib pun U-turn, umumkan Akta Hasutan akan di teruskan.

Anonymous said...

Tak pasal pasal nak timbulkan kontroversi bukan Melayu jadi PM. Memang lah Perlembagaan takda sebut pasal itu. Walau pun Perlembagaan Amerika, negara yang sangat liberal konon nya, ada mengatakan calon Presiden nya mesti "US-born". Tak cukup dengan dapat Perlembagaan yang sederhana tona nya, nak eksploitasi perkara itu pulak. Amat ultra kiasu lah, kata orang.

Memang, calon PM di negara ini ha nya memerlukan YDP Agong memperkenankan dan mmenanda tangan surat lantikan. Dan YDP, mengikut, Perlembagaan juga, mengambil nasihat PM. Tetapi ada juga Majlis Raja Raja. YDP Agong boleh mengeluarkan pendapat di mesyuarat Majlis Raja Raja. Dan ada pernanan dan fungsi Majlis Raja Raja itu di sebut di dalam Perlembagaan.

Kebanyakan Mereka ultra kiasu DAP tak minat pun tahu Perlembagaan. Tak minat berlajar Sejarah. Tapi TS Muhyiddin telah membikin Sejarah di mestikan di sekolah sekolah. Tak lulus Sjarah, tak lulus SPM. Macam BM juga. Jadi, generasi masa depan mungkin kurang menjadi masalah kpd negara saperti generasi ultra kiasu DAP sekarang ini.

Anonymous said...

Mengada ngada ... apa beza nya "More Malays say they are Muslim first: Malaysian poll - Malays are increasingly identifying themselves by religion rather than by ethnicity or nationality, unlike the other races in Malaysia, according to an upcoming survey report."

Lantak lah ape dia orang nak Malay first ke Muslim first. Hakikat nya mereka Melayu dan Muslim. Penting nya tak menjejas kedudukan mereka dalam Perlembagaan negara.

Anonymous said...

Hah, pertelingkahan dalam Pas, melibatkan memperlekehkan baiah dll, sekarang Hadi kata: "Resignations a natural cleansing process for party, PAS President stays upbeat as he announces 4,000 news members have registered with 2,000 to 3,000 applications yet to be processed."

Anonymous said...

Saya suka ayat ini"Redha Allah pasti akan memenangkan kita buat selama-lamanya, habuan akhirnya syurga, tetapi redha manusia belum tentu." Ulama/ustaz juga manusia ada nafsu dan kelemahan juga kekurangan.

"Dan apabila dikatakan kepada mereka:'Ikutilah apa yang diturunkan Allah', mereka menjawab : '(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami'. (Apakah mereka akan mengikuti juga) walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apa pun dan TIDAK MENDAPAT PETUNJUK?" AQ 2:170

"Dan tidak ada seorangpun akan beriman kecuali DENGAN IZIN ALLAH; dan Allah menimpakan kemurkaan kepada orang-orang yang tidak mempergunakan AKALNYA" AQ10:
Malah Tuhan memberitahu kita bahawa satu-satunya alasan untuk kita dilempar ke dalam neraka adalah kerana kita gagal menggunakan akal
"Dan mereka berkata:'Sekiranya kami mendengarkan atau MEMIKIRKAN (peringatan itu) nescaya tidaklah kami termasuk penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala" AQ 67:10

"Dan mereka berteriak di dalam neraka itu:'Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami, nescaya kami akan mengerjakan usaha yang baik (amal saleh) berlainan dengan apa yang telah kami kerjakan'. Dan apakah, Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup UNTUK BERFIKIR bagi orang yang mau BERFIKIR , dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan? maka rasakanlah (azab kami) dan tidak ada bagi orang-orang yang zalim seorang penolongpun" AQ 35:37

"Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta 'ini halal dan ini haram' untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang mengadakan kebohongan terhadap Allah tidaklah beruntung" AQ 16:116

Kita ikut imam atau Tuhan ?

"Ikutilah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan janganlah kamu mengikuti pemimpin-pemimpin selainNya. Amat sedikitlah kamu mengambil pelajaran (daripadanya)" AQ 7:3
(biasanya kita akan fikir 'pemimpin' yang dimaksudkan hanya PM/ahli politik/pemimpim agama selain Islam sahaja. Kita taknak buang ego kita tuk cermin diri sendiri..rasa bangga kot..konon-konon golongan yang pasti ke syurga..ada yang saya dengar, kata kalau jahat, mula-mula kena masuk neraka pastu masuk syurga jugak)
-Yang demikian ialah disebabkan mereka (mendakwa dengan) berkata: "Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka melainkan beberapa hari sahaja yang boleh dihitung". Mereka (sebenarnya) telah diperdayakan dalam ugama mereka, oleh dakwaan-dakwaan dusta yang mereka telah ada-adakan. AQ 3:24
(ayat ini pun biasa orang kita tujukan kepada Yahudi/Kristian semata)

"Dan kebanyakkan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan sahaja. Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan" AQ 10:36

"Katakanlah:'Apakah di antara SEKUTU-SEKUTUMU ada yang menunjuki kebenaran? Katakanlah 'Allah-lah yang menunjuki kepada kebenaran". MAKA APAKAH orang-orang yang menunjuki kepada kebenaran itu lebih berhak diikuti ATAUKAH orang yang tidak dapat memberi petunjuk kecuali (bila) diberi petunjuk? BAGAIMANAKAH KAMU MENGAMBIL KEPUTUSAN?" AQ 10:35
(keputusan saya untuk diikuti adalah'diberi petunjuk' sebab petunjuk dari Allah, bukan dari orang-orang yang menunjuki kebenaran sebab mereka manusia biasa sahaja)

Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku hanyalah mengajar dan menasihati kamu dengan satu perkara sahaja, iaitu: hendaklah kamu bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran kerana Allah semata-mata, sama ada dengan cara berdua (dengan orang lain), atau seorang diri; kemudian hendaklah kamu berfikir sematang-matangnya (untuk mengetahui salah benarnya ajaranKu)". Sebenarnya tidak ada pada (Muhammad) yang menjadi sahabat kamu sebarang penyakit gila (sebagaimana yang dituduh); ia hanyalah seorang Rasul pemberi amaran kepada kamu, sebelum kamu ditimpa azab yang berat (di akhirat). AQ 34:46