(Sinar Harian 17.8.15)
Selepas
insiden Low Yat, kini kedai komputer ultra kiasu pakat-pakat menggantung dan
menampal label kalimah suci seperti Allah, Muhammad dan ayat al-Quran dalam
bentuk bingkai, poster dan sebagainya, di dinding-dinding kedai, bagi menarik
pelanggan Melayu.
Dari
satu segi, ada baiknya, sekurang-kurangnya mereka mesra al-Quran, dekat dengan
Islam. Tidak mustahil suatu hari nanti, memeluk Islam. Persoalannya, kenapa baharu
sekarang? Kenapa tidak dahulu?
Saya
mendapat panggilan daripada penguasa Pihak Berkuasa Tempatan, meminta perkara
ini diketengahkan kerana mereka tidak ada kuasa untuk mengambil tindakan. Penguasa
tersebut marah kerana mereka mempermainkan kalimah suci untuk mendapat
keuntungan.
Malah,
kedudukan syarikat (kedai) mereka juga telah disemak dengan SSM. Tuan punya
memang bukan Melayu, termasuk pekerjanya. Jadi, atas alasan apa kalimah suci
ini digunakan?
Sementelahan,
saya telah meminta pandangan kenalan rapat saya di Jakim, adakah tindakan boleh
dikenakan ke atas mereka? Jawapannya, tidak ada peruntukan untuk pihak berkuasa
agama mengambil tindakan. Bermakna,
orang bukan Islam bebas menggunakan kalimah-kalimah suci ini.
Jakim
hanya berkuasa dalam perkara berkaitan perbahasan halal sahaja. Yakni, jika
mempamerkan ayat Quran untuk menunjukkan produk itu halal tetapi tidak halal atau tidak memiliki sijil
halal maka ia menjadi kesalahan. Tetapi jika mempamerkan untuk hiasan atau
jualan, maka Jakim tidak ada kuasa.
Tindakan
desperado ini jelas menunjukkan bahawa bisnes ultra kiasu terjejas akibat
insiden Low Yat, bila mana umat Islam memboikot. Sebab itu, mereka tidak segan
silu mengadakan majlis sambutan hari raya yang tidak pernah sama sekali
diadakan sebelum ini.
Pendek
kata, ultra kiasu akan melakukan apa sahaja, tidak kira sama ada halal atau
haram, menyentuh sensitiviti orang lain atau tidak, demi menjaga kepentingan
bisnes mereka. Inilah ultra kiasu namanya.
Saya
memohon kepada ultra kiasu supaya belajar erti ikhlas dalam bisnes. Fikirkanlah
soal kepentingan negara dan keharmonian masyarakat. Kita tidak mahu dengar lagi
penipuan demi penipuan berlaku. Sebelum ini kita telah disajikan dengan ikan
patin diberi makan babi, bihun kotor, kaki katak dalam mee dan macam-macam lagi
kes yang telah dibuktikan.
Lebih
malang lagi, ada yang sanggup memalsukan sijil halal. Tidak kurang juga yang
menggunakan sijil halal dari negara lain, bagi menghalalkan makanannya. Ada juga
yang menggunakan nama orang Islam untuk mendapat sijil halal sembelihan.
Apabila
dapat sijil halal, penyembelihan halal tidak lagi dititik-berat. Ada yang
menyembelih sambil menyanyi lagu lang bo
ti lang, kui bo ti kui. Di mana keihlasan dan kejujuran? Saya tidak kata
semua.
Sudah
sampai masanya kajian secara akademik dibuat, apakah punca kepada semua
permasalahan ini? Apakah sistem pendidikan berasaskan kaum yang menyebabkan
komunikasi terbantut, turut menyumbang kepada perkara negatif ini? Akibat daripada
kita tidak bercampur gaul sejak kecil, persepsi negatif antara satu sama lain
meningkat.
Kajian
juga perlu melihat, kenapa perangai bukan Melayu yang bercampur dengan Melayu
begitu berbeza dengan mereka yang langsung tidak bergaul.
Di
peringkat kementerian pula, akta baharu perlu digubal untuk mengawal peniaga supaya
tidak bertindak sewenang-wenang menggunakan atau memperalatkan lambang-lambang
tertentu seperti kalimah Allah dan Muhammad untuk menarik dan melariskan
perniagaan.
Ultra
kiasu tahu, peniaga Islam tidak boleh mempamerkan perkataan atau gambar yang
bertentangan dengan Islam. Sudah tentulah kita dengan mudah boleh bezakan mana
kedai Melayu, mana kedai bukan Melayu. Tetapi untuk kita mengenali kedai bukan
Melayu agak sukar sedikit, kerana mereka boleh menggunakan kalimah suci dan
menggunakan nama-nama produk yang berjenama Islamik, seperti cap masjid, huruf
jawi dan sebagainya.
Kadangkala
kita langsung tidak tahu, apabila mereka mempergunakan seratus peratus pekerja
beragama Islam. Sedangkan hak mereka untuk solat dan solat Jumaat dinafikan,
kerana dikatakan membuang masa.
Justeru,
kita sebagai orang awam yang beragama dan NGO hendaklah sensitif dan memberi
tekanan terhadap perniaga ultra kiasu yang tidak bertanggungjawab ini.
Saya menyokong penuh langkah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan
Wilayah, mencadangkan pembukaan sebuah pusat jualan dan borong alat
telekomunikasi yang menyamai fungsi Plaza Low Yat yang khusus untuk peniaga
Melayu. Pecahkan monopoli yang berlaku selama ini. Jika tidak, kita akan terus
menjadi mangsa.
Mengikut pelan, ‘Low Yat 2′ akan ditempatkan di Tingkat 3 Bangunan
Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Jalan Raja Laut selepas ubah suai. MARA akan
berusaha untuk mengumpulkan seberapa
banyak mungkin pembekal besar di bangunan ini.
Sejurus
bila idea ini diutarakan, ultra kiasu seperti cacing kepanasan mempertikaikan
projek ini sebagai perkauman. Tidakkah
selama ini perkauman telah berlarutan sekian lama melalui pembolotan
bisnes ini? Bila hak mereka tergugat, maka dituduh kita rasis. Begitu juga bila
kita mahu membela hak kita. Mereka betul, kita salah. Nampak sangat hipokrit.
Saya
harap namanya bukan Low Yat 2, tetapi nama yang lebih beridentiti kebangsaan
seperti Plaza MARA, atau nama yang sedap didengar. Tetapi, jika susah sangat,
letak sahaja nama Plaza Sakitnya Tuh Di Sini, puas hati.
20 comments:
Yang paling penting, jika mahu diwujudkan tempat seumpama ini, bumiputra mestilah mempunyai akses secara terus dalam rantaian pembekalan dari pengguna sehinggalah kepada pengilang.
Walaupun pengilang mungkin bukan bumiputra, tetapi rantaian seterusnya hendaklah dikuasai oleh bumiputra sehinggalah sampai kepada pelanggan dan menjadi peranan agensi kerajaan untuk memastikan rantaian itu tidak disekat atau disabotaj.
Sila kuatkuasa semua akta yang ada dan semau fasal yang terkandung dalam perlembagaan bawah hak istimewa bumiputra.
Pemboikotan itu satu tindakan yang baik untuk mengajar peniaga2 itu agar berlaku jujur dalam berniaga. Kuasa beli memang di tangan orang2 Melayu tidak kira di mana baik di pasaraya mahupun di pasar2 basah. Jadi peniaga2 Cina jangan cuba mempermainkan orang2 Melayu kerana apabila mereka mengambil tindakan memboikot yang akan rugi adalah peniaga2 tersebut. PNS.
Good idea. Plaza STDS. Catchy.
Assalamualaikum
Hehehe..sakitnya tuh disini ? pandai juga doktor melawak ye?
Menteri Ismail Sabri ni patut di beri sokongan.
Nampak usaha beliau utk melayu dan islam.
cth lain " Jihad memerangi orang tengah "..
diharap zahid hamidi, selaku keturunan indon, boleh buka satu lowyat untuk org2 indon....kalau boleh lagi satu lowyat tuk org2 nigeria,.....Sah, org bangang biasanya tak boleh pikir luar dari konteks ras dan agama....
Jika ayat ayat Qur'an di kotorkan - contoh nya di tijak dsb nya - tentu boleh ambil tindakan. Akta Hasutan, umpama nya.
12:48 PM,
Orang bingong mcm kamu lagi teruk. Bingong di heret hidung dek DAP. Ada Cina Bukit DAP yang pandai BM. Aku rasa kamu ia lah satu dari nya.
Ngata Ahmad Zahid Indon, tak fahamkan atau tak mahu ngaku bahawa Melayu, Indon, Filipina dll ada lah Keluarga Besar Melayu yang berasal dari Gugusan Pulau Pulau Melayu ini lebih 6.000 tahun dahulu. Saperti di terangkan dalam buku "Tamadun Alam Melayu" dan "The Malay Civiluzation", terbitan Persatuan Sejarah Malaysia, Wisma Sejarah, depan IJN, Jalan Tun A Razak, KL.
DAP bingong dengan sengaja. Dah dapat hak kerakyatan tak mahu hormatkan Kontrak Sosial. Tak hormatkan Perlembagaan negara. Amat rasis walau pun ngaku tidak, dengan 4-5 ketul Melayu jadi ahli nya. Tak hormatkan Perkara 3 Perlembagaan yang mengatakan bahawa Islam ada lah agama negara ini.
Bagi saya beliau nak keluarkan apa-apa pendapat itu adalah hak beliau. Tetapi beliau gagal berfungsi setaraf sebagai ilmuan sanjungan. Bagi saya seseorang yang tinggi ilmu sebenar ialah Pertama ada ilmu dan Kedua yang paling berharga ialah sumbangan bagaimana pendapat seseorang tokoh ilmu itu boleh memberikan idea penyelesaian kepada apa-apa masalah yang timbul dengan bijaksakna.Sebagai orang yang berilmu kita tidak harus persoalkan masa, setiap peristiwa ada masa permulaannya, itu telah ditakdirkan. Kita tidak boleh sentiasa mempersoalkan hal ini.Kita tidak harus berkata jika dahulu, jika kelmarin, kenapa tidak tahun lepas. Sampai bila pun tidak habis sehingga kita boleh persoalkan hingga kezaman-zaman nabi Adam pun yang telah termaktub dalam kalam Tuhan setiap kejadian. Kita jika betul-betul dikatakan bertaraf ilmuan, beri idea bertaraf agung yang boleh dibanggakan.Jika idea kita hanya bersifat kearah lebih kerosakan, tidak perlulah keluar dari seseorang yang dikira berkepentingan negara, cukup dari orang biasa sahaja.Jika dari rakyat kebanyakan, kita tidak banyak soal.Bagi saya, keamanan, kesejahteraan, keharmonian seterusnya bergantung bagaimana kita menggunakan akal anugerah Tuhan untuk merungkai masalah dengan bijak.
kaum cina ini sebenarnya tak lah seberani seperti yg disangka,cuma bijak dalam bidang niaga dan juga bidang menipu..perdulikan apa juga tuduhan mrk terhadap kaum bumiputera,lambat laun mrk akan letih juga..yg penting apakah mampu kita menjalankan perniagaan ini tanpa ada bayang2 dari mrk?
Idea yang sangat bagus untuk kemajuan orang Melayu dan Bumiputera dalam bisnes. Sepatutnya rangkaian pembekal dan penjual peralatan ICT dalam kalangan Bumiputera sudah diwujudkan dari dulu lagi, yakni sejak era komputer bermula pada tahun 80-an lagi. Walau bagaimanapun, tidak ada istilah "terlambat" dalam apa jua bidang yang ingin kita usahakan. Jika tidak dimulakan dengan satu langkah, bagaimana hendak berlari laju???
Syabas saya ucapkan kepada YB Menteri Ismail Sabri. Diharapkan cadangan ini akan menjadi kenyataan segera. Namun, jangan pula pusat ICT di Bagunan Mara juga dipenuhi dengan peralatan tiruan seperti yang berlaku di Low Yat. Orang Islam berniaga TIDAK boleh menipu - HARAM hukumnya!! Oleh itu, "Low Yat 2" mestilah BERSIH - tidak ada barang tiruan. Pihak KPDNKK mestilah membuat pemeriksaan mengejut TIGA kali setahun di premis berkenaan untuk memastikan hanya barang yang tulen saja yang dijual. Kalau perlu luaskan fungsi logo HALAL, dan wajibkan kedai-kedai berkenaan mendapatkan dan mempamerkan logo tersebut di kedai mereka. Barulah orang ramai, tak kira kaum, akan berpusu-pusu datang jika mereka mementingkan barang tulen. Bagi yang tak kisah sama ada barang tulen atau tiruan, biarlah mereka pergi ke Plaza Low Yat yang ada sekarang ini. Demikianlah adanya.
(Maya di MARA)ساي Ú†Ø§Ø¯Ú ÙƒÙ† ناماكن سباڬاي ماي د مارا.
توليسن جاوي سليتكن سكالي، Ø³Ø¯Ú ÙƒÙ† Ø§ÙˆØ±Ú Ø¨ÙˆÙƒÙ† ملايو Ø³Ú Ú¬ÙˆÚ¤ توليس جاوي اونتوق امبيل هاتي Ø§ÙˆØ±Ú Ù…Ù„Ø§ÙŠÙˆ.
Usahawan Melayu dah kena halau (atau terhalau secara halus) dari Suria KLCC, Alamanda, Plaza Sungai Wang, Kompleks Pertama dan banyak lagi premis lain ada diorang bising?
Alih-alih nak pakai premis sendiri untuk bela usahawan Melayu bukan main bising.
Ini sememangnya cauvinis rasis tegar!
1:40 PM,
Saya fikir bukan fasal berani. Kaum Cina ada budaya berniaga sejak beribu tahun. Pendek kata anak anak mereka dengar fasal harga, timbang menimbang, untung rugi, modal, risiko, kumpul wang dll sejak dalam perut emak mereka lagi.
Masakan kaum Melayu tidak ada budaya berniaga. Ha nya budaya bertukar barang atau "barter trading". Saperti yang di tulis di buku "Tamadun Alam Melayu", terbitan Persauan Sejarah Malaysia tuh.
Jadi, susah lah nak bersaing. Mereka ada berbagai persatuan kaum, suku kaum, persatuan perniagaan berbagai jenis, dan bagi tiap satu jenis, berbagai sub-jenis pula. Exclusif, kaum lain tak boleh masuk. Harga dan terma periagaan berlainan untuk kaum Melayu dan kaum mereka.
Maka Kerajaan mesti fikirkan perkara ini dan lakukan acara bagi menaikki kaum Bumiputera dlm bidang perniagaan. Acara yang menyuluruh (comprehensive) dan di implementasi dengan serius dan berterusan.
Cuba lah fikirkan, tak ada satu kedai hardware Bumiputera langsung di negara ini sehingga hari ini. Jadi, macam mana nak jadi kontrekter dengan erti kata yang sapenuh nya? Boleh jadi Ali Baba spt yang berlaku 40 tahun dulu juga lagi lah.
boleh sangat, kalau ada bisnes, kembangkan kat internet nanti automatik supplier dari china akan contact atau cari, dari situ boleh dapat harga factory kalau borong banyak, masalahnya kalau tak mula bisnes dan tak kembangkan di internet takde sapa tahu, saya dah mula adalah pembekal dari china contact.
8:43 PM,
Bagus Sdr buat begitu. Do'akan Sdr berjaya menjadi besar dan berkembangan.
Sya baca business tu perlu ada rangkaian atau network. Business macam pokok, dari akar, batang, ada cabang besar, cabang kecil, sampai ke ranting.
Pengkilang perlukan wholesaler, distributor, retailer dn berbagai lagi antara satu peringkat ke lain itu. Pengeluar keropok lebih maju bila ada pengedar sampai ke kedai kedai kecil di kampong.
Harap Sdr dapat rangkaian begitu, terbina dengan usaha usaha Melayu lain.
Tak salah dan tak rasis kalau kita adakan dasar peribadi "Buy Malay First". Bukan tujuan mengenakan peniaga lain, tapi tujuan menolong peniaga kaum Melayu. Mereka amat perlu pertolongan.
Kalau Melayu tak tolong Melayu, susah lah perniagaan Melayu nak maju dan berkembang.
Semalam DS Najib umumkan penubuhan suatu "big data sharing platform" bernama Bahtera, untuk membantu peniaga peniaga Bumiputera.
Di tubuhkan di bawah Kementerian Kewangan. Tapi saya tak faham dia kata itu sebagai "the last leg” in a bid to further strengthen the bumiputra economy". Harap tak bermakna itu usaha penghabis. Sebab, bagi kaum yang tak ada budaya berniaga, spt yang telah di sebut di komen terdahulu dari ini, takda so'al usaha penghabis oleh Kerajaan yang di pilih majoriti Melayu.
Saya ragu sebab pendirian dan dasar Kerajaan Najib di masa lalu mendap dalam semangat keBumiputeraan, jarang menyebut DEB. Hingga nak di buangnya Akta Hasutan yang melindung perkara perkara sensitif yang melambangkan Ketuanan Melayu di dalam Perlembagaan, saperti tugas, fungsi dan tanggong jawab YDP Agong, Raja Raja Melayu, Majlis Raja Raja dll.
Namun demikian, bagus lah dia tubuhkan Bahtera ini. Harap banyak lagi di lakukan nya. Melayu hampir 60% penduduk tapi jauh kebelakang dalam ekonomi dll. Keadaan sekarang tak adil bagi kepentingan Melayu dari segi itu.
“Bahtera, Bumipreneurs of Tomorrow” -
Bagus lah Najib sedar, “There are big challenges from outside and within" bagi memajukan perniagaan Melayu.
“When they have a big data platform, they can get the necessary information so they can create better marketing relationship with one another,” kata nya.
Untuk maloman pembaca yang mungkin miss berita itu, izinkan saya perturunkan butiran dlm bahasa Inggeris nya:
The platform will contain information from the Companies Commission, e-Procurement, the Government’s Bumiputra Agenda Steering Unit (Teraju), the Construction Industry Development Board (CIDB) and other entities related to bumiputra entrepreneurship.
The initiative is aimed at creating additional business markets among bumiputra entrepreneurs.
“It will allow them to support the current supply chain, exchange supplies information and at the same time create new markets,” he said.
Earlier, Treasury secretary-general Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah said more than 114,000 bumiputra companies were already registered with the platform.
“We are expecting the numbers to increase. In short, the platform will serve as an additional support system for the bumipreneur community to complement other agencies such as Teraju and Mara,” he said.
Bagus banyak bercakap pasal perniagaan Bumiputera sekarang. Najib pun mula buat gitu. Apa motivasi nya pun tak tahu. Tapi tak kira lah, asalkan dia buat selalu.
Masa cakap pasal Bahtera, dia juga kata,
"Govt Strives To Create Tenacious Bumiputera Entrepreneurial Community. The government will continue to introduce and implement various programmes to create a group or class of tenacious and resilient Bumiputera entrepreneurs in the march towards a developed-country status by 2020."
Harap sampai PRU14 jangan segan nak buat atau cakap gitu sebab nakkan undi bukan Melayu. Kena ingat di PRU13 UMNO dapat 88 kerusi dari Melayu.
Menteri Ismail Sabri arahkan "Low Yat 2" di siapkan dek pegawai pegawai MARA dalam 3 bulan.
Takda banyak makna nya kalau "Low Yat 2" di mulakan di Bangunan MARA, Jalan Raja Laut KL itu, kalau tak di tentukan pembekal pembekal barangan yang di jual di situ juga Bumiputera. Tak lama akan mati.
Juga support services nya - barusan Bumiputera yang boleh repair barangan itu, baikki mana yang tak betul dalam tempoh jaminan atau warranty. Kalau harapkan kaum lain, macam macam helah akan berlaku, melambatkan pembekalan, kerja kerja repair dsb nya, membikin pelenggan fedap dan tak gunakan Low Yat 2 itu lagi.
Gomen kena ada rancangan yang menyeluruh le, jangan bidan terjun saja. Nanti mematahkan semangat Bumiputera yang lain.
Buka Low Yat 2 tuh, tapi sediakan dan jalankan rancangan mendirikan barisan pembekal dan pembaikki barangab tersebut.
Post a Comment