(Sinar Harian, 27.7.15)
Melayu
dalam parti ultra kiasu mahukan orang Melayu bertolak ansur supaya isu sekolah
vernakular tidak dibangkitkan lagi. Biarkan ia beroperasi bebas tanpa gangguan.
Manakala golongan liberal Melayu mahukan Bahasa Inggeris (BI) digunakan sebagai
bahasa pengantar di semua sekolah. Hebat sungguh Melayu. Bangsa lain sibuk
mempertahankan dan mempromosikan bahasa ibunda mereka. Manakala, bangsa Melayu
tidak yakin dengan bahasa sendiri.
Apakah
kedudukan BM selaku bahasa kebangsaan dalam perlembagaan? Siapakah yang akan
memperjuangkan bahasa anak watan ini? Siapa pula yang akan memastikan semua
rakyat boleh bertutur dan faham BM? Tidak mustahil BM dan bangsanya bersekali
akan merempat di bumi sendiri suatu masa nanti.
Amat
bodohlah saya jika menolak kepentingan BI sebagai bahasa antarabangsa. Tetapi janganlah
sampai BM dianaktirikan. Apatah lagi tidak merasakan ianya penting. Biarlah
tidak tahu bertutur BM tak apa, asalnya boleh berbahasa BI dan ibunda yang
lain. Inilah pemikiran liberal Melayu.
Masuklah
hari ini ke syarikat GLC kerajaan, boleh dikatakan bahasa Melayu langsung tidak
didaulat. BM hanya ada pada tanda pintu sahaja iaitu KELUAR. Hak lain semua
telah diinggeriskan.
Apa
sudah jadi dengan Bank Bumiputera yang sudah bertukar nama? Apakah agenda
bumiputera masih diutamakan? Berapa ramai bumiputera berada di dalamnya membuat
keputusan? Teringat saya kepada saudara Dato’ Henry S. Barlow, yang masih kekal
menjadi ahli lembaga pengarah GLC Sime Darby.
Sebuah
LGC hasil usaha ahli keluarganya dahulu. Barlow tidak pernah lupa agenda
bumiputera dalam Sime Darby, walaupun setelah sekian lama negara merdeka.
Inilah orang putih yang tidak pernah lupa sejarah. Kenapa tidak ramai rakyat
Malaysia yang telah dibantu kerajaan dan telah berjaya tidak seperti Barlow?
Kenapa mereka menjadi ultra kiasu setelah berjaya? Lupa diri? Lupa bangsa? Lupa
agama? Jati diri entah ke mana?
Paling
kurang, belajarlah dari ultra kiasu. Misalnya, selepas insiden Plaza Low Yat.
Hari ini mereka sibuk hendak mengadakan sambutan Hari Raya. Sedangkan sambutan
ini tidak ada kaitan langsung dengan mereka. Lagipun ia perayaan ibadah umat
Islam. Saya tidak kata salah, tetapi pelik.
Bayangkan
selepas ini orang Melayu jadi hos sambutan Tahun Baharu Cina. Kenapa tiba-tiba
ultra kiasu mahu lakukan perkara terbalik di Low Yat? Apa muslihat di sebalik?
Nampak sangat ultra kiasu hanya mementing agenda peribadi mereka akibat
perniagaan terjejas gara-gara insiden yang terjadi.
Sekalipun
anak muda Melayu itu yang bersalah. Insiden ini sepatutnya membuka mata kita.
Antara agenda perut, bangsa dan negara. Mana lebih utama?
Pada
saya, tidak perlu diadakan sambutan hari raya di sana. Berikan wang tersebut
kepada kami untuk kami membuat kajian secara akademik. Apakah di sebalik
insiden tersebut dan punca-puncanya? Saya pasti, ahli akademik akan dapat
memberikan jawapan yang tulus dan amat berguna kepada kerajaan, bukan hipokrit.
Mahu menutupi bara yang sentiasa menyala, tidak pernah padam. Menunggu masa untuk
meledak.
Saya
amat mengharapkan orang Melayu tidak boleh dijual beli dengan juadah air siap,
lemang dan ketupat. Hina sungguh umat Islam, jika mereka boleh dicairkan hanya
dengan jamuan makan.
Jika
mereka ikhlas, sudah sekian lama ianya dilakukan. Kenapa begitu beriya-iya
hendaklah melakukannya di Low Yat pada kali ini, tidak di tempat lain?
Nampak
sangat selama ini, orang Melayu menjadi alat untuk mereka menjana dan mengaut
keuntungan sebanyak mungkin. Inilah akibatnya apabila kita hanya menjadi
pengguna bukan pengeluar.
Tidak
hairan jika kita sentiasa menjadi mangsa, makan bihun kotor, patin babi dan
makanan lain bercampur dengan bahan haram. Akibatnya, hati menjadi hitam. Kita
salah, ultra kiasu betul.
Ramai
rakan saya acap kali tertipu membeli belah di sana. Harga tidaklah semurah
mana. Tetapi plaza tersebut telah berjaya mengaburi mata kita semua. Kadang
kala kos baik pulih alat yang dibeli, sudah melebihi harga jualan alat
tersebut.
Dahulu,
apabila saya dedahkan penipuan ini, satu dunia mengutuk saya. Kononnya saya
sanggup memburukkan bangsa sendiri. Sehingga repot polis dibuat. Saya hanya
berkata benar. Itu sahaja. Apakah berkata benar itu salah?
Sebenarnya
kuasa boikot kita amat besar, jika kita pandai menggunakannya. Tetapi agak malang,
jika kita mudah dibeli dengan segelas air sirap.
Mengimbau
kembali bantuan ultra kiasu kepada surau masjid ketika bulan puasa. Molek
sungguh ultra kiasu ini berpakaian Melayu, berselendang menyampaikan bantuan
RM2000. Sehingga ada yang mengusik “Amoi pakai baju kurung sangat comel”.
Saya
tidak nafikan akulturasi ini amat baik dan patut digalakkan. Tetapi mengenali
ultra kiasu, semua ini hipokrit. Pada masa sama, merekalah menentang etika
berpakaian.
Jika
mereka hormat kepada negara, perlembagaan dan rukun negara, sudah tentu mereka
akan sentiasa mengenakan cara hidup bersopan, bertatasusila dan berbudaya. Ini
tidak, mereka pejuang tegar hak asasi manusia, sehingga menenggelamkan identiti
negara tercinta ini.
Apakah
orang sebegini boleh dipercayai? Apakah jamuan hari raya yang mereka hoskan itu
benar-benar ikhlas atau sekadar mahu menjaga perut? Hina sungguh kita jika
mudah tergoda!
16 comments:
Bukan kah Sasterawan Negara Samad Said yang masuk DAP dah hilang kesasterawan nya, dulu, dengan bekas Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Hassan Ahmad, berdemo dsb nya hendakkan keagongan Bahasa melayu dengan tak terhingga, sehinggakan Bahasa Inggeris di ketepikan dek gomen dan generasi Melayu salepas itu mundur dlm BI?
Mengapa pulak "Melayu dalam parti ultra kiasu mahukan .. isu sekolah vernakular tidak dibangkitkan lagi"? Sudah nyanyok ke? Dapat ilham yang senget ke?
golongan liberal Melayu mahukan Bahasa Inggeris (BI) digunakan sebagai bahasa pengantar di semua sekolah?
Woi Mamat sekelian yang konon nya liberal, kamu ingat kita diam di Englaaaaand ke?
Takda siapa yang liberal jika dia tak tahu dan tak hormatkan Perlembagaan negara. Perkara 152 mengatakan BM ada lah bahasa negara ini. Bahasa lain boleh di gunakan hanya "selain dari untuk urusan resmi". Dan sekolah ada lah urusan resmi mana mana negara.
Kamu semua bukan liberal, ha nya pseudo-loberak, atau liberal olok olok.
Assalamualaikum WBR
Semoga Ustaz senantiasa dirahmati Allah
Saya akui Ustaz adalah yang terbaik umat Islam Malaysia miliki buat pada masa ini.
Ketelusan tuan perlu dipandang oleh semua orang dengan hati terbuka, Mereka di luar sana jangan segan dan terasa hina menegakkan kebenaran.
Semoga tuan senantiasa ada dalam lanskap umat Islam dan diteladani samada ahli politik, peniaga, mahupun bukan Islam.
"bangsa Melayu tidak yakin dengan bahasa sendiri" tuh sebab tak percayakan diri mereka sendiri. Inferiority complex. Atau nakkan undi sesangat hingga sanggup jual bangsa senndiri. Spt Anwarul Al Juburi (pangkat Mat Sabu yang beri).
Nasib lah kita, Al Juburi dah bersemayam di istana Sg Buluh sekarang. Tapi masih aktif dlm politik, buat kenyataan itu ini melalui loyar nya. Megapa Jabatan Penjara benarkan penjenayah (convict) aktif dlam politik?
Al Juburi cakap fasal ketuanan rakyat apekebende nya. Undi punya pasal, sanggup ketepikan Ketuanan Melayu yang tersemat di Perkara Perkara sensitif dalam Perlembagaan yang di lindungi dek Akta Hasutan. Spt fungsi, peranan dan tanggong jawab YDP Agong, Raja Raja Melayu, Majlis Raja Raja dsb nya. Takda restu dan tanda tangan Agong, tak boleh sesiapa yang pegang jawatan PM berfungsi secara resmi. Begitu juga Raja Raja Melayu dengan lantikan Menteri Mnteri Besar.
Anwarul Al Juburi dah ada RM3 bilion di aturkan dek kuncu nya Tong Kooi Ong, pemnunya bank Allied Phileo, di "Master Accounts" di bank nya dll dimasa Aljuburi jadi Menteri Kewangan dulu. Ada di Surat sumpah Murad Khalid, bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, yang di buat nya di tahn 1999 yag tak pernah di nafikan dek Ong. Jadi, gamak nya Al Juburi sanggup ketepikan Kedududak Istimewa Melayu di Perkara 153 Perlembagaan itu juga. Bedebah punya manusia.
Milikilah hati nurani tidak menerima keburukan ini sedikit-sedikit tp Hati zulmati banyak khaflah inilah ramai berduyun.
Saya menunggu timbul nya seorang pemimpin yang tegas dan berani melaksanakan Sekolah Satu Aliran.
TS Muhyiddin telah memastikan Sejarah di sekolah sekolah, sama taraf nya dengan BM - tak lulus, tak dapat sijil SPM. Syabas.
Ultra kiasu DAP menentang etika berpakaian dan apa saja ciri ciri peraturan keMelayuan dan keIslaman di tempat tempat yang Melayu/ Islam dominan. Kerajaan, Perkhidmatan Awam, PDRM, ATM dll. Mereka menyebabkan pergaduhan kaum 13 Mei 1969. Perlu sentiasa di keji, di awasi dan di patahkan segala hujah hujah mereka yang tidak selaras dengan Perlembagaan negara.
Ada pulak ultra kiasu lain. Sorang dah masuk penjara. Sekarang timbul pulak apa yang mereka panggil "progressives" konon. Mengarut. Sibuk nakkan PAS tendang mereka dari parti sebab dah sumpah cerai bini talak tiga bila jadi calon pilihanraya di PRU13. Kalau kena sack, lepas dari sumpah le.
Bagus, Pngarah Pilihanraya PAS yang baru dan bekas Setiausaha Agong parti, Mustafa, kata jangan tendang mereka keluar parti. Merana le si Khalid Samad dan yang saperti nya. Letak keahlian PAS dengan tak letak jawatan MP, kena cerai bini talak tiga le.
babi tee. hisap kontol la. otak kecik dh la. tp muka pn cam babi
11:19 PM,
Kamu biadap dan kurang ajar. Pengikut Tokong Lim yang Tengku Aziz, Naib Presiden DAP, sendiri kata biadap masa dia cabut keluar dari DAP 1-2 tahun dulu.
Kamu jenis yang pandai BM, masuk di beberapa blog sini sana, ada yang selalu pakai perkataan kotor. Kamu berasal di kampong di Penang Mainland, Cina Bukit spt yang Tokong Lim dan bapak nya Kit Siang telah di gelar berpuluh tahun dulu.
Aku terasa nak maki hamun kamu di sini, tapi tak mau biadap dan kangajar spt kamu. Tapi kamu tau lah kamu dah kena begitu dlm hati aku.
Uktra kiasu bukan hipokrit. Depa dah semula jadi nak lagi, nak lagi, nak lagi tak habih habih. Tak kira siapa punya. Selagi boleh kaut, nak kaut habih habih.
Pulak tuh, dah dapat, tak tau berterima kasih. Mcm hak kerakyatan depa. Tambah pulak, tak hormatkan Kedudukan Istimewa Melayu yang telah di panjangkan kpd Bumiputera Sabah dan Sarawak masa Malaysia di tubuhkan. Pada hal, Kedudkan Istimewa tuh di keramatkan di Perlembagaan sebagai balasan kpd Melayu setujukan hak kerakyatan depa di masa Merdeka. Memenag ultra kiasu sungguh depa nun.
Susah ada depa nih. Mcm DAP. Sampai bergaduh di 13 Mei 1969 di buat depa. Tapi depa dah sedaq sikit. Tak boleh melanda landa. Dan kita kena selalu tegur, kritik dan bambu depa bila buat tak betui, tak ikut Perlembagaan, tak ikut undang undang.
TS Muhyiddin di gugurkan dari Kabinet. Dia yang memestikan Sejarah di sekolah sekolah. Dia yang boleh di harapkan mengimplementasi Sekolah Satu Aliran.
Saya amat dukacita. Lagi teruk Melayu Islam di masa depan nampak nya. UMNO/BN akan kalah di bawah Najib terutama nya selepas pengguguran Muhyiddin dan Peguam Negara berkaitan 1MDB.
Rakyat, khas nya ahli ahli UMNO, perlu bersuara.
wang dunia manusia nampak..kerana pahala akhirat tidak nampak kuantitinya..
Yang Melayu liberal konon nya, yang buang ISA, buat keputusan nak buang Akta Hasutan (yang melindungi hak dan kepentingan Melayu di Perlembagaan), walau pun buat U-Turn sebab di desak Ketua Ketua Bahagian, Pemuda dan Wanita UMNO, ada lah jenis yang sanggup menjual Melayu.
Gugurkan Muhyiddin sebab mempero'alkan perjalanan 1MDB yang juga merupa hak dan kepentingan Melayu - 500 ekar tanah bekas lapangan terbang di Sg Besi, dll.
Tapi sekarang Syed Ali, Ketua UMNO Bahagian Cheras, mengata ahli ahli UMNO tak boleh di sekat bercakap. Ahli ahli nya di Mesyuarat Tahunan yang lalu mengkritik Naib Pengerusi nya yang menyekat perbincangan 1MDB dan terus memperkatakan isu 1MDB.
Di harap Syed Ali mengganti Muhyiddin dalam perkara memperso'alkan kepincangan 1MDB supaya hak dan kepentingan Melayu tak terjual lagi.
Ini mesti komen dari Red Babi Army.
Nak buat camno ... ?
Tapi Ajis tu masa dalam DAP dulu adalah pengkhianat & penderhaka bangsa Melayu.
Skrg ni lebih2 pulak mengata org. Podahhh.
Org politik macam tu ke? Opportunist, flip & flop.
بهاس ملايو توليسن رومي ڤون اد يڠ تق امبيل ڤدولي، توليسن جاوي لاݢيله دڤندڠ کولوت
Post a Comment