Antara prinsip dan kuasa (Sinar Harian, 6.7.15)
Teruja dengan pendapat
seorang ahli akademik, yang mengingatkan Pas supaya jangan melibatkan diri
dalam politik jika tidak mahu berkongsi kuasa. Masuk sahaja tarekat atau silat.
Pendapat ini tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang bergelar ‘pakar sejarah’.
Tidak dinafikan kongsi
kuasa adalah salah satu elemen politik. Tetapi tidak semua dalam politik, boleh
berkongsi kuasa. Politik bukan soal kuasa dan menubuh kerajaan semata-mata.
Politik adalah juga soal prinsip atau privasi. Kadangkala bersendirian lebih
baik dari berdua. Matlamat tidak menghalalkan cara. Jangan kerana terlalu
berahikan kuasa, sehingga tergadai segala.
Sejak awal lagi, Pas
menegaskan bahawa matlamat mereka bukan hanya Putrajaya. Politik hanya alat,
bukan matlamat. Jika ditakdirkan tidak ke Putrajaya, cukuplah di Kelantan
sahaja. Tanpa Kelantan pun, Pas redha. Apa yang penting, mencari redha Allah,
bukan murka Allah. Pastikan apa jua yang dilakukan boleh membawa kita ke
syurga.
Sejarah membuktikan bahawa Pas
berbeza dengan parti politik lain. Pas mahukan Islam. Tidak, bagi ultra kiasu,
sama ada yang Melayu atau bukan Melayu. Mereka hanya bertuhankan kuasa, mahu membebaskan
tokoh tertentu dan membalas dendam terhadap Umno. Sebab itu, mereka tidak kisah walaupun matlamat menghalalkan cara.
Pas keluar dari BN 1978
juga adalah kerana prinsip. Nyatakan sekali ahli akademik tersebut masih tidak
mengenali Pas. Pas tidak ada masalah berkongsi kuasa dengan parti lain, tetapi
bukan dengan ultra kiasu. Ultra kiasu tidak pernah bersetuju perjuangan Islam
Pas. Mereka rapat dengan Pas pun kerana tiada pilihan.
Adalah menjadi hak Pas
untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang lebih cenderung aspirasinya. Orang
lain tidak berhak mengarahkan Pas buat ini dan itu.
Mengambil contoh Turki dan Tunisia sebagai contoh
kongsi kuasa adalah tidak sesuai. Kebanyakan negara di dunia bercorak sebangsa,
berbanding Malaysia, berbilang bangsa dengan majoriti (Islam-60%)-minoriti
(bukan Islam-40%) tidak besar. Kedudukan Islam dan umatnya akan tergugat jika
umat Islam terus berpecah.
Justeru, Pas amat matang dalam menentukan siapakah
yang benar-benar boleh menjadi kawan dan siapakah lawan sebenar? Tidak menjadi
masalah berkongsi kuasa dengan bukan Islam, selagi mana Islam tidak
diperkudakan.
Saya bukanlah orang Pas, tetapi selaku pengkaji, pada
saya tindakan Pas itu betul. Asalkan Pas ada justifikasikannya. Seperti yang
saya sebut minggu lalu, pasti ulama Pas memohon petunjuk Allah, seperti solat
sunat isytikarah dalam membuat keputusan. Bukan macam parti lain, main terjah
sahaja, ikut akal. Ya, dalam politik perlu ada strategi, tetapi pada masa sama,
jangan lupa pohon petunjuk dan redha Allah.
Saya tidak pasti G18 dan G25. Kadangkala kita ini nama
sahaja Islam, nak tengok sekali-sekala solat jarang sekali. Maka bolehkah orang
sebegini dipilih sebagai pemimpin? Sebab itu, dalam Islam, bila berpolitik,
perlu ada syarat, bukan semborono, sekalipun kemenangan semakin hampir.
Apa guna menang, jika Islam terkubur, pribumi hancur?
Saya masih berpegang kepada prinsip dalam sebuah negara yang berasaskan kepada
sistem kenegaraan Melayu, pembuat keputusan mestilah di kalangan orang Islam,
tanpa menganiaya bukan Islam.
Bukan Islam masih boleh memegang tampok kuasa tertentu,
tetapi perjuangan Malaysian Malaysia mesti digugurkan. Ya, Malaysia untuk orang
Malaysia, tetapi mesti berpandukan kepada perlembagaan.
Memang, tuntutan
bersatu atau kongsi kuasa memang menjadi galakan Islam. Namun, setelah beberapa
kali cuba dan cuba, tidak boleh juga, maka ketika itu perpisahan dibenarkan
oleh syarak. Ada kalanya kita perlu bertegas dan berkeras. Jangan asyik jadi
pak turut.
Islam tersebar melalui
dua cara, hikmah dan juga ketegasan, seperti kenyataan adakah Islam tidak disebarkan
melalui mata pedang? Ya, benar ada kalanya Islam tidak disebarkan melalui mata
pedang. Tetapi dengan hikmah. Namun, dalam keadaan tertentu, fakta menunjukkan,
Islam juga disebarkan melalui mata pedang. Jika tidak, bagaimana Islam boleh
berkembang ke merata dunia. Islam akan dimusnahkan oleh musuh.
Apabila sesuatu keadaan
itu membahayakan Islam, maka tidak salah ketegasan boleh digunakan, bukan
setakat memutuskan hubungan, termasuk juga berperang. Tetapi ada adab-adabnya.
Misalnya, dalam perang,
Islam mahukan kita menjaga beberapa perkara, jangan aniaya wanita, orang tua,
kanak-kanak, rumah ibadat dan alam sekitar. Berperang hanya dengan musuh. Bukan mereka yang tidak bersalah, termasuk
bukan Islam.
Hari ini musuh telah
menyerlahkan belang dan kemerbahayaannya. Adakah memutuskan hubungan dengan
ultra kiasu soal tarekat atau silat? Apakah tindakan Pas tidak cerdik? Yang
tidak cerdik itu adalah kalangan ‘orang luar’ yang tidak faham sejarah.
Kita diajar, apabila
berada dalam dilema, mana satu nak dipilih antara dua. Maka, ketika itu pohonlah
petunjuk Allah. Saya agak petunjuk yang telah diberikan oleh Allah kepada pucuk
pimpinan Pas adalah, utamakan saudara seIslam dari musuh kafir ultra kiasu.
Profesor
Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, INSPIRE/PPI, UNISZA
12 comments:
Mereka yang menghalalkan politik Pembangkang dengan sengaja atau tidak sengaja menjadi pengkhianat bangsa dan negara.
Mengapa sampai begitu keras sekali punya pendapat? Sebab Pembangkang termasuk ultra kiasu yang amat sanagt - DAP. Sama ada dalam Pakatun atau dah mampus Pakatun, DAP sentiasa ada sebagai Pembangkang.
DAP mesti mencari sokongan Melayu sebab dah 50 tahun tak sampai ke mana mana melainkan Penang. Sehingga yang dah berjanggut putih panjang, lebih 80 tahun umur pun di banggakan mereka menjadi ahli. Melayu dalam DAP boleh di hitung di jari tapi di hebohkan bukan main lagi.
Mana Melayu nak masuk DAP sebab dah demikian lama di kenali sebagai parti anti-Melayu, anti-Islam dan menyebabkan pergaduhan kaum 13 Mi 1969.
PAS kahwin DAP tak boleh punya. Tak lama cerai. Mana boleh, pendapat, pendirian bertentangan. Nak Hudud, tak nak Hudud. Bukan saja tak nak, Lim Kit Siang jerit "Never", Karpal Singh dengan sombong angkuh nya kata "Over my dead body". Dah mati pun Karpal, PAS masih mahu implementasi Hudud.
DAP kata mereka se katil dengan PAS, boleh pengaruh PAS jangan implementasi Hudud. Hingga kaum Cina berikan tsunami Cina di PRU13. Hah, sekarang DAP dah tendang PAS dengan mengumumkan Pakatan dah mampus, PAS pulak dah buat resolusi nak putuskan hubungan dengan DAP. Jadi, mana boleh pengaruhi PAS jangan implementasi Hudud lagi?
Meradang lah si Cina tsunami. Di bohong tipu helah dek DAP, kata mereka. Entah entah yang 50 orang di laporkan memberkas DAP Kit Siang dll di ceramah dalam kopitiam di Masai semalam tuh termasuk Cina tsunami yang meradang kat DAP.
Jangan kata lah DAP tak mahu kuasa. Pembohong semua itu. Dapat sikit kuasa, pegang, tekap mengalahkan lintah. Tapi di Penang dulu pernah kena di kalahkan BN dan hilang kuasa. Ni saya nak tunggu bila BN boleh buat gitu lagi. Kot di PRU14 sebab Pakatan dah pecah belah, tunggang langgang sekarang.
Kalau PAS kata dapat Kelantan saja dah cukup, berharap kpd berkat Allah SWT, bagus lah. Kita do'a kpd Allah SWT biar sampai ke situ saja. UMNO ada masalah Najib, 1MDB dll sekarang, jadi tak boleh nak harap dapat kalahkan PAS di Kelantan sekarang ini. Tapi, bila UMNO dah pulih, boleh cuba ambil Kelantan lagi. Macam dulu.
G25. Lihat berapa orang yang bekas Duta. Biasa dengan diplomatic lunches, cocktails and dinners. Biasa dengan minuman keras.
Tak tahu le sama ada depa pun tonggak minuman keras. Mesti le satu dua dulu ada menonggak. Itu sebab mengata Melayu/Islam extremists. Tak sebut pun DAP yang dah berpuluh tahun extremists.
Kalau dah tonggak whisky, wain dll, mana tak sekali-sekala solat pun jarang sekali. G25 tu liberal. Mana liberal nya kalau tak hormati bahawa Perkara 3 Perlembagaan kata Islam ada lah agama negara ini. Dan ada berbagai undang undang yang di kanunkan bagi tujuan Perkara 3 itu.
Undang undang itu di lulus Parlimen, di buat secra demokratik. Kalau tak suka, tak hormatkan Perlembagaan, maka termasuk le dalam kumpulan DAP yang selalu di nasihatkan supaya berhijrah. Diam di negara negara yang Perlembagaan nya tak macam Perlembagaan negara ini.
Yang bekas Duta tuh entah puasa pun tak tau le. Itu hal depa. Tapi kalau depa dok ngata Melayu/ Islam ekstrimis, kita pun boleh ngata depa le. Kalau tak mahu hidup sebagai Melayu, nak kritik Melayu tapi tak kata apa pun kat DAP yang benar benar ekstremis, buat lah ikrar keluar Melayu, akui diri sebagai DKK ke, apekebenda nya.
Dah berduyun duyun yang ikrar buang kewarnegaraan sekarang. Minggu lalu ada berita fasal depa buat demikian di Suruhanjaya Malaysia di Singapura. Dulu ada yang konon nya "British Overseas Citizens" atau penduduk Melaka dan Penang di beritakan bakar/ koyak paspot Malaysia dan buat ikrar buang kewarganegaraan Malaysia di Suruhan Jaya Malaysia di London.
Tak tau di mana boleh buat ikrar buang taraf ke Melayuan. Meluat aku tengok G25 tuh.
Tak timbul isu orang macam G25 tu nak dipilih sebagai pemimpin. Depa pun tak harap nak jadi pemimpin nampak nya. Ha nya nak masuk berita sana sini depa liberal konon nya.
Masalah negara bertimpal timpal. Puak yang tak hormat Kontrak Sosial, tak rei berterima kasih kpd kaum Melayu yang telah persetujui hak kerakyatan untuk depa di masa Merdeka, tak tahu dan tak mahu tahu sejarah negara ini, tak tahu/ tak mahu fahamkan Perlembagaan terutama Perkara Perkara sensitif yang di lindung dek Akta Hasutan, dan bemacam macam lagi masalah.
Sekarang depa G25 pulak nak tambah masalah negara. Mana boleh.
Sebesar besar ciri munafik, bila mengambil kafirin sbg teman dgn meninggalkan golongan org org beriman, apatah lagi bila bersekongkol dgn kafirin utk menjatuhkan golongan muslimin ahli Syahadah. Mrk berhujjah kononnya mrk mengguna kaedah fekah, jika benar tunjukkanlah kaedah fekah yg mana ? Kitab yg mana ? dan siapa pengarangnya ?
Sebaik baik kafirin pd pandangan manusia, jika matinya tanpa Syahadah, tetap hina juga dia di sisi Allah swt.
Seburuk buruk muslimin pd pandangan manusia, jika matinya dgn Syahadah, tetap bernilai juga dia di sisi Allah swt. Bahkan jika ditimbang kalimah Syahadah di sebelah timbangan dan dunia serta seisinya di sebelah timbangan yg lain, tentulah lebih berat kalimah Syahadah di sisi Allah swt.
Saudara saudaraku semua, taubatlah ! Taubatlah ! Taubatlah !
Cogan kata "Malaysian Malaysia" bukan saja mesti digugurkan, tapi juga mesti di haramkan.
Nate' Maha Chobinis dan Rasis Lee Kuan Yew yang reka cogan kata itu masa Singapore di dalam Malaysia 1963-65, di pikul dek ultra kiasu DAP bila Singapore di tendang keluar Malaysia. Mahukan sama rata, konon. Kepala hotak depaa. Dah dapat hak kerakyatan di setujukan dek Melayu di masa Merdeka, tak nak hormatkan balasan bagi nya, ia itu Kedudukan Istimewa Melayu (yang di panjangkan kpd Bumiputera Sabah dan Sarawak di masa penubuhan Malaysia) di rakamkan di Perlembagaan Malaysia sebagai Perkara 153.
Selagi ada Kedudukan Istimewa Melayu dan Bumiptera Sabah dan Sarawak, mana boleh ada sama rata? Kedudukan Istimewa itu di lindung dek Akta Hasutan. Itu pasal ultra kiasu nakkan Akta Hasutan di humban keluar. Si Najib pulak pelahapkan undi ikutkan kehendak depa. Nasib lah majoriti Ketua Bahagaian UMNO, Penuda dan Wanita UMNO bersuara dan Najib U-turn keputusan nya nak buang Akta Hasutan itu.
Jika depa ungkit Kedudukan Istimewa itu, Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak boleh ungkit hak kerakyatan depa. Kan tak bagus gitu.
Sudahlah Islam tak perlu Taliban PAS dgn Lanun UMNO sebuk berjuang kerana Raja Saudi sudah cukup berkuasa dan kaya. Raja Saudilah memperalat agama utk dpt kuasa dan kekayaan. Korang masih tidur tak tahu kelicikan Raja Saudi. Bodohnya...
7:28 PM,
Ko tak suka PAS dan UMNO, ko PKR ke, atau ada sekor DAP ultra kiasu yang bagus BM nya tuh, masuk sini masuk sana mcm samseng dan kena ketok kepala sebab cakap tak senonoh.
Ko frust ke Pakatun dah mampus sebab Tokong Lim dah tendang PAS sebab Muktamar PAS buat resolusi nak putuskan hubungan denga DAP?
Ke ko ni lanun Shi'ah Iran yang tak suka Raja Saudi? Mcm kata komen kawan di atas tuh - ko bertaubat lah, bertaubat lah, bertaubat lah.
Apakah tindakan Pas tidak cerdik?
Tentu sekali tidak cerdik dan bukan itu sahaja malahan seakan-akan zalim apabila golongan profesional yang telah sekian lama berguru dengan pemimpin utama PAS seperti ust fadzil Nor dan TG Nik Aziz dicantas begitu sahaja tanpa belas kasihan.Agak2 berapa tahun lamanya mereka ini semua menghambakan diri pada PAS dengan pengorbanan yang begitu banyak sekali?
Berbeza pendapat dalam islam bukan menjadi satu kesalahan malahan ianya adalah merupakan rahmat namun jika perbezaan pendapat ditafsirkan sebagai "menderhaka" dan membiarkan fitnah berleluasa maka persiapkanlah diri mu wahai ulama kerana Allah swt bakal menyoal mu di akihirat nanti.Nauzubillah...
Post a Comment