(Sinar Harian, 29.6.15)
Sedar atau tidak, sejak
akhir-akhirnya laman web dan akhbar ultra kiasu sengaja mensensasikan isu-isu tertentu
yang ada kena-mengena dengan Islam, memburuk imej Islam, seolah-olah
menampakkan negara Malaysia mengamalkan dasar ‘taliban’.
Psywar dan psyop ultra kiasu adalah, apa sahaja
perkara yang merugikan Islam akan disensasikan, agar orang jauh dari Islam. Strateginya,
kepada orang Islam, meliberalkan mereka.
Manakala, kepada bukan Islam, menjauhkan mereka dari Islam, agar mereka tidak
mudah tertarik kepada agama Islam dan seterusnya beralih kepada agama lain.
Misalnya, isu
berpakaian tidak sopan (menjolok mata) ketika berurusan dengan pejabat kerajaan.
Ini bukan isu baharu. Sudah lama peringatan dan
kenyataan dipaparkan. Mereka sengaja gatal dan mahu menguji kita. Mahu
jadikan Malaysia lebih barat dari barat.
Malangnya jabatan
kerajaan terbabit, tanpa usul periksa dan takut hilang jawatan, cepat melatah,
terus meminta maaf, apabila pengawal keselamatan melaksanakan tangungjawabnya.
Adakah peraturan itu salah? Adakah suatu masa nanti, bila ultra kiasu
bertelanjang ke pejabat, baru nak bertindak? Tidak ada agama yang membenarkan
pakaian menjolok mata.
Ini bukan soal kita
suka melihat bahagian atas atau bawah wanita. Saya tidak berminat, nak
termuntah. Persoalannya, kenapa suka sangat dedah dan belah? Tidak takut
digigit serangga? Kelakar sungguh melihat mereka yang berskirt terlalu pendek,
apabila duduk dalam kenderaan awam seperti bas dan LRT, terkulat-kulat mengapit
pehanya serta cuba menarik skirtnya agar turun sedikit, supaya tidak nampak
anunya. Kenapa tidak biarkan terbuka dan terkangkang, biar orang tengok?
Selalu saya lihat, kalangan
mereka suka memakai baju nampak ketiak dan berseluar tersangat pendek, sehingga
nampak yang tersurat tersirat. Apa yang nak ditunjukkan? Bila kena raba, marah!
Apa semua ini! Nak show off kah?
Inilah perjuangan ultra
kiasu, ke arah negara sekular, demokrasi tanpa had dan hak asasi mutlak. Begitu
juga soal seks bebas, LGBT dan sebagainya. Apakah umat Islam yang menyokong dan
menyertai ultra kiasu tidak sedar bahawa tindakan mereka boleh menjejaskan
akidah?
Amat tepatlah sekali kenyataan Presiden Pas bahawa
partinya akan hanya bekerjasama dengan
semua orang, kecuali mereka yang chauvinis atau chauvinis ultra kiasu.
Dalam
konteks politik dan kenegaraan, chauvinis merujuk kepada seseorang yang sangat
yakin partinya sahaja yang betul dan dengan fanatik menyerang sesiapa sahaja
yang tidak ‘sebulu’ atau berbeza pandangan dengannya.
Manakala dalam konteks kaum pula, chauvinis bermaksud terlalu
cinta dan bangga akan bangsanya sendiri sehingga menganggap bangsanya sahaja
yang ada kelas (kasta tertinggi), dengan memandang rendah kepada bangsa lain.
Chauvinisme
juga merujuk kepada kesetiaan ekstrim terhadap suatu pihak atau keyakinan tanpa
mahu mempertimbangkan pandangan alternatif. Inilah ultra kiasu, semua orang
salah, mereka sahaja yang betul. Sekadar
makluman, istilah chauvinis diambil dari nama Nicolas Chauvin, seorang perajurit,
yang hidup pada zaman Napoleon Bonaparte.
Peliknya,
kenapa ultra kiasu Pas yang dikenali sebagai G18 begitu mempertahankan ultra
kiasu chauvinis, sehingga tergamak memberi tempoh 100 hari kepada ulama Pas
agar menarik balik keputusan yang telah dibuat sebelum ini, iaitu bercerai.
Dalam al-Quran pun ada satu surah bernama at-talaq. Dah cuba bersatu, tak boleh
juga, maka ketika itu bercerai adalah lebih baik.
Kenapa
ultra kiasu Pas tidak nampak semua itu? Dalam kepala mereka hanya mahu jatuhkan
Umno dan jadi menteri. Malah, mereka sanggup menubuhkan parti baharu, dan tidak
segan silu memberi amaran kepada ulama Pas, supaya cermin diri dan membaca
perlembagaan ultra kiasu yang sebenarnya tidak chauvinis.
Nak
kenal seseorang itu chauvinis atau tidak, tak cukup sekadar membaca
perlembagaan. Tindak-tanduk mereka sudah jelas. Apatah lagi membaca sejarah
Peristiwa 13 Mei 1969 dan perjuangan Malaysian
Malaysia.
Dalam
Islam, matlamat tidak menghalalkan cara. Pas tidak rugi melepaskan duri dalam
daging ini. Malah pengaruh Pas akan menjadi semakin kuat, meskipun ultra kiasu
chauvinis tidak mengundi Pas selepas ini. Pas tidak mengemis simpati kepada
musuh Islam.
Cuma,
Pas perlu lebih bijak dan berstrategi dalam percaturan ini agar tidak
terperangkap, kerana dalam politik segala kemungkinan boleh berlaku. Kenalilah
siapa kawan sebilik, rakan serumah dan di luar rumah, serta musuh di luar
rumah.
Rakan
serumah dan di luar rumah tidak boleh dibawa ke bilik, kerana tidak mustahil
mereka bersekongkol dengan musuh di luar rumah. Mereka ini belum tentu mengundi
Pas dalam pilihan raya. Mereka hanya memperalatkan Pas untuk menjatuhkan Umno,
bagi memudahkan laluan ke Putrajaya, seterusnya melepaskan ketua mereka dari
penjara.
Mulai sekarang,
berbincanglah dengan kawan sebilik, apakah jalan terbaik untuk menyelamat
negara ini daripada jatuh kepada ultra kiasu chauvinis, yang mahukan mereka
yang datang berurusan dengan pejabat kerajaan dalam keadaan bertelanjang.
Profesor
Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, INSPIRE/PPI, UNISZA
10 comments:
Psywar dan psyop ultra kiasu itu serupa kominis punya. Mereka kata, cakap apa saja, tak kira betul tak betul nya, lama lama ada orang yang percaya. Bedebah mereka.
Melayu pulak ada pepatah, kalau di kata 44 kali, apa yang di kata itu akan betul jadi. Maka di eksploitasi dek penjahat kominis di zaman communist insurgency dulu. Tapi betul kata gengster Cina - apa saja berkaitan 44, bermakna mati. Mati 2 kali sebab dlm bahasa Hokkien tu 4 = si, juga bermakna mati. Maka pepatah Melayu tuh dah hampir takda lagi.
Maka itu sebab di adakan Akta Hsutan dek Bretes kolonial di tahun 1948. Bagi mengharamkan cakap tak betul, hasut menghasut. Alhamdulillah, Akta Hasutan tu ada lagi sampai sekarang. Ramai yng cakap tak betul dah kena.
Tapi ultra kiasu dah kena tempeleng yang paling hebat dek parti politik Islam tak lama lalu. Depa cuba perli dan buli PAS, kena usul putuskan hubungan denga DAP, melenting, merah padam muka. Terus menjerit PR dah mampus, tak runding dgn PKR pun. Cukup ultra kiasu.
Yang paling maha chauvinis dan ultra kiasu ia lah Lee Kuan Yew. Dah mampus pun dia - boleh guna perkataan tu gamak nya sebab dia pun anti-Melayu dan anti-Islam. Mana tak nya, dah dapat hak kerakyatan, nak ungkit Kedudukan Istimewa Melayu.
Di tiru dek si bapak Tokong Lim hingga tubuhkan DAP pakai baju seragam putih pun mcm LKY dan PAP.
Selagi mereka tak hormatkan Perlembagaan, termasuk kedudukan Islam sebagai agama negara ini, selagi itu kita tuding mereka hingga sedar perlu nya mereka buat demikian. Atau sehingga mereka berhijrah dari negara ini.
Berpakaian tidak sopan di pejabat kerajaan - agak nya nak coba bribe untuk dapat layan cepat ke ape. Tunjuk peha melepak. Kalau kena rogol lepas keluar pejabat Kerajaan, nak marah orang.
Pakaian tak sopan - "kenapa suka sangat dedah dan belah? Tidak takut digigit serangga?"
Hahaha hohoho hihihi. Lucu. Sedap juga Professor ni berjenaka. Bertambah sedap apa yang di tulis nya.
PAS jangan berdolak dalik lagi le. Konfemkan aje nak putuskan hubungan ngan ultra kiasu DAP tuh.
PAS apa nak banyak pikior lagi? Ulama dah menang, Anwaristas dah lintang pukang, Al Juburi pun dah dalam jel, tere aje le DAP tuh.
Ulra kiasu = tak mahu kalah (sentiasa nak menang), tak mahu ketinggalan.
Apa yang mereka mahukan, mereka mesti mahu dapat. Apa cra pun. Termasuk merasuah. Ada macm macam bukit. Satu daripada nya spt di bawah ini -
MACC arrests 21 Camerons farmers for offering bribes
Free Malaysia Today - 1 hour ago
KUALA LUMPUR: The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) has arrested 21 farmers in Cameron Highlands who attempted to bribe enforcement personnel to keep their illegal activities under wraps.
Ke ultra kiasuan DAP termasuk memutar belitkan fakta dan berita, apa saja.
Tokong Guan Eng kata: Even PAS rep against PAS cutting ties. Pada hal dia dan bapak dia yang membuat keputusan secara unilateral (tak consult PKR pun), mengata Pakatan sudah mampus.
Tapi sekarang Tokong Lim kata PAS and PKR representatives in Penang also oppose and disagree with PAS muktamar's motion to sever ties with DAP.
Ngaku saja lah, Tokong. Jangan dok cari helah nakkan orang lain sokong apa awak kata pulak. Itu yang bikin awak sangat ultra kiasu.
Kepala hotak Tokong Lim cakap "We accept that Pakatan no longer exists following the muktamar's decision .." Resolusi PAS di Muktamar itu terang terang cakap bahawa kepuusan memutuskan pergubungan atau tidak akan di buat dek Jawatan Kuasa tertinggi PAS.
Hah, tak boleh panggil "Penang Pakatan Rakyat government" sekarang. Sebab Exco putuskan mesti panggil "Penang government" saja. Boleh panggil "Tokong government", kot.
Post a Comment